Wednesday, September 03, 2014

Rebecca Nur Islam Dan Fesyen Ketat Terbaru!

Rebecca Nur Islam Dan Fesyen Ketat Terbaru!

Sama seperti memakai tudung, keinginan untuk berpakaian mengikut syariat Islam memerlukan hidayah untuk melakukannya.

Rebecca Nur Islam

Mungkin itu sebabnya pelakon Rebecca Nur Islam tak pernah serik mengenakan pakaian yang menimbulkan kontroversi meski pun sudah berhijrah menutup kepala.

Jika sebelum ini Rebecca pernah ditegur peminat kerana memakai pakaian ketat ala Teletubbies dan gaun sendat paras betis kini dia kembali ‘dihencap’ kerana memakai legging dan baju ketat ketika mengunjungi sebuah pusat karaoke.

Rebecca Nur Islam [2]

Antara komen dilemparkan pengunjung Instagram Rebecca berhubung pakaiannya ini adalah ‘seketat-ketatnya legging’, ‘semua nampak!’ dan ‘bulattt’.

Bagaimana pun tinjauan di Instagram Rebecca mendapati dia sudah melakukan pembersihan pada komen-komen negatif di gambarnya.

Rebecca Nur Islam [3]

Sepatutnya apabila terbuka hatinya untuk berhijab, biarlah semuanya berhijab atau sekurang-kurangnya tidak berpakaian terlalu ketat macam ni.

Bab pakaian yang benar-benar mengikut syariat tu marilah kita sama-sama doa semoga Allah memberi hidayah kepadanya dan kita semua.

BACA INI JUGA: Artis Seksi Hollywood Yang Memiliki Payudara Ori!

sumber: mynewshub

Unik! Nikmat Kopi 'Gantung'

Unik! Nikmat Kopi 'Gantung'

Harga secawan kopi panas biasa tidaklah semahal secawan Cuppicino. Pun begitu, tidak semua orang mampu membelinya.

Suspended Coffee

Malah ada yang terpaksa menahan keinginan untuk menghirup keenakan rasa kopi kerana tidak mempunyai wang.

Atas dasar keperihatinan pihak tertentu, kini banyak kafe di luar negara berlumba-lumba menyajikan sebuah menu yang disebut sebagai 'Suspended Coffee'.

Suspended Coffee atau kopi digantung, diperuntukkan kepada mereka yang tidak mampu membeli atau membayar secawan kopi.

Misalnya, apabila anda membeli secawan kopi di sebuah kafe yang mengambil bahagian, anda bukan saja membayar kopi untuk diri sendiri, tetapi juga untuk mereka yang tidak berkemampuan.

Sebagai contoh, anda memesan lima cawan kopi. Secawan kopi untuk anda dan empat lagi untuk ditangguhkan (suspended). Selesai minum secawan kopi, anda beredar dan membayar untuk lima cawan kopi.

Suspended Coffee [2]

Jadi, kemana perginya empat lagi cawan kopi yang dipesan tadi?

Kopi-kopi yang digantungkan itu dikhususkan buat para gelandangan yang tiada pekerjaan dan tiada rumah hingga terpaksa merempat atau tidur di tepi-tepi jalan.

Ia akan diberikan secara percuma tanpa banyak soal kepada pengemis yang datang bertanyakan mengenai minuman itu.

Konsep menu ini boleh dikatakan sama seperti minum sambil menderma dan membuat kebaikan. Anda membayar minuman panas itu sebagai sumbangan kecil untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Idea murni ini telah bermula di Naples, Itali. Orang Itali menyebutnya dengan sebutan 'Caffe Sospeso'. Selain diwujudkan untuk mereka yang tidak memiliki tempat tinggal, konsep awal Caffe Sospeso juga sebenarnya lebih ke arah memberi pertolongan kepada peniaga bankrap atau dipecat daripada pekerjaan.

Sampai sekarang, amalan lama berusia ratusan tahun ini masih menjadi budaya masyarakat di sana. Sejak ia diwujudkan, ramai individu telah melakukannya. Ini satu isyarat yang sangat menggembirakan dan menyentuh hati.

Aurelio De Laurentiis
Aurelio De Laurentiis.

Antara individu berpengaruh yang gemar menderma dengan cara ini ialah Pengerusi Bola Sepak Societa Sportiva Calcio (SSC) Napoli, Aurelio De Laurentiis.

Beliau dilaporkan sering membayar sebanyak 10 cawan Caffe Sospeso setiap kali meraikan kemenangan pasukannya.

Gerakan sosial menerusi Caffe Sospeso telah menarik perhatian dunia hingga ia menjadi contoh dan ikutan oleh banyak negara.

Di Bulgaria, lebih daripada 150 buah kafe telah menyertai amalan murni tersebut untuk memberikan secawan kopi kepada gelandangan.

Sajian ini turut dihidangkan di 26 buah restoran yang berdaftar di seluruh Ireland. Negara-negara seperti Rusia, Quebec dan Australia juga dilaporkan membudayakan nilai murni ini.

Walau bagaimanapun, ada juga pihak yang mempersoalkan idea ini. Adakah Caffe Sospeso benar-benar diberikan kepada mereka yang layak dan memerlukannya? Sekiranya tidak ramai gelandangan meminta atau memesan menu itu, apakah yang berlaku kepada menu dan wang tersebut?

Perkara inilah yang terus diragui oleh pihak-pihak tertentu hingga menyekat segelintir masyarakat dunia untuk tidak mengamalkannya.

Suspended Coffee [3]

Bagi pihak yang tidak mahu berpandangan pesimistik pula mengatakan, amalan tersebut tidak seharusnya dipertikaikan. Kejayaan dalam menikmati hidup selesa perlu dipulangkan balik kepada masyarakat dengan pelbagai cara. Salah satunya ialah dengan cara memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit.

Justeru, alangkah indahnya apabila pemilik kedai kopi di setiap bandar melakukan perkara ini.

Sekurang-kurangnya, dengan cara tersebut dapat membantu dan memberi sokongan kepada golongan kurang bernasib baik.

BACA INI JUGA: Makanan Yang Baik Untuk Dimakan Sebelum Tidur

-Sentiasapanas.com

Suami Berhati Syaitan Serah Tubuh Isteri Kepada Bangla!

Suami Berhati Syaitan Serah Tubuh Isteri Kepada Bangla!

Terkedu seketika ketika membaca satu artikel bagaimana seorang suami merelakan tubuh isteri sendiri di'ratah' seorang lelaki berbangsa bangla.

Diperkosa
Gambar hiasan.

Agaknya suami mana yang tergamak merelakan seorang wanita bergelar isteri diperlakukan sedemikian?

Akibat tidak tahan menjadi mangsa kerakusan seks suaminya sendiri, seorang wanita yang sarat mengandung telah membuat laporan polis mengatakan dirinya dipaksa suami untuk melakukan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh.

Ketua Polis Daerah Gombak, Ali Ahmad menyatakan wanita berusia 27 tahun itu telah melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan telefon daripada suaminya, mengatakannya membawa balik seorang pekerja Bangladesh untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya.

“Takut dengan permintaan suaminya itu, wanita tersebut telah meninggalkan rumah dan meminta pertolongan daripada pihak polis,” katanya memetik The Star.

Ini bukan kali pertama suaminya memaksa mengadakan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun yang dikenali sebagai Nizam.

“Dia dipaksa melakukan hubungan seks dengan Nizam sebanyak tiga kali sebelum ini.

“Wanita itu sedang sarat hamil tujuh bulan semasa dipaksa suaminya melakukan hubungan seks dengan Nizam pada Julai lalu,” katanya.

Wanita itu mendakwa suaminya lebih mudah teransang jika melihatnya mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain.

Dia turut menambah suaminya tidak akan mengenakan sebarang bayaran kepada Nizam kerana menidurinya.

Wanita itu kemudiannya telah dihantar ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut.

-mynewshub

Inilah namanya suami berhati dan berperangai syaitan!

BACA INI JUGA: Takut Video Disebar, Terpaksa Layan Nafsu Mat Bangla!

-SENTIASAPANAS.COM

Mamat Exist Hidup Merana!?

Mamat Exist Hidup Merana!?

Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 36, berkata, semenjak bercerai dengan isterinya, Marshila Mustapa Kamal empat tahun lalu dia lebih selesa menumpang di rumah temannya kerana dapat berkongsi masalah dengan mereka.

Mamat-Exist-Merana

Bekas vokalis kumpulan Exist itu terpaksa menumpang di beberapa rumah kenalannya di Kuala Lumpur selepas mengambil keputusan untuk kembali aktif sebagai penyanyi.

“Saya tiada rumah di Kuala Lumpur jadi setiap kali ada tugasan di sini saya akan duduk menumpang dengan kawan-kawan atau pun tidur di hotel.

“Biarpun saya ada rumah di Johor tetapi saya kini lebih selesa untuk tinggal bersama rakan-rakan kerana sekurang-kurangnya ada teman untuk berbicara dan berkongsi masalah,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Mamat turut mengakui dia kadang-kala tertekan dengan pandangan negatif sesetengah pihak terhadapnya berhubung kisah silamnya termasuk dalam soal penyalahgunaan dadah sebelum ini.

Mamat muncul dengan single terbaharunya berjudul Keluhan Cinta.

Jelas Mamat, dia berharap masyarakat dapat memberinya peluang untuk menebus semua kesilapan yang pernah dilakukannya dan bukan terus menghukumnya tanpa mengetahui keadaan sebenar.

“Mungkin saya nampak seperti tidak kisah dengan apa yang orang perkatakan tentang saya tetapi jauh di sudut hati perasaan sedih itu ada.|

“Apa yang berlaku sebelum ini adalah sejarah dan harap ia boleh diambil sebagai iktibar malah ia mengajar saya mengenai erti kehidupan,” ujarnya.

MARSHILA
Marshila Mustapa Kamal.

Sementara itu, Mamat berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharunya berjudul Keluhan Cinta dan berharap lagu itu nanti akan dapat diterima peminat selepas sekian lama menyepi.

Jelas Mamat, lagu berkenaan diterbitkan oleh Anita Entertainment dan dia bersyukur atas kepercayaan diberikan oleh syarikat berkenaan.

“Klip video lagu itu juga sudah dirakamkan dan sedang menjalani proses suntingan. Harap-harap ia akan dapat diterima peminat,” ujarnya.–Mstar Online

Tuesday, September 02, 2014

Adakah Lim Guan Eng Babi Suci?

Adakah Lim Guan Eng Babi Suci?

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang mengingatkan Ketua Polis Negara< Tan Sri Khalid Abu Bakar, bahawa beliau bukan maksum dan bukan lembu suci kerana mengarahkan siasatan ke atas individu yang memaki hamun dan memfitnah Ketua Polis Negara dalam Twitter.

Lim Guan Eng Babi Suci

Kenyataan Lim Guan Eng ini sebenarnya menunjukkan sikap anarki beliau yang menentang keamanan dan pasukan keselamatan secara membabi buta.

Siasatan yang dilakukan ke atas Viktor Wong adalah kerana fitnah ke atas KPN yang kononnya bertindak seperti komander Nazi. Ini bermakna beliau menuduh KPN menyalahguna kuasa atau bertindak seperti rejim Nazi ke atas Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.

Ini bukan kritikan tapi merupakan fitnah ke atas jawatan KPN. Fitnah atau dakwaan seperti ini merupakan satu tindakan jenayah yang serius kerana ia boleh mewujudkan hilang hormat dan kepercayaan orang awam terhadap pasukan keselamatan.

Jika ini dibiarkan berleluasa, ia boleh mencetuskan huru-hara dan kekacauan akibat salah faham.

Kita faham Khalid menjadi sasaran Kemarahan Guan Eng kerana POlis Di Raja Malaysia melakukan tangkapan beramai-ramai ke atas Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang kesayangan Ketua Menteri ini.

Guan Eng tidak berpuas hati dan mendakwa PPS tidak menyalahi apa-apa undang-undang negara. Jika tidak salah maka jawablah di Mahkamah. Guan Eng turut mengingatkan yang Khalid hanya seorang penjawat awam yang dibayar oleh rakyat untuk melaksanakan kewajipan berkanun bagi memerangi jenayah.

Guan Eng perlu sedar bahawa kewajipan KPN bukan sekadar memerangi jenayah tetapi juga memastikan negara ini aman dan selamat. Ini termasuk memastikan undang-undang dan peraturan sedia ada dipatuhi rakyat.

Guan Eng juga mungkin lupa bahawa tindakan besar-besaran dibuat ke atas PPS setelah ada banyak laporan bahawa PPS ini bertindak semacam kumpulan samseng.

Malahan seorang ahli perniagaan Ong Eu Soon, 51, mendakwa beliau diserang dua lelaki yang berpakaian seragam unit PPS di Air Itam minggu lalu.

Guan Eng harus bertanggung jawab kerana kerajaan negeri pimpinannya telah membenarkan kewujudan satu pasukan keselamatan secara haram.

Beliau harus bertanggungjawab dan menerima akibatnya. Khalid Abu Bakar bukan lembu suci. Beliau akan terdedah kepada tindakan jika melampaui kuasa dan batas undang-undang seperti mana terjadi kepada Tan Sri Rahim Noor.

Namun sudah banyak kata-kata Guan Eng yang menghina pihak Polis Di Raja Malaysia, apakah beliau akan terus menjadi babi suci bebas menyondol sesiapa sahaja tanpa sebarang tindakan?

Semalam beliau sekali lagi cuba mencetuskan huru-hara dan kekacauan apabila melontarkan cabaran di hadapan wartawan agar polis menangkap beliau,

“Bila giliran saya akan ditangkap? Saya tunggu beliau,”katanya. Beliau menyatakan demikian kepada wartawan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di Georgetown. – agendadaily.com 

 Apakah Lim Guan Eng merupakan babi suci yang tidak boleh disentuh kerana berselindung di sebalik tanggapan beliau pemimpin utama kaum Cina dan Ketua Menteri Pulau Pinang?

[Sumber]


Kisah Ikan Keli Gergasi Yang Memburu Manusia!

Kisah Ikan Keli Gergasi Yang Memburu Manusia!

Disebuah wilayah sempadan antara India dan Nepal, wujud sebatang sungai yang dikenali sebagai Kali Gandaki.

Jaremy Wade Lele Fish [3]

Sungai ini merupakan laluan suci yang dianggap penduduk tempatan sebagai laluan ke syurga. Dikatakan, sungai ini merupakan tempat abu mayat dihanyutkan dan pernah dijadikan tempat membakar mayat.

Bagi penduduk tempatan, aliran sungai yang berasal daripada pergunungan Himalaya ini merupakan destinasi abadi roh seseorang untuk ke syurga. Dipercayai, mereka yang dibakar di sungai ini akan mudah menemui syurga.

Pada bulan April 1988, satu tragedi misteri berlaku di kawasan itu. Seorang remaja Nepal bernama Dil Bahada tiba-tiba hilang tanpa sebarang kesan sewaktu mandi di sungai itu.

Menurut cerita rakan-rakan Dil Bahada, mereka telah melihat satu benda pelik mengheretnya ke dalam air sebelum dia lenyap begitu sahaja. Usaha pencarian yang dijalankan pelbagai agensi bantuan kecemasan tidak menemui sebarang tanda.

Selepas tiga hari usaha mencari dijalankan, agensi penyelamat merasa pelik kerana mayat Dil langsung tidak ditemui dalam sungai itu.

Malah cebisan pakaian atau daging juga tidak ditemui walaupun mereka mencari sejauh lima kilometer menyusuri sungai tersebut.

Keadaan itu menimbulkan pelbagai tanda tanya dan persepsi. Salah satu telahan yang bermain difikiran anggota penyelamat, kemungkinan mayat Dil telah dibaham oleh buaya.

Bagaimanapun, ia sesuatu yang agak mustahil kerana di kawasan itu tidak ada buaya. Rekod hidupan liar tidak menunjukkan kawasan itu mempunyai buaya.

Kali Gandaki River

Tiga bulan selepas kejadian itu, satu lagi kejadian yang sama berlaku. Kali ini mangsanya seorang kanak-kanak. Menurut kisah, kanak-kanak itu bersama bapanya ke sungai berkenaan untuk mandi.

Tiba-tiba, kanak-kanak itu disentap 'sesuatu' ke dalam air. Kejadian itu berlaku di depan mata bapanya sendiri. Menurut bapa kanak-kanak itu, dia hanya mampu menjerit dan tidak berdaya berbuat apa-apa kerana kejadian itu berlaku dengan cukup pantas.

Boleh dikatakan, selepas tahun 1988, banyak lagi kejadian serupa berlaku melibatkan penduduk ditebing sungai berkenaan. Dianggarkan lebih daripada seribu orang telah hilang 'dibaham' makhluk misteri tersebut.

Kejadian terbaru berlaku pada tahun 2007. Dalam kejadian itu, seorang remaja telah dibaham oleh seekor makhluk yang mempunyai muncung seperti khinzir. Kejadian itu telah disaksikan oleh beberapa orang rakan remaja itu yang menyelam bersama-samanya dikawasan itu.

Walaupun penduduk percaya ia adalah perbuatan buaya, kajian yang dilakukan oleh seorang pengkaji biologi, Rick Rosenthal mendapati kawasan tersebut bebas daripada kumpulan buaya.

Menurut Rick, air sungai itu yang sejuk dan juga alirannya yang berliku serta cetek menyebabkan spesis buaya sukar untuk hidup. Intipan dari udara juga tidak pernah menemui sebarang kesan haiwan itu berjemur. Jadi, Rick mengandaikan kejadian orang hilang bukan disebabkan oleh buaya.

Jaremy Wade Lele Fish [2]

Menyedari masalah itu, seorang saintis biologi, Jaremy Wade menawarkan diri secara sukarela untuk menyelesaikan misteri pelik itu. Selepas membuat beberapa pemerhatian pada hidupan marin sungai, Wade menemui jawapan yang mengejutkan dunia.

Tanpa disangka, predator yang menjadi misteri itu adalah sejenis ikan daripada spesis Goonch. Di Nusantara, spesis Goonch dikenali sebagai ikan Lele. Di Malaysia dikenali sebagai ikan Keli!

Usaha memasang perangkap dijalankan bagi menghentikan aktiviti pemangsa itu. Selepas beberapa bulan mengkaji tabiat haiwan itu, akhirnya ia berjaya ditangkap. Ikan Goonch seberat hampir 73 kilogram berjaya dinaikkan.

Menurut Wade, ikan Goonch yang ditangkap ini telah mengalami mutasi dan perubahan DNA. Keadaan ini berlaku kerana ia sering memakan daging mayat manusia yang dihanyutkan ke sungai itu.

Sejak zaman berzaman, masyarakat Nepal mengamalkan ritual Bagmati iaitu upacara membakar mayat sebelum dihanyutkan ke sungai. Bagaimanapun, ada diantara mayat ini tidak habis dibakar dan tenggelam ke dalam sungai. Ia kemudiannya menjadi makanan ikan ini.

Jaremy Wade Lele Fish

Akibat berpuluh tahun menjamah mayat, akhirnya ikan ini ketagih lalu menjadikan daging manusia sebagai menu utamanya. Oleh kerana upacara ini sudah jarang dijalankan, menyebabkan ikan ini menjadi ganas dan mula menyerang manusia.

Setakat ini, Wade dan saintis biologi masih tidak menemui jawapan bagaimana ikan ini boleh menjadi gergasi dengan memakan daging manusia dan bertukar karakter menjadi kanibal sedangkan spesis ikan lain yang hidup di sungai berkenaan tidak pula mengalami perubahan biologi sebegitu.

-Sentiasapanas.com

Misteri Keindahan Bandar Biru Jodhpur

Misteri Keindahan Bandar Biru Jodhpur

Ribuan seni bina yang terletak di Jodhpur, Rajashtan, Utara India, menyimpan seribu satu rahsia yang masih menjadi misteri sehingga ke hari ini. Keadaan ini menyebabkan kita berasa seolah-olah berada di dunia lain. Boleh dikatakan bandar tersebut dipenuhi pelbagai binaan yang berwarna biru sahaja.

Bandar Biru Jodhpur

Lantaran keadaan itu, bandar misteri ini digelar sebagai Kota Biru kerana cuacanya yang sentiasa cerah sepanjang tahun, ia juga mendapat nama jolokan sebagai 'Sun City'.

Sepanjang tahun, bandar Jodhpur yang terletak di wilayah Rajashtan, India sentiasa dikunjungi orang ramai yang datang dari segenap pelosok dunia. Kesemua mereka datang dengan satu impian iaitu ingin menyaksikan ribuan seni bina berwarna biru di bandar tersebut.

Namun begitu, satu persoalan yang sering dilontarkan oleh pelancong ialah, mengapakah keseluruhan bangunan di bandar tersebut berwarna biru?

Apakah punca yang menyebabkan masyarakat di kawasan itu mengecat kediaman mereka dengan warna yang sama?

Jika dilihat dengan lojik akal, ia merupakan perkara yang paling tidak masuk akal dan warna biru bukan satu-satunya warna yang terdapat di dunia ini.

Berikutan itu, ramai dikalangan pengunjung cuba mendapatkan sendiri jawapan daripada penduduk tempatan di bandar tersebut. Malangnya, kebanyakan daripada mereka yang disoal gagal mengemukakan jawapan yang tepat.

Pelbagai alasan dikemukakan seolah-olah ada sesuatu rahsia yang cuba disembunyikan mereka daripada pengetahuan umum.

Bagaimanapun, terdapat beberapa sumber mengaitkan pegangan agama sebagai sebab mengapa bandar itu dicat dengan warna biru.

Difahamkan, pemilihan warna biru mula menarik minat penduduk di situ sejak zaman dahulu lagi. Pada waktu itu, golongan pendeta dikatakan menjadi pelopor pertama yang mengecat kediaman mereka dengan warna biru. Kononnya warna itu dianggap sebagai warna suci yang berkait rapat dengan tuhan mereka.

Selain kepercayaan agama, masyarakat dibandar tersebut juga percaya, secara biologinya warna biru mampu menghalau kehadiran nyamuk dalam rumah mereka.

Kepercayaan ini telah diamalkan sejak turun-temurun lagi, namun tidak diketahui siapakah pelopor idea berkenaan.

Selain itu, masyarakat kota biru Jodhpur turut menganggap warna biru mampu mengawal tekanan suhu di dalam rumah mereka.

Ia seolah-olah berfungsi sebagai sebuah penyaman udara yang dapat menyejukkan rumah secara semula jadi biarpun ketika cuaca panas.

Di wilayah Rajashtan, Jodhpur merupakan sebuah bandar kedua terbesar selepas Jaipur. Keluasan bandar ini dianggarkan sekitar 60,980 kilometer persegi. Bandar ini mempunyai populasi penduduk kira-kira 1.5 juta orang.

Walaupun bandar ini terkenal dengan kunjungan pelancong sepanjang tahun, ia bukanlah sumber pendapatan utama bagi masyarakat di sini. Sebaliknya, ia terkenal dengan pelbagai industri kraf tangan, tekstil dan besi.

Selain terkenal dengan binaan berwarna biru, bandar Jodhpur turut mempunyai keunikan sebuah kubu yang dikenali sebagai Mehrangarh Fort.

Binaan ini merupakan salah sebuah kubu terbesar di India. Setinggi 400 kaki, kubu ini dibina semasa pemerintahan seorang pemerintah di Jaipur bernama Man Singh I pada tahun 1806.

Pada bulan Jun 2011 yang lalu, seluruh bandar Juzcar di selatan Sepanyol turut dicat dengan warna biru. Sebanyak 4,200 liter cat dengan 12 orang penduduk tempatan ditugaskan untuk mengecat rumah dan bangunan di bandar tersebut sempena meraikan pelancaran filem Smurfs.

BACA INI JUGA: Lokasi Paling Sukar Di Kunjungi Di Dunia!

-Sentiasapanas.com

Monday, September 01, 2014

Apa Sebenarnya ALS Ice Bucket Challenge?

Apa Sebenarnya ALS Ice Bucket Challenge?

ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) di mana peserta perlu menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan tiga orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Ice Bucket Challenge

Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang dirasai adalah sama dengan apa yang dirasai oleh penghidap penyakit ALS.

Jika mereka yang dicalonkan tidak dapat menyahut cabaran ALS Ice Bucket Challenge, mereka harus menyumbangkan USD100 ke Yayasan ALS. Ini bertujuan bagi mengutip derma untuk membiayai pusat penyelidikan dan mencari penawar untuk penyakit tersebut.

ALS atau disebut juga sebagai Lou Gehrig, adalah sejenis penyakit yang mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang.

Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.

Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari merupakan salah seorang penderita penyakit ALS.

Cabaran ALS Ice Bucket Challenge, mandi ais ini menjadi viral di Amerika Syarikat apabila sahabat karib kepada bekas Kapten Besbol Boston College, Pete Frates disahkan mengidap ALS dan sahabatnya mencabar rakan sepasukan yang lain untuk menyertai cabaran tersebut.

Risiko cabaran ALS Ice Bucket Challenge

Cabaran ini hanya berisiko tinggi terhadap mereka yang berusia atau mempunyai masalah kesihatan yang ekstrim seperti kencing manis.

Ia tidak mendatangkan risiko yang besar kerana rasa kesejukan seketika di kepala. Berbeza dengan ‘brain freeze’ yang didapati jika mengambil makanan sejuk seperti ais krim. Brain freeze belaku apabila rasa sejuk memberi kesan kepada suhu teras badan.

Air dan ais yang digunakan dalam cabaran ini dituang dari jauh, jadi ianya tidak memberi kesan yang banyak ke atas suhu badan.

Walau bagaimanapun, mereka yang mempunyai keadaan kesihatan yang ekstrim seperti kencing manis, tubuh mereka tidak mampu menerima kesejukan secara tiba-tiba. Ini boleh menyebabkan kejutan kepada badan dan mungkin boleh menyebabkan pengsan.

Peserta ALS Ice Bucket Challenge

Khairy Jamaluddin menyahut cabaran ALS
Khairy Jamaluddin menyahut cabaran Ice Bucket Challenge.

Setakat ini, ramai tokoh, selebriti, ahli sukan, pemimpin, artis k-pop yang sudah menyahut cabaran ALS Ice Bucket Challenge seperti Matt Damon, Justin Bieber, Lady Gaga, Dave Grohl, Bill Gates, Mark Zuckenberg, Cristiano Ronaldo, George Bush dan ramai lagi.

Di Malaysia, bukan sahaja dari kalangan selebriti malah tokoh politik seperti Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan turut menyertai cabaran ini.

Kematian dalam cabaran ALS Ice Bucket Challenge

Nancy ALS Ice Bucket Challenge

Setakat ini, baru satu kematian dilaporkan dalam cabaran ALS Ice Bucket Challenge.

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun dari Mississippi telah menyahut cabaran 'Ice Bucket Challenge' tetapi satu kejadian yang tidak diingini telah berlaku ke atasnya.

Menurut laporan Dailybuzzline.com, gadis tersebut telah menyahut cabaran tersebut dan merakam aktiviti tesebut di belakang rumah bersama adiknya.

Sepupu beliau, Shawn Oley yang berdiri di atas pelantar dengan baldi besar penuh dengan air dan bersedia untuk mencurah ke atas Nancy.

Malang tidak berbau, baldi terlucut dari tangan Shawn dan menimpa kepala Nancy.

Nancy kemudiaanya dikejarkan ke pusat kesihatan Universiti Misssissippi dalam keadaan kritikal.

Gadis malang itu kemudiaanya meninggal dunia akibat kecederaan parah dileher.

Keluarga beliau berharap kejadian tersebut akan memberi kesedaran kepada yang menyahut cabaran tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, cabaran ALS Ice Bucket Challenge sudahpun mengumpul dana sebanyak USD100 juta di seluruh dunia menurut majalah Forbes.

BACA INI JUGA: Tips Dan Cara Membezakan Ais Bersih Atau Kotor

-SENTIASAPANAS.COM

Filem Star Wars, Yang Anda Tidak Pernah Tahu!

Filem Star Wars, Yang Anda Tidak Pernah Tahu!

Filem Star Wars yang telah bermula sejak tahun 1970an lagi adalah siri filem yang sangat berjaya di pawagam dan menjadi kegilaan diserata dunia.

Star Wars

Pada tahun 1973, George Lucas hanyalah seorang pengarah yang tidak terkenal dan sedang bekerja untuk menghasilkan sebuah filem nostalgia tahun 1960an bertajuk 'American Graffitti'.

Dia telah bersemuka dengan Universal Studios dan mengemukakan idea tentang filem 'Star Wars' namun pihak Universal Studios tidak berminat dan itu adalah tindakan paling 'bodoh' yang dilakukan mereka kerana akhirnya Star Wars telah menjadi filem yang menjadi fenomena diserata dunia.

Disini kami senaraikan antara peristiwa dan fakta yang berlaku dalam filem ini yang mungkin anda semua belum pernah tahu.

Filem Hidden Fortress

Walaupun George Lucas banyak terpengaruh dengan kebanyakan siaran ulang semula cerita 'Buck Rogers' yang ditontonnya ketika sedang mengusahakan filem Star Wars, namun kebanyakan pengaruh yang mempengaruhinya untuk menghasilkan Star Wars sebenarnya datang daripada hasil karya Akira Kurosawa.

Kebanyakan pengaruh itu datang dari filem Hidden Fortress dan begitu juga kebanyakan karakter yang ada dalam filem Seven Samurai. Misalnya, karakter yang dipegang oleh Toshiro Mifune ialah Hans Solo serta ada juga watak yang menyerupai Yoda dalam filem tersebut.

Barisan pelakon tidak dikenali

Lebih banyak pelakon-pelakon yang tidak dikenali telah digunakan untuk melakonkan watak-watak semasa muda. Selain Carrie Fisher yang datang menguji bakat untuk watak Princess Leia, turut sama hadir ialah Sissy Spacek dan Cindy Williams.

Pada masa yang sama, filem Carrie' juga sedang menjalankan ujibakat untuk para pelakonnya dan Carrie Fisher serta Sissy Spacek telah hadir di kedua-dua uji bakat filem-filem ini.

20th Fox Century

Studio 20th Fox Century bukan sahaja tidak pasti untuk menghasilkan filem ini malah kebanyakan pelakon yang telah mendapat skrip yang dirasakan sangat berlainan dan kisah sebenar filem ini seringkali membawa tekanan sesama mereka semasa penggambaran dibuat.

Sebagai contohnya watak Leia yang separuh British dan separuh Amerika pertuturannya. Tidak ada seorang pun diantara mereka yang menyangka bahawa filem ini bakal menjadi sangat terkenal dan hebat!

Luke Skywalker

Luke Skywalker pada mulanya dinamakan sebagai Luke Starkiller malah dalam draf awal filem ini terdapat dua karakter kawan Luke yang bernama Biggs dan Carnie yang telah belajar di akademi.

Princess Leia

Watak Princess Leia menyaksikan seorang puteri yang berpakaian cukup sopan dan tertutup penuh. Hanya pada bahagian akhir filem tersebut sahaja watak itu kelihatan tidak berpakaian sepenuhnya.

Obi Wan Kenobi

Walaupun kebanyakan watak utama lain banyak menggunakan tenaga muda yang kurang dikenali, namun George Lucas masih berjaya mendapatkan aktor yang digemarinya untuk watak Obi Wan Kenobi. Malah dalam filem seterusnya dia juga berjaya mendapatkan aktor Christopher Lee untuk memegang watak Dooku.

Darth Vader

Walaupun dilayar perak dipegang oleh seorang atlet angkat berat dari Bristol iaitu David Prowse namun suara yang digunakan untuk watak Darth Vader sebenarnya milik James earl Jones. Oleh kerana dia sangat pasti yang filem ini tidak akan berjaya di pasaran, dia meminta agar namanya tidak disenaraikan dalam kredit asal filem tersebut.

Chewbacca

George Lucas mendapat idea tentang Chewbacca pada suatu pagi pada awal 1970an semasa dia sedang melihat isterinya memandu kereta. Dia sedang memandu bersama anjing mereka jenis 'Alaskan Malamute' yang bernama Indiana.

George tiba-tiba sahaja menyukai apa yang dilihatnya iaitu gambaran seekor anjing besar yang duduk dibahagian hadapan kereta. Jadi, dia mengambil keputusan untuk membentuk watak tersebut di dalam filem Star Wars yang merupakan adunan antara anjingnya, Indiana, seekor beruang dan juga seekor monyet.

R2-D2 Dan C3PO

Kedua-dua aktor iaitu Anthony Daniels dan Kenny Baker yang memainkan watak Threepio dan Artoo pada mulanya mempunyai masalah dengan kepala mereka ketika berada di Tunisia. Walaupun udara sejuk dipam masuk dan mereka dipastikan terhidrasi, namun Anthony seringkali pengsan kerana tidak tahan dengan serangan haba akibat pakaian tersebut.

Walaupun kedua-dua aktor tersebut telah kembali untuk memainkan watak mereka, namun Kenny lebih suka menyendiri dan tidak tertawan dengan kemahsyuran yang mereka sedang alami ketika itu.

Koc Penerbangan

Oleh kerana bajet yang sangat terhad, para pelakon dan krew dari Amerika Syarikat termasuk George Lucas sendiri telah mengambil keputusan untuk terbang menggunakan koc biasa ke England daripada menaiki koc kelas pertama.

Bila ibu Carrie Fisher, Debbie Reynolds mendengar berita ini, dia telah menemui George Lucas dan menyatakan bahawa ianya memalukan untuk anaknya terbang menggunakan kelas ekonomi. Namun, Carrie sendiri telah memberitahu ibunya yang dia sendiri mahu menaiki penerbangan kelas ekonomi.

-Sentiasapanas.com

Perkara Yang Di Haramkan Di Beberapa Negara

Perkara Yang Di Haramkan Di Beberapa Negara

Terpulang kepada sesebuah negara, ada yang mengharamkan makanan tertentu, pakaian tertentu, mainan tertentu dan ada juga yang mengharamkan kehadiran individu tertentu.

Berikut antara pelbagai perkara yang diharamkan di sesebuah negara.

Aktres Claire Danes
Manila

Aktres Claire Danes

Setelah menyifatkan bandar Manila sebagai bandar yang pelik dan berbau seperti lipas, setiap filem lakonan aktres tersebut tidak dibenarkan ditayang di bandar tersebut selain aktres itu sendiri tidak dibenarkan memasuki bandar itu.

Kebanyakan nama bayi
Denmark

Kebanyakan nama bayi

Terdapat lebih kurang 24,000 nama bayi yang dibenarkan oleh kerajaannya untuk dipilih oleh ibu bapa dan nama selain yang didaftarkan itu memerlukan kebenaran terlebih dahulu untuk digunakan.

Scrabble
Romania

Scrabble

Pada tahun 1980an, Presiden Nicolae Ceausescu telah mengharamkan permainan board ini dan menyifatkannya sebagai 'terlalu intelektual' dan 'kejahatan subversif'.

Makanan memberikan tenaga
Denmark

Makanan memberikan tenaga

Di Denmark, terdapat sekumpulan orang yang mempunyai rasa bimbang terhadap pengambilan terlalu banyak vitamin. Akibat rasa bimbang tersebut, banyak makanan popular yang diharamkan seperti Ovaltine dan Crispies.

Permainan video
Greece

Permainan video

Walaupun sebenarnya tujuannya adalah lebih kepada menghalang perjudian menggunakan mesin-mesin elektronik namun kerana undang-undang tersebut tidak diperincikan maka mereka yang bermain permainan video di sesebuah kafe internet juga boleh ditahan. Namun, setelah persatuan Eropah memberikan tekanan kepada mereka, akhirnya undang-undang itu telah diubah.

Gaya potongan rambut barat
Iran

Gaya potongan rambut barat

Antaranya termasuklah gaya potongan ekor kuda, 'spike' dan juga 'mullet'.

Pakaian emo
Rusia

Pakaian emo

Kerajaan Rusia menganggap gaya pakaian tersebut sebagai mengancam ketenteraman negara lalu mengharamkannya dalam usaha mereka untuk menurunkan kadar bunuh diri dikalangan remaja.

Konsol permainan
China

Konsol permainan

Pada tahun 2000, kerajaan negara China telah melaksanakan undang-undang itu untuk menghalang golongan muda rakyatnya daripada menghabiskan masa mereka begitu sahaja tanpa bekerja.

Walker bayi
Kanada

Walker bayi

Selepas kajian menunjukkan yang bayi dibesarkan dengan walker bayi mempunyai pergerakan motor yang lebih lambat, maka penggunaannya telah diharamkan di sana bermula pada tahun 2004. Hari ini bayi-bayi di Kanada dilatih berjalan menggunakan cara lama.

Sos tomato
Perancis

Sos tomato

Pada tahun 2011, Perancis mengharamkan sos tomato daripada dihidangkan di kafeteria sekolah untuk mengekalkan hidangan Perancis. walau bagaimanapun, sos tomato masih boleh digunakan jika mereka memakannya bersama-sama dengan kentang goreng.

Beg plastik
Bangladesh

Beg plastik

Bila Bangladesh mengharamkan penggunaan beg plastik pada tahun 2002, ia turut diikuti oleh negara-negara lain seperti Perancis, Tanzania dan Mexico.

Telefon bimbit
Cuba

Telefon bimbit

Semasa pemerintahan Fidel Castro, hanya orang-orang yang berkedudukan tinggi dalam kerajaan sahaja yang boleh memiliki telefon bimbit.

Haggis
Amerika Syarikat

Haggis

Haggis ialah makanan tradisional Scotland yang diperbuat daripada paru-paru kambing biri-biri namun telah diharamkan di Amerika Syarikat lebih dari 40 tahun lamanya.

Bunga Jasmin
China

Bunga Jasmin

Selepas berlakunya revolusi Jasmin di Tunisia yang berjaya memberikan inspirasi kepada para penunjuk perasaan di China, kerajaan negara tersebut telah mengharamkan bunga tersebut.

Avatar dalam 2D
China

Avatar dalam 2D

Walaupun filem tersebut dibenarkan untuk ditayangkan dalam bentuk 3D kerana hampir tidak ada panggung wayang 3D di negara tersebut, maka kebenaran itu tidak memberikan apa-apa makna.

BACA INI JUGA: Tradisi Hubungan Terlarang Paling Pelik Di Muka Bumi!

-Sentiasapanas.com

Yahudi

Yahudi

Siapa sebenarnya bangsa Yahudi? Kenapa mereka bijak tapi dalam masa yang sama sangat zalim terhadap bangsa lain di dunia!

Yahudi

Selamat bertemu di ruangan informasi mengenai bangsa Yahudi. Ruangan ini diwujudkan khusus buat para pembaca blog sentiasapanas, bagi memudahkan pencarian info-info dan maklumat berkaitan Yahudi.

Semoga para pembaca sekalian mendapat maklumat berguna.

INFO YAHUDI UPDATE: 16/MAC/2016

  1. 10 Penipuan Terbesar Yahudi
  2. Misteri Dajjal Hampir Terbongkar Pada 1901
  3. Yahudi Menang Pertempuran Tapi Kalah Peperangan
  4. Bukti Persediaan Perang Dunia Ketiga!?
  5. Yahudi Perancang Perang Dunia Kedua Di Eropah!
  6. Kehebatan Yahudi Memanipulasi Media
  7. Yahudi Perancang Perang Dunia Kedua Di Asia!
  8. Yahudi Perancang Perang Dunia Pertama!
  9. Holocaust, Fakta Kenapa Hitler Membenci Yahudi
  10. 5 Fakta Kenapa Bangsa Yahudi WAJIB Di HAPUSKAN!
  11. Yahudi Tanam Pokok Ghorqod Untuk Pertahanan!
  12. Rahsia Kekejian Yahudi Dalam Walt Disney
  13. Kuil Sulaiman Dan Agenda Jahat Yahudi
  14. Misteri Tabut Yahudi dan Haikal Sulaiman
  15. "Dajjal Akan Diikuti Oleh 70,000 Yahudi Dari Kota Isfahan"
  16. 24 Protokol Zionis Untuk Menguasai Dunia Terbongkar!
  17. Mengenali Sifat Buruk Yahudi Seperti Dinyatakan Dalam Al-Qur'an
  18. Adolf Hitler: Rahsia Besar Yang Disembunyikan
  19. Rahsia Simbol Singa Yahudi
  20. Penciptaan Wang Kertas Adalah Penipuan Licik Puak Yahudi
  21. Bukti Holocaust Adalah Pembohongan Besar Yahudi
  22. Amaran Benjamin Franklin Tentang Bahaya Bangsa Yahudi
  23. Tahukah Anda Watak Superman Di Cipta Sebagai Penyelamat Kaum Yahudi
  24. Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran
  25. Hari Ini Genap 65 Tahun Penubuhan Negara Haram Yahudi
  26. 10 Perkara Besar Yang Di Sembunyikan Yahudi
  27. Negara Manakah Yang Paling Ramai Dihuni Yahudi?
  28. Rahsia Besar 1hb Mei Dan Kaitannya Dengan Yahudi
  29. Keangkuhan Yahudi Terhadap Agama Lain Di Dunia
  30. Britain Rampas Palestin Kerana Hutang Budi Terhadap Yahudi
  31. Benarkah Israel Akan Lenyap 10 Tahun Lagi?
  32. Inilah Sejarah Holocaust Yang Sebenarnya
  33. Kisah Bangsa Yahudi Yang di Laknat Tuhan
  34. Keistimewaan Negara Israel Berbanding Mana-mana Negara Lain