Thursday, April 17, 2014

Video Rakaman ‘Kereta Berhantu’ Di Rusia

Video Rakaman ‘Kereta Berhantu’ Di Rusia

Sebuah video yang dikatakan memperlihatkan sebuah kereta berhantu kini menjadi viral di media sosial. Rakaman yang dimuatnaik di YouTube ini menunjukkan kejadian di jalanraya Rusia di mana sebuah kereta tiba-tiba muncul secara misteri lalu meluncur laju secara terus di persimpangan lampu isyarat yang sibuk.

Misteri Kereta Hantu

Apa yang menakjubkan, tidak ada kereta yang terlanggar kereta tersebut sedangkan ia berada di laluan yang salah kecuali sebuah BMW yang hampir merempuhnya namun berhenti tepat pada masa.

Wanita yang merakam iaitu penumpang kereta di belakang BMW tersebut dapat didengar menjerit ketakutan melihat perkara ini.

Walaupun ada yang mendakwa ada penjelasan bagaimana kenderaan dalam rakaman ini tiba-tiba muncul namun ramai juga mengakui terkejut dan berasa seram menyaksikannya lalu berkongsi video ini hingga ia mendapat tontonan lebih sejuta kali.

Sesudah menyaksikan video di atas dapatkah anda fikirkan dari mana kereta misteri itu datang?

Semoga memberi manfaat.



BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Jawapan Ustaz Don Terhadap Komen JAHIL Wardina

Jawapan Ustaz Don Terhadap Komen JAHIL Wardina

Baru-baru ini Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, diketahui telah mengeluarkan satu kenyataan melalui akaun Facebook miliknya meminta para alim ulama dan pihak televisyen Al Hijrah agar menyemak kembali kata-kata dan ilmu yang disampaikan pendakwah, Ustaz Don Daniyal Biyajid.

Ustaz Don vs Wardina

Dakwa Wardina, sudah beberapa kali dia terdengar perkara dan penyampaian tidak sahih telah disampaikan Ustaz Don.

Ustaz Don vs Wardina [2]

Susulan itu, Ustaz Don telah tampil membela dirinya dalam satu video yang dimuatnaik di YouTube.

Menurut Ustaz Don, tuduhan terhadap dirinya tidak berasas kerana dibuat berdasarkan video ceramahnya yang telah diedit.

Turut diluahkan, kekesalan kerana pihak yang mengenalinya tergamak mendengar cakap-cakap orang lain tanpa menyiasat terlebih dahulu hingga menggugat hubungan silatulrahim.

Kata Ustaz Don, sejarah membuktikan video sekerat-sekerat biasanya dibuat untuk tujuan propaganda justeru ia seharusnya disiasat dahulu sebelum diuar-uarkan hingga menjadi fitnah.

Nasihat Ustaz Don, orang yang mempunyai kemusykilan sepatutnya berjumpa dengannya untuk bertanya dan bukannya merujuk kepada ‘ustaz google’, facebook atau twitter.

Orang yang mengata juga sepatutnya berada dalam ceramahnya untuk mengetahui ilmu sebenar yang ingin disampaikan dan bukan hanya mengambil daripada video sekerat-sekerat.

“Saya tidak kata saya betul semua, saya manusia biasa dan semua manusia tidak sempurna tetapi ada orang yang memilih-milih dalam menghentam jika orang itu tidak dalam ahlinya atau sekutunya,” ujar Ustaz Don yang turut memberikan penjelasan berkaitan isu Bani Tamim dan Ikhwanul Muslimin yang sering dikaitkan dengan dirinya dalam video di bawah.

Dalam pada itu, terdapat berita yang disebarkan di media sosial mendakwa punca utama fitnah menggunakan video yang diedit berkaitan Ustaz Don disebarkan adalah kerana terdapat staf dalam TV Alhijrah yang tidak senang apabila beliau mendapat surat jemputan ke United Kingdom.

Tinjauan kami mendapati, jawapan yang diberikan Ustaz Don ini telah mendapat respons Wardina. Berikut adalah reaksi Wardina yang dimuatnaik di Facebook dengan tajuk ‘Sedikit respon mengenai respons…’

Ustaz Don vs Wardina [3]

Kata Wardina, dia terkejut melihat respon yang diterima sejak dia memuatnaik status berkaitan video Ustaz Don. Namun yang sebenarnya, dia ikhlas ingin mencari kebenaran dan tidak berniat langsung untuk memburukkan Ustaz Don.

Dia turut menafikan mengenali staf TV Al Hijrah yang dikatakan sebagai individu bertanggung jawab menunjukkannya video itu untuk disebarkan.

Mungkin berasakan permohonan maafnya semalam tidak cukup, awal pagi tadi Wardina sekali lagi memuatnaik status berbunyi:

Ustaz Don vs Wardina [4]

Nampaknya, Wardina telah mendapat pengajaran berguna daripada kejadian yang telah berlaku ini.

Memandangkan dia pun sudah berusaha keras meminta maaf, kami yakin orang dengan ilmu yang tinggi seperti Ustaz Don pun sama sekali tidak akan menaruh perasaan marah pada Wardina. [Sumber]



Pramugari Masih Hidup Selepas Jatuh 33,000 Kaki Dari Pesawat!

Pramugari Masih Hidup Selepas Jatuh 33,000 Kaki Dari Pesawat!

Tanggal 26 Januari 1972, sebuah pesawat penerbangan Yugoslavia, DC-9-32 berlepas dari Belgrade ke Copenhagen, Denmark dengan membawa 28 penumpang dan krew kapal.

Vesna Vulovic - Yugoslavia DC-9-32 26 January 1972

Ketika mencapai ketinggian 33,000 kaki, secara tiba-tiba pesawat itu meletup dan terhempas di kawasan pergunungan. Kesemua penumpang dan anak kapal terbunuh, kecuali seorang wanita, Vesna Vulovic.

Laporan awal suruhanjaya siasatan Yugoslavia yang diketuai oleh Statni Bezpecnost menyatakan bahawa letupan itu berpunca daripada bom buatan tangan yang telah diletakkan di ruang bagasi pesawat. Impak daripada letupan itu telah menyebabkan badan pesawat terbelah dua sebelum terhempas.

Ketika akhbar tempatan sibuk menyiarkan berita tentang kemalangan itu, kerajaan Yugoslavia pula tertanya-tanya siapakah dalang disebalik insiden berkenaan. Kemudian seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditahan. Namun dibebaskan kerana tiada bukti kukuh untuk mengaitkannya dengan siri pengeboman itu.

Selain itu, kemalangan tersebut juga dikatakan langsung tiada kaitan dengan sebarang aktiviti pengganas. Pesawat DC-9-32 disahkan terhempas pada ketinggian 33,000 kaki dan musnah secara total.

Yugoslavia DC-9-32 26 January 1972

Cebisan-cebisan mayat kelihatan bertebaran di merata tempat. Bagaimanapun, satu keajaiban berlaku apabila pasukan penyelamat telah menemui Vesna Vulovic dalam keadaan masih bernyawa.

Vulovic yang pada ketika itu berusia 22 tahun adalah pramugari di dalam pesawat tersebut. Dia sepatutnya tidak mengikuti penerbangan itu, namun disebabkan kesilapan teknikal, dia terpaksa menggantikan seorang lagi krew wanita lain yang juga bernama Vesna.

Sebenarnya, inilah penerbangan pertama buat gadis ini sebagai seorang pramugari.

Vesna Vulovic - Comma

Impak daripada kejadian itu, tengkoraknya retak. Manakala kedua-dua belah kaki dan tulang belakang pula patah pada beberapa bahagian.

Kemalangan itu juga telah menyebabkan Vulovic koma selama 27 hari. Separuh daripada tubuhnya dari pinggang ke kaki didapati lumpuh.

Selepas kejadian itu, Vulovic terpaksa menjalani rawatan selama beberapa bulan di hospital. Pasukan perubatan turut melakukan beberapa siri pembedahan bagi membolehkan kedua-dua belah kakinya berfungsi semula.

Vesna Vulovic - After Comma

Ketika ditemubual oleh stesen televisyen tempatan Denmark, Vulovic menyatakan dia adalah seorang yang bertuah kerana masih hidup selepas terjatuh daripada ketinggian 33,000 kaki.

Ketika kejadian tersebut berlaku, hanya dia seorang sahaja yang berada di bahagian ekor pesawat. Mungkin disebabkan itu, impak yang dialaminya tidak terlalu kuat. Bagaimanapun, dia tidak mampu mengingati insiden itu secara terperinci kerana ia berlaku dengan begitu pantas.

Selepas kejadian itu, nama Vulovic telah menjadi sebutan di kalangan warga Yugoslavia. Mereka menganggap Vulovic seorang wirawati kerana masih hidup selepas melalui satu peristiwa yang dianggap sangat mustahil. Malah, akhbat-akhbar juga tidak lekang melaporkan berita-berita susulan mengenai Vulovic.

Dia juga turut dianugerahkan pingat kebesaran daripada kerajaan Yugoslavia dan namanya turut tercatat di dalam buku Guinness Book of Record sebagai manusia yang masih hidup selepas terjatuh pada ketinggian yang paling tinggi.

Vesna Vulovic - Therapy

Setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami, Vulovic masih meneruskan kerjayanya sebagai seorang pramugari. Dia tidak mengalami sebarang trauma dan kemalangan itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus terbang di awan biru.

Bagaimanapun, ketika usianya mencecah 40 tahun, perkhidmatannya telah ditamatkan selepas dia didapati terlibat dalam satu demonstrasi anti kerajaan. Vulovic dilihat aktif menentang pandangan radikal kerajaan Yugoslavia ketika itu, Slobodan Milosevic.

Selepas dipecat, beliau kemudiannya menceburkan diri dalam dunia politik dan menyertai pihak pembangkang.

Vesna Vulovic - Politician

Sehinggalah pada bulan Januari 2009, selepas setengah abad kemalangan itu berlaku, satu teori konspirasi muncul yang menyatakan kemalangan pesawat DC-9-32 adalah disebabkan oleh serangan pengganas.

Kenyataan ini disokong oleh satu dokumen sulit yang menyatakan tentang keterangan-keterangan saksi yang telah melihat kejadian itu. Antara lain mereka menyatakan pesawat tersebut telah ditembak oleh peluru berpandu anti udara.

Bagaimanapun, fakta itu telah disanggah oleh kerajaan Serbia dan mendakwa bukti yang diperoleh dari kotak hitam pesawat berkenaan menunjukkan ia berlaku disebabkan oleh letupan dibahagian dalam pesawat itu sendiri.

-Sentiasapanas.com

Video Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan Ngeri!

Video Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan Ngeri!

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan peguam kanan Karpal Singh maut dalam kemalangan dekat Tapah awal pagi ini.

Video Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan Ngeri!

Pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera parah.

Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 1 pagi berhampiran kilometer 301.6 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Gambar di kawasan kemalangan menunjukkan kereta kenderaan Karpal rosak teruk.

Seorang jurucakap polis memberitahu Malaysiakini kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Alphard tersebut merempuh lori yang menukar laluan tanpa memberi isyarat.

Karpal, 74, menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terbabit dalam satu kemalangan pada 2005.

Ahli politik lantang ini mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum bertanding kerusi Parlimen pada tahun 1978.

Perkhidmatan lama beliau sebagai MP Jelutong sebelum ini serta ucapan berapi di Dewan Rakyat menyebabkan beliau digelar ‘Harimau Jelutong’.

Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan.

Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui laman sosial twitter.

“Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau,” tulis twit tersebut. –Malaysiakini.com



Karpal Singh Dalam Kenangan – 19 April 1940 – 17 April 2014

Karpal Singh Ram Singh

Mendiang Karpal Singh Ram Singh atau Karpal Singh (28 Jun 1940 – 17 April 2014), ialah seorang ahli politik dan peguam terkenal di negara ini.

Beliau juga merupakan bekas Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan juga sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, George Town, Pulau Pinang.

Beliau mengalami kemalangan dengan motosikal pada awal tahun 2005 menyebabkan beliau mengalami masalah neuromotor di sebelah lengan kiri dan terpaksa menggunakan kerusi roda.

Manakala, awal malam tadi, beliau dan rakannya Michael Cornandez beserta dengan anak Karpal, Ram Singh telah terlibat dalam kemalangan di KM301.6 Lebuhraya Utara Selatan menuju ke arah utara yang menyebabkan kematian Karpal dan Michael.

Kehidupan Awal

Karpal Singh dilahirkan di George Town, anak kepada pengawal keselamatan dan penternak separuh masa Ram Singh.

Ram telah berpindah dari India ke Pulau Pinang pada tahun 1921.

Leluhur Karpal merupakan petani dari kampung Samna Pind, berhampiran Amritsar, dalam daerah Punjab.

Beliau mendapat pendidikan awal di St. Xavier’s Institution,George Town,Pulau Pinang.

Mengikut catatan peribadinya, Karpal melawat kampung tersebut pada tahun 1963 ketika melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Singapura (1966) dan pada tahun 1974 apabila bapanya terbunuh dalam kemalangan di sana.

Beliau mula menyertai politik setelah menjadi ahli DAP pada tahun 1970. Beliau pernah menyandang jawatan Naib Pengerusi DAP dan Timbalan Pengerusi DAP.

Beliau ialah daripada etnik Punjabi dan juga sebagai seorang peguam yang handal. Beliau amat mahir dalam berhujah dan menerima jolokan sebagai “Harimau Jelutong” kerana beliau amat sukar untuk ditewaskan dalam pertandingan kerusi Parlimen Jelutong sebelum pilihanraya umum pada 1999.

Di Parlimen

Pada 7 September 2004, Karpal Singh diberi peluang sama ada meminta maaf dalam masa 3 hari dan hadapi penggantungan selama 10 hari daripada menyertai Parlimen ataupun penggantungan selama 6 bulan dengan segala kemudahan sebagai ahli parlimen ditarik balik. Beliau kemudian enggan meminta maaf dan digantung selama 6 bulan.

Pada 23 Oktober 2008, Karpal Singh digantung selama dua hari daripada menghadiri Persidangan Dewan Rakyat kerana didakwa mencabar kewibawaan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menuduh beliau bersikap ‘tidak serius dan main-main’ selepas berlaku pertikaman lidah antara beliau dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz ketika pemimpin pembangkang itu mencelah pada sesi lisan.

Pada 7 April 2010, Karpal Singh digantung 10 hari kerana mencerca ‘diktator’ terhadap Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Puncanya Speaker menolak usul Tian Chua (PKR-Batu) merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN/UMNO-Pasir Salak) ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.

Beliau pernah dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang.

Pendirian Politik

Karpal Singh menyatakan bahawa beliau tetap tidak akan menerima pembentukan sebuah negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS meskipun sudah meminta maaf di atas kenyataannya yang menyebut ‘langkah mayat saya dulu sebelum tegak negara Islam’.

Bagaimanapun, beliau bersetuju jika PAS terus memperjuangkan Islam sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama rasmi manakala kebebasan agama lain dihormati.

Karpal Singh turut menafikan bahawa pimpinan atasan DAP juga menerima penjelasan berhubung perkara larangan isu kalimah Allah, sebaliknya beliau menyatakan kecewa dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkahwin dengan Gurmit Kaur dan dikurniakan lima anak. Salah seorang anaknya,Gobind Singh Deo merupakan Ahli Parlimen Puchong setelah menang di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang lalu.

Isu Dan Kontroversi

Perogol patut dihukum mati

Pada 31 Julai 2010, Karpal Singh selaku Pengerusi DAP Kebangsaan menggesa perogol kanak-kanak dijatuhi hukuman mati.

Sekarang, Seksyen 376 (2) (e), Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah hanya penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan.Dalam kebanyakan kes jenayah berat, beliau menjadi peguam bela.

Sumber: Wikipedia

Haiwan-haiwan Yang Sangat Sukar Ditemui

Haiwan-haiwan Yang Sangat Sukar Ditemui

Kajian yang dilakukan oleh beberapa pertubuhan hidupan liar di dunia mendapati, terdapat beberapa jenis haiwan yang telah diklasifikasikan sebagai makhluk yang sukar ditemui dan sering bersembunyi.

Jadi, mari kita cuba merungkai, antara haiwan-haiwan misteri tersebut.

Kakapo

Kakapo

Kakapoa adalah sejenis spesis burung kakak tua yang tidak boleh terbang. Kepelikan ini menyebabkan Kakapo sering menjadi mangsa keadaan.

Haiwan ini hanya menghabiskan riwayatnya dengan berjalan serta memanjat bagi mencari makanan.

Perubahan struktur muka bumi menyebabkan Kakapo tidak ada tempat untuk dituju. Selain itu, aktiviti pemburuan juga menyebabkan burung ini menjadi mangsa. Keadaan Kakapo yang lambar berjalan menyebabkannya mudah ditangkap.

Kakapo boleh didapati di beberapa kepulauan dalam negara New Zealand. Dipercayai, kehadiran bangsa Eropah ke negara ini sejak kurun ke-11 hingga sekarang dengan pelbagai aktiviti ekonomi menyebabkan populasi Kakapo semakin berkurangan.

Bagaimanapun, bangsa Eropah tidak mahu mengakui perkara itu. Sebaliknya, mereka menuduh bangsa Mouri yang gemar memburu Kakapo menjadi punca kepupusan Kakapo.

Pada tahun 2012, populasi Kakapo yang diketahui hanya berjumlah 122 ekor sahaja.

Jumlah ini diambil kira selepas kerajaan New Zealand melancarkan program Kakapo Recovery Plan 1980.

Solendon

Solendon

Solendon dikategorikan sebagai mamalia dan berasal dari Cuba. Rupa dan bentuknya memang sama seperti tikus tetapi dibezakan oleh mulutnya yang muncung dan panjang.

Mengikut beberapa laporan jurnal haiwan, Solendon dikategorikan sebagai haiwan yang mempunyai bisa. Haiwan ini akan menyuntik bisanya kepada mangsa sewaktu ia menggigit.

Meskipun begitu, menurut pengkaji haiwan daripada Durell Wilding Conservation Trust, Dr. Richard Young, Solendon adalah antara spesis yang wujud sejak 80 juta tahun dahulu.

Ia adalah satu-satunya haiwan unik yang sedang diberi perlindungan dan sedang dibiakkan di Republik Diminican

Olm

Olm

Haiwan ini amat jarang dikenali. Boleh dikatakan ia sangat misteri. Mengikut beberapa jurnal haiwan, Olm dikategorikan sebagai amfibia yang buta.

Ia dipercayai berasal dari Eropah. Sekali pandang, haiwan ini seakan sama dengan belut. Namun, sesuatu yang aneh mengenainya ialah, haiwan ini mempunyai kaki yang kecil untuk membolehkannya berenang.

Olm boleh ditemui dalam kawasan perairan gua yang gelap. Oleh sebab haiwan ini buta, ia mempunyai deria bau dan pendengaran yang tajam.

Bumblebee

Bumblebee

Barangkali ramai yang ingat Bumblebee yang ini adalah watak makhluk asing berjasad kereta dalam filem fiksyen Transformer.

Tahukah anda, kelawar yang diberi nama Bumblebee ini sebenarnya antara spesis kelawar terkecil yang terdapat di kawasan Asia Tenggara.

Nama Bumblebee adalah nama baru bagi spesis ini. Dahulu, ia dikenali sebagai Kelawar Hidung Babi.

Nama itu sesuai dengan keadaan hidungnya yang sama seperti khinzir. Populasi haiwan ini boleh ditemui di kawasan gua batu kapur, tenggara Thailand dan Myanmar.

Kelawar dewasa berukuran satu inci panjang iaitu bermula dari kepala hingga ekornya.

Spesis kelawar ini berfungsi sebagai pengawal ekosistem. Ia menjadikan serangga sebagai makanannya. Proses memburu serangga berlaku pada waktu senja dan malam.

Monito Del Monte

Monito Del Monte

Menurut istilah Sepanyol, Monito Del Monte membawa maksud monyet kecil. Bagaimanapun, komuniti saintis haiwan sepakat bahawa, Monito Del Monte sebenarnya adalah marsupial yang hidup secara liar di hutan Chile dan Argentina.

Tahukah anda, haiwan ini sudah dikategorikan sebagai haiwan yang telah pupus lebih daripada 11 juta tahun dahulu.

Namun selepas eksplorasi dilakukan saintis Botani, akhirnya mereka menemuinya di hutan hujan Chile dan Argentina.

Setakat ini, tidak diketahui jumlah sebenar haiwan yang jarang ditemui di dunia. Mengikut rekod, Monito Del Monte merupakan haiwan yang paling jarang dilihat kerana bilangannya yang semakin sedikit.

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Binatang Yang Paling Mahal?

-Sentiasapanas.com

Gergaji Tertua Di Dunia Dan Pisang Pertama

Gergaji Tertua Di Dunia Dan Pisang Pertama

Tahukah Anda? Kalau dikatakan, gergaji sebenarnya merupakan alatan tertua di dunia.

Ancient Egyptian flint saw

Mengikut rekod, masyarakat Eropah hanya mengenali gergaji pada abad ke-10. Soalnya, masyarakat manakah yang mula-mula sekali mengenali gergaji?

Berdasarkan kepada catatan sejarah, dipercayai gergaji adalah alatan yang tercipta sejak zaman Mesir Kuno. Kemudian ia berkembang ke seluruh Afrika dan laluan sutera.

Ancient Egyptian flint saw [2]

Perkembangan laluan sutera telah membawa gergaji ke pengetahuan bangsa Viking. Malah, sehingga ke hari ini, tradisi bangsa ini masih memandang tinggi peralatan gergaji.

Dan tahukah anda, pasangan muda yang baru berumahtangga perlu menggergaji sebatang balak sehingga putus sebagai tanda untuk memulakan hidup bersama.

Pisang pertama?

Banana

Semua orang kenal pisang. Ia sedap dan manis. Tapi pernahkah kita bertanya, siapakah individu pertama yang makan pisang?

Secara rawak, ramai orang kata 'monyet'. Namun, berdasarkan kepada cerita masyarakat Eropah, orang pertama yang memakan pisang adalah Raja Alexander The Great.

Alexander The Great Eating Banana

Mengikut catatan, Alexander The Great menjadikan pisang sebagai makanan semasa dalam perjalanan untuk mencari India.

Entahlah..

-Sentiasapanas.com

Wednesday, April 16, 2014

Mitos Bahaya Menelan Gula-gula Getah!

Mitos Bahaya Menelan Gula-gula Getah!

Semenjak kecil, kita sering dinasihati orang tua untuk tidak menelan gula-gula getah kerana dikhuatiri ianya akan kekal di dalam perut.

Mitos Bahaya Menelan Gula-gula Getah!

Lebih mengerikan, ada yang membuat cerita bahawa perbuatan tersebut boleh mengakibatkan sekatan pergerakan jantung.

Namun, hasil daripada kajian saintifik, kenyataan tersebut ternyata hanyalah sebuah mitos dan tidak lebih daripada itu.

Jadi, apa yang sebenarnya berlaku kepada gula-gula getah tersebut sekiranya ia ditelan secara tidak sengaja?

Untuk pengetahuan anda, gula-gula getah diperbuat daripada asas getah, bahan pemanis, pewarna dan perasa. Disebabkan asas getah tersebut yang merupakan hasil campuran elastomer, damar, lemak dan lilin, ia tidak dapat dicerna, membuatkannya sukar untuk dipecahkan seperti bahan makanan lain.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud gula-gula getah tersebut akan kekal melekat di dalam perut kerana banyak lagi makanan lain yang sukar dihadamkan sepenuhnya.

Apa yang berlaku adalah gula-gula getah tersebut akan disalurkan ke dalam usus badan sehinggalah ia sampai ke intestin sebelum dinyahkeluar dari sistem badan.

Jadi, anda tidak perlulah risau kerana gula-gula getah tidak mampu mengatasi fungsi tenaga usus, walaupun bersifat melekat.

Tetapi, ini bukan bererti anda boleh menelan banyak gula-gula getah dengan sesuka hati kerana air liur yang ada hanya boleh menembusi bahan pemanis dan sebagainya, dan bukan hasil campuran yang terdapat dalam asas getah.

Perbuatan tersebut, jika dilakukan dalam masa yang singkat, mungkin boleh menyebabkan risiko sekatan sistem penghadaman, terutama sekali pada kanak-kanak, yang mempunyai saluran penghadaman yang lebih kecil berbanding dengan golongan dewasa. –Antarapos.com

BACA INI JUGA: Mitos Berkaitan Pemakaian Coli Semasa Tidur

MH370: AS Bertegas TIDAK TERLIBAT Kehilangan Pesawat

MH370: AS Bertegas TIDAK TERLIBAT Kehilangan Pesawat

Amerika Syarikat (AS) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan percubaan menutup misteri kehilangan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) itu, lapor New Straits Times.

MH370

Pihak Washington berkata, tuduhan yang tersebar di media sosial yang mengatakan AS terlibat dalam misteri tersebut merupakan ‘teori konspirasi yang tidak berasas’.

Menerusi sebuah kenyataan yang diemel kepada akhbar tersebut, pihak Kedutaan AS turut berkata bahawa dakwaan pesawat MH370 sedang disembunyikan di pangkalan tentera Diego Garcia, adalah satu tuduhan yang liar.

“Ini adalah teori konspirasi yang tidak berasas dan telah pun didedahkan seluruh dunia, dan Setiausaha White House telah pun memaklumkannya secara terperinci pada 18 Mac,” kata jurucakap kedutaan AS, Harvey Sernovitz yang dipetik dari New Straits Times.

Sebuah teori telah mengatakan bahawa seorang penumpang AS, Philip Woods telah memuatnaik gambarnya menerusi telefon bimbitnya, dimana gambar tersebut dikatakan dikesan diambil di Diego Garcia.

(Baca: Misteri Simbol MH370 Dalam Filem-filem Hollywood)

“Laporan ini palsu sama sekali. MH370 tidak mendarat di Diego Garcia. Ini teori konspirasi tidak berasas,” kata Sernovitz.

Selain itu, AS turut menafikan dakwaan bahawa mereka telah menyembunyikan maklumat dari Kuala Lumpur yang dikatakan boleh membantu siasatan.

Katanya AS merupakan antara yang pertama memberi respon dan yang pertama sampai di Malaysia bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Saya galakkan kamu bertanya sendiri kepada kerajaan Malaysia untuk menerangkan mengenai bantuan yang telah diterima dari kerajaan AS dan syarikatnya,” tegas Sernovits.

Dalam pada itu, AS juga berjanji akan terus membekalkan bantuan dari segi maklumat, analisis, teknikal, penyiasatan dan pencarian seperti yang diminta oleh kerajaan Malaysia.

Menurutnya, fokus pihak AS adalah sentiasa untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia untuk mengesan pesawat Boeing 777-200 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Di bawah kerjasama Malaysia dan Australia, kapal tentera laut AS, 7th Fleet sedang bekerjasama dengan 26 lagi buah negara untuk mengesan pesawat tersebut. -Mynewshub.my

Kaedah Fonik, Anak Tiga Tahun Boleh Membaca!

Kaedah Fonik, Anak Tiga Tahun Boleh Membaca!

Mengajar membaca kepada kanak-kanak berusia tiga tahun hingga tujuh tahun sememangnya mencabar apabila ia membabitkan si kecil yang kurang berminat.

Kaedah Fonik

Adakalanya anak yang kebosanan itu menunjukkan pelbagai kerenah termasuk suka tidur atau bermain ketika sesi pembelajaran. Bagi mengelakkan perkara sedemikian, disarankan supaya ibu bapa, guru atau penjaga mengambil kaedah yang betul untuk mengajar anak mereka membaca dengan mudah.

Bukan saja senang, tetapi sesetengah kaedah itu tidak menggunakan masa yang lama untuk anak-anak mengenali semua abjad.

Pengasas teknik fonetik atau fonik, Nik Eliani Nik Nawi berkata, kaedah fonik yang dicipta bersama suami, Othman Ahamad itu mampu membantu ibu bapa menangani masalah anak lambat membaca.

Jika diajar menggunakan kaedah ini secara berterusan, anak-akan dapat membaca dalam tempoh amat singkat iaitu kira-kira tiga bulan.

Kaedah berkenaan amat sesuai untuk kanak-kanak berusia tiga tahun dan ke atas. Jika diberi pendedahan awal mereka akan dapat membaca dengan mudah dan cepat.

“Kami mencipta kaedah ini sejak tahun lalu kerana mahu anak-anak cepat membaca dan me­nguasai tatabahasa ketika kecil.

“Sebelum adanya kaedah ini, anak ketiga kami, Athirah ketika itu berusia enam tahun masih tidak dapat membaca hinggakan saya risau.

“Memikirkan kaedah sesuai, saya bersama suami mula membuat kajian dan menemui kaedah fonik ini yang nyata memberi banyak kebaikan, malah anak kami dapat membaca dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Menurutnya, sebelum memperkenalkan kaedah itu kepada umum, dia bersama suami mengajar anak-anak terlebih dulu sebelum dapat diterima orang ramai dan hingga kini, lebih 1,000 tadika memanfaatkan kaedah berkenaan.

Katanya, bukan saja memudahkan anak untuk menguasai bahasa Melayu, malah ia turut membantu mereka menguasai bahasa Inggeris tanpa masalah.

Kaedah fonik menekankan bunyi abjad dan mereka akan melihat abjad dengan bunyi masing-masing.

Dalam bahasa Melayu dan Inggeris, abjad sama saja bunyinya, jadi amat mudah untuk menguasai kedua-dua bahasa dalam masa yang singkat.

Nik Eliani berkata, antara aktiviti yang boleh diterapkan dalam pembacaan ialah keluarga bunyi misalnya permainan ice breaking di mana kanak-kanak diberi kertas yang ditulis nama binatang.

Mereka diarah membuat bunyi binatang untuk mencari kumpulan dan ini menggalakkan kanak-kanak mengenali dan me­nguasai bunyi haiwan.

Aktiviti lain termasuk tom tom bak yang meminta pelajar membuat enam petak grid di atas kertas dan menulis secara rawak bunyi huruf yang disebut. Setiap pelajar akan mengisi petak berlainan.

Mengajar membaca dengan menghubung kait­kan bunyi kecil de­ngan huruf dan menggabung bunyi menjadi perkataan perlu dijadikan rutin penting dalam pembelajaran.

“Kanak-kanak lebih suka kepada bunyi dan gambar, jadi permainan bunyi sambil melihat gambar amat penting kerana ia akan membantu sesi pembelajaran mereka.

“Mereka sukakan gambar yang berwarna-warni, jadi dalam kaedah ini kami lebih suka mewujudkan permainan dalam pembelajaran yang sangat membantu guru serta ibu bapa mendidik anak menguasai bahasa,” katanya yang memanfaatkan kaedah itu kepada enam anaknya.

Menurutnya, kaedah itu bukan saja memastikan anak-anak me­nguasai bahasa Melayu, tetapi juga bahasa Inggeris kerana bunyi abjad yang sama, tetapi ejaan saja yang berlainan serta de­ngan sebutan yang jelas.

Bukan saja menggembirakan pelajar, kaedah itu membuatkan pelajar menjadi lebih efektif.

Mereka akan lebih yakin dengan kebolehan diri sekali gus mendorong mereka untuk lebih tekun belajar membaca.

Nik Iliani berkata, melalui kaedah fonik, guru akan memasang cakera video digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) yang mengandungi abjad bersama sebutan dan gambar untuk dilihat pelajar.

Pelajar ini akan melihat cara sebutan yang boleh mereka ikuti sebelum melakukan aktiviti bersama guru dan ibu bapa.

Kuasai dua bahasa

Othman pula berkata, ramai ibu bapa beranggapan mengajar membaca satu tugas yang sukar apatah lagi apabila mahu anak mereka membaca dalam masa ditetapkan.

Tetapi penggunaan kaedah fonik ini akan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran apabila anak dapat menguasai dua bahasa penting dalam masa yang singkat.

Ia tidak akan memberi tekanan kepada anak, guru dan ibu bapa kerana pelajar lebih seronok dan tidak sabar untuk belajar setiap hari.

Othman berkata, pembabitannya dalam bidang berkenaan selama lebih 20 tahun lalu mendapati anak-anak yang menggunakan kaedah terbabit yang diajar ibu bapa lebih cepat me­nguasai bacaan.

Dia juga mendapati kanak-kanak berusia tiga hing­ga empat tahun yang pandai membaca kebiasaannya diajar ibu bapa sendiri.

Mereka juga lebih cepat pandai membaca dan dapat menguasai kemahiran membaca dalam jangka masa dua minggu hingga dua bulan.

“Kanak-kanak yang belajar membaca di sekolah tanpa sokongan di rumah mengambil masa lebih lama.

“Pelajar juga cepat memahami teks bacaan apabila menjalani sesi bacaan bersama ibu bapa kerana mereka dapat memberi penera­ngan lebih jelas kepada anak, sekali gus memperkayakan kosa kata,” katanya.

Othman berkata, ibu bapa seharusnya lebih peka dan mengambil berat masalah yang dihadapi anak dalam menguasai bahasa dan tidak menyerahkan tugas itu sepenuhnya kepada guru kerana masa di rumah lebih lama daripada di sekolah.

Walaupun membaca pada peringkat awal tidak memberi keseronokan kepada anak, dia akui kaedah ini akan memberi kegembiraan kepada mereka kerana diselitkan dengan gambar menarik.

Sementara itu, Pengerusi Tadika dan Pusat Jagaan Didik Literasi Farah Waheeda Abdul Wahid berkata, tadika miliknya turut menggunakan kaedah berkenaan yang nyata memberi banyak manfaat kepada anak kecil.

“Saya dapati kaedah ini membantu pelajar menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan cepat iaitu sekurang-kurangnya dalam masa tiga bulan.

“Kaedah fonik ini menekankan bunyi abjad disertai dengan permainan bergambar yang tidak membosankan.

“Setiap guru atau penjaga perlu pandai menggunakan kaedah untuk mengajar anak mereka membaca kerana kanak-kanak mudah bosan sekiranya kaedah tidak sesuai dengan mereka.

“Menggunakan kaedah mudah ini memberi ba­nyak faedah kepada semua pihak kerana tidak perlu memberi tekanan kepada anak-anak supaya pandai membaca dalam masa ditetapkan,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah fonik, layari www.readnetwork.com.

Dapat membaca dalam 3 bulan

Seorang ibu, Zuriyati Ismail, 37, me­ngakui dua anaknya Mohamad Afiq Asyraaf Salehuddin, 9, dan Mohamad Adif Qayyim, 5, dapat membaca dalam tempoh tiga bulan menerusi penggunaan kaedah fonetik.

Anaknya, Mohamad Afiq dapat membaca ketika berusia tujuh tahun selepas menggunakan teknik berkenaan.

“Sebelum menggunakan kaedah fonik, anak sulung saya tidak dapat membaca, membuatkan dia malas belajar terutama bahasa Inggeris.

“Melihat perkemba­ngannya, saya memang bimbang sebelum bertemu dengan kaedah ini. Selepas tiga bulan anak dapat membaca dengan lancar dan menyukai semua subjek diajar, malah dia cenderung memegang buku dan membuat kerja sekolah,” katanya.

Menurutnya, perbezaan amat ketara sebelum dan selepas menggunakan kaedah fonik membuatkan dia gembira dan mencadang­kan rakannya yang lain turut menggunakan kaedah itu kepada anak mereka.

Anak bongsunya, walaupun baru berusia lima tahun, sudah menunjukkan perkembangan positif apabila dapat membaca dalam masa tiga bulan.

“Sebagai ibu yang bekerja, lebih baik belajar dan menggunakan kaedah ini di rumah serta tidak mengharapkan guru 100 peratus sekiranya mahu melihat anak pandai membaca dengan cepat.

“Walaupun pembelajaran di sekolah amat membantu, tidak salah kita meluangkan masa kepada anak-anak demi masa depan mereka,” katanya.

Menurutnya, ramai ibu bapa memberi alasan sibuk dengan tugasan harian sehingga tidak dapat meluangkan banyak masa untuk mengajar anak-anak mereka.

Namun, penggunaan kaedah terbabit sememangnya sangat bermanfaat untuk ibu bapa dan anak.

BACA INI JUGA: Rahsia Bapa Didik 12 Anak Hingga Berjaya

Sumber: Hmetro

AWAS! Virus HEARTBLEED Serang Akaun Facebook!

AWAS! Virus HEARTBLEED Serang Akaun Facebook!

Pengguna laman sosial Facebook di negara ini perlu berhati-hati dengan pautan laman sesawang berantai yang disyaki mengandungi pepijat “Heartbleed”, iaitu sejenis penggodam akaun pengguna.

Heartbleed or CVE-2014-0160 in Facebook

Bermula awal minggu lalu, pepijat Heartbleed atau CVE-2014-0160 yang belum diketahui asal-usulnya, membolehkan penggodam mencuri data peribadi pengguna Facebook bagi tujuan yang tidak baik.

Awal minggu ini, Reuters melaporkan kerajaan Amerika Syarikat mengeluarkan amaran kepada institusi perbankan dan perniagaan di negara itu agar memperketat kawalan keselamatan siber serta berwaspada dengan serangan penggodam yang ingin mencuri maklumat peribadi pelanggan melalui pepijat Heartbleed.

Presiden dan Pengasas Gerakan Belia Teknologi Informasi Khaireel Azlee Abdul Aziz, berkata pepijat Heartbleed disasar kepada pengguna media sosial kerana laman seperti itu mempunyai kandungan data peribadi yang banyak.

“Negara kita merupakan antara pengguna media sosial seperti Facebook yang tertinggi di rantau ini, dan ia menjadi lubuk kepada penggodam untuk mengambil data peribadi malah sehingga ke tahap mereka boleh mengawal akaun media sosial yang dijangkiti pepijat tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Khaireel Azlee juga berkata sebaik sahaja pautan itu ditekan, penggodam boleh mengakses semua data peribadi pengguna termasuk kata laluan, gambar, video, e-mel sehingga ke tahap mengawal akaun sosial pengguna berkenaan.

“Oleh itu, saya menyarankan semua pengguna berhati-hati ketika melayari Facebook dan tidak menekan mana-mana pautan berantai, yang mahukan akaun anda diakses sekiranya ingin melihat video atau gambar yang disertakan di laman sesawang tersebut,” kata beliau yang lebih dikenali sebagai Kay Azlee melalui program ICT dan Anda terbitan Bernama Radio24, bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari 7.45 malam hingga 8 malam.

Beliau berkata setiap pengguna laman sosial seperti Facebook perlu mempunyai kesedaran yang tinggi sebelum mendedahkan perkara berhubung kehidupan mereka di laman itu.

“Perlu diingat, sebelum memuat naik apa sahaja, biarlah ia bersifat umum, sebagai contoh tidak memuat naik gambar ahli keluarga supaya orang yang berniat jahat tidak mempunyai akses kepada maklumat kehidupan peribadi anda,” katanya.

Sementara itu, laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memuat naik amaran berhubung serangan pepijat Heartbleed awal minggu lalu.

Amaran bertarikh 8 April itu dikeluarkan kepada semua agensi dan syarikat telekomunikasi di negara ini bagi memperketat kawalan keselamatan mereka daripada diceroboh penggodam menggunakan pepijat Heartbleed.

Menurut amaran itu, SKMM mengenal pasti 34 laman sesawang yang terjejas dan memaklumkan kepada mereka untuk memperbaiki kelemahan sistem keselamatan masing-masing dengan segera.

SKMM turut menasihati pengguna Internet agar menukar kata laluan terutama pada akaun media sosial dan e-mel untuk tujuan keselamatan.

Untuk keterangan lanjut berkaitan pepijat Heartbleed, pengguna boleh melayari laman sesawang http://heartbleed.com. –Bernama

Janda Diburu Lelaki Miang Angkara Bekas Teman Lelaki

Janda Diburu Lelaki Miang Angkara Bekas Teman Lelaki

Seorang janda resah apabila menjadi buruan puluhan lelaki miang yang menghubungi telefon bimbitnya dengan tujuan menagih perkhidmatan seks daripadanya sejak lebih sebulan lalu.

Janda
Mangsa menunjukkan ugutan yang diterimanya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Chong, 35, berkata, gangguan itu bermula apabila identiti, gambar dan nombor telefon bimbitnya tersebar di sebuah laman web `Badoo' pada Februari lalu.

Menurutnya, dia mensyaki identitinya itu disebarkan oleh bekas teman lelakinya bermotifkan dendam selepas dia membuat keputusan untuk menamatkan hubungan cinta mereka akhir tahun lalu.

“Bekas teman lelaki saya yang bekerja sebagai pembantu jualan berusia 30-an tidak dapat menerima kenyataan dan kerap mengganggu saya selepas itu.

“Tidak lama kemudian saya mula berasa pelik apabila berpuluh lelaki tidak dikenali mula menghubungi telefon saya selain menghantar mesej melalui `Whatsapp' untuk mengajak saya melakukan hubungan seks,” katanya.

Dia yang pelik dengan kemunculan lelaki tidak dikenali itu terkejut apabila mendapat tahu semua mereka memperolehi nombor telefonnya dari laman web `Badoo'.

Eksekutif diugut 'awek' Internet hantar gambar berahi

cinta-laman-sosial

Sementara itu, kemaruk dilamun cinta dengan kekasih Internet yang dikenali tidak sampai tiga jam melalui laman sosial, seorang eksekutif muda terjebak dalam perangkap seorang gadis yang kemudian bertindak memeras ugutnya tidak sampai 10 minit selepas selesai meluah perasaan.

Menurut sumber, mangsa mula mengenali suspek pada jam 12 tengah malam Khamis lalu sedang melayari laman sesawang di rumah sewanya di Kawasan Perumahan Rantau PETRONAS di kawasan Kerteh, dekat sini.

Dipercayai, mangsa berusia 36 tahun dari Kuantan itu ‘cair’ dengan pujuk rayu suspek yang mendakwa dirinya seorang gadis berdarah kacukan Cina dan Eropah sehingga sanggup merakam dan mengirimkan gambar ‘berahinya’.

Sumber berkata, kerana terpedaya, mangsa kemudiannya turut memberikan nombor telefon bimbit kepada gadis yang memperkenalkan diri sebagai Alexa itu.

“Suspek memujuk untuk melihat fizikal mangsa tanpa berpakaian dan mangsa tanpa banyak soal turut menghantar gambar-gambarnya dalam keadaan memberahikan itu kepada gadis berkenaan.

OLEH: Sentiasapanas.com

Sumber: Harian Metro Online


Filem Remake Yang Lebih Hebat Daripada Filem Asal

Filem Remake Yang Lebih Hebat Daripada Filem Asal

Berikut adalah senarai filem remake yang dikatakan lebih baik pembikinannya daripada filem asal. Jom baca..

The Maltese Falcon (1941)
Remake dari filem "The Maltese Falcon" (1931)

The Maltese Falcon (1941)

Adaptasi daripada penulisan John Huston ini dibintangi oleh Huphrey Bogart sebagai detektif bernama Sam Spade yang sebelumnya dipegang oleh aktor Ricardo Cortez telah digelar sebagai salah satu filem terbaik oleh American Film Institute dan telah dicalonkan untuk 3 Anugerah Oscar. Oleh kerana filem tersebut begitu berjaya, Warner Bros. yang pada asalnya mahukan John Huston membuat sekuel untuk filem tersebut pada tahun 1942, namun tidak kesampaian apabila John Huston serta para pelakon filem tersebut terlibat dalam projek lain.

The Ten Commandments (1956)
Remake dari filem "The Ten Commandments" (1923)

The Ten Commandments (1956)

Selepas lebih 30 tahun pembikinan filem dari versi bisu, Cecil B. DeMille kembali untuk mengarahkan filem klasik yang sama pada tahun 1956. Filem remake ini berjaya memenangi anugerah Oscar untuk kesan khas terbaik selain turut disiarkan setiap tahun pada sambutan hari Easter. Jika dibandingkan dengan kadar inflasi, filem ini dianggap sebagai filem yang paling banyak kutipan tiketnya sepanjang zaman.

Airplane (1980)
Remake dari filem "Zero Hour!" (1957)

Airplane (1980)

Mungkin ramai yang tidak tahu tentang filem 50an, Zero Hour, namun tanpa kewujudan filem tersebut, maka tidak mungkin filem Airplane oleh Leslie Nielsen akan berjaya dipasaran. Parodi filem klasik tersebut nyata berjaya menempa kejayaan apabila dibikin semula.

The Thing (1982)
Remake dari filem "The Thing From Another World" (1951)

The Thing (1982)

Filem ini dianggap antara filem John Carpenter yang terhebat pernah dihasilkan. Walaupun filem The Thing From Another World keluaran tahun 1951 telahpun dilabel sebagai 'filem sains fiksyen terbaik era 50an", namun apabila remake semula, kejayaannya lebih menyerlah. Tambahan pula dengan lakonan mantap Kurt Russell dalam filem tersebut, menambahkan lagi nilai kepuasan apabila menontonnya. Filem ini dipenuhi elemen suspen, paranoid dan klaustrofobia, menjadikannya sebuah filem berbeza yang lain daripada yang lain.

Little Shop of Horrors (1986)
Remake dari filem "The Little Shop of Horrors" (1960)

Little Shop of Horrors (1986)

Filem asalnya mempunyai aktor hebat, Jack Nicholson sebagai salah seorang pelakon tetapi wataknya ketika itu sangat kecil. Namun, apa yang membezakan filem terdahulu dengan pembikinan semula ialah interpretasi filem itu secara muzikal dengan tambahan lakonan mantap Steve Martin dan James Belushi membantu menjadikannya salah satu filem klasik yang dikenang ramai.

Fatal Attraction (1987)
Remake dari filem "Diverson"

Fatal Attraction (1987)

Ramai yang tidak mengetahui bahawa filem ini sebenarnya adalah salah satu adaptasi daripada filem untuk tayangan televisyen yang turut mendapat sambutan. Penulis bagi karya asalnya ialah James Dearden yang menulis dan juga mengarah filem Diverson telah diberi tugasan menulis lakon layar untuk filem adaptasi keluaran Hollywood tersebut. Filem ini berjaya menjadi salah satu filem dengan kutipan paling tinggi di seluruh dunia pada tahun tersebut dan menerima 6 pencalonan untuk anugerah Oscar, termasuklah untuk Filem Terbaik, Aktres Terbaik dan juga Pengarah Terbaik.

True Lies (1994)
Remake dari filem "La Totale!" (1991)

True Lies (1994)

Filem asalnya ialah sebuah filem Perancis karya Claude Zidi, namun filem remakenya sangat mengesankan ditambah pula ianya adalah hasil sentuhan James Cameron yang diketahui filem-filemnya seringkali menemui kejayaan besar. Filem remake itu dibintangi oleh Arnold Schwarzenegger yang memainkan watak agen kerajaan yang berkhidmat secara sulit sedangkan isterinya mempercayai dia hanyalah seorang penjual komputer. Filem ini berjaya mendapat anugerah Oscar untuk Kesan Khas Terbaik. Pada ketika ia dibuat, filem True Lies menjadi antara filem paling mahal pembikinannya dengan kos sebanyak USD$115 juta.

Ocean's Eleven (2001)
Remake dari filem "Ocean's Eleven" (1960)

Ocean's Eleven (2001)

Hasil gabungan lakonan mantap dan berkesan daripada George Clooney, Matt Damon dan Brad Pitt, kes rompakan sebuah kasino di Las Vegas yang dipaparkan dalam filem ini memberikan impak yang hebat kepada filem tersebut. Filem ini dianggap antara filem terbaik pernah dihasilkan.

The Departed (2006)
Remake dari filem "Infernal Affairs" (2002)

The Departed (2006)

Filem yang dikeluarkan pada tahun 2006 ini dianggap mempunyai senarai nama pendukung watak yang sangat hebat seperti Jack Nicholson, Matt Damon, Leonardo DiCaprio, Mark Wahlberg, Martin sheen, Vera Farmiga dan Alec Baldwin. Ia mengisahkan bagaimana seorang polis yang menyamar untuk mengesan siapakah penjenayah yang berada dalam kalangan rakan polis di Massachusetts State Police. Filem ini berjaya memenangi 4 anugerah Oscar termasuklah untuk kategori Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik. Filem yang diinspirasikan dari karya Alam Mak dan Andrew Lau mungkin juga mendapat tempias populariti filem asalnya yang turut menjadi antara filem paling berjaya di Hong Kong.

True Grit (2010)
Remake dari filem "True Grit" (1969)

True Grit (2010)

Filem asalnya pada tahun 1969 telah berjaya menganugerahkan John Wayne anugerah Oscar tetapi filem remakenya hasil sentuhan Coen bersaudara selain lakonan mantap dan cemerlang Jeff Bridge, Matt Damon dan Josh Brolin dianggap oleh para pengkritik sebagai lebih tepat kepada sumbernya selain mengiktiraf lakonan mantap para pelakon yang terlibat. Walaupun telah dicalonkan untuk 10 kategori pada anugerah Oscar, namun malangnya tiada satu pun anugerah berjaya dibawa pulang oleh filem hebat ini.

BACA INI JUGA: 6 Filem Balas Dendam Terbaik

-Sentiasapanas.com

Tuesday, April 15, 2014

Video Pelajar Tanpa Seurat Benang Tipu Ibu Tersebar!

Video Pelajar Tanpa Seurat Benang Tipu Ibu Tersebar!

Sebuah video klip pendek yang memperlihatkan seorang gadis Melayu yang bertelanjang menelefon ibunya dan menipu dia kononnya sedang sibuk membeli buka teks sekolah telah tersebar.

Gadis-bogel

Dalam video berkenaan, gadis itu yang mungkin pelajar sekolah menengah dipercayai sedang bersama teman lelakinya berdasarkan suara lelaki itu di penghujung klip.

Kemungkinan pasangan berkenaan berada di bilik hotel.

Aksi dalam klip itu bermula dari atas katil sehingga ke bilik air tanpa seutas benang di tubuh gadis itu.

Video berkenaan asalnya mulai viral di Whatsapp.

Perkaranya di sini, sudah la video itu secara jelas menjerumus kemungkinan besar berlaku zina antara mereka, kemudian sikap gadis itu yang sedang menipu ibunya dan kebodohan pasangan berkenaan merakam perbuatan jahat mereka.

Kalau dah terlalu sanggap sampai lupa soal hukum hakam, perlu ke aksi itu dirakam?

Kepada masyarakat di luar, ambi la pengajaran daripada apa yang berlaku ini.

Rakaman di telefon bimbit walaupun untuk kegunaan peribadi, akan menjadi tatapan umum jika alat itu jatuh ke tangan pihak lain atau jika pasangan anda marah dan mahu membalas dendam. -Mynewshub.my



Ayah Sanggup Mati Digilis Lori Demi Anak!

Ayah Sanggup Mati Digilis Lori Demi Anak!

Demi kasih kepada anaknya, seorang ayah sanggup berkorban diri sendiri bagi menyelamatkan anak tersayang. Ia merupakan satu kisah tragis yang berlaku kepada Hsiung Kuo, 71 tahun.

Ayah Sanggup Mati Digilis Lori Demi Anak!

Dia bersama anaknya, Yong sedang menunggang motosikal apabila sebuah lori merempuh motosikal yang mereka naiki.

Meskipun tayar lori itu telah melanggar kakinya, dia berkorban menahan kesakitan dan menolak anaknya daripada turut dilanggar kenderaan berkenaan.

Namun selepas tayar belakang menggilis dadanya, Kuo akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian.

Imej menghayat hati itu dirakamkan berlaku hanya beberapa saat.

Hsiung Kuo, 71

Ketika pasukan keselamatan tiba di tempat kejadian, Kuo sudah meninggal dunia manakala Yong pula terpaksa ditenteramkan kerana terkejut dengan kejadian berkenaan.

Pemandu lori itu pula melarikan diri, namun dia berjaya ditangkap dan polis kini menyiasat kematian tersebut.

BACA INI JUGA: Video Bapa Rela 'Terkorban' Demi Anak Ke Sekolah!

Sumber: Mynewshub.my

Isteri Muda Kena Cerai Tidak Tahu Memasak!

Isteri Muda Kena Cerai Tidak Tahu Memasak!

Dengan alasan tidak tahu memasak, seorang wanita berusia awal 20-an yang baru melangsungkan perkahwinan tahun lalu kini berdepan kemungkinan meneruskan hidup sebagai janda apabila suaminya memfailkan perceraian menggunakan alasan remeh berkenaan.

Cerai

Lebih menyedihkan, detik sedih perbicaraan berhubung fail perceraian berkenaan jatuh pada bulan sambutan ulang tahun sulung perkahwinan pasangan terbabit iaitu Mei ini.

Hanya mahu dikenali sebagai Nadia, katanya, apa yang sangat memilukan tragedi itu berlaku dalam keadaan rumah tangganya sangat harmoni tanpa selisih faham atau sebarang pergaduhan besar.

“Saya memang terkejut sebab sebelum ini kami tak bergaduh. Tiba-tiba saja pada 6 April lalu, bapa mentua yang datang ke rumah orang tua saya (di sebuah kawasan perumahan selatan Selangor) memaklumkan kepada keluarga saya yang dia membawa suami saya memfailkan perceraian di mahkamah tiga hari sebelum kedatangannya.

“Alasan diberikan untuk bercerai kononnya saya tak tahu memasak. Saya sangat sedih sebab keluarga mentua membelakangkan saya sebelum membuat keputusan berkaitan hidup saya,” katanya yang berharap dapat membuat persediaan mental dan fizikal untuk perbicaraan kes itu bulan depan. –Harian Metro

Isteri Tolong Sapu Ubat Kena Cerai Talak 3!

Talak Tiga

Sementara itu, siapa menyangka apabila seorang isteri yang berniat baik membantu si suami yang sakit mata tetapi berakhir dengan isteri diceraikan dengan talak tiga.

Itu kisah yang dialami oleh seorang ibu tunggal yang hanya mahu dikenali sebagai Nora menurut laporan Harian Metro.

Nora, 27 tahun, berkata kejadian mengejutkn itu berlaku pada tahun 2006 apabila bekas suaminya yang mengalami sakit mata meminta bantuannya untuk menyapu ubat diberikan pihak klinik ke matanya.

“Dia menyuruh saya menggunakan putik kapas untuk menyapu ubat mata. Pada mulanya saya teragak-agak, tetapi tetap patuh.

“Tiba-tiba dia menjerit sakit dan kami bertengkar sebelum dia melafazkan cerai talak tiga sekali gus,” katanya.

Sebaik cerai itu dilafazkan, dia yang tinggal di rumah lelaki itu di Kedah segera membawa dua anaknya yang masih kecil ketika itu ke rumah ibu bapa di Perak.

“Saya sendiri terkedu diceraikan talak tiga sekali gus hanya kerana dia (bekas suami) sakit mata,” katanya. -Mynewshub.my

Wanita Tuntut Cerai Sebab Suami Tak Makan Guna Garpu

makan pakai garpu

Baru seminggu berkahwin, seorang wanita telah mengemukakan tuntutan cerai selepas mendapati suaminya makan kacang dengan roti tanpa menggunakan garpu.

Itulah yang berlaku dipenghujung tahun lalu di Kuwait.

Wanita itu memberi alasan, dia menjadi trauma selepas mengetahui mengenai perkara itu dan tidak dapat hidup dengan lelaki berkenaan yang disifatkannya sebagai tidak beretika.

Perkara itu dikesan berlaku selepas kajian dijalankan bagi mengetahui kenapa purata 18 kes perceraian dilaporkan berlaku setiap hari di Kuwait.

Kajian itu dijalankan oleh seorang peguam, Hawra al-Habib berdasarkan kepada 6,672 kes cerai yang dilaporkan tahun lepas.

Salah satu punca perceraian adalah kerana kegagalan menerima pasangan seadanya.

“Amalan tradisi di mana pasangan hanya bertemu selepas berkahwin telah berakhir.

Kahwin yang diatur oleh keluarga ini menyebabkan pasangan itu tidak mempunyai masa untuk mengenali satu sama lain,’’ kata Hawra.

Dalam sesetengah kes pula, katanya wanita berkahwin hanya untuk kepentingan kewangan.

Mereka akan bercerai selepas itu dan meminta bekas pasangan menyediakan rumah, pembantu rumah serta bayaran alimoni kepada dia dan anak-anaknya. -Mynewshub.my

-Sentiasapanas.com