Monday, July 02, 2018

Tragedi Bukit Jenalik Militan Al-Maunah Yang Menggemparkan Negara

Tragedi Bukit Jenalik Militan Al-Maunah Yang Menggemparkan Negara

Sudah puluhan tahun berlalu, namun sejarah hitam peristiwa Bukit Jenalik yang melibatkan kekejaman anggota kumpulan Al-Maunah masih segar dalam ingatan sesetengah masyarakat di Malaysia.

Tragedi Bukit Jenalik Militan Al-Maunah Yang Menggemparkan Negara

Kumpulan Al-Maunah merupakan sebuah organisasi militan yang berasal daripada sebuah pertubuhan persilatan.

Namun, objektif kumpulan ini salah apabila ketuanya, Mohd. Amin Razali memimpin kumpulan Al-Maunah termasuk seorang pegawai Tentera Darat Malaysia berpangkat Mejar, bertindak mahu menggulingkan kerajaan Malaysia dengan melancarkan peperangan.

Dalam peristiwa tersebut, empat orang telah menjadi tebusan iaitu tiga anggota keselamatan dan seorang orang awam.

Dua daripada mereka terselamat iaitu Sarjan Detektif (B) Mohd. Shah Ahmad dan seorang lagi anggota keselamatan telah dibunuh dengan kejam oleh kumpulan ini.

Kematian dua anggota keselamatan ini disaksikan sendiri oleh Mohd. Shah yang terselamat.

Bagaimana dia terselamat? Ikuti perkongsiannya.

***

Saya ingat lagi. Awal pagi 2 Julai tahun 2000, saya menerima arahan untuk melakukan tinjauan di Sauk.

Ketika itu, saya berkhidmat sebagai Detektif di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, Perak.

Saya dimaklumkan pihak polis menerima laporan orang kampung yang terdengar bunyi tembakan dari atas Bukit Jenalik.

Pada masa yang sama kami juga menerima laporan sebuah kumpulan yang menggunakan helah berpakaian pegawai kanan tentera telah merompak senjata di Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah di Empangan Temenggor, Gerik, Perak.

Saya diminta menyiasat kejadian tembakan di bukit tersebut. Adakah ia sekadar latihan pihak tentera, polis atau sebaliknya.

Sekiranya pihak tentera atau polis sedang melakukan latihan, saya perlu memaklumkan supaa latihan dihentikan kerana akan merisaukan penduduk kampung dengan kes rompakan senjata yang telah berlaku.

Tanpa berlengah, saya menunggang motosikal ke kawasan terbabit, seorang diri dengan berpakaian preman, menyamar sebagai penduduk kampung bersama sepucuk pistol yang diselitkan di pergelangan kaki.

Sampai di tempat kejadian, sahabat saya, Detektif Abdullah sudah menanti di kaki bukit.

"Datang dengan siapa?" tanya saya.

"Dengan Sanghadevan," jawabnya.

"Mana dia?" tanya saya lagi.

"Tu, dah naik ke atas," tunjuk Abdullah ke arah bukit.

Dari bawah saya nampak Detektif Sanghadevan sedang menunggang motosikal melalui kebun getah memanjat naik ke atas.

Saya cuba memanggilnya tapi panggilan saya tenggelam dek bunyi enjin motor yang sedang mengaum.

Lalu saya memecut mengejar Sanghadevan, sebabnya kami hanya diminta menyiasat dan bukan masuk ke kawasan itu.

"Berhenti!" jerit saya apabila memintas Sanghadevan.

Belum sempat dia menjawab, tiba-tiba bergema satu letupan. Tanah-tanah di depan saya bertebaran akibat terkena peluru yang dilepaskan.

Serentak kami mencari perlindungan di belakang motosikal apabila mendapati kami sedang ditembak.

Dalam keadaan terkejut itu, muncul beberapa seorang lelaki berpakaian tentera dengan serban putih di atas kepala dari sebalik belukar sambil mengacu sepucuk M16 ke arah kami.

"Kenapa masuk sini?" tanyanya dengan wajah bengis.

"Korang dah masuk ke kawasan latihan tentera sulit!" sambungnya lagi.

Waktu itu saya tidak mengesyaki apa-apa. Fikir saya, benarlah ada pihak tentera sedang menjalankan latihan berdasarkan kelengkapan tentera pada badannya.

Saya dan Sanghadevan kemudian ditahan lalu dibawa masuk ke dalam hutan.

Apabila sampai di lokasi, baru saya sedar mereka ini merupakan kumpulan yang merompak senjata apabila melihat ramai yang sedang berkumpul di situ.

Kesemuanya lengkap bersenjata tapi penampilan mereka tidak menggambarkan tentera.

"Buat apa masuk sini?" sergah seorang lelaki yang merupakan ketua kumpulan itu. Namanya Mohd. Amin.

"Saya datang kebun," jawab saya berdalih.

"Bohong!" jerkah Mohd Amin sebelum mengarahkan anggotanya memeriksa tubuh badan saya dan menjumpai kad kuasa yang mengesahkan saya anggota polis.

"Cari senjata!" kata Mohd. Amin yang mula menyinga.

Badan saya diperiksa, tapi tiada senjata yang ditemui. Begitu juga dengan Sanghadevan, namun Mohd. Amin belum puas hati.

Dia mengarahkan anggotanya menanggalkan pakaian kami. Habis dilondeh semuanya hingga mereka menemui pistol yang terselit di kaki.

"Aku dah kata, dia ni tali barut kerajaan" tengking Mohd. Amin yang semakin berang sebelum menghalakan M16 hinggap di belakang badan kami.

Saya dan Sanghadevan dibelasah separuh mati. Sakitnya waktu itu hanya Tuhan yang tahu. Kami tidak mampu melawan, hanya mengerang kesakitan.

Akibat dibelasah teruk, saya tersembam ke tanah. Anggota militan belum berpuas hati.

Tiga anggotanya naik berdiri di atas belakang sambil menginjak-injak. Terasa bagai mahu patah tulang belakang saya.

Dalam keadaan tersembam ke tanah, seorang anggota militan meletakkan muncung M16 ke tepi telinga kemudian, DAMMM! DAMMM!

Dia melepaskan dua das tembakan. Telinga saya berdesing. Gegendang telinga seakan mahu pecah. Kulit terasa pijar akibat bahang percikan api dari muncung M16.

Pagi itu kami menjadi tawanan kumpulan Al-Maunah.

Kami diikat pada sebatang pokok dalam keadaan hanya berseluar dalam. Pada masa yang sama kami terus disiasat.

Pukul 2 petang, Mohd. Amin mengarahkan anggotanya melepaskan ikatan kami.

"Aku nak engkau berdua gali lubang," arah Mohd. Amin dengan wajah bengis.

Arahan itu terpaksa kami turutkan sambil dikawal ketat anggota yang lengkap bersenjata.

Pada mulanya, saya fikir lubang itu sebagai kubu pertahanan mereka. Jadi saya hanya menggali separas pinggang.

Apabila Mohd. Amin tengok, dia naik angin.

"Aku nak kamu gali dalam lagi. Sampai paras kepala. Lepas tu baring, ukur sama panjang dengan engkau," jerkah Mohd. Amin.

"Ini kubur korang!" sambung Mohd. Amin.

Mendengar kata-kata itu, tubuh saya longlai kerana bermakna bila-bila masa kami akan mati dibunuh oleh militan Al-Maunah.

Sedang menggali, tiba-tiba anggotanya membawa masuk seorang lagi lelaki.

"Syeikh, kita dapat tawan seorang lagi musuh," kata anggotanya sambil mengiringi seorang lelaki ke dalam kem mereka.

Pun sama, apabila sampai lelaki itu terus diarahkan untuk menggali lubang kuburnya.

Dari pagi sampai ke petang, itulah yang kami buat tanpa henti dan apabila siap lubang kubur, kami diarah menggali lubang lain pula sebagai kubu pertahanan.

Dalam keadaan tidak berdaya, kami hanya turutkan semua arahan. Makanan pula hanya dua keping biskut tentera dan air dari parit.

Menjelang malam, kami diikat semula pada pokok dengan dikawal ketat.

Semasa diikat pada malam itu, barulah saya tahu, tahanan ketiga merupakan penduduk kampung, namanya Jaafar Puteh.

Dia datang ke kebunnya untuk mengutip durian sebelum ditahan anggota militan Al-Maunah.

Pada hari kedua, tugas kami masih sama, diarah menggali lubang sebagai kubur. Jam berapa saya tidak pasti.

Sedang sibuk menggali, saya ternampak seorang lelaki berceloreng tentera dibawa masuk.

Anggota militan lain mengekori dari belakang sambil mengacu senjata ke arahnya.

Melihat pada pakaian, saya tahu anggota itu daripada unit Komando Tentera. Tertera di dadanya, Matthews.

Saya yakin anggota keselamatan sudah mula masuk untuk menyelamatkan kami.

Apabila sampai di depan Mohd. Amin, anggota tersebut terus disiasat.

"Masuk dengan siapa? Berapa orang?" tanya Mohd. Amin dengan suara lantang.

"Datang seorang," jawab tentera itu.

Tapi Mohd. Amin tidak percaya.

"Tipu! Mana boleh datang seorang!" tengking Mohd. Amin yang mula menyinga.

Akibat tidak memberi kerjasama, Mohd. Amin mula bertindak gila.

Di depan mata saya, dia melepaskan tembakan ke kaki tentera tersebut. Darah mula mengalir keluar. Kaki Matthews menggeletar menahan sakit akibat bisa peluru.

"Bagi tau aku, masuk dengan siapa? Berapa orang?" soal Mohd. Amin lagi.

Tapi Matthews tetap dengan pendiriannya. Jawapannya sama, masuk seorang diri.

Itu membuatkan Mohd. Amin bertambah berang dan melepaskan tembakan ke sebelah kaki lagi. Darah memercik membasahi celoreng.

Pun begitu, anggota tentera tersebut masih tegap berdiri dalam keadaan kaki yang menggeletar menahan kesakitan.

"Tembak! Bunuh dia!" arah Mohd. Amin.

DAMMM!

Satu das tembakan dilepaskan dalam jarak dekat. Kali ini tepat mengenai dada. Matthews hilang imbangan sebelum tersembam ke tanah. Kemudian, dia kaku tidak bernyawa.

Pantas saya dan Sanghadevan mengangkat mayat Matthews yang sudah kaku berlumuran darah dan dalam keadaan sedih, kami masukkan ke dalam kubur yang kami gali.

Apabila hari semakin gelap, kami bertiga diikat semula pada sebatang pokok durian dan pada lewat malam itu, Sanghadevan berbisik mengajak saya melarikan diri tapi saya menolak.

Saya tahu kami akan gagal kerana berada dalam kepungan mereka.

Tragedi Bukit Jenalik Militan Al-Maunah Yang Menggemparkan Negara

Esoknya pada hari ketiga, tugas kami masih sama, menggali lubang tetapi kali ini sebagai kubu pertahanan mereka pula sekiranya diserang anggota keselamatan.

Mohd. Amin pula berada di puncak bukit iaitu kem utama mereka.

Entah pukul berapa tiba-tiba saya nampak kelibat Mohd. Amin turun ke bawah untuk membasuh muka di sebatang parit.

"Bos, tolong lepaskan kami," rayu Sanghadevan semasa Mohd. Amin lalu di depan kami.

Tapi rayuan itu tidak diendahkan, sebaliknya Mohd. Amin marah serta mula menengking dan ketika itulah tiba-tiba bergema satu letupan.

Seorang anggota militan yang bertugas sebagai pengawal Mohd. Amin jatuh terkena tembakan.

"Musuh! Musuh!" jerit Mohd. Amin berlari mencari perlindungan.

Keadaan mula kelam kabut. Bunyi tembakan membuta tuli dilepaskan oleh anggota Al-Maunah bertalu-talu. Mereka terus menembak secara rambang, tanpa arah.

Kami yang masih terikat di pokok hanya mampu berharap tiada peluru sesat yang mengenai kami.

Apabila keadaan mula tenang, Mohd. Amin keluar dari kubu. Dia mula melenting, tidak senang duduk disebabkan marah.

Mohd. Amin menghampiri dan mula menyeksa Sanghadevan yang terikat di pokok membelakangkan saya. Saya tidak nampak apa yang dilakukannya sebelum, DUMM! DUMM!

Dua das tembakan bergema. Terasa ada cecair terpercik melekat di belakang badan saya yang tidak berbaju.

Selepas itu, Mohd. Amin bergegas naik ke kubu utamanya di puncak bukit diiringi orang-orang kanannya.

"Devan.. Devan.." saya memanggil rakan saya itu tetapi tidada sahutan.

Kemudian, datang salah seorang anggota Al-Maunah meleraikan ikatan saya, "Ambik dia, tanam!" arah anggota tersebut.

Sewaktu melihat Sanghadevan, saya jadi kaku. Ngeri! Tubuhnya bermandi darah. Kepalanya hampir hancur sehingga sukar mengecam wajahnya kerana ditembak dari jarak dekat.

Bukan itu sahaja, serpihan otaknya bertebaran. Kepalanya terkopek menampakkan bahagian dalam tempurung kepala yang berkilat.

Dalam keadaan menggeletar, saya dan Jaafar Puteh mengangkat mayat Sanghadevan lalu dimasukkan ke dalam kubur yang sama dengan Matthews sebelum mengambusnya.

Selesai mengebumikan rakan saya itu, kami terus diarahkan menggali lubang lain.

Petangnya, saya dan Jaafar diarah membersihkan diri. Kami kemudiannya diberikan pakaian baru. Selepas itu, kami disuruh melakukan solat sunat taubat. Itu tandanya mereka bakal menamatkan nyawa kami.

Malam itu. saya dan Jaafar dibawa naik ke kem utama yang menempatkan Mohd. Amin.

Sesampai di atas, saya terdengar dia mengarahkan anggotanya memasang trip flare atau suar sebagai langkah berjaga-jaga jika pihak keselamatan masuk ke kawasan mereka.

Tengah malam itu, tiba-tiba trip flare meletup. Anggota Al-Maunah berlari mencari perlindungan. Mohd. Amin percaya ada musuh sudah masuk ke dalam kawasan mereka.

Pada waktu itu, anggota Al-Maunah melepaskan tembakan rambang bertalu-talu, secara melulu.

Saya yang risau terkena peluru sesat meniarap di bawah Pajero mencari perlindungan, tapi sampai ke Subuh, tiada apa yang berlaku. Tiada anggota tentera yang masuk.

Esoknya, pada hari keempat, saya mula terdengar bunyi pengumuman dibuat oleh anggota keselamatan supaya anggota Al-Maunah menyerah diri melalui pembesar suara sekolah berdekatan.

Kemudian, ia disusuli dengan lagu-lagu yang menyentuh hati, antaranya lagu dendangan P. Ramlee.

Tidak lama kemudian, terdengar pula suara keluarga anggota Al-Maunah yang terdiri daripada isteri dan anak mereka merayu-rayu supaya mereka menyerah diri.

Ketika ini, saya melihat ada anggota Al-Maunah mula termakan dengan perang psikologi ini. Ada yang menangis, ada yang mahu menyerah diri.

Moral anggota kumpulan Al-Maunah mula jatuh. Keadaan ini membuatkan Mohd. Amin semakin berang.

"Macam mana nak berjuang. Baru macam ni dah kalah," lebih kurang begitulah Mohd. Amin mengherdik anggota-anggotanya.

Padahal, saya nampak wajah Mohd. Amin sendiri berubah. Moralnya turut goyah apabila terdengar rayuan keluarganya.

Menjelang tengah hari, saya diarahkan menggali kubu dibahagian atas dan ketika sedang menggali, telinga saya terdengar seseorang memberi salam.

Apabila memandang keluar, seorang lelaki berpakaian seragam 69 Komando PDRM dari sebalik belukar.

Melihat anggota komando itu, sambil menarik nafas lega kerana saya tahu masih berpeluang hidup lagi.

Dengan keberaniannya, ASP Abdul Razak Mohd. Yusoff melangkah masuk ke kubu musuh seorang diri untuk berjumpa dengan Mphd. Amin.

Ketika itu, berlaku perbincangan dan perdebatan ilmiah antara ASP Razak dengan Mohd. Amin dan anggota-anggota Al-Maunah.

Dengan kebijanksanaan, hujah-hujah bernas yang dilontar oleh ASP Razak, membuatkan hati para militan ini mula kendur.

Setelah hampir dua jam berlaku perundingan dan perdebatan, akhirnya Mohd. Amin dan pengikut-pengikutnya bersetuju melakukan gencatan senjata.

Selepas pada itu, barulah tugas tersebut diserahkan pula kepada Lt. Gen Dati Zaini, Panglima Medan TD Malaysia untuk proses seterusnya.

Saya betul-betul bersyukur dan tidak menyangka akan terselamat daripada maut yang sudah berada di depan mata.

Semasa diiringi berjalan turun dari bukit, saya terasa seperti berjalan di awangan. Bagai mendapat nyawa kedua untuk hidup.

Sampai di bawah, semua rakan-rakan setugas terkejut dan tidak percaya saya masih hidup dan ketika itulah baru saya tahu cerita sebenar.

Mereka memang menyangka saya telah terkorban dibunuh anggota kumpulan Al-Maunah. Sebabnya?

Begini. Pada malam yang kedengaran trip flare meletup itu, ia bukanlah disebabkan oleh anggota keselamatan, sebaliknya oleh anggota Al-Maunah sendiri.

Semasa anggota diatas memasang perangkap tersebut, mereka tidak memaklumkan kepada anggota kem di bawah, jadi anggota mereka telah terpijak alat itu sehingga meletup.

Ketika suasan kelam kabut kerana menyangka kem mereka diserang, pihak keselamatan berjaya menawan dua anggota Al-Maunah.

Ketika soal siasat dijalankan, pihak musuh memaklumkan dua tawanan telah dibunuh.

Jadi, pihak keselamatan fikir yang mati itu adalah saya dan Sanghadevan sebabnya, pasukan tentera tidak tahu ada anggotanya iaitu truper Matthews telah ditawan dan dibunuh.

Pun begitu, saya bersyukur kerana terselamat dan rancangan kumpulan Al-Maunah yang terdiri daripada 29 ahli untuk menggulingkan kerajaan berjaya dipatahkan.

"Sekarang, saya sudah pencen dan baki-baki sisa hisup ini saya mahu habiskan bersama keluarga.

"Semua yang berlaku akan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupakan sampai bila-bila," ujar Sarjan (B) Mohd. Shah Ahmad, 66.

Tragedi Bukit Jenalik Militan Al-Maunah Yang Menggemparkan Negara

Mahkamah Tinggi pada 28 Disember 2001 telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Mohd. Amin selepas mendapati dia terlibat untuk menjatuhkan kerajaan secara kekerasan atas nama jihad.

Mohd. Amin digantung sampai mati pada 4 Ogos 2006 di penjara Sungai Buloh, manakala tiga lagi ahli kumpulan iaitu Zahit Muslim, Jamaludin Darus dan Jemari Jusoh, turut dihukum gantung sampai mati.

Nota editor: Artikel ini dipetik dari majalah mastika edisi Mei 2018.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, June 16, 2018

Tragedi Letupan Lombong Arang Batu Dhanbad 1965

Tragedi Letupan Lombong Arang Batu Dhanbad 1965

Pada hari itu, seperti biasa suasana di sebuah kawasan lombong arang batu yang terletak berdekatan bandar Dhanbad, kira-kira 362 kilometer ke arah barat laut Calcutta, India, sibuk dengan ratusan pelombong yang sedang bekerja.

Tragedi Letupan Lombong Arang Batu Dhanbad 1965

Kelihatan para pelombong begitu tekun menjalankan tugas masing-masing tanpa mengetahui bahawa tapak perlombongan itu bakal menjadi sebuah kawasan perkuburan besar yang meragut ratusan nyawa pada hari tersebut.

Pada tanggal 28 Mei 1965, satu letupan besar telah menggegarkan kawasan lombong arang batu itu yang berpunca daripada satu percikan api yang berlaku di lombong berkenaan kira-kira pukul 1 pagi.

Lombong arang batu itu yang terdedah dengan gas metana yang terkumpul telah menyebabkan satu letupan kuat berlaku dan mengakibatkan seluruh kawasan lombong itu runtuh sepenuhnya.

Ekoran letupan tersebut, kawasan di sekitar lombong telah diselubungi dengan debu tebal selain dihujani dengan batu-batu yang berterbangan.

Tertimbus

Akibatnya, kira-kira 375 pekerja yang berada di dalam kawasan lombong itu dilaporkan terbunuh dengan hampir kebanyakan mangsa maut akibat tertimbus.

Bahkan, letupan kuat itu turut membunuh kira-kira 100 pekerja lain yang berada di kawasan sekitar selain mengakibatkan beberapa buah rumah di kawasan berhampiran turut musnah.

Menurut laporan akhbar tempatan, Times of India, api yang terhasil akibat daripada letupan besar itu hanya dapat dikawal beberapa hari selepas kejadian.

Lombong yang menjadi sumber rezeki kepada beratus-ratus pekerja miskin itu musnah dan meragut banyak nyawa, ujar seorang pekerja yang terselamat.

Di kebanyakan kawasan perlombongan, ia memang biasa terdedah dengan kehadiran gas metana secara semula jadi.

Sifatnya yang ringan daripada udara menyebabkan gas metana mudah untuk naik dari kawasan lombong dan berada di merata-rata kawasan. Gas itu yang bercampur dengan habuk arang batu akan menjadikan ia lebih mudah terbakar.

Pengudaraan

Biasanya, setiap lombong akan menggunakan alat pengesan gas untuk mengukur tahap gas me­tana selain usaha menambah habuk batu kapur yang dicampur dengan habuk arang batu untuk mengelak berlakunya letupan.

Namun, penggunaan teknologi yang mundur ketika itu menyebabkan berlakunya banyak kemalangan terutama di kawasan lombong di India.

Berhubung kejadian itu, timbul dua teori yang dikemukakan di mahkamah oleh pihak-pihak yang terbabit.

Mengikut teori oleh Jabatan Pertahanan, terdapat pengumpulan gas mudah terbakar dalam lombong arang batu pada bacaan 15 yang dianggap tinggi untuk mencetuskan letupan kuat.

Letupan dikenal pasti selepas seseorang yang tidak dikenali te­lah memasuki lombong dengan membawa api dan menyebabkan berlaku letupan, kata penyiasat yang mendakwa terdapat unsur sabotaj dalam kejadian tersebut.

Siasatan yang dijalankan selama 45 hari itu akhirnya menemui tiga jawapan mengenai punca kejadian iaitu kurangnya sistem peng­udaraan yang sempurna, penggunaan api yang dibakar pada buluh sebagai lampu di lombong dan habuk arang batu yang berterbangan di udara.

Hasil daripada penemuan itu, Mahkamah Siasatan te­lah mewajibkan semua pekerja di lombong bawah tanah harus diberikan topi lampu elektrik.

Selain itu, para pekerja lombong juga mesti dilatih untuk mengesan kehadiran gas metana di kawasan lombong dan menguji kehadiran gas tersebut di setiap kedalaman 100 meter bagi mengelak kejadian serupa berulang.

Seramai 375 orang pekerja terbunuh selepas satu letupan berlaku akibat percikan api di kawasan diselubungi debu arang batu yang bercampur gas metana.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: kosmo

Thursday, June 07, 2018

Peristiwa Double Six, Tragedi Atau Konspirasi?

Peristiwa Double Six, Tragedi Atau Konspirasi?

Pada suatu petang yang hening, tanggal 6 Jun 1976 di Sembulan, Sabah, penduduk di sekitarnya dikejutkan dengan satu bunyi dentuman yang kuat pada pukul 3.50 petang, hasil daripada bunyi letupan sebuah pesawat yang terhempas.

Peristiwa Double Six, Tragedi Atau Konspirasi?

Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.

Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.

Mangsa Peristiwa Double Six

Peristiwa Double Six, Tragedi Atau Konspirasi?

Pesawat jenis GAF Nomad itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd. Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.

Senarai mangsa Peristiwa Double Six
  1. Tun Mohd Fuad Stephens (Ketua Menteri Sabah).
  2. Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan Negeri).
  3. Datuk Chong Tahin Vun (Menteri Perhubungan dan Kerja Raya).
  4. Datuk Salleh Sulong (Menteri Kewangan Negeri).
  5. Darius Binion Pembantu (Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri).
  6. Wahid Peter Andau (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan).
  7. Dr Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah).
  8. Ishak Atan (Setiausaha Sulit Tengku Razaleigh Hamzah).
  9. Koperal Said Mohammad (Pengawal peribadi kepada Tun Fuad).
  10. Gandhi J Nathan ( Juruterbang).
  11. Johari Tun Fuad Stephens (Anak kepada Tun Mohd Fuad).

Tun Fuad Stephens atau nama asalnya Donald Aloysius Marmaduke Stephens kemudian menukar namanya selepas memeluk agama Islam.

Tuan Fuad adalah tulang belakang dan penggerak kepada penyatuan Sabah di dalam Malaysia.

Pada tahun 1963, beliau terpilih sebagai Ketua Menteri sehingga tahun 1964 kemudian terpilih sekali lagi pada tahun 1976 sebagai Ketua Menteri sehingga berlakunya tragedi Double Six.

Punca Nahas Masih Misteri

Peristiwa Double Six, Tragedi Atau Konspirasi?

Punca di sebalik kemalangan itu masih tidak diketahui dan sejurus selepas kemalangan, terdapat dakwaan perbuatan khianat kerana keadaan politik yang tidak menentu pada masa itu.

Kerajaan Australia menghantar empat pasukan penyiasat bagi membantu mencari punca kemalangan.

Terdapat juga spekulasi yang menganggap kegagalan teknikal dan lebihan muatan merupakan faktor utama yang menyebabkan kemalangan.

Namun, punca sebenar bagi kemalangan itu masih belum diketahui sehingga sekarang dan laporan asal mengenai kejadian itu masih diklasifikasikan.

YM Tengku Razaleigh Hamzah Terselamat Dari Nahas

Peristiwa Double Six, Tragedi Atau Konspirasi?

YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah di ajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat.

Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama.

Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.

Persoalan Daripada Peristiwa Double Six

Peristiwa Double Six, Tragedi Atau Konspirasi?

Berikut antara persoalan yang berlegar di fikiran kebanyakan yang kekal menjadi persoalan tanpa jawapan.

Rombongan ini sedang menuju ke Kota Kinabalu untuk menandatangani perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.

Sebelum menaiki pesawat tersebut, Alahyarham Tun Fuad ada menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yang mengatakan kemungkinan Tun Fuad tidak akan bersetuju jumlah tersebut.

Tengku Razaleigh Hamzah telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi di saat-saat akhir Datuk Harris (Ketua Menteri Sabah selepas kematian Tun Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu di Kudat.

Sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dalam perjalanan untuk melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20.

Kenapa beliau memilih untuk melawat kandang lembu di saat akhir?

Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad itu terlebih muatan. Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi dinaiki 11 orang.

Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan akhirnya menyebabkan kemalangan.

Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai.

Adakah logik golongan VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu pesawat? Tiadakah bajet untuk menaiki pesawat yang lebih besar?

Kertas Siasatan di Buka Semula?

Peristiwa Double Six, Tragedi Atau Konspirasi?

Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee menggesa kerajaan supaya membuka fail nahas pesawat Nomad 6 Jun 1976 itu untuk sisatan terperinci dan kajian beterusan punca nahas pesawat tersebut.

Timbulnya gesaan untuk dibuka fail siasatan semula tragedi ini adalah ekoran daripada nastolgia Tengku Razaliegh Hamzah di Sabah dengan menyatakan bahawa beliau keluar dari pesawat itu pada minit akhir dan tindakan itu telah menyelamatkan nyawanya setelah pesawat itu terhempas di Sembulan.
"Biasanya, adalah wajar untuk membuka semula siasatan ke atas kejadian lama jika ada maklumat baru.

"Dalam hal ini, maklumat baru itu adalah versi kejadian itu menerusi Razaleigh yang diletakkan dalam rekod umum buat pertama kalinya."

Apa yang dinyatakan oleh Datuk Yong Teck Lee dalam petikan di atas, dengan jelas pendiriannya berhubung isu itu supaya pihak kerajaan menyiasat semula perkara itu kerana yakin kenyataan Tengku Razaleigh itu merupakan maklumat terbaru yang boleh membantu dalam siasatan.

Datuk Yong Teck Lee begitu berminat dengan peristiwa ini dengan berhujah bahawa pada kebiasaannya ahli pengkaji sejarah dan ahli forensik akan menyiasat semula kemalangan, jenayah dan kejadian lama yang tidak dapat dijelaskan.

Beliau mengambil contoh kes pembunuhan Kennedy, Martin Luther King dan Benazir Bhutto yang menjadi kajian berterusan sehingga menemuai bahan bukti yang memuaskan.

Mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman pula telah mempersoal motif sebenar Yong Teck Lee dalam perkara ini kerana selama 30 tahun ahli keluarga yang terlibat dalam nahas double six ini tidak pernah meminta supaya kes ini disiasat semula dan beliau khuatir apa yang dilakukan oleh Yong Teck Lee itu hanya bermotifkan poltik.

Dakwaan terbuka oleh Datuk Yong ini juga mendapat reaksi daripada bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh, yang mengganggap gesaan membuka semula siasatan keatas nahas kapal Nomad itu adalah berniat jahat;

“Ia berniat jahat dan disasarkan untuk memperlekeh dan memfitnah saya. Dengan itu saya mencabar Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee dan Naib Presiden Parti Keadilan Datuk Dr Jaffrey Kitingan untuk mengulangi kenyataan dan tuduhan mereka lebih khusus dan secara terbuka.”

Datuk Harris juga menyifatkan dakwaan Tengku Razaliegh dikeluarkan dari pesawat malang itu dalam minit akhir adalah tidah benar dan bercanggah dengan fakta.

Dalam soal ini Datuk Harris menjelaskan;

“Tengku Razaliegh tidak pernah dijadual terbang bersama-sama dengan Tuan Fuad Stephen ke Kota Kinabalu. Tengku Razaliegh bersama-sama dengan Tun Rahman Yaakub dijadual terbang ke Kudat...”

Anak kepada salah seorang daripada 11 mangsa nahas udara 6 Jun 1976 iaitu Donald Peter Mojuntin yang merupakan ADUN Moyog, mempersoalkan motif kenyataan Datuk Yong Teck Lee berhubung siasatan semula ke atas Tragedi Double Six.

“Sekiranya ia merupakan satu propaganda poltik, maka dari sudut pandangan keluarganya, ia adalah salah dan tidak wajar.

Bagi keluarga saya, walau apapun yang telah terjadi dan siapa yang bertanggungjawab, biarlah Tuhan yang menghakiminya. Kami tidak boleh terus hidup dalam kehidupan yang penuh dengan kesangsian dan kemarahan.”

Sehingga ke hari ini kertas siasatan ke atas peristiwa yang penuh dengan misteri dan teori konspirasi ini yang terus mencetuskan pelbagai persepsi ini tidak di buka semula.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: dailyrakyat

Thursday, February 01, 2018

Tragedi Ekspedisi Pulau Wrangel

Tragedi Ekspedisi Pulau Wrangel

Pada musim bunga sekitar tahun 1922, seorang wanita bernama Ada Blackjack Johnson, mendapati dirinya terkandas bersendirian di Pulau Wrangel, kira-kira 85 kilometer dari pantai Siberia.

Tragedi Ekspedisi Pulau Wrangel
Ada (tengah).

Ada tidak tahu bagaimana hendak keluar dari daratan yang dikelilingi oleh lautan ais sehinggalah dia kehabisan bekalan makanan.

Semuanya bermula selepas Ada menandatangani sebuah perjanjian 1919 Wrangel Island Expedition.

Ada merupakan seorang wanita eskimo berusia 23 tahun, tinggi sekitar 152 sentimeter, telah bercerai dan mempunyai seorang anak yang menderita TBC (Tuberkulosis).

Ada juga seorang yang pemalu dan langsung tidak tahu tentang dunia luar selain tempat asalnya, Nome, Alaska.

Dia juga seorang yang tidak mahir memburu, takut pada senjata dan beruang.

Tapi, demi mencari wang untuk merawat anaknya, Ada bersetuju mengikuti ekspedisi itu.

Sejurus menandatangani perjanjian, Ada direkrut sebagai tukang jahit dan tukang masak oleh seorang penjelajah terkenal dari Kanada, Vilhjalmur Stefansson, yang juga pencetus idea ekspedisi ini.

Vilhjalmur bercadang mahu menuntut Pulau Wrangel dari Rusia untuk Kanada, kerana baginya pulau itu berpotensi besar untuk dibangunkan menjadi pusat pelancongan.

Difahamkan bahawa, sudah setahun Vilhjalmur menjelajah dan tinggal di pulau Wrangel dan dia yakin untuk menugaskan penjelajah tidak berpengalaman ke sana selama setahun dengan persediaan makanan dibawa hanya cukup untuk enam bulan sahaja.

Tidak lama selepas direkrut, Ada bersama empat orang penjelajah, terdiri daripada tiga rakyat Amerika dan seorang dari Kanada berangkat ke destinasi.

Pada 16 September 1921, mereka mendarat di Pulau Wrangel yang terletak di Lautan Artik, antara Laut Chukchi dan Laut Siberia Timur.

Pulau Wrangel memiliki keluasan kira-kira 7,600 kilometer persegi dan lebarnya sekitar 125 kilometer.

Pulau yang dikelilingi lautan ais ini mempunyai pesisir di selatan dengan lebar 15 kilometer dan pergunungan relatif rendah iaitu Pergunungan Tsentral'ny, manakala gunung tertinggi di pulau ini ialah Gunung Sovetskaya dengan ketinggian 1,096 meter.

Permulaan Yang Lancar

Tragedi Ekspedisi Pulau Wrangel
Ada bersama dengan anaknya.

Pada awal ketibaan mereka, semuanya berjalan dengan lancar. Mereka melalui musim sejuk dengan tenang sambil menikmati bekalan makanan yang dibawa.

Ketika musim bunga, penjelajah lelaki berjaya memburu lebih daripada 30 ekor anjing laut, 10 ekor beruang kutub, angsa dan itik.

Stok daging berlebihan hinggakan sebahagiannya diberikan kepada anjing penarik salji.

Mereka juga dikatakan tidak menyimpan lebihan buruan untuk musim gugur kerana yakin kapal akan datang menghantar bekalan baru pada musim panas.

Malangnya, kapal itu tidak pernah tiba kerana terhalang oleh bongkah ais dan penjelajah ekspedisi hampir kehabisan bekalan daging.

Pada bulan Januari 1922, tiga orang penjelajah, dua dari Amerika dan seorang dari Kanada memutuskan untuk belayar mencari bantuan di Siberia.

Tinggal Ada berseorangan menjaga penjelajah Amerika, Lorne Knight, yang sedang terlantar sakit, bagaimanapun, ketiga-tiga penjelajah tersebut tidak pernah lagi dilihat selepas itu.

Beberapa musim berlalu, Ada dan Lorne mula kelaparan kerana bekalan makanan hampir habis.

Akibat tidak cukup makanan, kesihatan Lorne bertambah buruk kerana dia menghidap penyakit Scurvy, penyakit yang menyebabkan pendarahan pada badan dan gusi disebabkan kekurangan vitamin C.

Selepas beberapa bulan sakit, Lorne akhirnya meninggal dunia. Tinggallah Ada berseorangan di pulau terpencil itu.

Kerana terdesak untuk hidup, Ada terpaksa belajar semua kemahiran untuk meneruskan hidup.

Suatu hari ketika dalam perjalanan untuk memburu, Ada diserang oleh seekor beruang tapi bernasib baik kerana tempat perlindungannya tidak jauh dari situ dan berjaya menyelamatkan diri.

Ada terpaksa melakukan segala-galanya untuk terus hidup selama setahun setengah.

Akhirnya, pada 19 Ogos 1927, Ada akhirnya diselamatkan dan dia satu-satunya penjelajah yang terselamat dalam ekspedisi Pulau Wrangel.

Setelah kembali ke tempat asal, Ada menerima gaji dan menggunakannya untuk rawatan anaknya di Seattle, Amerika Syarikat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Tragedi Benxihu Kemalangan Terburuk Lombong Arang Batu Di Dunia!

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, December 18, 2017

Misteri Ribut Greg Keningau 1996

Misteri Ribut Greg Keningau 1996

Lapan tahun sebelum tragedi tsunami yang melanda beberapa negeri di utara Semenanjung pada 26 Disember 2004, negara pernah dikejutkan dengan satu malapetaka besar. Berkongsi tarikh sama iaitu 26 Disember, ia berlaku pada tahun 1996.

Ribut Greg Keningau

Dalam kejadian itu, beberapa daerah di Sabah dilanda bencana ribut tropika Greg mengorbankan lebih 200 nyawa. Seramai 100 orang lagi tidak ditemui. Kerugian mencecah RM150 juta.

Antara daerah terjejas ialah Keningau, Kota Kinabalu, Tuaran dan Papar. Sebahagian mangsa terkorban dalam banjir dan terperangkap di dalam lumpur yang tebal.

Di kalangan penduduk Keningau yang paling teruk terjejas, tragedi itu masih menjadi tanda tanya. Bencana itu berlaku kira-kira empat jam sahaja dari pukul 5 pagi dan air surut sepenuhnya 9 pagi.

Beberapa hari sebelum kejadian, tiada petanda awal namun hujan lebat menyebabkan air bertakung di puncak Bukit Kimanis yang menjadi latar perkampungan mereka di Kampung Agudon, Kampung Masak, Kampung Contoh, penempatan Tator (Tana Toraja, Indonesia), Kampung Masjid dan Kampung Limbawan.

Malangnya, penduduk tidak tahu tentang kewujudan takungan air itu.

Malah, Sungai Pampang yang mengalir dari bukit itu dan melalui perkampungan mereka juga sempit seperti parit kecil dan cetek. Dalamnya tidak sampai satu meter.

Gambaran penduduk mengenai tragedi itu amat dramatik. Ia seperti air ditakung penuh dalam baldi besar, sebelum dicurah kesemuanya sekaligus!

Pada peringkat awal, air naik mengejut dan surut secara tiba-tiba, sebelum datang arus deras kali kedua bersama batu besar dan kayu balak.

Ia tidak memusnahkan rumah mereka serta-merta, sebaliknya hanyut sebuah-sebuah seperti bahtera besar belayar, sehinggalah sampai ke Jambatan Sungai Pampang iaitu pemisah antara Kampung Masjid dan Limbawan.

Pada masa inilah berlaku perkara pelik. Rumah-rumah yang dihanyutkan itu tidak melepasi jambatan dan jalan yang ditenggelami air.

Sebaliknya ia disedut ke arah bawah jambatan, kemudian dikisar sehingga hancur sebelum memuntahkan serpihan rumah, mangsa, batu dan balak bersama arus deras ke arah Kampung Limbawan. [U]

Operasi Menyelamat

Keadaan kampung-kampung di Keningau, Sabah yang terjejas akibat ribut yang melanda kira-kira pukul 2 pagi hingga 6 pagi ketika kebanyakan penduduk sedang lena diulit mimpi itu amat mengejutkan.

Usaha untuk mencari dan menyelamat mangsa memang sukar ekoran jambatan yang menghubungkan kawasan itu dengan laluan utama roboh dihanyutkan arus deras.

Operasi menyelamat dijalankan selama lebih dua minggu sebelum dihentikan pada 12 Januari 1997 dengan angka korban dicatatkan melebihi 200 orang, manakala 102 lagi diklasifikasikan hilang sehingga kini.

Ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat, pasukannya tidak menemui mangsa yang masih hidup tetapi hanya jasad tidak bernyawa.

Pasukan lain juga hanya menemui mayat-mayat mangsa di sepanjang tebing sungai di sekitar kawasan berkenaan selepas dihanyutkan arus deras.

Keadaan kawasan perkampungan yang dilanda ribut yang dahsyat itu amat sukar digambarkan dengan kata-kata.

Boleh dikatakan semua yang pernah ada di tanah tersebut dihanyutkan arus ke kawasan sungai dan yang tinggal hanyalah pokok-pokok tumbang dan tapak rumah. [U]

Misteri Ribut Greg

Misteri Ribut Greg Keningau 1996
Sungai Pampang.

Melihat keadaannya hari ini dengan air jernih mengalir perlahan di celah-celah batu, sukar dipercayai ia pernah meragut kira-kira 300 nyawa dalam tempoh hanya beberapa jam akibat limpahan air dan arus deras.

Tragedi hitam awal pagi pada 26 Disember 1996 itu tidak sempat dielak penghuni rumah berhampiran tebing Sungai Pampang, dengan kebanyakan mereka masih tidur. Tiada siapa yang dapat menduga, rumah yang dianggap kukuh, hanyut sekelip mata.

Hari ini, hanya saiz yang membezakan keadaan Sungai Pampang, dengan lebar 10 meter hingga 20 meter berbanding hanya satu meter hingga lima meter sebelum Ribut Tropika Greg.

Tiada lagi penempatan di tebing sungai itu, kecuali beberapa rumah atau pondok dibina pekebun yang mengusahakan kebun sayur di kawasan rizab sungai.

Semak-samun dengan rumput panjang dan rumpun buluh memenuhi tebing Sungai Pampang, selain sampah-sarap dan sisa kumbahan di bahagian hilirnya.

Hanya jambatan Sungai Pampang berhampiran Kampung Limbawan, yang menghubungkan pekan ini dengan Tenom tidak terjejas dan masih kukuh hingga hari ini.

Paras Sungai Pampang ketika tragedi itu dianggarkan lebih empat meter kerana hampir menenggelamkan rumah dua tingkat sebelum ia dihanyutkan arus.

Sebelum Ribut Tropika Greg melanda, Sungai Pampang hanyalah sebuah anak sungai dan tiada siapa menyangka ia boleh membawa aliran air yang amat deras dan menghanyutkan rumah serta apa saja berhampiran tebing sungai.

Ketika itu, kebanyakan penduduk tempatan yang mendirikan rumah berhampiran Sungai Pampang tiada di rumah kerana balik kampung merayakan Krismas dan yang tinggal ketika itu hanyalah warga Indonesia yang bekerja di sini.

Persoalan dari mana air yang terlalu banyak hingga melimpahi tebing Sungai Pampang, seperti ditimpa empangan pecah, masih menjadi misteri.

Orang Tua Misteri

Ada cerita tersebar ketika itu, kononnya beberapa hari sebelum kejadian, ada orang tua datang ke sebuah rumah berhampiran Sungai Pampang yang sedang mengadakan keramaian untuk meminta air, namun penghuninya tidak mengendahkannya, malah mengejeknya pula.

Orang tua itu kemudian menjawab akan memberikan air yang banyak jika benar penghuni di rumah itu tiada air maka, terjadilah limpahan air yang sangat banyak di Sungai Pampang hingga menyebabkan banyak kerosakan dan kehilangan nyawa.

Berdasarkan pemantauan di hulu Sungai Pampang di Banjaran Crocker selepas kejadian, ada kesan takungan air di tanah tinggi itu akibat hujan berterusan berikutan pembentukan siklon tropika di Laut China Selatan, kemudian dikenali sebagai Ribut Tropika Greg.

Hujan berterusan beberapa hari sebelum kejadian menyebabkan jumlah air bertakung di kawasan terbabit bertambah sebelum `pecah' dan melimpahi Sungai Pampang pada 26 Disember 1996 dan surut kira-kira empat jam kemudian.

Banyak nyawa terkorban dalam tragedi ini dan ratusan penduduk juga dikatakan masih tidak ditemui sehingga kini. Penduduk percaya, perkampungan yang terbabit juga menjadi kubur yang tidak bertanda. [BH]

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Saturday, November 18, 2017

Peristiwa Operasi Lalang, Apa Sebenarnya Yang Terjadi?

Peristiwa Operasi Lalang, Apa Sebenarnya Yang Terjadi?

Operasi Lalang atau Weeding Operation atau Ops Lalang dilancarkan pada 27 Oktober 1987 oleh pihak Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri bagi menangkap mereka yang mengeruhkan suasana politik 1987.

Peristiwa Operasi Lalang, Apa Sebenarnya Yang Terjadi?

Dalam Operasi Lalang ini, 106 ahli politik terutama parti pembangkang ditahan di bawah ISA dan pembatalan dua akhabar harian berlesen, The Star dan Sin Chew Jit Poh serta dua akhbar mingguan, The Sunday Star dan Watan.

Permulaan Kontroversi

Kontroversi Operasi Lalang bermula daripada tindakan kerajaan menghantar guru besar dan guru penolong kanan yang tidak mempunyai kelayakan bahasa Cina ke sekolah-sekolah rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC).

Masyarakat Cina meragui keberkesanan golongan tersebut menguruskan pentadbiran sekolah kerana dianggap tidak dapat berkomunikasi secara berkesan dengan staf sekolah.

Pada September 1987, satu rombongan Dong Jiao Zong telah menemui Timbalan Menteri Pendidikan Encik Woon See Chin untuk menyampaikan hasrat mereka agar pelantikan berkenaan ditarik balik.

Pada 1 Oktober, Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa guru besar dan penolong kanan yang dilantik akan diberi tempoh percubaan selama enam bulan.

Keputusan ini tidak dipersetujui oleh ibu bapa dan pergerakan pendidikan Cina yang diwakili oleh Don Zong, Jiao Zong dan pertubuhan masyarakat Cina yang lain.

Pada masa yang sama, parti MCA turut menyeru kementerian pendidikan mengkaji semula keputusan sebelumnya dan mahu ciri sekolah Cina dikekalkan.

Pada 4 Oktober, Menteri Pendidikan mengumumkan Kementerian Pendidikan akan berpegang pada keputusan awal dan tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan politik.

Pada hari yang sama, Dong Jiao Zong dan beberapa buah pertubuhan lain mengadakan pertemuan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan memutuskan untuk mengemukakan satu bantahan, yang dianggotai ibu bapa dan guru sekiranya isu itu tidak diselesaikan dalam masa dua minggu.

Pada masa yang sama, Memorendum Mengenai Kakitangan Pentadbir yang Tidak Berkelayakan Bahasa Cina ke Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina diutuskan oleh Dong Jiao Zong kepada Kementerian Pendidikan. Memorendum ini mengecam kelalaian kementerian menangani masalah SRJKC.

Pada 8 Oktober, Jawatankuasa Bertindak Bersama, merangkumi 15 buah pertubuhan utama masyarakat Cina, parti MCA, Gerakan, dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) ditubuhkan dalam satu perjumpaan tergempar di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Pada 11 Oktober, satu perjumpaan besar-besaran diadakan di Tokong Thean Hou untuk membantah keputusan kerajaan berkenaan isu tersebut.

Perjumpaan ini dihadiri oleh wakil persatuan-persatuan sekolah Cina, parti MCA, Gerakan dan DAP.

Perjumpaan itu mencapai resolusi bahawa sekiranya guru berkenaan tidak dikeluarkan menjelang Rabu minggu berikutnya, mereka akan melancarkan mogok kelas selama tiga hari.

Pada pihak Pemuda UMNO, satu rapat umum telah diadakan dan pada 19 Oktober, Anwar Ibrahim mengumumkan kementeriannya tidak akan berganjak daripada keputusan awalnya dan memberi amaran keras bahawa tindakan keras akan diambil ke atas guru besar yang merestui mogok kelas.

Kontroversi ini berakhir apabila Perdana Menteri melancarkan penangkapan secara mengejut, dikenali sebagai Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987.

Tahanan ISA

Antara mereka yang ditahan ialah:

  • Lim Kit Siang - Ketua pembangkang dan Setiausaha Agung DAP.
  • Chandra Muzaffar- Presiden Aliran.
  • Karpal Singh- Timbalan Pengerusi DAP.
  • Chan Kit Chee - Naib Presiden MCA dan Perak.
  • Kua Kia Soong- Ketua Publisiti Jawatankuasa Hak Awam.
  • Lim Fong Seng - Pengerusi Dong Jiao Zhong (Persatuan Pendidikan Cina).
  • Halim Arshat - Ketua Pemuda PAS.
  • Ibrahim Ali - Ahli Parlimen Pasir Mas, UMNO.
  • Mohamed Fahmi Ibrahim - Exco Biro Pendidikan Pemuda UMNO.


Walaupun kebanyakan tahanan telah dibebaskan sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, 40 orang telah dikeluarkan perintah tahanan dua tahun.

Ini termasuklah Lim Kit Siang dan Karpal Singh, 5 pemimpin parti DAP, beberapa pemimpin PAS dan ramai aktivis sosial.

Pada mulanya bilangan yang ditahan ialah 97 orang, yang boleh dikategorikan kepada: parti politik 37 orang; gerakan sosial 23 orang; individu 37 orang.

Pendidikan Cina

Isu-isu sensitif diperkatakan dalam surat khabar Cina dan dibalas dengan surat khabar berbahasa Melayu. Isu-isu yang mencetuskan Peritiwa 13 Mei berulang semula seperti:

  • Lee Kim Sai antara lain menyatakan 'Melayu pun pendatang'. Hak keistimewaan Bumiputera dipertikaikan semula.
  • Tindakan Kementerian Pelajaran melantik 100 guru besar bukan berpendidikan Mandarin di sekolah jenis kebangsaan Cina telah mencetuskan rasa tidak senang di kalangan Persatuan Pendidikan Cina seperti Dong Jiao Zong, Kua Kia Soong dan lain-lain. Pemimpin MCA, Gerakan, DAP dan Dong Jiao Zong telah sepakat mempertahankan gaya pendidikan sekolah Cina.
  • Pada 11 Oktober 1987, seramai 2000 ahli Dong Jiao Zong telah berhimpun di Wisma Persatuan Hainan bersebelahan Tokong Thian Hou di Kuala Lumpur. Mereka mencadangkan murid-murid memboikot sekolah selama tiga(3) hari.


Stadium TPCA

Para pemimpin muda UMNO seperti Dato Muhammad Mohamad Taib - Menteri Besar Selangor, Ibrahim Ali, Fahmi Ibrahim, Rais Yatim, Anwar Ibrahim mahu UMNO menunjukkan rasa prihatin mereka. Najib Tun Razak ketika itu Timbalan Ketua Pemuda UMNO.

Stadium TPCA di Jalan Abdul Aziz, di Kampung Baru menghimpunkan 10,000 ahli pemuda UMNO. Di sininya bermulanya Peristiwa 13 Mei iaitu di hujung Jalan Abdul Aziz, kediaman Dato Harun Idris.

Dato Muhamad Muhamad Taib dalam temubual radio RTM waktu tengah hari menggesa 'bawalah pisau - senang nak kupas limau'.

Nasib baiklah perhimpunan panas yang bermula jam 2.00 petang (hari Sabtu) disirami hujan lebat kira-kira 5.00 petang.

Di simpang-simpang jalan utama ke Kuala Lumpur, polis dan tentera telah mendirikan khemah dan sekatan jalan raya. Contohnya di Jalan Cheras-Kajang.

Perhimpunan pemuda UMNO di Stadium TPCA ini mendesak Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh mestilah meletakkan jawatan. Gelaran Dato telah ditarik balik oleh Sultan Selangor. Lee Kim Sai telah 'dibenarkan melarikan diri' ke Australia.

Anwar Ibrahim selaku Menteri Pendidikan ketika itu mahu melancarkan perhimpunan raksasa (500,000) di Kuala Lumpur bagi menyambut ulang tahun UMNO ke-41.

Dato Zaman Khan selaku Pengarah Keselamatan Dalam Negeri tidak senang dengan perhimpunan yang dirancang oleh UMNO itu.

Semasa siaran waktu pagi, Dato Zaman Khan mengumumkan di radio akan kejadian 'huru-hara' di Jalan Chow Kit di mana Prebet Adam dari Kem Tentera Ulu Kinta telah membunuh dua orang Cina dengan senjata raifal M16.

Berikutan itu, perhimpunan raksasa telah dibatalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri.

Sebagai tindakan seimbang, pemimpin UMNO, DAP, PAS, Dong Jiao Zong dan pemimpin lain yang tiada kena mengena telah ditangkap. Lee Kim Sai yang sepatutnya diambil tindakan tegas, telah berlepas ke Australia.

Kontroversi

Operasi Lalang ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas. Sebaliknya pemimpin pembangkang dan kerajaan yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting, Taiping, selama 2 tahun atau lebih.

Tahanan politik ini ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa bicara, sama ada orang itu bersalah atau tidak. Malaysia telah mendapat kritikan di peringkat antarabangsa pada ketika itu.

Ironinya, Amerika Syarikat juga telah mencipta Akta Patriot yang menyerupai ISA dan menahan tahanan di Kem tahanan Teluk Guantanamo, Cuba.

April 1987 adalah persaingan sengit antara kem Dr Mahathir Mohamad - Tengku Razaleigh Hamzah di mana Mahathir muncul sebagai pemenang.

Pembangkang Karpal Singh mendakwa bahawa Operasi Lalang dikatakan sebagai helah mengalihkan isu sebenar.

Tindakan susulan

Peristiwa ini dijadikan alasan oleh kerajaan untuk mengetat dan menyekat kebebasan berpolitik dan bersuara.

Akta Mesin Cetak dan Penerbitan diperkenalkan di mana pencetak dan penerbit perlu memperbaharui lesen setiap tahun. Jika mana-mana lesen dibatalkan, ia tidak boleh dicabar di mahkamah. Penerbit boleh dipenjara sehingga 3 tahun jika menyiarkan 'berita palsu'.

Pindaan Akta Polis iaitu perkumpulan politik termasuk mesyuarat agung parti mestilah mendapat permit polis dan jika menyalahi Akta Polis, boleh didenda RM10,000 dan penjara satu tahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Demokrasi Hanya Untuk Golongan Kaya Dan Berkuasa

sumber: wikipedia

Tuesday, November 07, 2017

Tragedi ‘Bandar Hantu’ Villa Epecuen Argentina

Tragedi ‘Bandar Hantu’ Villa Epecuen Argentina

Paul Novak memperlahankan kayuhan basikal setibanya dia di jeti yang menghadap Lagun Epecuen, Argentina. Pandangan matanya dilontarkan ke dada langit yang terpampang luas.

Bandar Hantu Villa Epecuen

Lelaki berusia 87 tahun itu adalah satu-satunya orang yang tinggal di Epecuen, kira-kira 500 kilometer dari barat daya Buenos Aires. Ini kerana, lokasi termasuk jeti tempat kakinya berdiri pernah tenggelam ke dasar lagun suatu ketika dahulu.

“Ini sahaja yang masih tinggal,” katanya sambil menunjukkan ke arah pokok-pokok kering tanpa daun, rumah-rumah tinggal dan bangkai kenderaan berkarat di sekelilingnya.

Villa Epecuen yang pernah tenggelam pada kedalaman kira-kira 10 meter, muncul semula pada tahun 2009 selepas 32 tahun ‘menghilang’.

Penempatan di Villa Epecuen bermula lewat abad ke-19. Penduduk dan pengunjung pertama dikatakan mula mendirikan khemah di sepanjang pantai untuk menikmati aktiviti di kawasan tersebut.

Bandar Hantu Villa Epecuen - Paul Novak

Bermula daripada perkampungan gunung yang lengang, Villa Epecuen berubah kepada resort pelancongan yang sibuk.

Tidak lama kemudian, lokasi pelancongan itu berubah kepada tarikan pelancongan antarabangsa dari seluruh Amerika Syarikat dan dunia.

Menjelang tahun 1960, bilangan pelancong yang berkunjung ke Villa Epecuen mencecah 25,000 orang setahun, sekali gus menjadikan ia sebagai lokasi pelancongan yang sangat popular, manakala bilangan penduduk pula dicatatkan mencecah 5,000 orang pada tahun 1970-an.

Kegiatan ekonomi melibatkan hotel, penginapan asrama, spa, kedai-kedai dan muzium melibatkan 300 perniagaan pula dikatakan berkembang dengan pesat.

Zaman kegemilangan Villa Epecuen pudar apabila musim hujan berlaku untuk tempoh masa panjang yang melimpahkan lebih banyak air ke kawasan bukit bukau di sekelilingnya, menyebabkan Villa Epecuen ditenggelami sedikit demi sedikit.

Pada 10 November 1985, air hujan yang turun di sekitar Empangan Lago Epecuen dilaporkan menenggelamkan bandar tersebut hingga kedalaman 1.2 meter, sekaligus memaksa penduduknya berpindah sedikit demi sedikit keluar dari pusat pelancongan terbabit.

Mengimbau semula kejadian itu, Novak memberitahu, musim sejuk yang disertai ribut dan hujan lebat luar biasa tanpa henti melanda selama berbulan-bulan lamanya hingga empangan tasik air masin itu pecah dan melimpah ke kawasan tanah rata sekali gus mengakibatkan banjir besar.

“Saya sempat menyelamatkan diri dan haiwan ternakan ke kawasan kampung di tanah tinggi berhampiran,” katanya yang berumur 60 tahun ketika sebahagian bandar tersebut tenggelam.

Lelaki Paling Sepi

Tragedi ‘Bandar Hantu’ Villa Epecuen Argentina

Seorang lagi penduduk, Norma Berg, 52, berkata, banjir yang semakin buruk memaksa dia sekeluarga berpindah ke tempat yang lebih selamat.

“Saya ada beberapa ekor binatang peliharaan dan ia melarikan diri beberapa hari sebelum banjir. Saya fikir haiwan tersebut sudah mengetahui ada sesuatu yang buruk bakal berlaku,” ceritanya.

Dalam masa beberapa minggu, banjir semakin buruk dan paras air semakin tinggi hingga memaksa kira-kira 1,500 orang penduduk di situ meninggalkan rumah serta harta benda bagi menyelamatkan diri mereka ke Carhue, kira-kira lima kilometer dari Epecuen.

Berg yang berusia 19 tahun ketika kejadian itu berlaku memberitahu, air meningkat kira-kira satu sentimeter setiap jam.

“Apabila air mencecah paras buku lali, kami mengemas barang untuk menyelamatkan diri. Mujur kami sempat keluar dari Epecuen kerana dalam tempoh dua minggu, paras air sudah mencecah tiga meter,” tambahnya.

Menjelang tahun 1993, banjir yang berlanjutan dikatakan menenggelamkan bandar tersebut sehingga 10 meter.

Bagaimanapun, sejak 2009, paras air semakin menurun dan banjir mula reda. Villa Epecuen yang tenggelam mula memperlihatkan sedikit demi sedikit sisa-sisa bangunan, pepohon mati, logam-logam berkarat dan tengkorak yang terkeluar daripada kubur kesan hakisan air garam.

Pada tahun 1997, kira-kira 20 tahun selepas kejadian tersebut, Novak kembali ke Epecuen yang sebahagiannya masih tenggelam.

“Saya kembali dan memulakan hidup di sini secara bersendirian sejak lima tahun lalu. Hanya saya seorang di sini sepanjang hari, setiap hari,” ujarnya.

Ambil iktibar

Bandar Hantu Villa Epecuen

Dia menghabiskan masa mengelilingi ‘bandar hantu itu’ dengan menaiki basikal selain membawa anjing peliharaannya, Chorno bersiar-siar.

Memandangkan Novak merupakan satu-satunya penghuni di Epecuen, dia mendapat jolokan Lelaki Paling Sepi di Argentina.

Cucu Novak, Christian, akan datang melawatnya setiap hari dengan membawakan makanan dan membantu menguruskan haiwan ternakannya.

“Adik-beradik saya terkejut dengan keputusan saya untuk kembali ke sini. Isteri saya juga tidak mahu ikut berpindah, jadi kami tinggal berasingan.

“Tempat ini meninggalkan banyak memori buat saya. Di sinilah saya membesar, bersekolah, menghabiskan zaman remaja dan membina keluarga,” katanya.

Biarpun air sudah surut sejak lapan tahun lalu, bandar yang ditinggalkan tidak berpenghuni itu tidak pernah dibina dan dibangunkan semula.

“Saya kecewa kerana menyangka ada pihak yang akan membangunkan bandar ini memandangkan ia pernah popular suatu ketika dahulu tetapi tiada orang yang mahu berbuat demikian,” kata Novak.

Tasik air masin di Epecuen menjadi antara tarikan kerana mempunyai tahap garam kedua tertinggi di dunia selepas Laut Mati dan 10 kali lebih tinggi daripada mana-mana lautan menjadikan apa-apa objek boleh terapung dengan mudah.

Kuasa terapeutik yang terdapat pada tasik itu menjadi terkenal selama beberapa abad. Ia menjadi tumpuan kerana dikatakan boleh menyembuhkan penyakit sendi, penyakit kulit, anemia, kencing manis dan kemurungan.

“Ramai pelancong suka datang ke sini kerana mahu merasai pengalaman seolah-olah terapung di atas laut seperti di Laut Mati. Bagaimanapun, hari ini, rata-rata pengunjung mahu menyaksikan kemusnahan akibat malapetaka dahsyat ini,” tambah Novak.

Sementara itu, seorang pengusaha hotel di Epecuen, Carlos Ruben Besagonill, 53, berkata, semua pihak wajar mengambil iktibar dan pengajaran di atas kejadian itu.

“Pengurusan air yang betul perlu diambil kira jika bandar ini mahu dibangunkan semula. Semua bentuk pembinaan termasuklah hotel, vila dan resort sebaik-baiknya dibina jauh daripada pantai atau tebing tasik bagi mengelakkan kejadian serupa.

“Bagi saya, ada perkara yang boleh diperbaiki, namun pengalaman dan memori di sini tidak boleh diganti,” ujarnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kisah 'Bandar Hantu' Bannack Montana

sumber: kosmo