Sunday, November 23, 2014

Misteri Sumpahan Lukisan 'Crying Boy'

Misteri Sumpahan Lukisan 'Crying Boy'

Lukisan yang terkenal ini dikatakan mempunyai sumpahannya sendiri. Apa tidaknya, ramai pemiliknya sudah ditimpa kecelakaan gara-gara menyimpan salinan lukisan ini. Ada cerita mengatakan lukisan ini tidak diketahui siapa pelukisnya; dikatakan telah dijumpai disebuah rumah tidak berpenghuni dan tiada siapa tahu siapakah pemilik atau pelukis kepada karya itu.

Crying Boy Painting

Ada pula mendakwa ia dilukis seorang pelukis Sepanyol dan catan itu adalah potret kanak-kanak seorang yatim piatu yang telah menjadi mangsa perang.

Ada yang berpendapat, secara tidak langsung kesengsaraan yang mereka alami turut terluah di dalam catan itu.

Versi cerita paling terkenal mengenai lukisan 'Crying Boy' dikatakan ada kaitan dengan seorang pelukis bernama Bruno Amadio atau juga dikenali dengan nama Bragolin, pelukis siri catan terkenal 'Crying Boy'.

Amadio dikatakan telah berpindah ke Sepanyol sebaik sahaja tamat perang dunia kedua. Di Sepanyol, Amadio telah bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki bernama Don Bonillo, seorang anak yatim yang bisu, yang menyaksikan sendiri kedua ibu bapanya hangus dalam kebakaran ketika perang sedang rancak meletus.

Kasihan melihat kesepian Bonillo, Amadio berhasrat mengambil Bonillo sebagai anak angkat. Pada mulanya, niat murni Amadio ditentang keras oleh paderi-paderi tempatan.

Menurut mereka, kanak-kanak ini pembawa sial, membawa sumpahan dan dalang utama kepada beberapa kebakaran misteri yang berlaku di kawasan itu.

Mereka percaya, ke mana saja kanak-kanak ini pergi, akan terjadi kebakaran di kawasan yang didiaminya. Lebih serius, penduduk tempatan juga menggelarkan Don Bonillo sebagai 'anak syaitan'.

Namun Amadio berkeras dan enggan mempercayai cerita-cerita itu. Don Bonillo kemudian menjadi anak angkat Amadio. Keluarga baru ini kelihatan hidup sempurna dan lukisan-lukisan hasil karya Amadio laris terjual.

Malangnya, kebahagiaan Amadio dan Don Bonillo tidak kekal lama. Tidak lama kemudian, rumah dan studio Amadio hangus dijilat api. Mengenangkan cerita-cerita dan amaran keras paderi-paderi sebelum ini Amadio segera menyalahkan Don Bonillo dan menghalaunya keluar.

Selepas peristiwa itu, Don Bonillo menghilang tanpa sebarang berita sehinggalah pada tahun 1976, di mana namanya kembali disebut setelah berlakunya satu kemalangan ngeri.

Dipinggir bandar Barcelona, sebuah kenderaan telah melanggar sebuah dinding menyebabkan kereta itu meletup. Pemandunya tidak sempat menyelamatkan diri dan hangus dijilat api. Keadaan mayatnya yang amat teruk menyukarkan proses pengecaman.

Namun, ketika siasatan terperinci dilakukan ke atas kereta itu, papan pemuka kereta kereta berkenaan terbuka.

Didalamnya, disamping sisa-sisa debu kebakaran, polis menjumpai lesen memandu yang langsung tidak mempunyai kesan terbakar. Dan pemilik lesen itu bernama Don Bonillo.

Ramai yang percaya, catan 'crying boy' yang dilukis oleh Amadio membawa sumpahan Don Bonillo. Malangnya, fakta-fakta ini tidaklah seratus peratus disahkan kebenarannya.

Bruno Amadio mati pada tahun 1981 dan kebenaran disebalik cerita ini turut bersemadi bersamanya.

Lukisan ini mula dikenali umum setelah ia mula diulang cetak pada poskad dan poster-poster disekitar Eropah.

Sejarahnya, catan ini merupakan karya bersiri Bruno Amadio untuk mengenang kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa serta keluarga ketika perang. Catan ini mempunyai 65 siri, kesemuanya potret kanak-kanak dalam kesedihan, dengan linangan air mata.

Ia dihasilkan untuk pelancong yang datang melawat Venice selepas perang tamat.

Kesudahannya, beberapa keping catan dari siri Crying Boy dibawa ke England, kemudian ia diulang cetak dengan banyak dan dijual dengan harga yang begitu murah.

Lebih 50,000 keping karya yang dicetak ini berjaya dijual; menjadikan hampir keseluruhan rumah di England mempunyai catan Crying Boy.

Kegilaan memiliki catan Crying Boy berlanjutan sehinggalah pada September 1985, akhbar British, 'The Sun' melaporkan sebuah berita aneh mengenai catan Crying Boy.

Artikel bertajuk 'Blazing Curse of The Crying Boy' menjadi tumpuan warga England. Rumah milik seorang pemuda bernama Ron dan pasangannya May Hall di Rotherham, hangus dijilat api setelah mereka gagal mengawal api yang menyambar kuali mereka ketika sedang menggoreng. Rumah mereka gagal diselamatkan.

Namun apa yang aneh, hanya satu benda saja yang ditemui terselamat dari dijilat api. Disebalik timbunan habuk dan sisa-sisa kebakaran, sebuah lukisan ditemui tertiarap diatas papan dengan permukaannya mengadap lantai, catan 'Crying Boy'!

Tiada siapa mampu menjelaskan bagaimana lukisan potret Crying Boy tersebut boleh bertahan dalam api semarak itu. Kejadian itu segera menarik perhatian media, kerana itu bukanlah kali pertama melibatkan Crying Boy!

Abang kepada Ron Hall merupakan seorang anggota bomba dan menurutnya, sudah beberapa buah rumah turut hangus dijilat api sebelum ini dan satu-satunya benda yang terselamat dalam setiap kejadian kebakaran yang berlaku itu adalah salinan lukisan Crying Boy.

Dijumpai tersadai pada lantai setiap rumah terbabit, disebalik sisa-sisa kebakaran. Dia dan anggota bomba lain juga merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan lukisan-ukisan ini, mereka percaya ia mungkin membawa sumpahan dan tidak sepatutnya digantung pada dinding-dinding rumah.

Seorang pegawai bomba, Alan Wiikinson turut menyatakan, hampir lima puluh kejadian kebakaran telah dilaporkan berlaku dan kesemuanya ada melibatkan 'The Crying Boy'.

Laporan oleh akhbar berpengaruh itu kemudian mendapat perhatian serius dari pembacanya yang rata-rata mula takut dengan sumpahan catan ini.

Ramai diantara mereka turut tampil menceritakan pengalaman mereka sendiri. Mereka mendakwa turut menjadi mangsa Crying Boy apabila rumah mereka turut hangus dijilat api.

Ada juga yang mendakwa sudah beberapa kali cuba melupuskan lukisan itu dengan membakarnya namun usaha mereka gagal. Salinan lukisan itu tidak dijamah api!

Tidak lama kemudian, sebuah restoran Itali pula ditimpa kebakaran dan seperti dijangka, hanya 'The Crying Boy' sahaja yang terselamat dalam kebakaran itu.

Akhbar The Sun kemudian mengaturkan satu acara pelupusan dan menyeru semua pembacanya yang percaya dengan sumpahan ini supaya segera menghantar salinan Crying Boy milik mereka untuk dilupuskan.

Akhirnya, hampir 2,000 keping berjaya dikumpul dan walaupun menghadapi beberapa kesukaran ketika proses membakarnya, lukisan-lukisan ini berjaya dilupuskan.

-Sentiasapanas.com

Lawak Troll Terbaik Penghantar SMS Scam!

Lawak Troll Terbaik Penghantar SMS Scam!

Jika dilihat, isu pengguna tertipu dengan tektik penipuan scam ini bukanya baru, anda pasti pernah menerima pesanan teks yang berbunyi, “Tahniah, sim card anda memenangi RMxxxxxxx”.

Troll

Memang hidup di zaman serba teknologi ini begitu banyak taktik penipuan ‘scam’ dilaporkan oleh pengguna.

Perasaan cemas dan marah pasti timbul disebabkan oleh pesanan SMS yang terang-terangan menipu ini dan boleh dikatakan amat menjengkelkan.

Kali ini, melalui gambar yang dikongsikan, lain pula jadinya apabila si pengguna membalas balik dengan menggunakan unsur yang sama kepada si penghantar SMS scam ini dengan bijak.

Troll [2]

Inilah yang dipanggil buku bertemu ruas!

Nah, korang bacalah sendiri troll ni. Agak-agak kalau anda jadi si penghantar scam tersebut itu, pasti anda pun akan ‘hangin satu badan’ dibuatnya.

Dan pandai-pandailah korang menilai betul ke tak gambar diatas ye..hehe

Sumber: Mynewshub.cc

Saturday, November 22, 2014

Panduan Aduan Kerosakan Talian Streamyx

Panduan Aduan Kerosakan Talian Streamyx

Panduan Aduan Kerosakan Talian Internet Streamyx. Perkhidmatan SMS 62100 adalah perkhidmatan sms yang diwujudkan pihak TM untuk memudahkan pelanggan memeriksa bil jalur lebar streamyx, membuat pertanyaan dan menyelesaikan masalah teknikal.

Aduan kerosakan streamyx

1. Perkhidmatan sms ini hanya untuk pengguna Maxis, Celcom dan Digi sahaja dimana tiada cas dikenakan untuk Celcom dan Digi manakala cas 15sen/sms dikenakan untuk pengguna Maxis.

2. Kawasan liputan SMS 62100 meliputi negeri-negeri berikut:
  • Johor
  • Kedah
  • kelantan
  • Negeri Sembilan
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Terengganu

3. Kawasan liputan SMS 62100 bagi Kuala Lumpur dan Selangor pula meliputi kawasan berikut:

Ampang, Bangsar, Bangi, Batu, Brickfields, Bukit Jaya, Cyberjaya, Damansara, Dengkil, Gombak
Kajang, Kelana jaya, Kepong, Keramat, Klang, KL Central, KLIA, Kuala Selangor, Maluri, Pandan, Petaling jaya, Putrajaya, Rawang, Semenyih, Serdang, Sg Besi, Sg Way, Shah Alam, Subang Jaya, Tanjung Karang, Taman Tun Dr Ismail, USJ

4. Perkhidmatan yang disediakan melalui sms adalah seperti berikut:
  • Pendaftaran Telefon Bimbit
  • Penukaran Nombor Telefon Bimbit
  • Ketersedian Perkhidmatan Jalur Lebar TM
  • Penyata bil
  • Status Rebat
  • Status Bayaran Balik
  • Laporan Kerosakan(Tiada Nada)
  • Laporan Kerosakan(Bising)
  • Status Laporan kerosakan

5. Panduan SMS 62100

a) Mendaftar telefon bimbit

Taip REGNo talian tetap beserta kod kawasanNamaNo KP baru
Contoh : REG 0312345678 Ali 780202034567


b) Penukaran No Telefon Bimbit


Taip CHGNo BaruNo lamaNo talian tetap besrta kod kawasan
Contoh : CHG 0131234567 0191234567 0312345678


c) Memeriksa status bil


Penyata bil
Taip BILL1No talian tetap beserta kod kawasan
Contoh : BILL1 0312345678


Status Rebat
Taip BILL2No talian tetap besrta kod kawasan
Contoh : BILL2 0312345678


d) Melaporkan kerosakan teknikal dan memeriksa status laporan


Tiada Nada
Taip FAULT1No talian tetap beserta kod kawasan
Contoh : FAULT1 0312345678


Bising
Taip FAULT2No talian tetap beserta kod kawasan
Contoh : FAULT2 0312345678


Status Laporan Kerosakan
Taip FAULT3No talian tetap beserta kod kawasan
Contoh : FAULT3 0312345678


d) Memeriksa ketersediaan perkhidmatan jalur lebar di kawasan anda


Taip STXNo talian tetap beserta kod kawasan
Contoh : STX 0312345678


Sebarang pertanyaan lanjut tentang servis ini boleh telefon teleservis TM di no 100 atau
1 300 888 123 (jika telefon daripada telefon bimbit)

BACA INI JUGA: Kehebatan Teknologi Cetakan 3D

Sumber: Anjungstreamyx.com



Watak Pahlawan Islam Dalam Filem Pirates of The Carribean

Watak Pahlawan Islam Dalam Filem Pirates of The Carribean

Anda ingat lagi watak Barbarossa dalam filem Pirates of The Carribean? Bendera hitam dengan gambar tengkorak menjadi simbol armada Barbarossa di layar perak.

Barbarossa

Sebenarnyam sekitar abad ke-15 Masihi, bangsa Eropah sangat takut dengan satu kuasa yang gah menguasai Lautan Mediterranean yang mendapat jolokan 'The Barbarossa Brothers'.

Acap kali kapal dagang Eropah yang belayar membawa muatan berharga akan dirompak oleh dua-beradik ini diperairan tersebut.

Nama Barbarossa amat popular sehingga menggerunkan tentera Salib pimpinan Raja Sepanyol, Raja Ferdinand II.

Siapakah Barbarossa yang sangat ditakuti oleh Eropah itu?

Sebenarnya, gelaran itu bukanlah nama seseorang. Perkataan Barbarossa merupakan gabungan dua perkataan dalam bahasa Latin iaitu 'barber' (janggut) dan 'rossa' (merah).

Nama itu adalah jolokan yang diberi oleh pelayar Eropah terhadap Aruj dan Heyreddin @ Khairaddin, dua-beradik yang memiliki janggut kemerah-merahan.

Jihad Aruj dan Heyreddin

Hayreddin Pasha
Hayreddin.

Dua beradik ini dilahirkan di Turki, merupakan golongan pelaut yang sering belayar di perairan Yunani dan Turki.

Suatu ketika kapal mereka telah diserang oleh tentera Kristian sehingga mengorbankan adik bongsu mereka. Sejak itulah dua-beradik ini bertindak merompak kapal-kapal bangsa Eropah yang dikuasai oleh puak Kristian.

Penaklukan empayar Islam di wilayah Andalusia (Sepanyol) pada 1492 Masihi dalam Perang Salib pimpinan Raja Ferdinand II yang mengorbankan jutaan nyawa umat Islam telah membangkitkan semangat jihad dua-beradik ini.

Mereka berdua turun padang membantu menyelamatkan ribuan umat Islam dari Sepanyol hingga ke Afrika Utara dan membangunkan pertahanan laut yang kuat di Al-Jazair.

Tujuannya untuk menghalang gelombang serangan pasukan salib dari Afrika Utara menuju ke tanah barakah, Palestin, Angkatan laut mereka sukar dicabar dan digeruni pihak lawan.

Pada tahun 1518, hasil hasutan Sepanyol telah berjaya membuat pemerintah kota Tilmisan berperang dengan Aruj. Dia gugur dalam pertempuran itu.

Tinggallah Heyreddin seorang, memimpin angkatan laut ketika itu. Sepanyol menyangka benteng Barbarossa dua-beradik sudah lemah. Lalu dihantar 20 ribu tenteranya ke Al-Jazair.

Sangkaan Sepanyol silap. Heyreddin membuktikan pasukannya masih kuat walaupun Aruj sudah tiada. Dia berjaya mengusir angkatan tentera Sepanyol.

Atas kehebatan itu, pemerintah Islam ketika itu telah memberi darjat yang tinggi buat Heyreddin. Dia dilantik menjadi wakil khalifah wilayah Al-Jazair selain mengepalai beberapa pasukan ketenteraan.

Dibawah pimpinannya, ramai umat Islam di Andalusia berjaya diselamatkan daripada kekejaman tentera salib.

Malah, pasukan tentera laut Heyreddin juga berjaya mengawal sepenuhnya pelayaran di sekitar laut tengah membuatkan pasukan tentera salib mati kutu. Beberapa kali serangan dilakukan namun tidak berjaya melumpuhkan pasukan tentera laut Heyreddin.

Pernah Itali dan Sepanyol bergabung memimpin 40 buah kapal dengan senjata yang jauh lebih hebat namun dengan kebijaksanaan Heyreddin yang hanya memimpin 20 buah kapal, beliau berjaya mengalahkan, bahkan mengusir bahtera serangan tentera musuh tersebut.

Keberanian dan kecerdikan Heyreddin telah menggerunkan lawan hinggakan pasukan tentera salib gusar dan melakukan pelbagai cara untuk mengelak dari bertembung dengan pasukan Barbarossa.

Semangat juang untuk berjihad Heyreddin dipandang tinggi. Justeru tidak hairanlah, setelah beliau meninggal dunia pada 1546, makamnya di Besiktas, Istanbul tetap dikunjungi ramai orang dan dikenang sebagai pahlawan Islam terbilang.

Imej Barbarossa dimanipulasi

Barbarossa
Watak Barbarossa dijelmakan dengan figura negatif oleh Barat.

Namun, legasi Heyreddin sebagai pahlawan Islam terbilang bukanlah sesuatu yang menggembirakan pihak Barat. Mereka tidak mahu sosok digelar Barbarossa yang digeruni mereka suatu ketika dulu menjadi sebutan. Tambahan pula dia adalah seorang pahlawan Islam.

Jadi, Barat memulakan manipulasinya. Mereka menulis dan mewujudkan semula 'watak' baru ciptaan mereka yang melenyapkan gambaran sebenar Barabossa sama ada dalam komik, buku mahupun filem.

Watak Barbarossa digambarkan sebagai lanun jahat. Segala unsur negatif dipadankan dengan watak itu.

Contoh paling mudah untuk anda ingat, watak Barbarossa dalam filem Pirates of Carribean. Bendera hitam dengan gambar tengkorak menjadi simbol dan imej jahat Barbarossa.

Sedangkan hakikat yang sebenarnya jauh berbeza dengan identiti Barbarossa sebenar. Bendera kapal Heyreddin sebenarnya adalah berwarna hijau yang tertulis kalimah surah Ash-Shaff ayat 61:13 berupa doa Nashrun.

Bendera
Inilah bendera sebenar kapal Barbarossa.

Manakala ditengahnya pula terdapat gambar dua pedang bersilang yang mengambil simbol pedang Zulfikar, milik Rasulullah SAW. Manakala empat bulatan di tepi pedang itu semua adalah kaligrafi nama empat khalifah Islam iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.

Lihatlah, betapa susuk pahlawan terbilang ini dipropogandakan oleh Barat lalu dimunculkan sebagai watak beraura negatif.

Barbarossa bukan lanun jahat, bukan juga diiringi simbol tengkorak. Sebaliknya, beliau adalah pejuang umat Islam.

Pahlawan yang berjihad demi Islam ini amat digeruni oleh puak Kristian dahulu dan kerana kehebatannya itu, dibenci pihak musuh hingga ke hari ini.

Inilah fakta dan kebenarannya mengapa simbol-simbol sebenar pahlawan Islam ini cuba diubah dan dilenyapkan!

BACA INI JUGA: 5 Fasa Umat Akhir Zaman, Bersabarlah Wahai Umat Islam

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, November 21, 2014

Bahaya Alahan Kepada Tubuh Manusia

Bahaya Alahan Kepada Tubuh Manusia

Alahan bermaksud perubahan aktiviti yang merupakan tindak balas hipersensitif dan berlaku apabila sistem pertahanan badan bertindak balas terhadap bahan asing yang memasuki badan melalui kulit, paru-paru, tertelan atau tercucuk.

Alergik

Reaksi ini sebenarnya tidak perlu berlaku. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap alahan.

Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu.

Anafilaksis merupakan tindak balas alahan yang sangat teruk. Reaksi alahan boleh jadi ringan atau serius dan berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah kepada alergen, tetapi sebahagiannya boleh berlaku selepas beberapa hari atau beberapa minggu.

Penyebab
  • Tumbuh-tumbuhan
  • Makanan
  • Ubat-ubatan
  • Debunga
  • Sengatan lebah
  • Gigitan

Jenis-jenis alahan

1. Alahan terhadap ubat-ubatan

Alahan terhadap ubat-ubatan adalah disebabkan sistem imun yang hipersensitif. Badan menjadi sensitif apabila kali pertama terdedah kepada ubat. Pendedahan kali kedua atau seterusnya akan mencetuskan tindak balas imun.

Reaksi alahan boleh dibahagikan dari kesan sampingan yang merengsakan atau ringan (ruam kulit, gatal-gatal, loya) kepada kesan yang boleh membawa kepada kematian seperti kejutan anafilaksis.

Penisilin dan antibiotik yang berkaitan adalah penyebab yang lazim di dalam kes alahan ini.

Cara yang terbaik untuk mengelakkan alahan ialah mengelakkan dari mengguna ubat-ubatan ini.

Gejala
  • Kekejangan otot perut
  • Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit
  • Gatal-gatal/urtikaria
  • Angioedema pada kelopak mata dan bibir
  • Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair
  • Sesak nafas/bunyi ronkus
  • Gatal-gatal
  • Ruam kulit
  • Gatal-gatal pada kulit atau mata
  • Bunyi ronkus
  • Bibir membengkak

Gejala-gejala anafilaksis termasuklah:
  • Keliru
  • Sakit/kekejangan otot abdomen
  • Loya, muntah
  • Cirit-birit
  • Penyumbatan rongga hidung
  • Sukar bernafas
  • Batuk
  • Kulit menjadi kebiru-biruan, termasuklah bibir atau kuku
  • Pening

Rawatan

Matlamat utama rawatan adalah untuk melegakan gejala. Penggunaan antihistamin ialah untuk melegakan gejala yang biasa (ruam, urtikaria, gatal-gatal). Kortikosteroids oral atau topikal (disapu di kawasan setempat di kulit) mungkin disyorkan juga.

2. Alahan Rhinitis (demam alahan)

Ia merupakan gejala yang berlaku selepas terdedah kepada debunga tumbuhan bermusim yang berterbangan di udara.

Demam alahan melibatkan reaksi alahan terhadap debunga seperti kulat kulapuk, bulu binatang dan habuk.

Debunga yang dibawa oleh angin adalah kecil dan lebih kerap menyebabkan demam alahan. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara.

Tanda-tanda dan gejala

Penghasilan mukus (lendir).

Gatal-gatal pada anggota seperti:
  • Tekak
  • Hidung
  • Mulut
  • Mata
  • Kulit
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Hidung berair/Bersin
  • Asma/bunyi ronkus (pernafasan berbunyi)

Rawatan
  • Pencegahan merupakan rawatan yang terbaik
  • Mengambil antihistamin untuk melegakan gejala yang ringan ke sederhana
  • Dekongestan juga dapat menolong meredakan gejala seperti penyumbatan rongga hidung

Pengurusan sendiri

Di bawah disenaraikan beberapa cara untuk mengurangkan pendedahan kepada debunga dan kulapuk.

Tutup tingkap pada waktu malam untuk menghalang debunga atau kulapuk daripada masuk ke dalam rumah. Jika boleh gunakan penyaman udara yang dapat membersih, menyejuk dan mengeringkan udara.

Pakai topeng/pelindung debu semasa memesin rumput, memungut daun-daun atau semasa membersihkan halaman dan makan ubat-ubatan tertentu sebelum melakukan aktiviti tersebut.

Jangan mengambil ubat melebihi dos dengan tujuan untuk mengurangkan gejala yang berlaku.

Jangan terlalu menyiram tumbuh-tumbuhan di dalam rumah jika anda alah terhadap kulapuk. Tanah yang lembap menggalakkan tumbesaran kulapuk.

Tutup tingkap kereta semasa dalam perjalanan.

Bercuti di kawasan yang bebas debunga seperti di tepi pantai atau laut.

3. Alahan terhadap makanan

Keadaan di mana gejala akan berlaku disebabkan reaksi imun dan dicetuskan oleh sesetengah jenis makanan.

Alahan terhadap makanan boleh ditunjukkan dengan keadaan seperti:
  • Intolerans terhadap makanan
  • Sindrom gangguan usus
  • Tekanan fizikal
  • Keracunan makanan

Apabila alahan telah terjadi, anda harus mengelakkan makanan yang menyebabkan alahan tersebut untuk mencegah ia dari melarat.

Gejala
  • Tekak terasa gatal
  • Anafilaksis (boleh menyebabkan kematian)
  • Sakit perut
  • Loya
  • Muntah
  • Kekejangan otot perut
  • Gatal-gatal di dalam mulut, tekak, mata dan kulit
  • Gatal-gatal/urtikaria
  • Angioedema pada kelopak mata dan bibir
  • Penyumbatan rongga hidung/ hidung berair

Rawatan

Matlamat utama rawatan adalah untuk mengurangkan gejala dan mengelakkan reaksi alahan dari berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan. Ia akan surut dalam masa yang singkat.

Krim penyaman kulit boleh diguna untuk melegakan ruam. Gejala yang teruk memerlukan rawatan dengan mengguna kortikosteroids.

Pengurusan sendiri

Elakkan memakan makanan yang mendatangkan alahan kepada anda.

Bertanya atau pastikan terlebih dahulu kandungan/ramuan makanan untuk menjauhi bahan alergen yang tersembunyi di dalam makanan.

Membaca label makanan dan mengenali istilah saintifik dan teknikal mengenai makanan. (susu dikenali sebagai kasein, protein susu dan lain-lain).

Bersedia untuk rawatan kecemasan. Reaksi anafilaksis disebabkan alahan terhadap makanan berpotensi menyebabkan kematian.

Memakai gelang amaran perubatan yang menerangkan tentang alahan yang dihidapi.

4. Alahan Konjunktivitis

Alahan konjunktivitis yang bukan berjangkit merupakan reaksi terhadap bahan seperti debunga. Mata akan menjadi kemerahan dengan cepat diikuti dengan gatal-gatal dan keluar air mata.

Gejala
  • Mata merah
  • Salur darah yang mengembang (menjadi besar) dalam sklera
  • Gatal-gatal yang sangat teruk-mata rasa terbakar
  • Keluar air mata
  • Kelopak mata bengkak/sembab

Rawatan

Rawatan yang terbaik adalah mengelakkan pendedahan terhadap bahan alergen. Menuam dengan penuam sejuk di mata atau mengambil antihistamin dapat melegakan ketidakselesaan yang dirasai.

Pengurusan sendiri

Duduk di dalam rumah apabila bilangan debunga atau kelembapan dilaporkan lebih tinggi dari biasa atau ketika hari berangin.

Ambil ubat yang dicadangkan oleh pakar alahan mengikut dos yang disarankan.

Pastikan tingkap cermin ditutup ketika dalam perjalanan.

Elakkan dari menyentuh mata dengan tangan anda.

Hentikan penggunaan kosmetik untuk mata.

BACA INI JUGA: Penyakit Misteri Muntah 14 Jam Sehari

Sumber: Biovco.com

Subsidi Petrol RON95 Dimansuh Bermula 1 Disember

Subsidi Petrol RON95 Dimansuh Bermula 1 Disember

Subsidi Petrol RON95 Dan Diesel Dimansuhkan. Tiada Lagi Subsidi Bagi Petrol Ron 95 dan Diesel Mulai 1 Disember.

Ron95

Subsidi untuk minyak petrol RON95 dan diesel akan dihapuskan dan harga akan ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal seperti harga pasaran global mulai 1 Disember ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, perkara ini telah dipersetujui oleh Kabinet dan pelaksanaannya sama seperti harga runcit RON97 yang telah dibuat sejak Julai 2010.

Keputusan Kabinet untuk menetapkan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember 2014 ini merupakan langkah terbaik mengatasi inflasi dan kemelut kos sara hidup rakyat yang sangat mengganas sekarang ini.

Melalui pengapungan terkawal ini kerajaan akan menentukan harga RON95 dan Diesel mengikut kaedah RON97 iaitu bergantung kepada pengiraan harga semasa selama 3-6 bulan sekali.

Ini bermakna sungguhpun subsidi telah ditarik balik, petrol dan diesel masih merupakan barang kawalan dan tidak boleh ditentukan oleh peruncit sesuka hati seperti di kebanyakan negara lain. Adalah dijangka penghapusan subsidi ini tidak membabitkan sebarang perubahan harga dalam masa terdekat ini.

Dalam masa yang sama, kaedah ini mengelakkan peruncit menaikkan harga berulang kali setiap kali kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi Petrol tetapi tidak menurunkan harga apabila harga petrol diturunkan.

Ketika mengumumkan keputusan kabinet ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, berikutan itu harga kedua-dua harga bahan bakar api itu akan dilaksanakan sama seperti harga runcit RON97 yang telah dibuat sejak Julai 2010.

Bagaimanapun, jika paras harga RON 95 dan Diesel dunia melebihi harga maksimum yang ditetapkan, maka kerajaan perlu memberi subsidi sementara sehingga ia kembali ke paras yang realistik.

Melalui kaedah penetapan harga maksimum ini, ia akan memudahkan rakyat, peniaga dan usahawan merancang bajet dan perbelanjaan mereka serta menetapkan harga barangan.

Ini sekaligus mengelak kenaikan harga yang berlipat kali ganda setiap kali perubahan harga petrol.

Mungkin juga dalam mengurangkan bebanan subsidi ketika harga RON95 dan Diesel melambung tinggi, maka kerajaan perlu mewujudkan stok penimbal sendiri bagi membolehkan ia mengawal harga pasaran dalam negara selama beberapa tahun.

Membenarkan RON95 menjadi tidak stabil juga tidak bagus kepada negara biarpun ia menjimatkan kos pengurusan subsidi.

Ini akan menggalakan inflasi dan perbelanjaan syarikat dan individu di luar jangkaan kerana harga minyak dunia sendiri tidak stabil dan bergantung kepada manipulasi pasaran.

Sumber: Utusan.com.my/MYKMU.NET

SP: Entahlah..

Fatwa Haram Lafaz ‘Al Madad Ya Rasullullah’

Fatwa Haram Lafaz ‘Al Madad Ya Rasullullah’

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa sebarang bentuk qasidah, doa mahupun nasyid yang melafazkan perkataan ‘al-madad Ya Rasulullah’ yang membawa pengertian ‘mohon bantuan Ya Rasulullah’, adalah haram.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, kajian dari jabatan mufti mendapati tidak ada makna lain yang membawa maksud selain dari memohon bantuan dari Nabi Muhammad S.A.W.

Ujarnya, ia merupakan salah satu bentuk doa (al-Istighathah) yang tidak dibenarkan dalam Islam, malah nas yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran melarang umatnya meminta bantuan dari individu yang telah meninggal dunia, termasuk baginda Rasulullah.

“Jabatan mempunyai penjelasan dalam bentuk risalah hampir 50 muka surat, antaranya menggariskan sebarang bentuk qasidah termasuk yang melaungkan ungkapan-ungkapan membawa syirik tidak boleh dilaksanakan di Perlis.

Ini kerana kami mengesan ada pihak-pihak tertentu yang cuba membawa masuk qasidah dan doa sedemikian yang harus dielakkan.”

Beliau juga menyeru agar Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melakukan penyelidikan terhadap ungkapan tersebut bagi mengelakkan umat Islam tertipu, lantas tidak sedar mereka telah melakukan perbuatan syirik.

Haram mengenakan lilitan hitam ditangan

Haram mengenakan lilitan hitam ditangan
Gambar hiasan.

Bukan itu sahaja, jawatankuasa negeri itu juga meminta supaya anggota beruniform agar tidak mengenakan lilitan hitam atau apa-apa warna pada lengan kerana ia bercanggah dengan Islam.

Menurut Dr Juanda, perbuatan yang sering dilakukan ketika kematian itu jelasnya merupakan salah satu budaya dari orang bukan Islam.

“Pihak kami telah menyemak perkara ini dan mendapati Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1987 telah membuat keputusan bahawa perbuatan itu haram, oleh itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bersetuju sebulat suara menerima keputusan itu.

Setiap bentuk pakaian bagi tujuan sosial atau sebagainya yang dipakai oleh orang Islam hendaklah tidak melibatkan unsur-unsur yang khusus dengan adat atau keagamaan bagi agama lain,” ujarnya.

Beliau menggesa agar langkah drastik diambil pihak bertanggungjawab kerana ia dilihat sering diaplikasikan anggota uniform dan ahli sukan semasa berkabung, kecuali kepada ahli keluarga dan isteri dalam tempoh tertentu.

Sumber asal:
http://www.sinarharian.com.my/nasional/haram-pakai-lilitan-di-lengan-baju-1.335315