Friday, February 28, 2014

Anwar Menang Kes Saman Papa Gomo!

Anwar Menang Kes Saman Papa Gomo!

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes samannya terhadap pengendali blog ‘Papa Gomo’ berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkannya (Anwar) dalam video seks di blog berkenaan.

Papa Gomo!

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop membuat keputusan itu selepas membenarkan saman dikemukakan Anwar terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam N.Surendran dan Lateefa Koya yang mewakili Anwar dan peguam Jasbeer Singh Kawna yang mewakili Wan Muhammad Azri.

Surendran ketika ditemui pemberita, memberitahu mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati Anwar selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutannya dan Wan Muhammad Azri adalah ‘Papa Gomo’.

Beliau berkata mahkamah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM800,000 kepada Anwar.

“Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada plaintif,” kata Surendran.

Jasbeer Singh pula memaklumkan pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu.

Pada 21 Mac tahun lepas, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. –BERNAMA

Yuktes Vijay

Yuktes Vijay

Namun begitu, agak menarik membaca ulasan Yuktes Vijay mengenai keputusan ini. Menurut ulasan beliau di Facebook;
Papagomo telah diperintahkan oleh mahkamah untuk bayar ganti rugi kepada anwar ibrahim bukan bermaksud kini, anwar ibrahim adalah bidadari yang main gelongsor di celah-celah awan...

Kes yang difailkan merujuk kepada 4 perkataan yang lucah dan melebihi batas norma pertuturan seharian masyarakat....kes tersebut tidak langsung menyebut maupun menafikan bahawa individu dalam gambar itu anwar ibrahim....

Contohnya, ada gambar saya dalam FB...kamu tengok gambar saya dan kata cipet yuki ini...saya fail saman atas dasar penggunaan kata cipet itu telah menghalau awek yang ingin ku dating daripada saya...mahkamah pun dapati awek dah lari dan suruh kamu bayar saya ganti rugi...tapi adakah saya nafi saya bukan yuki?

Pelik kan anwar saman kerana diejek biseks tapi bisu saja bila dituduh murtad?

BACA INI JUGA: Kisah Hancurnya Kaum Nabi Luth Akibat Hubungan Sejenis

-Sentiasapanas.com

Monday, February 24, 2014

Kata Anwar, PAS Bukan Islamik!

Kata Anwar, PAS Bukan Islamik!

Dalam satu perjumpaan rahsia dengan kumpulan Jesuit (The Society of Jesus), Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa bersetuju dengan pendapat paderi Kristian daripada Singapura yang menyatakan bahawa PAS walaupun namanya Islamik, namun perjuangan parti itu kini bukan lagi memperjuangkan gagasan Islamik, Negara Islam.

PAS Bukan Islamik

Malah, Anwar turut menambah, PAS sekarang tidak lagi komited perjuangan Islamik itu sebaliknya mengubah perjuangan yang senada dengan Pakatan Rakyat (PR) ke arah demokrasi dan liberalisme.

“Anwar dalam satu perjumpaan rahsia bersama golongan jesuit dan seorang father daripada Singapura telah menyatakan negara ini bukan negara Islam dan PAS bukan lagi berjuang untuk Negara Islam.

“Kata Anwar, PAS kini, satu parti (yang) komited untuk reformasi media dan badan kehakiman bebas, demokratik, liberalisme..,” dedah bekas pembantu Anwar, Yuktes Vijay dalam laman sosialnya, yuktes.vijay.

Yuktes membuat pendedahan itu ketika mengulas kehadiran Anwar di Gereja Holy Family pada Ahad lalu.

Dalam ucapan di gereja terbesar Kajang, Yuktes berkata Anwar telah mengapi-apikan sentimen pengundi Kristian supaya membenci pemerintahan Putrajaya yang didakwa membenarkan suara kebencian, keganasan dan kemusnahan serta menenggelamkan mesej cinta keamanan dan keharmonian.

“Bercakap di Gereja Holy Family di Kajang, Anwar berkata pihak tertentu mengacau konflik agama dan kaum dalam insiden baru-baru ini, sementara penyebab masalah dilepaskan begitu sahaja sementara yang tidak bersalah ditangkap seperti penjenayah

“Memetik surah dari Al-Quran, berkata Islam bukan sahaja memerlukan toleransi sebagai standard minimum tetapi lebih daripada itu..turut memetik kata-kata daripada Bible dengan membacakan bab 14 daripada Kitab Roman: “You, then, why do you judge your brother or sister? Or why do you treat them with contempt? For we will all stand before God’s judgment seat,”lapor Yuktes.

Menurut Yuktes, Anwar merupakan tokoh politik yang sentiasa meniupkan sentimen adu domba dan kebencian untuk mendapatkan sokongan politik kepadanya.

Jika dahulu, kata Yuktes, ketika memerlukan sokongan Melayu-Islam, Anwar meniupkan kebencian terhadap kelompok kristian yang didakwanya sedang menjalankan gerakan Kritianisasi besar-besaran di negara ini.

“Di ABIM ketika memerlukan sokongan Melayu-Islam, Anwar telah menuduh berlaku proses pengkristianisasi Melayu secara besar-besaran, dan dia akan demo jika gerakan ini tidak dibendung. ABIM turut menerbitkan buku-buku yang mendedahkan gerakan Kristianisasi di Malaysia…

“Masa itu motif anwar adalah untuk bongkar ‘niat’ Stamford Raffles yang mengupah Abdullah Munsyi menterjemahkan kitab Injil ke Bahasa Melayu adalah untuk ‘memurtadkan’ sekelompok Melayu yang menjadi majoriti di negara ini,”katanya

Yuktes juga turut mempersoalkan penubuhan badan berjenama Islam, IIIT (The International Institute of Islamic Thought) yang ditubuhkan Anwar pada tahun 1981 di sebuah negara yang terkenal memerangi agenda Islamik, Amerika Syarikat.

“Bolehkah wujudkan IIIT di Amerika Syarikat masa dia di ABIM ?

“Cuba selidik..sebelum serangan dilakukan ke atas mana-mana negara Islam, Anwar akan bersuara menyokong Amerika…Afghan, Iraq, Libya dan kini Syria….Kristian serang Islam namanya masalah….Islam serang Islam namanya norma…

“Bersatulah…jangan biarkan Anwar hancurkan Malaysia! Dia agen CIA,” katanya lagi.


Pada tahun 2009, ketika berucap dalam program ‘Muslim Christian Interfaith Conference’ di Perth, Australia, Anwar turut menyentuh tentang Pakatan Rakyat (PR) yang di dalammya termasuk PAS yang sering dilabel sebagai Islamik.

Anwar menyebut kehairan orang ramai tentang kehebatannya menyatukan parti-parti PKR, DAP dan PAS dalam PR.

“Mereka berkata awak (Anwar) membentuk Pakatan Rakyat di Malaysia. Parti Keadilan (PKR), Awak ada Democratic Action Party (DAP)..Cina dan juga Parti Islam (PAS)..Oh my god !.

“Ini adalah parti (PAS) yang ekrimis yang cuba mempromosi syariah.

“Ketika itu saya bertanya, ‘apa maksud anda tentang syariah ?’ (sambil memperlahankan suara Anwar berkata) memotong tangan dan apa-apa sahaja yang boleh dipotong,” kata Anwar sambil disambut gelak ketawa.

“Awak tahu apa maksud saya,” tambah Anwar lagi.

Anwar mendakwa berlaku salah faham terhadap syariah, dakwanya lagi matlamat sebenar syariah seperti terkandung dalam Maqasid Syariah yang dikemukakan oleh Abu Ishaq al-Shatibi adalah untuk menggalakkan kebebasan beragama.


Pada tahun 2005, ketika Anwar berceramah di hadapan pemikir Yahudi dan Jesuit di Amerika Syarikat, Anwar mendakwa perjuangan PAS yang dahulunya memperjuangkan teokrasi (Negara Islam) telah mengubah dasar perjuangannya kepada teo-demokrasi (demokrasi agama).

“Dalam pengalaman singkat saya dengan Parti Islam (PAS) yang dahulunya dikenali sebagai penyokong kuat undang-undang Islam dan Negara Islam.

“Sekarang, Negara Islam bukan lagi agenda mereka,” katanya.

[Sumber]

Monday, February 03, 2014

Media Anwar Mula Serang Yuktes Vijay, Tuduh Rasis!

Media Anwar Mula Serang Yuktes Vijay, Tuduh Rasis!

Gara-gara menawarkan diri menjadi calon bebas Pilihanraya Kecil (PRK) Kajang, kredibiliti bekas pembantu peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim mula diserang sebagai seorang ‘rasis.’

yuktes vijay

"Anwar mula mencatur langkah untuk memastikan kemenangannya pada PRK Kajang dengan menyerang kredibiliti Yuktes Vijay di laman sosial," lapor sumber kepada AIDCNews.

Sebelum ini Yuktes Vijay telah memuat naik satu ‘posting’ di laman sosialnya dengan nada sinis meminta agar 90 peratus Cina pengundi DAP yang disifatkan tidak mengenang budi agar minum arak dan memandu ke Genting untuk berjudi sepuas-puasnya.

Lantas, portal pro Anwar, Malaysiakini menerbitkan artikel bertajuk "By-election hopeful caught in racism row" menyerang Yuktes sebagai rasis.

"Kita kenal Yuktes dan dia bukan rasis. Namun bila Yuktes mula mengasak kembali baru sedar Malaysiakini telah spin isu ini untuk Anwar.

"Yuktes telah menjelaskan di statusnya bahawa posting itu ditujukan kepada Cina DAP dan bukannya semua Cina. Malah dia telah menyatakan mereka yang mengundi BN sebagai keluarganya," jelas sumber itu lagi.

Yuktes ketika dihubungi menjelaskan beliau hanya akan minta maaf di atas tulisan di laman sosialnya, jika pemimpin-pemimpin DAP dan pro pembangkang letak jawatan dan tarik balik semua kenyataan rasis sebelum ini.

"Saya akan minta maaf, undurkan diri daripada bertanding PRK kajang dan akan berkhidmat di semua kawasan majoriti cina di Malaysia untuk 3 bulan dengan satu syarat;
  1. Teresa Kok yang suruh kurangkan bunyi azan.
  2. Karpal Singh yang hina hukum hudud.
  3. Ambiga yang pertikaikan ajaran Islam yang benarkan murtad.
  4. Semua ahli jawatankuasa Comango dan semua pemimpin yang pernah keluarkan kenyataan berunsurkan rasis sila letak jawatan dan memohon maaf kepada penganut agama yang dihina meraka itu.

"Jika tiada reaksi, kepada mereka yang sedang mencorakkan imej sebagai seorang yang rasis, keji dan buruk perangai, sila paksa dan beri tekanan kepada mereka.

"Saya hanya seorang individu yang tiada pangkat mahupun jawatan.

Saya rasis ke basis dalam rockband takde maknanya, tapi nama-nama yang saya sebut di atas kesemuanya akan meninggalkan impak negatif dan mampu menggugat perpaduan negara lebih bahaya.." cabar Yuktes.

-Sentiasapanas.com

Tuesday, January 28, 2014

Yuktes Vijay Cabar Anwar PRK DUN Kajang!

Yuktes Vijay Cabar Anwar PRK DUN Kajang!

Tidak sampai setengah jam selepas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan untuk bertanding di kerusi N25 Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang, Pengasas Take The Lead, Yuktes Vijay mengumumkan hasrat untuk mencabar beliau.

Yuktes Vijay Cabar Anwar PRK DUN Kajang! [2]

Anak muda berusia 25 tahun itu tidak gentar untuk bertanding dengan calon yang lebih berpengalaman dan berpengaruh itu. Ini kerana apa yang penting bagi Yuktes adalah memberi keadilan kepada rakyat.

"Apa yang berlaku sekarang adalah perebutan kuasa dalam parti yang menggunakan duit rakyat.

"Pilihan raya kecil ini menggunakan duit rakyat, duit saya! Ini tidak masuk akal, saya mahu gunakan duit tersebut dikembalikan kepada rakyat," katanya kepada MalaysiaGazette.

(Baca: Yuktes Vijay Dedah Dana Kekayaan Anwar!)

Jelas Yuktes, beliau yakin akan kalah malah mungkin hilang wang pertaruhan semasa PRK tersebut namun apa yang penting adalah mencabar Anwar yang juga pernah menjadi bosnya dahulu.

"Jika saya kalah pun tidak mengapa, itu memang sudah dijangka tetapi jika Anwar menang tetapi majoritinya menyusut walaupun hanya dengan satu undi, itu adalah sesuatu yang paling memalukan beliau," katanya lagi.

Bersandarkan manifesto yang ringkas iaitu 'Wakil rakyat yang telah dipilih perlu menunaikan manifesto Pilihan raya Umum (PRU) ke-12 dan ke-13', Yuktes akan mula berkempen dengan pergi ke kawasan-kawasan bermasalah di DUN Kajang.

Katanya, pelbagai janji yang telah ditabur semasa PRU-PRU yang lepas, namun Kajang masih dibelenggu oleh pelbagai masalah antaranya jalanraya berlubang serta tiada pembelaan terhadap pemilik-pemilik gerai makanan yang telah dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Kajang.

DUN Kajang sebelum ini diwakili oleh Lee Chin Cheh yang memperolehi 19,571 undi dengan majoriti 6,824 dalam pertandingan enam penjuru.

Sumber: Malaysiagazette

Friday, January 03, 2014

Yuktes Vijay Dedah Dana Kekayaan Anwar!

Yuktes Vijay Dedah Dana Kekayaan Anwar!

Bagi mendedahkan dana kekayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas pembantu Shankara Nair (peguambela kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim) Yuktesvaran a/l Malaipan aka Yuktes Vijay, telah mengadakan satu sidang media khas bertempat di Kafe Strawberry Fields sekitar 12.30 tengahari kelmarin.

Yuktes Vijay Dedah Kekayaan Anwar

Dalam sidang media itu, Yuktes menyatakan bahawa;

1) Anwar Ibrahim mempertikai pelaburan jutaan ringgit oleh anak Datin Seri Rosmah Mansor dalam industri perfileman di Hollywood. Namun Anwar tidak pula mendedahkan kekayaan yang dimilikinya sendiri.

2) Sebagai seorang bekas banduan tidak mungkin dia boleh memiliki harta berjuta-juta ringgit dalam masa yang singkat. Anwar Ibrahim memberi alasan bahawa beliau merupakan seorang pensyarah di Dubai dan Amerika Syarikat akan tetapi beliau tidak pernah memiliki kelulusan akademik untuk menjadi pensyarah.

3) Yuktes juga memberitahu bahawa Anwar telah membelanjakan lebih RM2 juta untuk perbelanjaan kes liwat yang melibatkan pakar forensik, DNA dan pakar untuk mengendalikan kes tersebut.

Anwar Sodomy Cost

4) Anwar telah membayar RM109,000.00 setelah kalah dalam satu kes saman V Lingam dan beberapa kes yang lain melibatkan Hamzah Zainuddin dan Khairi.

5) Sekiranya segala kos yang diguna untuk mengendalikan kes Anwar ini ditanggung oleh Kerajaan Selangor maka ianya adalah satu kesalahan.

6) Anwar memiliki 3 pejabat di Dubai dan Amerika Syarikat di mana setiap pejabat dibayar USD 6,000.00 sebulan. Di samping itu Anwar membelanjakan berjuta ringgit utk mengendalikan Ibu pejabat PKR Pusat.

COST OF RUNNING ANWAR IBRAHIM CONSULTING ASSOCIATES

7) Anwar memiliki sebuah rumah banglo di No 11, Jln 3/61, Bkt Segambut Dalam, Kuala Lumpur yang mana penuh dengan ciri-ciri keselamatan dan nilai pasaran ketika dibeli adalah RM 7 juta.

8) Anwar adalah peliwat, perasuah dan ejen CIA. Dana-dananya disalurkan oleh CIA. Beliau juga memiliki akaun simpanan di bank Al Barakah dimana beliau sendiri merupakan pengarah bank itu.

9) Anwar telah membelanjakan berjuta ringgit untuk keluar negara menggunakan wang kerajaan Negeri Selangor. Lawatan luar negara tersebut langsung tidak membawa manfaat kepada pelaburan Negeri Selangor yang kini menjunam sehingga 80%.

10) Kos perkahwinan anak Anwar mencecah sehingga RM 3 juta.

Perkahwinan Anak Dsai

Yuktesvaran menyatakan bahawa sidang media ini adalah bertujuan untuk mendesak Anwar menjelaskan sumber dana yang diperoleh dan mencabar Anwar berdebat dengan beliau secara terbuka.

"Dua laporan polis telah dibuat berhubung penyelewengan Anwar Ibrahim serta penglibatannya dengan CIA tetapi belum ada tindakan daripada pihak polis".

Anwar agen CIA

Beliau percaya Anwar mempunyai ramai penyokong dalam beberapa jabatan dan Agensi Kerajaan yang lain.

[Sumber]