Monday, August 18, 2014

Perodua Axia, Kereta Paling Jimat Minyak

Perodua Axia, Kereta Paling Jimat Minyak

PERODUA Axia adalah model generasi akan datang yang dihasilkan menerusi pemodenan PERODUA dan dari kilang pengeluaran mesra alam terbaharu syarikat berkenaan.

Gambar Perodua Axia

Pada harga permulaan tentatif RM24,900 (bagi Semenanjung Malaysia), sudah mula dibuka untuk tempahan di semua pusat jualan Perodua bermula Jumaat, 15 Ogos 2014 minggu lalu.

Dalam satu kenyataan, Perodua berkata model terbaharu itu merupakan kereta paling cekap tenaga yang mampu bergerak sejauh 21.6 kilometer seliter, luas, dilengkapi ciri-ciri unik Malaysia dan kos pemilikan keseluruhan yang rendah.

Kereta ini bukan sahaja sesuai untuk memuatkan empat beg perjalanan memandangkan ia mempunyai kapasiti but 260 liter, malah lebih fleksibel bagi memastikan keselesaan dan penggunaan maksimum.

Perodua Axia Bersedia Tawan Asia

Penggunaan nama "Axia" (disebut a-zee-a) dipilih hasil gabungan perkataan Asia, sementara abjad "X" menunjukkan nombor 10 dalam angka Roman yang mewakili model ke 10 yang dikeluarkan PERODUA menerusi kilang pengeluaran baharu yang moden dan mesra alam.

Senarai harga Perodua Axia

Senarai-harga-perodua-axia

-Perodua Axia Standard E (1.0 E manual) – RM 24,900 (solid), RM 25,300 (metallic)
-Perodua Axia Standard G (1.0 G manual) – RM 32,800 (solid), RM 33,200 (metallic)
-Perodua Axia Standard G (1.0 G automatic) – RM 34,800 (solid), RM 35,200 (metallic)
-Perodua Axia Special Edition (1.0 SE manual) – RM 37,900 (solid), RM 38,300 (metallic)
-Perodua Axia Special Edition (1.0 SE automatic) – RM 40,900 (solid), RM 41,300 (metallic)
-Perodua Axia Advance (1.0 AV automatic) – RM 44,900 (solid), RM 45,300 (metallic)

Perodua Axia didatangkan dalam empat varian, Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance dengan jaminan lima tahun, pertama bagi Perodua.

Yuran tempahan sebanyak RM250 dan RM300, bergantung kepada varian.

Semua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun, konsep pertama yang ditawarkan PERODUA.

Kuasa Enjin Perodua Axia

Kuasa Enjin Perodua Axia
Klik gambar untuk paparan besar.

Dikuasakan dengan enjin 1KR 3 Selinder yang merupakan enjin Daihatsu 1KR-DE. Enjin 12-valve DOHC 1.0 Liter yang dibuat keseluruhan dari Aluminium ini seberat 69 kg dan 10 kg lebih ringin dari enjing yang digunakan pada Produa Viva. Enjing baru ini mampu mencapai kuasa 65 PS pada 5,000 rpm dan 87 Nm toq pada 3,600 rpm.

Dengan slogan "Your Smart Move", model itu mewakili usaha PERODUA menjadi lebih berdaya saing di peringkat global dari segi gaya, fungsi dan harga.

Zionis Mula Merasai Bahang Kezaliman

Zionis Mula Merasai Bahang Kezaliman

Peperangan di antara tentera Islam Palestin dan tentera Zionis Israel kali ini berbeza sedikit, dengan kekuatan tentera briged al-Qassam tampak luar biasa. Semangat serta kelengkapan ketenteraan mereka kali ini lebih kuat berbanding sebelumnya.

Zionis vs Al-Qassam

Melalui laporan berita, jumlah tentera Zionis yang terkorban pada pertempuran kali ini lebih 10 kali ganda ramai daripada tentera al-Qassam yang syahid.

Strategi tentera Hamas kali ini juga luar biasa dengan melancarkan serangan dari laut, menggali lubang dan bermacam-macam lagi sehingga memeningkan tentera Zionis yang dilihat sukar menangkis serangan hebat dari Hamas.

Perkembangan ini akhirnya memaksa kerajaan haram Israel bersetuju melakukan gencatan senjata dan mengundurkan tentera mereka dari Gaza.

Selain kehebatan tentera al-Qassam yang berjuang mempertahankan bumi Palestin daripada serangan tentera Zionis, Israel juga kali ini berdepan kemarahan masyarakat antarabangsa terhadap tindakan kejam Zionis yang mensasarkan orang awam, terutama kanak-kanak dan wanita, dalam serangan mereka.

Tidak dinafikan, sebelum ini setiap kali Israel menentang, masyarakat dunia yang prihatin akan mengecam tindakan mereka. Namun, Zionis hanya memejamkan mata serta menutup telinga mereka dan terus menyerang Palestin tanpa belas ihsan.

Namun kali ini, mereka terpaksa menghadapi tekanan daripada protes besar-besaran yang diadakan di seluruh dunia. Ini termasuk beberapa negara seperti Argentina dan negara lain yang menghentikan sementara hubungan perdagangan mereka dengan Israel.

Tidak terkecuali negara kita Malaysia yang mendapat ‘perhatian’ luar biasa Israel kerana menjadi penyokong kuat kepada Palestin dan menentang pencerobohan Israel terhadap negara Islam itu.

Tidak seperti majoriti negara Arab lain yang hanya berdiam diri dan tidak habis-habis bermesyuarat tanpa sebarang hasil, Malaysia menyuarakan protes dalam pelbagai cara.

Antaranya melalui Facebook dengan ‘menyerang’ laman ‘Israel Defence Forces (IDF)’ milik tentera Israel dengan mengemukakan komen yang menyebabkan mereka menjadi umpama ‘cacing kepanasan’.

Kemuncaknya, pada 4 Ogos lalu, rakyat Malaysia dihalang daripada mengakses laman sosial Yahudi itu.

Selain serangan hebat di media sosial, terutama Facebook, Malaysia menjelmakan ketakutan kepada bangsa Yahudi Zionis dengan berkempen untuk memboikot syarikat yang mempunyai kepentingan dengan negara haram itu.

Kepentingan yang dimaksudkan di sini termasuk menyalurkan bantuan kewangan atau sokongan berbentuk kewangan kepada tabung Yahudi itu untuk membangunkan negara haram atau menyokong peperangan Zionis dengan umat Islam di Gaza.

Kempen boikot yang diadakan di kebanyakan dunia pada hari ini sememangnya memberi kesan besar terhadap mereka dengan menyaksikan saham syarikat besar pro-Israel menghadapi kejatuhan yang sangat membimbangkan mereka.

Ini secara tidak langsung memaksa mereka berfikir panjang sebelum meneruskan agenda jahat mereka terhadap umat Islam di Palestin.

Namun dalam keghairahan kita menjayakan kempen boikot ini, kita sebagai umat Islam diingatkan supaya tidak berlebih-lebihan dan memahami konsep ‘boikot’ supaya tidak menjatuhkan air muka sendiri kelak.

Kempen boikot yang kita jalankan bertujuan melemahkan ekonomi syarikat ini dengan cara tidak membeli produk keluaran mereka.

Namun, kurang baik jika kita melakukan tindakan berlebih-lebihan seperti makan makanan yang dibungkus di tempat mereka, menggunakan kemudahan di dalam premis mereka seperti tandas, apatah lagi tindakan yang boleh mendatangkan kerosakan terhadap premis mereka kerana mereka juga membayar kos operasi seperti sewa premis dan bil.

Semoga Allah memandang usaha dan niat murni kita sebagai amal yang baik dan soleh.

[Sumber]

Sunday, August 17, 2014

Kos Ketenteraan Israel Di Palestin USD1 Bilion!

Kos Ketenteraan Israel Di Palestin USD1 Bilion!

Sekurang-kurangnya 2.5 juta butir peluru dan puluhan ribu roket digunakan oleh tentera zionis Israel semasa menyuerang Semenanjung Gaza sejak 7 Julai lalu.

Kos Keganasan Israel Di Palestin Bernilai USD1 Bilion!

Perkara itu didedahkan seorang pegawai tentera Israel Yedioth Ahronoth pada Khamis lalu.

Beliau berkata, Israel telah membekalkan lebih 4.8 juta peluru , 43,000 peluru meriam dan 39,000 peluru roket, dan sekurang-kurangnya 60 peratus daripadanya telah digunakan dalam serangan tentera di Gaza.

Sementara itu kenderaan perisai Israel, termasuk kereta kebal, meriam dan jentolak telah menggunakan sekitar 11 juta liter bahan api, manakala jet pejuang menggunakan kira-kira 50 juta liter.

Jumlah ini adalah dua kali ganda jumlah yang digunakan dalam serangan ke atas Gaza pada 2012, dan kos untuk semua itu dianggar USD1 bilion.-HARAKAHDAILY

Facebook Sekat Akaun Sokong Perjuangan Al-Qassam

We Are All Al Qassam (WAAAQ)

Sementara itu, satu perkhabaran yang mungkin agak mengecewakan bagi orang ramai yang menyokong perjuangan Palestin menentang kekejaman tentera Zionis Israel.

Akaun facebook rasmi ‘We Are All Al Qassam (WAAAQ)’ telah disekat oleh pihak sekuriti Facebook tanpa sebarang amaran atau notis.

Perkara itu telah dimaklumkan menerusi akaun Aman Palestin yang turut menyebut, akaun milik admin yang mengendalikan WAAAQ juga turut dipadamkan.

Sebelum ini, akaun tersebut telah mendapat 100 ribu ‘likes’ daripada rakyat Malaysia sebagai tanda sokongan kepada unit pertahanan ketenteraan Palestin Briged Izzuddin Al-Qassam.

Bagi kami, ia bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan kerana satu akaun disekat, berpuluh-puluh lagi akaun seumpamanya yang akan diwujudkan!-Mynewshub.my

Jom LIKE Page "We Are All Al Qassam".

-Sentiasapanas.com

Video Gadis Belasah Lelaki Gatal Viral Di Internet

Video Gadis Belasah Lelaki Gatal Viral Di Internet

Ketika India dilaporkan terus dicengkam masalah serangan seksual, keberanian seorang wanita mengajar lelaki mengganggunya menjadi perhatian ramai.

Veena Ashiya Chindlur

Rakaman aksi berani Veena Ashiya Chindlur itu semakin tersebar di Internet sejak selepas media melaporkannya.

Berdasarkan laporan, Veena dikatakan sedang berjoging apabila seorang lelaki, KR Suryaprakash, 30, datang mengganggunya secara seksual.

Sumber berkata, Veena berjoging di kawasan berkenaan setiap hari.

Berang dengan sikap Suryaprakash, Veena tidak membiarkan lelaki terbabit terlepas begitu saja, sebaliknya dia mengejar sehingga penyerangnya kepenatan.

Rakaman menunjukkan Suryaprakash mula mengalah dan mengikut arahan Veena apabila disuruh melutut sebelum merangkak.

Tanpa berlengah Veena menendang kepala Suryaprakash dengan kuat.

Sumber polis berkata, Suryaprakash ditahan atas tuduhan berkelakuan tidak senonoh.

Veena pula berkata, polis bekerjasama dalam hal itu, namun reaksi segelintir masyarakat prejudis terhadap tindakannya membalas sukar difahami.-Agensi



Friday, August 15, 2014

Video Ngeri Kejadian Pembunuhan Di Turki

Video Ngeri Kejadian Pembunuhan Di Turki

Menerusi LiveLeak.com, telah tersebar satu video yang merupakan rakaman kejadian bunuh dan bunuh diri yang berlaku di Turki.

Video Ngeri Kejadian Pembunuhan Di Turki

Seorang ayah yang dikenali sebagai Nuria Duran, 36, terlebih dahulu membunuh isterinya Ozlem, 30, dan tiga lagi anaknya dengan tukul dan pisau di pangsapuri kediaman mereka.

Dia kemudiannya pergi ke sekolah dan mengambil anak sulungnya, Sean, 7, sebelum kembali ke kediaman mereka.

Kedua-dua mereka kemudiannya naik ke tingkat 11 sebelum Nuria menolak anaknya itu ke bawah sehingga menyebabkan kematiannya.

Pada minit ke 2:45, Nuria terjun ke bawah dan tubuhnya hampir terhempas ke atas salah seorang lelaki yang datang memeriksa mayat anaknya.

Menurut polis, lelaki itu kehilangan pekerjaannya sebagai seorang buruh dan turut mengalami masalah ketagihan alkohol.

Jom saksikan video ngeri ini.


Sumber: Mynewshub.my

Pegawai Bank CURI Wang Penumpang MH370

Pegawai Bank CURI Wang Penumpang MH370

Seorang pegawai bank dan suaminya yang dipercayai terbabit dalam kes memindah dan mengeluarkan wang daripada akaun milik penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ditahan semalam.

Pegawai Bank ROMPAK Wang Penumpang MH370

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, ACP Izany Abd Ghani berkata pegawai bank itu yang bekerja di bank berkenaan sejak 10 tahun lalu ditahan di rumahnya di Ampang kira-kira 4 petang.

“Suaminya yang berusia 33 tahun turut ditahan di bengkel kereta di Ampang ketika membaiki keretanya. Polis percaya suaminya mungkin turut terlibat.

“Polis masih belum mendapat rakaman kamera litar tertutup (cctv) daripada pihak bank. Ia akan mengambil masa sedikit,” katanya kepada Bernama dan menambah kedua-dua mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Kedua-dua mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Izany menasihati keluarga penumpang MH370 yang pesawat itu masih belum ditemui supaya meneliti kenyataan akaun bank penumpang.

“Keluarga mereka boleh periksa kenyataan bank penumpang. Kita minta mereka berwaspada,” katanya.

Rabu lepas media melaporkan sebanyak RM110,643 milik empat penumpang pesawat MH370 lesap daripada akaun bank dipercayai dipindahkan oleh kakitangan bank tanpa kebenaran.

Siasatan mendapati wang dari akaun milik penumpang dipindahkan ke akaun penumpang lain melalui perbankan Internet melibatkan jumlah keseluruhan RM110,643.

Akaun berkenaan masing-masing milik dua penumpang warga China, seorang penumpang warga Malaysia dan akaun seorang pramugara.

Kejadian disedari pada 18 Julai lepas oleh seorang petugas bank yang mengesan beberapa transaksi pengeluaran dan pemindahan secara mencurigakan dari empat akaun berkenaan.–BERNAMA

Nabi Sulaiman Dan Kubah Ajaib

Nabi Sulaiman Dan Kubah Ajaib

Info Agama. Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman.

Kubah sakti dalam lautan
Gambar hiasan.

Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang dinyatakan di dalam wahyu. Baginda diiringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.

Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai-ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari, baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka. "Mungkin tersalah tempat". Tetapi baginda menjawab "Tidak, di sinilah tempatnya".

Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam ke dalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib.

Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib.

Tanya Nabi Sulaiman "Apakah kamu menyelam sehingga dasar laut" Jawab Jin Ifrit "Tidak". Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut.

Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang dikatakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.

Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya.

Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik.

Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu. Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk kedalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.

Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman. Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah.

Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam didapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajah kepada Allah.

Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut. Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada di situ. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman.

Pemuda itu bertanya "Dari manakah mereka ini dan bagaimana mereka datang?". Pemuda itu merasa hairan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat.

Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.

Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya. Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan.

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah.

Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah rela di atas khidmat yang diberikan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya diletakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.

Doa kedua-dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada suatu hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut . Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut. Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut.

Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang diutuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuanya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya.

Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajah kepada Allah sehingga hari ini.

Taat kepada ibu bapa

Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu "Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini" Pemuda itu menjawab "Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi". Nabi Sulaiman menghitung ". Ini bermakna kamu telah berada di dalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun". Nabi Sulaiman berkata "Rupamu tidak berubah malah sentiasa muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya".

Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu sama ada dia mahu pulang bersamanya". Jawab pemuda tadi "Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini".

Nabi Sulaiman bertanya, "Adakah kamu ingin pulang ke tempat asalmu?"

Jawab pemuda itu "Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku". Nabi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ke tempat asalnya.

Setelah kubah tersebut diletakkan ke tempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya, "Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa seksanya orang yang menderhakai kepada kedua ibu bapanya".

Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ke tempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.

[Sumber]

Virus Ebola, Mudah Berjangkit Dan Tiada Penawar

Virus Ebola, Mudah Berjangkit Dan Tiada Penawar

WHO dalam kenyataan media menyatakan Virus Ebola (EVD) boleh dikategorikan sebagai demam berdarah Ebola dan ianya harus dipandang serius kerana ia boleh mengundang maut. Malah EVD ini membawa kepada kes kadar kematian sehingga 90 peratus.

Bahaya virus Ebola

Menerusi portal rasmi WHO, jurucakapnya berkata, EVD kerap berlaku di perkampungan terpencil di bahagian tengah dan barat Afrika berhampiran dengan hutan hujan tropika.

Virus ini dipindahkan dari haiwan liar dan berjangkit kepada manusia melalui hubungan rapat antara individu tersebut.

Malah, haiwan liar seperti Kelawar Buah daripada spesis Pteropodidae adalah pembawa utama virus Ebola.

Bagi yang dijangkiti EVD, mereka memerlukan penjagaan yang rapi serta sokongan yang insentif dan berterusan kerana setakat ini kami di WHO tiada rawatan spesifik atau vaksin untuk EVD.

Asal Usul wabak Ebola

EVD pertama kali dikesan dan direkodkan berlaku di Yambuku di Republik Demokratik Congo yang pada dahulunya dikenali sebagai wilayah Zaire, Nzara dan Sudan pada tahun 1976.

Seterusnya wabak pembunuh ini menular dan dikesan di perkampungan kecil berhampiran Sungai Ebola di Yambuku.

Justeru, nama penyakit Ebola mendapat nama dari sungai tersebut.

Virus Ebola mudah merebak

Jangkitan EVD sungguh mudah merebak, hanya dengan sentuhan dengan darah, cecair (air liur), organ atau apa jua bendalir antara populasi manusia dan haiwan yang dijangkiti EVD.

Ini disokong dengan laporan dari WHO, mengatakan bahawa di Afrika, jangkitan didapati berlaku apabila manusia memegang dan menyentuh bangkai haiwan yang dijangkiti EVD.

Anda harus lebih peka; WHO melaporkan haiwan yang membawa EVD antaranya adalah, cimpanzi, gorila, kelawar buah, monyet, antelop dan landak.

Malah, melalui hubungan secara langsung komunikasi dari segi percakapan mahupun fizikal mampu mengundang virus EVD terus merebak.

Tambahan ianya mudah dijangkiti menerusi organ seperti kulit terluka atau membran bendalir dengan darah, cecair, organ atau yang lain dijangkiti EVD.

Di samping objek seperti benda-benda yang dijangkiti EVD juga mampu menjadi pendorong virus ini merebak jika manusia menyentuh objek tersebut.

Air Mani Lelaki (Sperma) Antara Medium EVD Merebak

Lelaki yang pulih dari rawatan, mampu memindahkan EVD melalui air mani mereka dalam tempoh tujuh minggu selepas sembuh.

Doktor, jururawat ataupun mana-mana petugas kesihatan yang merawat pesakit EVD juga berisiko dijangkiti EVD apabila mereka tidak mengawal langkah pencegahan.

Ini jelas terbukti apabila di Nigeria dilaporkan apabila menerima kes kedua Ebola dimana pesakitnya seorang doktor.

Simptom-simptom Jangkitan Ebola

Demam secara tiba-tiba, lemah badan, sakit otot, sakit kepala dan sakit tekak antara tanda-tanda anda dijangkiti EVD yang merupakan penyakit virus pembawa yang teruk.

Selepas itu, pesakit akan mengalami muntah-muntah, ciri-birit, ruam kemerahan dan kegagalan buah pinggang dan hati untuk berfungsi.

Laporan WHO menyatakan dalam beberapa kes, antara tanda-tanda EVD ialah pendarahan dalaman dan luaran, manakala melalui ujian makmal mendapati sel darah putih dan kiraan platelet berkurangan dan enzim hati dalam tubuh badan pesakit akan meningkat.

Jika darah dalam tubuh seseorang lelaki yang dijangkiti EVD mengalir mereka masih bergelar pesakit EVD, sehingga mana virus ini hanya akan tersingkir daripada air mani selepas 61 hari dijangkiti.

Pada kebiasannya WHO melaporkan gejala EVD akan timbul selepas dalam tempoh antara dua hingga 21 hari selepas mereka dijangkiti wabak Virus Ebola.

Diagnosis awal oleh Doktor

Antara gejala awal yang hampir sama dengan EVD ialah denggi, malaria, demam kepialu, shigellosis, kolera, leptospirosis, hawar tikus, cacar rickettsiosis, demam berulang, meningitis, hepatitis dan lain-lain demam virus berdarah.

Setakat ini ujian makmal mendiagnosis virus Ebola dengan beberapa saringan ujian antaranya antibodi menangkap enzim-esei imuno serapan berkaitan.

Selain itu, ujian pengesan antigen dan ujian pengneutralan serum juga mampu mengesan EVD.

Malah reaksi berantai transcriptase polymerase terbalik (RT-PCR), mikrosokop electron dan virus pengasingan oleh struktur sel menjadi strategi oleh pakar-pakar perubatan bagi mengesan EVD.

Penawar Dan Vaksin Ebola

Pakar perubatan seluruh dunia masih buntu dalam mencari penawar yang spesifik bagi wabak EVD.

Namun, setakat ini masih belum ada vaksin untuk EVD walaupun petugas kesihatan beberapa kali menguji vaksin terhadap EVD, tetapi tiada satu pun yang sepadan.

Walaupun tiada perubatan yang khusus, pesakit yang dijangkiti perlu mendapat penjagaan sokongan yang intensif.

Ini kerana mereka sering mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan) dan memerlukan rehidrasi oral (meminum banyak air) melalui elktrolit atau dipanggil cecair intravena.

Panduan WHO: Pencegahan Dan Kawalan Virus Ebola

WHO menasihati orang ramai bahawa, pihak yang bertanggungjawab perlu mengawal RESTV pada haiwan domestik.

Rutin pembersihan dan pembasmian kuman perlu dilakukan di ladang seperti babi atau kandang monyet dengan menggunakan natrium hipoklorit atau bahan cuci yang lain.

Jika wabak tersebut disyaki telah merebak, premis atau tempat yang dijangkiti wabak tersebut perlu dikuaratin dengan pengawasan yang ketat ketika menanam atau membakar bangkai.

Di samping itu, penyekatan dalam pergerakan haiwan perlu diusahakan bagi menghalang mereka dari terus membawa EVD kepada haiwan lain yang berada di ladang berbeza.

Beralih kepada manusia pula, orang ramai dinasihatkan agar tidak memegang atau memakan haiwan liar yang dijangkiti virus.

Memakan daging eksotik seperti daging monyet, kelawar atau beruk dalam kalangan penduduk,dapat mengeruhkan lagi keadaan.

Ini dibuktikan dengan amalan pemakanan seharian yang berlaku di Guinea apabila kelawar buah menjadi menu utama.

Orang awam digesa memakai alat perlindungan tangan iaitu sarung tangan (glove) yang boleh didapati di pusat kesihatan berhampiran.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Kontroversi Hanez Suraya Tayang Perut!

Kontroversi Hanez Suraya Tayang Perut!

Selepas reda dengan kontroversi bercinta dengan suami orang, nama pelakon Hanez Suraya tidak lagi diperkatakan ataupun dicemuh sebilangan besar peminat industri hiburan tempatan.

Hanez Suraya Tayang Perut!

Namun, mungkinkah dengan perkongsian gambar terbaharu Hanez ini bakal menaikkan kembali namanya sekali gus meraih perhatian daripada para peminatnya?

(Baca: 5 Produksi Filem Seram Yang Di Sumpah Di Dunia Sebenar!)

Dalam gambar tersebut, Hanez mendedahkan sebahagian perutnya yang putih melepak untuk tontonan umum dan foto tersebut dipercayai diambil ketika aktres ini sedang bercuti di Singapura, baru-baru ini.

Memang tak dinafikan Hanez merupakan salah seorang di antara selebriti yang mempunyai pakej menarik, berwajah cantik dan berbadan hot!

Sebab itulah dia tak kisah tayangkan sikit untuk peminatnya di luar sana. Kan?

Sumber: Mynewshub.my

Thursday, August 14, 2014

MH17: 22 Ogos Diisytihar Hari Berkabung Negara

MH17: 22 Ogos Diisytihar Hari Berkabung Negara

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan 22 Ogos (Jumaat) sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan jenazah warga Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Ukraine.

MH17

Beliau berkata satu istiadat penghormatan jenazah tragedi itu akan diadakan pada hari tersebut di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berikutan ketibaan 16 jenazah tragedi itu termasuk seorang bukan warga negara Malaysia.

Katanya jenazah itu akan dibawa melalui sebuah pesawat khas dari Amsterdam yang dijangka tiba di KLIA pada 10 pagi.

“Upacara penghormatan untuk jenazah dibuat secara tertib, sesuai dengan penghormatan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi pesawat MH17.

Muhyiddin berkata Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dijangka berangkat ke istiadat tersebut, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jemaah menteri, menteri besar dan ketua menteri serta keluarga mangsa.

Muhyiddin berkata tiada cuti umum sempena hari berkabung negara tersebut.

Pada upacara itu, setiap jenazah akan diusung pegawai istiadat dari Angkatan Tentera Malaysia dan dibawa menaiki 16 kereta jenazah dan diberi penghormatan mengikut agama masing-masing serta bertafakur.

Katanya sembilan daripada 15 jenazah warga Malaysia itu bukan beragama Islam. Identiti jenazah hanya akan diumumkan pada upacara tersebut.

Muhyiddin berkata beberapa jenazah akan dibawa ke kampung halaman dan akan diiringi waris.

Setakat ini, beliau berkata pesawat Nuri akan menerbangkan tiga jenazah ke beberapa negeri di Semenanjung manakala sebuah pesawat Charlie akan menerbangkan satu jenazah ke Sarawak.

Katanya, terdapat permintaan bagi dua daripada jenazah mangsa menjalani proses pembakaran di Belanda sebelum diterbangkan ke tanah air.

Beliau berkata jenazah seorang warganegara Belanda juga akan dibawa ke Malaysia untuk disemadikan kerana terdapat permintaan dan menurutnya mangsa dipercayai asalnya warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga Belanda.

Muhyiddin berkata setakat ini, 24 jenazah warga negara Malaysia mangsa tragedi MH17 telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa di Amsterdam, iaitu 14 penumpang dan 10 anak kapal.

Beliau berkata jenazah selebihnya yang sudah dikenal pasti itu belum melalui proses lengkap dan akan dihantar pulang secara berperingkat.

“Bukan kita tidak boleh bawa sekali (semua sekali) tetapi pihak di sana (Belanda) beri kata putus bila masa sesuai boleh dibawa pulang.

“Bagi jenazah yang berbaki, kita masih menunggu isyarat daripada Belanda dan sedang dipantau oleh Kementerian Pengangkutan dan MAS. Selepas 22 Ogos ini, kemungkinan selang beberapa hari ada penerbangan supaya waris tidak tunggu lama,” kata Muhyiddin.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan mengadakan upacara penghormatan jenazah bagi mangsa lain yang tiba kemudiannya tetapi upacara itu akan diadakan secara lebih ringkas.

Beliau berkata tiada tempoh tertentu ditetapkan untuk pencarian semua mangsa rakyat Malaysia kerana usaha masih diteruskan bagi memasuki lokasi nahas di Ukraine yang merupakan kawasan pertempuran.

“Kita belum selesai lagi. Pihak-pihak di sana (Belanda) masih menjalankan proses forensik dan DNA. Biarlah tunggu sehingga semuanya selesai,” katanya.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh, namun setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.–BERNAMA

AWAS! Mesin ATM Di Genting Highlands Ada Alat Curi Data!

AWAS! Mesin ATM Di Genting Highlands Ada Alat Curi Data!

Polis mengesan empat mesin juruwang automatik (ATM) di Genting Highlands yang dipasang alat perakam khas bagi mencuri data kad bank pelanggan sejak Februari lepas hingga awal Ogos ini.

Mesin ATM

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Azizan Md Isa berkata jenayah yang didalangi sindiket sama itu dikesan meletakkan alat perakam khas di dalam slot kad dan kamera litar tertutup (CCTV) tanpa wayar yang dipasang di mesin ATM di bank tersebut.

Beliau berkata kejadian terbaru dikesan pada 7 Ogos lepas kira-kira jam 4 petang di sebuah mesin ATM di kawasan peranginan yang menjadi tumpuan pelancong di Genting Highlands manakala tiga kes lagi dikesan pada bulan Februari, Mei dan Jun lepas.

Katanya siasatan awal mendapati sindiket ini menggunakan alat perakam khas dan CCTV yang dipasang di mesin-mesin ATM bertujuan menyalin data akaun mangsa manakala CCTV digunakan untuk merakam nombor pin mangsa.

“Selepas memperoleh maklumat tersebut sindiket itu akan membuat kad ATM palsu untuk mengeluarkan wang,” katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Azizan berkata polis juga percaya sindiket ini menyasarkan pelancong dari luar negara memandangkan kad bank milik mereka mudah dibuat salinan.

Katanya sindiket ini juga dipercayai memilih mesin ATM yang diletakkan di luar bangunan bank dan polis kini bekerjasama dengan pihak bank berkenaan bagi mendapatkan rakaman CCTV suspek terbabit.

“Polis juga tidak dapat memastikan bila mereka memasang alat perakam khas itu bagaimanapun siasatan sedang giat dijalankan. Sehingga kini juga tiada laporan polis dibuat berhubung kehilangan wang di sana,” katanya.

Ekoran kejadian itu, Azizan menasihati pihak bank supaya memeriksa mesin ATM secara kerap untuk memastikan tidak ada alat-alat asing yang dipasang di mesin ATM berkenaan.

Selain itu, katanya, CCTV yang dipasang oleh pihak bank untuk mengawasi mesin ATM juga harus sentiasa diperiksa bagi memastikan ia berfungsi dengan baik dan lokasi mesin ATM juga harus di tempat terbuka dan bukannya di tempat sunyi.–BERNAMA

Awie Dan Erra Fazira Bercinta?

Awie Dan Erra Fazira Bercinta?

Awie dan pelakon, Erra Fazira sekali lagi menjadi perhatian peminat apabila ramai yang ingin melihat mereka kembali bersama.

Awie Dan Erra Fazira Kembali Bercinta

Semuanya gara-gara mereka dilihat seolah-olah sudah berjanji apabila mengenakan baju raya sedondon rona merah ketika hadir sama ke program Meletop Throwback Raya baru-baru ini.

Awie yang ditemui di lokasi penggambaran filem Warna Cinta Impian di Cyberjaya menjelaskan ia hanya kebetulan dan tidak disengajakan.

"Terus-terang saya dan Erra tidak berjanji untuk hadir dengan pakaian dari rona yang sedondon dan kebetulan sahaja warna kami sama pada hari itu," katanya.

"Biasalah, dari kami bercinta hingga putus tunang dulu, peminat tidak berhenti dan masih punya impian untuk melihat kami bersama, namun saya sudah lali dengan semua itu.

Awie Dan Erra Fazira Kembali Bercinta [2]

"Apa yang berlaku biarkan berlalu. Saya pasti, Erra sama seperti saya, fokus kami kini adalah untuk mencari rezeki buat anak-anak.

"Namun saya akui selesa berkawan dengan Erra cuma soal hati saya rasa belum lagi kerana saya rasa Erra berhak dapatkan lelaki yang jauh lebih baik dari saya.

"Tapi saya tidak mahu bercakap lebih-lebih kerana jodoh, ajal dan maut adalah ketentuan Allah SWT," jelasnya lagi.

Namun, Awie mengakui jodoh, ajal dan maut terletak di tangan Tuhan dan dia berserah.

BACA INI JUGA: 8 Cara Isteri Kena Goda Suami Untuk Elak Cerai

Sanggup 'Patahkan' Tulang Rusuk Supaya Ramping?

Sanggup 'Patahkan' Tulang Rusuk Supaya Ramping?

Seorang penyanyi terkenal Mexico, Ariadna Thalia Sodi Miranda, telah memuat naik gambarnya bersama tulang rusuk yang disimpan dalam balang, dalam instragam miliknya.

Ariadna Thalia Sodi Miranda [2]

Spekulasi yang tersebar sejak bertahun-tahun lalu bahawa penyanyi itu telah mengeluarkan tulang rusuknya untuk kelihatan kurus, akhirnya terjawab.

Anda rasa saya membuang tulang rusuk saya? Ya, Tidak? .

“Kepada peminat dari Filipina, ini buktinya. Saya sayangkan tulang rusuk saya.

"Saya menyimpannya selama ini dan persoalan berterusan,” itu yang ditulisnya, sekaligus terus mencetuskan persoalan lagi di kalangan peminat penyanyi berkenaan.

Ariadna Thalia Sodi Miranda

Thalia yang mempunyai peminat di kalangan penduduk Filipina, dikatakan membuang dua tulang rusuknya untuk kelihatan ramping.

Beliau telah mencetuskan persoalan baru-baru ini apabila menyebut mengenai perkara berkenaan dalam satu temu bual.

Namun tidak diketahui sama ada sama ada imej di instagram itu betul atau sekadar lawak jenaka.

BACA INI JUGA: Video Ngeri Wanita Patah Kaki Ketika Senaman!

Aplikasi Percuma Dan Popular Android

Aplikasi Percuma Dan Popular Android

Kebanyakan pengguna peranti mudah alih dengan sistem operasi (OS) Android, mungkin sudah selesa dengan ekosistem yang ada pada peranti tersebut.

Popular Android Apps

Sememangnya ada aplikasi yang telah dimiliki tetapi ke 22 aplikasi dibawah, meliputi semua kegunaan dan ia boleh merubah ekosistem peranti mudah alih anda menjadi lebih praktikal.

Apa pun, aplikasi yang sedia ada atau dipasang kemudian sebenarnya boleh memberikan lebih kebaikan khususnya dari segi tambahan fungsi dan ciri lain yang mungkin ditawarkan.

Kali ini kami ketengahkan 22 aplikasi paling popular dan yang paling penting percuma, untuk dipasang pada peranti mudah alih Android anda.

1. Facebook (Pembangun: Facebook)

2. Camera360 Ultimate (Pembangun: PinGuo Inc)

3. Facebook Messenger (Pembangun: Facebook)

4. WhatsApp Messenger (Pembangun: WhatsApp Inc)

5. Instagram (Pembangun: Instagram)

6. Clean Master - Free Optimizer (Pembangun: Cheetah Mobile)

7. BBM (Pembangun: BlackBerry Limited)

8. WeChat (Pembangun: Tencent Technology (Shenzhen) Company Ltd)

9. 360 Security - Antivirus FREE (Pembangun: Qihu 360 Software Co. Ltd (QIHU)

10. Opera Mini Browser (Pembangun: Opera Software ASA)

11. Skype (Pembangun: Skype Communication)

12. Go Launcher EX (Pembangun: Go Launcher Dev Team)

13. Twitter (Pembangun: Twitter Inc)

14. Photo Grid - Collage Maker (Pembangun: RoisApp Photography)

15. Viber (Pembangun: Viber Media S.ar.l)

16. YouTube (Pembangun: Google Inc)

17. DU Battery Saver & Widgets (Pembangun: DU APPS STUDIO Productivity)

18. PicsArt-Photo Studio (Pembangun: PicsArt Photography)

19. Battery Doctor (Battery Saver) (Pembangun: Cheetah Mobile Inc.)

20. Mobogenie Market (Pembangun: Mobogenie.com)

21. Cymera - Camera & Photo editor (Pembangun: SK Communications Photography)

22. GO Keyboard (Emoji Free) (Pembangun: GO Dev Team)

Selamat mencuba kesemua apps diatas..

BACA INI JUGA: Aplikasi WhatsApp Melalui Komputer Anda!

-Sentiasapanas.com

Awas! Fikir Dahulu Sebelum SELFIE!

Awas! Fikir Dahulu Sebelum SELFIE!

Perbuatan selfie pada hari ini sudah menjadi fenomena biasa. Namun, ramai yang tidak sedar bahaya selfie ke atas diri mereka dan orang lain.

Bahaya Selfie
Gambar hiasan.

Jadi, dengan mengetahui risiko dan ancaman akibat perbuatan selfie ini, kita dapat berfikir dengan bijak dan membuat keputusan yang tidak akan mengancam diri kita di masa hadapan.

Dedah lokasi semasa individu

Selfie sering diambil apabila seseorang itu ingin dilihat berada di lokasi tertentu. Apabila dimuat naik, gambar tersebut akan dikongsikan bersama orang lain, di mana ia juga menunjukkan lokasi dan perkara yang dilakukan di tempat berkenaan.

Tindakan ini dianggap berbahaya apabila maklumat seperti lokasi dan masa diketahui oleh penghendap siber menerusi gambar selfie tersebut.

Lebih buruk lagi jika lokasi itu kerap dilawati menjadikannya mudah untuk dicari.

Dedah identiti fizikal individu

Adakalanya kita selalu berwaspada apabila berada dalam talian. Biasanya, apabila kita berada di alam siber, kita akan sentiasa untuk menjaga atau menyembunyikan identiti kita agar tidak diketahui oleh orang lain.

Namun, kita juga sering terlupa bahawa perbuatan selfie juga boleh mengundang bahaya apabila identiti fizikal kita terdedah kepada umum.

Jadi, trend pemakaian dan imej yang ditampilkan mungkin memberikan suatu petunjuk yang konsisten kepada penghendap siber.

Dedah maklumat kenalan anda

Biasanya selfie juga melibatkan gambar kita bersama individu lain seperti artis dan rakan. Biarpun tindakan bergambar bersama artis dan rakan dianggap normal, namun gambar yang dimuat naik mengandungi maklumat berkaitan individu tersebut.

Maka, kita perlu berwaspada kerana maklumat individu berkenaan boleh dikaitkan dengan individu yang ingin dijejaki.

Sehubungan itu, kita perlu lebih prihatin semasa berselfie atau mengambil gambar-gambar bersama individu yang lain.

Dedah butiran sensitif keluarga

Selfie bersama ahli keluarga adalah satu perbuatan yang biasa dilakukan. Malah, gambar selfie itu mampu memberikan gambaran mengenai paras rupa serta umur individu tersebut. Manakala tindakan berkongsi gambar selfie pula mungkin akan mendatangkan isu-isu yang mungkin sensitif kepada ahli keluarga.

Contohnya, mungkin ada dalam kalangan ahli keluarga tersebut yang berasa tidak selesa apabila sesuatu yang buruk tentang diri mereka dikongsi bersama orang lain.

Dedah kediaman tidak berpenghuni

Risikonya tetap ada meskipun selfie dilakukan di luar kediaman anda. Gambar-gambar ini membantu penjenayah atau penghendap siber mengetahui lokasi anda dan secara tidak langsung mengenai rumah yang anda diami.

Apabila corak maklumat sebegini diperolehi oleh penjenayah secara konsisten, maka mereka dapat meramal waktu rumah kita tidak didiami.

Perilaku ini memudahkan penjenayah untuk menceroboh masuk tanpa kerisauan kehadiran penghuni rumah.

Dedah aktiviti selain pergerakan

Tidak dinafikan, mungkin ramai di kalangan kita yang suka atau sering berkongsi pelbagai aktiviti harian di internet.

Sekiranya selfie dilakukan di setiap tempat yang kita kunjungi, maka pergerakan kita mungkin boleh direkodkan oleh penghendap siber.

Situasi begini akan lebih memudahkan penjenayah atau penghendap siber untuk membuat tafsiran mengenai pergerakan kita dan seterusnya mereka boleh merancang perbuatan yang tidak diingini terhdapa kita.

Dedah nama atau tempat bekerja

Kadangkala selfie dilakukan bersama rakan sekerja di pejabat. Ini bukan satu perbuatan yang merbahaya, tetapi apabila dilakukan di pejabat, barangkali kita dan rakan sekerja memakai tag nama atau ada logo organisasi tempat kita bekerja. Jadi, ini boleh mengundang ancaman seperti ugutan dan kecurian identiti.

Maka sebelum berselfie, pastikan tag nama dan nombor plat kenderaan tidak terdedah, kerana ada di kalangan kita yang sifat kerjayanya harus kekal rahsia.

Kesimpulan

Tanpa sedar, kita seperti mengundang masalah kelak setiap kali gambar selfie dirakam dan dikongsi dengan rakan-rakan dalam internet.

Hakikatnya, keadaan merbahaya ini akan kekal untuk satu tempoh masa yang panjang, bergantung kepada siapa yang memiliki gambar berkenaan dan kekerapan mereka berkongsi gambar-gambar di internet.

Jika anda menghadapi ancaman serta salahlaku siber, anda boleh laporkan insiden berkenaan ke Pusat Bantuan Cyber999 menerusi saluran berikut:

Tapak web: www.cybersecurity.my atau www.mycert.org.my
Emel: cyber999@cybersecurity.my
Telefon: 1-300-88-2999 (waktu pejabat) atau 019-266 5850 (24 jam)

Jadi, fikir dulu sebelum Selfie!

BACA INI JUGA: Selfie, Gangguan Penyakit Mental

-Sentiasapanas.com