Friday, October 02, 2015

Kisah Inspirasi Seorang Mualaf Yang Perlu Dicontohi

Kisah Inspirasi Seorang Mualaf Yang Perlu Dicontohi

Kisah seorang mualaf bernama Amran ini pasti membuatkan ramai orang terpukau dan tersentuh dengan kesungguhan serta minatnya yang mendalam tentang agama Islam.

Chandran - Mualaf

Menerusi pautan gambar dikongsikan seorang pengguna Facebook menggunakan akaun nama Abu Hannah, dia menceritakan pengalamannya ketika bertemu Azman yang baru sahaja menjadi ‘keluarga kita’ enam bulan lepas.

Azman diberi dugaan besar, namun dia tetap cekal serta tabah mengharunginya tanpa merungut dan menyalahkan Tuhan tatkala waktu dia susah.

Ikuti kisah Azman beserta liku-liku kehidupannya sebagai seorang mualaf selain amalan mulia yang ditunjukkan oleh saudara Abu Hannah ketika membantunya agar dapat dijadikan contoh kepada kita semua.

Kenalkan. Ini Azman. Saudara baru kita. Nama asalnya Chandran. Umurnya 37 tahun. Berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

Dia baru 6 bulan memeluk Islam. Aku terjumpa dia beberapa hari lepas di Masjid Kota Warisan, Salak Tinggi, Selangor.

Kali pertama dia melafazkan kalimah agung yang tiada lautan dan gunung pun sanggup tampung, 6 bulan lepas di Jabatan Agama Islam Kuala Langat.

Itulah kalimah “Bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah.”

Chandran - Mualaf [2]

Sewaktu berwuduk, aku nampak seorang lelaki seakan memerhatikan aku berwuduk. Setiap satu-satu perbuatan aku ditelitinya. Selesai berwuduk sewaktu berdoa, dia menyapa.

“Assalamualaikum,” sapa azman.

“Wa’alaikumussalam….” jawab aku sambil menghulurkan tangan.

“Abang orang luar kawasan ya?” tanya Azman.

“Ya encik, kenapa yer?” tanyaku lagi.

“Takde ape, cuma boleh tak kita solat bersama? Sebenanya saya mualaf. Saya terlewat solat sebab saya lambat sampai ke masjid. Saya pergi mencari kerja tadi,” jelas azman.

“Oooo… boleh cik Azman,” jawabku sambil memeluk Azman.

Selesai solat Azman terus menuju ke penjuru masjid sambil membaca sebuah buku. Agak kuat bacaannya.

Tergerak hati aku untuk menyapa.

“Buat apa tu?” sapa aku.

“Hafal surah Al-Kautsar abang,” jawab Azman sambil tersengeh seakan segan.

“Dah hafal?” tanya aku sambil mengambil terjemahan itu dari tangannya.

“Dah, tapi belum lancar abang,” jawab Azman sedikit hairan dengan tindakanku.

“Ok, baca, saya nak dengar,” pintaku sambil menepuk sedikit bahunya.

Azman pun baca. Demi Allah… Sedap suara Azman, kawan. Bergenang air mata aku. Walaupun merangkak dan perlahan, aku nampak kesungguhan usahanya.

Aku tahu. Allah sedang menghantar mualaf untuk mengingatkan aku. Agar jangan berputus asa mengulang hafalanku.

“Ok ker abang?” tanya Azman.

“Alhamdulilah Azman. Allah kurniakan suara tuan merdu. Insya Allah akan dipermudahlan,” jawabku.

Tiba-tiba azman bertanya.

“Abang, saya ni takde kerja. Baru 6 bulan masuk Islam. Segan saya ‘makan’ duit zakat RM500 tu. Walhal Allah bagi saya kesihatan yang baik. Abang tahu tak kat mana ada kerja kosong? Saya tak kisah berapa gajinya,” tanya azman.

“Kerja dengan saya. Boleh? Tapi bukan di sini,” jawabku ringkas.

“Saya tiada kenderaan abang,” jawab Azman seakan kecewa sambil menundukkan mukanya.

“Tidur di pejabat saya. Sampai kamu mampu sewa sendiri,” jawabku sambil mengurut bahu Azman bagi melegakannya.

“Bila abang?” tiba-tiba kuat suaranya.

“Sekarang, jom kemaskan baju kamu,” jawabku ringkas.

Petang itu kami berdua bergerak ke pejabat kecilku. Dan alhamdulilah malam tadi aku ditemani isteri aku menghantar tilam dan sedikit makanan.

Azman tidak mahu terima sesen pun duit yang aku beri. Jadi aku gantikan dengan sedikit kelengkapan peribadinya.

Dia pesan pada aku, apa dia nak jawab pada Allah sebab meminta pada manusia?

Kawan… Dia beritahu aku, 6 bulan ini waktu paling mencabar bagi dirinya. Tidur di masjid-masjid. Tidur di surau stesen petrol. Dia baru bersunat. Dan ada dah bekalkan epsom salt untuk dia cuci bahagian yang luka.

Sampai hari ini dah 2 hari dia bekerja.

Aku nampak kesungguhannya. Katanya, kalau inilah agama. Semangat bantu sesama manusia. Dia rela mati kerana agama.

Setiap hari aku sebak bila ke tempat kerja. Masuk kerja aku akan dengar dalam pejabat mini aku suara seorang manusia mengaji surah yang sama ulang kali.

Satu minggu satu surah, dia akan tasmik dengan aku.

Kau nak tahu pasal Azman ni yang menarik? Aku tak pernah dengar langsung keluhan dia. Atau dia menyalahkan Tuhan tatkala dia susah.

Allah bukan hantar aku untuk ajar Azman tentang Islam. Tapi Allah hantar Azman pada aku untuk ingatkan aku tentang Islam.

018 2477483 ini nombor telefon bimbit Azman. Dia tiada FB. Smartphone jauh sekali. Sesiapa nak beri sokongan atau bantuan boleh berhubung dengannya.

Buat masa ni, dia diberi bantuan RM500 sebulan. Dan insya Allah gaji yang tak seberapa ni.

Dia pernah bekerja di sebuah kilang selama 14 tahun sebelum ni di Nilai sebagai boilerman.

Azman tak nal dedahkan masalah peribadinya. Orang tuanya tiada. Dia dibuang keluarga.

Dan sesiapa nak derma boleh terus bank in dalam akaunnya. CIMB Bank atas nama Chandran A/L Chinnakaruppan. Ni nombor akaunnya 7058771050.

Satu jer aku mintak, kawan-kawan kalau nak tolong dia jangan bagitau aku yang cerita kisahnya di FB. Sebab aku tak nak nampak dia rasa terhutang budi.

Hari ni Azman dah hafal 2 surah. Al Ikhlas dan Al Kautsar.

Kata Azman… Dia rasa menyesal dan rugi lambat kenal Islam.

Malu aku kawan… Aku betul-betul segan dengan Azman.

Sollu’ alannabii..

BACA INI JUGA: Kenapa Kita Menyebut Nama Nabi Ibrahim Dalam Tahiyat Akhir?

Sumber: Mynewshub.cc

Jakim Sahkan Minyak Yu Yee HALAL

Jakim Sahkan Minyak Yu Yee HALAL

Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi satu kenyataannya mengesahkan minyak Yu Yee adalah halal.

Minyak Yu Yee

“Ya, telah disahkan halal. Rujuk maklumat di direktori Halal Malaysia melalui laman sesawang www.halal.gov.my,” tulis Jakim menerusi laman Facebooknya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tersebarnya khabar angin yang mendakwa minyak Yu Yee tidak halal kerana mengandungi bahan berunsur babi sejak beberapa tahun lalu.

Minyak Yu Yee Minyak Babi

Minyak yang dikeluarkan oleh Weng Seng Heng Medical Factory Sdn. Bhd. ini biasanya digunakan untuk bayi bagi mengelakkan kembung perut.

Dalam pada itu, Jakim turut memaklumkan menerusi laman Facebooknya bahawa dakwaan mengatakan produk Kopiko LA Coffee dan Kopiko 3 in 1 mengandungi gelatin dan lemak babi adalah tidak benar.

Yu Yee Oil

“Produk berkenaan mempunyai pengesahan halal Malaysia dan juga Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang sah,” tulis kenyataan itu lagi.

BACA INI JUGA: Jijik! Cacing Hidup Dalam Badan Babi!

Sumber: Mynewshub.cc

'Peguam Itu Burung Hering, Bangkai Pun Boleh Asal Kenyang'

'Peguam Itu Burung Hering, Bangkai Pun Boleh Asal Kenyang'

Beberapa belas atau puluh tahun dahulu, orang ramai memandang mulia kerjaya peguam sebagai pekerjaan yang membela nasib pihak teraniaya di mana bidang mereka untuk memartabatkan undang-undang dan bukannya mengejar keuntungan semata-mata.

Bad lawyer

Sebagai contoh, seorang peguam di mahkamah akan membela nasib peduduk kampung yang ditindas oleh pihak pemaju yang rakus membangunkan projek di tapak kawasan kediaman penduduk terbabit tanpa memberikan bayaran pampasan yang sewajarnya kepada penduduk

Ini dalam kata lainnya menunjukkan profesyen peguam merupakan pihak tengah yang menegakkan keadilan di dalam sesuatu permasalahan yang timbul.

Namun, sejak kebelakangan ini kita boleh melihat senario seorang pesalah akan terlepas daripada tuduhan atau hukuman walaupun mempunyai bukti kesalahan yang kukuh.

Ini adalah kerana individu terbabit menggunakan perkhidmatan peguam terbaik bagi memenangi kes yang dapat membersihkan namanya di mahkamah.

Jadi, dimanakah keadilan yang hakiki sekiranya pihak yang bersalah asyik terlepas sekiranya mereka menggunakan khidmat peguam yang hebat?

Di laman Facebook, kami tertarik dengan status seorang bekas peguam Yuktes Vijay yang menyifatkan sistem perundangan di Malaysia yang seolah membenarkan pesalah dibela oleh peguam terbaik asalkan mempunyai kepentingan tertentu.

Bak kata Yuktes, “Laywers are vultures….Mayat pun tak apa.. Asal mereka kenyang!” ujarnya.

(Peguam itu seperti burung hering, makan bangkai pun tak apa asal kenyang!)

Peguam Itu Burung Hering

Sepertimana suspek kes pembunuh kejam Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais yang sedang hangat diperkatakan.

Dilaporkan pihak tertuduh menggunakan khidmat Peguam M. Manoharan Dan Datuk N. Sivanantan yang mana kedua-duanya merupakan nama besar di dalam bidang guaman jenayah di Malaysia.

Apa yang boleh kami tafsirkan ialah nilai integriti dan etika seorang peguam yang memperjuangkan kebenaran nampaknya semakin hanyut dibuai arus kemewahan sehingga meminggirkan keadilan yang sebenar.

Mungkin mereka tidak melihat keadilan sebagai matlamat tetapi kemenangan setiap kes menjadi ukuran kejayaan mereka.

Nilai seorang peguam yang baik hendaklah mempunyai cinta yang mendalam terhadap undang-undang dan cuba sedaya upaya memajukan undang-undang tersebut dengan interpretasi yang tepat dan sesuai.

Dengan cara ini bukan sahaja undang-undang itu dapat ditegakkan seadilnya tetapi juga ia akan menjadi ikutan pada masa hadapan.

BACA INI JUGA: Kisah Benar Hakim Yang Adil Di Zaman Moden

Sumber: Facebook Yuktes Vijay

Sambutan Hari Sungai Sedunia

Sambutan Hari Sungai Sedunia

Pada tahun 2005, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melancarkan 'Water for Life Decade' untuk membantu mewujudkan lebih kesedaran tentang keperluan untuk penjagaan sumber air dunia.

Amazing River

Berikutan itu, pembela sungai terkenal di peringkat antarabangsa, Mark Angelo telah mencadangkan penubuhan sambutan Hari Sungai Sedunia sebagai maklum balas di atas usaha tersebut.

Cadangan untuk acara global untuk meraikan sungai ini adalah berdasarkan kejayaan BC Rivers Day, yang telah diasaskan Mark Angelo di Barat Kanada sejak tahun 1980.

Sambutan Hari Sungai Sedunia dilihat oleh agensi-agensi PBB sebagai satu acara yang berkesan dan baik selari dengan matlamat pelancaran 'Water for Life Decade' maka cadangan tersebut pun diluluskan.

Acara sambutan Hari Sungai Sedunia (World Rivers Day) disambut buat julung kalinya pada tahun 2005. Hari Ahad terakhir setiap bulan September telah dipilih sebagai Hari Sambutan Sungai Sedunia ini.

“Rivers are the arteries of our planet; they are lifelines in the truest sense.” ~ Mark Angelo (World Rivers Day Founder)

Sejak itu, acara sambutan ini disambut setiap tahun dan ianya semakin terus berkembang. Kini, sambutan ini disambut di seluruh dunia oleh pelbagai negara dengan matlamat yang sama iaitu untuk kesedaran akan kepentingan menjaga dan memelihara sungai.

Sungai, Hidupan Dan Alam

Melalui Sambutan Hari Sungai Sedunia ini, kesedaran tentang keperluan sungai serta tanggungjawab bersama untuk menjaga serta kesan yang akan dihadapi jika sungai tercemar atau dimusnahkan dapat disebarkan dengan lebih berkesan.

Sungai merupakan sumber air tawar yang utama dunia. Pada zaman ini, sungai kian terancam dan terjejas akibat pemanasan global, pembangunan dan pencemaran .

Sumber air tawar dunia ini semakin berkurangan dan kering. Ianya telah mewujudkan krisis untuk habitat liar dan tamadun manusia.

Akibat dari menyusutnya paras air dibeberapa laut, sungai, tasik dan empangan air bawah tanah, ianya telah memberi kesan kepada mata pencarian beratus-ratus juta orang melalui sumber perikanan, penternakan dan pertanian. Selain itu ianya turut mengganggu kestabilan muka bumi dan iklim dunia.

Apa yang lebih membimbangkan adalah semakin berkurangnya sumber air tawar yang bersih untuk minuman semua hidupan di alam ini.

Oleh itu, mari bersama kita menjaga dan memelihara sungai kita agar sentiasa bersih dan indah tanpa sebarang kemusnahan dan pencemaran.

Jangan sampai sudah tiada lagi sungai yang mengalir jernih dan bersih barulah kita hendak bertindak kerana pada masa itu segalanya sudah terlambat.

BACA INI JUGA: Cano Cristales, Keunikan Dan Keindahan Sungai Lima Warna

sumber: alamblogr

Thursday, October 01, 2015

Kecoh Satu Malaysia Siti Nurhaliza Komen Di Instagram CR7!

Kecoh Satu Malaysia Siti Nurhaliza Komen Di Instagram CR7!

Kecoh satu Malaysia dibuatnya gara-gara tindakan penyanyi no. satu negara, Siti Nurhaliza ‘meninggalkan’ satu komen kepada bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo atau CR7 di laman Instagram milik jejaka kacak itu.

Siti Nurhaliza - Cristiano Ronaldo

Paling tak disangka, ucapan yang ditinggalkan Datuk Siti itu tiba-tiba sahaja menjadi viral sehinggakan Instagram Cristiano kini menjadi ‘buruan’ dan dipenuhi dengan komen-komen bahasa Melayu yang ditinggalkan oleh rakyat Malaysia.

“Mana Datuk Siti punya komen, dah kebas scroll Ig,” tulis Nabil_Style.

“I’m here all because of Dato’ @ctdk hehehe,” tulis Aliff

“Many comment from Malaysia because Dato’ ct,” tulis resz_.

Menerusi gambar itu, pemain Real Madrid ini memuat naik gambarnya dalam sebuah kereta disertakan dengan gambaran mahu menaiki pesawat ke suatu destinasi.

Siti Nurhaliza - Cristiano Ronaldo [2]

Susulan itu, Cristiano menerima pelbagai komen dari peminatnya termasuk ucapan Datuk Siti yang berbunyi ‘safe flight dear’ atau ‘semoga selamat dalam penerbangan’.

Hal itu menyebabkan, gambar yang menarik lebih 954 ribu likes ini turut mendapat perhatian peminat Malaysia yang ingin mencari komen Datuk Siti.

Sementara itu, memetik laporan mStar Online, Datuk Siti meluahkan rasa kagum dan hormat kepada bintang dunia itu kerana tingkah laku yang ditunjukkannya terhadap masyarakat serta umat Islam.

“Sebab itu kita support (sokong) dia, dan doakan dia selamat,” ujar Datuk Siti ringkas.

BACA INI JUGA: Kehebatan Muzium Cristiano Ronaldo

Sumber: Mynewshub.cc

Bendera Palestin Akhirnya Berkibar Di PBB

Bendera Palestin Akhirnya Berkibar Di PBB

Buat julung kalinya dalam sejarah, bendera Palestin berkibar di pekarangan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dekat New York, Amerika Syarikat (AS).

PBB - Palestin Flag

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyempurnakan upacara menaikkan bendera itu pada Rabu (Khamis di Malaysia) dalam upacara penuh bersejarah yang disaksikan oleh Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman sebagai mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia turut hadir pada upacara penuh bersejarah itu yang berlangsung di Rose Garden, PBB.

Pihak Berkuasa Palestin memperoleh status pemerhati bukan anggota di PBB pada 2012. Sejak itu wakil Palestin berusaha menjadi anggota penuh namun rancangan tersebut sering ditolak kerajaan AS dan Israel.

Perhimpunan Agung pada 10 September bagaimanapun membenarkan Palestin mengibarkan bendera kebangsaannya di ibu pejabat dan pejabat-pejabat di PBB selepas meraih 119 undi, 8 menolak dan 45 berkecuali.

Mahmoud dilaporkan menyifatkan upacara menaikkan bendera tersebut sebagai simbolik kepada ‘saat harapan’.

Konflik Palestin-Israel telah berlarutan kira-kira enam dekad susulan pencerobohan dan kependudukan Israel di negara itu.

Lebih 70 resolusi telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB dalam usaha menyelesaikan konflik itu sejak 1948 selepas badan dunia itu ditubuhkan pada 1945 tetapi masih tidak berjaya menamatkan konflik itu.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, pertempuran dilaporkan berlaku hampir setiap hari antara umat Islam Palestin dan tentera Israel di Masjid Al-Aqsa di timur Baitulmaqdis. –BERNAMA

BACA INI JUGA: Sejarah Palestin Yang Anda Tidak Tahu

PBB - Palestin Flag [2]

Blog Terbaik Malaysia September 2015

Blog Terbaik Malaysia September 2015

Assalaamualaikum, salam 1MDB buat semua pembaca. Berikut merupakan senarai blog terbaik bagi bulan September 2015 di blog sentiasapanas.

Blog Terbaik Malaysia September 2015

Semua blog yang tersenarai ini merupakan blog milik blogger-blogger terbaik yang setiap masa hadir datang memberikan komentar.

Blogger-blogger hebat ini umpama jiran baik yang sentiasa datang bertanyakan khabar, tanpa jemu.

Buat semua yang selalu datang membaca dan berkomentar, jutaan terima kasih diucapkan. Semoga jalinan kemesraan ini akan sentiasa berterusan sampai bila-bila.

Buat pembaca budiman yang dihormati, datanglah berkunjung ke blog-blog terbaik ini. Banyak sekali informasi dan perkongsian yang boleh dibaca dan amat berguna.

Untuk pengetahuan rakan-rakan blogger, widget top commentator tidak lagi dipasang diruangan sidebar tapi artikel blog terbaik setiap bulan akan sentiasa diteruskan sampai bila-bila, Insyaa-Allah..

Terima kasih, semoga bertemu lagi.. :)

SENARAI BLOG TERBAIK MALAYSIA SEPTEMBER 2015

1. Etuza Etuza - Madey09.blogspot.com

2. Khir Khalid - Khirkhalid.com

3. Bin Muhammad - Dammahumnib.com

4. Eyfa Writer - Ohpilihanku.blogspot.com

5. Nao Mei - Sweetyzhanieyz83.blogspot.com

6. Deanna Morni - Kameqdeanna.blogspot.com

7. Muhammad Nizam - Bahejabella.com

8. Anajingga - Anajingga.com

9. Mizz Aiza - Mizzaiza.com

10. Abam Kie - Zukidin.com

11. Jari Manis - Jarimanistravel.blogspot.my

12. Akif Imtiyaz - Akifimtiyaz.com

13. aRz MoHa - Arzmoha.com

14. NURHAZIQ HAFIZ - Sayapejuangbahasa.blogspot.com