Tuesday, November 24, 2015

'Gleneagles Caj Mahal Nak Mampos Tapi Servis Gampang!' - Azwan Ali

'Gleneagles Caj Mahal Nak Mampos Tapi Servis Gampang!' - Azwan Ali

Azwan Ali atau 'Diva AA' telah memuat naik luahan berangnya di laman Instagram mengenai kualiti perkhidmatan sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Suckssss Gleneagles

Azwan Ali mendakwa sudahlah bayaran perkhidmatan mahal, dia juga tidak dibantu oleh kakitangan hospital swasta tersebut.

"Suckssss Gleneagles Intan Kuala Lumpur! Bad services actually! Charge? Mahal nak mampooss but service gampangsss! Dua hari aku senyap, but terfikir bad services must be exposed!

"What happened? Diva AA waited more than 30 minutes though on emergency. Alasan? Doctor busy! ICU units memekak dengan kids keluar masuk without any stop from security. Bullshitssss! Staff nursing? Cucuk macam cucuk lubang mak dia! Paintful like shitsss! Then? 2 doctors in attendance both confius whether I can eat or not. Oh my god! Then comments on my health status was not encouraging!

"Then baju patient yang dipasang to my body, nobody cares to guide changing when I was discharged! Nobody assist what to do with the jarum suntikan yang still terlekat on tapak tangan! Bandage quality seanjing-anjing quality! Wheel chair have to request and nobody cares! Charge? Mahal nak mamposs but service real gampangssss! So, Gleneagles go to hell!" luahnya di laman Instagram.

Berikutan kualiti perkhidmatan yang teruk itu, difahamkan Azwan Ali mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur pula dan memuji perkhidmatan yang diberikan.

"Ampang Puteri Kuala Lumpur, VVIPS welcoming to Diva AA this morning. Smilling staffs every corner. Siap selfie with Diva AA. Awesome! Chinese doctor, superb nursing, less costs from cekik darah Gleneagles! So, make sure you find Ampang Puteri as your second home if you are not well. Understand?," katanya.

BACA INI JUGA: Inilah Punca Sebenar Kenapa Azwan Ali Kerap Cari Pasal

Sumber: Thehypemedia

Wellington Jighere, Warga Afrika Pertama Juarai Scrabble Dunia

Wellington Jighere, Warga Afrika Pertama Juarai Scrabble Dunia

Pemuda dari Nigeria, Wellington Jighere menewaskan pesaingnya dari Britain 4-0 dalam Kejuaraan Scrabble Sedunia di Australia menjadikannya warga Afrika pertama menjuarai gelaran dunia untuk permainan menyusun perkataan itu.

Wellington Jighere [2]

Jighere merupakan antara lebih 120 peserta yang datang ke Perth untuk Kejuaraan Sedunia Persatuan Pemain Scrabble Bahasa Inggeris dengan peringkat akhir tujuh pusingan menentang Lewis Mackay dari Britain baru-baru ini.

“Dia terpaksa berlawan selama empat hari untuk menjadi pendahulu tetapi apabila sampai di kemuncak, mungkin kerana sempat berehat atau sedikit tuah, semuanya berjalan lancar untuknya dan dia menang 4-0,” kata salah seorang penganjur kejuaraan itu, Adam Kretschmer kepada agensi berita AFP.

Warga Nigeria itu menggunakan perkataan dengan markah tinggi seperti fahlores, avouched dan mentored untuk menuju ke arah kemenangan.

“Ini merupakan kali pertama seorang warga Afrika memenangi kejuaraan dunia sebegini,” ujar Jighere kepada akhbar, The Guardian selepas kemenangannya.

Bagaimanapun, dia mengakui bahawa: “Richards masih yang terhebat. Cuma nasib menyebelahi saya hari ini.”

Dia merujuk kepada juara New Zealand, Nigel Richards yang mendominasi Scrabble Bahasa Inggeris dengan tiga kejuaraan dunia, lima gelaran Amerika Utara dan 11 kemenangan di pertandingan berprestij, King’s Cup Thailand tajaan keluarga Diraja Thai.

Menonjol

Wellington Jighere
Jighere menunjukkan plak kemenangannya.

Richards mengejutkan dunia pada Julai lalu apabila turut menjuarai Scrabble versi Perancis sedangkan dia tidak boleh bertutur dalam bahasa tersebut. Dia hanya menghabiskan sembilan minggu mempelajari kamus Scrabble.

Seorang jurutera terlatih, Richards dilaporkan mula bermain Scrabble pada usia 28 tahun atas permintaan ibunya.

Dia terbukti menonjol dalam permainan perkataan itu, walaupun dia lebih sukakan matematik semasa di sekolah dan tidak begitu tertarik dengan bahasa Inggeris.

Seorang pesaing Scrabble dari New Zealand pernah mengumpamakan Richards seperti sebuah komputer dengan janggut besar berwarna oren halia, sementara penganjur kejuaraan dari Malaysia, Michael Tang pernah menggelarnya Tiger Woods Scrabble.

Nigel Richards

Di Facebook, Jighere mengakui bahawa kejuaraan di Perth itu, di mana setiap pemain melalui 32 pertandingan selama empat hari sebelum peserta akhir ditentukan, sangat memenatkan.

“Saya perlu berikhtiar untuk berehat sekarang,” tulisnya dalam laman sosial tersebut.

“Saya tidak tidur lena sejak seminggu lalu. Saya sendiri masih bingung bagaimana dapat melakukannya dalam keadaan tidak cukup tidur. Ini hanya membuktikan tuhan sangat dekat dalam kejadian ini.” –AFP

BACA INI JUGA: 7 Tanda Anak Berbakat Luarbiasa Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

Sumber: Kosmo

Misteri Wira Islam Bernama Zouheir Apabila Paris Di Bom!

Misteri Wira Islam Bernama Zouheir Apabila Paris Di Bom!

Di sebalik kebimbangan umat Islam di Perancis bakal menjadi sasaran balas dendam penduduk tempatan selepas ratusan nyawa terkorban dan ratusan lagi cedera apabila Paris dibom, seorang pengawal keselamatan beragama Islam mencuri perhatian dunia.

Zouheir
Gambar hiasan.

Manakan tidak, tindakan pantas lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai Zouheir berjaya menyelamatkan hampir 80,000 penonton yang sedang menyaksikan perlawanan bola sepak di Stade de France di Saint-Denis pada malam Jumaat, 13 November lepas.

Dalam suasana malam yang dingin itu, penonton perlawanan persahabatan antara Perancis dan Jerman mula memenuhi ruang stadium bola sepak berkenaan.

Semuanya kelihatan biasa dan perlawanan yang dinantikan pun bermula sekitar pukul 9 malam waktu Perancis.

Zouheir yang bertugas sebagai pengawal keselamatan stadium itu mula menjalankan tugas hariannya dan mengawasi persekitaran stadium tersebut sama seperti hari-hari biasa.

Berdiri bersama walkie-talkie di tangan, matanya ligat memerhatikan keadaan sekeliling stadium.

Seorang lelaki kemudiannya dilihat berdiri di perkarangan stadium pada minit ke-15 perlawanan dengan jaket yang mencurigakan dan seolah-olah dipenuhi bahan letupan.

Diselubungi rasa curiga, Zouheir kemudian menahan lelaki itu di pintu masuk stadium bagi tujuan pemeriksaan. Namun, lelaki itu yang terkejut selepas ditahan Zouheir dan beberapa orang pengawal keselamatan lain, bertindak mengundur beberapa langkah ke belakang dan seterusnya meletupkan dirinya.

Tiada orang awam yang maut atau tercedera ekoran letupan itu kecuali lelaki tersebut terbunuh dengan badannya berkecai.

Walkie-talkie Zouheir mula ‘bingit’ dihujani mesej dan dia dimaklumkan bahawa Presiden Perancis, François Hollande yang menonton perlawanan itu di sebuah bilik khas sedang dikawal keluar dari stadium.

Polis percaya tindakan lelaki terbabit bertujuan mencetuskan panik dalam kalangan penonton dan mahukan mereka berasak-asak menyelamatkan diri sehingga ada yang mati dipijak.

Dengar letupan

Paris attack
Pasukan keselamatan memberi bantuan kepada mangsa yang tercedera.

Pada minit ke 18, kedengaran bunyi letupan kedua dan seorang lagi lelaki telah bertindak meletupkan dirinya tidak jauh daripada lokasi lelaki pertama tadi. Perlawanan terganggu dan para pemain berpandangan sesama sendiri, keliru dengan apa yang sebenarnya sedang berlaku.

Menurut laporan akhbar harian antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Syarikat iaitu Wall Street Journal (WSJ), kejadian itu diceritakan oleh Zouheir sendiri kepada wartawan Joshua Robinson yang bertugas di tempat kejadian.

Menurutnya lagi, Hollande telah berjaya keluar dari stadium itu selepas letupan pertama.

Perlawanan itu kemudiannya berjalan seperti biasa selama 90 minit dan kemenangan berpihak kepada pasukan Perancis dengan 2-0.

Menurut ketua pasukan bola sepak Perancis, Noel le Graet, maklumat tentang letupan dan kemunculan pengganas yang cuba masuk ke dalam stadium itu tidak diberitahu kepada penonton dan juga pemain bagi mengelak keadaan bertukar panik.

Berita sebenar hanya diketahui selepas separuh masa kedua perlawanan. Kira-kira pukul 9.35 minit malam, letupan ketiga pula berlaku apabila seorang lagi lelaki meletupkan dirinya berhampiran sebuah restoran makanan segera McDonalds yang terletak berdekatan Stade de France dan mengorbankan seorang wanita yang melalui kawasan itu.

Menurut seorang penonton, Pierre Tissier, 27, dia mendengar bunyi letupan semasa perlawanan tersebut, namun dia menyangka itu hanyalah bunyi mercun.

Pengurus pasukan bola sepak Jerman, Joachim Loew pula memberitahu, dia terus takut dan terfikir akan diserang ketika terdengar letupan tersebut.

“Sudah tentu kami terfikir itu kemungkinan adalah pengganas,” luah lelaki itu.

Tindakan pengganas yang menyasarkan stadium bola sepak di Perancis menimbulkan kebimbangan dari segi keselamatan negara itu yang akan menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak Eropah pada musim panas tahun hadapan.

Lebih sejuta pelancong dijangka mengunjungi negara itu pada kejohanan tersebut yang akan berlangsung selama sebulan bermula Jun 2016.

Menurut Presiden Kejohanan Euro 2016, Jacques Lambert, buat masa ini, pihaknya masih belum memperoleh maklumat mengenai serangan ke atas temasya itu nanti.

“Kami sedar bahawa Perancis merupakan antara negara paling berisiko diserang pengganas. Jika mereka menyasarkan sesuatu majlis atau perlawanan, impaknya akan menjadi lebih besar,” katanya.

Kebenaran

Zouheir [2]

Begitu pun, tiada siapa mampu memastikan kesahihan cerita Zouheir seperti laporan akhbar harian antarabangsa WSJ.

Apa yang jelas tentang laporan itu hanyalah dia beragama Islam dan telah berjaya menghalang pengganas daripada meletupkan lebih ramai orang di dalam stadium tersebut.

Misteri dan kekeliruan mengenai identiti Zouheir menarik minat orang ramai.

Pun begitu, tiada siapa peduli dan memejam mata akan kewujudannya.

Ada yang berpendapat, tiada siapa yang bertindak untuk mencari lelaki tersebut dan menulis tentang keberaniannya, mungkin kerana pegangan agamanya.

Ada juga yang membuat telahan lelaki itu kononnya dia telah mati semasa menghalang pengganas tersebut.

Presiden Ma Chaine Sport (MCS), sebuah syarikat yang menguruskan pusat kawalan keselamatan Stade de France, Christian Glaz semasa dihubungi WSJ berkata, dia sedang mengumpul lebih banyak maklumat berkenaan serangan itu.

Tambahnya lagi, beberapa lagi pengawal keselamatannya tercedera dalam insiden itu tetapi jumlah sebenar masih belum dapat dipastikan.

Pelbagai teori muncul dan ramai menyelar tindakan pihak berkuasa yang tidak mahu mendedahkan identiti Zouheir.

“Sekiranya kita tidak mahu mengaitkan agama dengan keganasan, kita juga tidak seharusnya mengaitkan kepahlawanan dengan agama,” kata seorang pengguna Twitter.

Sehingga kini, Zouheir kekal misteri. Ada pihak mendakwa, sekiranya identitinya didedahkan, nyawanya akan terancam.

BACA INI JUGA: Jika Agama Adalah Keganasan, Agama Mana Yang Paling Ganas?

Sumber: Kosmo

Risiko Penyakit Jika Letak Dompet Di Poket Seluar!

Risiko Penyakit Jika Letak Dompet Di Poket Seluar!

Majoriti lelaki memang suka meletakkan dompet di poket seluar belakang, namun adakah anda sedar amalan begitu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya.

Penyakit

Dompet tersebut boleh menyebabkan sakit pada belakang dan punggung, malah kadang-kala sehingga ke kaki. Benarkah semua ini disebabkan angkara dompet?

Kes seperti ini pernah disebut dalam "The New England Journal of Medicine" pada tahun 1966. Ketika itu, mereka yang berkemampuan sudah mula menggunakan kad kredit.

Artikel dalam jurnal tersebut melaporkan tentang seorang peguam yang mengalami sakit kaki kiri yang bermula dari kawasan tidak jauh dari kedudukan dompetnya.

Satu lagi, dalam kes dompet penyebab sakit belakang, ia disebut sebagai 'Piriformis Syndrome.' Otot Piriformis adalah satu otot yang terdapat di bahagian punggung manusia.

Jika kita duduk terlalu lama dan dompet terkena atau menekan otot Piriformis, ia boleh mengakibatkan kekejangan dan menekan saraf sciatic, iaitu sejenis saraf utama yang bersambung dari bahagian hujung saraf tunjang hingga ke paha dan di atas lutut.

Bila saraf sciatic ditekan, ia menyebabkan kita terasa sakit belakang dan rasa sakit itu boleh turun hingga ke kaki.

Difahamkan masalah ini akan hilang jika kita meletakkan objek besar pada poket belakang seperti dompet atau sapu tangan yang tebal. Sakit masih berterusan walaupun dah tak letak apa-apa di poket belakang?

Pergilah berjumpa doktor untuk dapatkan pemeriksaan lanjut kerana bimbang ada penyebab lain.

*Panduan ini diterangkan oleh Doktor Shaharom Sulaiman dari Klinik Thalia, Kuantan Pahang.

Rencana ini dipetik dari laman web http://www.ohsem.la

BACA INI JUGA: Manfaat Makan Tembikai Untuk Kaum Lelaki

Monday, November 23, 2015

Kebencian Pada Islam Adalah Agenda ISIS – Adam Lambert

Kebencian Pada Islam Adalah Agenda ISIS – Adam Lambert

Penyanyi Adam Lambert mengkritik sesetengah individu di negara Barat yang terlampau ekstrem membenci umat Islam susulan serangan yang berlaku di Paris, baru-baru ini.

Adam Lambert

Menulis di laman Twitter, Adam menyatakan pendapatnya mengenai sikap sesetengah orang yang suka memandang serong mengenai umat Islam.

“Islamophobia. Please don’t generalize about Muslims. It’s grossly ignorant. This is the hate ISIS wants to create. Don’t let them win. Think”. (Islamophobia. Tolong jangan pandang serong terhadap kesemua umat Islam. Ia sangat tidak patut. Ini adalah agenda yang mahu diwujudkan oleh ISIS. Jangan biarkan misi mereka (ISIS) berjaya. Fikir”.

Adam Lambert [2]

Kebencian orang Barat terhadap umat Islam semakin bertambah selepas insiden World Trade Center diserang pada 11 September 2001, apatah lagi pihak media sana sering memomokkan masyarakat dengan berita-berita buruk mengenai Islam sehingga timbulnya terma Islamophobia .

BACA INI JUGA: 911 Pembohongan Terbesar Amerika Dan Yahudi
BACA INI JUGA: Bagaimana Menyangkal Tuduhan Apabila Islam Dituduh Pengganas?

Sumber: Mynewshub.cc

Kerjasama Dengan UMNO Hari Ini, Tuntutan Syarak – PAS

Kerjasama Dengan UMNO Hari Ini, Tuntutan Syarak – PAS

Ketua Penerangan PAS Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim mengakui pendekatan PAS ke atas UMNO sejak kebelakangan ini telah berubah.

UMNO-PAS

Menurut beliau, perubahan itu bertujuan menyatukan umat Islam negara ini bagi mengagalkan cita-cita pihak yang mahu menangguk di air keruh.

“Memang betul ada perubahan pendekatan PAS dengan UMNO. Ia konsisten dengan pendekatan pemimpin tertinggi PAS termasuk Presiden dan Mursyidul Am PAS.

“Pendekatan yang merapatkan umat ini akan menggagalkan anasir yang mahu beroleh keuntungan dengan jalan pecah dan perintah,” tegasnya.

Ahmad Amzad berkata, pendekatan baharu PAS yang lebih terbuka dengan UMNO itu turut memenuhi tuntuan syarak iaitu merapatkan silaturrahim sesama umat Islam.

Menurutnya, perbalahan sesama umat Islam perlu diselesaikan dengan pendekatan konstruktif, bukannya meneruskan dasar destruktif PAS sebelum ini.

“Setiap solat Jumaat kita tidak pernah pun berhalangan solat berjemaah bersama. Perpecahan merugikan semua,” katanya.

Hubungan baik PAS dan UMNO sejak kebelakangan ini mengundang keresahan Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

Situasi itu menyebabkan ahli dan penyokong Pakatan Harapan menyerang hebat Presiden dan Ulama PAS menerusi media sosial bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiti mereka.

BACA INI JUGA: Kenapa Orang Islam Menyembah Ka'abah?

Sumber: Mynewshub.cc