Friday, May 02, 2014

Dakwa Temui Serpihan Pesawat MH370!

Dakwa Temui Serpihan Pesawat MH370!

Seorang ahli arkeologi marin Britain mendakwa menemui serpihan sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang di sebuah lokasi sejauh 4,800 kilometer dari zon pencarian masa kini di selatan Lautan Hindi, lapor akhbar MailOnline.

Tim Akers, 56

Ahli arkeologi marin berkenaan, Tim Akers, 56, telah mengkaji perairan Australia di luar pantai bandar raya ini selama bertahun-tahun untuk mencari bangkai sebuah kapal perang negara itu, HMAS Sydney yang hilang semasa Perang Dunia Kedua.

Pencarian lokasi kapal HMAS Sydney karam itu dilakukan di perairan sama pesawat Boeing 777-200ER milik MAS itu dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi, luar pantai Australia Barat.

Sebelum ini, operasi besar-besaran melibatkan sejumlah satelit, pesawat dan peralatan bawah laut canggih yang berupaya meninjau dasar laut dalam gagal mengesan sebarang serpihan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

Namun, Akers yang berasal dari Yorkshire Utara percaya, dia telah menemui lokasi di mana pesawat yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu terhempas selepas ia hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Dia mendakwa mengenal pasti ekor pesawat hilang di perairan di luar Vietnam di sebuah lokasi yang terletak hanya sekitar 1,600 kilometer dari tempat pesawat itu berlepas.

Penemuannya menyokong beberapa laporan pada minggu ini termasuk daripada seorang bekas juruterbang Amerika Syarikat, Michael Hoebel yang percaya dia telah menemui bangkai pesawat Boeing 777-200 itu di perairan Thailand.

Akers memberitahu bahawa dia kini mengenal pasti beberapa bahagian pesawat di sebuah lokasi berdekatan dengan laporan yang diterima oleh pihak berkuasa Vietnam bahawa beberapa pekerja cari gali minyak melihat sebuah pesawat terbakar jatuh dari udara.

Imej itu ditemui berdasarkan imbasan gambar dari satelit yang menunjukkan serpihan seperti ekor dan sayap pesawat. –Agensi

BACA INI JUGA: Misteri Simbol MH370 Dalam Filem-filem Hollywood

Riwayat Dajjal Berakhir Di Pintu Kota Lod

Riwayat Dajjal Berakhir Di Pintu Kota Lod

Info Dajjal. Bandar ini kecil. Keluasannya tidak sampai 13 kilometer. Kaum Yahudi menamakannya sebagai Lod. Manakala bangsa Arab pula menyebutnya sebagai Ludd atau Al-Ludd.

Lod City

Ribuan tahun dahulu, bandar ini juga dikenali dengan nama Lydda dan Diospolis. Terletak di daerah tengah Israel, bandar Lod berada lebih kurang 15 kilometer dari tenggara Tel Aviv.

Populasi penduduknya lebih kurang 70 ribu pada penghujung tahun 2011. Daripada jumlah itu, 80 peratus adalah Yahudi. Selebihnya adalah bangsa arab.

Perlu diketahui, awal dahulu kota ini dipenuhi bangsa Arab beragama Islam. Namun, kerana pencerobohan Israel pada 1948, ramai penduduk Islam telah diusir. Ditambah dengan projek peluasan tapak penempatan haram Yahudi di situ.

Sejarah Lod

Salahuddin Al Ayubi

Kita singkap sedikit sejarah kota kecil ini. Mengikut kajian, kota ini mungkin sudah wujud sejak tahun 5,600 Sebelum Masihi berdasarkan usia tembikar dan beberapa barangan arkeologi yang ditemui. Sejarah menunjukkan beberapa kuasa pernah menakluki bandar kecil ini.

Pada abad ke 15 Sebelum Masihi, Lod berkembang sebagai pusat pemikir dan perdagangan Yahudi sehinggalah kota ini ditakluki penguasa Rom pada tahun 70 Masihi.

Dalam peperangan itu, Rom turut menjual penduduk Lod sebagai hamba abdi dan kota ini turut mengalami kehancuran akibat perang.

Sewaktu dalam kekuasaan Rom, kebanyakan penduduk kota ini menganut agama Kristian. Tambahan pula penguasa Rom telah melakukan usaha untuk mengkristiankan penduduk didalam daerah kekuasaannya.

Apabila kebangktan tentera Islam yang dipimpin Amr Ibn Al-As meluaskan kuasa, Lod berjaya ditawan pada tahun 636 Masihi. Namun pada tahun 1099, tentera salib berjaya merebut semula kota ini.

Ditangan tentera Saladdin, Lod berjaya direbut semula oleh tentera Islam namun tidak lama. Kemasukan bangsa Eropah berfahaman Katolik telah menguasai kota itu dan bergiat hebat menyebarkan fahaman mereka. Malah, semasa pendudukan itu, sangat sukar menemui Yahudi di dalam kota ini.

Seiring dengan peredaran zaman, Lod turut berkembang di bawah pemerintahan empayar Uthmaniah. Ada masjid dan gereja, stesen kereta api juga dibina.

Pada tahun 1918, wakil Inggeris di Palestin diberi mandat untuk mentadbir Lod berikutan keputusan League of Nation, organisasi antarabangsa yang ditubuhkan untuk mencapai keamanan.

Sehingga tahun 1948, kota Lod masih berada dalam kekuasaan Arab dibawah Palestin dengan populasi penduduk sekitar 20 ribu umat Islam dan hampir dua ribu penduduk Kristian.

Namun, setelah Israel mengisytiharkan merdeka dengan tanah yang telah dicerobohinya, pada Julai 1948, bangsa Yahudi telah menakluki kota Lod.

Palestinian_refugees_Lod_1948
Penduduk Palestin yang diusir dari Kota Lod.

Dalam satu serangan, lebih kurang 250 bangsa Arab termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh apabila Israel mengarahkan tenteranya untuk menembak sesiapa saja yang kelihatan di jalanan kota tersebut.

Sejak dikuasai Israel, umat Islam di kota itu mula diasingkan. Beratus-ratus orang Arab telah diusir oleh komando Israel dengan dipaksa berjalan kaki sepanjang 17 kilometer memasuki sempadan daerah Arab. Ramai yang meninggal kerana dehidrasi.

Manakala ramai bangsa Arab di kota itu tidak diizinkan tinggal dirumah mereka. Malah, Israel segera 'mengimport' kemasukan Yahudi daripada pelbagai daerah menyebabkan populasi Yahudi terus bertambah di kota itu.

Sebaliknya, populasi Islam kian mengecil. Taktik Israel berjaya dan kota itu akhirnya bertukar menjadi bandar Yahudi sehingga kini.

Apa yang menarik tentang kota Lod sehinggakan Yahudi begitu ingin menguasai kawasan itu?

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: "Dajjal si buta sebelah menebarkan kesesatan dari arah timur, pada zaman terjadinya perselisihan antara manusia. Lalu dia berangkat ke Hijaz, diantara Iraq dan Syam. Kemudian dia mendatangi Madinah dan Mekah, tetapi para malaikat menghalanginya. Dia pun pergi ke Palestin tempat Isa bin Maryam as membunuhnya." (Hadis riwayat Al-Bazzar)

Dajjal Killed

Dalam hadis lain, kota Lod turut disebut sebagai 'bab Lud' atau gerbang Lod. Dikatakan, di kota inilah Dajjal akan dikalahkan oleh Nabi Isa.

Dalam sesetengah kajian lain, gerbang Lod yang disebut tempat kematian Dajjal merujuk kepada kota yang berhampiran dengan Baitulmuqaddis di Palestin.

Di dalam kota Lod, ada sebuah dinding setinggi tiga meter yang dibina sebagai tanda sempadan yang memisahkan wilayah Yahudi dan Arab.

Kedua-dua kawasan itu mengalami pembangunan yang berbeza. Wilayah Yahudi pernah membangun, tetapi wilayah Arab jauh ketinggalan.

Dajjal dibunuh di pintu kota Lod

Gharqad-Tree

Seperti yang telah diriwayatkan, Nabi Isa akan turun di menara putih, bahagian timur kota Damsyik. Baginda akan sama-sama solat Subuh berimamkan Imam Mahdi dalam masjid di Baitulmuqaddis.

Setelah itu, Nabi Isa akan berdepan dengan Dajjal yang dibelakangnya sudah bersedia 70 ribu Yahudi lengkap bersenjata.

Melihat Isa didepan mata, Dajjal tiba-tiba cair seperti garam disiram air. Ia lari ketakutan dan Nabi Isa terus mengejarnya hingga tiba di pintu Lod dan membunuh Dajjal.

Seperti sabda Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Majah, Ibnu Huzaimah & Hakim yang bermaksud: "...Dia (Dajjal) pun dibunuhnya (oleh Isa)."

Lalu Allah berkenan menghancurkan orang Yahudi, maka tidak satu pun dari seluruh makhluk Allah yang tidak memberitahu tentang keberadaan Yahudi kerana Allah telah membuat mereka mampu berbicara kecuali Gharqad (nama pohon Yahudi) yang tidak mampu berbicara kerana ia termasuk pohon orang Yahudi. Semua makhluk Allah tadi akan mampu mengatakan, "Wahai hamba Allah, disini ada orang Yahudi, bunuhlah."

Jadi, tahulah kini mengapa Yahudi menguasai kota Lod dan menggiatkan usaha menanam pohon Gharqad!

-Sentiasapanas.com

Necropants, Ilmu Kufur Paling Terkenal Di Eropah

Necropants, Ilmu Kufur Paling Terkenal Di Eropah

Sekitar abad ke-17, ketika negara-negara Barat sedang rakus mengaut kekayaan di tanah jajahan baru di kawasan benua Asia, muncul berita yang sangat mengejutkan pemodal kaya di seluruh Eropah.

Necropants

Berita itu bukan sahaja menimbulkan seribu tanda tanya di kalangan mereka tetapi telah menjadi simbol kepada dunia bahawa wujud sebuah bangsa yang ketandusan pengetahuan agama sejak dulu hingga kini.

Berita ini berpunca di sebuah rumah yang terletak di sebuah kawasan bernama Halmovik, Iceland.

Mengikut catatan abad ke-17, sesiapa sahaja yang masuk ke rumah ini dan melihat apa yang dipamerkan, pasti akan berasa gerun. Soalnya apa yang dimaksudkan pencatat ini?

Objek yang tersimpan dalam rumah ini adalah sejenis seluar yang dinamakan Necropants.

Menurut penyimpan seluar ini, sesiapa yang memakai seluar ini bakal menjadi kaya dan bernasib baik sepanjang hidupnya tetapi siapa yang memakai seluar ini tanpa keizinan pasti akan ditimpa nasib malang seumur hidup.

Bagi golongan agama, mereka tertanya-tanya, apakah ketentuan hidup manusia boleh ditentukan melalui seluar? Tidakkah mereka lupa, siapa yang memberi rasa kenyang dan lapar?

Bolehkah hanya seluar saja menentukan kekayaan tanpa ada usaha untuk mencari kekayaan? Dan persoalan yang paling ramai ingin tahu ialah, apakah sebenarnya seluar ini?

Necropants adalah seluar yang diperbuat daripada kulit manusia. Mengikut lagenda masyarakat Iceland, seluar adalah salah satu perkara sihir yang diamalkan masyarakat ini.

Berdasarkan kepada lagenda ini, satu ketika dahulu, muncul sebuah ilmu sihir yang boleh digunakan untuk mencipta nasib yang baik. Ilmu kufur ini begitu terkenal di Eropah sehinggakan ramai yang ingin mempelajarinya.

Bagaimanapun, tiada seorang pun yang berjaya mempraktikkan ilmu ini. Ini kerana, syarat yang dituntutsangat sukar dan merupakan suatu perkara yang mustahil, pengamalnya perlu membuat seluar daripada kulit manusia yang telah meninggal dunia.

Untuk mengambil kulit pula memerlukan keizinan daripada si mati. Selepas itu, ia harus dipotong tanpa sebarang luka atau tertoreh lubang hingga kulit itu tembus.

grimoure-aegishjalmur
Salah satu kitab ilmu sihir masyarakat Iceland.

Selepas beberapa zaman berlalu, seorang lelaki telah memberikan kebenaran kepada sahabat baiknya untuk menggunakan kulitnya dan dijadikan persembahan bagi mengamalkan sihir itu.

Selepas meninggal dunia, sahabat lelaki ini pun memotong kulit mengikut syarat yang ditetapkan. Dia kemudiannya mencuri sekeping syiling daripada seorang janda yang amat miskin lalu dilukiskan lambang Nabrokarstafur pada syiling berkenaan dan diletakkan pada lubang skrotum seluar kulit ini lalu dipakainya.

Menurut penduduk tempatan, cerita lagenda itu cuma habis disitu dan tidak diketahui apa yang berlaku seterusnya.

Selepas beberapa generasi, seluar ini masih lagi wujud dan tersimpan di sebuah muzium di Iceland. Muzium ini dinamakan sebagai muzium ahli sihir dan ilmu sihir.

Berdasarkan kepada tekaan penduduk, masih ada lagi beberapa helai seluar kulit manusia disimpan sebagai warisan keluarga dan tidak dipamerkan kepada umum kerana mahu menjaga sensitiviti masyarakat.

Bagaimanapun, tindakan kufur ini akhirnya mendapat balasan. Berdasarkan catatan pedagang di Eropah, sepanjang abad ke-17 hingga 18, Iceland sentiasa ditimpa bencana.

Jiran negara ais ini, Denmark, telah memutuskan persahabatan dengan Iceland selain melarang aktiviti perdagangan dan perniagaan dengan Iceland.

Nabrokarstafur symbol
Lambang Nabrokarstafur.

Akibat tekanan ekonomi, keselamatan Iceland menjadi longgar hinggakan ia tidak mampu melawan serangan lanun. Ramai wanita dan kanak-kanak telah ditangkap lanun dan dijual sebagai hamba abdi. Penduduk yang terjejas teruk adalah mereka yang tinggal di kawasan pantai. Mereka selalu menjadi mangsa kekejaman lanun.

Sementara penduduk di kawasan tinggi pula dihimpit dengan masalah bencana gempa bumi dan letupan gunung berapi. Lahar yang mengalir bukan saja membunuh mereka tetapi meranapkan tempat tinggal dan melumpuhkan ekonomi negara ini.

Kemuncak bala ini berlaku pada abad ke-18 apabila penduduk negara ini diserang penyakit cacar gergasi.

Berdasarkan anggaran kasar, separuh daripada penduduk negara ini mati akibat cacar yang aneh dan pelik.

BACA INI JUGA: Kontroversi SAIZ Sebenar Zakar Rasputin!

-Sentiasapanas.com

Thursday, May 01, 2014

"Saya Belajar Menjadi Ketua Dan Pengikut Yang Baik"

"Saya Belajar Menjadi Ketua Dan Pengikut Yang Baik"

Info Motivasi. Lokman dan gurunya, Tok Bentara mahu keluar bermusafir. Tok Bentara berkata; "Sebelum kita keluar bermusafir, salah seorang daripada kita perlu menjadi ketua".

Ketua pejabat yang cantik
Gambar hiasan.

"Sudah tentu saya melantik Tok Bentara sebagai ketua dalam perjalanan kita," kata Lokman dengan merendah diri.

Tok Bentara bersetuju. Lalu bermusafirlah mereka.

Ketika dalam perjalanan, hujan turun dengan lebatnya. Kebetulan pula mereka hanya membawa sekaki payung yang cukup untuk memuatkan seorang sahaja.

Tapi, Tok Bentara segera memayungi anak muridnya dan membiarkan dirinya basah ditimpa hujan.

Lokman: Biarlah saya saja yang memayungi Tok Bentara!

(Baca: Kisah Manusia Yang Terlupa Mendongak Ke Langit)

Tok Bentara: Tugas seorang ketua adalah melindungi pengikutnya agar sentiasa dalam keadaan baik. Oleh itu, sayalah yang patut memayungi kamu!

Lokman: Jika begitu, biarlah saya yang menjadi ketua agar saya boleh berkhidmat untuk guru saya.

Tok Bentara: Silakan!

Sewaktu mereka berhenti berehat, Tok Bentara menghilangkan dirinya. Lokman menunggu sehingga gurunya pulang dengan seberkas kayu untuk dijadikan kayu api.

Lokman: Mengapa guru tidak menyuruh saya sahaja pergi mencari kayu api? Bukankah saya ketua dan perlu melindungi guru yang menjadi pengikut saya?

Tok Bentara: (Sambil ketawa) Adalah tidak masuk akal seorang pengikut mengarah ketuanya melakukan kerja.

Setelah musafir mereka selesai, Tok Bentara bertanya kepada Lokman.

Tok Bentara: Apa yang telah kamu pelajari sepanjang musafir kita?

Lokman: (Sambil tersenyum) Saya belajar bagaimana untuk menjadi seorang ketua dan seorang pengikut yang baik!

-Sentiasapanas.com

Kisah Kemahsyuran Walk of Fame Hollywood

Kisah Kemahsyuran Walk of Fame Hollywood

Untuk pengetahuan anda, California adalah negeri ketiga terbesar di AS dan cukup terkenal dengan kepelbagaian bentuk muka bumi, budaya serta flora dan faunanya.

California City

Kalau anda ke California, tidak sempurna lawatan itu kalau tidak ke Hollywood dan Beverly Hills yang terletak di dalam daerah Los Angeles. Dan kalau ke Hollywood pula, tidak lengkap kalau tidak ke Walk of Fame!

Setiap tahun tidak kurang daripada 10 juta pelancong mengunjunginya. Begitulah hebatnya tarikan dunia hiburan Hollywood.

Bintang-bintang penghargaan Walk of Fame pula dibahagikan kepada lima kategori iaitu industri televisyen, filem, muzik, radio dan persembahan teater serta secara langsung (live).

Hollywood Walk of Fame

Setiap kategori disimbolkan dengan emblem tertentu misalnya set TV untuk industri TV, kamera filem (industri filem), fonograf (muzik), mikrofon (radio) dan topeng (teater dan persembahan secara langsung).

Ia mula dipasang secara tetap pada 28 Mac 1960 dengan pengarah filem, Stanley Kramer menjadi penama pertama yang diabadikan di bintang tersebut.

Bagaimanapun, Joanne Woodward sering disalah anggap sebagai yang pertama kerana sebelum itu namanya diabadikan di bintang yang dipasang sementara pada Ogos 1958 di Highland Aveneu bersama tujuh selebriti lain, untuk dijadikan contoh rupa Walk of Fame apabila diwujudkan kelak. Kemudian, Joanne adalah artis pertama bergambar bersama bintang tersebut.

Hollywood Walk of Fame - Joanne Woodward

Apabila berjalan di kaki lima itu, para pelancong dari seluruh dunia tidak putus-putus bergambar di bintang-bintang selebriti yang mereka minati.

Tetapi awas, bintang bintang itu terlalu banyak hingga kita akan keliru di mana mahu bermula, di mana berakhir, di mana lokasi bintang-bintang tertentu dan sebagainya.

Bayangkan, sehingga kini ada lebih kurang 2,500 nama artis yang diabadikan di Walk of Fame, dari zaman animasi dan 3D. Dari sebelum zaman Thelma Todd dan Bela Lugosi, sampailah kepada zaman The Beatles, Britney Spears, Tom Cruise, Celine Dion, Michael Jackson dan Johnny Deep.

Dan anda kenal siapa Gene Autry? Untuk pengetahuan anda, Autry merupakan satu-satunya selebriti yang mendapat lima bintang kerana namanya diabadikan dalam kelima-lima kategori tersebut.

Walk of Fame Gene Autry

Sementara itu, sumbangan Bob Hope, Mickey Rooney, Roy Rogers dan Tony Martin diberikan penghargaan dalam empat kategori bintang.

Frank Sinatra dalam tiga kategori manakala Michael Jackson, dua bintang, iaitu sebagai artis solo dan berkumpulan dalam The Jackson Five. Dan sudah tentulah bintang milik Michael Jackson adalah yang paling laris. Tidak putus-putus pelancong bergambar di situ.

Tetapi, jangan tersilap pula. Ada dua orang selebriti bernama Michael Jackson di Hollywood. Michael Jackson yang kita kenal dan Michael Jackson seorang personaliti radio.

Apabila penyanyi Michael Jackson meninggal dunia pada Jun 2009, ramai pengunjung tersilap meletakkan jambangan bunga, lilin dan pelbagai lagi tanda mata di sekitar bintang personaliti radio tersebut.

Hollywood Walk of Fame - Michael Jackson

Anda minat pelawak Charlie Chaplin? Namanya hanya diabadikan selepas dua kali pencalonan. Ketika namanya dicalonkan pada 1956, jawatankuasa menolaknya kerana Charlie ketika itu didakwa terlibat dalam perlanggaran undang-undang moral dan politik berhaluan kiri.

Bagaimanapun, namaya dicalonkan semula pada 1972 dan seterusnya diabadikan. Tahun yang sama juga Chaplin menerima Anugerah Oscar, yang dijalankan di bangunan Kodak Theatre yang merupakan 'pusat' Walk of Fame. Kalau minat, carilah namanya di sana.

Menariknya, ramai yang tidak tahu, bukan nama artis sahaja yang diabadikan di Walk of Fame, Astronaut pertama ke bulan Neil Armstrong, Michael Collins dan Edwin Eldrin pun diabadikan. Bukan dalam terazo bintang tapi bulan, yang turut mencatatkan tarikh 7/20/69 dan perkataan Apollo XI di bawah kategori industri TV.

Ini kerana misi tiga orang angkasawan itu mendapat liputan televisyen di seluruh dunia. Ia sekaligus melonjakkan kemajuan industri tersebut.

Walk of Fame Muhammad Ali

Petinju lagenda, Muhammad Ali pun diberikan penghargaan kerana sumbangannya dalam persembahan live. Bagaimanapun, bintang beliau diabadikan pada dinding bangunan Kodak Theatre atas permintaan Ali kerana tidak mahu namanya dilangkah dan dipijak orang.

Kalau anda peminat kartun pula, bolehlah bergambar di bintang Mickey Mouse, Bugs Bunny, Donald Duck, Woody Woodpacker, Shrek, Snow White dan banyak lagi.

Ramai orang mengatakan kita berfikiran kuno sebab percaya pada benda-benda karut. Tapi jangan terkejut, orang Hollywood pun ada kepercayaan sebegitu.

Misalnya, seseorang itu perlu membongkok di bucu bintang yang bawah kemudian letakkan tapak tangan kiri pada huruf pertama nama dalam bintang tersebut. Tanpa menggerakkan tangan kiri tadi, cecahkan tapak tangan kanan pada setiap bucu bintang mengikut arah jam, bermula dari bucu paling atas.

Kononnya, kalau anda berjaya buat begini tanpa menggerakkan tangan kiri, anda akan mendapat nasib yang baik sepanjang berada di Hollywood.

audrey-hepburn

Satu lagi, kononnya sesiapa yang meletakkan sekuntum bunga ros di atas bintang terazo milik aktres jelita Audrey Hepburn, kemudian mengelilinginya sebanyak sembilan kali sambil berniat untuk mendapatkan cinta sejati atau anak, hajat itu akan tertunai!

Dalam proses mengabadikan nama-nama selebriti berkenaan, beberapa kali terjadi kesilapan mengeja. Misalnya, Dick Van Dyke ditulis Vandyke, Julia Louis-Dreyfus (Julia Luis Dreyfus) dan Maurtitz Stiller (Maurice Diller).

Sedikit lagi fakta menarik, Bintang Rooger Moore dipasang di 7007 Hollywood Boulevard. Lokasi ini sangat bersesuaian dengan Moore kerana beliau menjadi James Bond sekuel ketujuh filem perisikan itu.

Walk of Fame Dead Ends Kids

Bintang terakhir yang diabadikan di penghujung sebelah barat Walk of Fame adalah milik Dead Ends Kids, iaitu kumpulan 14 orang pelakon muda pada tahun 1930an. Sebahagian daripada nama-nama bintang tadi sudah pun meninggal dunia. Sebahagian lagi hanyalah watak khayalan.

Jadi macamana, anda berminat ke Hollywood?

BACA INI JUGA: Pelakon Hollywood Yang Dipecat Dari Filem

-Sentiasapanas.com

Adakah Bos Anda BODOH Dan ANGKUH Seperti Ini?

Adakah Bos Anda BODOH Dan ANGKUH Seperti Ini?

Info Motivasi. Apabila seorang bos berpegang pada pendapatnya, itu bermakna dia seorang yang konsisten dan proaktif. Dan apabila seorang pekerja berpegang pada pendapatnya, itu bermakna dia keras kepala!

Bos sombong

Apabila seorang bos suka berubah pendapat, itu bermakna dia seorang yang fleksibel dan cuba menyesuaikan sesuatu dengan keadaan. Dan apabila seorang pekerja suka berubah pendapat, itu bermakna dia tidak mempunyai pendirian yang tetap!

Apabila seorang bos lambat melakukan kerja, itu bermakna dia seorang yang teliti. Dan apabila pekerja lambat melakukan kerja, itu bermakna dia tidak perform!

Apabila seorang bos melakukan kerja dengan cepat, itu bermakna dia seorang yang bijak mengatur perancangan. Dan apabila seorang pekerja melakukan kerja dengan cepat, dia memang seorang yang huru-hara!

Apabila seorang bos lambat membuat keputusan, itu bermakna dia seorang yang berhati-hati. Dan apabila pekerja lambat membuat keputusan, itu bermakna otaknya lambat berfikir!

Apabila seorang bos cepat membuat keputusan, itu bermakna dia seorang yang berani dan sanggup mengambil risiko. Dan apabila seorang pekerja membuat keputusan dengan cepat, itu bermakna dia tidak berfikir panjang!

Apabila seorang bos berani mengambil risiko, dia seorang yang memandang jauh ke hadapan dan berani berdepan cabaran. Dan apabila pekerja berani mengambil risiko, dia seorang yang bertindak sembarangan dan tak pakai otak!

Apabila seorang bos tidak berani berdepan risiko, itu bermakna beliau seorang yang berhati-hati dan berfikir panjang. Dan jika tidak berani berdepan risiko, itu bermakna dia tidak berani berdepan cabaran!

Apabila seorang bos melanggar prosedur, itu tandanya dia proaktif demi melakukan perubahan. Dan apabila seorang pekerja melanggar prosedur, itu bermakna dia melanggar peraturan!

Apabila seorang bos rasa curiga terhadap syarikat, itu bererti dia berwaspada. Jika pekerja rasa curiga terhadap pengendalian syarikat, itu maknanya dia berfikiran negatif!

sombong-masuk-neraka

Apabila seorang bos mengatakan sesuatu itu mudah, itu tandanya dia optimis. Bila pekerja mengatakan sesuatu itu mudah, itu tandanya dia suka meremehkan sesuatu perkara!

Apabila seorang bos selalu keluar, itu tandanya dia banyak temu janji atas urusan rasmi. Jika pekerja selalu keluar, itu tandanya dia suka curi tulang!

Apabila seorang bos tidak masuk ke pejabat, itu tandanya dia sedang sibuk di luar. Bila pekerja selalu tidak masuk pejabat, itu tandanya dia seorang pemalas dan suka ponteng kerja!

Apabila seorang bos menuntut kemudahan yang berharga untuk pejabat, itu tandanya dia mahu menjaga status syarikat. Jika pekerja menuntut kemudahan yang berharga, itu tandanya anda banyak songeh dan mahu berlebih-lebih!

Apabila seorang bos mampu menulis semua yang diatas, bermakna dia seorang yang kelakar dan mengandungi sifat Sense of humor. Dan jika pekerja yang menulis semua diatas, bermakna dia seorang yang stres, dengki terhadap orang lain, sakit hati, provokasi, negative thinking dan banyak lagi..

-Sentiasapanas.com

14 Hari Diperkosa Tanpa Henti!

14 Hari Diperkosa Tanpa Henti!

Disebalik kedutan kulit yang sudah dimamah usia, bibir wanita berusia 97 tahun itu masih mampu mengukir senyuman.

Margot Wolk at young

Mengimbas gambarnya semasa muda, wanita bernama Margot Wolk membuka semula memori pahit yang menjadi bebannya selama puluhan tahun.

Dia lahir pada tahun 1917 di Wilmersdorf, sebuah penempatan di tengah kota Berlin. Pada usia remaja, dia berkahwin dengan seorang askar dan bekerja sebagai setiausaha di kota tersebut.

Kemudian, Perang Dunia Kedua pun meletus. Ia turut memberi tempias dalam hidup Margot. Sewaktu musim gugur tahun 1941, rumah keluarganya telah ranap dibom dalam peperangan. Ia meragut nyawa kedua-dua orang tuanya.

Berlin at 1944

Suaminya, Karl, terlibat dalam peperangan dan tidak pernah muncul kembali. Pada anggapan Margot, suaminya telah terkorban di medan peperangan.

Kemelut peperangan menjadikan Margot tinggal sebatang kara di kota Berlin. Lantas, dia pergi ke rumah ibu mentuanya di perkampungan Gross-Partsch di Poland. Sangkanya, dia boleh hidup aman di situ.

Lebih kurang tiga kilometer dari rumah mentuanya, terletak ibu pejabat militan tentera Nazi. Di situlah juga pusat pentadbiran Adolf Hitler.

Belum pun lama tinggal di perkampungan itu, Margot bersama 14 gadis muda yang lain telah dipilih untuk dibawa ke berek di pusat pentadbiran Hitler.

Margot Wolk - Food tester

Tugas gadis-gadis ini mudah, hanya perlu menjamah makanan yang telah dimasak sebelum dihidangkan kepada Hitler. Kerana terlalu paranoid akan diracun oleh musuh, diktator Jerman itu mengarahkan 14 gadis tersebut terlebih dahulu merasai makanan yang akan dihidangkan kepadanya.

Zaman perang ketika itu menyukarkan penduduk mendapat makanan. Pada dasarnya, Margot dilihat bertuah kerana dapat menjamah makanan mewah yang enak dan lazat. Hakikatnya, Margot langsung tidak mampu menikmati makanan tersebut kerana asyik terfikir, mungkin ia akan menjadi santapan terakhir mereka hari itu.

Lebih dua tahun menjadi tukang rasa makanan, namun belum pernah sekalipun Margot dapat melihat Hitler.

Tahun 1944, tentera Soviet sedang mara untuk menyerang markas Hitler. Salah seorang leftenan disitu telah membawa Margot dan menyuruhnya menaiki kereta api menuju ke Berlin.

Tidak lama selepas serangan itu, Margot mendapat berita kesemua 14 gadis lain yang bertugas bersamanya di markas itu telah terkorban dalam pertempuran tersebut.

Margot Wolk revealed secrets

Walaupun Margot terselamat, ia belum berakhir. Tentera Soviet menemuinya di Berlin. Dia dikurung. Dan ketika itulah bermula episod hitam dalam hidupnya. Selama dua minggu, setiap hari dia dirogol secara kejam berulang kali sehingga mendatangkan kecederaan.

"Kesan tragedi itu, saya tidak mampu hamil," cerita Margot.

Dia akhirnya dilepaskan, namun membawa beban menyimpan peristiwa hitam itu. Tahun 1946, Margot bertemu semula dengan suaminya yang disangkakan telah terkorban. Rupa-rupanya sebelum itu, Karl telah ditangkap tentera lawan dan dipenjarakan.

Walaupun hidup bahagia bersama suami hinggalah Karl menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1980, Margot tidak pernah menceritakan tragedi yang dilaluinya kepada suami, rakan-rakannya atau sesiapapun.

Dia terus menyimpannya sendiri sehinggalah pada hari jadinya yang ke 95 pada penghujung tahun 2012, akhirnya Margot membuka kisah sejarah silam yang selama ini menghimpit dadanya.

Dihadapan seorang wartawan akhbar di Berlin, Margot mendedahkan rahsia terpendam yang selama ini menghantui tidurnya setiap malam.

Margot Wolk at 95 years

"Saya cuba menghilangkan ingatan hitam itu selama berpuluh tahun. Tapi, saya tidak mampu. Ia menggangu tidur saya setiap malam. Hanya dengan menceritakan rahsia ini mungkin mampu meringankan beban yang menghimpit perasaan selama ini," katanya.

Margot sehingga kini terus hidup sendirian selepas kematian suaminya.

BACA INI JUGA: Betapa 'Deritanya' Lelaki Memandang Buah Dada Wanita!

-Sentiasapanas.com

Denda 20 Peratus Jika Gagal Hantar e-Filing Sebelum 15 Mei

Denda 20 Peratus Jika Gagal Hantar e-Filing Sebelum 15 Mei

Pembayar cukai yang menggunakan kaedah e-Filing untuk mengisytiharkan cukai mereka diberi tempoh sehingga 15 Mei ini untuk mengemukakan borang cukai pendapatan masing-masing.

e-Filing

Pegawai Perhubungan Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Masrun Maslim berkata mereka yang gagal berbuat demikian akan didenda sebanyak 20 peratus daripada amaun cukai yang dikenakan.

Sementara itu Masrun memaklumkan kesedaran untuk menggunakan kaedah E-Filing di kalangan pembayar cukai semakin meningkat, dengan LHDN mensasarkan sejumlah 3 juta pengguna akan menggunakan kaedah itu.

(Baca: Kisah Benar Hakim Yang Adil Di Zaman Moden)

Pembayar cukai secara manual diberi tempoh sehingga tengah malam ini untuk mengfailkan cukai pendapatan mereka.

Mereka yang tidak boleh menghantarkan borang secara peribadi, boleh menghantarkan borang mereka menerusi kotak drop box yang disediakan di setiap cawangan LHDN.

Untuk pengguna menggunakan kaedah e-Filing, mereka diberi masa sehingga 15 Mei ini untuk menunaikan tanggungjawab mereka. [Sumber]