Thursday, December 19, 2019

Maksud Mimpi Melihat Lelaki Yang Dikenali

Maksud Mimpi Melihat Lelaki Yang Dikenali

Mimpi seseorang lebih-lebih lagi jika ‘orang’ yang dilihat di dalam mimpi itu satu-satunya orang yang muncul ataupun keberadaannya terlalu menonjol, maka mimpi yang demikian itu perlulah diberikan perhatian.

Mimpi orang dikenali

Mimpi tentang seorang lelaki yang sememangnya dikenali dikatakan membawa erti yang baik dan membawa keberkatan.

1. Al-Ustaz Abu Sa’id berkata; “Bermimpi melihat lelaki yang dikenali, menunjukkan akan mendapat sesuatu daripadanya, dari orang yang mirip dengannya atau yang satu nama dengannya.”

2. Bermimpi menerima barang-barang berharga daripada orang yang dikenali bererti akan mendapat sesuatu yang dicita-citakan daripadanya. Kalau yang bermimpi itu orang yang layak menjadi pemimpin dan dia melihat menerima kemeja baru daripadanya, maka dia akan memimpin orang itu.

3. Bermimpi menerima tali dari seseorang bererti ada berjanji denganya.

4. Bermimpi melihat orang tua yang tidak dikenali atau yang berumur 35 tahun ke atas menunjukkan terbatasnya umur orang yang bermimpi itu.

5. Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia mengikuti orang tua, bererti dia mengikut kebaikan.

6. Sesiapa yang melihat orang tua Turki bererti, dia mendapat kawan yang baik.

7. Jika mimpi seorang lelaki dikenali yang pergi merantau ataupun sudah lama tidak ditemui, maka dikatakan petandanya orang yang berkenaan itu akan muncul kembali dalam hidup anda ataupun akan mendapat khabar atau berita terbaru berkenaan orang yang dimimpikan itu.

8. Mimpi melihat seorang pemuda yang dikenali dan jika di dalam mimpi tersebut anda melihat dia kelihatan gembira bererti suatu alamat yang baik dan menyenangkan.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, December 04, 2019

Maksud Mimpi Melihat Keranda, Kain Kafan Dan Memandikan Mayat

Maksud Mimpi Melihat Keranda, Kain Kafan Dan Memandikan Mayat

Mimpi mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebahagian mimpi membayangkan perkara yang bakal terjadi dan kemudian benar-benar terjadi. Mimpi yang baik adalah mimpi yang disandarkan kepada Allah SWT; ia adalah mimpi yang benar, yang datang dengan membawa khabar gembira dan peringatan.

Mimpi mayat keranda
Gambar hiasan.

Di bawah ini di lampirkan tafsir mimpi melihat keranda mayat, melihat kain kafan dan memandikan mayat, menurut ulama-ulama muktabar yang arif mengenai takbir dan tafsir mimpi seperti Imam Ibnu Sirin dan yang lain-lain:

Mimpi Melihat Keranda Mayat

1. Sesiapa yang bermimpi seolah-olah dia diusung di dalam keranda, maka akan naik martabat dan banyak hartanya.

2. Sesiapa yang bermimpi dimasukkan ke dalam keranda dan tidak ada orang yang mengangkat atau membawanya, bererti dia akan dipenjara.

3. Sesiapa yang melihat seolah-olah orang yang menghantarnya menangis di belakang kerandanya, maka baik mimpinya, begitu juga kalau dia melihat mereka memuji dan mendoakannya. Kalau dia melihat mereka tidak menangis dan tidak memujinya, tidak baik.

Mimpi Melihat Kain Kafan

1. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia dibungkus dengan kain kafan seperti orang mati, menandakan dia akan mati.

2. Jika bermimpi melihat kafan tidak tertutup kepala dan kakinya, bererti ada yang kurang baik dalam agamanya.

3. Pendapat lain, jika bermimpi kain kafan yang kurang bagi mayat diertikan sebagai dekatnya kepada taubat, sedangkan kain kafan yang berlebihan diertikan sebagai jauhnya daripada taubat.

Mimpi Memandikan Mayat

1. Adapun mimpi memandikan mayat, sesiapa yang melihat mayat memandikan dirinya sendiri, bermakna keluarga atau anak-anak mayat itu lepas dari dukacita dan bertambah hartanya

2. Jika mimpi mayat dimandikan oleh seseorang, bermakna ada orang yang bertaubat dikalangan orang yang memandikan itu.

3. Orang yang memandikan mayat menurut asal mimpinya ialah, peniaga yang banyak mendatangkan manfaat dan banyak membantu orang susah, atau juga dimimpikan sebagai orang mulia yang bertaubat di tangannya orang-orang yang berbuat dosa.

4. Sesiapa yang mimpi melihat bersama-sama orang yang memandikan mayat, maka dia akan naik dan lepas dari kesusahan.

5. Jika mimpi melihat orang-orang mati mencari orang yang membasuh pakaiannya, bererti orang mati, itu sangat berhajat kepada doa, sedekah dan orang yang akan membayar hutangnya dan melaksanakan wasiatnya.

6. Jika bemimpi melihat seseorang membasuh pakaian orang yang sudah mati, bererti ada kebaikan dari yang memandikan itu yang sudah sampai bagi si mayat.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, September 22, 2019

Maksud Mimpi Melihat Orang Meninggal Kemudian Hidup Lagi

Maksud Mimpi Melihat Orang Meninggal Kemudian Hidup Lagi

Bermimpi tentang orang yang telah meninggal dunia lalu hidup kembali pasti sangat menakutkan. Mimpi menyeramkan seperti ini boleh membuatkan kita berpeluh sejuk dalam tidur hingga terbangun seketika. Mimpi buruk boleh dialami semua orang tidak kira usia bahkan anak kecil sekalipun.

Mimpi Meninggal
Gambar hiasan.

Tidak ada yang ingin mengalami mimpi buruk saat tidur, namun kita tidak dapat memilih dan mengatur seperti apa mimpi yang diinginkan.

Mimpi buruk boleh datang kerana pengaruh fikiran yang sedang kacau dan pengaruh keadaan psikologi, namun menurut sebagian ramalan dan tafsir, mimpi buruk juga mengandungi makna disebaliknya.

Seperti mimpi orang meninggal hidup lagi ini, apakah makna yang terkandung dibalik mimpi yang sangat menyeramkan ini?

1. Maksud Mimpi Orang Meninggal Hidup Lagi, Tanda Panjang Umur dan Mendapat Hidayah

Memimpikan orang yang meninggal lalu hidup kembali boleh maksud bahawa orang yang dimimpikan tersebut akan berumur panjang jika ia masih hidup.

Tidak hanya itu saja, orang yang dimimpikan juga berpeluang untuk mendapat hidayah pada kebaikan.

Jadi, meskipun menyeramkan, mimpi ini ternyata membawa makna yang baik.

2. Maksud Mimpi Melihat Orang Meninggal Hidup Lagi Petanda Baik

Erti lain dari mimpi orang meninggal namun hidup lagi juga menjadi petanda baik untuk diri kamu sendiri.

Ertinya adalah kemungkinan kamu akan mendapat suatu khabar yang baik tentang hal apapun.

Tidak hanya itu, dalam kesulitan dan kesusahan yang kamu alami, akan datang seseorang memberikan pertolongan yang akan membantu melepaskan kesukaran yang dialami.

3. Maksud Mimpi Bertemu Orang Meninggal yang Hidup Lagi di Dalam Mimpi

Kita pasti pernah bermimpi tentang orang yang telah meninggal dunia namun beliau hidup lagi di dalam mimpi.

Ketika orang meninggal hidup lagi dalam mimpi kita dan kita bertemu dengannya, ada beberapa makna yang terkandung dari mimpi bertemu orang yang sudah meninggal tersebut.

Yang pertama adalah, petanda bahawa kita akan mendapat pertolongan dikala sedang dalam masa sukar atau terkena musibah.

Yang kedua adalah, mungkin ada pesanan yang ingin disampaikan orang yang telah meninggal tersebut untuk kita yang ada di dunia.

Atau mungkin ada pesan-pesan terakhir saat beliau masih hidup namun lupa untuk kita tunaikan.

Dan mimpi orang meninggal hidup lagi juga merupakan wujud dari rasa rindu kita kepada orang yang telah meninggal tersebut.

4. Maksud Mimpi Saudara Kita Meninggal dan Hidup Lagi

Berbeza maknanya jika kita bermimpi tentang saudara kita yang masih hidup di dunia meninggal dunia, lalu ia hidup kembali.

Itu ertinya kita harus menjaga hubungan persaudaraan agar lebih baik lagi dan saling memaafkan satu sama lainnya serta menghindari dan mengakhiri segala pertikaian yang ada.

Makna lainnya adalah, saudara yang kita mimpikan ini akan mendapat umur yang panjang.

5. Maksud Mimpi Isteri Kita Meninggal dan Hidup Lagi

Bagaimana jika di dalam mimpi isteri kita yang meninggal lalu hidup kembali? Tidak jauh berbeza dari mimpi yang sebelumnya, yakni bermakna baik untuk isteri.

Ia akan mendapat berkat panjang umur dan sebagai suami kamu harus memperlakukan isteri dengan baik, memenuhi nafkah dan bertanggung jawab sepenuhnya kepada isteri dan keluarga.

6. Maksud Mimpi Diri Sendiri Meninggal dan Hidup Lagi

Ada dua makna yang terkandung dibalik mimpi melihat diri kita sendiri meninggal lalu hidup kembali.

Makna positifnya adalah, kita akan mengalami pelbagai perubahan yang positif dalam hidup dan perkembangan ke arah yang baik.

Namun, makna negatifnya adalah kamu akan merasa tertekan dengan situasi yang sedang dihadapi kerana tuntutan atau beban hidup yang cukup berat.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

sumber: cintalia

Thursday, September 12, 2019

Maksud Mimpi Melihat Kanak-kanak

Maksud Mimpi Melihat Kanak-kanak

Masyarakat kita sering mengaitkan mimpi sebagai petunjuk kepada sesuatu sama ada ia perkara baik atau buruk dan pada umumnya, setiap tingkah laku, perubahan tabiat atau kebiasaan harian yang menjejaskan ketenangan boleh mendorong berlakunya mimpi ketika tidur.

Mimpi Melihat Kanak-kanak
Gambar hiasan.

Jadi, kali ini jika anda pernah bermimpi melihat kanak-kanak di dalam tidur, apakah maksud mimpi tersebut?

1. Jika seorang lelaki bermimpi seolah-olah dia berubah menjadi kanak-kanak, bererti hilang maruahnya. Namun, mimpinya itu menunjukkan akan hilangnya kesusahannya.

2. Jika bermimpi melihat seolah-olah mendukung kanak-kanak, bererti dia akan mentadbir kerajaan.

3. Jika bermimpi melihat seolah-olah belajar Quran atau adab, bererti dia terlepas dari dosa.

4. Jika bermimpi melihat seolah-olah dia mempunyai anak yang ramai, bererti akan menghadapi kesusahan kerana mengurus kanak-kanak pun banyak kesusahannya.

5. Menurut hikayat, ada seorang lelaki mendatangi Ibnu Sirin dan berkata; “Saya bermimpi seolah-olah di bilik saya ada kanak-kanak menjerit.” Maka Ibnu Sirin berkata; “Takutlah kepada Allah dan janganlah memukul orang dengan kayu.”

6. Jika bermimpi melihat kanak-kanak perempuan dalam tidur, bererti mendapat keringanan dan kemudahan setelah menghadapi kesusahan.

7. Jika bermimpi membeli hamba abdi, bererti mendapat kesusahan dan sesiapa yang bermimpi membeli hamba sahaya, akan mendapat kebaikan.

8. Jika bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah akil baligh, bererti itu merupakan kemegahan dan kekuatan baginya. Tetapi kemegahan dan kekuatan itu besar kemungkinan berlaku pada ibu anak itu.

9. Jika bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa, bererti satu kebaikan akan datang kepadanya.

10. Jika bermimpi mempunyai anak kecil, kemudian dia melihat seolah-olah sudah dewasa, bererti menunjukkan akan kematiannya.

11. Jika bermimpi melihat kanak-kanak seolah-olah sudah dewasa, menunjukkan kepada kekuatan dan pertolongan.

12. Jika seorang wanita yang sedang hamil bermimpi seakan-akan lahirnya anak lelaki, dia akan melahirkan anak perempuan. Ada juga yang bemimpi mendapat anak perempuan tetapi dia mendapat anak lelaki. Bahkan ada juga yang tepat seperti yang dilihatnya dalam mimpinya itu.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Wednesday, August 28, 2019

Maksud Mimpi Melihat Orang Tidak Dikenali

Maksud Mimpi Melihat Orang Tidak Dikenali

Apabila anda bermimpi melihat seseorang yang tidak dikenali dalam mimpi, itu ternyata sangat membingungkan. Anda melihat mereka dalam mimpi, tapi tidak mampu menafsir apa maksudnya kerana belum pernah bertemu mereka dalam kehidupan nyata.

Manusia misteri

Ada beberapa alasan mengapa anda mungkin bermimpi bertemu atau melihat orang yang tidak dikenali yang tiba-tiba muncul dalam mimpi.

Tafsir mimpi melihat orang tidak dikenali

1. Bermimpi melihat pemuda berkulit putih merupakan musuh yang tersembunyi, pemuda berkulit hitam adalah musuh yang kaya, pemuda berkulit kemerah-merahan merupakan musuh yang tua.

2. Jika bermimpi melihat diikuti oleh seorang pemuda, bererti dia akan berjumpa dengan musuh.

3. Jika bermimpi melihat orang tua berubah menjadi anak muda, maka bermacam-macam mimpinya. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kesenangan. Ada yang mengatakan dia akan mendapat kemerosotan, sama ada masalah dunia atau agamanya, ada yang mengatakan dia akan mati.

4. Jika bermimpi melihat pemuda yang tidak dikenali dan sangat marah melihatnya, maka dia akan berjumpa dengan musuh yang sangat dibenci orang. Jika dia senang melihatnya, maka dia akan bertemu musuh yang disukainya.

5. Wanita yang bermimpi melihat perempuan muda bererti itu adalah musuh baginya dalam keadaan apa pun. Tetapi bermimpi melihat perempuan tua, bererti itu dunianya. Jika dia melihat wanita itu berhias mendedahkan auratnya, maka dia akan mendapat kesenangan dunianya. Jika dia melihat wanita tua itu berpaling muka, maka hilanglah kemegahannya.

6. Jika bermimpi melihat orang tua masuk ke dalam rumahnya, bererti dia akan mendapat kesenangan dunia dan jika dia melihatnya keluar dari rumahnya bererti hilang kesenangan dunianya.

7. Jika bermimpi melihat wanita tua bukan Islam, bererti kesenangan yang itu kesenangan yang haram, tetapi kalau Islam bererti kesenangannya itu kesenangan yang halal.

8. Jika bermimpi melihat seolah-olah wanita muda bertukar menjadi wanita tua menunjukkan baiknya dunianya.

9. Jika bermimpi ada lelaki melihat wanita tua yang tidak suka kepadanya sedangkan dia suka melihatnya, bererti dia sukar mendapat kesenangan dunia. Jika wanita itu nampak suka kepadanya, maka dia mendapat kesenangan dunia.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tuesday, August 20, 2019

Maksud Mimpi Sihir

Maksud Mimpi Sihir

Anda pernah bermimpi tentang sihir? Menurut ilmu tafsir, sihir dalam mimpi berkaitan dengan perkara yang batil dan bohong, serta perkara-perkara fitnah, kesibukan yang sangat tercela, sesat dan sarat dengan penipuan.

Mimpi Sihir
Gambar hiasan.

Adapun dalam satu tafsiran, dikatakan bahawa seseorang yang mimpi menyihir orang lain dan sihirnya menjadi, kemungkinan ertinya dia melakukan penipuan dan ‘berjaya’ dalam usahanya itu.

Sebaliknya, jika mimpi menyihir orang lain tetapi tidak berhasil, itu ertinya cubaan tipu tapi tidak berjaya.

Seseorang yang mimpi terkena sihir ataupun dia sendiri yang di dalam mimpi itu terlibat menyihir orang lain, mana-mana mimpi sihir tersebut dikatakan berhubungkait dengan perkara fitnah dan tipu muslihat.

Bahkan, ada pendapat menyatakan bahawa, jika di dalam mimpi itu, yang terlibat melakukan sihir mendapat ‘kekuatan’ atau bantuan jin, ertinya bertambah kuat kaitannya dengan fitnah dan penipuan.

Mimpi menyihir orang lain kerana cinta kepada seseorang itu, ertinya satu lagi petanda bahawa orang yang bermimpi itu kuat rasa cintanya terhadap si dia.

Wallahu a'lam.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

BACA INI JUGA:

sumber: tafsirmimpi.net

Thursday, August 01, 2019

Maksud Mimpi Melihat Harimau

Maksud Mimpi Melihat Harimau

Bagi orang-orang yang percaya bahawa mimpi memiliki makna tertentu, mereka akan cenderung percaya para ahli tafsir atau ramalan kuno mengenai erti mimpi yang mereka alami, apatah lagi jika mimpi yang dialami mudah diingati.

Mimpi Melihat Harimau
Gambar hiasan.

Lalu, apakah ada erti khusus berkaitan tentang mimpi melihat harimau? Mari kita semak.

1. Erti Mimpi Di Kejar Harimau

Tahukah anda bahawa maksud mimpi dikejar harimau dapat ditafsirkan sebagai satu petanda yang kurang baik.

Ketika anda sedang melakukan suatu usaha atau bisnes, secara tidak dijangka anda akan mendapati adanya persaingan.

Sebagai orang yang beriman, saat mengalami mimpi ini maka wajib bagi anda untuk tetap tenang dan berdoa kepada Allah atas kelancaran usaha yang sedang dilakukan.

Hal ini sesuai seperti yang tertulis dalam Al-Qur’an surah Al-Kahfi ayat 10, yang menjelaskan tentang doa agar dimudahkan dalam kelancaran usaha dan segala urusan.

2. Erti Mimpi Melihat Harimau

Dalam sebuah mimpi melihat harimau terkandung makna suatu tanda yang sangat baik, iaitu anda akan menjadi orang berwibawa yang dihormati ramai orang.

Jika anda mendapat mimpi ini, maka bersyukurlah kepada Allah atas rahmat yang telah diberikan.

Atas nikmat-Nya, anda akan mendapat kedudukan yang sangat baik di mata masyarakat.

Dalam menanggapi mimpi melihat harimau ini sesuai dengan ajaran islam di dalam Al-Qur’an surah Al-Naml ayat 19.

Ayat ini menjelaskan tentang rasa syukur atas nikmat yang Allah berikan kepada hamba-Nya.

3. Erti Mimpi Digigit Harimau

Maksud mimpi digigit harimau dapat ditafsirkan sebagai suatu petanda yang kurang baik, yang mengandungi erti bahawa, akan menyebabkan suatu keraguan di hati orang-orang di sekelilingnya.

Saat mendapat mimpi yang sedemikian, maka anda haruslah bersabar dan memohon petunjuk daripada Allah untuk menghadapi masalah tersebut di masa yang akan mendatang.

Berdoalah sesuai dengan ajaran islam yang telah tertulis jelas dalam Al-Qur’an surat Thoha ayat 25-28, yang menjelaskan bahawa Allah akan memudahkan segala urusan hamba-Nya dan memberinya petunjuk.

4. Erti Mimpi Melihat Harimau Jinak

Maksud mimpi melihat harimau jinak dapat dilambangkan sebagai petanda yang baik.

Bagi yang mengalaminya akan segera mendapat petua atau nasihat dari orang-orang terdekatnya.

Nasihat tersebut merupakan suatu gambaran perhatian akan hal baik kepada anda.

Oleh sebab itu, saat mendapati sebuah mimpi seperti di atas maka perbanyakkan bersyukur atas segala rahmat dan kurnia Allah, anda masih diberikan nikmat berupa sebuah nasihat dari orang terdekat.

Ucapan rasa syukur ini sesuai dengan ayat Al-Qur’an dalam surah Al-Isra ayat 111, yang menjelaskan bahawa setiap kali kita mengalami kesulitan, pasti ada jalan penyelesaian melalui orang-orang terdekat.

5. Erti Mimpi Melihat Harimau Putih

Maksud mimpi melihat harimau putih melambangkan satu petanda bahawa anda akan mendapat suatu hal yang baik.

Perkara tersebut merupakan rezeki melimpah yang Allah turunkan kepada hamba-Nya.

Saat mengalami mimpi ini, maka anda haruslah bersyukur dan berdoa kepada Allah agar selalu diberikan rezeki yang melimpah dari Allah SWT.

Doa memohon rezeki sesuai dalam Al-Qur’an surat Al-Maidah ayat 114, yang menjelaskan akan suatu permohonan rezeki melimpah ruah daripada Allah SWT.

TAFSIR MIMPI LAIN

1. Akan Sakit Tenat

Jika mimpi melihat harimau dan anda digigit oleh harimau tersebut, ertinya anda akan mendapat sakit yang teruk dalam waktu terdekat.

Ini mungkin disebabkan anda kurang menghiraukan soal kesihatan diri.

Oleh kerana itu, sebaiknya anda haruslah segera mengubah gaya hidup anda dengan makan makanan yang sihat, berkhasiat dan cubalah hindari stres.

Jika anda terlalu sibuk, carilah waktu untuk beristirehat dan lakukan hobi kegemaran anda.

2. Akan Memperoleh Kemuliaan Dan Kehormatan

Jika di dalam mimpi anda melihat harimau tetapi tidak digigit, ini ertinya anda akan memperoleh kemuliaan dan kehormatan di tengah masyarakat.

Hal ini mungkin kerana usaha anda selama ini dalam melakukan sesuatu sehingga dilihat memiliki keperibadian yang baik.

Namun, walaupun kebaikan anda telah diakui oleh masyarakat, janganlah berubah menjadi sombong, angkuh dan takbur.

3. Mendapat Penghargaan Atas Kerja Keras

Mimpi melihat harimau jinak pula memiliki maksud yang baik, iaitu anda akan memperolehi penghargaan atas kerja keras anda selama ini.

Bagi orang lain, kerja keras yang anda lakukan dianggap sebagai bentuk keseriusan anda dalam menjalankan tanggungjawab.

4. Mendapat Nasihat Yang Baik

Harimau putih sering dikaitkan dengan hal-hal ghaib dan kepercayaan mistik dan jika anda bermimpi melihat harimau putih, maksudnya anda akan mendapat nasihat atau petua yang sangat baik.

Petua itu mungkin daripada orang-orang terpercaya, seperti ulama, guru atau orang-orang yang berilmu.

5. Jangan Ragu-ragu

Mimpi melihat harimau menandakan anda harus menghilangkan rasa ragu yang sedang anda rasakan ketika ini.

Keraguan itu hanya akan menghalang anda dari mendapat pengalaman baru, kerana pengalaman merupakan perkara yang sangat berguna bagi anda untuk menjadi lebih baik.

6. Percaya Kepada Orang Lain

Jika ingin mendapat kepercayaan dari orang lain, maka anda juga harus mempercayai orang lain.

Hilangkan rasa curiga yang anda rasakan terhadap orang lain, kerana perasaan curiga hanya akan memberikan anda fikiran yang negatif.

Selain itu, jika tidak percaya kepada orang lain, anda juga akan menghadapi kesukaran untuk berinteraksi dengan orang di sekitar anda.

7. Ada Masalah Percintaan

Adakah anda mengalami mimpi pelik seperti melihat harimau masuk rumah lalu keluar?

Ini ertinya, anda ada masalah dalam hubungan percintaan, yang mungkin disebabkan adanya orang ketiga dalam hubungan anda dan pasangan.

Untuk itu, cubalah perhatikan adakah pasangan anda menunjukkan tanda-tanda selingkuh?

Namun, anda harus berhati-hati agar hubungan dengan pasangan tidak menjadi renggang.

Jika anda berdua memang saling mencintai, maka masalah apapun akan tetap kalian hadapi bersama dan selesaikan.

8. Rumah Tangga Sedang Diuji

Mimpi melihat harimau juga bererti rumah tangga anda sedang diuji oleh suatu masalah.

Masalah dalam rumah tangga merupakan perkara biasa untuk dialami oleh pasangan suami isteri.

Maka, untuk itu anda dan pasangan haruslah berusaha menjaga keharmonian rumah tangga.

9. Akan Mendapat Pesaing Hebat

Mimpi melihat harimau juga menandakan bahawa akan ada persaingan yang cukup sengit dalam usaha yang sedang anda lakukan.

Sebaiknya, jangan menjadikan persaingan ini sebagai hambatan untuk menghalang usaha anda.

Sebaliknya, jadikan ia sebagai motivasi untuk terus belajar dan penggalak semangat dalam mengembangkan usaha anda.

Dengan memiliki kemahuan untuk terus berkembang, maka persaingan yang anda akan hadapi hanya akan membuatkan anda semakin kuat dalam berusaha.

10. Disegani Masyarakat

Harimau sering dikaitkan dengan kegagahan dan kekuatan, maka jika bermimpi melihat harimau, ertinya anda akan mendapat kehormatan di tengah masyarakat.

Anda dianggap sebagai tokoh yang patut disegani oleh orang lain kerana selama ini anda telah menunjukkan ciri-ciri seorang yang berwibawa.

Anda akan menjadi seseorang yang disegani, ertinya orang disekitar akan lebih memperhatikan tingkah laku anda sebagai contoh untuk mereka.

11. Mendapat Rezeki

Jika yang anda lihat adalah anak harimau, ertinya anda akan mendapat rezeki yang cukup besar.

Mimpi tentang anak/bayi, seperti erti mimpi menyusui bayi dan mimpi menggendong bayi, sering dianggap sebagai petanda keuntungan di dunia.

Ini juga yang akan terjadi jika yang dimimpikan adalah anak harimau namun, sebaiknya anda mempertahankan usaha anda saat ini untuk benar-benar mendapat rezeki yang banyak.

Bukan hanya itu, anda juga harus memastikan usaha yang dilakukan halal, agar rezeki yang anda perolehi merupakan rezeki yang berkat.

Jadi, demikianlah maksud mimpi melihat seekor harimau dan setiap makna dalam mimpi harimau di atas berbeza-beza, juga bergantung kepada situasi semasa anda. Ada yang baik dan ada yang kurang baik.

Dalam menanggapi sebuah makna dari sebuah mimpi, anda haruslah berserah diri kepada Allah dan mohonlah segala kebaikan dari-Nya.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Monday, July 29, 2019

Maksud Mimpi Menyusukan Bayi

Maksud Mimpi Menyusukan Bayi

Anda pernah mimpi bayi? Sama ada nampak bayi (orang lain sedang dukung), dukung bayi atau menyusukan bayi dalam mimpi? Kadang-kadang juga kita mimpi ada orang nak bagi bayi, masa nak dukung tiba-tiba tersedar dari tidur.

Mimpi Menyusukan Bayi
Gambar hiasan.

Ada yang berpendapat mimpi bayi bermakna kita sedang diganggu jin atau lebih tepat sebagai saka namun, apa maksud sebenarnya jika anda bermimpi melihat atau menyusukan bayi?

Adapun mengikut adab Tafsirul Ahlam, mimpi yang boleh ditafsirkan mempunyai 3 kriteria utama iaitu, kekerapan (melebihi 3 kali), waktu dan keadaan pemimpi sebelum dan sesudah bermimpi.

Namun, sang faqir menjawab persoalan di atas secara umum walaupun tidak sepenuh di dalam adabnya.

Adapun mimpi menyusukan bayi terbahagi kepada 3 bahagian iaitu;
  1. Mimpi menyusukan bayi dalam keadaan berdukung.
  2. Mimpi menyusukan bayi dalam keadaan duduk.
  3. Mimpi menyusukan bayi dalam keadaan baring.

Keadaan pertama, iaitu berdukung, itu adalah ru'yah (petanda) bahawa pemimpi ada memberi hajat atau niat kepada seseorang yang masih belum tertunai dan perlu diselesaikan segera kerana orang tersebut amat memerlukannya.

Keadaan kedua, menunjukkan pemimpi dalam keadaan tugas atau hal yang masih belum selesai dan perlu diselesaikan segera.

Keadaan ketiga, pemimpi telah memberi masalah kepada seseorang tanpa disedari dan ianya telah membuatkan orang tersebut benar-benar dalam kesusahan.

Ukhuwwah

Jika pemimpi bermimpi memberi susu kepada seseorang dan seseorang itu amat dikenalinya, itu petanda ukhuwwah antara mereka amat rapat.

Jika bermimpi menerima susu dari seseorang, itu petanda akan beroleh keberkatan dari ukhuwwah yang terbina.

Gangguan Saka?

Adapun pendapat tentang mimpi adalah petanda adanya gangguan saka, tidak boleh melihat kepada mimpi menyusukan sahaja, kerana untuk itu perlu ada kesinambungan lain untuk dikaitkan dengan saka.

Sekiranya kita bermimpi menyusukan bayi, itu antara lain membawa maksud badan kita akan menerima kesakitan ataupun keletihan, kerana susu itu adalah darah.

Bagi perawat yang arif mereka akan menceritakan mimpi sebegitu bukanlah membawa maksud pesakit itu akan menerima saka keturunan semata-mata, kerana sempurna mimpi saka keturunan melalui mimpi menyusukan bayi seseorang itu haruslah mencukupi syaratnya.

Syaratnya, seseorang itu akan bermimpi akan menyusukan bayi, setelah kenyang ia akan terbang atau menaiki bukit yang tinggi, kemudian akan turun ke bawah untuk duduk atau berdiri di air longkang atau air kumbahan lalu matanya menjadi merah seperti biji saga dan harus bermimpi berulang kali barulah mimpi itu petunjuk yang benar.

Sekiranya seseorang itu telah bermimpi sedemikian maka sempurnalah syaratnya maka sahlah ia mempunyai saka keturunan.

Perlu dan PENTING untuk diingat, mimpi menyusukan bayi bukan satu-satunya tanda adanya gangguan SAKA.

Semoga beroleh manfaat dari ALLAH.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu A'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: fb

Thursday, May 16, 2019

Maksud Mimpi Gigi Tercabut, Tanggal Atau Patah

Maksud Mimpi Gigi Tercabut, Tanggal Atau Patah

Mimpi gigi patah katanya alamat tidak baik. Itulah pandangan orang alim tentang mimpi gigi patah.  Mimpi gigi itu ada dua takwilnya. Mimpi gigi yang dalam keadaan sihat dan kuat melambangkan samada harta, pekerjaan atau anak-anak yang memberikan kebaikan.

Maksud Mimpi Gigi tercabut
Gambar hiasan.

Mimpi gigi yang sakit atau gigi tercabut, maka ilmuwan berpesan supaya segera bermohon kepada Tuhan minta keampunan dan kesejahteraan. Mimpi gigi sakit atau tertanggal itu katanya peringatan atau petanda suatu perkara buruk akan menimpa.

Bagaimanapun, ada pula tafsiran yang mengatakan mimpi gigi patah dan jatuh ke tangan ertinya atau alamatnya akan beroleh harta.

Kata orang tua-tua pula, jikalau mimpi gigi tercabut sebelah atas maknanya akan terjadi kematian di kalangan anggota keluarga sebelah atas seperti ayah, ibu, datuk atau nenek.

Jika mimpi gigi patah atau tercabut sebelah bawah alamatnya kematian di kalangan anggota sebelah bawah seperti anak, isteri, cucu atau saudara kandung yang lebih muda usianya.

"Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan Alhamdulillah dan ceritakannya kepada orang yang lain dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang mendukacitakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan Isti’azah dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya." Riwayat al-Bukhari dari Abi Sa’id

Tafsir Mimpi Gigi Lainnya

Mimpi gosok gigi maknanya tak perlu risau dan khuatir berkenaan kehidupan yang insyaAllah akan terus bahagia dan sejahtera.

Jika anda bermimpi sakit gigi dan menangis alamat bakal menempuh halangan.

Mimpi gigi tercabut tandanya akan ada yang meninggal dunia dalam kalangan keluarga atau di rumahnya sendiri. Jika mimpi gigi atas tercabut ertinya ada orang tua yang meninggal. Jika mimpi gigi bawah tercabut tandanya ada saudara yang meninggal.

Apabila bermimpi gigi anda tercabut atau patah. Anda akan berdukacita. Kalau gigi yang tanggal itu dibahagian atas maka besar kemungkinan yang ditimpa kemalangan ialah orang tua dan kalau gigi yang tercabut atau patah itu dibahagian bawah maka yang ditimpa malapetaka ialah isteri (kalau sudah berkahwin) atau anak, cucu atau mungkin juga ahli keluarga yang muda dari anda.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: fb

Saturday, April 27, 2019

Maksud Mimpi Hilang Ingatan

Maksud Mimpi Hilang Ingatan

Ketika mendapat mimpi yang berkaitan dengan mimpi hilang ingatan, biasanya tafsir mimpinya berkaitan tentang suasana lucu. Walau bagaimanapun, kronologi dalam mimpi ini menjadikan takwil mimpinya tidak sama dan bergantung siapa yang memimpikannya.

Mimpi Hilang Ingatan

Berikut adalah 6 erti dan maksud mimpi hilang ingatan untuk lelaki dan wanita, tafsirannya seperti berikut:

Lelaki Sudah Berkahwin

Jika lelaki yang sudah berkahwin bermimpi tentang hilang ingatan, maka erti mimpinya adalah; Si pemimpi akan menghadapi satu keadaan dimana dia akan mengalami kegagalan dalam rancangannya yang menyebabkan timbul pelbagai masalah.

Lelaki Bujang

Jika Mimpi hilang ingatan ini di mimpikan oleh lelaki yang masih single, maka erti mimpinya adalah, Terpaksa atau tidak, dalam waktu terdekat ini, anda akan melakukan aktiviti yang jarang anda lakukan, mungkin juga aktiviti tersebut sangat anda hindari kerana pelbagai alasan.

Remaja Lelaki

Jika seorang remaja lelaki yang memimpikannya, maka erti mimpinya adalah, Akan mengalami kejadian kurang menyenangkan, merugikan malah menakutkan.

Ini mungkin terjadi kerana anda terlalu takut atau selalu berkhayal tentang perkara-perkara yang di dramatik.

Wanita Berkahwin

Jika wanita yang sudah berkahwin bermimpi tentang hilang ingatan, maka erti mimpinya adalah, Akan adanya situasi dimana si pemimpi mengalami banyak fikiran atau pelbagai masalah yang perlu difikirkan.

Wanita Bujang

Jika Mimpi tentang hilang ingatan di mimpikan oleh wanita single, maka erti mimpinya adalah, Ada baiknya jika tidak memandang remeh suatu urusan yang dianggap mudah atau biasa kerana mungkin anda sendiri belum tentu dapat menyelesaikan urusan tersebut.

Remaja Perempuan

Jika remaja perempuan yang memimpikannya, maka erti mimpinya adalah, Kamu mungkin merasa kurang beruntung, tapi yakinlah semua itu tidak benar.

Mimpi yang anda alami menjelaskan bahawa seseorang selalu menginginkan kehadiran kamu, namun sukar mengungkapkannya.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: iniprimbon

Sunday, April 14, 2019

Maksud Mimpi Putus Tunang Atau Bertunang

Maksud Mimpi Putus Tunang Atau Bertunang

Walaupun bertunang itu bagi sesetengah orang bukanlah ‘perjanjian’ atau ikatan yang sekukuh sebuah perkahwinan, tapi hakikat yang sebenarnya sesuatu pertunangan itu tidak boleh diambil mudah.

Mimpi Putus Tunang

Ianya bukan bersifat suka-sukaan sepertimana janji kasih antara dua pasangan muda yang baru belajar bercinta lalu saling bertukar ungkapan cinta.

Justeru, jika pertunangan terputus atau sengaja diputuskan di pertengahan jalan, pastinya memberi kesan terhadap hubungan kekeluargaan malah membabitkan persepsi masyarakat sekeliling.

Tetapi, apa pula maksudnya jika kita bermimpi putus tunang?

Tafsiran Berkaitan Mimpi Bertunang

1. Sesebuah majlis pertunangan itu lazimnya akan berkesudahan dengan pasangan melangsungkan majlis perkahwinan.

Sehubungan itu, daripada satu pendapat berkaitan mimpi menurut Islam, disebutkan bahawa mimpi yang berkaitan dengan majlis membabitkan pasangan pengantin, tafsiran mimpinya berkait rapat dengan suasana sesebuah majlis berkenaan.

Jika majlis itu berlangsung sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dan tidak melanggar syarak, maka ia petanda satu kebaikan.

Sebaliknya, jika majlis berkenaan dipenuhi dengan aktiviti kemaksiatan bermakna akan terjadi keburukan.

2. Menurut pandangan Ibnu Sirin, seseorang yang dalam mimpinya membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangan, kemungkinan mimpi itu hendak memberi amaran kepadanya supaya dia lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup yang sesuai dengannya.

3. Ada pula yang menafsirkan mimpi meminang atau dipinang untuk dijadikan pasangan hidup itu tandanya akan berjaya dalam hubungan cinta dan pada kemudian hari kelak akan beroleh keuntungan.

4. Sebaliknya pula, jika seseorang itu mimpi putus tunang maka dikatakan itu adalah satu peringatan agar lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidupnya.

Selidik secara lebih mendalam perwatakan tunang anda yang sebenar-benarnya, kenali latar belakangnya dan fahami niatnya samada benar-benar ikhlas atau masih teragak-agak sebelum anda bersetuju untuk menjadi pasangan hidup dengannya.

Mimpi Bertunang

Pada kebanyakan masa, baik lelaki mahupun wanita, pasangan tunang yang muncul dalam mimpi itu adalah buah hati sendiri.

Namun, ada ketikanya boleh jadi ‘tunang’ yang di dalam mimpi itu seseorang yang tidak pernah dilihat wajahnya sebelum ini.

1. Dalam tafsiran mimpi yang berkaitan, dikatakan juga bahawa mimpi melihat lelaki yang dikenali boleh jadi alamatnya bermaksud akan beroleh sesuatu daripada orang berkenaan, ataupun daripada seseorang yang mirip dengan yang dilihat dalam mimpi itu ataupun yang sama nama dengannya.

2. Bagi seorang wanita, jika ada yang masih belum berumahtangga dan bermimpi meminang seorang lelaki yang di dalam mimpi itu perempuan berkenaan memberi salam kepadanya dan lelaki tersebut menjawab salam, ertinya lelaki berkenaan menerima pinangannya. Dalam erti kata lain, perempuan itu sebenarnya bak kata pepatah ‘tidak bertepuk sebelah tangan’.

3. Dalam kitab tafsir mimpi, ia bererti bahawa sangat besar kemungkinan dia akan mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.

4. Selain itu, ada pula sesetengah tafsiran yang mengatakan mimpi tunang atau bertunang, membawa maksud segala perancangan yang sedang diatur akan beroleh kejayaan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Friday, April 12, 2019

Maksud Mimpi Melihat Tubuh Sendiri

Maksud Mimpi Melihat Tubuh Sendiri

Adakah awak ada baca apa-apa doa sebelum tidur. Mungkin ia sekadar mimpi mainan tidur atau usikan syaitan yang nak takutkan awak. Abaikan sahaja dan minta perlindungan dengan Allah daripada sebarang bahaya dan jika anda pernah bermimpi tentang tubuh dan badan sendiri, kali ini kami ingin kongsikan maksud dan tafsirannya dalam kehidupan seharian.

Mimpi Melihat Tubuh
Gambar hiasan.

Berikut adalah sebahagian dari maksud melihat sesuatu perkara berlaku kepada badan kita dalam mimpi.

Mimpi bertubuh gemuk.
Anda akan mempunyai keadaan tubuh yang kesihatannya menurun.

Mimpi badan menjadi gemuk.
Akan dimuliakan atau dijunjung tinggi oleh orang lain.

Mimpi badan kurus.
Alamat tidak baik dalam hidup, rezeki sedikit.

Mimpi badan mengeluarkan kutu.
Akan terhibur atau jika sedang sakit akan segera sembuh.

Mimpi badan berdarah-darah.
Kekayaan atau harta benda akan bertahan lama.

Mimpi badan terasa payah atau letih.
Segala usaha tidak berhasil.

Mimpi melihat perut sendiri.
Terhindar dari kesusahan yang selama ini menimpa.

Mimpi badan terikat rantai.
Akan mengalami sakit.

Mimpi badan kita bongkok.
Akan sihat dan bahagia.

Mimpi badan kita berkeringat/berpeluh.
Akan mendapat rezeki atau kebahagiaan.

Mimpi badan kita diliputi awan putih.
Akan diliputi banyak rezeki.

Mimpi seakan-akan bumi melingkari tubuh anda.
Urusan atau masalah anda akan terbengkalai atau anda akan bersusah-payah mencari rezeki seakan-akan harus melingkari/memutari bumi.

Mimpi melihat kutu di tubuh orang lain.
Anda akan ditimpa kekecewaan.

Mimpi badan tumbuh luka berdarah atau nanah, bisul atau bintik-bintik.
Anda akan mendapat harta kekayaan.

Mimpi melihat darah mengalir dari badan tanpa ada luka atau seakan-akan di tubuh ada lubang yang mengalir darah dan nanah yang berlumuran.
Anda akan mendapatkan kekayaan tetapi haram.

Mimpi tubuh anda terbakar.
Anda harus berhati-hati, terutama dalam hal kesihatan.

Mimpi di sekujur tubuh anda banyak tumanya.
Anda akan mendapat kekayaan dengan cara mendadak.

Mimpi seakan-akan bumi memiliki tubuh.
Umur anda tinggal sedikit.

Mimpi menimbang tubuh sendiri.
Akan menjadi bahan bualan orang.

Mimpi menjadi pembuat tatu dan mentato tubuh seseorang.
Kemungkinan hubungan anda dan sahabat atau keluarga akan menjadi renggang.

Mimpi kepala timbul luka-luka yang banyak.
Tandanya akan memperoleh keuntungan.

Mimpi kepala keluar tanduk.
Akan berlaku perselisihan faham.

Mimpi potong rambut.
Ada diantara keluarga yang akan jatuh sakit.

Mimpi rambut berjatuhan.
Tandanya akan tiba kesedihan atau alamat kurang baik.

Mimpi berambut putih atau berguguran.
Tandanya kegembiraan akan beralih menjadi kesedihan.

Mimpi rambut tiba-tiba menjadi lebat.
Kegembiraan akan segera tiba dan atau bila telah berumah tangga alamat akan memperoleh anak.

Mimpi rambut menutup mata.
Tandanya akan mengalami celaan secara tiba-tiba.

Mimpi menyisir rambut dan mencuci muka.
Kesengsaraan dirinya atau kesedihan akan segera berubah.

Mimpi melihat orang berambut merah.
Tandanya akan berjaya dalam perniagaan.

Mimpi berambut merah.
Akan menghadapi hati dan perasaan tidak enak.

Mimpi melihat rambut palsu.
Anda akan ditipu orang yang disangka kawan baik.

Mimpi berambut putih.
Anda akan mendapat untung dalam usaha dan berumur panjang.

Mimpi mencuci rambut.
Harus berhati-hati kerana akan bergaduh dengan seseorang.

Mimpi memotong rambut orang lain.
Berhati-hatilah terhadap perancangan yang akan datang.

Mimpi muka keluar hitam.
Alamat kurang baik dalam sehari dua akan datang.

Mimpi muka terlalu bahagia.
Khabar baik bagi anda dan sahabat.

Mimpi muka masam.
Anda akan mengalami kerugian.

Mimpi muka cantik molek terutama wanita.
Hubungan percintaan akan bahagia (jika sedang bercinta cinta).

Mimpi bercermin muka.
Dalam suatu tindakan yang anda jalankan harus berhati hati.

Mimpi hidung berdarah.
Akan mengalami suatu keuntungan walaupun sekadarnya.

Mimpi gigi tanggal atau jatuh.
Akan berduka cita. Jika yang tanggal gigi atas maka besar kemungkinan yang tertimpa masalah adalah orang tua dan kalau jatuh gigi bawah, maka yang tertimpa malapetaka iaitu isteri (keluarga anak, cucu jika sudah berkeluarga).

Mimpi melihat perut sendiri.
Terhindar dari kesusahan yang selama ini menimpa.

Mimpi badan terikat rantai.
Akan mengalami sakit.

Mimpi tangan atau kaki putus.
Alamat sangat buruk atau akan datang kesusahan kepada hartanya.

Mimpi kaki dan tangan terkena kotoran.
Dalam usaha yang akan dijalankan mendapat keuntungan walaupun sedikit.

Mimpi kakinya mengeluarkan air.
Akan menjadi penghulu.

Mimpi melihat tangan yang elok.
Akan mempunyai bakat seni.

Mimpi tangan yang kuat.
Sukses dalam politik, sukan atau industri.

Mimpi kemaluan lelaki berubah menjadi kemaluan perempuan atau sebaliknya.
Akan dikurniakan anak dan harta kekayaan.

Mimpi kemaluannya terlepas.
Akan menderita kesusahaan yang besar.

Mimpi melihat zakar kambing.
Akan hilang susahnya dan jika sedang sakit maka akan sembuh.

Mimpi seorang lelaki atau wanita melihat bibir orang berlainan jantina.
Akan memperoleh pasangan hidup yang serasi dalam perkawinan.

Wanita bermimpi melihat bibirnya sendiri.
Akan berjaya cita-citanya dalam artis.

Lelaki bermimpi melihat bibirnya sendiri.
Dia harus berhati-hati dalam menjalankan usaha dan kata-katanya.

Mimpi rambut botak.
Akan menerima khabar buruk.

Mimpi bisu.
Setiap perkataan anda tidak dipercayai oleh rakan-rakan.

Mimpi melihat orang buta.
Ada saudara atau sahabat meminta pertolongan dan jika mimpi itu anda sendiri yang buta, berhati-hatilah dengan kedudukan anda, kesalahan sedikit boleh menjadi besar.

Mimpi demam.
Anda akan menerima surat dari kenalan atau kekasih.

Mimpi berduka-cita.
Anda akan bersuka ria dan kesihatan terjamin.

Mimpi anda gila.
Akan mendapat kejayaan dalam perniagaan dan hidup bahagia.

Mimpi melihat orang gila.
Anda akan mengalami kesibukan.

Mimpi melihat hati dan gambar hati.
Untuk lelaki bujang akan segera berkawin dan yang sudah berkawin akan bahagia.

Mimpi diserang penyakit hati.
Anda akan sihat walafiat.

Mimpi mendengar suara denyutan jantung.
nda akn mendapat khabar baik.

Mimpi melihat kuku atau paku.
Anda akan mendapat harta warisan.

Seorang wanita mimpi jatuh cinta pada seorang yang bermisai.
Anda dalam perkawinan apa saja akan bahagia.

Mimpi mata seseorang memandang tajam.
Anda kurang disenangi oleh orang-orang disekeliling.

Mimpi mata biru.
Anda akan dicintai seorang yang selama ini selalu diingati.

Mimpi mengimpikan mata tajam.
Anda sedang jatuh cinta kepda orang yang pernah diidam-idamkan.

Mimpi mati.
Anda berati anda sihat walafiat.

Mimpi berbicara dengan orang yang sudah mati.
Anda dapat menempuh hidup sukses.

Mimpi sukar bernafas.
Anda akan mendapat nasihat jangan terlalu bekerja keras.

Mimpi kaki pincang.
Anda akan segera pergi atau berpindah ketempat lain.

Mimpi sakit.
Godaan besar akan datang kepada anda.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Sunday, December 23, 2018

Maksud Mimpi Melihat Wajah Sendiri

Maksud Mimpi Melihat Wajah Sendiri

Jika anda pernah bermimpi melihat wajah sendiri, pasti tertanya-tanya apakah maksud disebaliknya. Adakah ia hanya mainan tidur atau ada maksud tersirat didalamnya.

Mimpi Melihat Wajah
Gambar hiasan.

Berikut adalah maksud dan tabir mimpi mengenai wajah, yang seringkali dialami setiap orang. Mari kita semak, barangkali anda baru saja bermimpi melihat wajah sendiri.

1. Mimpi melihat wajah yang sangat tampan/cantik, berseri dan mempesona

Ertinya: Anda akan mengalami hidup yang baik, mendapatkan khabar baik, atau menjadi orang yang bahagia.

2. Mimpi melihat wajah anda buruk atau cacat

Ertinya: keburukan (boleh bererti dosa dan maksiat) akan merosak kebaikan dan amal anda.

3. Mimpi melihat wajah anda pucat bagaikan orang sakit

Ertinya: Anda sedang rindu dan cinta pada seseorang.

4. Mimpi melihat wajah yang berseri-seri

Ertinya: Ini merupakan lambang keikhlasan, kebersihan hati dan ketaatan kepada Allah SWT.

5. Mimpi muka anda dalam keadaan masam atau muram

Ertinya: Anda akan mengalami kerugian perkara yang sedang anda lakukan saat ini.

6. Mimpi melihat orang tua sedang bermuka masam kepada anda

Ertinya: Sesuatu yang anda lakukan kurang baik atau melanggar norma agama.

7. Mimpi melihat muka anda menjadi cantik atau melihat orang lain berdandan dengan pelbagai aksesori dan sangat cantik

Ertinya: Anda akan mendapatkan cinta dan kebahagiaan dari orang-orang terdekat.

8. Mimpi melihat seluruh wajah anda menjadi hitam atau terdapat noda yang berwarna hitam

Ertinya: Akan terjadi peristiwa yang kurang baik kepada anda. Jika anda sedang berbisnes, maka bisnes anda dalam keadaan yang kurang baik.

9. Mimpi sedang bercermin dan memperhatikan bahagian muka

Ertinya: Anda harus berhati-hati dalam segala perbuatan.

10. Mmpi sedang melihat wajah anda sendiri namun biasa saja

Ertinya: Anda akan mendapat kesedihan dengan segala sebab dan akibatnya, sehingga harus lebih berwaspada dan berhati-hati dalam semua tindakan.

11. Mimpi melihat wajah anda berwarna hitam

Ertinya: Anda akan dikurniakan umur yang panjang dan melakukan kebaikan dalam kehidupan.

12. Mimpi melihar wajah anda dalam keadaan tersenyum

Ertinya: Akan ada suatu perkara baik yang akan menimpa anda. Mimpi ini juga mungkin bermakna bahawa anda akan bertemu rakan, sahabat dan kawan baru yang menyenangkan serta sikapnya baik.

13. Mimpi melihat orang tua sedang tersenyum pada anda

Ertinya: Apa pun yang anda lakukan saat ini akan berjaya dan memuaskan.

14. Mimpi melihat wajah anda menjadi sangat buruk, tidak berbentuk dan hancur

Ertinya: Anda akan ditimpa bencana, musibah dan hal-hal yang kurang baik. Oleh kerana itu, anda perlu sentiasa berhati-hati dalam semua tindakan.

Jika anda sedang berbisnes, maka bisnes tersebut akan mengalami kerugian.

15. Mimpi melihat janggut berwarna merah, baik milik anda mahupun orang lain

Ertinya: Anda harus berwaspada terhadap gangguan dan rakan yang mempunyai sifat khianat.

16. Mimpi membasuh wajah anda sendiri

Ertinya: Anda akan memperoleh masa depan yang lebih baik dalam kehidupan.

17. Mimpi melihat wajah anda merah padam

Ertinya: Anda sedang jatuh cinta, akan tetapi belum dapat diungkapkan pada orang tersebut.

18. Mimpi melihat wajah orang lain merah padam

Ertinya: Ada orang yang menyimpan perasaan cinta terhadap anda dan ia akan segera menyatakan cintanya tersebut.

19. Mimpi tiba-tiba janggut anda sangat panjang

Ertinya: Anda akan menjadi orang yang dapat mengharungi beberapa peristiwa dalam hidup.

Anda akan dikurniakan kekuatan dalam menjalankan semua tugas, baik dalam keluarga mahupun tempat kerja.

20. Mimpi menyaksikan muka anda sedang bergerak-gerak atau geleng-geleng sendiri

Ertinya: Anda akan mengalami kesusahan dalam memperoleh rezeki. Oleh kerana itu, hendaknya anda banyak berdoa agar cepat mendapat rezeki.

21. Mimpi mempunyai janggut, padahal sebelumnya tiada ataupun tidak selebat dalam mimpi

Ertinya: Anda akan dikurniakan kesihatan yang sangat baik.

22. Mimpi memotong janggut

Ertinya: Anda akan mengalami beberapa kerugian dalam perbuatan yang sedang anda lakukan. Oleh kerana itu, bersikaplah lebih cermat dan berwaspada.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, December 17, 2018

Maksud Mimpi Melihat Emas Dan Perak

Maksud Mimpi Melihat Emas Dan Perak

Emas adalah impian ramai orang sejak dahulu kala kerana ia mampu menjadikan seseorang hidup kaya dan senang. Tetapi, bagaimana jika anda bermimpi melihat emas? Apa maksudnya dalam kehidupan sebenar?

Mimpi Melihat Emas

Mari kita lihat penjelasan dan tafsirnya dibawah.

EMAS

1. Mimpi memperolehi emas ertinya akan mendapat susah atau sesuatu yang tidak disukai atau wangnya hilang atau dimarahi penguasa. Jika mempunyai pekerjaan, bererti dipecat daripada pekerjaannya.

2. Mimpi mendapat emas yang digunakan sebagai bekas (tempat menyimpan sesuatu) bererti mendapat susah.

3. Mimpi melihat emas bererti hutang dan susah bagi orang lelaki, tetapi baik bagi orang perempuan.

4. Menurut Abu Said al-Waidh, emas mempunyai erti yang kurang baik. Ini kerana ia dilihat daripada nama emas dalam bahasa Arab yang di sebut “zahab”, ertinya ‘pergi’. Kemudian, warnanya juga kuning yang menunjukkan sakit atau susah.

WANG EMAS

1. Mimpi melihat wang emas di tangannya bererti mendengar ucapan yang tidak baik, yang menyebabkan kesakitan. Jika bilangan emas itu diketahui, maka susahnya sedikit sahaja.

2. Jika hitungan emas itu ada lima, bererti mengerjakan sesuatu yang diterima. Jika mempunyai wang emas yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil, bererti rumah kecil yang baik.

3. Mimpi memberi sekeping wang emas kepada seseorang atau hilang sekeping wang emas, bererti ilmunya hilang.

4. Mimpi menemui satu wang emas, bererti kesusahan di sebabkan oleh orang tua. Jika wang emas itu banyak, bererti rezeki yang diperolehi dengan susah payah.

5. Mimpi melihat banyak emas, bererti amanat daripada Allah SWT. Firman-Nya dalam surah Aali-Imran 3:75 yang bermaksud, “Ada orang yang jika engkau percaya dengan harta yang banyak, pasti akan diberikannya kepadamu.”

6. Mimpi di tangannya ada lima keping wang emas, bererti menunaikan solat lima waktu. Jika wang itu hilang, ertinya juga demikian. Jika hilang dua keping, bererti meninggalkan dua waktu solat.

7. Melihat wang emas yang tidak mempunyai lukisannya, bererti agama atau jalan yang lurus. Wang emas yang mempunyai gambar bererti sebaliknya.

8. Mimpi menemui wang emas, sebelah muka ada tulisan nama Allah SWT dan sebelah muka yang satu lagi mempunyai gambar, jika yang bermimpi orang Islam, bererti kafir.

9. Mimpi menemui, diberi atau memberikan empat keping wang emas, bererti memperolehi kedudukan dan kemuliaan serta martabat daripada seorang wanita. Bahkan, kadang-kala menemui perkara yang sama dalam keadaan jaga.

10. Mimpi ada orang memberikan banyak wang emas, bererti orang itu zalim. Jika dia memberikan orang beberapa keping wang emas, bererti dia orang zalim.

11. Mimpi memperolehi beberapa wang emas di dalam debu atau diambil dengan tangannya kemudian hancur, bererti mendapat kesusahan kerana orang tua perempuan (ibu) kemudian kesusahan itu hilang.

12. Mimpi melihat emas, bererti orang yang soleh. Jika orang yang tidak baik, bererti berkhianat dalam soal harta.

Firman Allah SWT dalam surah Ali-Imran 3:75 yang bermaksud, “Sebahagian daripada mereka ada orang yang jika engkau percaya dengan satu wang dinar, maka tidak disampaikannya kepadamu, kecuali selama engkau berdiri di atasnya (menuntutnya).”

13. Mimpi ada mayat memberikan wang emas, bererti selamat daripada penganiayaan. Jika diberi tetapi tidak mahu menerima, bererti harus berhati-hati terhadap penganiayaan ke atas dirinya.

14. Mimpi memberikan beberapa wang emas kepada orang, bererti hilang kesusahannya.

15. Melihat wang emas di kepala seorang wanita, bererti perhiasan bagi wanita.

PERAK

1. Mimpi melihat perak, bererti kegembiraan atau kadang-kala bererti kesedihan.

2. Perak yang tulen atau utuh bererti berita yang benar. Jika perak pecah bererti berita bohong dan pertengkaran.

3. Mimpi menemui sepotong perak yang dihancurkan atau dia memberikannya kepada orang, bererti dia mengahwini orang di tempat itu.

4. Mimpi masuk ke dalam besi perak, bererti isteri menipunya.

5. Mimpi menemui perak yang banyak, bererti mendapat peti simpanan.

6. Wang perak dalam mimpi mempunyai pelbagai maksud, sesuai dengan pelbagai jenisnya. Ini kerana kebanyakan orang yang menemui wang perak dalam mimpi, dia akan menemuinya ketika terjaga sama seperti yang dilihatnya dalam mimpi.

7. Mimpi mendapat beberapa wang perak, bererti mendengar pembicaraan yang baik atau mengesakan Allah SWT, terutama jika wang perak itu berwarna putih lagi indah.

8. Mimpi melihat wang perak berwarna hitam dan mempunyai gambarnya, bererti pertengkaran dan peperangan.

9. Mimpi diberikan wang perak di dalam uncang atau dompet, bererti ada orang yang berbicara dengannya tentang sesuatu yang dirahsiakan lalu dia menyimpan rahsia itu.

10. Wang perak yang kecil bererti anak kecil.

11. Mimpi kehilangan wang perak kecil, bererti mendapat susah dan kesulitan disebabkan oleh anak kecil. Jika wang itu ditemui semula, bererti kesusahan itu akan hilang, jika tidak dijumpai, bererti anak itu meninggal dunia.

12. Wang perak yang telah dicampur, bererti gosip atau fitnah.

TAFSIR LAIN TENTANG MIMPI EMAS

1. Mimpi melihat emas ertinya ada kesempatan atau peluang yang baik untuk anda.

2. Mimpi memiliki emas meramalkan anda akan menjadi sukses dalam apa pun usaha yang dilakukan saat ini.

3. Mimpi menemui emas atau harta karun emas, ertinya mendapat keuntungan besar.

4. Jika mimpi menemui emas atau harta karun emas namun menyembuyikan kembali harta tersebut, ertinya akan beruntung namun tidak disukai kerana tamak.

5. Mimpi mengubur emas (bukan emas yang ditemui) ertinya akan mendapat pertolongan yang tidak disangka-sangka.

6. Mimpi membeli emas maknanya akan mendapat pasangan hidup yang kaya raya.

7. Mimpi diberikan hadiah emas atau mendapat warisan emas ertinya akan mengalami hidup yang mudah dan menyenangkan.

8. Mimpi dititipkan emas untuk dijaga ertinya mendapat kehormatan.

9. Mimpi menyimpan emas ertinya akan dibebankan tanggung jawab besar yang imbalannya besar pula.

10. Mimpi kehilangan emas ertinya mengalami ketidakberuntungan.

11. Mimpi emas dirompak ertinya anda tidak disukai orang lain.

12. Mimpi merompak emas orang lain ertinya ada orang tertentu yang anda tidak sukai.

13. Mimpi menjual emas ertinya anda akan kehilangan peluang dalam hidup kerana lalai.

14. Mimpi bekerja di kedai emas tafsirnya adalah anda berusaha merebut hak orang lain.

15. Mimpi wang emas berjatuhan dari langit ertinya sama dengan hujan wang.

16. Mimpi melihat emas ditutup dengan lumpur atau tersembunyi di suatu tempat bererti kegagalan.

17. Mimpi emas yang disimpan di suatu tempat atau ditempatkan dalam beg tanpa melihat warnanya bererti mimpi yang baik dan harus mengharapkan keuntungan, asalkan kamu adalah orang yang saleh.

18. Erti mimpi mengenakan gelang emas bererti akan dapat mewarisi kekayaan.

19. Erti mimpi memakai dua gelang emas atau cincin bererti masalah yang timbul akibat perbuatan sendiri.

20. Erti mimpi mengenakan gelang emas atau perak bererti akan mengalami rasa takut atau masuk penjara. Dalam keadaan apa pun, gelang untuk lelaki, rantai dan segala macam perhiasan untuk mereka bermakna buruk atau menyimpan kalung, cincin dan anting-anting maknanya sama saja.

21. Erti mimpi mengenakan kalung emas bererti akan dipercayakan dengan beberapa tugas yang tinggi atau diberikan suatu negara atau bandar untuk kamu memerintah disana.

22. Erti mimpi memakai anting-anting emas bagi lelaki bererti anda adalah seorang penyanyi yang baik.

23. Erti mimpi menerima sebuah cincin emas, cincin khas bererti melemahnya keyakinan agama, kecuali ada sesuatu yang diukir di atasnya.

24. Erti mimpi menerima sebuah cincin emas yang tidak terlihat seperti cincin dan dengan apa-apa diukir di atasnya: bererti akan kehilangan beberapa rasa memiliki atau akan membangkitkan murka dan kemarahan.

25. Erti mimpi melihat salah satu rumah yang terbuat dari atau dilapisi dengan emas bererti rumah akan terbakar.

26. Erti mimpi melihat satu tangan terbuat dari emas bererti tangan akan lumpuh.

27. Erti mimpi memberikan sepotong emas besar bererti akan menjadi penguasa atau tanggungjawab akan ditingkatkan.

28. Mimpi memakai gelang emas dalam mimpi bererti menerima warisan.

29. Memakai perhiasan emas dalam mimpi bererti pernikahan dengan orang yang tidak serasi.

30. Mimpi mengenakan kalung emas, atau kalung perak atau kalung bertatahkan permata dalam mimpi bererti bahawa anda akan menjadi seorang pemimpin atau mendapat kepercayaan.

31. Jika seseorang melihat emas berubah menjadi perak dalam mimpi, itu bererti penurunan nilai atau keadaan yang berubah dalam hubungannya dengan wanita, anak-anak atau harta.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Thursday, December 13, 2018

Maksud Mimpi Melihat Katil

Maksud Mimpi Melihat Katil

Ada yang mengatakan bahawa mimpi yang berkaitan dengan melihat katil biasanya ada hubungan tentang perasaan emosi seseorang.

Mimpi Melihat Katil
Gambar hiasan.

Namun, kejadian dalam mimpi yang dialami membuatkan erti dan maksud mimpinya berbeza bergantung siapa yang memimpikannya.

TAFSIR MIMPI JIKA ANDA SEORANG LELAKI

Lelaki Yang Sudah Berkahwin

Erti mimpinya adalah, seseorang selalu memikirkan tentang apa yang telah anda lakukan padanya, misalnya anda pernah menolongnya namun dia belum sempat membalas pertolongan anda.

Atau mungkin sebaliknya ketika anda melakukan kesalahan terhadap orang itu namun dia tidak sanggup menghukum, menasihati anda.

Lelaki Bujang

Erti mimpinya adalah, keadaan usaha dan kehidupan anda sedang atau akan mengalami masalah, rugi, sepi dan sebagainya.

Remaja Lelaki

Erti mimpinya adalah, kamu akan mendapat sebuah kejadian yang akan membuat kamu ketakutan, mungkin ini ertinya akan ada suasana yang akan membuatkan diri kamu harus lari menyelamatkan diri. Jangan peduli kata orang jika menyebut kamu sebagai pengecut.

TAFSIR MIMPI JIKA ANDA SEORANG WANITA

Wanita Yang Sudah Berkahwin

Terpaksa atau tidak, dalam waktu terdekat ini anda akan melakukan aktiviti yang jarang dilakukan dan cuba dihindari dengan pelbagai alasan.

Dan jika sebelum ini anda terlalu pemalas, maka mulailah bangkit dan jika anda sedang merasa on fire, ada baiknya berhati hati.

Wanita Bujang

Erti mimpinya adalah perjalanan hidup anda akan mengalami perubahan seiring dengan cara atau pola berfikir anda, walaupun konsep yang anda miliki saat ini cukup baik, namun ada baiknya jika melibatkan orang lain yang mungkin akan membantu anda dalam situasi yang tidak dapat dikendalikan.

Mimpi tersebut juga merupakan sebuah petanda akan adanya perubahan emosi dalam kehidupan anda.

Wanita Remaja

Erti mimpinya adalah, ada perkara menyenangkan yang akan anda alami. Ia memberi gambaran tentang kamu dan rakan-rakan, mungkin perkara menyenangkan itu datang dari mereka.

Mimpi katil yang kamu alami ini juga menjelaskan bahawa ada orang menganggap kamu sebagai sombong, mungkin kamu terlalu naif.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

Friday, December 07, 2018

Maksud Mimpi Mengandung

Maksud Mimpi Mengandung

Mimpi mengandung itu tandanya akan beroleh rezeki yang lebih daripada kebiasaan. Anak itu adalah rezeki yang Allah kurniakan, justeru simbolik pada mimpi mengandung juga ertinya kemungkinan akan mendapat rezeki

Mimpi Mengandung
Gambar hiasan.

Disebutkan bahawa, sangat beruntunglah jika ada wanita yang bermimpi mengandung kerana menurut orang tua-tua, itu petanda baik dan membawa kesenangan.

Tetapi, jika seorang lelaki bermimpi dirinya mengandung, ia adalah sesuatu yang pelik dan alamatnya juga membawa maksud yang kurang baik.

Bagi seorang suami bermimpi isterinya mengandung, itu juga dikatakan mimpi yang mendatangkan alamat yang baik.

Tafsir Mimpi Mengandung

Menurut pandangan ahli tafsir mimpi, seorang wanita yang mimpi mengandung tandanya dia akan nendapat wang.

Namun, jika seorang lelaki mimpi dirinya mengandung kemungkinan itu alamat dia akan berhadapan dengan kesulitan. Maka, beringat dan berwaspadalah.

Kebanyakan penafsir mimpi berpendapat mimpi hamil itu secara umumnya baik petandanya yakni kebiasaannya itu petanda akan bertambah harta. Bukankah anak-anak itu adalah ‘harta’ kepada kedua-dua ibubapa.

Ibnu Sirin dalam tafsirnya turut menyebut, seorang suami yang mendapat mimpi isteri sedang hamil mencerminkan bagaimana kedua-duanya sedang menunggu datangnya harta. Pendek kata akan bertambah rezeki.

Moga-moga tafsiran mimpi hamil ini benar-benar menjadi kenyataan buat mereka yang berhajat, Insyaa Allah.

MAKSUD MIMPI MENGANDUNG, PELBAGAI LAGI PANDANGAN

1. Merancang Untuk Hamil dan Bermimpi Sedang Hamil

Dalam kehidupan sebenar saya sedang merancang kehamilan anak kedua. Apakah ada apa-apa hubungannya dengan mimpi mengandung yang saya alami?

Ada perkaitan besar bahawa keinginan dalam dunia sedar terlalu kuat hingga terbawa-bawa dalam alam separuh sedar. Ia sesuatu yang sangat normal dan biasanya memang begitu bagi seorang wanita yang kuat emosinya.

Tambahan lagi sekiranya keinginan untuk hamil itu tidak diluahkan kepada orang lain di dunia sebenar dan sekadar dipendam sendiri maka ia akan terungkap dalam alam mimipi.

Banyakkan berdoa moga-moga Tuhan mengabulkan hajat anda untuk mendapat seorang anak soleh dan solehah dengan selamat dan dipermudahkan segala urusan.

2. Belum Kahwin Tapi Mimpi Mengandung

Apa maknanya jika mimpi mengandung bagi seorang wanita yang belum berkahwin?

Itu tanda akan beroleh rezeki atau impian akan tercapai. Kata orang tua-tua dulu, mimpi mengandung tandanya kita bersangatan menginginkan sesuatu dan kemungkinan ia akan tercapai dalam tempoh terdekat. Banyakkan berdoa dan bersabar.

3. Hamil dan Dapat Anak

Saya mimpi sedang hamil, kemudian melahirkan bayi itu tapi sikit pun tak rasa sakit. Dapat bayi perempuan kembar. Yang peliknya lagi dalam mimpi tu juga bayi tersebut cepat membesar. Dari baby sekejap saja terus jadi macam usia setahun, kemudian terus membesar umpama budak umur 8 tahun. Apa ertinya?

Kata orang tua-tua mimpi hamil tandanya akan dapat rezeki. Mimpi mengandung dan dapat anak maknanya impian akan segera tercapai. Itu satu pendapat.

Pendapat lain pula ada mengatakan mimpi bayi itu boleh jadi petanda baik atau petanda kurang baik. Mimpi bayi katanya ada kaitan dengan gangguan jin.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: tafsirmimpi

Wednesday, November 07, 2018

Maksud Mimpi Bersetubuh

Maksud Mimpi Bersetubuh

Bukan semua mimpi melakukan seks adalah tanda retaknya sesebuah hubungan percintaan atau rumah tangga, tetapi ia lebih menjurus kepada masalah keinginan dan harapan dalam kehidupan kita.

Maksud mimpi bersetubuh
Gambar hiasan.

Berikut adalah maksud mimpi bersetubuh yang mungkin anda telah alami.

1. Mimpi bersetubuh dengan bekas kekasih,suami atau isteri

Bermimpi bersetubuh dengan bekas orang yang di sayangi sebenarnya bukan bermakna anda masih mempunyai peluang dalam memperbaiki hubungan.

Jika anda telahpun berkahwin semula dan mimpi bersetubuh dengan bekas kekasih, itu tandanya anda takut hubungan rumah tangga baru anda mengalami nasib sama dengan yang sebelumnya.

Mimpi ini boleh juga di tafsirkan ada suatu perasaan yang belum sempat anda luahkan kepada bekas isteri, suami atau kekasih anda, seperti permintaan maaf yang ikhlas

2. Mimpi bersetubuh dengan kenalan

Mimpi ini tidak bermakna kenalan baru adalah jodoh anda, hanya mungkin anda terlalu kagum dengan ciri-ciri yang terdapat pada kenalan baru tersebut.

Sikap kagum anda menunjukkan anda ingin memiliki ciri-ciri tersebut, sama ada untuk diri anda sendiri atau kepada pasangan.

3. Mimpi bersetubuh dengan saudara kandung

Mimpi yang dikategorikan mimpi buruk dan menjijikkan ini jarang di alami oleh individu tapi kadang-kadang ia juga berlaku,

Tapi jangan risau, mimpi ini sebenarnya khusus buat orang yang merajuk. Makna mimpi ini adalah menunjukkan bahawa saudara kandung anda merindui dan mahu anda dekat dengannya serta mahu anda meminta maaf padanya atas kesalahan yang telah anda buat.

4. Mimpi bersetubuh dengan lawan sejenis

Mimpi dengan lawan sejenis ”homoseksual, lesbian” adalah berkait rapat dengan keyakinan diri anda.

Bergantung bagaimana mimpi tersebut berlaku, selalunya mimpi hubungan sejenis adalah tentang menerima bahagian tubuh anda yang berasa kurang puas hati biasanya berlaku pada saiz zakar dan payudara.

Akan tetapi, mimpi hubungan sejenis kepada rakan karib boleh di tafsirkan adanya perselisihan antara berdua, boleh juga sebagai adanya sesuatu yang anda miliki terdapat pada rakan anda.

Jangan risau, mimpi ini tidak bermakna anda seorang gay atau lesbian.

5. Mimpi bersetubuh dengan artis

Walaupun anda memintai artis tersebut, hingga terlintas dalam fikiran kotor untuk bersetubuh dengan beliau, mimpi bersetubuh dengan artis sebenarnya lebih dari itu.

Ia lebih kepada keinginan untuk menjadi popular, kaya, sama seperti seorang artis.

Jika anda mengalami mimpi seperti ini jangan berangan nak jadi kekasih artis konon memiliki petanda jodoh kuat dari mimpi.

6. Mimpi bersetubuh dengan bos/ketua

Jenis mimpi ini sama sekali tidak bermakna anda meminati bos atau benar-benar ingin melakukan hubungan seks dengan beliau.

Ia lebih cenderung kepada rasa ingin tahu keperibadian bos dan mahu rapat dengannya, boleh juga situasi di tempat kerja dimana anda merasakan tidak setuju dengan idea bos tapi dipendam kerana takut.

Boleh juga di tafsirkan, anda merasa jauh tertinggal dengan stail idea yang bos anda miliki dan mahu rapat dan disenangi oleh bos dan faktor ini menjurus kepada mimpi bersetubuh.

Mimpi bersetubuh dengan bos juga menandakan, anda baru saja berjaya membangunkan hubungan kerja yang erat dan menikmati interaksi sehari-hari--dalam kehidupan, bos anda termasuk orang yang menyenangkan.

Mungkin juga ini menandakan bahawa bos anda benar-benar menyukai kehadiran anda di tempat kerja.

7. Mimpi bersetubuh di tempat awam

Biasanya mimpi ini akan datang apabila ada ahli keluarga rakan atau tempat sekerja membuat fitnah atau memberikan komen pedas dan mendedahkan keburukan anda kepada umum.

8. Mimpi Kena rogol

Mimpi kena rogol, cabul sebenarnya tidak memberi masalah yang besar yang mungkin anda sangka memudaratkan seperti yang di dakwa sesetengah pihak.

Mimpi ini sebenarnya berlaku apabila anda berasa kehidupan atau keyakinan diri anda terancam.

Tapi, jika anda pernah dirogol sebelum ini dan bermimpi kejadian itu semula, itu memberi makna yang jauh berbeza, sebaiknya anda meminta nasihat pakar berhubung mimpi dirogol.

9. Mimpi curang dengan pasangan

Mimpi curang dengan pasangan sehingga menjurus kepada hubungan seks boleh di sebabkan faktor berikut.
  • Anda terpaksa berkompromi dengan prinsip hidup dan maruah anda.
  • Anda juga telah menemui situasi di mana anda terpaksa menipu dan tidak berlaku jujur kepada pasangan.
  • Cuba meneroka jenis seks yang anda sukai.

10. Mimpi pasangan curang

Mimpi pasangan curang atau bermain kayu tiga hingga melakukan hubungan seks sebenarnya lebih Straight Forward berbanding dengan mimpi curang dengan pasangan.

Mimpi ini akan berlaku apabila anda memiliki perasaan takut ditinggal pasangan, atau apabila pasangan kurang memberikan perhatian pada anda.

Mimpi pasangan curang juga boleh berlaku sekiranya anda risau sama ada pasangan anda beleh diharapkan untuk memikul tanggung jawab di masa hadapan.

11. Mimpi bersetubuh bersama kekasih rakan

Jenis mimpi ini boleh berlaku sekiranya anda mengagumi ciri ciri yang di miliki oleh kekasih rakan anda, jangan risau anda hanya sekadar mengagumi dan ingin sekali memiliki ciri-ciri yang sama.

Mimpi ini juga boleh di tafsirkan bahawa anda ingin memiliki pasangan seperti kekasih rakan anda.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Wednesday, October 03, 2018

Maksud Mimpi Melihat Rumah

Maksud Mimpi Melihat Rumah

Erti bermimpi rumah biasanya mengacu kepada diri anda sendiri, yang menggambarkan fizikal dan juga aspek keperibadian yangmembawa maksud bahawa rumah di dalam mimpi juga merupakan cermin diri sendiri.

Mimpi Melihat Rumah

Struktur bangunan juga merupakan sudut pandang yang telah anda bangunkan melalui hubungan dengan orang di sekitar.

Dalam konteks yang lebih luas, rumah boleh menggambarkan cara anda mengizinkan orang lain masuk ke dalam hidup anda.

Rumah adalah sebuah simbol dan dapat dihubungkan dengan banyak aspek dalam kehidupan.

Jadi, untuk benar-benar mengetahui maksud mimpi rumah, anda harus benar-benar spesifik tentang jenis rumah tersebut dan selain itu, pelbagai ruangan dalam rumah dalam mimpi tersebut juga saling berhubungan.

Berikut adalah beberapa erti mimpi tentang rumah menurut Ibnu Sirin.

Rumah Batu

Mimpi masuk ke dalam rumah yang tidak dikenali, tidak melihat penghuninya, kemudian melihat beberapa orang mati di dalamnya bererti, rumah itu adalah rumah akhirat dan yang masuk ke sana bermaksud telah dekat ajalnya. Mimpi keluar dari rumah tersebut bererti sakit teruk kemudian sembuh.

Mimpi masuk rumah yang sudah dikenali, yang dibuat dari batu-bata dan tanah liat, bererti mencari rezeki halal.

Bila rumahnya dari batu-bata dan kapur bererti mencari rezeki haram. Mimpi keluar dari rumah tersebut bererti bertaubat.

Mimpi atap rumah atau loteng atau temboknya runtuh atau terbakar, bererti tertimpa musibah.

Melihat rumah besar yang longgar, bererti memperoleh kenikmatan yang cukup.

Mimpi pindah rumah yang sudah lama, bererti rezekinya menjadi longgar dan usahanya menjadi lancar.

Mimpi masuk ke rumah yang baru, bila kaya bertambah kaya, bila fakir menjadi kaya.

Dikatakan bahawa di tengah-tengah rumah bererti anak perempuan dan saudara perempuan, maka mimpi tentang rumah bahagian tengah adalah bererti anak perempuan atau saudara perempuan, baik dan buruknya tergantung keadaan pada mimpi.

Mimpi masuk ke dalam rumah dan rumah itu miliknya sendiri bererti dikurniakan anak. Apabila rumah itu luas bererti banyak rezeki dan baik ibadahnya.

Mimpi melihat rumah yang bagus bererti sihat dan selamat serta panjang usia kedua-dua orang tuanya.

Mimpi tentang rumah yang dikenali bangunannya dan berjajar dengan rumah yang lain, bererti mendapat wang sesuai dengan baiknya rumah.

Mimpi melihat rumah dicat putih, di dalam rumah itu terdapat orang sakit, bererti mati.

Mimpi melihat rumah yang tidak dikenali bangunan dan tempatnya, bila rumah itu tidak ada rumah di dekatnya bererti rumah itu adalah akhirat. Bila masuk ke dalam rumah dan keluar lagi, bererti terhindar dari kematian. Bila tidak keluar bererti mati.

Mimpi melihat mahligai bererti kawin dengan seorang wanita yang cantik.

Mimpi rumahnya tidak seperti rumah yang lain bererti memiliki harta kekayaan dan jadi orang terpandang.

Mimpi membina rumah, bererti usaha mencari wang dan keberhasilannya sesuai dengan perolehan pembangunannya itu.

Mimpi keluar dari rumah, tidak berbicara dengan seseorang bererti mati.

Mimpi pancuran air di rumahnya mengalirkan air, bererti penghuni rumah itu menangis atas kematian seseorang yang dihormati di rumah itu.

Basah pada rumah di dalam mimpi bererti kesedihan.

Mimpi rumahnya berupa jalan yang dilalui orang-orang bererti musibah yang besar.

Mimpi melihat rumah yang baru bererti kerabatnya mati.

Mimpi memperluas rumah bererti kesusahan.

Mimpi melihat robohnya rumah imam besar, bererti terjadi perpecahan di kalangan umat Islam.

Runtuhnya tembok rumah, bagaimanapun bentuknya, bererti berita yang mengejutkan.

Kamar (Bilik)

Mimpi berada di kamar, bererti aman dari apa yang dikhuatirkan dan ditakuti.

Mimpi berada di dalam kamar baru, bila miskin bererti kaya, bila berniaga mendapat untung.

Mimpi berada di kamar yang sudah lama, bila miskin bertambah miskin, bila kaya bertambah kaya, bila tekun ibadahnya bererti bertambah bagus ibadahnya.

RUMAH KAYU

Rumah yang sendirian bererti seorang wanita.

Mimpi masuk ke dalam rumah baru, bererti mengahwini wanita lalu mendapat wang dan kaya.

Mimpi masuk rumah yang dijaga dengan baik atau dicat putih, bererti telah dekat ajalnya apabila tidak diketahui pemiliknya.

Mimpi berlari lalu masuk ke dalam rumah kemudian pintunya dikunci dari dalam, bila rumah itu bertemu dengan rumah-rumah yang lain, bererti lepas dari kesusahan. Bila sakit bererti sembuh.

Mimpi rumahnya roboh, bererti menyimpan wangnya.

Mimpi merobohkan rumah orang lain, bererti mendapat wang dari orang lain.

Mimpi tertimpa rumah roboh atau tembok, bererti memperoleh wang yang melimpah.

Mimpi menempati rumah baru, bererti kaya. Bila rumah terdiri dari prak, bererti bertaubat kepada Allah. Bila orang itu kaya maka akan bertambah kekayaannya.

Mimpi rumahnya lebih luas, bererti mendapat kenikmatan dan bertambah rezekinya.

Mimpi rumahnya sendirian bererti tidak baik.

Mimpi menyiram rumahnya dengan air, bererti berbuat sesuatu yang menjadikannya susah dan ini tidak baik ertinya.

Mimpi berada di dalam rumah dan tidak boleh keluar, bererti memperoleh kebajikan dan terpuji akibatnya.

Mimpi diseksa di dalam rumah, bererti memperoleh kehormatan, kebaikan dan kenikmatan.

Mimpi naik ke atas rumah yang tak dikenali, sedang rumah itu tinggi bererti kawin dengan seorang gadis. Bila rumah itu usang, bererti kawin dengan janda.

Mimpi mengangkat dan memindahkan rumah, bererti mengahwini wanita yang perlukan biaya hidup yang tinggi.

Dapur

Adapun dapur bererti usaha mencari nafkah hidup. Dapur mengandung erti penanggungjawabnya dan keadaan keluarganya.

Bila dapur terbuat dari kapur, bererti diantara keluarganya ada yang takbur.

Bila terbuat dari kayu bererti wanita di rumahnya ada yang munafik.

Mimpi tungkunya rosak, bererti hilangnya kenikmatan bagi yang memilikinya.

Rosaknya dapur memasak, bererti meninggal pemiliknya.

Mimpi di rumah penguasa ada dapur roti dan terdapat banyak abu, bererti mengahwini wanita yang tidak punya kebaikan sama sekali.

Atap rumah

Mimpi atap rumahnya roboh, bererti kematian yang empunya rumah atau yang menempati rumah itu.

Mimpi atap rumahnya meneteskan air, bererti warga rumah itu menangisi kematian seseorang, kerana sakitnya.

Mimpi debu pada atap rumahnya hilang, bererti mengalami kemiskinan lalu hilang kenikmatannya.

Mimpi ada beberapa tumbuh-tumbuhan tumbuh di atas atap rumahnya bererti ada beberapa orang yang menipunya.

Mimpi atap rumah pecah-pecah bererti terjadi sesuatu yang tidak disukai.

Runtuhnya atap bererti musibah besar menimpa pemiliknya.

Atap yang terbuat dari kayu, bererti orang yang tinggi martabatnya.

Mimpi masuk ke dalam atap lalu tertutup daripadanya langit, bererti ada pencuri masuk lalu mengambil barang-barangnya.

Loteng

Loteng rumah yang tidak dikenali bererti seorang wanita yang dikenali, kehormatan dan kebesaran.

Mimpi naik ke atas loteng rumahnya yang ditempati, bererti kemuliaan dan martabat tinggi akan diperoleh.

Mimpi ada tumbuhan di bahagian atas loteng bererti kurang baik.

Mimpi ada air mengalir di loteng bererti kesusahan.

Dinding tembok

Dinding tembok di dalam mimpi bererti keadaan orang di dalam dunia.

Mimpi menghilangkan tembok, bererti keadaanya di dunia bagus.

Mimpi merobohkan tembok yang telah lama bererti mendapat wang atau ilmu.

Bila temboknya baru bererti mendapat kesusahan.

Bila tembok itu lemah, bererti keadaan orang itu lemah.

Mimpi berdiri di atas tembok, bererti keadaan orang itu tidak tenang.

Mimpi bergantung di tembok bererti keadaanya berubah dan ekonominya juga berubah.

Mimpi mendirikan tembok besar, bila temboknya tegak dan lurus bererti naik martabatnya.

Mimpi membangun tembok dari kapur (batu-bata) bererti berubah niatnya dan kerosakan dalam agamanya.

Mimpi membangunkan tembok yang rosak bererti sesuatu yang baik kepada orang lain.

Mimpi membiarkan tembok yang telah rosak bererti keadaanya menjadi baik.

Mimpi membuat tembok dari batu dan kapur bererti tertipu di dunia padahal ia mencari kebaikan dan keperluan dunia akhirat.

Mimpi bersandar pada dinding tembok, bererti menyandarkan sesuatu kepada orang lain.

Mimpi menunggang tembok, bererti mencari sesuatu untuk keperluan dunia.

Disebutkan pula bahawa mimpi jatuh tembok, bererti memperoleh peti penyimpanan wang.

Mimpi terjun dari atas tembok, bererti tidak berhasil apa yang dicita-citakan.

Bermimpi tentang rumah juga boleh dihubungkan dengan kesihatan kita, jadi jika anda berlari ke rumah, maka itu boleh menjadi tanda merasa lelah dan letih.

Dalam hal ini, anda mungkin berfikir atas apa yang telah menyebabkan kelelahan anda dan juga mungkin bertanya bila anda akan sembuh.

Sebuah rumah juga merupakan simbol dari kesederhanaan. Cubalah untuk melihat bagaimana bentuk rumah dan kesederhanaan yang telah ditampilkan dalam mimpi anda.

Ketika anda bermimpi rumah, sangat penting untuk menilik kehidupan dan yang perlu anda lakukan adalah mendengarkan intuisi anda ketika menafsirkan mimpi.

p/s: Ini adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: pemimpi