Thursday, May 28, 2015

Rahsia Puak Hunza Hidup 140 Tahun

Rahsia Puak Hunza Hidup 140 Tahun

Pada tahun 2011, sebuah kajian telah dilakukan tentang jangka hayat manusia di Amerika Syarikat. Hasil penyelidikan mendapati majoriti lelaki di sana memiliki jangka hayat selama 78 tahun.

Hunza-pakistan

Namun, jangan terkejut jika dikatakan, jauh di Lembah Hunza dalam wilayah Gilgit-Baltisan di utara Pakistan, tinggal puak yang masyarakatnya rata-rata boleh hidup sehingga usia 140 tahun.

Puak Hunza atau dikenali sebagai masyarakat Burusho mendiami kawasan pergunungan terpencil dengan keluasan 1,000 kali lebih besar dari Kuala Lumpur.

Menurut sebuah jurnal berjudul 'Studies In Deficiency Disease', keistimewaan orang Hunza bukan sahaja boleh hidup lama, malah memiliki kekuatan fizikal paling ideal dan sempurna.

Sebuah lagi artikel dalam Jurnal Perubatan Amerika, terbitan 1961, mendedahkan penemuan luarbiasa tentang kajian rahsia umur panjang dan corak kehidupan puak Hunza.

Mereka menetap di kawasan pergunungan, memiliki tanah subur dan air yang bersih, dipercayai 'ubat mujarab' mereka boleh hidup lebih lama.

Hunza-people

Lembah Hunza yang terletak di Banjaran Himalaya dengan ketinggian sekitar 2,500 meter daripada paras laut. Struktur tanah di sini kaya dengan mineral dan zat galium yang tinggi begitu juga dengan sumber airnya.

Disebabkan terletak jauh di pedalaman, kehidupan mereka banyak bergantung dengan bercucuk tanam. Tiada baja kimia mahupun racun serangga digunakan kerana kandungan mineral dalam tanah dan air serta berada di pergunungan menyebabkan tanaman tidak diserang serangga.

Terdapat tiga jenis tanaman utama di Lembah Hunza iaitu buah-buahan, sayur-sayutan dan bijirin. Antara buah-buahan yang ditanam ialah aprikot, pic, epal, anggur, plum, ceri dan tamar.

Buah-buahan ini banyak dijemur di atap rumah. Sayur-sayuran pula ialah tomato, semua jenis kekacang, timun dan kebanyakan tanaman yang mudah ditanam di negara-negara Eropah. Manakala bijirin pula terdiri daripada rye, oats dan millet.

Orang Hunza juga jarang memasak kerana sukar menyalakan api. Kebanyakan mereka hanya memakan secara mentah atau dikeringkan saja. Daging pula hanya boleh diperoleh apabila ada acara besar yang hanya dinikmati setahun sekali.

Hunza-women

Air di Lembah Hunza kaya dengan mineral dan tinggi alkali. Air minuman yang tinggi alkali biasanya membantu meneutralkan asid dalam badan yang terhasil daripada makanan berlemak dan radiasi pencemaran. Dan oleh kerana altitud di sini lebih tinggi, maka pengambilan air dengan lebih kerap berbanding kawasan rendah.

Di Hunza, tiada bekalan elektrik. Mereka hanya menggunakan kerosin sebagai bahan bakar untuk menyalakan pelita, tetapi harganya sangat mahal. Mereka hanya bersandarkan cahaya matahari. Mereka juga tidur awal dan bangun awal untuk bercucuk tanam.

Masyarakat di Lembah Hunza kekal hidup secara primitif. Tiada polis kerana tiada jenayah. Tiada masalah kenaikan petrol kerana tiada kenderaan. Tiada masalah kesihatan kerana tiada tekanan dan GST.

BACA INI JUGA: 8 Makanan Rahsia Kekal Sihat Dan Awet Muda

-SENTIASAPANAS.COM

Najib Persoal Motif Tun Mahathir

Najib Persoal Motif Tun Mahathir

PM Najib Tun Razak berkata, banyak daripada apa yang diperkatakan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini tidak mempunyai objektif dan salah sama sekali.

mahathir-najib

Beliau berkata persoalan yang perlu dibangkitkan adalah apakah motif Dr Mahathir yang memilih saat ini untuk meluahkan kecaman yang direka-reka kumpulan pembangkang yang dahulunya dikecam beliau sebagai pembohong.

Najib menegaskan bahawa Dr Mahathir sering mendakwa bahawa beliau (Dr Mahathir) melakukan sesuatu disebabkan apa yang dimaklumkan orang kepadanya apabila mereka datang menemuinya.

“Bagaimanapun, beliau perlu menyiasat sama ada perkhabaran dan dakwaan yang itu mempunyai sebarang bukti atau kebenaran sebelum menyuarakannya. Beliau tahu benar bahawa banyak daripada dakwaan itu dibuat tentang perkara semasa di bawah pentadbiran beliau.

“…dan seperti biasa jawapan Tun adalah: ‘Mana buktinya?” Beliau seharusnya menerapkan ujian sama kepada apa yang didengarinya,” kata Najib dalam blog beliau, NajibRazak.com.

Respons terkini Najib terhadap dakwaan Dr Mahathir yang menyentuh beberapa isu di samping kritikan terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) telah dimuat naik ke bahagian ‘Soalan Lazim’ dalam blog beliau.

Najib berkata meskipun banyak pencapaian dicatat dalam tempoh enam tahun pertama pentadbiran beliau, namun semua kemajuan yang dilakukan Malaysia dan Barisan Nasional (BN) tidak diendahkan, sebaliknya lebih memihak kepada dakwaan tidak berasas dan pembohongan yang dimulakan pembangkang.

Perdana menteri menegaskan bahawa Dr Mahathir, yang memegang kuasa selama 22 tahun, sentiasa berkeras supaya anggota parti menyokong kepimpinan beliau, lebih-lebih lagi ketika berdepan masa yang mencabar.

“Kami melaksanakan tugas kami ketika itu, dan saya menyokong beliau di masa senang dan susah. Saya berbuat demikian kerana saya percaya ketika itu, seperti mana yang saya lakukan sekarang, bahawa perpaduan parti adalah prasyarat kepada apa yang ingin dicapai untuk negara,” katanya.

Beliau berkata sebahagian besar anggota UMNO masih mengiktiraf bahawa kesetiaan sebenar bermakna bersama-sama berusaha untuk membina parti demi kebaikan rakyat.

“Salah bagi Tun dan mana-mana anggota UMNO untuk merendah-rendahkan kepimpinan parti hari ini hanya disebabkan kehendak peribadi mereka tidak dipenuhi,” kata Najib, dan menegaskan bahawa kepentingan rakyat dan parti jauh lebih penting daripada mana-mana individu tertentu.

Perdana menteri turut menegaskan bahawa beliau dipilih secara demokratik oleh parti dan rakyat, dan memandangkan beliau memperoleh mandat, beliau akan melengkapkan penggal sebagai presiden parti dan perdana menteri.

“Keutamaan saya adalah untuk memastikan kita mencapai Wawasan 2020 dan transformasi ekonomi, kerajaan dan politik yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia,” katanya, sambil merujuk kepada matlamat Malaysia mencapai status negara maju menjelang tahun berkenaan.

Perdana menteri turut mengambil peluang untuk memperjelaskan tentang beberapa isu yang disifatkannya sebagai “tidak adil atau mengelirukan” berhubung kritikan yang dilontarkan Dr Mahathir.

Mengambil contoh kes GST, Najib berkata: “Beliau (Dr Mahathir) menentang pelaksanaan GST, walaupun semua pakar ekonomi yang berwibawa percaya bahawa asas cukai kita adalah perkara yang betul untuk dilaksanakan.

“Perolehan itu akan digunakan untuk kebajikan rakyat. Malah, cadangan ini mula diutarakan semasa pentadbiran beliau.” –BERNAMA

BACA INI JUGA: Dua Pembohongan Najib Kes Kehilangan Wang 1MDB - Tun Mahathir

Istiwa’ Utama Matahari, Petunjuk Arah Kiblat Paling Tepat

Istiwa’ Utama Matahari, Petunjuk Arah Kiblat Paling Tepat

Istiwa’ utama matahari merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika Istiwa’ (matahari berada tepat di atas Kaabah).

Istiwa’ Utama Matahari

Peristiwa ini akan berlaku dua kali tahun ini, 2015, (5.16 petang pada 28hb Mei dan 5.28 petang pada 16hb Julai), apabila nilai sudut Istiwa’ matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitude Mekah, di mana Kaabah terletak.

Semakan Arah Kiblat

Dan pada tahun 2015 ini, 28 Mei 2015 jam 5.16 petang dan 16 Julai 2015 jam 5.28 petang mengikut Waktu Piawai Malaysia (WPM),umat Islam di negara ini berpeluang untuk menyemak arah kiblat di lokasi masing-masing.

Berpandukan kepada analisis data matahari oleh Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, matahari akan berada tepat atas Kaabah bagi tahun 2015 pada dua waktu tersebut menyebabkan semua bayang objek tegak akan menunjukkan arah kiblat.

Mengikut astronomi, keadaan ini berlaku apabila deklinasi matahari adalah bersamaan dengan latitud Kaabah.

Salah satu cara yang boleh digunakan adalah mendirikan tiang tegak di suatu kawasan lapang dan hujung bayang yang terhasil menghala ke pangkalnya pada waktu tersebut adalah arah kiblat.

Umat Islam disaran memastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan.

Apabila Istiwa’ utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan arah ke Kaabah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

Panduan Membuat Semakan Arah Kiblat
  1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
  2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus.Bagi menyemak ketegakannya boleh diletakan tali yang diikat dengan pemberat dihujung tiang berkenaan.
  3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
  4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya.

Apabila jam anda menunjukkan waktu 5.16 petang (28hb Mei) atau 5.28 petang (16hb Julai), matahari sedang Istiwa’ di atas Kaabah dan ia menjadi penunjuk sempurna arah mana Kaabah berada.

Bayang yang terhasil ketika itu sedang selari dengan arah kiblat tempat anda (bayang akan jatuh ke sebelah timur, arah kiblat adalah ke arah barat/ke arah matahari.

BACA INI JUGA: Wajah-wajah Manusia Ketika Ajal Telah Tiba

Sumber: Akifimtiyaz.com

12 Polis Kes Penemuan Kubur Besar Perlis!

12 Polis Kes Penemuan Kubur Besar Perlis!

Seramai 12 anggota polis ditahan berhubung kes penyeludupan manusia di sempadan Malaysia-Thailand berikutan penemuan 139 kubur dan 28 kem di Wang Kelian, Perlis.

Kubur+besar+Perlis

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan lapan anggota polis berkenaan manakala empat lagi polis ditahan agensi itu sendiri.

“Ia masih dalam siasatan sama ada mereka terbabit secara langsung atau hanya menjadi orang tengah kepada sindiket penyeludupan itu untuk masuk ke Malaysia.

“Kita akan siasat semua pihak termasuk Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP), Imigresen, Renjer Negeri Perlis, Pasukan Gerakan Am (PGA).

“Bukan hanya polis atau anggota penguatkuasa saja, sesiapa yang ada bukti terbabit dengan penyeludupan ini kita akan ambil tindakan,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen.

Sebelum itu beliau menjawab soalan berhubung usul tergempar mengenai penemuan 139 kubur dan 28 kem mangsa pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand.

Usul tergempar itu dibahaskan selama sejam bermula 4.30 petang tadi, selepas dikemukakan Gooi Hsiao Leung (PKR-Alor Setar) pagi tadi dan diluluskan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said.

Dalam pada itu ditanya mengenai gesaan pembangkang supaya ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung penemuan kubur besar berkenaan, Wan Junaidi berkata, setakat ini tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Tak semua benda perlu ada RCI.

"Agensi polis ada 12,000 anggota penyelidikan, kita akan siasat dari segenap segi.

Bagaimanapun, Dr Wan Junaidi berkata ia terpulang kepada kerajaan sama ada untuk menubuhkan RCI atau tidak.

“Biar kerajaan kumpulkan cadangan daripada semua ahli Parlimen, barulah perkara ini boleh dibincangkan,” katanya.

Cadangan mengenai penubuhan RCI diajukan Sivarasa Rasiah (PKR-Subang) ketika membahaskan usul itu.

Sementara itu, Dr Wan Junaidi memberi jaminan kerajaan akan memperhebatkan kerjasama dengan Thailand dalam mengawal keselamatan di sempadan.

“Lokasi penemuan ini sangat susah diakses dari Malaysia.

Untuk sampai ke tempat itu, kita perlukan sekurang-kurangnya tiga jam berjalan kaki.

Di sebelah Malaysia sangat curam tetapi mudah diakses dari Thailand. Mungkin ini antara sebab sindiket ini memilih kawasan berkenaan,” katanya lagi.

Pada Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penemuan 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas 11 kilometer persegi di Gunung Perlis, Wang Kelian, Perlis.

Pihaknya juga turut menemui satu mayat yang hampir reput dan sejumlah 28 khemah yang dipercayai pernah digunakan sindiket pemerdagangan dan penyeludupan manusia yang ditinggalkan kosong sejak beberapa bulan lalu.

Mengikut KPN, penemuan itu adalah susulan daripada Ops Wawasan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) yang dijalankan pihaknya sejak 11 Mei lalu.

Setakat ini, lebih 60 kubur besar pelarian Rohingya turut ditemui di beberapa lokasi di wilayah Songkla yang bersempadan dengan Malaysia.

BACA INI JUGA: 6,000 Hamba Abdi Masih Dikurung Di Britain?!

Sumber: Berita Harian Online

Wednesday, May 27, 2015

Adi Putra, Pelajar Genius Yang Diabaikan Kerajaan Malaysia?

Adi Putra, Pelajar Genius Yang Diabaikan Kerajaan Malaysia?

Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, bukan nama baru yang perlu diperkenalkan, malah beberapa tahun lepas, beliau menggemparkan negara dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik.

Adi Putra Abd Ghani

Kini pada usia 16 tahun, Adi masih meneruskan minatnya dalam ilmu matematik dan turut mencurahkan ilmunya di dalam dan luar negara, tetapi perlu berdikari, kerana kini dipinggir dan segala janji yang pernah ditabur kerajaan tidak ditepati.

Remaja yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad ini oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009 setakat ini menghasilkan 235 formula matematik dan membukukan 12 formula tersebut dalam sebuah bukunya berjudul Seni Matematik Islam.

Malangnya, buku yang menjadi rujukan pelajar di peringkat rendah dan menengah di Brunei Darussalam itu, tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia walaupun ternyata memberi alternatif untuk memudahkan pelajar.

“Saya lancarkan buku itu di Pesta Buku Antarabangsa pada November 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Selepas pelancaran, saya mula guna buku itu mengajar di Brunei.

"Kerajaan Brunei ambil buku itu sebagai rujukan untuk sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di kediamannya di Tanjung Malim, Perak.

“Saya kecewa juga, sebab kalau boleh, kita hendak kongsi ilmu kita dengan anak bangsa, negara kita. Itu yang kita utamakan dulu.

"Yang jadi masalah, apabila keputusan daripada 'orang di atas'," dakwanya.

"Bila saya mengajar di sekolah, untuk program motivasi, saya guna buku itu. Maklum balas dari guru dan murid memang bagus.

"Murid dan guru dapat belajar, menjadikan mereka suka dengan Matematik,” katanya.

Adi yang sering diundang untuk menyampaikan kuliah matematik, menyingkap kembali zaman kanak-kanaknya yang dirasakannya seperti dijadikan tikus makmal oleh program pembangunan pendidikan .

Katanya, walaupun banyak janji yang ditabur kerajaan untuk membangunkan program genius kanak-kanak suatu masa dahulu, namun ia sekadar janji tinggal janji.

“Saya seperti tikus makmal jadi bahan uji kaji. Itu apa yang saya rasa terjadi masa itu, sebab saya dijanji untuk membuat modul kanak-kanak genius.

"Ketika itu saya 6 tahun. Pagi saya di Sekolah Islam Antarabangsa, masa Sains, saya masuk darjah 5, Matematik, saya masuk darjah 6, Bahasa Inggeris, saya masuk darjah 3. Ia berlangsung lebih setahun.

“Tengahari masa pelajar lain rehat, saya kena pergi ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk belajar A Level. Belajar 5 subjek – Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan," katanya.

Bagaimanapun, kata Adi, beliau berhenti sekolah separuh jalan bagi menumpukan sepenuhnya kepada pengajian A Level di UIAM.

Tetapi yang menghairankannya, walaupun tamat pengajian, beliau mendakwa tidak dianugerahkan sijil oleh universiti berkenaan.

Terkilan kerana sehingga kini masih dipandang sepi kerajaan, remaja yang berazam untuk mencipta satelit ini tidak lagi mahu mengenang janji yang ditabur kerajaan sewaktu zaman awal kanak-kanaknya.

Katanya, menjadi harapannya agar sarjana mahu pun profesor yang arif dalam matematik dapat mengesahkan dan mengiktiraf kesemua 235 formula matematiknya.

“Banyak sejarah saya dengan kerajaan. Saya pun sudah malas. Terlalu banyak saya dijanji," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Banyak sangat kejadian saya dengan kerajaan sampai saya sudah serik. Sebab itu saya sudah tidak kenal apa-apa, tidak suka cakap pasal politik, tidak sentuh pasal kerajaan. Saya sudah lalui semua itu.

“Saya mahu ahli falsafah dokumenkan dan sahkan formula saya. Formula saya dari ilham, dan ada yang dari zaman dahulu, seperti Al-Khawarizmi,” katanya merujuk tokoh Islam keturunan Parsi yang menguasai bidang matematik, geografi dan astronomi dan turut dikenali sebagai bapa algebra.

Adi Putra Abd Ghani [2]

Luka lama yang masih disimpan anak muda ini apabila ubat yang cuba dikomersialkannya pada 2010, iaitu Penawar Stress dan Produk Minda, didakwa mengandungi bahan terlarang, steroid.

Katanya, segala dakwaan pihak berkenaan tidak benar kerana ubat berkenaan sudah diuji di makmal Universiti Teknologi Malaysia.

“Beberapa kali sebelum itu saya cuba minta pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi tidak pernah dapat.

“Selepas Adi jumpa KKM, mereka gugurkan tuduhan steroid, tetapi mendakwa ia tiada pengesahan KKM.

"Tidak sampai seminggu selepas itu, mereka beri saya pengesahan KKM. Ubat itu masih dijual, tetapi lepas kejadian itu, semuanya jatuh,” katanya.

Adi berkata, sudah tiba masanya Putrajaya membangunkan modul kanak-kanak genius di Malaysia bagi mengelak banyak tenaga pakar terus lari meninggalkan Malaysia.

Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing yang bekerja di syarikat besar malah menuntut di universiti terkemuka dunia.

Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing, di kalangan mereka yang bekerja di syarikat besar, malah menuntut di universiti terkemuka dunia.

“Orang Melayu kita bukan calang-calang. Di Nasa (Pusat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat), ramai orang Melayu.

"Universiti terkemuka dunia sekali pun, ramai pensyarah kita, pelajar kita. Masalahnya, mengapa kita jumpa mereka di luar?" soalnya, jelas kecewa dengan keadaan itu.

"Kita perlu ada satu modul untuk cerdik pandai di Malaysia. Bukan sedikit, tetapi ramai. Semua ada kelebihan masing-masing.

“Orang luar menghargai. Mereka nampak kebolehan orang Melayu yang hebat-hebat. Mereka yang hebat ditawarkan duduk di luar dengan gaji US dolar. Diberikan dana dan segala-galanya,” katanya.

Adi mendakwa, disebabkan itu, warga Malaysia yang cemerlang terus berada di luar negara dan hanya mereka di gred kedua dan ketiga berhajat pulang ke Malaysia.

“Kita tiada lagi pakar di Malaysia. Kalau kita teruskan, sampai bila pun kita tidak dapat kumpulkan satu kumpulan pakar, terutamanya dalam Sains dan Matematik.

“Wang bukan salah satu sebab mereka tidak balik. Ramai yang belajar di luar tetapi masih ada semangat perjuangan orang Melayu. (Tetapi) Mengapa mereka nak balik ke satu tempat yang mereka tidak dihargai pun?” soalnya lapor Malaysian Insider.

Sumber: Mazeermohamad.com

Professor Jawab Isu Adi Putra Diabaikan Kerajaan

Untuk menjawab persoalan kontroversi ini, seorang professor telah memuat naik tulisan untuk menerangkan secara telus apa sebenarnya yang terjadi.

Baca dengan teliti penjelasan beliau di bawah:

ISU ADI PUTRA DAN PERMATA

Tergerak hati saya untuk membuat post ini adalah untuk menjernihkan suasana yang sudahpun keruh dilanda andaian politik sesetengah pihak. Tidak semena-mena sahaja, berita Adi Putra hangat diperkatakan semenjak dua tiga hari yang lalu, dan PERMATA pula menerima tempiasnya. Saya ingin berkongsi tulisan Pengarah PERMATA sendiri, Professor Noriah Mohd Ishak mengenai perkara ini.

**********

Kerajaan memang telah menubuhkan program untuk anak-anak genius bermula tahun 2009. Kerajaan juga melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah memberi dana kepada UKM untuk menubuhkan sebuah sekolah yang kini diberi taraf Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan untuk menyediakan pendidikan yang sesuai bagi pelajar-pelajar pintar dan berbakat seperti Adi. YABhg Datin Paduka Seti Rosmah Mansor adalah insan yang telah memperjuangkan hak pembelajaran pelajar pintar dan berbakat. Beliau tanpa jemu telah merancang bersama UKM untuk menyediakan program pendidikan yang untuk pelajar seperti Adi.

YABhg Datin Paduka Seri juga adalah orang yang bertanggungjawab meminta disediakan satu program untuk Adi tetapi setelah dibentangkan kepada ibu bapa Adi, bapanya menolak kerana memikirkan Adi perlu memberi tumpuan kepada sekolah sedangkan masa itu Adi sibuk dengan pengurusan syarikatnya. Bermula dari situ, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah telah meminta agar pihak UKM dibawah bimbingan Tan Sri Sharifah Hapsah yang menjadi Naib Canselor waktu itu untuk meneroka kemungkinan mencari lebih ramai Adi Putra diseluruh negara. Datin Seri menekankan bahawa dalam proses pencarian tersebut, UKM perlu teliti dan mencari secara komprehensif tanpa meninggalkan mana-mana pelajar.

Maka lahirlah Ujian UKM1 dan UKM 2 yang dibina oleh sekumpulan pakar dari UKM diketui oleh Prof Datuk Dr Noriah Ishak, Prof Datin Dr Siti Rahayah Ariffin, Prof Madya Dr Rosadah Abdul Majid dan Dr Siti Fatimah Mohd. Yassin.

Pihak UKM telah bekerjasama dengan Johns Hopkins University untuk menjalankan program pengayaan untuk pelajar pintar dan berbakat pada tahun 2009. Progam tersebut telah dijalankan dengan jayanya. Seterusnya Kolej PERMATApintar Negara, UKM telah dibina untuk menampung proses pembelajaran pelajar-pelajar pintar dan berbakat tersebut.

Sehingga kini seramai 374 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka diKolej PERMATApintar, dan seramai 240 orang sedang menyambung pengajian mereka di perkngkat Sarjanamuda di universiti terkemuka di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, German, Rusia, Jordan dan Mesir.

Sebenarnya kerajaan melalui Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri telah berjaya mengurangkan isu brain drain dengan memberi pendidikan khusus untuk pelajar pintar dan berbakat.

Program PERMATApintar ini bukan program elitis seperti tanggapan orang ramai atau program yang ditujukan khas untuk anak-anak orang kaya. Kemasukan ke program ini ialah mengikut kelayakan. Sehingga kini, didapati hampir setengah dari pelajar yang mendapat tawaran adalah dari mereka yang berpendapatan rendah dan tinggal di luar bandar. Mereka diterima bukan kerana mereka darinliar bandar, tetapi mereka benar-benar layak.

YABhg Datin Paduka Seri Rosmah adalah sangat instrumental dalam menjayakan program ini bersama UKM. Sekian.

Kemudian beliau menambah dalam post yang seterusnya.

Saya rasa Adi perlu bercerita perkara yang benar berlaku dan bagaimana kerajaan dan lebih khusus YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor cuba membantu beliau dan kenapa bapanya menolak bantuan tersebut. Jika Adi terima bantuan yang kita cadangkan dulu pada tahun 2008, saya pasti Adi sekarang sudah berada di Universiti bertaraf Ivy League.

Sumber: En. Zaid Zikri

KESIMPULAN

Kalau kerajaan Brunei mampu melihat dan menggunakan kaedah yang telah dicipta Adi Putra, kenapa tidak Malaysia? Apa sebenarnya yang terjadi? Apa sebenarnya yang telah berlaku?

BACA INI JUGA: Makanan Terbaik Untuk IQ Tinggi

Selepas Kes Bendi, Roti Tisu Pula Dicaj RM11

Selepas Kes Bendi, Roti Tisu Pula Dicaj RM11

Selepas digemparkan apabila sebuah restoran nasi kandar popular cawangan Bukit Jambul, Pulau Pinang dikritik kerana mengenakan caj tak masuk akal iaitu RM20 untuk lima batang bendi, kes hampir serupa berulang.

Roti Tisu RM11

Kali ini, ia dikatakan berlaku membabitkan restoran sama cawangan Petaling Jaya apabila sekeping roti tisu dicaj pada harga RM11! Memang betul-betul cekik darah.

Berdasarkan bukti resit yang tersebar di media sosial, sememangnya tuduhan yang dikemukakan si pengadu berasas kerana harga yang tertera sememangnya RM11.

Selain itu, kedua-dua kejadian tersebut berlaku pada tarikh yang sama iaitu 23 Mac lalu.

Kita tunggu dan lihat apa jawapan si pemilik restoran terhadap kes ini pula. Takkanlah empunya diri nak menggunakan alasan sama iaitu kesilapan teknikal, kan?

Apa-apapun, seandainya kes tersebut benar-benar berlaku, pihak berkuasa patut mengambil tindakan tegas terhadap pemilik restoran nasi kandar berkenaan.

Nak mencari untungpun, biarlah ia setara dengan jualan yang dibeli, kan?

BACA INI JUGA: Salahkah Rakyat Mengeluh Isu 1MDB, TH Dan GST?

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, May 26, 2015

Herba Rawatan Terbaik Merawat Penyakit Tiroid

Herba Rawatan Terbaik Merawat Penyakit Tiroid

Herba merupakan rawatan alternatif terbaik dalam merawat tiroid selain penggunaan ubat-ubatan klinikal kerana tidak memberikan kesan sampingan kepada tubuh. Namun, apakah herba yang sesuai dan berkesan untuk dimakan bagi merawat tiroid?

Tiroid

Pada zaman sekarang, manusia banyak menghidap penyakit kelenjar dan tiroid. Pada peringkat usia kanak-kanak dan remaja jarang dijangkiti penyakit tiroid, sebaliknya mereka lebih terdedah dengan penyakit kelenjar.

Pelbagai pendapat pakar perubatan tentang penyakit kelenjar dan tiroid ini. Sebahagian mereka mengatakan bahawa tiroid dan kelenjar adalah penyakit yang sama.

Sebahagian pakar lain pula mengatakan bahawa tiriod bukan kelenjar, kelenjar bukan tiriod. Cuma yang ada persamaan ialah, ianya disebabkan oleh lebihan hormon.

Walaupun pakar berlainan pendapat tentang penyakit ini, niat dan tujuan mereka tetap satu, iaitu untuk mengetahui dan mengubati penghidap penyakit tiroid dan bengkak kelenjar.

Biji Aprikot Pahit Rawatan Alternatif Tiroid

Bukan biji aprikot sahaja yang boleh mengecutkan tiroid, tumor atau sebarang jenis kanser atau ketumbuhan sel yang abnormal tanpa kawalan.

Durian belanda, bidara, belalai gajah, kunyit, lempoyang, kunyit putih, kunyit mangga, arabic gum, VCO (fermented VCO) juga boleh digunakan.

Tiroid bukan kanser tapi adalah aktiviti sel dalam kelenjar tiroid yang berlebihan sehingga kelenjar tiroid merembeskan hormon tiroid T3 dan T4 lebih daripada paras normal..

Dari segi pathology tiroid boleh berlaku dalam 2 keadaan, samada hiperplasia (sel bertambah dari segi kuantiti) atau hipertropy (sel menjadi besar). Kedua keadaan ini menyebabkan kelenjar membesar dan meningkatkan aktiviti sel.

Aktiviti sel yang abnormal atau luar kawalan ini ada kaitan dengan perubahan yang berlaku dalam DNA sel tiroid. Rawatan secara holistik alternatif yakni non-supresif melibatkan perubahan sel, tisu, organ, sistem, tubuh malah sampai tahap DNA sel.

Apa yang berlaku dalam rawatan non-supressive ini agak komplex melibatkan jaringan dan hubungan sel-sel, tisu-tisu, organ-organ melaui isyarat bahan biokimia, peredaran darah, salur limfa, sistem imun dsb.

Ia memberi kesan secara langsung atau tak langsung yang spesifik atau non-specific kepada fisiologi organ, fungsi sel, perubahan pathology atau penyembuhan.

Dibawah adalah antara kesan yang berlaku semasa membuat rawatan non-supressive (aprikot, herba-herba, homeopati, diet therapy, alternative treatment) :

1. Apoptosis iaitu bahan aktif dalam aprikot yang menyebabkan sel tiroid abnormal mati  sendiri (Auto atau self cell death). Ia sangat spesifik iaitu hanya membunuh sel abnormal sahaja meninggalkan sel sihat hidup (tak seperti kemoterapi yg membunuh semua sel abnormal dan sihat). Ini ada kaitan dengan DNA transkripsi yang dicetuskan bahan aktif dalam aprikot yang menghasilkan protein yang repress (membunuh) sel tersebut. Kemungkinan peranan bahan aktif micro RNA yang ada dalam aprikot atau bahan aktif aprikot yang boleh regulate micro RNA yang terlibat dengan cell regression yang mengakibatkan apoptosis.

2. Buah aprikot  boleh  membersihkan darah, sel, sistem limfa, dan organ-organ perkumuhan. Penyingkiran bahan toksik ini daripada tubuh dapat mengembalikan aktiviti sel yang normal termasuk aktiviti DNA.

Pengumpulan bahan toksik berlebihan dalam badan boleh mengubah tahap micro RNA tertentu yang boleh mengubah transkripsi DNA.

3. Membetulkan peredaran darah dengan lebih berkesan.

4. Membersihkan sistem limfa untuk mengangkut bahan buangan untuk disingkirkan.

5. Membersihkan organ-organ perkumuhan untuk mengoptimumkan fungsi organ berkenaan dan menyingkirkan bahan buangan.

6. Meningkatkan sistem imun (specific and non-specific T-cell, B-cell i.e limfosit, leukosit) untuk mengawal dan membunuh sel tiroid abnormal.

7. Cytotoxic bioactives (herbal chemotherapy) yang membunuh sel abnormal secara langsung.

8. Anti-oxidant yang meneutralkan radikal bebas yang boleh mencederakan sel-sel sihat. Setiap bahan herba dan makanan asli mengandungi bahan aktif (micro RNA, bahan yang boleh mengawal micro RNA, cytotoxic bioactives, anti-oxidant, pyhto-nutrient) yang berbeza samada kualitatif (molecular structure) atau kuantitatif.

Diet penghidap tiroid

Disamping itu diet juga sangat penting dalam rawatan tiroid bagi mengurangkan simptom hipertiroid seperti debaran jantung, panas badan, kadar metabolisma badan yang tinggi dan paras hormon T3 dan T4.

Makanan yang perlu dielakkan pesakit Tiroid

1. Makanan berkafein: kopi, minuman herba dan tenaga berkafein, teh..

2. Herba kuat yang bersifat stimulant yang meningkatkan metabolisma, suhu tubuh dan denyut jantung seperti akar kayu tongkat ali, ginseng, kacip fatimah, rancang besi dsb.

3. Minuman dan makanan kesihatan mengandungi herba dan akar kayu, ubat tradisional, ubat yang bersifat panas, perangsang seks, meningkatkan metabolisma dan suhu tubuh: kopi herba, maajun herba, viagra, sexual stimulant.

4. Segala jenis hydrogenated vegetable oils/fats (HVO): trans fat, non-diary creamer, majerin, shortening, minuman 3 in 1, minuman all in one, minuman berperisa, kek, paste, krim. HVO yang menyebabkan sel darah merah melekat yakni 'cell agglutination' yang mengakibatkan paras oksigen darah dan tubuh menurun. Ini meningkatkan beban kerja jantung lebih ketara (untuk mengepam darah ke kapilari dan sel-sel periferi) yang memang sudah sedia kuat denyutannya dalam hipertiroid kerana ia boleh merosakkan otot jantung dalam jangka masa panjang, sesak nafas dsb.

5. Makanan segera, daging lembu, makanan banyak bahan kimia dan vaksin seperti  burger, nuget, sosej, ayam goreng segera. Ia boleh meningkatkan pertumbuhan sel abnormal tiroid.

6. Kurangkan makanan deep fry (bergoreng), minyak recycle, makanan dalam tin, highly refined processed foods.

Semoga bermanfaat.

BACA INI JUGA: Ginjal Rosak Minum Teh O Ais

Sumber: Herbadanpemakanan