Friday, October 03, 2014

Doa Supaya Anak Menjadi Soleh

Doa Supaya Anak Menjadi Soleh

Anak adalah kurniaan daripada Ilahi untuk kita. Mereka juga adalah tanggungjawab yang perlu kita pikul di bahu ini. Anak adalah amanah Allah s.w.t kepada kita, ibubapa.

Anak Soleh

Sudah pasti kita sebagai ibubapa mahu tengok anka kita menjadi anak yang soleh, supaya apabila kita meninggal nanti, ada orang yang akan mendoakan kita.

Anak kita ini macam saham, yang mana kita perlu laburkan, dengan harapan membuahkan hasil yang cemerlang.

“Apabila matinya Seorang manusia, terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaat dengannya dan anak yang soleh yang mendoakan untuknya.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Doa anak yang soleh kepada ibubapa tidak akan terputus walaupun sudah meninggal dunia.

Sebab itu kita perlu terapkan dalam jiwa mereka agar menjadi insan yang berguna.

Satu-satu caranya adalah kita menekankan ajaran agama buat mereka. Sejak dari kecil lagi, kita perlu didik mereka mengikut cara Islam.

Kita ikut cara Rasulullah SAW mengajar anaknya. Insyallah terdidik anak kita nanti menjadi anak yang soleh.

Disini kami kongsikan doa-doa supaya anak kita nanti menjadi soleh dan solehah semuanya. Semoga menjadi amalan kita semua dalam mendidik anak-anak kita.

اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
(Allhumma faqqihhu fiddin wa a'llimhuttakwil)

Maksudnya: Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).

اَللَّهُمَّ أَلْهِمْهُ التَّأْوِيْلَ وَعَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ
(Allhummal hamhuttakwil wa a'llimhulhikmah)

Maksudnya: Ya Allah, ilhamkannya Takwil (tafsir al-Quran) dan ajarkannya hikmah (ilmu yang tepat).

اَللَّهُمَّ بَارِكْ فِيْهِ وَانْشُرْ مِنْهُ
(Allahumma barik fihi wanshur minhu)

Maksudnya: Ya Allah, berkatilah padanya dan sebarkanlah ilmunya.

Semoga kita mendapat manfaat. Amiin..

BACA INI JUGA: Doa Memanggil Ikan Untuk Kaki Pancing

Sumber: Bloggerlelaki.com

AWAS! Duit RM5 Tapi Sebenarnya RM1

AWAS! Duit RM5 Tapi Sebenarnya RM1

Kalau sudah namanya penipu, macam-macam cara akan digunakan. Yang terbaru ialah memperdayakan peniaga menggunakan not wang kertas RM 1.

Duit RM5 Tapi Sebenarnya RM1

Kalau dilihat sepintas lalu memang ingat duit RM5, sebab warna hampir sama. Ini yang dipesan oleh peniaga yang menjadi mangsa penipuan ini.

(Baca: Himpunan Informasi Dunia)

Mujur ada yang peka dan perasan dengan penipuan ni.

Semua peniaga dinasihatkan agar berhati-hati dengan taktik licik pembeli. Terdapat peniaga yang hampir terkena.

Duit RM5 Tapi Sebenarnya RM1 [2]

Malah, kita sebagai pengguna juga mungkin tidak akan terlepas daripada penipuan licik begini.

Wang diberikan pembeli kelihatan seperti wang kertas RM5 tetapi rupa-rupanya wang kertas RM1.

Jadi, berhati-hatilah apabila menukar atau menerima duit not RM5.

Sumber: Mynewshub.cc

Arab Saudi 'SUSAH HATI' Harga Minyak Dunia Turun!

Arab Saudi 'SUSAH HATI' Harga Minyak Dunia Turun!

Ramalan pakar ekonomi duni Dr Frederico Gil Sander pada Oktober tahun lepas akhirnya menjadi kenyataan apabila sekali lagi kerajaan menaikkan harga minyak semalam.

Minyak naik kangkong naik

Kelihatannya “Langkah Minyak Najib” ini sama buruknya dengan “Langkah Kajang Anwar”.

Memburukkan lagi keadaan adalah "minyak rakyat" atau RON95 yang dinaikkan. Kita sedia ketahui minyak ini paling murah jika dibandingkan dengan RON97.

Jadi persoalan di sini mengapa "minyak rakyat" ini dinaikkan ketika harga pasaran minyak dunia jatuh?

Suatu ketika dahulu, bukankah kerajaan sendiri berjanji harga minyak di dalam negara ditentukan oleh pasaran dunia, nampaknya sekali lagi janji tidak ditepati, slogan dicapati.

Tren penurunan harga minyak untuk setiap tong konsisten sepanjang tiga tahun ini, malah jatuh bawah paras AS$93 setong baru-baru ini.

Negara pengeluar minyak dunia, Arab Saudi juga bimbang dengan keadaan harga minyak global ini.

Oil drops to 27-month low as supply glut grows
http://english.alarabiya.net/en/business/energy/2014/10/02/Oil-drops-to-27-month-low-as-supply-glut-grows.html

Bagaimanapun, berbeza dengan India yang United Kingdom yang mengambil langkah menurunkan harga minyak mereka, kerajaan nampaknya gembira pula untuk menaikkan harga minyak.

Oleh itu, kita tidak dengar lagi hujah-hujah daripada pakar atau menteri mengatakan harga pasaran minyak dunia naik untuk menyokong langkah kerajaan menaikkan minyak.

Bagi saya, langkah menaikkan harga minyak adalah jalan mudah untuk menjanakan pendapatan kerajaan. Kita juga sedia ketahui Petronas adalah penyumbang utama hasil kepada pendapatan kerajaan setiap tahun.

Petronas adalah pembayar cukai tunggal terbesar di Malaysia dan hasil sumber terbesar, meliputi sebanyak 45% daripada bajet kerajaan, maka apabila minyak naik, pendapatan yang akan diperoleh juga naik.

Menjelang pembentangan Bajet 2015 ini, signifikannya kenaikkan harga minyak ini nampaknya bertujuan untuk menampung belanja kerajaan.

Malah, pemberian tunai BR1M yang dikatakan sebagai gula-gula politik juga akan dinaikkan lagi kali ini.

Ini adalah pemberian kali ketiga. Pada awalnya kerajaan mengatakan ia bertujuan membantu rakyat dan meningkatkan taraf hidup mereka tetapi selepas harga minyak naik, saya tidak tahu sama ada hujah itu masih relevan atau tidak.

Selama tiga pusingan, apakah bukti BR1M ini betul memanfaatkan rakyat dan meningkatkan ekonomi negara? Adakah kerajaan mempunyai data?

Tidak ada gunanya jika sekali memberi wang tunai tapi inflasi naik dan yang menerima tempiasnya adalah rakyat.

Jika berbalik semula kepada belanja kerajaan, pembentangan bajet nanti hanya di atas kertas sahaja tetapi yang tidak berada dalam kertas adalah kerugian daripada ketirisan saban tahun dilaporkan dalam Laporan Audit Negara.

Seperti orang ramai lain, kita pasti tertanya adakah tiada dana dalam kantung negara?

Baru-baru ini kita sedia tahu dimana syarikat pelaburan negara rugi 1MDB RM38 bilion, malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga bersuara dalam isu ini.

Pada September tahun lepas, selepas petrol dinaikkan juga 20 sen, pihak kerajaan berkata mereka dapat menjimatkan RM3.3 bilion setahun.

Jika dibandingkan dengan RM3.3 bilion setahun dan kerugian oleh 1MDB sebanyak RM38 bilion, berlipat kali ganda sebenarnya bantuan boleh diberikan kepada rakyat.

Mengapa perlu terlalu kedekut untuk membantu rakyat, tapi dengan senang membela syarikat yang tidak membuat untung. Adakah ini kerana demi rakan dan kroni yang rapat dengan kerajaan?

Itu baru perkiraan melibatkan 1MDB, bagaimana pula dengan syarikat penerbangan negara MAS yang juga perlu diselamatkan daripada rugi?

“Langkah Minyak Najib” ini lebih buruk daripada “Langkah Kajang”, belum sempat rakyat menyambut Hari Raya Aidiladha tapi mereka sudah dikorbankan.

Mungkin menteri ini tidak hidup bersama rakyat, tidak minum teh di mamak, mereka bersarapan dan makan malam dihidangkan oleh orang gaji. Mereka tidak tahu keperitan yang dialami rakyat bawahan ini.

Untuk Najib, langkah menaikkan harga minyak ini bukan jalan terbaik pada ketika tahun depan rakyat akan berdepan tahun mencabar, tahun dimana cukai GST akan dikenakan.

Janganlah kata rakyat sahaja perlu berjimat tapi tidak pula kerajaan.

Selamat Hari Raya Aidiladha rakyat Malaysia, selamat pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sumber: The Malaysian Insider.

Dato Terlajak Laris Bengang Dikata Pondan!

Dato Terlajak Laris Bengang Dikata Pondan!

Kesian dengan pengasas D’Herbs yang popular dengan trademark Terlajak Laris apabila tak semena-mena namanya dikaitkan dengan pergaduhan di antara aktres Rita Rudaini dengan seorang rakan kongsi perniagaannya.

Dato Terlajak Laris

Bengang namanya dikaitkan, Dato Aliff Syukri memuat naik komen Rita yang seakan-akan mengaibkan dirinya apabila perkataan pondan digunakan dalam kenyataan aktres yang penuh kontroversi itu.

Sebelum ini Rita membuat pengumuman bahawa perniagaan yang dijalankannya bersama rakan kongsinya, Siti Saleha telah dibubarkan selepas mereka tidak lagi mempunyai persefahaman di antara satu sama lain.

Dan tak pasal-pasal Rita mendedahkan sikap buruk bekas rakan kongsinya itu yang pernah mengelarkan Dato Aliff sebagai pondan sebelum ini.

Dato Terlajak Laris [2]
Dato Terlajak Laris [3]
Dato Terlajak Laris [4]

Rasanya mungkin Rita tak berniat nak mengaibkan Dato Aliff.

Tapi memang benarlah kata orang, lebih baik berdiam diri daripada mengeluarkan atau menulis kenyataan yang boleh menjatuhkan maruah orang lain di hadapan umum.

Sumber: Mynewshub.cc (link)

Kontraktor Jambatan Syurga Dan Neraka

Kontraktor Jambatan Syurga Dan Neraka

Al-kisah pada suatu hari, penghuni neraka mengadu kepada malaikat yang menjaga mereka.

Jambatan Syurga
Gambar hiasan.

"Kami sudah lama tinggal di sini (neraka). Teringin pula nak tahu apa rasanya tinggal di syurga."

Sama seperti penghuni neraka, penghuni syurga juga tertanya-tanya bagaimana kehidupan di neraka.

Jadi, untuk menjawab rasa ingin tahu kedua-dua belah pihak, malaikat pun mengarahkan mereka membina jambatan masing-masing untuk menghubungkan kedua-dua tempat.

Maka, bertungkus-lumuslah ahli syurga dan neraka membina jambatan bermula dari tempat mereka tinggal.

Nak dijadikan cerita, selepas tiga bulan, siaplah jambatan yang dibina oleh ahli neraka. Cuma menunggu jambatan dari arah syurga saja untuk disambungkan ke arah jambatan penghuni neraka.

Tapi yang menghairankan, jambatan ahli syurga tadi terlalu lambat hendak disiapkan. Tak ada progres langsung. Kura-kura jalan pun lagi laju.

Para malaikat yang berasa hairan pun pergi melawat ahli syurga. Pelik juga kenapa jambatan mereka lambat siap.

Nak kata tak cukup bahan binaan, semuanya telah diagihkan sama rata. Tapi kenapa mereka tak boleh siapkan jambatan itu secepat penghuni neraka?

Siasat punya siasat, barulah dapat jawapan kenapa jambatan ahli syurga lambat siap. Nak tahu sebabnya?

Sebab... semua kontraktor pembinaan yang handal-handal duduk dalam neraka. Dalam syurga pula hanya ramai orang-orang miskin dan beriman sahaja. Manalah diorang tahu apa-apa pasal pembinaan.

Jangan marah..kah kah

BACA INI JUGA: Golongan Yang Mulia Di Dunia Namun Hina Di Akhirat

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, October 02, 2014

Murid Bodoh Yang Mengubah Dunia!

Murid Bodoh Yang Mengubah Dunia!

Ada seorang budak lelaki. Hidupnya agak susah. Dia pernah dihantar ke sekolah namun hanya bertahan beberapa bulan.

Thomas Alva Edison

Menurut gurunya, budak itu seorang murid yang bodoh dan tidak mampu memahami apa yang diajar. Hanya ibunya yang mengajar budak lelaki itu membaca, menulis dan mengira dirumah.

Budak itu bukannya datang daripada keluarga yang senang. Sudahlah sekolah tidak kesampaian, pada usia 12 tahun, dia sudah mengerah keringat untuk bekerja.

Budak lelaki itu menjual surat khabar, gula-gula dan buah-buahan ditepi stesen kereta api.

Kesannya, telinga budak itu mengalami masalah. Dia jadi separuh pekak kerana bunyi kuat kereta api telah menjejaskan gegendang telinganya.

Menurut budak itu, dia tidak pernah mendengar burung-burung berkicauan sejak usianya 12 tahun.

Namun, budak itu tidak pernah berhenti berusaha. Hasil berjualan, dia membeli sebuah mesin cetak kecil. Sewaktu usianya 15 tahun, dia telah mencetak naskah surat khabarnya sendiri dan dijual di stesen kereta api tersebut.

Kemudian, dia mendapat kerja sebagai pengirim telegraf. Selama empat tahun bekerja, kesemua gajinya dilaburkan untuk membina sebuah makmal kecil dengan pelbagai peralatan elektrik.

Disitu, dia melakukan bukan puluhan, tapi ribuan eksperimen. Tidurnya hanya empat jam setiap hari.

Hasilnya, penemuannya seperti lampu mentol, gramofon dan filem untuk kamera menjadi pencetus kebangkitan industri elektrik dan rakaman yang memberi impak besar terhadap kehidupan manusia.

Siapa budak lelaki yang dikatakan bodoh oleh gurunya itu?

Dia... Thomas Alva Edison!

BACA INI JUGA: Himpunan Motivasi Diri

-SENTIASAPANAS.COM

Bayi Maut Dihurung Semut Di Taska Permata Bonda!?

Bayi Maut Dihurung Semut Di Taska Permata Bonda!?

Jika ada yang masih ingat, pada Januari 2013 seorang bapa menyebarkan di laman sosial/blog kes penderaan anaknya di sebuah taska di Putrajaya.

Bayi Maut Dihurung Semut Di Taska Permata Bonda!

Bapa tersebut menceritakan bagaimana anaknya berusia 10 bulan dilempang pengasuh taska berkenaan tanpa belas kasihan.

Turut dikongsikan di sini adalah wajah pemilik taska terbabit.

Bayi Maut Dihurung Semut Di Taska Permata Bonda! [2]

Malangnya, beberapa hari lalu, di taska sama nyawa seorang bayi yang baru berusia 3 bulan melayang.

Apa yang dikesalkan keadaan bayi yang sudah tidak bernyawa hanya disedari ibunya sendiri ketika datang untuk mengambil si kecil jam 5.30 petang.

Bayangkan betapa luluhnya hati si ibu apabila melihat Nur Imna Khalisa bukan sahaja sudah kaku dan biru tidak bernyawa malah semut didapati menghurung bahagian leher dan dada bayi. Kening dan dagu bayi juga dikatakan lebam.

Ini menandakan bayi tersebut sudah meninggal dunia lebih dua jam tanpa disedari sesiapa pun sebelum ibunya sendiri perasan!

Pengasuh taska hanya menangis dan memberitahu mereka tidak menyedari kejadian ini apabila ditanya ibu bapa bayi malang tersebut, Muhamad Zamri Anuar dan Nafisah Ahmad Jauhari.

Difahamkan mayat Nur Imna sudah selamat dikebumikan di Gopeng, Perak selepas selesai proses bedah siasat semalam.

Bagaimana pun keputusan bedah siasat masih dinantikan untuk memastikan punca kematian.

Di bawah, kami kongsikan status Facebook bapa saudara bayi ini:

Bayi Maut Dihurung Semut Di Taska Permata Bonda! [3]

Jika benar bayi ini diabaikan hingga meninggal dunia dalam keadaan sebegini rupa, siapa tak marah kan?

Apa pun berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Semoga ibu bapa Nur Imna tabah menerima dugaan berat ini.

Bagi pihak berkenaan, tolonglah ambil berat setiap aduan diterima kerana kes kematian di pusat jagaan bukan sekali ini berlaku di Malaysia.

Sumber: Mynewshub.cc (link)

Video Cara-cara Hackers Godam Mesin ATM!?

Video Cara-cara Hackers Godam Mesin ATM!?

Tanpa memerlukan sebarang senjata untuk merompak, gejala godam ini sememangnya sangat licik kerana tanpa kita sedari segala maklumat dan info yang kita sangka selamat disimpan tiba-tiba boleh lenyap dengan sekelip mata.

Mesin ATM kena godam

Lebih-lebih lagi jika penggodam merupakan seorang ‘cracker’ iaitu seorang penggodam yang sememangnya diupah untuk melakukan kegiatan ini.

Terdapat pelbagai jenis godam yang digunakan oleh penggodam radikal seperti Phishing, Brute Forcing, Keylogging atau Trojans Horse.

Namun dalam kes godam yang berlaku baru-baru ini, mereka mungkin menggunakan virus yang dikenali Backdoor.Padpin, sejenis virus Trojan Horse yang direka khusus untuk menceroboh sistem keselamatan komputer ATM dengan pantas.



Melalui video yang kami kongsikan ini, penggodam tersebut menggunakan kad ATM yang telah diprogramkan dahulu dengan virus Backdoor.Padpin (Trojan Horse) dan seterusnya menggunakan perkhidmatan mesin ATM seperti biasa.

Penggodam terbabit mengeluarkan wang terlebih dahulu dan ia hanyalah helah bagi mendapatkan ‘akses’ untuk langkah yang seterusnya.

Semestinya kelemahan utama yang terdapat pada mesin ATM ialah sistem operasinya yang menggunakan Windows XP.

Umum mengentahui, kebanyakkan komputer pada masa kini tidak lagi menggunakan lagi sistem operasi ini kerana terdapat pelbagai kelemahan dengan sistem keselamatanya sehinggakan syarikat Microsoft sendiri mengumumkan tiada lagi proses pembaharuan kepada sistem operasi XP ini.

Sistem operasi mesin ATM, Windows XP
Sistem operasi mesin ATM, Windows XP.

Berbalik kepada video, selepas penggodam selesai sesi mengeluarkan wang, selang beberapa saat muncul di skrin ATM tersebut seakan pilihan yang tidak terdapat pada pengguna biasa.

Backdoor.Padpin adalah sejenis virus Trojan yang membolehkan pengimbasan keseluruhan komputer dengan matlamat untuk mencuri data di dalamnya.

Trojan itu membolehkan penyerang menggunakan fungsi pad kekunci dan skrin sesentuh ATM bagi mengemukakan arahan kepada mesin berkenaan.

Apabila dilaksanakan (misi menggodam dimulakan), Trojan mencipta fail ulssm.exe yang boleh diletakkan di dalam mana-mana fail pada komputer ATM.

Trojan itu kemudian akan mencipta entri pendaftaran tertentu supaya ia berjalan setiap kali sistem operasi Windows bermula.

Penggodam kemudian memberi arahan menerusi skrin yang terdapat pada mesin ATM tersebut untuk mengubah segala data atau menetapkan pengeluaran wang dan secara tidak langsung dapat menghentikan sistem penggera bagi mengelakkan misi godaman dikesan.

Mereka juga boleh melanjutkan tempoh sesi pengeluaran untuk terus mencuri wang.

Sumber: Mynewshub.cc

Wednesday, October 01, 2014

Makanan Terbaik Untuk IQ Tinggi

Makanan Terbaik Untuk IQ Tinggi

Ramai mengang­gap untuk menjadi cerdik dan genius, seseorang perlu bergantung kepada tahap IQ dan kepintaran semata-mata.

IQ Tinggi

Ini tidak benar sama sekali kerana kajian Universiti California, Los Angeles, Amerika Syarikat membuktikan pemakanan sangat penting untuk kecerdasan minda.

Kajian itu mendapati, sel otak hanya berhubung dengan cekap apabila dibekalkan dengan tenaga mencukupi iaitu makanan.

Ada beberapa jenis makanan yang anda boleh ambil untuk perkembangan sel otak antaranya:

Ginkgo biloba

Ginkgo biloba

Ia adalah herba semula jadi bagi membantu merawat pesakit yang kehilangan ingatan akibat usia tua dan penyakit Alzheimer.

Herba ini menggalakkan pengaliran darah dan oksigen ke otak. Ia adalah antioksidan terbaik dan ramuan di dalam makanan tambahan.

Daun pegaga

Daun pegaga

Daun pegaga mengandungi triterpenoid glikosida yang kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi untuk menguatkan ingatan, melancarkan peredaran darah dan melegakan ketegangan akibat tekanan.

Penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Suhaila Mohamed mendapati jika digunakan sebagai ulam-ulaman, ia membantu meningkatkan pengawalan saraf dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya.

Ia juga membantu meningkatkan penumpuan fikiran dan daya ingatan.

Choline

Choline

Ia adalah nutrisi penting untuk keupayaan minda terutama kanak-kanak. Ia boleh diperoleh daripada telur, kekacang, sayur brokoli, soya dan yogurt.

Bahan aktif bernama phosphati-dylserine di dalam choline menggalakkan fungsi otak berkembang dengan baik serta mengurangkan risiko nyanyuk dalam kalangan orang dewasa.

Kaedah Agama

Kaedah Agama

Anda juga boleh mencuba kaedah diamalkan ulama silam untuk menguat-kan ingatan. Ulama seperti Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Bukhari mempunyai daya ingatan menakjubkan sehingga boleh menghafal 30 juzuk al-Quran dan puluhan ribu hadis muktabar.

Anda juga boleh mencuba amalan berikut:
  1. Amalkan doa daripada al-Quran seperti daripada Surah Taha ayat 25-28, Surah Al-Anbiya’ ayat 79, Surah Luqman dan Surah al-Isra’ ayat 70.
  2. Menjauhi dosa dan maksiat.
  3. Amalkan berpuasa sunat.
  4. Memperbanyak zikir, tasbih, tahmid, takbir dan tahlil.
  5. Menghormati guru dan ilmu yang disampaikan.

BACA INI JUGA: Menjadi Genius Selepas Di Belasah Samseng!

sumber: hmetro