Monday, September 15, 2014

The Versatile Blogger Award

The Versatile Blogger Award

Terima kasih kepada Acik Idah kerana telah mentag SP dalam segmen The Versatile Blogger Award ni.

The Versatile Blogger Award

Segmen ini sebenarnya tidak menawarkan sebarang hadiah mahupun saguhati kepada blogger-blogger yang mengambil bahagian.

Segmen ini sekadar untuk mengukuhkan lagi ukhuwah sesama blogger nusantara yang sekadar mengenali di alam maya.

Rules:
  1. Thank the person who nominated you.
  2. Provide a link to the person's blog.
  3. Write 7 Facts about yourself.
  4. Nominate 15 bloggers to the Versatile Blogger Award.

7 fakta mengenai SP
  1. Suka membaca
  2. Suka mengedit artikel
  3. Suka melayari internet
  4. Suka melepak lama-lama
  5. Suka tengok tayangan tembak-tembak
  6. Tak suka campur tangan hal orang lain
  7. Tak berapa suka melayari Facebook..huhu ~Nasib baik terpaksa sebab ada blog

Banyak lagi sebenarnya tapi cuma itu yang selalu dilakukan buat masa ini.

Jadi, siapa Versatile Blogger seterusnya?

Rasanya 15 blogger dibawah ini adalah rakan-rakan yang sering berkunjung ke blog SP mahupun blogger yang blognya sering dikunjungi ramai, femes la tu..

15 Versatile Blogger yang terpilih;
  1. Mellya Reenza
  2. Pokok Manggis Depan Rumah
  3. Blog Santai
  4. Rossacalla (Perling Putih)
  5. Berita Pantas 92
  6. mSelim3
  7. Zuki Din
  8. Mizi Sempoi
  9. Diari Jejaka Hangat
  10. aRzMohdHaniffa
  11. Bin Muhammad
  12. P.C.L NazleeDotCom
  13. Hero Borneo
  14. Buasir Otak
  15. TunSha Ayunie

Yang dah kena tag tu dan blogger yang membaca artikel ni, dijemput tanpa paksaan untuk menyertai segmen The Versatile Blogger Award. Kita ramaikan bersama..;)

BACA INI JUGA: 4 Panduan Mudah Buat Duit Dengan Blog

-SENTIASAPANAS.COM

Doa Penyeri Dan Pemanis Wajah Nabi Yusuf

Doa Penyeri Dan Pemanis Wajah Nabi Yusuf

Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas solat).

Doa Penyeri wajah
Gambar hiasan.

Maksud Surah Yusuf Ayat 4; "(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39. Maksudnya: "Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu".

Caranya:
  • Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
  • Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Peringatan! Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan membaca keratan surah Thaahaa ayat 39.

Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah Nabi Yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suaminya menyayanginya lebih lagi.

BACA INI JUGA: Misteri Kewujudan Manusia Sebelum Adam

Sumber: Blogammar

Sunday, September 14, 2014

Misteri Foreign Accent Syndrome

Misteri Foreign Accent Syndrome

Bagaimana jika anda koma atau pengsan dan apabila sedar, anda mampu bertutur bahasa lain walhal sebelum itu anda langsung tidak memahaminya. Memang cool, bukan?

Misteri Foreign Accent Syndrome

Walaupun ia kedengaran agak mustahil, sindrom yang dikenali dengan nama Foreign Accent Syndrome ini sememangnya pernah berlaku kepada beberapa individu di seluruh dunia. Ia bukan perkara mustahil.

Baru-baru ini di negara kita sendiri juga gempar dengan kisah seorang remaja perempuan di sebuah negeri di pantai timur mampu menutur bahasa Korea dan Mandarin dengan baik setelah dia koma selama sebelas jam akibat kemalangan.

Misteri Foreign Accent Syndrome - Language Loop
The language loop.

Simptom aneh ini turut menjejaskan sedikit sebanyak pertuturan bahasa Melayunya. Doktor pakar di hospital dimana dia dirawat juga turut bingung dengan keadaan remaja ini namun tidak menolak kemungkinan bahawa ini adalah salah satu kes Foreign Accent Syndrome.

Kes Foreign Accent Syndrome atau FAS adalah kes perubatan yang jarang sekali berlaku. Dengan hanya beberapa orang sahaja yang pernah didiagnosis menghidap sindrom ini, rata-rata dari kita langsung tidak tahu 'penyakit' seperti ini benar-benar wujud.

Misteri Foreign Accent Syndrome - Sarah Colwill

Sarah Colwill, seorang warga Amerika mampu bertutur bahasa Cina setelah mengalami sakit kepala yang serius.

Sepanjang tahun 1941 sehingga tahun 2006, hanya 50 kes Foreign Accent Syndrome direkodkan di seluruh dunia.

Hasil diagnosis yang dijalankan terhadap kes-kes Foreign Accent Syndrome sebelum ini, penyebab terjadinya sindrom ini adalah akibat kecederaan serius pada kepala atau strok. Selain daripada itu, sehingga kini, tiada lagi penyebab lain dikesan bagi sindrom ini.

Foreign Accent Syndrome Cindylou Romberg

Cindylou Romberg, warga Amerika yang mampu bertutur slanga Eropah setelah mengalami kemalangan.

Orang yang mengalami sindrom ini akan mampu menutur bahasa lain selain bahasa ibunda mereka dan majoriti mereka yang mengalami sindrom ini sedikit sebanyak pertuturan bahasa ibunda mereka akan terjejas.

Kajian mengenai sindrom ini yang dijalankan di Universiti Oxford menemui penjelasan bagaimana hal ini boleh berlaku.

Foreign Accent Syndrome - Rosemarie Dore

Rosemarie Dore, mampu bertutur dialek Kanada Timur, setelah diserang strok.

Dalam kebanyakan kes, bahagian-bahagian tertentu pada otak sesetengah penghidap sindrom ini telah menerima kecederaan, yang mana biasanya melibatkan bahagian-bahagian yang mengawal fungsi bahasa.

Antara kes terawal sindrom ini yang pernah dicatatkan adalah ketika berlangsungnya perang dunia kedua, dimana dikatakan seorang wanita warga Norway tiba-tiba mampu bertutur bahasa seakan-akan bahasa Jerman setelah terkena impak bom tangan.

BACA INI JUGA: Gef, Misteri Cerpelai Yang Boleh Bercakap

-Sentiasapanas.com

Apa Itu Google Panda Dan Google Penguin?

Apa Itu Google Panda Dan Google Penguin?

Apa Itu Google Panda Dan Google Penguin? Bagi mereka yang sering menggunakan Google, mungkin kita akan menyedari perbezaan dari hasil pencarian Google yang semakin relevan berbanding dahulu.

Apa itu Google Panda Dan Google Penguin

Dulu, hasil pencarian Google di halaman pertama mungkin diisi dengan website atau blog yang kandungannya tidak sesuai dengan carian kita. Biasanya terdapat iklan atau kita asyik berputar-putar di halaman yang sama.

Dengan update Google, hasil pencarian Google menjadi lebih relevan dan kita tidak lagi membuang masa ketika mencari informasi melalui Google.

Sebagai seorang blogger, kita perlu mengetahui dua istilah ini sebagai pengetahuan asas dalam berblogging. Rasanya, telah tiba masa untuk kita fahami sedikit apa yang dimaksudkan dengan Google Panda dan Google Penguin.

Apa itu Google Panda?

Alogaritma Google Panda dicipta untuk menonjolkan blog-blog yang berkualiti, tidak ada copy-paste dan original. Biasanya, blog dan web yang dikenakan penalti oleh Google Panda adalah blog dan web yang melakukan 100% copy paste dan autoblog.

Update algoritma Google Panda bertujuan untuk memberikan hasil carian yang lebih baik kepada pengguna Google, supaya kandungan yang ada di halaman pertama relevan dengan apa yang dicari.

Laman web yang mempunyai banyak iklan atau laman web yang mempunyai kandungan yang berkualiti rendah telah menyaksikan penurunan yang mendadak dalam ranking.

Jadi kekuatan Google Panda lebih berfokus kepada entri yang berkualiti.

Apa Itu Google Penguin?

Kemas kini algorithm Google Penguin daripada Google telah memberikan tamparan hebat kepada pakar SEO dan blogger, sejak dilancarkan pada bulan April 2012.

Idea asas yang dibangunkan cukup mudah iaitu untuk menghalang dan mengurangkan kedudukan laman web yang melanggar garis panduan Google Webmaster yang telah ditetapkan oleh pihak Google di search engine.

Google Penguin bertujuan untuk mendenda atau menghapuskan blog yang menerapkan Black Hat SEO, dll.

Pendek kata, Google Penguin lebih fokus kepada hasil pencarian.

Apa itu Black Hat SEO?

Keyword Stuffing. Teknik ini adalah dengan menempatkan suatu keyword (kata kunci) yang sangat banyak di sebuah artikel yang dibuat dengan tujuan untuk mendapatkan posisi pertama untuk kata kunci tersebut.

Doorway Pages. Cara ini ialah dengan menempatkan keyword pada sebuah halaman website yang sama seperti yang kita cari di Google kemudian melakukan redirect (pengalihan) ke laman web tertentu. Contohnya, kita mencari keyword “sentiasa panas”, kemudian web atau blog yang kita klik akan mengalihkan (redirect) kita ke web atau blog yang lain.

Cloacking. Teknik yang mampu memanipulasi bot Google dengan memberikan deskripsi yang relevan di mesin pencari Google. Tetapi ketika mengklik website atau blog tersebut, isi kandungannya jauh berbeza dari apa yang dideskripsikan oleh hasil carian di Google.

Cara Mengetahui Blog Di Hukum Google Penguin

Salah satu petunjuk jelas anda terkena Google Penguin ialah perubahan statistik pengunjung yang menurun sangat signifikan serta mengalami kehilangan index dalam entri anda.

Cara Menghindari Google Pinguin

Untuk menghindari hukuman Google Penguin;
  • Jangan membuat halaman dengan keyword yang tidak relevan.
  • Jangan membuat link atau teks tersembunyi.
  • Jangan membuat halaman yang mengandungi phishing, virus, trojan ataupun malware.
  • Tulis entri yang berkualiti, keyword berhemah, tiada spam dan jangan copy paste 100%.

Jadi, Google Panda dan Google Penguin adalah alogaritma yang menyempurnakan hasil pencarian di mesin carian Google.

Berhati-hatilah dengan kandungan blog anda. Selamat membaca..

BACA INI JUGA: High PR Submission Site LIST For SEO

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, September 13, 2014

Misteri Kubur Menukar Mayat Menjadi Mumia!

Misteri Kubur Menukar Mayat Menjadi Mumia!

Info Misteri. Jika orang-orang purba Mesir terpaksa menghabiskan masa beratus-ratus tahun lamanya untuk mencipta cara-cara dan memperbaiki teknik membuat mumia, sebuah kubur di San Bernardo, Colombia menjadi tumpuan apabila mayat-mayat yang dikuburkan disitu bertukar menjadi mumia dalam keranda mereka.

San Bernardo, Colombia Mummy [2]

Fenomena ini mula dikesan 15 tahun lalu oleh seorang penggali kubur, Eduardo Cifuentas.

Menurut Eduardo, mayat-mayat yang telah di'mumia'kan itu mungkin telah berada disitu sejak tahun 1957 namun tiada siapa yang menyedari keadaan itu.

Katanya lagi, masa yang berlalu menukarkan warna pakaian dan kulit mumia kepada menjadi warna kecoklatan selain turut berkedut.

Satu-satunya tempat yang berlakunya proses semulajadi mumia sebelum ini di Amerika Selatan ialah Guanajuato, sebuah pekan ditengah Mexico dimana kejadian dipercayai berlaku kerana pengaruh gas di bawah tanah dan keadaan tanah itu sendiri.

Namun, di San Bernando, keadaannya berlainan kerana mayat-mayat yang ditanam dalam bilik-bawah tanah menjadikan mayat-mayat itu tidak tersentuh tanah.

Penduduk-penduduk tempatan cuba memberikan pendapat mereka sendiri. Ada yang mengatakan ianya mungkin kerana air bersih yang ada dikampung tersebut selain kekurangan bahan kimia dalam makanan mereka.

Ada juga yang berpendapat bahawa suhu bawah tanah diperkampungan tersebut membantu proses mumia semulajadi.

San Bernardo, Colombia Mummy

Pada masa sekarang sebenarnya terdapat lebih 2 dozen mumia yang didirikan secara menegak di dinding kawasan bawah tanah di perkuburan tersebut.

Buat masa ini, mumia-mumia tersebut telah menjadi tarikan utama pelancong ke Colombia.

Datuk Bandar telah mengarahkan sebuah muzium khas dibina dibelakang kawasan perkuburan itu yang mana 8 mumia yang terpelihara akan dipamerkan disitu.

Saksikan videonya dibawah.



-Sentiasapanas.com

Pelbagai Cara Kematian Yang Sangat Pelik

Pelbagai Cara Kematian Yang Sangat Pelik

Kali ini mengenai cerita-cerita kematian yang disebabkan oleh beberapa perkara yang pelik. Mungkin tidak pernah terfikir boleh berlaku tapi itulah ajal namanya. Semuanya hanya menjadi penyebab kematian sahaja.

Mati kerana ketawa

Died laughing
Gambar hiasan.

Biasanya ayat yang selalu kita dengar ialah 'ketawa meredakan tekanan' tetapi apa yang terjadi ini sebaliknya pula.

Seorang pemuda yang bernama Ole Bentzen ketawa dengan begitu banyak sehingga maut ketika menonton sebuah filem komedi jenayah.

Mati disebabkan jus lobak

Basil Brown died because carrot

Lobak sememangnya sangat baik untuk kesihatan kerana mengandungi Vitamin A, tapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan Vitamin A.

Inilah yang berlaku kepada Basil Brown yang terlebih ambil jus lobak sehingga menyebabkan keracunan pada badannya iaitu penghasilan sirosis pada hatinya menyebabkan badannya bertukar menjadi kuning.

Mati tertelan pencungkil gigi

Sherwood Anderson died

Walaupun agak janggal kedengaran tapi hakikatnya mengikut statistik yang dicatatkan, sejak kurun ke 19 lagi, lebih 17,000 orang telah meninggal dunia berpunca daripada pencungkil gigi.

Malahan dikatakan, ramai yang meninggal akibat pencungkil gigi berbanding yang disambar kilat setiap tahun.

Salah satu kisah paling terkenal kematian akibat bahan ini ialah yang berlaku kepada penulis Sherwood Anderson yang mana ketika menghadiri satu parti telah tertelan pencungkil gigi yang akhirnya mengakibatkan dia menemui ajal.

Mati ditimpa helikopter yang sedang mendarat

Isaiah Otieno died

Mungkin nasib memang tidak menyebelahi Isaiah Otieno. Dia sedang melakukan rutin berjalan-jalan hariannya seperti biasa yang sememangnya bagus untuk kesihatan namun maut tiba-tiba mengundang apabila helikopter yang turun untuk mendarat telah tiba-tiba jatuh ke atas dirinya ketika itu.

Mati akibat bekas kitar semula

Sheila Decoster Died

Konsep kitar semula memang bagus dan patut diamalkan tetapi janganlah jadi macam cerita yang berlaku kepada Sheila Decoster.

Dia menemui ajal apabila terjatuh ke dalam bekas kitar semula dalam rumahnya sendiri dan akhirnya menemui kematian akibat lemas berada dalam bekas tersebut.

Mati kerana kambing

Robert Boardman died

Kita nampak kambing macam binatang yang tidak ganas tapi siapa sangka, jika tidak berhati-hati, kambing pun boleh membunuh.

Seorang insan malang, Robert Boardman telah mengalami peristiwa tersebut apabila ditanduk oleh seekor kambing gunung sehingga mati di sebuah taman.

Mati diserang beruang hitam Amerika

Steven Leon died by bear
Gambar hiasan.

Beruang hitam Amerika adalah dalam spesis omnivor, jadi jarang sekali kedengaran ianya akan menyerang manusia sehingga mati.

Namun, lain pula yang berlaku kepada Steven Leon dan seorang wanita berusia 25 tahun yang sedang memandu kereta ketika itu yang telah diserang oleh beruang hitam Amerika dibahagian cermin hadapan kereta mereka sehingga pecah dan serangan itu telah menyebabkan kematian mereka.

Kematian akibat ayam jantan

Jose Luis Ochoa died

Aktiviti menyabung ayam bukanlah sesuatu yang asing di negara kita, tapi di sesetengah negara ianya diharamkan.

Tapi seorang lelaki, Jose Luis Ochoa telah menemui maut akibat tertikam pisau yang diikat pada kaki salah seekor ayam yang dipertandingkan pada aktiviti menyabung ayam.

Patutnya ayam yang mati tapi sebaliknya manusia pula yang mati. Agaknya Tuhan saja nak tunjuk, jangan menganiaya binatang.

Mati disebabkan bahan buangan

sewage
Gambar hiasan.

Kematian akibat lemas dalam kolam renang memang selalu dilaporkan malahan setiap tahun dilaporkan seorang kanak-kanak akan mati lemas dalam kolam renang di kediaman masing-masing.

Namun, apa yang berlaku kepada warga emas berusia 70 tahun, Monica Myers ini pelik sedikit. Beliau mati lemas akibat terjatuh ke dalam takungan setinggi 25 kaki yang menempatkan bahan buangan manusia.

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Masih Hidup Selepas Dipanah Petir Dua Kali!

-Sentiasapanas.com

Operasi Membunuh Hitler Yang Gagal

Operasi Membunuh Hitler Yang Gagal

Dalam sejarah memang terdapat banyak konspirasi dan komplot untuk membunuh pemimpin Nazi, Adolf Hitler.

Adolf-Hitler
Adolf Hitler.

Tidak kurang daripada 15 percubaan telah dilakukan dan yang paling hampir adalah usaha terakhir dalam komplot membunuh Hitler pada 20 Julai 1944.

Komplot itu sebenarnya dirancang selepas percubaan Mejar Jeneral Henning von Tresckow gagal pada 13 Mac 1943.

Beliau telah meletakkan bahan letupan yang disembunyikan dalam botol minuman keras di dalam kapal terbang yang dinaiki Hitler tetapi tidak meletup kerana masalah teknikal.

Plot 20 Julai adalah usaha terakhir pemberontak untuk menamatkan riwayat pemimpin diktator itu.

Mengikut perancangan, selepas membunuh Hitler mereka akan mengambil alih kuasa dengan mengaktifkan kod operasi sedia ada yang telah diubah.

Tresckow bersama-sama dengan Jeneral Friedrich Olbricht dan Kolonel Claus von Stauffenberg telah mengubah suai pelan tindakan yang dikenali sebagai Valkyrie dengan tujuan untuk menggunakan Askar Simpanan Jerman untuk mengambil alih bandar-bandar di Jerman dengan membubarkan kuasa dan menahan organisasi separa tentera, Schutzstaffel (SS) dan pasukan polis khas gerakan anti-Hitler, Geheime Staatspolizei (GESTAPO) yang berkhidmat untuk Parti Nazi.

GESTAPO
GESTAPO.

Akhirnya peluang yang ditunggu telah tiba apabila Hitler mengadakan persidangan tentera pada 20 Julai 1944 di pusat ketenteraan Hitler yang dikenali sebagai Wolf's Lair di Rastenburg, Poland.

Kolonel Claus von Stauffenberg adalah individu penting yang berperanan dalam melakukan percubaan membunuh Hitler dengan meletakkan bom semasa persidangan itu.

Kira-kira jam 12.30 tengah hari semasa persidangan baru bermula, Stauffenberg telah menggunakan bilik air di situ untuk mengaktifkan sebuah bom jangka di dalam begnya.

Hitler-Assassination
Keadaan bilik selepas letupan bom.

Setelah diaktifkan, dia mempunyai masa 10 hingga 15 minit untuk keluar dari bilik persidangan sebelum ia meletup.

Dia kemudiannya memasuki bilik persidangan dan dengan berhati-hati meletakkan beg tersebut di bawah meja persidangan.

Beberapa minit selepas itu, Stauffenberg menerima satu panggilan telefon yang telah dirancang dan meninggalkan bilik persidangan untuk menjawab panggilan tersebut dan terus bergegas keluar setelah meletakkan telefon.

Kolonel Claus von Stauffenberg
Kolonel Claus von Stauffenberg.

Sebaik sahaja Stauffenberg meninggalkan bangunan, satu letupan kuat telah meletus pada pukul 12.45 tengah hari.

Yakin bahawa Hitler telah terbunuh dalam letupan itu, Stauffenberg menghubungi Jeneral Olbricht untuk segera mengaktifkan operasi Valkyrie dan bergegas ke Berlin.

Olbricht kemudian menemui Komander Pasukan Askar Simpanan Jerman, Friedrich Fromm dan mengatakan bahawa Hitler telah terbunuh dan mendesak Fromm supaya menyertai mereka.

Fromm yang tidak percaya terus menghubungi Marsyal Lapangan, Wilhelm Keitel yang berada di Wolf's Lair untuk pengesahan dan diberitahu bahawa Hitler masih hidup.

Hitler terselamat dadripada letupan bom dan hanya mengalami beberapa luka terbakar dan luka kecil. Seramai empat orang pegawai terkorban manakala yang lain hanya mengalami kecederaan.

Friedrich Fromm
Friedrich Fromm.

Fromm menolak untuk memberikan kerjasama dan dia telah dikurung di sebuah bilik. Olbricht mengambil alih kuasa Fromm dan mengerahkan Askar Simpanan Jerman untuk menahan ahli SS, GESTAPO dan Pegawai Nazi. Dia juga mengeluarkan perintah untuk merampas pelbagai bangunan kerajaan di beberapa buah bandar.

Mejar Otto Ernst Remer, pegawai yang mengetuai Askar Simpanan Jerman telah datang ke ibu pejabat ketua propoganda parti Nazi, Joseph Goebbels, untuk menahannya. Tetapi Goebbels mempunyai berita lain untuk Remer.

Dia telah menghubungi Hitler dan memberikan telefon kepada Remer. Apabila mendengar suara Hitler, Remer menyedari bahawa Askar Simpanan Jerman telah ditipu dan dipergunakan untuk merampas kuasa daripada Hitler.

Selepas itu, operasi Valkyrie dihentikan serta-merta dan Hitler memerintahkan kesemua pemberontak ditangkap.

Pada pukul 1 pagi, 21 Julai 1944, suara Hitler kedengaran melalui gelombang udara radio dan beliau telah membuat pengumuman yang mengatakan bahawa telah berlaku percubaan pemberontak untuk membunuhnya dan dia terselamat.

Hitler-Assassination Failed
Pakaian Hitler koyak rabak.

Remer bersama Askar Simpanan Jerman pergi ke markas di Bendlerblock dan kemudian menahan kesemua mereka. Fromm yang ditahan oleh pemberontak telah dibebaskan dan dia kemudian mengarahkan hukuman mati dikenakan kepada Jeneral Friedrich Olbricht, Kolonel Albrecht von Mertz Quirnheim, Kolonel Claus von Stauffenberg dan beberapa Leftenan Werner von Haeften.

Stauffenberg bersama beberapa pegawai yang lain dihukum tembak pada masa itu juga. Seramai hampir 5,000 orang pemberontak telah diburu, diseksa dan dibunuh.

Ramai di antara ahli pemberontak telah dibicarakan di mahkamah dan menerima hukuman gantung dengan tali menggunakan piano yang disangkut di pencangkuk daging!

-Sentiasapanas.com

Friday, September 12, 2014

Makanan Terbaik Untuk Kecerdasan Otak

Makanan Terbaik Untuk Kecerdasan Otak

Info Kesihatan. Otak manusia adalah satu anugerah yang amat bernilai. Ia sentiasa berfungsi menerima rangsangan dan maklumat, mengolah, mengembangkan fikiran dan emosi serta menyimpan memori.

Makanan Terbaik Untuk Kecerdasan Otak

Untuk memastikan otak sentiasa dalam keadaan optimum, ia perlu sentiasa dibekalkan tenaga berterusan.

Terdapat pelbagai pilihan makanan yang baik untuk otak termasuk ikan, kekacang, daging dan telur namun terdapat beberapa tumbuhan herba yang mempunyai khasiat terbaik mengekalkan fungsi otak yang baik.

Daun pegaga untuk mengurangkan ketegangan

Daun pegaga mengandungi bahan aktif, triterpenoid glikosida yang kaya dengan vitamin A dan C serta zat besi untuk menguatkan daya ingatan, melancarkan peredaran darah dan melegakan ketegangan akibat tekanan.

Menurut kajian penyelidik dari Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Suhaila Mohamed menyifatkan tumbuhan herba yang lazimnya dijadikan ulam-ulaman ini membantu meningkatkan keupayaan dari segi pengawalan saraf dalam kalangan kanak-kanak kurang upaya.

Ginkgo biloba Untuk Otak

Ginkgo biloba adalah herba semula jadi untuk membantu merawat ­pesakit yang kehilangan memori akibat usia tua dan penyakit Alzheimer.

Kelebihan ginkgo biloba adalah ia dapat menggalakkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke otak serta mengurangkan kecenderungan pembekuan darah.

Ia juga adalah antioksidan terbaik dan sering dijadikan ramuan di dalam makanan tambahan.

Khasiat herba tradisional sebagai penawar kepada kesakitan

Pengambilan herba tradisional sebagai bahan rawatan adalah suatu yang telah lama dipraktikkan sejak dahulu lagi.

Ia mampu untuk mengurangkan masalah kesihatan seperti masalah angin, pening kepala, sengal pinggang dan sakit sendi.

Namun, penggunaannya yang agak terbatas dan kurang dikenali dalam kalangan masyarakat moden menyebabkan ramai yang bergantung kepada perubatan moden semata-mata.

Namun kini, kajian ilmiah daripada saintis mendapati kemampuan herba seperti kayu putih, halia bara, serai, limau purut dan lengkuas adalah setanding dengan perubatan moden.

Ini kerana herba ini mempunyai khasiat dan kuasa penyembuhan yang terbaik, selamat dan tidak mendatangkan kesan sampingan.

Khasiat choline untuk perkembangan sel otak dan ingatan

Choline adalah nutrisi penting untuk keupayaan minda terutama untuk kanak-kanak. Ia boleh diperolehi dari telur, kekacang, sayur brokoli dan yogurt. Ia menguatkan ingatan melalui tindakannya untuk sel otak.

Bahan aktif yang bernama phosphatidylserine di dalam choline menggalakkan fungsi otak berkembang dengan baik dan membantu mengurangkan risiko mendapat nyanyuk.

Di samping itu juga, herba ini mudah didapati di sekeliling kita. Kelebihan herba tradisional ini adalah seperti berikut:

Khasiat limau purut dan serai

Kandungan asid sitrik semula jadi di dalam limau purut bukan sahaja membantu mengekalkan kelembapan kulit malah boleh digunakan untuk membantu merawat gigitan serangga dan masalah kulit kepala.

Manakala serai, sememangnya herba yang sangat mujarab untuk merawat angin dalam perut, membuang toksin serta melancarkan sistem pencernaan badan.

Kajian terbaru dari Institut Kajian Makanan dan Nutrisi Amerika Syarikat mendapati serai mengandungi kandungan beta karotin yang tinggi.

Kebaikan cengkih untuk kesihatan dalaman

Cengkih atau nama saintifiknya Eugenia Aromaticum berupaya untuk merawat senak perut, masalah penghadaman, cirit-birit dan angin pasang.

Kajian dari Universiti Kansas di Amerika Syarikat mendapati ekstrak eugenol di dalam cengkih dapat mencegah pembekuan darah dan memusnahkan bakteria di dalam daging.

Lengkuas, membantu melancarkan darah dan buah pala membantu mengurangkan masalah angin

Bahan kimia semula jadi di dalam lengkuas didapati mampu untuk menghapuskan bakteria yang menyebabkan masalah angin dan ketidakhadaman makanan.

Ia membantu melancarkan peredaran darah. Buah pala atau nama saintifiknya Myristica fragrans Linn kerap digunakan sebagai jeruk manakala pucuknya boleh dijadikan ulam.

Kajian dari Universiti Connecticut mendapati buah pala baik untuk untuk mengeluarkan angin dalam perut.

Minyak kayu putih untuk kecantikan kulit

Minyak kayu putih atau nama saintifiknya melaleuca cajuputi powell boleh digunakan setiap hari untuk membantu menyembuhkan luka, jangkitan kulit serta menghilangkan parut atau ‘stretch mark’ pada badan.

Ia juga kaya dengan khasiat vitamin E untuk menjadikan kulit halus dan mulus.

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Perkataan Baik Mampu Mempengaruhi Makanan!

Sumber: Harian Metro (link)

Aktiviti Candlelight Vigil Haram Dalam Islam

Aktiviti Candlelight Vigil Haram Dalam Islam

“Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia tergolong daripada mereka.” Hadith Riwayat Abu Dawud

Candlelight Vigil Haram

Upacara berhimpun di suatu tempat dengan membakar lilin (Candlelight Vigil) sebagai tanda memperingati, bertafakur atau sebagai tanda protes adalah menyerupai amalan agama orang bukan Islam.

Islam melarang umatnya meniru dan menyerupai agama, budaya dan cara hidup orang bukan Islam bahkan Islam mewajibkan kita menyelisihi mereka.

Biarlah upacara ini dilakukan oleh mereka yang bukan beragama Islam dan kita sebagai umat Islam lakukanlah seperti yang telah diajar oleh Nabi iaitu dengan berdoa.

Fatwa Pengharaman Aktiviti Candlelight Vigil

Mesyuarat Lembaga Fatwa Negeri Sarawak Kali Ke Tujuh Belas, yang bersidang pada 13 Julai 2010M/ 1 Syaaban 1431H telah membincangkan mengenai Hukum Penglibatan Orang Islam Dalam Aktiviti Candlelight Vigil pada sesuatu perhimpunan atau acara.

Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut:
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, ahli Mesyuarat sebulat suara memutuskan bahawa Islam melarang umatnya daripada terlibat dalam apa jua amalan yang bersifat ritual atau upacara agama bukan Islam.
  2. Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa umat Islam dilarang menyertai aktiviti Candlelight Vigil kerana ia mengandungi unsur-unsur tasyabbuh dengan agama bukan Islam yang akan menjejaskan akidah umat Islam.
  3. Mesyuarat bersetuju agar khutbah khas disediakan berhubung perkara ini dan dicadangkan supaya Jabatan Agama Islam Sarawak mengurusetiakan perbincangan atau bengkel khusus yang membincangkan tentang pendekatan dalam menyampaikan hal ini secara berkesan kepada umat Islam.
Wallahu a’lam.

Semoga bermanfaat dan sebarkan

BACA INI JUGA: Pesanan Dari Ibumu 'Jangan Ucap Selamat Hari Ibu'

-SENTIASAPANAS.COM

Petua Rasulullah Untuk Mengubati Penyakit Lisan

Petua Rasulullah Untuk Mengubati Penyakit Lisan

Info Agama. Adakah kita pernah terfikir dan sedar diri sendiri bermulut celupar? Sedarkah kita apabila berbicara tanpa disedari diri anda telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkah kita dipinggirkan kerana suka bercakap 'lepas'?

Penyakit Lisan

Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian.

Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengunpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama: Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya. Sahabat, Abu Syuraih Al-Khuza'iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, "Sesiapa yang beriman kepada hari akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam".

Kedua: Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri serta terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kat-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat, Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda, "Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati".

Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimah zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimah itu adalah 'Subhanallah wa bihamdidi' dan 'Subhanallah hil azim' yang membawa maksud 'Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya' dan 'Maha suci Allah yang Maha Besar'.

Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan sesiapa yang membaca 'Subhanallah wa bihamdidi' sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meskipun sebanyak buih di lautan.

Ketiga: Rasulullah mengajak agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus 'rancak' membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.

Istighfar bermaksud memohon kemapunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, 'Astaghfirullahalazim' disertakan 'perasaan menyesal' di dalam hati.

Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

Gunakan lidah anda dengan sebaiknya. Jangan kerana mulut badan binasa. Bercakap apabila perlu dan jauhi segala perkataan-perkataan kesat dan langsung tidak membawa manfaat kepada anda.

-Sentiasapanas.com

Thursday, September 11, 2014

Soalan UPSR Bocor, Salah Siapa Sebenarnya?

Soalan UPSR Bocor, Salah Siapa Sebenarnya?

Belum pun hilang rasa meluat kertas Sains UPSR dilaporkan bocor, ditambah lagi dengan kebocoran kedua, kertas UPSR Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2.

Soalan UPSR Bocor

Memetik beberapa laporan akhbar yang mengatakan bahawa kertas Bahasa Inggeris 014 UPSR 2014 telah disahkan bocor oleh Kementerian Pendidikan pada jam 11 pagi 11 September 2014.

Ia berikutan maklumat yang telah diterima pada malam tadi sebaik sahaja kertas Sains sebelum ini disahkan bocor.

Menurut Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata kertas Bahasa Inggeris bocor juga disebarkan melalui media sosial.

Kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2 Bocor

Bagi pelajar-pelajar UPSR yang ambil kertas Bahasa Inggeris 1 dan 2, mereka akan jalankan peperiksaan semula. Dijangka tarikh untuk ambil peperiksaan semula kertas Bahasa Inggeri ini juga pada 30 September 2014 sama seperti kertas Sains 018, 028 dan 038 yang telah disahkan bocor semalam 10 September 2014.

Soalan subjek Sains 018, 028 dan 038 Bocor

Perkara begini dah lama sebenarnya. Masa SP dibangku sekolah belasan tahun lalu pun, soalan SPM dibocorkan oleh guru yang bertanggungjawab menyimpan soalan peperiksaan.

Masa tu kertas soalan dihantar pada malam sebelum peperiksaan bermula. Yang 'untung' pada masa tu sudah tentulah pelajar-pelajar kesayangan guru tersebut.

Cuma masalahnya, bagaimana prestasi guru-guru dan sekolah dinilai pada masa dahulu, kini dan selamanya?

Sudah tentulah berdasarkan kepada peratus lulus pelajar, itu perkara asas. Habis, bagaimana dengan sekolah luar bandar yang peratus pelajarnya bodoh-bodoh belaka? Maaf kepada yang bodoh, saya pun bodoh juga..

Pertanyaannya, jika kita mahu menunding jari, siapa yang harus dipersalahkan? Guru-guru atau si pembocor soalan, ataupun sistem pendidikan di Malaysia yang kononnya sentiasa mahukan yang terbaik, sasaran KPI 100% pelajar lulus dalam peperiksaan? (mungkin)

Kalau anda seorang guru atau ada sahabat yang berkerjaya sebagai guru, tekanan yang terlalu berat sebenarnya disandarkan kepada guru-guru kita. Bukan mahu menmbela insan yang tidak amanah, tapi tanggunjawab dan amanah bermula dari atas.

Jelas, tiada perancangan yang waras daripada kementerian pendidikan dalam menentukan hala tuju pendidikan negara. Sama seperti kegagalan melatih para murid bertutur dalam bahasa Inggeris dari peringkat awal lagi.

Dasar pendidikan dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan guru, murid dan keperluan asas.

Bayangkan masih ada sekolah yang memiliki makmal komputer tapi tidak boleh digunakan kerana tiada bekalan elektrik!

Kegagalan sistem pendidikan kita turut diakibatkan oleh sikap pemerintah yang lebih melihat populariti memperkenalkan sistem berbanding memperbaiki kelemahan sistem sedia ada.

Seperti kata nenek saya, 'Peraturan apabila keterlaluan dilaksanakan, maka akan berlakulah kezaliman'.

Opss...sebelum anda mahu bertekak soal integriti dan amanah, soalannya ialah, adakah pihak atasan yang merancang dasar pendidikan negara sudah menjalankan tanggungjawab mereka dengan jujur, amanah dan berintegriti?

Kambing hitam mana pula yang akan diheret kali ini?

-SENTIASAPANAS.COM