Monday, August 03, 2015

Kenapa Tun Mahathir Bawa Kes 1MDB Ke Peringkat Antarabangsa?

Kenapa Tun Mahathir Bawa Kes 1MDB Ke Peringkat Antarabangsa?

Ada orang bertanya, kenapa Tun Mahathir bila kes Anwar Ibrahim dulu, dia marah bila Anwar bawa kes itu ke antarabangsa, tapi kes 1MDB ini dia sanggup bercakap dengan media asing. Dia pulak bawa ke antarabangsa!

Tan Sri Sanusi

Kes Anwar dulu kes dalam bilik tidur. Kes itu tidak mengancam keselamatan negara, tak mengancam ekonomi negara, kes itu kes moral, kes dia dengan individu lain, kes dia dengan Allah SWT. Yang buat pengaduan dengan mahkamah sehingga orang ramai tahu, bukan kerajaan.

Anwar berbeza dengan Najib. Anwar dah jadi tokoh antarabangsa tanpa ada hubungan dengan kerajaan. Dia tokoh internasional tanpa perlu pegang jawatan dalam kerajaan.

Sedangkan Najib hanya dikenal orang sebagai pegawai penting kerajaan. Dari rekod yang kita tahu, dia tak pernah terlibat dalam badan-badan internasional sebelum dia jadi menteri.

Jadi kena lihat ketokohan itu, antara Anwar dengan Najib. Anwar tokoh internasional, Najib tokoh lokal. Di internasionalkan apabila dilantik jadi menteri! Semua orang jadi internasional bila dah jadi menteri.

Anwar, bila kes dia dibawa ke mahkamah sedangkan imej dia imej Islam, dia terpaksa pertahankan imej dia. Dia keluar negeri yang Tun Mahathir marah tu sebab dia babitkan hal lain. Itu beza dia..

Tapi kes 1MDB ini bukan kes dalam bilik tidur. Kes 1MDB ini kes internasional dari mula lagi. Jho low orang Malaysia yang tinggal di Amerika, Goldman Sachs di Amerika.

Kalau bank negara aturkan pinjam dengan bank negara asing, bunganya tak sampai pun 6.6%. Kes yang melibatkan Amerika, British, Switzerland, Singapore, Cayman Island, jadi kes ini kes internasional, tapi memberi kesan kepada lokal.

Jadi bila benda ni timbul di peringkat internasional, Tun Mahathir terpaksa beri penjelasan (mengikut apa) yang dia tahu.

Menteri Luar pula marah kepada Tun Mahathir tulis surat kepada suratkhabar asing. Suratkhabar asing pernah tulis yang Malaysia ini antara 10 negara yang paling kuat rasuah di dunia.

Kenapa bila dituduh macam tu kita tak hantar surat tapi bila ditimbulkan soal 1MDB kita hantar surat? Jadi orang nampak pelik.

Adakah kerajaan sudah jadi macam dalam keadaan gila? Itu yang kita tak reti nak jawab.

Beza Pemecatan Muhyiddin Dengan Musa Dan Anwar

Ia tak boleh disamakan berhentinya Muhyiddin dengan berhentinya Tun Musa. Muhyiddin di pecat. Musa berhenti.

Anwar pula dipecat kerana ada kesalahan. Muhyiddin dipecat kerana dia nak tahu apa yang sebenarnya berlaku mengenai satu perkara yang dah jadi beban kepada negara.

Muhyiddin dipecat kerana dia menyatakan dia keliru atau yang dia fikir benar.

Satu dipecat kerana buat kesalahan, satu lagi dipecat kerana dia menyatakan yang benar.

BACA INI JUGA: 'Najib Tak Ubah Seperti Maharaja'





Sumber: Dinturtle

Sunday, August 02, 2015

10 Lagu Terbaik Karya Michael Jackson!

10 Lagu Terbaik Karya Michael Jackson!

Terasa pantas masa berlalu dan tanpa disedari sudah enam tahun Raja Pop Dunia, Michael Jackson meninggal dunia akibat kegagalan jantungnya berfungsi.

Lagu Terbaik Karya Michael Jackson

Sesungguhnya kehilangan Jackson benar-benar dirasai ketika berita kematiannya tersebar di seluruh dunia pada 25 Jun 2009.

Dengan rekod penjualan albumnya sendiri hampir 200 juta salinan di seluruh dunia selain pemenang 13 anugerah Grammy serta beberapa rekod yang pernah dicatatkan di dalam buku Guinness World Records, semestinya Jackson akan terus kekal sebagai tokoh seni unggul.

Berikut merupakan pilihan 10 buah lagu terbaik karya Michael Jackson yang benar-benar terbaik tanpa mengikut turutan.

ROCK WITH YOU (1979)

Dimuatkan dalam album solo kelima Jackson, Off The Wall, lagu ini boleh dikatakan sebagai sebuah lagu yang seksi apabila muzik pop dan disko digabungkan lalu menjadikan ia sebagai karya yang begitu sungguh halus penghasilannya.

Bahkan, ada segelintir pengkritik muzik menyifatkan lagu ini sebagai smooth ballad dan Rock With You sudah cukup untuk memberikan gambaran sebenar hala tuju album Off The Wall. Ditambah pula dengan persembahan vokal Jackson yang telah menambahkan lagi keseksian lagu ini.

THRILLER (1983)

Rasanya, lagu ini tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ia adalah sebuah karya agung dalam sejarah muzik dunia yang sekaligus memacu nama Jackson ke puncak kegemilangan.

Hasil karya sepenuhnya oleh Rod Temperton dan diterbitkan oleh Quincy Jones, Thriller terus kekal sebagai salah sebuah lagu pop terbaik yang mempunyai nuansa disco-funk dan membawa revolusi baru kepada dunia muzik ketika itu.

Ditambah pula dengan penghasilan muzik videonya telah melengkapkan Thriller sebagai sebuah karya yang akan terus dikenang selama-lamanya.

BILLIE JEAN (1983)

Salah sebuah lagu popular dalam album Thriller yang terus menguatkan portfolio Jackson sebagai seorang penghibur.

Boleh juga dianggap sebagai salah sebuah karya agung Jackson dan seperti mana Thriller, Billie Jean juga hadir dengan muzik video yang berkonsep dan mempamerkan tarian yang menjadi identiti Jackson.

Gaya penyampaian Jackson seperti tersedu-sedu itu juga menambahkan keunikan kepada lagu ini.

SHE’S OUT OF MY LIFE (1979)

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Tom Bahler ini adalah antara persembahan terbaik Jackson selama dia bergelar seorang penghibur.

Sebuah lagu balada indah yang menceritakan tentang pengalaman bercinta Bahler sendiri bersama bekas kekasihnya, mendiang Karen Carpenter.

Jackson menyampaikan lagu ini dengan penuh emosi sehingga pada penghujung lagu ketika dia menyebut ‘life’ kedengaran suaranya yang sudah tersekat-sekat akibat menahan diri daripada menangis.

BAD (1987)

Biarpun penjualan album Bad sukar menandingi album Thriller, tetapi, album solo keenam Jackson ini masih diterima dengan baik oleh peminat dan pengkritik muzik.

Mereka menyifatkan lagu Bad telah membantu menaikkan imej Jackson ke arah yang lebih berani.

Sebuah karya pop yang begitu mewah dengan susunan muzik dan terbitan Quincy Jones. Jangan lupa, muzik videonya hebat itu diarahkan oleh bekas pemenang Oscar, Martin Scorsese.

BEAT IT (1983)

Lagu yang juga dimuatkan dalam album Thriller ini telah memberikan satu dimensi baru buat Jackson yang cukup dikenali dengan muzik pop dan R&B.

Namun, apabila dia tampil dengan Beat It yang memiliki elemen rock yang cukup kuat, ia tidak menunggu lama untuk menjadi popular di seluruh dunia sekelip mata. Ia ditulis sepenuhnya oleh Jackson dan diterbitkan oleh Quincy Jones.

Hasilnya, ia telah menghadiahkan mereka trofi Grammy untuk Rekod Terbaik dan Jackson sendiri diiktiraf dengan Persembahan Vokal Rock Lelaki Terbaik.

WE ARE THE WORLD (1985)

Karya Jackson bersama bekas vokalis kumpulan The Commodores, Lionel Richie ini pastinya akan terus diingati sehingga ke hari ini.

Lagu yang dicipta khas bagi menyokong kempen untuk membantu masyarakat Afrika pada tahun 1985.

Penangan lagu ini cukup hebat pada ketika itu sehingga melayakkan Jackson dan Richie memenangi anugerah Grammy untuk Lagu Terbaik.

Apatah lagi ia turut dinyanyikan oleh lebih daripada 40 penyanyi dan selebriti terkenal Hollywood ketika itu lalu menjadikan karya ini malar segar dan mempunyai sentimental tersendiri.

MAN IN THE MIRROR (1987)

Sebuah lagi karya hebat Jackson yang telah menjadi lagu tema kepada hampir kesemua peminatnya kerana tema dan mesej lagu ini yang bersifat universal.

Ada yang mengatakan ia adalah sebagai satu refleksi kepada diri Jackson sendiri yang berhadapan dengan pelbagai masalah peribadi.

Ternyata muzik Jackson melangkaui zamannya dan sehingga ke hari ini, lagu ini kedengaran sungguh segar dan sangat relevan dengan masyarakat kita hari ini.

YOU ARE NOT ALONE (1995)

Mungkin ramai yang tidak tahu lagu yang dimuatkan dalam album kesembilan Jackson, HIStory: Past, Present adn Future, Book I ini merupakan kompisisi sepenuhnya oleh R. Kelly.

Pada ketika itu, Kelly menulis lagu ini kerana dia terasa dirinya begitu kosong dan hidup dalam keasingan selepas kehilangan orang yang tersayang. Apabila Jackson mahukan lagu daripada Kelly, tanpa menunggu masa dia memberikan lagu ini kepada Jackson. Pun begitu, Jackson berfikir dua kali sebelum merakamkannya dan dimuatkan di dalam album tersebut.

You Are Not Alone merupakan salah satu lagu nyanyian terbaik Jackson dan ia dicatatkan dalam Guinness World Records sebagai satu-satunya lagu yang berjaya menduduki tangga pertama dalam carta Billboard Hot 100 sebaik sahaja diedarkan.

BLACK OR WHITE (1991)

Sebuah lagi karya hebat Jackson yang akan terus dikenang sehingga ke hari ini. Seperti mana lagu Man In The Mirror, lagu ini juga cukup sarat dengan mesej kemanusiaan dan bersifat universal dengan melodinya yang memiliki nuansa pop, dance, rap dan hard rock.

Dijadikan sebagai single pertama album Dangerous, pastinya peminatnya juga akan mengingati muzik videonya yang dibintangi oleh pelakon cilik terkenal ketika itu, Macaulay Culkin.

BACA INI JUGA: Michael Jackson Sebenarnya Dibunuh Kerana Masuk Islam?

Sumber: The Rakyat Post

5 Jenis Spesis Ikan Tilapia Terbaik Untuk Diternak

5 Jenis Spesis Ikan Tilapia Terbaik Untuk Diternak

Terdapat beberapa spesies tilapia yang telah digunakan secara meluas bagi tujuan penternakan diseluruh dunia. Spesies tilapia yang terdapat di Malaysia biasanya lebih dikenali berdasarkan warnanya iaitu tilapia hitam dan merah.

Berikut kami senaraikan jenis-jenis ikan tilapia terbaik di Malaysia yang sangat sesuai untuk diternak.

1. Ikan Tilapia GIFT
Genetic Improvement of Farmed Tilapia

Ikan Tilapia GIFT

Hasil percampuran baka Tilapia dari 8 buah negara: Kenya, Israel, Senegal, Ghana, Singapura, Thailand, Mesir dan Taiwan.

Ciri-ciri Tilapia GIFT
  • Tahan kepada searangan penyakit
  • Pembiakan produktif sehingga 1.5 ke 2 tahun
  • Tempoh bertelur dalam masa 3 ke 6 minggu
  • Jumlah telur untuk sekali pengawanan pada berat 600gram ialah 2000 ke 3000 butir telur.
  • Tumbesaran cepat, mencapai berat 600gram pada umur 5 ke 6 bulan.

Fizikal Tilapia GIFT
  • Badan yang agak bulat dan berisi jika dilihat dari sisi.
  • Sirip renang disisi badan berwarna kelabu.
  • Hujung ekor berwarna merah pudar.
  • Mempunyai garisan menegak pada badan yang agak ketara jika dibandingkan dengan baka campuran lain.

2. Ikan Tilapia BEST
Bogor Enhanced Strain of Tilapia

Ikan Tilapia BEST

Hasil percampuran baka Tilapia dari 4 jenis Tilapia: Tilapia tempatan Bogor Indonesia, Tilapia tasik Indonesia, Tilapia GIFT generasi ketiga, dan Tilapia GIFT generasi keenam.

Ciri-ciri Tilapia BEST
  • Peratusan hidup anak-anak ikan sehingga dewasa sebanyak 90%
  • Peratusan ketahanan terhadap penyakit jika dibandingkan dengan Tilapia tempatan sebanyak 140%
  • Peratusan tinggi tumbesaran sebulan sehingga 4.85%
  • Jumlah telur untuk sekali pengawanan pada berat 600gram ialah 6000 ke 15000 butir telur.
  • Tumbesaran cepat, mencapai berat 600gram pada umur 4 ke 5 bulan.
  • Nisbah pertukaran makanan bagi setiap 100gram berat ikan ialah 1.1 iaitu bagi setiap 110gram makanan yang diberikan, ikan akan mempunyai berat sebanyak 100gram.

Fizikal Tilapia GIFT
  • Badan yang agak panjang dan tegap jika dilihat dari sisi.
  • Sirip renang disisi badan berwarna kelabu.
  • Hujung ekor berwarna coklat atau kelabu pudar.
  • Mempunyai garisan menegak pada badan yang kurang ketara.
  • Jika sirip renang atas ditarik, sirip renang yang dibelakangnya tidak turut sama menegang.
  • Mempunyai warna kelabu kehijauan.

3. Ikan Tilapia Chitralada
Ikan DiRaja Thailand

Ikan Tilapia Chitralada

Tilapia Chitralada ialah keturunan dari Tilapia yang dihadiahkan oleh Raja Jepun kepada Raja Bhumibol Thailand pada tahun 1965. Ikan tersebut dipelihara di dalam perkarangan istana Chitralada, lantas terhasillah nama Tilapia Chitralada yang terkenal sehingga kini.

Ciri-ciri Tilapia Chitralada
  • Tahan lasak kepada kepadatan kolam yang tinggi.
  • Cepat membesar kepada saiz 250gram dalam masa 3 ke 4 bulan tetapi tumbesaran mulai perlahan pada saiz 500gram pada umur 6 bulan.
  • Benih ikan yang mempunyai peratusan hidup yang tinggi berbanding Tilapia lain.

Fizikal Tilapia Chitralada:
  • Badan yang agak panjang jika dilihat dari sisi.
  • Sirip renang disisi badan berwarna merah jingga.
  • Hujung ekor berwarna merah.

4. Ikan Tilapia NIFI
National Inland Fisheries Insitut

Ikan Tilapia NIFI

Tilapia merah yang dihasilkan oleh Jabatan Perikanan Thailand. Tilapia NIFI juga dikenali sebagai Tilapia Merah Thailand.

Ciri-ciri Tilapia NIFI
  • Cenderung mempunyai keturunan yang dominan jantan.
  • Cepat membesar berbanding Tilapia merah lain hasil daripada keturunan yang dominan jantan.
  • Mudah dijual kepada pelanggan lantaran warna dan isinya yang agak tebal.

Fizikal Tilapia NIFI
  • Badan yang agak panjang dan tegap jika dilihat dari sisi.
  • Sirip renang disisi badan berwarna merah jingga.
  • Hujung ekor berwarna merah menyala.
  • Kadangkala mempunyai sedikit tompokan hitam pada bahagian kepala dan badan.
  • Rata-rata Tilapia NIFI berwarna merah pudar.
  • Sirip renang atas yang cenderung lebih panjang berbanding Tilapia lain.

5. Ikan Tilapia Merah Taiwan

Ikan Tilapia Merah Taiwan

Tilapia merah yang diimport dari Taiwan.

Ciri-ciri Tilapia Merah Taiwan
  • Tumbesaran memberangsangkan sehingga 700gram dalam masa 6 bulan.

Fizikal Tilapia NIFI
  • Badan yang agak panjang dan sedikit leper.
  • Sirip renang disisi badan berwarna merah jingga.
  • Hujung ekor berwarna merah jingga.
  • Tidak mempunyai tompokan hitam pada bahagian kepala dan badan.
  • Kadangkala mempunyai tompokan berwarna putih.
  • Rata-rata Tilapia Merah Taiwan berwarna merah cerah diselang-selikan dengan warna jingga dan kuning.

Kesimpulan

Penternakan ikan tilapia mempunyai potensi untuk dilakukan kerana beberapa ciri yang terdapat pada ikan ini seperti mudah untuk diternak, mempunyai harga pasaran yang tinggi, cepat membesar dan boleh membiak secara semulajadi.

BACA INI JUGA: Ikan Paling Mahal Di Malaysia

Sumber: Industriairtawar

Petua Mencari Barang Yang Hilang

Petua Mencari Barang Yang Hilang

Pernahkah anda terlupa di mana letaknya barang yang anda simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga?

Petua Mencari Barang Yang Hilang

Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah dan mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya.

Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini.

Petua 1

Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu.

Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.

Petua 2

Baca:
  • Al-Fatihah 7 kali
  • Al Fath 1-3 7 kali
  • Al Khafi Ayat 19 7 kali
  • Surah Al-Ikhlas 7 kali
  • Selawat 7 kali
  • Ya Allah 3 kali.
  • Kemudian wirid ‘Ya Hafiz’ 119 kali

Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

Petua 3

Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin/Ahlillah/Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi.

Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’.

Doa itu adalah:

Petua Mencari Barang Yang Hilang [2]

“Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”

Maksudnya, “Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya, himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

Berkata Imam Nawawi, “Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Lelaki Yang Mampu Mengingati Segala-galanya!

Sumber:Karl Hairie Ghany

Saturday, August 01, 2015

Mahu BN Tapi Tidak Mahu Najib, Apa Pilihan Yang Ada Buat Rakyat?

Mahu BN Tapi Tidak Mahu Najib, Apa Pilihan Yang Ada Buat Rakyat?

“Adalah penting bahawa media tidak dihukum kerana melaporkan apa yang tidak disenangi sesetengah pihak. Sesungguhnya kami tidak akan mengikuti beberapa negara lain dimana media diarah untuk apa yang boleh dicetak dan tidak,” kata Rafidah.- astroawani.

Tolak Najib

Rafidah juga kata tindakan itu hanya untuk alih isu dan tumpuan rakyat dari masalah sedia ada dan ia tidak menghalang dari rakyat terus memperkatakannya. Lebih ramai rakyat akan kecewa dengan kerajaan.

Membaca komen Rafidah dalam isu 'menghukum' media membuatkan kita terfikir akan satu senario tidak berapa lama yang akan datang, iaitu tatkala rakyat membuat pilihan kerajaan pada PRU14.

Bayangkan keadaan sekarang tidak berubah di mana -

1. 1MDB masih mengelak untuk menjawab persoalan-persoalan masa lalu mereka. Mungkin 1MDB sudah berubah bentuk berbanding sekarang. Mungkin sudah bungkus, mungkin sudah bertukar jadi raksasa, hutang mungkin sudah langsai, aset dan tanah mungkin sudah habis dijual. TAPI persoalan mengenai transaksi-transaksi meragukan masa lampau masih tidak berjawab.

2. Najib masih tidak mahu membuat pengakuan kepada rakyat apakah benar RM2.7 bilion didepositkan ke akaun peribadinya.

3. Keluarga Najib masih tidak mahu menjelaskan berapakah jumlah dan punca harta kekayaannya yang semua orang boleh nampak ianya jauh melebihi dari pendapatan beliau sebagai PM.

Mungkin Najib berjaya tutup mulut pengkritik dari terus menyoal perkara-perkara di atas sehingga PRU14 tanpa memperdulikan perasaan kecewa rakyat.

Sekarang pro Najib begitu teruja menyamakan usaha mahu menyingkirkan PM Najib sebagai ancaman kepada kerajaan dan negara.

Rakyat berjaya ditakutkan dengan ancaman-ancaman yang bakal dikenakan jika terus menyoal isu-isu di atas dan hasilnya, Najib berjaya kekal sebagai PM dan mengetuai jentera BN menghadapi PRU14.

Rakyat ramai yang tidak puashati dengan Najib sebagai PM dan terus memendam rasa.

PERSOALANnya, apakah isu-isu di atas akan menjadi perkiraan kepada pengundi dalam membuat pilihan di atas kertas undi kelak?

Bagaimana kalau perkiraan PRU14 nanti adalah Undi BN = Undi PM Najib? Atau Najib yang menjadi topik kempen utama PRU nanti, jika mahu Najib terus sebagai PM maka undilah BN?

Agaknya, bagaimanakah keputusan PRU14 nanti?

Bagaimana pendirian rakyat yang memendam perasaan tidak puashati terhadap Najib, ketika memangkah kertas undi kelak?

Mereka yang sebelum ini undi BN mungkin tidak akan alih kepada pembangkang tapi adalah menjadi hak mereka untuk protes, sama ada tidak keluar mengundi atau rosakkan kertas undi sebagai satu-satunya cara mengekspresi ketidakpuasan hati terhadap Najib.

Sistem yang kita amalkan menafikan hak rakyat untuk memilih siapa menjadi PM. Kita hanya boleh pilih parti yang jadi kerajaan dan terserah kepada parti itu untuk pilih siapa yang jadi PM kita.

Jadi, di mana hak rakyat untuk memilih PM? Kita timbulkan ini sebagai menjawab 'nasihat' beberapa pemimpin yang mahukan kita akur kepada sistem demokrasi yang diamalkan, maknanya terima sajalah Najib sebagai PM dan buat pilihan pada pilihanraya kelak!

Adakah mereka itu maksudkan supaya rakyat jadikan isu siapa PM sebagai asas pilihan semasa PRU14? Adakah Umno BN mahu mengambil risiko itu?

Sila Jawab Ini - Mereka tidak punya masalah dengan BN dan masih mahu BN terus jadi kerajaan tapi mereka tidak mahu Najib!

Bagi rakyat yang tidak mahu Najib terus sebagai PM tapi masih mahu BN terus jadi kerajaan, apakah pilihan yang ada pada mereka?

Jika proses untuk memilih PM itu ada, mungkin tidak akan timbul sebarang usaha mahu menukar PM Najib. Kita rela sabar menanti saat dan waktunya, tapi apakah proses itu wujud?

BACA INI JUGA: Koleksi Lawak Isu #derma RM2.6 Bilion Najib

Sumber: Dinturtle

5 Bintang Gusti Paling Kaya Di Dunia!

5 Bintang Gusti Paling Kaya Di Dunia!

Apabila bercakap mengenai sukan gusti atau bagi yang lahir pada tahun 80an dan 90an pastinya akan mengingati WCW (World Championship Wrestling) dan WWF (World Wrestling Federation) dan ia menjadi kegemaran ramai ketika itu tidak kira muda atau tua, lelaki mahu pun wanita.

WWE

Ketika itu ramai nama-nama besar bintang gusti menjadi pujaan ramai antaranya Stone Cold, The Rock, The Undertaker, Big Show, Kane dan ramai lagi.

Bagaimanapun, tahukah anda sukan gusti ini telah berjaya membuatkan ramai bintang gusti ini menjadi kaya raya.

Dan kali ini saya ingin menyenaraikan lima bintang gusti terkaya di dunia sehingga kini yang dipetik dari Myfirstclasslife.

5. Kurt Angle
Nilai kekayaan: USD20 juta, sekitar RM76.33 juta

Kurt Angle

Kurt Angle merupakan satu-satunya bintang gusti yang mempunyai latar belakang ahli gusti profesional dan pernah memenangi pingat emas di Sukan Olimpik 1996 dalam kategori 'heavyweight' gusti.

Selepas berjaya memenangi pingat emas tersebut, dia memulakan kerjaya sebagai bintang gusti di ECW dan NWA sebelum menyertai WWE pada tahun 1998.

Kurt membuat penampilan debutnya setahun kemudian selepas menjalani latihan dan namanya melonjak dengan cepat apabila dia digelar sebagai wira Amerika.

Ketika bersama WWE, Kurt juga sering membawa karakter sebagai orang jahat, yang mana dia popular dengan gerakan penamat 'ankle lock'.

Dia kemudian telah berpindah menyertai TNA dan menjadi bintang gusti menerima bayaran termahal di TNA.

4. Triple H (Paul Levesque)
Nilai Kekayaan: USD25 juta, sekitar RM95.42 juta

Triple H (Paul Levesque)

Walaupun sudah lebih dua dekad berada dalam sukan gusti ini, nama Triple H atau nama sebenarnya Paul Levesque masih lagi menjadi bintang popular dalam WWE. Walaupun dia menyertai WCW selepas itu, namun dia kembali bersama WWE .

Ketika bersama WWE, dia telah menjalin hubungan cinta dan berkahwin dengan anak perempuan bos WWE, Stephanie McMahon yang mana kekal lebih 10 tahun, dan kini Triple H merupakan Ketua Pegawai Opreasi (COO) WWE dengan gaji sebanyak USD1.5 juta (RM5.73 juta) setahun.

3. John Cena
Nilai kekayaan: USD35 juta, sekitar RM133.59 juta

John Cena

John Cena merupakan nama besar dalam dunia sukan gusti buat masa ini. John membuat penampilan pertamanya di WWE pada tahun 2002 ketika menentang Kurt Angle yang mana dia hampir menang. Selepas itu, namanya terus melonjak dan menjadi kegemaran peminat.

Selain gusti, John Cena juga turut menceburi bidang lakonan antaranya "The Marine", "Legendary" dan turut membuat beberapa penampilan dalam filem.

Bagaimanapun ia tidak bermakna John akan mengutamakan kerjaya lakonan kerana baginya sukan gusti adalah keutamaannya.

2. Stone Cold (Steve Austin)
Nilai kekayaan: USD45 juta, sekitar RM171.75 juta

Stone Cold (Steve Austin)

John Cena mungkin berada di puncak ketika ini di WWE, tetapi dia tidak dapat menandingi populariti Stone Cold Steve Austin yang pernah dikecapinya.

Stone Cold memulakan kerjaya gustinya dengan beberapa organisasi gusti sebelum namanya melonjak naik pada tahun 1997 ketika acara King of the Ring Tournament.

Selain gusti, Stone Cold juga terlibat dengan dunia lakonan, selain menjadi pengacara televisyen untuk beberapa saluran.

Stone Cold 3:16 yang popular dengan 'tagline' "Hell Yeah!" bukan sahaja berjaya menaikkan namanya, malah meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada para peminat gusti.

Malah, ketika tahun 1990an angka jualan barangannya sangat tidak masuk akal dan berikutan itu namanya  masih menjadi sebutan sehingga kini.

1. Dwayne "The Rock" Johnson
Nilai kekayaan: USD125, sekitar RM477 juta

Dwayne "The Rock" Johnson

Anda pastinya tidak terkejut apabila nama Dwyane "The Rock" Johnson berada di tangga teratas bintang gusti terkaya, malah The Rock juga tahun lalu merupakan pelakon di Hollywood yang menerima bayaran paling tinggi.

The Rock mengikut jejak langkah ayahnya yang juga merupakan bintang gusti, namun dia kurang dikenali ketika itu sehinggalah dia menjadi ahli "The Nation of Domination" apabila dia sangat terkenal kerana bermulut celupar dan selepas itu namanya terus melonjak mendadak.

Dari menjadi karakter jahat, dia kemudiannya bertukar karakter yang baik dan menjadi pujaan ramai dan digelar sebagai 'The People Champion'.

Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk bersara dari dunia gusti dan beralih ke dunia lakonan.

Walaupun kini The Rock menjadi pelakon terkenal Hollywood dengan membintangi filem-filem blockbuster seperti francais "Fast & Furious" dan banyak lagi, namun dia juga kadang-kala membuat penampilan di WWE dari masa ke semasa.

BACA INI JUGA: Ngerinya Peserta Gusti Lengan Patah Tangan Ketika Siaran Langsung!

Sumber: Tupai.com.my

Video Penampakan Makhluk Asing Berterbangan Di Osaka, Jepun

Video Penampakan Makhluk Asing Berterbangan Di Osaka, Jepun

Video yang merakamkan 10 objek pelik berterbangan di ruang udara Osaka ini telah mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia.

UFO

Menerusi rakaman video amatur oleh seorang individu di bandar pelabuhan Jepun ini, rata-rata netizen mendakwa objek berkenaan adalah kapal yang dimiliki oleh makhluk asing.

Sahih atau tidak dakwaan itu, masih tiada bukti kukuh yang dapat merungkai bahawa 10 objek bercahaya itu adalah kapal makhluk asing.

Kejadian ini dikatakan sama dengan peristiwa yang pernah berlaku di London semasa sebuah konsert berlansung di Hyde Park.

Penonton konsert itu mendakwa ternampak objek bercahaya yang sama di awan sebelum hilang beberapa saat kemudian.

BACA INI JUGA: Kisah 10 Penampakan UFO Yang Terus Menjadi Misteri Dunia


Tonton video ini di Youtube.

Sumber: Mynewshub.cc

Friday, July 31, 2015

Skandal 1MDB, Satu Dunia Beri Amaran, Jauhi Mamat Ini!

Skandal 1MDB, Satu Dunia Beri Amaran, Jauhi Mamat Ini!

Ketika ini di US dan London, pihak media yang amat berpengaruh dalam membentuk persepsi rakyat mereka, turut mengeluarkan amaran tapi bukan merujuk kepada satu tempat. Subjek amaran berupa sesuatu yang mudah alih, jadi JAUHI MAMAT INI!

1MDB SCANDAL

Majalah TIME mengeluarkan amaran supaya Obama menjauhi Najib yang ketika ini sedang bergelumang dengan Corruption Scandal.

Sementara di London, The Guardian pula memberi amaran kepada PM England, David Cameron yang mahu meneruskan pertemuannya dengan Najib yang scandal-hit.

Kita percaya media satu dunia ketika ini merujuk Najib sebagai PM Malaysia yang berdepan dengan SKANDAL. Skandal yang satu dunia juga sudah tahu merujuk kepada 1MDB.

Hebat 1MDB satu dunia dah kenal sekarang!

Itulah, kalau dari awal mengambil pendirian yang mesra pengkritik, mungkin semua ini boleh dielakkan.

Ingat lagi waktu Datuk Khairuddin buat repot polis supaya 1MDB ini disiasat. Reaksi segera dari kepimpinan Umno adalah mengutuk beliau dan menuntut supaya repot itu ditarik balik.

Lebih awal lagi, Tun Mahathir dan pengkritik-pengkritik 1MDB juga diserang hanya kerana tidak dapat menerima penjelasan longgar yang diberikan oleh pihak 1MDB dan Kementerian Kewangan.

Waktu itu ramai yang masih punya sangka baik terhadap Najib dan 1MDB. Cuba tanya pandangan rakyat sekarang...

Dulu Umno silap kerana terikut rentak Najib yang mengUmnokan isu 1MDB, dari dulu lagi kita dah beri nasihat - Jangan heret Umno dalam isu 1MDB! Ia adalah masalah peribadi 1MDB dan Najib, jangan jadi lembu.

1MDB SCANDAL [2]

Sekarang isu 1MDB telah menjadi kronik dan Najib sendiri begitu terdesak sehingga terpaksa merombak kabinet!

Rombakan kabinet dek sebab isu 1MDB! Tak perlulah nak sangkalkan, kemelut negara dan Umno berpunca dari 1MDB.

Jangan salahkan pengkritik. Jika terus mengelak dari berdepan dengan masalah, lambat laun masalah itu sendiri akan menenggelamkan anda.

Berdepanlah dengan masalah 1MDB. Bukan bertaichi bagai mahu mengelak atau mengalih isu. Kita tidak tahu apa lagi yang belum didedahkan.

Ambil pendirian sekarang, jarakkan Umno dari 1MDB! Tolak 1MDB dan Najib ke depan supaya mereka sendiri bertanggungjawab menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan.

Jika semuanya telus, apa yang perlu dirisaukan? Malah, Najib pula yang akan muncul sebagai Pahlawan Bugis yang disegani dan terbukti berwibawa! Umno juga untung boleh menumpang aura beliau.

Makanya, diharap MT Umno dapat berfikir secara rasional dan buat ketetapan yang sewajarnya.

Biar Najib jadi anak jantan yang berdepan dengan masalah yang diciptanya sendiri!

Jangan hancurkan seluruh legasi dan maruah Umno hanya kerana isu 1MDB atau kerana mempertahankan masalah peribadi seorang pemimpin.

BACA INI JUGA: Tun Mahathir Cabar Najib Tunjuk Akaun Bank!

Sumber: Dinturtle

Transaksi USD700 Juta Akaun Najib, Muhyiddin Kena Buat Repot Polis!

Transaksi USD700 Juta Akaun Najib, Muhyiddin Kena Buat Repot Polis!

Antara berita paling hangat minggu ini adalah penyebaran video 53 saat di mana Muhyiddin ketika bersembang dengan tetamu di rumahnya, mendakwa Najib mengakui dakwaan tentang deposit RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya. Baca sini..

1mdb 2 bilion

Tapi, kalau memang wujud deposit itu, takkan Najib nak mengaku, ya tak?

Sebab, kalau Najib mengaku, itu sudah merupakan satu pengakuan bersalah. Dan Najib boleh didakwa. Dan banyaklah pula cerita tentang kesahihan keputusan PRU13.

TAPI kebenaran tetap ditagih!

Makanya terpaksalah kita tunggu juga hasil siasatan Task Force, itu pun kalau benar antara tugasan Task Force adalah untuk menyiasat benda ni.

Sama ada anda mahu percaya kepada borak-borak Muhyiddin atau tidak, itu terpulang kepada anda.

Muhyiddin juga sepatutnya TAMPIL MEMBUAT LAPORAN POLIS jika benar apa yang didakwanya.

Jika tidak, Muhyiddin juga akan dianggap sebagai bersubahat sekiranya beliau sengaja mendiamkan perkara ini.

Buat laporan di Balai Polis terdekat, dan ambil gambat berposing dengan laporan itu dan edarkan isi pengaduannya kepada umum.

Kita cuma mahu kebenaran!

Ahmad Maslan si pembodek

Ahmad Maslan menafikan apa yang didakwa itu kepada Malaymailonline.

Berikut merupakan transkrip ucapan beliau -
Tidak betul. Tidak ada siphon (songlap) dan sebagainya.
Presiden telah memberikan taklimat kepada ahli Majlis Tertinggi tentang perkara yang berkaitan. Beliau tidak pernah menggunakan wang 1MDB dan masuk dalam akaun dia.

Boleh pun Najib buat pengakuan. Tapi kenapa hanya kepada Majlis Tertinggi Umno saja? Kenapa tidak kepada rakyat? Apakah rakyat ini tidak penting buat Najib?

Kalau Najib ingin buat pengakuan kepada rakyat, kita berharap skripnya tak perlulah sebut wang 1MDB sebab nanti akan dipertikaikan pula, bagaimana dari sumber lain?

Najib hanya perlu cakap - Tidak ada wang USD700 juta atau RM2.6 billion didepositkan ke dalam akaun peribadi saya sebagaimana yang didakwa WSJ.

Hanya itu yang rakyat nak tahu pada ketika ini - ADA atau TIDAK ADA?

Teringat komen Mat Maslan sebelum Raya baru ni -
"Perdana menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion daripada dana agensi kerajaan dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi?

"Ia tidak munasabah langsung. Jika benar, ia kebebalan yang terlalu amat sangat.

Alahai...

BACA INI JUGA: 5 'Dosa' Muhyiddin Yassin Ditendang Dari Kabinet

Sumber: Dinturtle