Wednesday, September 04, 2013

Sanggup Ditetak Demi Pertahan Maruah Ibu Dan Adik!

Sanggup Ditetak Demi Pertahan Maruah Ibu Dan Adik!

Demi mempertahankan nyawa dan maruah ibu serta adik perempuannya, seorang lelaki nekad bertempur dengan dua daripada lima penyamun yang memasuki rumah mereka di FELDA Keratong 5, Muadzam Shah, di sini, hingga cedera parah terkena 11 tetakan di tangan hingga menampakkan tulang, kaki dan perut, awal pagi semalam.

Ditetak perompak
Mohd Arsyad ditenangkan Zaharah.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, Mohd Arsyad Othman, 26, parah terkena 11 tetakan ketika melawan dengan penyamun bertopeng dipercayai warga asing bersenjatakan dua parang dan tiga kayu.

Difahamkan, ketika Arsyad bertarung dengan dua lelaki terbabit, tiga lagi penyamun mengepung ibu dan adiknya sambil mengawal keadaan.

Melihatkan Mohd Arsyad ditetak berkali-kali, ibunya, Zaharah Bakar, 57, melaungkan ‘Allahuakbar’ kerana tidak mampu berbuat apa-apa apabila dikepung tiga penjenayah bersama anaknya, Nor Adibah, 23.

Menceritakan detik cemas itu, Mohd Arsyad berkata, dengan kudrat yang ada dia cuba melawan penyamun terbabit kerana bimbang akan mengapa-apakan ibu dan adik perempuannya.

“Saya yang ketika itu tidur di ruang tamu tersedar apabila mereka memukul belakang saya dengan kayu.

“Selepas itu, saya lihat lima penyamun berada dalam rumah dengan tiga daripada mereka sudah mengepung ibu dan adik,” katanya yang kini stabil selepas mendapatkan rawatan di Hospital Muadzam Shah (HMS) di sini.

Mohd Arsyad berkata, seorang penyamun terbabit cuba menetaknya di kepala, namun dia sempat menahan dengan tangan sebelum mencapai sebatang besi dan terus berlawan.

“Tanpa mempedulikan kesakitan, saya melawan walaupun penyamun itu melibas parang berulang kali sehingga mengenai beberapa bahagian badan,” katanya yang bekerja kampung.

“Ketika itu saya hanya terfikir keselamatan ibu dan adik perempuan walaupun nyawa saya jadi taruhan,” katanya yang bekerja kampung.

Anak keenam daripada tujuh beradik itu berkata, melihatkan tindakan agresifnya, penyamun terbabit melarikan diri dan hanya sempat mengambil dompetnya mengandungi wang tunai RM400 dan satu komputer riba.

“Selepas itu baru saya sedar tangan kanan terkena tetakan sehingga nampak tulang dan seluruh badan terasa sakit,” katanya.

Mohd Arsyad berkata, anggota polis yang tiba selepas membuat laporan di Balai Polis Muadzam Shah jam 5 pagi, menemui dompetnya dicampak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

“Namun, wang tunai di dalam dompet itu diambil penyamun, tetapi saya bersyukur kerana semuanya selamat,” katanya.

Menurutnya, ia adalah kejadian kedua selepas kali pertama rumahnya dimasuki penyamun lapan tahun lalu menyebabkan kerugian dianggarkan RM2,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superintendan Johari Jahaya, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan pihaknya sudah mengenal pasti penjenayah dipercayai warga asing terbabit. -Hmetro

Cuba Bunuh Diri Selepas Tonton Cerita Seram

Cuba Bunuh Diri Selepas Tonton Cerita Seram

Seorang lelaki cuba membunuh diri dengan terhun dari sebuah bangunan di sini kerana ketakutan selepas menonton cerita seram.

Hantu, Cerita seram
Gambar hiasan.

Akhbar China News melaporkan, lelaki itu, Chen, 28, berasal dari wilayah Anhui.

Menurut saksi, ini bukan kali pertama Chen cuba membunuh diri. Sebelum ini dia pernah mengelar pergelangan tangannya dan memakan pil secara berlebihan. Dalam kedua-dua kejadian itu, dia diselamatkan oleh kakitangan hospital.

Chen dilapor mula melihat kelibat hantu selepas menonton beberapa filem seram. Ketakutan dialaminya itu mendorong dia untuk membunuh diri.

Dalam kejadian terbaru, polis berjaya memujuk Chen turun dari bumbung sebuah bangunan dengan menyuruhnya memikirkan nasib keluarganya.

Masak mayat suami

Sementara itu, seorang wanita ditangkap kerana mendera suaminya hingga mati sebelum memasak mayat lelaki berkenaan dalam usaha untuk melupuskan bukti.

Wanita berusia 48 tahun yang dikenali dengan nama keluarganya Zheng, bertindak membunuh suaminya, Liu selepas mendapati dia berulang kali menyeksa anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya.

Menurut laporan, Zheng yang tinggal di Lu’an di wilayah Anhui mencampurkan pil tidur ke dalam makanan suaminya pada 14 Jun lalu. Dia kemudian mengikat lelaki itu di garaj mereka, tempat dia memukul Liu dengan penyodok dan menikamnya dengan pemutar skru.

Mangsa yang tidak diberi makan dan minum akhirnya mati tiga hari selepas itu. Wanita berkenaan kemudian membeli gergaji dan periuk tekanan tinggi.

Dia memotong mayat suaminya dan memasaknya di dalam periuk berkenaan. Bagaimanapun, tidak diketahui bagaimana dia membuang mayat suaminya yang sudah dimasak.

Zheng memberitahu jiran dan keluarganya bahawa Liu ke daerah Hefei untuk mendapatkan rawatan.

Sebulan selepas melakukan jenayah itu, Zheng ke balai polis dan mengaku membunuh suaminya. Menurutnya, dia berdepan dengan tekanan mental dan sering bimbang ditangkap.

Wanita itu kini dalam tahanan polis dan kesnya masih disiasat.

-Agensi

Gadis Bertudung Dilayan Lebih Baik Di UK Berbanding Malaysia Sendiri!

Gadis Bertudung Dilayan Lebih Baik Di UK Berbanding Malaysia Sendiri!

Seorang pelajar Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) berkongsi status berkenaan kekecewaannya yang mahu mencari kerja sambilan sementara menunggu kursus KPLInya bermula.

Gadis Bertudung
Gambar hiasan.

Kenapa si gadis kecewa? Semuanya kerana beberapa lokasi meminta pekerjaan menafikan haknya untuk bekerja kerana dia bertudung atau memakai hijab.

Menurutnya, gadis itu Mira Kamil berkata beliau keluar mencari pekerjaan sementara di pusat membeli-belah KLCC dan dia beliau menerima jawapan yang cukup mengejutkan.

Dalam statusnya beliau berkata kedai barangan sukan Nike berkata "Kita memang nak pakai orang, tapi tak nak yang pakai tudung,"

Kemudian di kedai Topshop pula mereka berkata, "Sorry, pakai tudung tak boleh kerja sini,"

Mira kemudian menjengah ke kedai Esprit dan pertanyaan mencari pekerjaan disambut dengan gelak ketawa oleh pekerja di sana dan berkata, "We don't hire hijab people,"

Akhir sekali Mira berkongsi jawapan pihak kedai Isetan yang berkata, "Selalunya kita tak ambil orang pakai tudung kerja dengan kita," menurut status Facebook Mira.

Gadis Bertudung

"Saya sudah tinggal di United Kingdom lebih dari empat tahun dan sudah menjelajah banyak lokasi di Eropah dan juga di Atlantik Utara tetpi beliau tidak pernah berasa sedih memakai hijab.

"Tetapi kini saya dimalukan di negara sendiri kerana menutup rambut yang juga aurat saya."

"Merdeka?? Benarkah?? Betapa jelas ini bukan sebuah negara Islam, di UK tidaklah seteruk ini, saya terlalu kecewa," katanya di statusnya.

BACA INI JUGA: Isteri Solehah Punca Kebahagiaan Suami

Wanita Warga Malaysia Disaman Kerana Mahukan Seks Enam Kali Sehari!

Wanita Warga Malaysia Disaman Kerana Mahukan Seks Enam Kali Sehari!

Seorang ahli perniagaan berasal dari Bosnia telah memfailkan saman bernilai RM600,000 ke atas teman wanitanya seorang wanita warga Malaysia kerana dakwanya wanita itu hanya mahukan seks dan genetik Eropah untuk mendapatkan anak dan bukannya atas dasar cinta.

Disaman Kerana Mahukan Seks

Ervin Ahbabovic, 41 tahun yang juga telah mendapat status penduduk tetap negara ini memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lepas.

Selain tuntutan itu, Ahbabovic juga meluahkan yang defendan iaitu wanita Malaysia berusia 29 tahun itu, mahu plaintif melayan keinginan seks luar biasa teman wanitanya yang mahukan hubungan seks enam kali sehari.

Sudahlah begitu, setiap sesi perhubungan seks akan berlangsung sehingga satu jam.

Dalam tuntutannya, Ahbabovic turut menyertakan kata-kata wanita itu kepadanya yang menyatakan "plaintif hanya dipergunakan untuk "memuaskan nafsu seksnya selain mendapatkan sperma lelaki berkenaan atas alasan DNA sperma Eropah tiada tolok bandingnya dan lebih berkualiti berbanding lelaki tempatan."

Menurut kisahnya, Ahbabovic berkata sebelun itu dia jatuh cinta dengan wanita berkenaan pada tahun 2008.

Mereka kemudiannya tinggal bersama dan dua tahun kemudian, pada 7 Februari, anak mereka dilahirkan.

Plaintif mendakwa, dia pada mulanya percaya mereka berdua akan mendirikan rumah tangga, namun mengakui beliau tersilap.

Menurut dokumen mahkamah, hubungan mereka retak selepas kelahiran anak lelaki mereka, ekoran defendan kerap mencari kesalahannya.

Pada masa sama, beliau mendakwa kehendak seksual defendan yang mahukan hubungan seks enam kali sehari sebagai melebihi norma kebiasaan.

Bagi si Ahbabovic, dia masih yakin nafsu seksual wanita tersebut berdasarkan cinta sebenar namun defendan menjadi cemburu dan tidak yakin dengannya.

Beliau mendakwa kehendak seksual defendan menjadi rutin yang terpaksa dipenuhinya.

Malah plaintif turut mendakwa defendan pernah mengugut membunuh diri jika kehendak seksualnya tidak dipenuhi atau cuba meninggalkannya.

Tanpa pilihan lain, beliau tetap dengan wanita berkenaan dengan harapan akan bersetuju untuk mendirikan rumah tangga dengannya bagi memastikan mereka menikmati kehidupan berkeluarga yang normal.

Ahbabovic mendakwa beliau mengalami tekanan perasaan dan penderaan emosi disebabkan penderaan rutin seksual setiap hari, dan pada September tahun lalu, defendan dakwanya telah menikam dirinya di bahagian lengan kiri.

Tidak tahan dengan apa yang berlaku, plaintif kemudiannya menegur tindakan defendan namun defendan kemudiannya menghina, memukul, dan memarahinya.

Malah, beliau juga didakwa telah dihalau dari rumah dan menafikan haknya untuk mendapatkan simpanan dan menguruskan perniagaan bersama mereka.

Ahbahovic berkata teman wanitanya terus bertindak di luar batasan selepas itu termasuk dalam perniagaan dan tidak pernah membayarnya walaupun menerima beberapa ratus ribu daripada sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur. .

Beliau turut rasa dimalukan, stress dan trauma, ekoran bukan sahaja dihalau dari rumah, tetapi juga dilarang berjumpa anaknya.

Ahbabovic berkata beliau rasa terhina dengan kenyataan teman wanitanya itu yang menganggap dirinya dipergunaan sebagai penderma sperma.

Beliau turut mendakwa mengalami penderitaan psikologi ekoran status bapa kepada anaknya tidak diperakui.

Beliau menuntut mahkamah memberikan pengesahan terhadap statusnya sebagai bapa kepada anak mereka dan mengesahkan kehadirannya sebagai bapa dalam tiga akhbar utama di negara ini selain tuntutan kewangan.

Beliau juga cuba mendapatkan arahan menjadi bapa kepada anaknya dalam surat beranak, termasuk penghargaan defendan berkenaan kewujudannya sebagai bapa terhadap anak mereka.

Selain itu beliau turut menuntut kos lain yang ditetapkan mahkamah.

Ahbabovic diwakili peguam Nasir Yusoff dan Mohamad Fauzi. Beliau berkata pengurusan kes ditetapkan pada 1 Oktober.

"Salinan writ telah disahkan dan diserahkan kepada defendan, kemungkinan esok," menurut peguamnya, Nasir.

Ahbabovic, yang hadir mahkamah hari ini berkata beliau tidak melihat anaknya sejak beberapa bulan lalu.

"Saya mengalami trauma dan sedang berjumpa pakar sakit jiwa sekarang ini," katanya.

"Saya kehilangan segala-galanya sejak empat tahun lalu. Saya serahkan segalanya dan mahukan keluarga yang normal, namun dia gunakan saya semata-mata hanya mahukan sperma saya," katanya.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

RoS Luluskan Pendaftaran Tiga Kumpulan Kongsi Gelap!?

RoS Luluskan Pendaftaran Tiga Kumpulan Kongsi Gelap!?

Datuk Saifuddin Nasution Ismail membidas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang mudah meluluskan tiga kumpulan kongsi gelap, tetapi sehingga hari ini Pakatan Rakyat (PR) dihalang dengan pelbagai cara daripada didaftarkan.

Kumpulan Kongsi Gelap!
Gambar hiasan.

Setiausaha Agung PKR itu yang juga wakil sekretariat PR, mendakwa RoS tidak memberikan kerjasama untuk membantu mereka sejak permohonan kali pertama dibuat pada 2009 sehingga kini.

"Kita sedia maklum RoS baru-baru ini mengakui terdapat tiga kumpulan kongsi gelap yang berdaftar dengan mereka, jadi saya ingin menyoal mereka.

"Mengapa begitu mudah tiga kumpulan kongsi gelap mendapat kelulusan daripada RoS, tetapi tidak dengan pendaftaran Pakatan Rakyat? Kami bukannya gengster atau penjenayah," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.

Saifuddin berkata, RoS juga tidak pernah menghantar surat atau notis kepada PR mengenai status pendaftaran yang dibuat, serta membidas agensi itu yang menggunakan media sebagai saluran menyampaikan berita mengenai perkara tersebut.

"Semua maklumat yang kami perolehi hanya menerusi media massa, mereka tidak pernah menghantar surat mahupun notis kepada kami untuk memberitahu status permohonan lama.

“Adakah sukar untuk menghantar surat kepada kami," katanya.

Semalam, media melaporkan RoS menolak permohonan PR kerana mereka hanya pernah memohon sekali sahaja dan tidak pernah membuat tindakan susulan.

Malah, Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya tidak dapat memproses kelulusan buat masa ini kerana PR menukar pucuk pimpinan sejak 2009, namun tidak memaklumkan status terkini mereka kepada RoS.

PKR, PAS dan DAP bergabung membentuk PR pada 2009 namun sehingga kini pertubuhannya masih dianggap "tidak sah".

Saifuddin berkata, sektariat akan membuat satu permohonan baru kepada RoS serta memberi tempoh 30 hari kepada RoS untuk menimbangkan permohonan yang bakal mereka buat.

"Oleh itu, saya akan mengarahkan kakitangan saya untuk membuat permohonan baru dan memberi tempoh 30 hari kepada RoS untuk beri maklum balas," katanya.

Isu pendaftaran PR menjadi modal pemerintah Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya lalu, menyifatkan kerjasama antara PKR, DAP dan PAS tidak sehaluan serta tidak mempunyai matlamat bersama.

Malah, BN juga melabel PR sebagai "Pakatan Haram". [Sumber]

Tuesday, September 03, 2013

 Perang AS, Syria Demi Israel

Perang AS, Syria Demi Israel

Penduduk di kawasan Ghouta, pinggir Damsyik, mendakwa Putera Arab Saudi, Bandar Sultan Al Saud adalah dalang utama membekalkan senjata kimia kepada al-Qaeda sebelum insiden serangan roket bergas.


Menerusi laporan veteran antarabangsa AP, berdasarkan temu bual bersama sekumpulan doktor, penduduk, FSA dan ahli keluarga mangsa di Ghouta, kumpulan militan pernah menerima bekalan senjata kimia menerusi ketua perisik Arab Saudi iaitu Putera Bandar.

(Baca: Perang Akhir Zaman Bermula Dengan Peperangan Di Syria?)

Laporan itu menyebut, seorang bapa kepada ahli militan mengaku anak lelakinya bersama 12 rakan yang lain telah dibunuh di dalam terowong yang digunakan sebagai gudang menyimpan senjata yang dibekalkan pemimpin militan Arab Saudi, Abu Ayesha.

"Struktur senjata itu kelihatan seperti mesin tiub dan mempunyai balang gas yang besar," katanya.

Sementara itu, anggota FSA pula berkata, mereka langsung tidak dimaklumkan mengenai kewujudan senjata kimia itu, malahan tidak tahu cara menggunakannya.

Satu lagi militan menuduh militan Takfiri yang bercabang dengan al-Qaeda dan Barisan al-Nusra mengetahui perkara sebenar membabitkan isu serangan itu.

Wartawan itu juga memaklumkan, kumpulan doktor yang ditemu bualnya turut mempersoalkan identiti dalang pembekal senjata kimia di Damsyik.

Malah, lebih mengejutkan apabila puluhan anggota militan mengaku bahawa mereka telah dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi di mana Putera Bandar sebagai pengantaranya.

Bagaimanapun, agensi Independent pernah melaporkan, jabatan risikan Putera Bandar pernah menuduh kerajaan Syria sebagai dalang menggunakan gas sarin dalam usaha menggulingkan Presiden Bashar al-Assad dalam Februari lalu.

The Wall Street Journal pula melaporkan, ketua perisik Arab yang digelar oleh Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) sebagai sekutu diplomatik veteran Washington dan negara Arab, mampu menjadi pengantara menghantar sumber kewangan dan senjata secara rahsia.

Komander Pasukan Keselamatan Sukarela Basij di Iran, mendedahkan tindakan melulu AS untuk menyerang Syria adalah sebagai salah satu usaha Washington memanjang tempoh dasar melindungi rejim Israel.

"Benar atau tidak, secara kasarnya AS memang mahu menentang pengganas atau mencari dalang si pengebom kimia itu, tetapi jika dilihat dari maksud tersirat, misi mereka adalah untuk mempertahankan rejim Zionis," kata Brigedier Jeneral Mohammad Reza Naqdi, di Tehran, kelmarin.

Menurut Naqdi, AS juga pernah mengetuai peperangan di Afghanistan yang dimulakan pada 2001 atas alasan untuk menghapuskan kuasa Taliban dan mampu menggugat negara Barat.

Naqdi turut mengutuk pencerobohan AS ke atas Iraq pada 2003 dengan dakwaan negara itu memiliki senjata pemusnah terbesar di bawah kuasa rejim Iraq, Saddam Hussein.

"Tetapi, sehingga kini mereka masih belum menjumpai mana-mana senjata pemusnah yang didakwa mampu menggugat negara mereka," kata Naqdi.

Lebih sejuta rakyat di negara-negara Arab dilaporkan menjadi mangsa pembunuhan peperangan yang diketuai AS. -SinarOnline