Wednesday, July 29, 2015

Ucapan Keramat Muhyiddin Yassin Yang Najib Tak Mampu Fikirkan!

Ucapan Keramat Muhyiddin Yassin Yang Najib Tak Mampu Fikirkan!

Ucapan Muhyiddin Yassin ketika berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada malam Ahad ternyata menghangatkan pentas politik negara.

Intipati ucapan keramat Muhyiddin

Terdapat enam intipati ucapan yang 'benar tetapi pahit' disampaikan oleh Muhyiddin seperti yang tersebar iaitu:

1. Rakyat meluat dan gelisah melihat melihat isu-isu dalam negara yang masih tidak diselesaikan oleh pemimpin.

2. Kita tidak boleh berbohong pada rakyat. Kita perlu terima hakikat rakyat dibawah ingin tahu isu 1MDB degan segera. Mereka ingin tahu hutang 1MDB RM42 bilion, laporan WSJ terhadap wang yang masuk dalam akaun Presiden. Mengapa tindakan tidak diambil ke atas lembaga pengarah, pengurusan dan lembaga penasihat yang telah menyebabkan 1MDB berhutang sehingga RM42b

3. Isu ekonomi menjadi masalah utama. Isu kos sara hidup, GST, masalah perumahan, pengangguran, jenayah dan lain-lain. Isu-isu ini masih tidak ditangani, ditambah pula deagn bebanan hutang 1MDB.

4. Kita tidak mengurus persepsi deagn baik. Kita salahkan rakyat menuduh pemimpin sedangkan pemimpin tidak buat apa-apa untuk meredakan persepsi buruk ini. Pemimpin cakap sahaja tetapi tiada tindakan.

5. Umno kehilangan 'wow' factor. Umno sudah tidak dihormati oleh ahli dan rakyat seperti dulu. Pemimpin tertinggi umno sudah hilang kepercayaan. 'Trust deficit' parti bertambah besar. Ahli-ahli Umno sendiri tidak yakin kita boleh meyakinkan rakyat untuk PRU 14.

6. Marilah kita cari jalan bagaimana kita boleh kembali semula ke pangkal jalan. Kalau pemimpin buat silap mohon maaf dan cari jalan menyelesaikan masalah. Jangan kita masih menidakkan apa yang benar.‎

Sumber: Sinar.Online

Bayi Buta Selepas Terdedah Kepada Flash Kamera!

Bayi Buta Selepas Terdedah Kepada Flash Kamera!

Seorang bayi buta sebelah mata selepas rakan kepada keluarganya yang menziarahi bayi berusia tiga bulan itu terlupa menutup flash kamera ketika merakamkan gambarnya dari jarak dekat.

BLIND AFTER FLASH

Menurut doktor, bayi yang tidak dinamakan itu, mengalami kerosakan kekal akibat flash kamera berkenaan yang hanya 10 inci daripada bayi berkenaan.

Ia mengakibatkan mata kanannya buta manakala penglihatan mata kiri pula terjejas. Kerosakan itu dikatakan kekal dan tidak boleh dirawat menerusi pembedahan.

Flash kamera yang kuat itu telah merosakkan macula, iaitu bahagian dalam mata.

Macula tidak terbentuk hingga kanak-kanak berusia empat tahun, sekaligus bermakna mata bayi amat sensitif dengan sinaran cahaya yang kuat.

Ibu bapanya hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan penglihatan bayi itu sebaik sahaja gambar tersebut dirakamkan.

Setakat ini tidak diketahui sama ada keluarganya akan mengambil tindakan ke atas rakan mereka yang merakamkan gambar tersebut.

Menurut pakar, meskipun bayi akan menutup mata apabila mereka terdedah kepada cahaya yang kuat, namun cahaya itu boleh menyebabkan kerosakan kekal.

Ibu bapa juga sepatutnya berhati-hati ketika memandikan anak mereka memandangkan lampu dalam tandas mempunyai cahaya yang kuat.

BACA INI JUGA: Ibnu Al-Haitham, Ilmuwan Islam Pencipta Pertama Kamera

Sumber: Mynewshub.cc

5 'Dosa' Muhyiddin Yassin Ditendang Dari Kabinet

5 'Dosa' Muhyiddin Yassin Ditendang Dari Kabinet

Apakah sebenarnya tindakan yang telah dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin sehingga menyebabkan nama beliau tidak ada lagi dalam senarai kabinet terbaru ini?

1. Kerap Dikecam Rakyat Kerana Diam



Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin Yassin kerap kali dikecam rakyat ekoran dengan terlalu mendiamkan diri tentang isu 1MDB. Namun apabila Muhyiddin bersuara, beliau tidak mempunyai halangan sekiranya laporan interim Ketua Audit Negara mengenai 1MDB didedahkan kepada umum agar ianya dapat menjawab segala persoalan mengenai skandal tersebut.
Ianya perlu dimuktamadkan. Kalau tidak selesai maka ia akan jadi beban, kalau seringgit dua tidak apa, tapi sepatutnya kalau tidak ada 1MDB tidak akan ada masalah. Saya ikhlas nyatakan perkara ini kerana ramai ahli parti kata TPM ini terlalu senyap, kadang geram juga namun isu ini bukan mudah saya kata tidak mahu terlebih batas. Saya setuju pasukan khas melaksanakan tanggungjawab tanpa diganggu mana-mana pihak, lagi cepat lagi baik, kalau siasat tahan bersalah dan mesti ada yang salah, lagi cepat lagi baik untuk parti.

2. PM Tidak Ulas Sendiri Isu Laporan Wall Street Journal (WSJ)



Menurut sumber, ketika isu laporan Wall Street Journal (WSJ) bahawa RM2.67 bilion dipindahkan dari firma pelaburan negara itu ke dalam akaun peribadi PM adalah satu perkara serius dan memerlukan penjelasan. Namun penjelasan tersebut bukan daripada pihaknya sendiri.
Apabila berita yang pertama keluar, saya menghantar SMS (khidmat pesanan ringkas) kepada Perdana Menteri yang mengatakan: “Tuan, ini adalah sesuatu perkara yang serius anda perlu menafikannya. Beliau menjawab, terima kasih dan memberitahu saya beliau sudah berbuat demikian. Walaupun ada penafian, ia adalah dari Jabatan Perdana Menteri. Saya memberitahunya lagi bahawa beliau perlu menafikannya sendiri kerana dakwaan itu dibuat terhadapnya dan beliau perlu menafikan.”

3. Rakyat Tidak Percaya Lagi Kepada Najib – Tun M



Sebelum ini, Tun M juga pernah berkata demikian. Beliau menarik balik sokongannya kepada Najib kerana dasar mereka yang berbeza, menyatakan Najib harus meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Najib. Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar Umno, dan dengan itu BN, akan kalah jika Najib memimpin Umno hingga PRU14. Apabila Umno kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali Umno kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula.

4. Sokongan Rakyat Makin Berkurangan



Ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini, Muhyiddin ada mengatakan bahawa BN akan tewas sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan dijalankan dalam masa yang terdekat. Beliau juga menggesa seluruh parti bermula dari akar umbi supaya bersama-sama mencari jalan untuk mengembalikan sokongan rakyat.
Saya nak bercakap benar, memang kalau ikut perkiraan saya, kalau esok pilihan raya, kita tidak mungkin boleh menang, kerana sudah ada kajian yang dibuat oleh banyak pihak. Saya nak ingatkan apa yang diungkapkan dalam Perhimpunan Agung tahunan lalu mengulas mengenai dakwaan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu, mereka menang undi popular.

5. Bersuara Mengenai 1MDB, Bukan Menentang PM



Menerusi agendadaily.com, beliau menjelaskan apa yang disuarakannya tidak langsung bermaksud beliau menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau mempunyai niat lain yang terselindung.
Saya cuma ingin membantu, bukan untuk menjatuhkan Perdana Menteri. (Menolak) itu adalah haknya, saya berkomunikasi dengan Tun (Mahathir Mohamad), saya jelaskan kepada Kabinet kerana tak mahu ada salah faham. Dia bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib… pasal mengenang sejarah Tun Razak. Jadi nak sokong Najib bila timbul isu berkaitan dengan Najib. Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau.

Sumber: ohbulan

Biodata Muhyiddin Yassin, Keluarga Keturunan Ulama

Biodata Muhyiddin Yassin, Keluarga Keturunan Ulama

Muhyiddin Yassin, 73 tahun, dipilih sebagai Perdana Menteri ke 8 Malaysia, oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selepas memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, menggantikan Tun Mahathir Mohamad.

Muhyiddin Yassin Perdana Menteri ke 8

Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin, lahir pada 15 Mei 1947, merupakan bekas Menteri Besar Johor, Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Kehidupan awal

Beliau berasal dari Muar, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar. Kemudiannya beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

Keluarga Ulama

Muhyiddin telah mendirikan rumahtangga pada 1972. Hasil daripada perkongsian hidup beliau bersama Datin Sri Hajjah Norainee Abd. Rahman, mereka dikurniakan cahaya mata iaitu Fakhri Yassin, Nabilah, Najwa (Najwa Mahiaddin) dan Farhan Yassin.

Ayah beliau yang bernama Muhammad Yassin bin Muhammad adalah seorang ulama terkenal di Bandar Maharani (Muar), Johor.

Hasil perkongsian hidup ayahanda beliau dengan 4 orang isterinya dikurniakan 46 orang anak. Isteri pertama ayah beliau ialah Allahyarhamah Hajjah Maznah binti Daud, isteri kedua Allahyarhamah Hajjah Khadijah binti Kassim (ibu kandung Muhyiddin), Allahyarhamah Hajjah Sapiah binti Abdullah dan Allahyarhamah Hajjah Kintan binti Ibrahim.

Allahyarham Hj. Muhammad Yassin dikatakan asalnya dari Siak mengikut apa yang diceritakan oleh isteri beliau, Allahyarhamah Hajjah Kintan.

Allahyarham Muhammad Yassin pula mempunyai adik beradik iaitu bernama Muhammad Nor bin Muhammad dan Sulaiman bin Muhammad.

Oleh itu bapa saudara Muhyiddin di sebelah bapa adalah Md. Nor bin Muhammad dan Sulaiman bin Muhammad. Keluarga Allahyarham Muhammad Yassin yang ramai bilangan ini tinggal sekampung di batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar, Johor di rumah-rumah ibu yang berasingan. Kampung ini masih terdapat sehingga ke hari ini.

Pada masa hayat, Allahyarham Muhammad Yassin telah banyak mengajar di daerah Muar seperti di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar, Mesjid Parit Jamil, Mesjid Seri Menanti, Mesjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar.

Malah, yang paling jauh tempat beliau mengajar ialah di Chohong Melaka iaitu di antara sempadan Melaka dan Muar.

Suara Allahyarham lantang dan bergema semasa menyampaikan pengajaran ilmu Tasauf dan Ilmu Tauhid. Allahyarham Muhammad Yassin telah dibawa menaiki kereta untuk mengajar oleh anak beliau sendiri iaitu Allahyarham Haron bin Mohd. Yassin iaitu antara anak tua dari isteri yang pertama.

Antara anak-anaknya yang mengikuti jejaknya ialah seperti Allahyarham Ahmad bin Mohd. Yassin yang mengajar di Sekolah Agama Bandar Maharani dan Sekolah Agama Dumpar manakala Abdul Ghaffar Mohd. Yassin yang pada suatu masa hayatnya pernah mengajar di Masjid Jamik Sultan Ibrahim Muar dan Masjid Jamik Parit Kadzi Muar.

Allahyarham juga telah mengasaskan Sekolah Menengah Md. Yassin (Persendirian) di Batu 1 1/4 Jalan Bakri, Muar.

Anak-anak Allahyarham seperti Allahyarham Ismail Mohd. Yassin pernah menjadi Guru Besar manakala Allahyarham Kamaruddin Mohd. Yassin, Fatimah Mohd. Yassin dan Baharuddin Mohd. Yassin pernah mengajar di sekolah tersebut dalam tahun 70an dahulu.

Bukan setakat itu sahaja, Allahyarham telah mengasaskan sekolah Arab Saadiah di Batu 1 1/2 Jalan Bakri yang mengambil pelajar-pelajar lelaki dan perempuan untuk mengikuti pelajaran dalam bahasa Arab.

Sekolah Arab Saadiah pada masa ini diuruskan oleh Hj. Abdul Rahman bin Mohd. Yassin, anak dari isteri pertama dan guru-gurunya terdiri daripada cucu Allahyarham Muhammad Yassin.

Di surau inilah setiap tahun Tan Sri Muhyiddin bertemu dengan keluarga samada di Majlis tahlil allahyarham Hj. Muhammad Yassin dan majlis berbuka puasa Ramadhan bersama keluarga.

Antara murid tua Allahyarham yang terkenal ialah Allahyarham Tuan Guru Hj. Azman bin Azhari yang telah mengasaskan Haujakan Johor dan pengikut bertaburan di serata negeri Johor.

Anak Allahyarham, Baharuddin bin Mohd. Yassin yang kini bertugas sebagai Pegawai Kastam Tinggi di KDRM Johor Bahru pernah semasa usia kecil mengikut sama beliau pergi mengajar di masjid Jamik Sri Menanti, Masjid Parit Jamil, Masjid Parit Samsu, Masjid Sungai Balang, Masjid Sungei Mati dan Masjid Bukit Kangkar Muar.

Adik beradik Tan Sri Muhyiddin dari pihak seibu yang masih hidup ialah Aziz Mohd. Yassin (abang),Rohana Mohd Yassin (kakak) Sahid Mohd. Yassin (adik lelaki) dan Fatimah Mohd. Yassin (adik perempuan). Kakak Muhyiddin yang bernama Norani Mohd. Yassin dan abang beliau Ismail Mohd. Yassin telah pun kembali ke rahmatulah.

Tan Sri Muhyiddin seperti biasa pada tiap-tiap tahun selalu mengadakan hari perjumpaan keluarga pada hari kedua atau hari raya ketiga di kediamannya di Tanjung Emas Muar.

Di sini keluarga yang ramai dari pihak adik beradik seibu sebapa, sebapa, cucu, cicit dan piut bertemu untuk berkenal-kenalan dan menjalinkan silatur rahim. Sejak dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin mengadakan rumah terbuka di Bangunan Umno Pagoh.

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (1970) dan kemudiannya Penolong Pegawai Daerah Muar (1974).

Pengalaman sebagai penjawat awam digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk berkecimpung dalam dunia korporat.

Antara tahun 1974 hingga tahun 1978, Muhyiddin telah memegang beberapa jawatan penting di SGS Ates Sdn. Bhd. sebagai Pengurus Perjawatan, Pengarah Urusan Sri Saujana Berhad serta Pengarah Syarikat Equity Mal Sdn Bhd.

POLITIK

Beliau mengetuai UMNO Bahagian Pagoh iaitu jawatan yang beliau pegang sejak April 1985 lagi.

Sebelum itu beliau telah dipilih menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pagoh pada tahun 1976. Dari situ karier politiknya terus berkembang apabila beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia (1982).

Pada tahun 1985, buat pertama kalinya, Muhyiddin dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Jawatan ini digunakan sepenuhnya untuk menabur bakti dan kemudiannya menjadi tokoh yang dipilih menduduki kerusi Naib Presiden bermula September 1993 sehingga 2008.

Beliau kemudiannya diundi menjadi Timbalan Presiden UMNO dengan mengalahkan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib

Cabaran Getir

Kerjaya politik Muhyiddin mula diuji apabila Ahli Parlimen Pagoh itu digugurkan dari kabinet ketika menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak sebelum kedudukannya diganti oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada 2015.

Tindakan Najib itu dibuat selepas Muhyiddin menegur Ahli Parlimen Pekan itu berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selepas pendirian Muhyiddin dalam parti yang dilihat sering 'bercanggah' berikutan tindakannya menentang pemimpin UMNO berhubung isu berkenaan, beliau kemudiannya dipecat oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jun 2016.

Tiga bulan tanpa parti, Muhyiddin bersama bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad, kemudiannya menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dengan menjadi Presiden dan mula bergerak sebagai pembangkang di negara ini selama dua tahun.

BERSATU kemudian membentuk gabungan dengan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dinamakan Pakatan Harapan (PH) dan menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Muhyiddin kembali menyinar dalam dunia politik selepas memenangi Parlimen Pagoh pada PRU-14 pada Mei 2018 atas tiket BERSATU.

Beliau yang menyertai politik pada usia seawal 20-an itu kemudiannya dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri di bawah pimpinan Tun Mahathir dalam PH.

Jawatan kerajaan

Beliau pertama kali dipilih menjadi wakil rakyat apabila beliau memenangi kawasan Parlimen Pagoh pada pilihan raya tahun 1978.

Beliau yang berjaya mempertahankan kerusi parlimen berkenaan pada pilihan raya umum pada tahun 1982 telah dilantik menjadi Menteri Besar Johor selepas Pilihan Raya Umum ke-7 apabila memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang.

Di bawah kepimpinan beliau, negeri Johor terus berkembang pesat dan menjadi antara negeri yang termaju di Malaysia.

Beliau juga pernah dilantik menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Malaysia pada tahun 1981, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan pada tahun 1982 dan Menteri Belia dan Sukan selepas Pilihan Raya Umum ke-9 iaitu pada Mei 1995.

Empat tahun kemudian, beliau dilantik menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula pada bulan Disember 1999.

Pada bulan Januari 2004, beliau diberi kepercayaan mengetuai Kementerian Pertanian berikutan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-11, beliau dilantik semula menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang fungsinya ditambah bagi memajukan sektor pertanian dan industri yang berkaitan agar lebih berdaya saing.

Aktiviti kemasyarakatan

Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan. Beliau pernah dilantik menjadi Yang DiPertua Royal Johor Country Club dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (1986-1995) serta Presiden Persatuan Kanak-Kanak Spastik Negeri Johor selama 10 tahun (1986-1996).

Muhyiddin Yassin juga merupakan pengasas TSM Charity Golf yang ditubuhkan dalam tahun 2002. Ia merupakan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bermatlamat untuk membentuk masyarakat penyayang melalui sumbangan kebajikan dan derma dari sukan golf.

TSM Charity telah sedikit sebanyak mengubah persepsi masyarakat kepada sukan Golf. Jika sebelum ini golf dianggap sukan untuk golongan elit, Muhyiddin melalui TSM Charity Golf telah mengubah persepsi ini dengan menjadikan golf sebagai satu wadah untuk membuat kebajikan dan menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Banyak pertandingan Golf Amal telah dibuat di Australia, New Zealand dan Indonesia. Melalui pertandingan amal ini, kutipan yang dibuat disumbangkan kepada badan-badan kebajikan pelajar di negara tersebut.

Sumbangan ini seterusnya digunakan untuk pelbagai aktiviti kebajikan pelajar dan rakyat Malaysia.

Selain itu, ia juga sumbangkan kepada mereka yang didalam kesusahan dan mereka yang terlibat dalam pelbagai bencana alam.

Di dalam konteks sukan, Muhyiddin melalui TSM Charity Golf juga cuba untuk membangunkan aktiviti golf di Malaysia.

Pada tahun 2006, TSM Charity dengan kerjasama Kementerian Belia dan SUkan telah menganjurkan pertandingan "TSM Golf Challenge - In Search of Malaysian Tiger", dalam usaha untuk mencari bakat-bakat baru dalam sukan golf di Malaysia.

Muhyiddin juga merupakan pengerusi Yayasan Nurul Yaqeen, yang berperanan untuk:
  • Menganjur dan mengendalikan persidangan, seminar serta bengkel bagi meningkatkan perkembangan minda generasi Malaysia yang cemerlang serta mengeratkan silaturrahim dan menggalakkan integrasi di semua peringkat.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti pembangunan kepimpinan dan kemasyarakatan seperti ceramah motivasi, keibubapaan, kaunseling, pembangunan kapasiti wanita dan gejala sosial serta pelbagai bidang yang berkaitan.
  • Wadah pengumpul para cendekiawan untuk berbincang dan melahirkan idea yang konstruktif, kreatif serta kritikal yang dapat menjadi panduan dalam menangani isu dan masalah ekonomi, polotik dan sosial.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk membantu meningkatkan pembangunan ekonomi bumiputera khususnya dalam bidang keusahawanan dan pertanian.
  • Menjalankan penyelidikan saintifik berkaitan dengan pembangunan ekonomi, sosial dan budaya yang berhubung rapat dengan pembangunan negara.
  • Anugerah yang dianjurkan oleh Yayasan ini dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia (USM) itu bertujuan memberi pengiktirafan kepada penghasilan tesis bermutu tinggi bagi mengiktiraf tesis-tesis terbaik berkaitan Islam dalam pelbagai bidang.

Beliau telah dipecat oleh Perdana Menteri atas alasan mengkritik Perdana Menteri pada isu-isu tertentu. Tempat beliau telah digantikan oleh Ahmad Zahid Hamidi berkuatkuasa 29 Julai 2015.

Portfolio Kementerian Pelajaran yang sebelum ini dijawat oleh beliau telah berpecah kepada dua iaitu Pendidikan dan Pengajian Tinggi.

Menteri Pendidikan baru adalah Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Pengajian Tinggi yang baru, Datuk Seri Idris Jusoh.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: wikipedia

Tuesday, July 28, 2015

Saya Disingkir Hanya Kerana Mahu Kuatkan Umno, kata Shafie

Saya Disingkir Hanya Kerana Mahu Kuatkan Umno, kata Shafie

Selepas terkeluar daripada Kabinet, Datuk Seri Shafie Apdal mempertahankan kritikannya hanya semata-mata untuk menguatkan parti Melayu itu dan meletakkan negara di landasan betul.

Datuk Seri Shafie Apdal

Shafie berkata, pandangannya adalah untuk kepentingan rakyat dan bercakap sebagai wakil akar umbi Umno.

"Selama ini saya memperjuangkan kepentingan rakyat dan sentimen akar umbi.

"Pandangan yang saya berikan adalah demi untuk menguatkan Umno dan niat ini bertujuan untuk meletakkan negara di landasan yang sepatutnya," katanya dalam satu kenyataan rasmi sebaik disahkan pemecatan daripada Kabinet.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa menteri lain juga terkeluar daripada senarai kerajaannya serta terdapat juga penukaran portfolio menteri sedia ada.

Najib mengumumkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai timbalan perdana menteri yang baharu.

Shafie bersama Muhyiddin sebelum ini lantang mempersoalkan mengenai syarikat sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di mana Najib sendiri adalah pengerusi lembaga penasihatnya.

Malah, baru-baru ini Muhyiddin juga secara terbuka mengecam 1MDB dan mempersoalkan mengapa masih tiada sebarang tindakan diambil.

Shafie bagaimanapun menghormati keputusan Najib jika kritikannya dianggap tidak selari dengan pentadbirannya.

"Sekiranya ini dianggap tidak selari dengan pendirian Najib maka itu adalah hak beliau sebagai perdana menteri untuk membuat rombakan.

"Sejak memegang jawatan Kabinet, saya sudah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya masyarakat di luar bandar," katanya.

Sumber: Themalaysianinsider.com

Punca Pemecatan Dan Kenyataan Balas Muhyiddin Yassin

Punca Pemecatan Dan Kenyataan Balas Muhyiddin Yassin

Punca utama pemecatan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri adalah disebabkan pertikaiannya terhadap syarikat pelaburan strategik kerajaan 1MDB yang didakwa berlaku penyelewengan.

MY

Selain itu, Muhyiddin juga tidak memihak dan mempertikaikan kepimpinan Najib Razak. Muhyiddin dalam satu kenyataan rasmi sebelum ini dilihat seolah-olah tidak lagi menyokong kepimpinan Barisan Nasional.

Muhyiddin Yassin juga mengakui jika pilihan raya umum diadakan dalam masa yang terdekat, UMNO akan tewas susulan parti UMNO itu kini berdepan dengan krisis kepercayaan berikutan kontroversi firma pelaburan 1MDB.

Kenyataan Balas Muhyiddin Yassin Selepas Dipecat Sebagai TPM

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.

Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN


Apapun alasan yang Najib berikan, sekalung tahniah buat Muhyiddin Yassin yang berani berkata benar tentang Skandal 1MDB yang dipersoalkan kebanyakan rakyat kini.

Jelas beliau mempunyai prinsip dan pendirian dalam isu yang melibatkan dana milik rakyat biarpun akhirnya jawatannya tergadai.

Berapa kerat sangat dalam negara kita ada pemimpin macam sehebat ini di pihak Barisan Nasional mahupun Pembangkang?

Kebanyakannya bila dah ada jawatan, ada kuasa, takut nak menyanggah pendapat pemimpin yang lebih tinggi, walaupun jelas pendapat pemimpin atasan itu salah! Bimbang hilang jawatan, hilang kuasa..

Najib Singkir Muhyiddin dan Senarai Terbaru Kabinet Kerajaan Malaysia 28 Julai 2015

Najib Singkir Muhyiddin dan Senarai Terbaru Kabinet Kerajaan Malaysia 28 Julai 2015

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, empat orang menteri dan seorang timbalan menteri digugurkan dari Kabinet Najib dalam pengumuman di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Najib+Zahid

Dalam ucapan pengumuman, Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan, "Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.

"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet. Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu," katanya.

Tegasnya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran. Menurutnya, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.

"Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.

"Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

SENARAI KABINET KERAJAAN MALAYSIA 28 JULAI 2015

Perdana Menteri - Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Datuk Mah Siew Keong
  • Datuk Seri Jamil Khir Baharom
  • Datuk Seri Idris Jala
  • Tan Sri Joseph Kurup
  • Nancy Shukri
  • Datuk Seri Abdul Wahid Omar
  • Datuk Dr Wee Ka Siong
  • Datuk Seri Azalina Othman Said
  • Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
  • Datuk Seri Shahidan Kassim
  • Datuk Paul Low Seng Kuan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
  • Datuk Razali Ibrahim
  • Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki (Hal Ehwal Agama)

Menteri Kewangan
  • Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri Kewangan II
  • Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah

Timbalan Menteri Kewangan
  • Datuk Chua Tee Yong
  • Datuk Johari Abdul Ghani

Menteri Dalam Negeri
  • Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Dalam Negeri
  • Datuk Nur Jazlan Mohamed
  • Masir Anak Kujat

Menteri Pengangkutan
  • Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri Pengangkutan
  • Datuk Ab Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan
  • Datuk Seri Dr S. Subramaniam
Timbalan Menteri Kesihatan
  • Datuk Seri Dr Hilmi Yahya

Menteri Pelancongan
  • Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan
  • Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan
  • Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri Pertahanan
  • Datuk Mohd Johari Baharum

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri 
  • Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II
  • Datuk Seri Ong Ka Chuan

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Datuk Ahmad Maslan
  • Senator Datuk Lee Chee Leong

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  • Datuk Seri Dr Maximus James Ongkili
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
  • Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
  • Datuk Amar Douglas Unggah Embas

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi
  • Datuk Noriah Kasnon

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
  • Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
  • Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
  • Datuk Alexander Nanta Linggi
  • Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Menteri Luar
  • Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri Luar
  • Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Datuk Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  • Datuk Halimah Mohd Sadique

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  • Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
  • Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
  • Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
  • Datuk Hamim Samuri

Menteri Pendidikan
  • Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri Pendidikan
  • P. Kamalanathan
  • Chong Sin Woon

Menteri Komunikasi dan Multimedia
  • Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
  • Datuk Jailani Johari

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Datuk Wilfred Madius Tangau
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
  • Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Datuk Seri Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Datuk Azizah Mohd Dun
  • Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya
  • Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri Kerja Raua
  • Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Menteri Sumber Manusia
  • Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem
Timbalan Menteri Sumber Manusia
  • Datuk Seri Ismail Muttalib

Menteri Wilayah Persekutuan
  • Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
  • Datuk Dr J. Loga Bala Mohan

Menteri Pengajian Tinggi
  • Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan menteri Pengajian Tinggi
  • Datuk Mary Yap Ken Jin

Menteri Belia dan Sukan
  • Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri Belia dan Sukan
  • Datuk M. Saravanan

Sumber: UTUSAN.ONLINE

Freemason Dan Illuminati, Apa Sebenarnya Kumpulan Rahsia Ini?

Freemason Dan Illuminati, Apa Sebenarnya Kumpulan Rahsia Ini?

Illuminati adalah nama kepada kumpulan, moden dan sejarah, nyata dan rekaan atau khayalan, pengesahan dan tuduhan.

Illuminati

Dan sangat rumit sebenarnya untuk memahami apakah itu Illuminati. Walau bagaimanapun, kebiasaannya merujuk dan khusus kepada Illuminati Bavarian, merupakan rahsia baru dalam semua rahsia masyarakat di dunia.

Semuanya merujuk kepada tuduhan bayang-bayang organisasi yang berkonspirasi mengawal dunia dengan perkara yang tidak diketahui ramai. Selalunya di zaman moden kepada penerusan dan jelmaan Illuminati Bavarian.

Kadangkala Illuminati digunakan seerti dengan “New World Order (NWO)”. Gerakan atau pertubuhan ini sebenarnya adalah rentetan dan kesinambungan daripada Gerakan Freemasonary (Freemason).

Perkataan Illuminati bermula ketika menyedarkan orang ramai di Latin, di mana ia adalah secara semulajadi daripada beberapa kumpulan sejarah yang tidak berhubungan yang identifikan sebagai Illuminati.

Perkataan ini juga bermaksud pertubuhan cahaya. Pergerakan ini telah ditubuhkan oleh Adam Weishaupt (meninggal dunia pada tahun 1830M) pada tahun 1776M yang merupakan seorang profesor theologi di University Angold Stadt, Jerman yang menganut agama Atheisme.

Beliau merupakan salah seorang daripada anggota Freemason, telah murtad daripada agama Kristian lalu menubuhkan pertubuhan ini.

Sebelum itu, pada tahun 1770M, beliau telah didatangi oleh tokoh-tokoh Yahudi Jerman yang mempengaruhi beliau ke dalam Gerakan Freemason.

Perkataan Illuminati dinisbahkan kepada salah satu daripada kumpulan (Mazhab) Yahudi iaitu kumpulan Illuminati yang dianggotai oleh golongan bijaksana (Hukama’) Yahudi.

Manakala di dalam bahasa Arab pula illuminati bermaksud al-Nuraniyin. Nama Illuminati ini diambil sempena nama Iblis yang pada hemat mereka sebagai pemerintah tunggal alam ini.

Pusat pentadbirannya ialah di Segitiga Bermuda yang menjadi tempat tinggal Dajjal laknatullah. Lambang pertubuhan ini ialah apa yang terdapat pada duit dolar Amerika Syarikat berharga USD$1.

Lambang yang ada pada duit USD$1 tersebut menunjukkan bahawa US telah dikuasai oleh bangsa Yahudi. Sebenarnya, pereka duit US dilakukan oleh seorang anggota Freemason dari pergerakan Illuminati yang bernama Pat Robertson.

Pertubuhan ini telah mendapat sokongan daripada Rothschild yang merupakan gedung kewangan yang dikuasai oleh Yahudi.

Perkataan Illuminati pula diambil daripada perkataan “Lucifer” (iblis) yang bererti “Pemegang Cahaya”. Beliau membuat helah bahawa dunia ini patut diperintah oleh orang yang benar-benar berwibawa sahaja,

Maka beliau telah berjaya memujuk lebih kurang dua ribu orang untuk menjadi pelaksana kepada agenda yang dirancang olehnya dengan disokong anggota Freemason peringkat tinggi.

Pengikut-pengikut ini memang berkemahiran dalam semua aspek kehidupan telah membina markas-markas sulit di seluruh dunia yang diberi nama “Lodges of The Grand Orient” untuk melaksanakan apa yang telah dirancang oleh pihak tertinggi (Freemason/ Zionisme).

Agenda Jahat

Menurut perancangan tersebut, agen-agen Illuminati perlu melaksanakan perkara berikut:

Gunakan rasuah berupa wang dan seks untuk menguasai orang-orang yang telah menduduki tempat-tempat tinggi dalam jawatan kerajaan seluruh dunia dan lain-lain bidang manusia. Setelah mereka termasuk dalam perangkap ini maka tundukkan mereka dengan berbagai-bagai “Black-Mail” (ugutan membocorkan rahsia keaiban) dan ugutan kewangan ataupun ugutan untuk mencederakan tubuh badan serta orang kesayangan mereka. Angota-anggota Illuminati hendaklah menduduki kerusi-kerusi penting di universiti-universiti dan memujuk pelajar-pelajar yang cemerlang untuk memahami Ideology Internasioalisme (pemerintahan tunggal). Mereka akan dibekalkan dengan biasiswa untuk menerima latihan di luar negeri. Antara markas yang dapat dikenal pasti ialah di Gordonstoun (Scotland), Salem (Germany) dan Anavryta (Greece).

Orang-orang yang telah terperangkap dan pelajar-pelajar yang telah menerima latihan hendaklah diletakkan di tempat-tempat yang strategik sebagai agen dalaman di jabatan-jabatan kerajaan. Mereka ini dijadikan pakar, penasihat dan juga perunding supaya mereka dapat menasihati orang atasan mengikuti polisi-polisi yang telah ditetapkan oleh mereka.

Hendaklah menguasai surat khabar dan media massa yang lain. Berita dan maklumat yang diperolehi perlu diputarbelitkan supaya masyarakat mempercayai bahawa dengan pemerintahan tunggal sahaja yang dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Matlamat

Berikut merupakan matlamat Illuminati-Freemason secara umumnya yang perlu mereka capai mengikut agenda yang telah dirancang:

1. Menghapuskan semua kerajaan-kerajaan kebangsaan yang berperlembagaan.

2. Menghapuskan sistem warisan harta pusaka (hak tanah).

3. Menghapuskan pemilikan harta benda sebagai hak persendirian.

4. Menghapuskan semangat nasionalisme (cintai warisan dan tanah air).

5. Menghapuskan rumahtangga sebagai hak orang perseorangan dan kehidupan berkeluarga kerana ia merupakan permulaan kepada ketamadunan manusia.

6. Apa yang paling penting ialah menghapuskan semua agama langit yang sedia ada di dunia (Islam, Kristian, Yahudi) terutama agama Islam supaya umat manusia dapat dipaksa menganut ideologi internasionalisme.

BACA INI JUGA: Misteri Pemilihan Pusat Pentadbiran Gereja Katolik Di Vatican City

Sumber: Facebook

Apa Itu Khunsa Dan Kedudukannya Dalam Islam?

Apa Itu Khunsa Dan Kedudukannya Dalam Islam?

Khunsa, berasal daripada perkataan Arab yang bererti lembut, dan pengertiannya ialah orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini diciptakan sebagai sebahagian bukti kekuasaan Allah SWT. Mereka mempunyai ciri fizikal dan naluri istimewa sejak lahir.

Apa itu khunsa
Gambar hiasan.

Dari segi fiqh Islam, golongan khunsa terbahagi kepada dua iaitu khunsa musykil iaitu khunsa yang diragui dan khunsa ghair musykil atau khunsa yang tidak diragui.

Khunsa musykil adalah khunsa yang tidak langsung dapat dipastikan jantinanya kerana mereka dilahirkan tanpa sebarang alat kelamin dan hanya punyai alat untuk membuang air kecil.

Khunsa ghair musykil pula, dapat dipastikan keterampilan mereka sama ada menjurus kepada perempuan atau lelaki melalui tanda-tanda fizikal atau dipastikan jantina secara klinikal.

Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin.

Dalam bahasa Inggeris, khunsa disebut sebagai hermaphrodite.

Jumhur ulama menetapkan mereka bersolat Jumaat pada saf ketiga iaitu selepas saf kanak-kanak lelaki dan di hadapan perempuan.

Ini bukan diskriminasi tetapi peraturan dalam Islam. Samalah juga apabila Islam menetapkan saf perempuan paling belakang, ianya bukan bermakna Islam mendiskriminasikan perempuan.

Dalam solat, Imam yang paling hadapan bertanggungjawab dalam sah batalnya solat itu. Lelaki pula adalah golongan yang paling bertanggungjawab di hadapan Allah SWT nanti.

Khunsa diletakkan di barisan ketiga, melambangkan tanggungjawab mereka yang ringan berbanding lelaki bukan khunsa.

Islam menerima golongan khunsa musykil (mempunyai dua jantina), bagaimanapun menolak golongan yang mengamalkan gay dan lesbian yang jelas sekali haram di sisi agama.

Golongan khunsa musykil tidak meminta dilahirkan begitu kerana ia merupakan kejadian ALLAH buat mereka.

Justeru, tidak ada halangan untuk mereka memilih jantina mana mereka lebih cenderung selepas tempoh masa tertentu atau boleh dibuktikan secara klinikal.

Melalui ujian, pakar akan melihat yang mana lebih berfungsi, dan sekiranya mereka ingin membuang salah satu jantina tersebut, ia adalah dibolehkan untuk tujuan kemudahan.

Apa pun, mereka hendaklah mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu.

Perkara ini amat serius, di mana pembahagian harta pusaka juga diambil kira mengikut jantina mana yang lebih dominan.

Dalam mengatasi perkara ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan jantina anak mereka yang mempunyai masalah sebegini.

Ibu bapa harus memberi penekanan kepada anak mereka. Sekiranya mereka lebih cenderung kepada lelaki, maka lakukan mereka sebagai seorang lelaki. Begitu juga sebaliknya.

Namun begitu, Islam melarang sama sekali bagi golongan yang sememangnya dilahirkan sebagai lelaki contohnya, mengubah kejadian tersebut dengan melakukan pembedahan atau berpakaian seperti perempuan di samping menjalinkan hubungan sejenis.

ALLAH melarang kita mengubah kejadian-Nya seperti terdapat dalam Al-Quran, Surah An-Nisa, ayat 119 menyebut, mereka yang mengubah kejadian ALLAH samalah perbuatannya seperti syaitan. Malah bagi mereka yang melakukan hubungan sejenis, ia sama sekali menyalahi fitrah manusia juga makhluk ALLAH lain.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com