Sunday, December 08, 2019

Khasiat Buah Hawthorn Untuk Kesihatan

Khasiat Buah Hawthorn Untuk Kesihatan

Buah hawthorn memiliki banyak kandungan berkhasiat dan bermanfaat untuk membakar lemak, melancarkan pencernaan usus serta meningkatkan kekebalan tubuh kerana kandungannya yang berkhasiat tinggi.

Buah Hawthorn

Buah hawthorn juga dipercayai dapat membantu melangsingkan badan serta meredakan angina, iaitu rasa ngilu di bahagian dada.

Satu kajian terhadap 60 pesakit angina menunjukkan bahawa, selepas diberi 180mg ekstrak hawthorn atau plasebo setiap hari selama tiga minggu, tahap aliran darah ke jantung mereka kembali normal dan tidak lagi menderita ngilu di dada.

Antara manfaat lain termasuklah menurunkan kolesterol tinggi, mengurangkan perut kembung, menghalang penyerapan lemak pada usus dan menghilangkan (detox) racun berbahaya pada tubuh.

KANDUNGAN KHASIAT HAWTHORN
  • Flavonoids : hyperoside, luteolin-7-glucoside, rutin, quercetin, vitexin dan vitexin rhamnosides.
  • Oligomeric procyanidins and flavans: catechin dan epicatechin polymers.
  • Triterpene derivatives: oleanolic acid dan ursolic acid.
  • Organic acids: citric acid, tartaric acid dan ascorbic acid.
  • Simple phenolics: chlorogenic acid dan caffeic acid.

MERAWAT GASTRIK

Semasa di dalam perut, serat Hawthorn berkembang sehingga 10 kali ganda daripada saiz asal dan bertukar menjadi seperti jeli (agar-agar).

Di peringkat ini Sekem Psyllium memainkankan peranan penting. Ia akan memerangkap segala minyak dan lemak yang ada di dalam perut.

Disamping itu, ia juga membantu mencuci kotoran di dinding perut dan membantu mempercepatkan penyembuhan luka di dalam perut sekiranya ada. Hasilnya, ia membantu merawat penyakit gastrik.

Semasa melalui sistem usus (deodenum, usus kecil dan usus besar), Hawthorn yang telah kembang dan menjadi jeli akan menyental dinding saluran usus dengan membuang lemak, minyak dan kotoran lain yang melekat di dinding usus.

Proses ini selain membantu "Villi", tempat penyerapan zat-zat makanan atau ubatan, menjadi lebih bersih dan bertindak lebih berkesan.

Ia juga akan membantu melicin dan melembutkan saluran usus agar pergerakan peritalsis menjadi lebih kuat.

Menguatkan pergerakan peritalsis ini sangat penting kerana pergerakan sisa makanan di dalam saluran usus bergantung kepada pergerakan ini.

Hasilnya:
  • Zat makanan dapat diserap dengan lebih baik.
  • Memudahkan proses pembuangan air besar.
  • Membantu merawat penyakit buasir.
  • Membantu merawat penyakit usus dan angin.
  • Membantu menyah toksik dalam usus.
  • Membantu mencegah toksik, gas dan bahan kotoran daripada najis masuk kedalam saluran darah.
  • Membantu membersihkan sistem darah.
  • Membantu menguatkan antibodi dalam darah.
  • Membantu melancarkan perjalanan darah.

Peranan buah Hawthorn adalah membantu menghadamkan makanan, melembut dan mengembangkan saluran darah, mengurangkan paras kolestrol (30.8%), melancarkan perjalanan darah (37.5%), meningkatkan imun badan dengan menguatkan antibodi didalam darah.

Ekstrak Buah Hawthorn di peringkat antarabangsa lebih dikenali sebagai herba untuk membantu merawat penyakit jantung, tekanan darah tinggi, lelah, sakit sendi, masalah penghadaman dan masalah kulit.

JANGAN MAKAN BERLEBIHAN

Khasiat Buah Hawthorn

Sebagai peringatan, Hawthorn berry tidak digalakkan untuk wanita mengandung dan ibu yang menyusu.

Jadi, berapa buah hawthorn boleh dimakan dalam sehari?

Tidak lebih dari 150 gram, kerana ia boleh menyebabkan penurunan tekanan darah dan menurunkan kadar degupan jantung.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, May 17, 2019

5 Makanan Sunnah Kesukaan Nabi SAW

5 Makanan Sunnah Kesukaan Nabi SAW

Adalah menjadi satu kepentingan bagi seseorang itu tahu dan cakna akan kelebihan disebalik makanan Sunnah Nabi Muhammad SAW kerana ianya bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh badan dari segi fizikal tetapi juga baik untuk organ dalaman seperti membantu melancarkan penghadaman makanan dan pelancaran peredaran darah.

5 Makanan Sunnah

Disamping itu, setiap makanan Sunnah tersebut ada kelebihannya tersendiri.

1. Buah kurma/tamar

Kurma dapat membantu pelancaran proses peredaran darah, mencegah serangan stroke, baik untuk ibu yang hamil dan bersalin.

Seperti yang dinyatakan di dalam ayat al-Qur’an tentang kelebihan buah kurma, yang dialami oleh Sayyidatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam.

Firman Allah SWT yang maksudnya, “Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak." (Surah Maryam: 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah SAW bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf antarabangsa.

Selain itu juga, diriwayat oleh Aishah r.a. yang menjelaskan, kurma mengandungi ubat.

“Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan."

Bahkan, buah kurma juga mampu menghindarkan seseorang itu daripada gangguan syaitan, sihir dan yang seumpama dengannya.

Sebagaimana Rasulullah SAW telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud, ”Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda, “Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu."

Kajian Dan Penemuan Sains Perubatan

Berdasarkan pada ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasul, para saintis giat mengkaji mengenai khasiat kurma.

Mengikut kajian Dr. Mahmud Nazim Al-Nasimy dalam buku Tempoh mengandung dari segi perubatan, fiqhiyah dan perundangan, hasil kajiannya menunjukkan jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan lagi urat-urat rahim pada bulan-bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.

Jus kurma juga dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan organ rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

Manakala hasil kajian Profesor Madya Aisyah Mohd Zain, Pensyarah Fakulti Sains dan Bioteknologi Universiti Putra Malaysia, menunjukkan bahawa jus kurma membantu mencegah daripada sembelit, lemah otot, sengal-sengal badan, lesu dan barah usus besar.

Selain itu, kurma membantu merangsang selera makan, menguatkan ingatan dan melawaskan. Disamping menambahkan tenaga seksual, kurma juga boleh digunakan sebagai pencuci mulut.

Ini adalah antara kajian sains yang telah dibuat berdasarkan perincian kelebihan buah kurma.

2. Buah kismis

Sebagaimana kurma, kismis juga ada kelebihannya tersendiri. Ia adalah “manisan” asli ciptaan Allah SWT.

Kismis adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini, tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam.

Disamping membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6, kismis juga mengandungi zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan.

Kismis merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan).

Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadam dengan cepat untuk tenaga segera.

Sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."

Di tambah lagi, "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian."

Kelebihan Kismis Yang Dikenal pasti:
  • Membantu meningkatkan memori dan hafalan, memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan.
  • Kismis juga dapat membantu melawaskan pembuangan air besar, melindungi hati, memperbaiki ton dan keanjalan kulit, melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi bagi kanak-kanak.
  • Selain itu, kismis membantu menguatkan hafalan, menajamkan mata, minda dan menambah fahaman serta minat belajar khususnya bagi pelajar.
  • Secara umumnya, kismis membantu memulihkan keletihan saraf, membantu mengurangkan stres, merawat penyakit histeria, penyakit anemia, merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya.

Jika hendak dijelaskan satu persatu, amatlah banyak kelebihan setiap satu makanan Sunnah Rasulullah SAW yang boleh diamalkan dalam pemakanan sehari-hari.

Kajian Pakar Terhadap Kismis

Menurut Pakar Pembangunan Kanak-Kanak di sebuah hospital tempatan, Ruth Liew, ramai yang semakin lupa bahawa, kismis mempunyai kandungan gula daripada buah yang asli yang mampu memberi tenaga yang konsisten kepada kanak-kanak.

“Memang gula-gula mampu memberi tenaga yang lebih, tetapi ia akan menyebabkan kanak-kanak menjadi hiper dan menjadi lemah apabila kandungan gula itu mula merosot.

"Berlainan dengan kismis, kerana kanak-kanak akan mendapat tenaga yang seimbang dan menyihatkan badan."

Kismis adalah salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak.

Justeru, kita perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanyalah bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan, majlis keramaian tertentu atau dimasukkan ke dalam roti atau kek.

3. Buah tin

Fakta sains menjelaskan bahawa buah tin dari jenis (Carica Ficus), di Maroko dan negara-negara Afrika Utara lainnya, buah ini dikenal dengan sebutan “karmouss” dan kerana banyak tersebar di pesisir Laut Tengah, maka buah Tin banyak sekali disebutkan dalam catatan sejarah kuno dan sebagaimana juga disebutkan pada kitab-kitab samawi.

Fakta Sains Dan Hadis

Dalam fakta sains moden menjelaskan bahawa cairan tin yang dicampurkan pada banyak ramuan-ramuan perubatan memiliki khasiat yang tinggi.

Oleh kerana itu, nabi Muhammad SAW menyatakan bahawa buah Tin ini dalam salah satu sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Darda, bahawasanya telah dihidangkan kepada nabi sebuah menu dari buah tin, maka nabi mengajak sahabat-sahabatnya menyantapnya bersama, beliau lalu bersabda, “Jika aku mengatakan ada buah yang turun dari langit, maka buah inilah (menunjukkan buah tin)."

Ibn Alqayyim dalam bukunya “ath-Thib Annabawi” mengulas riwayat hadis diatas, “Pada zaman dahulu, buah tin telah banyak digunakan untuk kepentingan perubatan, tokoh-tokoh perubatan awal seperti Ibnu Sina telah banyak mengetahui buah tin mempunyai banyak faedah dalam bidang perubatan.”

Kelebihan Buah Tin

Melalui perubatan tradisional pada dekad terakhir ini juga telah mengenal pasti kemujaraban buah tin, dimana dianggap secara perubatan menyembuhkan pelbagai penyakit seperti merawat luka, selsema burung, luka terbakar dan banyak lagi.

Disamping itu, buah tin juga kaya dengan vitamin A dan B serta vitamin C dan mengandungi Kalsium, fosfor dan zat besi yang membantu pertumbuhan badan dan mengawal tekanan darah.

Selain itu, kandungan buah tin juga kaya dengan serat, kalium dan magnesium yang dapat mengurangkan serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi serta mampu mengurangkan berat badan yang sangat sesuai mengatasi masalah berat badan.

Dengan lebih jelas, di dalam kitab Tafsir al Munir tulisan Dr Wahbah az Zuhaili; seorang tokoh ulama di bumi Syam as Syarif, mentafsir surah at Tin yang mana penulis ada menyatakan bahawa buah tin ini mempunyai 1001 rahsia penyembuhan.

Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah:
  • Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak.
  • Mengurangkan kepanasan badan ketika demam.
  • Memecahkan batu karang di dalam badan.
  • Menyegarkan badan yang lesu.
  • Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan.
  • Rawatan buasir.
  • Meredakan sakit kulit seperti ruam, panau dan lain-lain.
  • Rawatan penyakit GOUT.

Allah SWT menyebutkan buah tin dalam surah at-Tin yang merupakan satu-satunya surah yang mengambil nama tumbuhan, berbeza dengan surah yang bertema binatang yang banyak menjadi judul surah-surah al-Qur’an seperti: (Al-Baqarah = Sapi betina, an-Naml = semut, an-Nahl = lebah, al-’Ankabuut = labah-labah dan al-Fiil = gajah).

Dari keterangan diatas menegaskan bahawa tin merupakan buah yang sangat berkhasiat, memiliki kegunaan perubatan yang sangat banyak.

Menurut Ibn al-Qayyim al-Jouzi, “Mengingat tin tidak terdapat didaratan Hijaz dan kota Madinah, serta langkah penyebutannya dalam sunnah, kerana buah tin memang tidak serasi dengan kurma. Akan tetapi, Allah Bersumpah di dalam al-Qur’an demi tin kerana manfaat dan kegunaannya yang sangat banyak itu.”

Maka Ibn al-Qayyim membuat kesimpulan bahawa yang dimaksudkan ayat sumpah adalah buah tin yang telah dikenali itu.

4. Madu

Madu asli mengandungi enzim-enzim yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima.

Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti.

Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal.

Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia dan hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri.

Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran, “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir.” – Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.

Demikianlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT yang memberikan segala rahmat-Nya kepada semua manusia di muka bumi ini mengenai khasiat madu yang diperoleh dari lebah.

Sesungguhnya, firman Allah itu telah dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang berkali-kali menyatakan bahawa madu adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan dan membawa banyak khasiat lain.

Sabda Rasulullah S.A.W:

“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit."

“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu."

“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapatmengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada."

"Allah SWT telah meletakkan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi."

Tambahan lagi, madu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit ringan dan berat seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, demam, melancarkan peredaran darah, menurunkan suhu badan dan banyak lagi.

Malah, Ibnu Sina sendiri mengamalkan meminum madu yang dikatakan memberikan padanya umur yang agak panjang dan awet muda sehingga ke akhir hayat.

Namun, agak menyedihkan apabila ramai dikalangan kita yang lebih berminat untuk mengambil minuman gas ciptaan barat atau berkafien tinggi meskipun dibuktikan secara saintifik sebagai berbahaya kepada kesihatan manusia.

Firman Allah dalam surah an-Nahl;

“Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalanTuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” (Surah An-NAhl: 69)

Rasulullah SAW bersabda, “Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dari ayat Al-Qur'an dan hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat.

Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.

Mereka yang mengetahui khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.

Khasiat Madu Yang Terbukti

Madu mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan, hemoglobin serta dapat mencegah anemia dan jika dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat penyakit sendi.

Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan, dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer, sumber laxative yang natural dan lembut.

Madu juga merupakan sumber utama vitamin dan mineral yang kaya, sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan.

Selain itu juga, madu mampu memulihkan kekuatan tubuh, membersih dan menambah darah.

Madu juga baik untuk pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental, menyembuh dengan segera cirit-birit, mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

Secara umumnya, madu membantu menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.

Selain membantu menyembuhkan penyakit, madu juga membantu mengurangkan kesakitan bagi golongan wanita yang didatangi haid dan baik untuk perempuan mengandung serta bersalin.

5. Delima

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, “Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima.” [Surah al Rahman ayat 68].

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayat-Nya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buah daripada syurga.

Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhluk-Nya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus, manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja di dalamnya.

Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

Justeru, ia digelar ’superfruit’ yang mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk dan selain itu, delima juga boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus.

Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular, juga boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyanyuk atau penyakit Alzheimer.

Beberapa kajian lain menunjukan khasiat buah delima boleh mengurangkan pembentukan plak gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Dalam sebuah hadis Mauquf dan Marfu’, Rasulullah SAW bersabda bahawa Buah Delima termasuk buah syurga.

“Tak satupun buah delima yang kalian tanam, melainkan ia dibuahi dengan biji buah delima syurga."

Harb dan lainnya meriwayatkan juga dari Ali bin Abi Thalib bahawa Rasulullah bersabda yang ertinya, “Makanlah Buah Delima beserta minyak dan atau lemaknya kerana ia dapat mengaktifkan pencernaan.” (HR. Imam Ahmad).

Ibnu Qayyim dalam Buku At Tibb An Nabawi, berkata tentang buah delima, “Sesungguhnya buah delima itu sangat baik untuk perut kerana dapat menguatkannya."

Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru-paru kerana ia akan melegakan batuk.

Sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu’aim yang bermaksud, “Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman."

Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima disarankan kepada mereka yang menghidap demam.

Buah Delima juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis.

Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot yang mampu menghilangkan keletihan.

Maka disini kita dapat lihat bahawa setiap makanan Sunnah Rasulullah SAW itu memiliki kelebihan dan rahsianya yang tersendiri untuk kebaikan dan kesihatan tubuh badan manusia.

Selaras dengan Firman Allah SWT dan Hadis Nabi SAW di atas yang menjelaskan peranan dan kepentingan buah atau makanan tersebut, banyak lagi makanan sunnah yang mempunyai kelebihan yang tidak kita ketahui secara terperinci.

Oleh itu, marilah kita melatih diri untuk mengamalkan pengambilan makanan Sunnah Rasulullah SAW yang memberi kesan positif untuk tubuh badan serta minda kita dalam menjalani kehidupan seharian.

Seperti kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, February 25, 2019

Khasiat Teh Yerba Mate Tinggi Anti-oksidan

Khasiat Teh Yerba Mate Tinggi Anti-oksidan

Teh Hijau Argentina juga disebut sebagai Yerba Mate dengan nama saintifiknya Liex paraguariensis, berasal dari Amerika Selatan dan daunnya telah dijadikan minuman dan ubat tradisional sejak dahulu kala kerana kandungan khasiatnya yang menakjubkan.

Teh Yerba Mate

Teh ini mengandungi pelbagai vitamin yang diperlukan oleh manusia seperti zat mineral, Lemak Asid, klorofil, Polyphenol, Asid Pantothenik dan 15 jenis Asid Amino.

Yerba Mate bukan sebarangan teh seperti yang anda minum di mana-mana restoran, dan ia memang ajaib kerana boleh membantu merawat pelbagai penyakit manusia terutama mencuci segala racun dan mengurangkan keasidan (rasa masam) dalam tubuh manusia.

KEBAIKAN MINUMAN TEA HIJAU ARGENTINA

Tea Hijau Argentina Yerba Mate ini jika diamalkan boleh membantu merawat penyakit.

1. Menguatkan ketahanan tubuh untuk malawan penyakit.

2. Membersihkan darah yang kotor.

3. Menghilangkan/menghancurkan batu karang di buah pinggang.

4. Menurunkan kadar gula/ kencing manis.

5. Membuang kolesterol berlebihan.

6. Membuang segala racun dalam darah.

7. Membuang segla Urik asid yang menyebabkan Gout/sakit sendi.

8. Anti barah/anti kanser kerana mengandungi Polyphenol.

9. Deuritik/melancar pembuangan air kencing.

10. Membantu menguatkan otot jantung.

11. Membantu melegakan insomnia (susah hendak tidur).

12. Mempercepat pengoksidaan lemak/pembakaran lemak.

13. Mengurangkan berat badan berlebihan.

Sebagai kesimpulannya Tea Yerba Mate berfungsi mencuci segala kotoran dan racun dalam darah/buah pinggang dan tubuh manusia serta mencuci usus dari racun.

CARA PENGGUNAAN

Ambil seuncang teh, masukkan ke dalam jug, bekas air dan tuang air suam atau air panas sebanyak 4 gelas.

Minumlah sekeluarga tanpa sebarang pantang larang. Hampas teh boleh diminum atau dijadikan mask bagi menghilangkan jerawat atau menghaluskan muka.

ASAL-USUL YERBA MATE

MATE' atau Ilex paraguariensis merupakan sejenis tumbuhan di bawah keluarga AQUIFOLACEAE yang terdapat di benua Amerika Selatan yang daunnya digunakan sebagai bahan minuman teh semenjak dahulu kala oleh orang-orang tempatan sebelum di jadikan komoditi bahan minuman oleh orang Eropah.

Tumbuhan yang berasal dari Selatan Brazil, Paraguay, Uruguay, Bolivia dan Argentina ini mungkin tidak diketahui ramai di Malaysia.

Tumbuhan Mate ini lebih di kenali secara komersial dengan nama 'Yerba Mate' oleh orang Sepanyol dan 'Erva Mate' oleh orang Portugis.

Ciri-ciri pokok

Tumbuhan Yerba mate' merupakan jenis pokok rendah atau juga boleh dikatakan sebagai pokok renek (shrubs) yang mampu mencapai ketinggian sehingga 6 meter.

Tumbuhan ini mempunyai daun berwarna hijau yang berukuran 7-11 cm panjang dan 3-5 cm lebar dengan urat daun yang sangat ketara.

Bahagian daun ini merupakan bahagian penting yang digunakan sebagai 'teh' kerana mengandungi kafien (Caffiene)

untuk kegunaan sebagai perisa minuman semenjak dulukala oleh orang-orang tempatan di Benua Amerika Selatan.

Batang tumbuhan ini adalah pokok berkayu yang mempunyai banyak cabang dan warna kulit kayu coklat gelap kehitaman.

Akar pokok merupakan akar tunjang yang masuk agak dalam tanah (Deep rooted tree).

Bunga pokok Mate' ini berbentuk jambak berwarna kuning keputihan dengan 4 kelopak dan banyak stamen ditengahnya.

Buah berbentuk bulat seperti buah cherry berwarna hijau ketika muda dan bertukar merah apabila masak. Setiap buah mengandungi sebiji benih sahaja.

Pada asalnya tumbuhan ini hanya tumbuh liar sahaja dan daun dikutip setiap 3-4 tahun sekali untuk di proses dijadikan teh secara tradisional.

Keseluruhan dahan serta daun di potong dan di keringkan dengan menyusun dekat dengan api sehingga kering (Toasted).

Daun Mate yang telah kering ini akan dikumpulkan dan disimpan untuk beberapa lama bagi menghasilkan aroma yang dikehendakki.

Setelah kering daun ini akan dikisar secara manual dan digunakan sebagai bahan perasa seperti minuman teh oleh penduduk tempatan secara tradisional.

Lazimnya dengan cara ini kandungan caffien dalam daun tinggal 2 % sahaja dengan aroma yang menyelerakan dan agak pahit sedikit.

Kini industi minuman ini telah dimodenkan oleh penjajah Eropah dengan menggunakan Teknik 'Infusion' bagi meningkatkan lagi kualiti produk tersebut.

Kaedah yang digunakan ialah dengan mengukus (steming) daun Mate' dengan suhu panas dalam bekas atau alat khas yang dipanggil sebagai 'Guampa' oleh orang Sepanyol, 'Zucca' oleh orang Itali dan 'Cabaca' oleh orang Portugis.

Mate sedap diminum dengan air panas untuk mendapatkan rasa dan aroma yang optima. Minuman ini juga boleh di minum dengan ais jika berminat tetapi rasa pahit yang ada tetap ada.

Terdapat juga peminat yang mencampurkan dengan beberapa perisa lain seperti perasa 'papermints' bagi menambahkan kelazatan minuman ini.

Pada masa kini Mate telah dikomersilkan dengan menanam secara komersial di beberapa negara seperti Uruguay, Paraguay, Peru, Chile, Brazil dan Argentina dan banyak digunakan oleh negera Meditrenean seperti Syria, Lebanon dan Jordan.

Rakyat dinegara Arab mengemari minuman ini kerana kandungan kafien dan tidak memabukkan seperti minuman dari pokok Cola (Cola acuminata).

Pengeluar utama

Pada masa ini 62% pengeluaran Yerba mate dari Argentina diikuti dengan Brazil (34%) dan Paraguay (4%) dengan penghasilan sebanyak 33,700 mt pada tahun 2009. Daripada jumlah tersebut sebanyak 34% di ekspot ke Syria.

Pengeluaran produk ini dijangka meningkat berkali ganda dengan kadar permintaan yang tinggi dari negara-negara timur tengah.

Malaysia mungkin berpeluang mengusahakan tanaman ini jika ada usaha untuk memajukan sebagai salah satu daripada tanaman minuman yang berkhasiat pada masa akan datang.

Kajian menunjukkan beberapa 3 unsur penting iaitu Xanthines iaitu Caffiene,

Theobromines dan Theophyllines. caffiene adalah paling utama dengan 0.7-1.7% kandungan berat kering lebih tinggi berbanding dengan Daun Teh (Camellia sinensi) cuma mengandungi 0.4-9.0% sahaja.

Kandungan caffein dalam kopi (Coffea spp) adalah sebanyak 3.2% berat kering sementara sebanyak 2.5-7.6% berat kering didalam bahan Guarana (paling tinggi).

Bahan Xanthines ini dipercayai dapat berfungsi sebagai bahan yang merehatkan tisu otot dalam badan manusia (relaxation effects) apabila diminum dan memudahkan kita berehat.

Anti-oksidan

Kajian lanjut menunjukan bahan Yerba mate ini mengandungi Anti-oksidan yang tinggi dan mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah.

Kesan terhadap serangan penyakit jantung juga di dapati berkesan kerana pengambilan minuman ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: 1 | 2

10 Superfood Yang Anda Patut Makan Setiap Hari Untuk Menjaga Kesihatan Mata

10 Superfood Yang Anda Patut Makan Setiap Hari Untuk Menjaga Kesihatan Mata

Menurut Shania Khialani, seorang pakar nutrisi dan diet dari Pusat Dietitians Marie-Claire O Shea di Australia, ada banyak kajian yang telah dibuat tentang fungsi vitamin A dan kaitannya dengan mata dan ternyata, kita boleh memperbaiki kesihatan mata dengan mengambil beberapa jenis makanan, terutamanya yang tinggi kandungan Vitamin A.

Makanan superfood untuk mata

Shania menjelaskan bahawa satu kajian pada tahun 2011 yang dijalankan oleh Universiti Oxford telah membuktikan kaitan antara Vitamin A dengan pengurangan masalah mata.

Antara masalah penglihatan yang dapat dikurangkan jika kita mengambil banyak Vitamin A adalah seperti rabun malam dan xerophthalmia (satu keadaan di mana mata kita gagal menghasilkan air mata).

Jadi, sebagai seorang ibu dan ayah pada hari ini, amatlah wajar untuk anda memberikan makanan superfood yang tinggi kandungan Vitamin A kepada anak anda, supaya tahap penglihatan dan power matanya terjaga, selain untuk amalan orang dewasa.

10 makanan superfood untuk mata

Jika anda perlukan sedikit saranan tentang jenis makanan apa yang anda boleh masukkan dalam diet harian supaya kesihatan mata anda dan keluarga sentiasa terjaga, mari lihat senarai di bawah!

1. Lobak

Sememangnya, lobak adalah antara makanan yang sering dikaitkan dengan penglihatan yang bagus.

Kalau anda nak tahu, sayuran dan buahan berwarna oren dan kuning mempunyai beta karotene yang tinggi. Ia adalah sejenis Vitamin A yang boleh dijumpai dalam tumbuhan yang dapat membantu melindungi mata anda.

Masukkan hirisan lobak dalam hidangan sup ayam, bubur nasi, pasta, atau salad.

2. Sayuran hijau yang berdaun

Sayuran berwarna hijau serta berdaun seperti parsli, bayam dan kale mempunyai kandungan lutein dan zeaxanthin yang tinggi.

Dua bahan ini membantu meningkatkan tahap penglihatan kerana ia menjadi makanan utama karotenoid yang ada pada retina mata manusia.

Malah, ia turut melindungi mata dari pancaran matahari yang berbahaya kerana fungsi antioksidan tinggi yang turut ada pada bahan ini.

Jangan masak sayuran hijau ini terlalu lama kerana khasiatnya akan berkurangan jika terlebih masak.

Celur atau tumis beberapa minit sahaja sebelum menghidangkannya.

3. Salmon

Diet yang tinggi kandungan asid lemak omega 3 juga dikatakan dapat memberikan kesan positif pada retina mata kita.

Kebanyakan minyak ikan seperti salmon sangat kaya dengan asid lemak omega 3, yang membantu retina mengatasi masalah keradangan.

Untuk hidangan yang ringkas dan cepat, anda hanya perlu bakar atau grill salmon dalam periuk pan bersama mentega sehingga keperangan. Ia sangat mudah untuk disediakan.

4. Avokado

Ini lagi satu superfood yang dapat membantu menjaga mata kerana dikatakan mempunyai kandungan lutein yang tinggi berbanding semua sayuran dan buahan lain!

Jika diambil selalu dan dalam jangka masa yang panjang, avokado dapat mencegah risiko katarak dan penyusutan makula.

Lenyekkan avokado dan buat hidangan makanan pejal atau, hiris avokado dan masukkan ke dalam hidangan sandwich supaya kita mendapat bekalan lemak dan Vitamin E yang baik untuk mata!

5. Telur

Ini adalah antara bahan yang mudah untuk dijumpai di dapur kan? Ia memberikan banyak khasiat pada mata dan juga seluruh badan kita, pastikan anda turut memakan bahagian kuning.

Ini kerana, warna kuning itu kaya dengan khasiat dan nutrien. Semakin pekat warna kuning telur itu, semakin berkhasiat dan bagus untuk anda!

Rebus telur dan hancurkan bersama lada hitam dan mayonis. Buat sandwich atau telur separuh masak dan makan bersama roti kaya – yummy!

6. Lada Benggal (Capsicum)

Selalunya, lada benggal atau capsicum, boleh didapati dalam pelbagai warna (seperti warna traffic light!) iaitu merah, kuning dan hijau.

Capsicum mengandungi Vitamin A yang bagus untuk penglihatan dan menjaga mata dari terkena penyakit.

Potong lada benggal kecil-kecil dan tumis. Campurnya dalam hidangan sup atau nasi.

7. Kekacang

Kekacang juga adalah sejenis superfood yang sesuai untuk dimasukkan dalam hidangan untuk menjaga mata.

Antara contoh kekacang yang bagus adalah seperti almond dan kacang gajus kerana ia kaya dengan Vitamin E dan asid lemak omega 3. Ia membantu mengurangkan kekeringan mata.

Jadikan kekacang sebagai snek sementara menunggu waktu hidangan utama. Masukkan juga kacang ini ke dalam hidangan.

8. Blueberry

Ia mengandungi bahan magikal yang dikenali sebagai anthocyanosides, bahan yang selalunya ada pada retina mata kita dan membantu mata untuk penglihatan waktu malam.

Jika diambil selama 2 bulan, anda pasti akan dapat melihat perbezaannya pada penglihatan anda pada waktu malam.

Disebabkan buah blueberry tidaklah mudah untuk diperolehi di kedai runcit atau supermarket, mungkin anda boleh membelinya dalam bentuk kapsul atau pil.

Kandungan yang patut anda ambil setiap hari adalah 600mg.

9. Dark Chocolate

Kalau anda gemar coklat pula, Dark chocolate kaya dengan flavonoid yang dapat membantu melindungi saluran darah dalam mata dan menguatkan lensa serta kornea mata.

Jadikan dark chocolate sebagai snek harian malah, anda turut boleh membuat minuman coklat panas menggunakan dark chocolate.

10. Wolfberry

Ini lagi satu jenis berry dikenali sebagai buah beri Goji, buahan yang kecil, merah dan manis ini kaya dengan tonik yang dapat menjelaskan penglihatan mata.

Ia turut dijadikan sebagai satu bahan remedi bagi masalah mata yang tinggi, mata kering dan penglihatan kabur.

Ia disebabkan oleh kandungan beta karotena, Vitamin B, Vitamin C, serta asid linoleik yang ada di dalam buah beri Goji ini.

Masukkan buah wolfberry ke dalam air lai ci kang bersama dengan longan dan kurma untuk meningkatkan kesihatan mata anda!

Cuma, jangan makan lebih satu biji sekali makan kerana kandungan vitaminnya terlalu tinggi. Anda akan rasa mual dan pening jika overdose. 1 biji pagi dan 1 biji petang.

Jadi, cuba semua cadangan hidangan di atas dan lihat bagaimana ia membantu mengekalkan kesihatan mata anda!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM

Tuesday, October 16, 2018

WheatGrass, Superfood Terbaik Untuk Kesihatan Usus

WheatGrass, Superfood Terbaik Untuk Kesihatan Usus

Rumput gandum atau Wheatgrass ialah tumbuhan gandum biasa dipanggil triticum aestivum, sejenis rumput yang boleh dijadikan jus atau dikisar sebagai serbuk halus hijau yang digunakan bagi mencipta produk pelbagai guna untuk manusia dan haiwan.

Khasiat WheatGrass

Luaran tumbuhan ini tidak ubah seperti rumput di tepi jalan tapi siapa sangka Wheatgrass adalah makanan luar biasa yang mengandungi khasiat mengagumkan untuk kesihatan.

Bukan hanya kandungannya yang sihat, Wheatgrass juga kaya serat yang sangat baik untuk membantu usus melancarkan pencernaan.

Pelbagai kajian sejak beberapa tahun ini mengenai manfaat minuman jus rumput gandum mentah untuk kesihatan termasuk selsema biasa dan batuk, sembelit dan kolitis, penyakit kulit, jangkitan dan radang.

Wheatgrass mengandungi 22 vitamin, 92 mineral dan 8 asid amino. Kebaikannya juga memberi manfaat untuk kesihatan di sebabkan oleh kepekatan klorofil yang tinggi, vitamin A, B12 (complex), B6, C, E, K dan beta karotena.

Wheatgrass atau rumput gandum juga dapat;
  • Membuang toksin dalam badan.
  • Membersihkan kolon (dalam usus).
  • Meningkatkan tenaga.
  • Meningkatkan imun sistem.
  • Membersihkan darah.

Tinggi Khasiat

Mempunyai struktur molekul yang sama kepada hemoglobin (komponen darah) kaya dengan kandungan klorofil.

Mengandungi sumber terbaik kalsium, fosforus, kalium, magnesium, zink, natrium dan asid amino.

Minuman wheatgrass dapat mengurangkan kesan yang telah merosakkan darah setelah membuat kemoterapi.

Perkara ini tidak ramai yang tahu kerana selepas penyelidikan ternyata wheatgrass mempunyai kandungan antioksida yang tinggi.

Melawan Radikal Bebas

Wheatgrass juga mula dikaji untuk penyakit jantung dan kanser kerana pelbagai sifat kesihatan dan kuasa penyembuhannya yang menakjubkan.

Sejak berabad dulu ia sudah dimakan secara mentah oleh orang purba dan nenek moyang kita sudah menyedari manfaatnya sebagai makanan tumbuhan yang padat dengan nutrien.

Anda dinasihatkan supaya memulakan pengambilan rumput gandum secara perlahan-lahan sekiranya ingin menggabungkannya dalam diet harian.

Hanya mengambil satu auns sehari dan secara beransur-ansur kepada dua auns memberi manfaat yang baik untuk kesihatan.

Bagaimanapun, kerana kesan rumput gandum adalah kuat, anda hanya perlukan dua auns sehari untuk menikmati faedahnya, malah paling baik jika ia diambil semasa perut kosong agar dapat diserap dengan lebih baik.

Perlu lebih banyak fakta yang meyakinkan anda untuk bermula mengambil lebih rumput gandum dalam diet harian?

Berikut antara 20 kebaikan serta khasiat Wheatgrass dan sebab pengambilan rumput gandum baik untuk anda:

1. Baik Untuk Darah

Daun hijau rumput gandum mengandungi klorofil yang berfungsi sebagai komponen penting untuk darah.

2. Mudah Dicerna

Tumbuhan halus yang mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan enzim yang segar di dalam minuman ini mudah dicerna.

3. Melambatkan Penuaan

Klorofil mengandungi enzim hidup yang melawan radikal bebas di dalam badan untuk melambatkan proses penuaan.

4. Menguruskan Badan

Klorofil membantu menguruskan, juga memberhentikan pertumbuhan bakteria tidak mesra daripada tumbuh dan berkembang di dalam badan.

5. Kandungan Klorofil Tinggi

Walaupun klorofil boleh diekstrak daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, rumput gandum mengandungi sejumlah klorofil jauh lebih tinggi kerana ia boleh menyimpan sejumlah besar unsur lain.

6. Merawat Kulit

Klorofil membantu menyembuh dan merawat lapisan kulit untuk keadaan seperti ekzema, gatal-gatal dan keracunan.

7. Merawat Penyakit Hidung

Rumput gandum membantu menghilangkan kesesakan hidung dan selesema, juga resdung kronik.

8. Detoks

Klorofil membantu membersihkan hati daripada lebihan toksin yang dimakan setiap hari.

9. Mengawal Paras Gula

Ia juga membantu menyeimbangkan tahap gula di dalam darah.

10. Superfood

Dianggap sebagai makanan berkhasiat lengkap kerana ia mengandungi spektrum penuh dengan vitamin, mineral, dan unsur surih yang diperlukan oleh badan kita.

11. Merawat Usus

Rumput gandum membantu untuk menangani penyakit usus dan meningkatkan penghadaman.

12. Merawat Kulit

Ia juga membersih kulit dan boleh diserap jika badan direndam di dalam tab yang hangat dengan jus berkenaan.

13. Merawat Sakit Sendi

Membantu melegakan kesakitan artritis apabila diletakkan di atas sendi kerana klorofil membantu menyembuhkan keradangan.

14. Masalah Kelemumur

Sapu beberapa sudu jus rumput gandum di atas kulit kepala dan biarkan ia selama 20 minit. Ia juga dikatakan membantu menangani uban.

15. Merawat Tiroid

Rumput gandum membantu penurunan berat badan kerana ia membantu menguruskan kelenjar tiroid dan ia juga banyak membantu anda mengurangkan pengambilan pemakanan anda.

16. Mencegah Kerosakan Gigi

Rumput gandum bertindak sebagai pengkumur mulut semula jadi. Berkumur jus rumput gandum untuk beberapa minit membantu untuk mencegah kerosakan gigi, melegakan sakit gigi dan merawat gusi berdarah.

17. Antioksidan

Ia mengandungi antioksidan yang membantu mengurangkan jumlah kolesterol darah dan meningkatkan HDL atau kolesterol baik dan juga tahap vitamin C dalam darah.

18. Tinggi Kandungan Serat

Ia juga kaya dengan kandungan serat bagi membantu meningkatkan kesihatan pencernaan terutama apabila dimakan sebagai sebahagian daripada diet yang kaya dengan serat larut dan tidak larut seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran.

19. Baik Untuk Mata

Ia membantu untuk meningkatkan penglihatan pada keseluruhannya terutama penglihatan pada waktu malam.

20. Baik Untuk Mental

Secara semula jadi, ia membantu anda tidur nyenyak, meningkatkan isyarat ke saraf dan mewujudkan kesejahteraan mental yang lebih baik.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: hmetro

Wednesday, October 10, 2018

Khasiat Buah Camu Camu Tinggi Vitamin C

Khasiat Buah Camu Camu Tinggi Vitamin C

Camu Camu atau nama botaninya, Myrciaria dubia, genus Myrciaria, dari kerabat Myrtaceae dengan nama lain, Cacari, Camocamo, ‎Araca d'agua, Araza de Agua, Guapuro Blanco dan pelbagai nama lagi adalah buah superfood yang diiktiraf diperingkat dunia kerana khasiatnya.

Buah Camu Camu

Spesis yang terdekat dengannya ialah Jaboticaba (Myrciaria cauliflora), Guavaberry/Rumberry (Myrciaria ‎floribunda) dan Gowok/Kupa/Kepa (Syzygium polycephalum).‎

Pohon Camu Camu tumbuh bertaburan di merata lembah kehutanan Amazon; Peru, Brazil, Colombia, Ecuador, ‎Bolivia, Venezuela dan negara persekitarannya.


Seperti juga pokok Acerola, Camu Camu juga pohon rendang, tidak ‎begitu tinggi, hanya sekitar 3-5 meter dan kebanyakan pohon ini bercambah ‎ melalui biji.

Ia mudah tumbuh, mampu hidup dalam iklim panas, lembab tropika dan dingin sub-tropika. Ia perlu banyak air; banyak tumbuh meliar di tepi-tepi sungai, kawasan bertasik berpaya, bahkan di lembah banjir. Ia ‎hidup tegar, mampu bertahan terendam di dalam air sehingga 4-5 bulan.

Sekiranya tumbuh dari biji, mula berbuah ketika berusia 3 tahun ke atas. Berbuah jenis ‎bermusim. Buahnya bewarna merah-kehijauan, merah-keunguan sepertimana ceri Acerola. Bunganya pula berwarna putih, harum aroma.

TINGGI VITAMIN C

Keistimewaan Camu Camu terletak pada kandungan vitamin C yang sangat tinggi pada buahnya yang mana buah mentahnya mengandungi lebih kurang 2,880 mg vitamin C setiap ‎‎100 gm, melebihi Acerola (1,790 mg).

Camu Camu berada pada ranking ke-2 dunia selepas Kakadu Plum (terminalia ‎ferdinandiana) dari Australia. Sepertimana Acerola, kandungan Vitamin C di dalam buah Camu Camu semakin berkurangan apabila ia semakin matang atau masak ranum.

Analisa Nutrien Camu Camu

Banyak analisa telah dilakukan tentang kandungan nutrien Camu Camu, namun setiap satunya berbeza, terutamanya pada kandungan vitamin C.

Ini ‎mungkin disebabkan keadaan iklim dan tanah tempat pokok Camu Camu tumbuh tetapi secara amnya, Camu Camu tetap unggul dengan tinggi kandungan vitamin C!

Analisa di bawah ini adalah dari makmal bebas, disiarkan oleh “Whole World Botanicals”, satu badan pengkaji flora dan ‎fauna di belantara Amazon.

Analisa dilakukan ke atas Serbuk Camu Camu (Royal Camu ‎Camu Powder): ‎

Kandungan Nutrisi Camu Camu

Dan ini pula analisa buah Camu Camu mentah (100 gm) dilakukan oleh Jabatan Perhutanan, "Food and Agriculture Organisation of the United Nations", 1965:

Analisa Camu Camu mentah

Buah Camu Camu padat dengan vitamin C, juga kaya dengan zat kimia phyto dan “flavonoid”; anthocyanin, flavonol dan flavanol, catechin, ‎delphinidin 3-glucoside, cyanidin 3-glucoside, asid ellagik dan gallik dan rutin. ‎Vitamin C akan lebih berkesan apabila disertai zat-zat kimia phyto.

Dr. Szent-Gyorgi, Pemenang "Nobel Prize" Perubatan 1937 kerana berjaya memisahkan asid askorbik (vitamin C), mengaku bahawa vitamin C lebih bermanfaat apabila di makan ‎ dari bahan makanan semulajadi.

Makanan semulajadi yang mengandungi vitamin C juga mengandungi nutrien lain yang bertindak sebagai gandingan kepada vitamin C.

Dengan demikian, vitamin C tersebut akan lebih mudah dimanfaatkan oleh tubuh justeru, vitamin C dari Camu Camu menjadi lebih berkesan dengan tindak-balas bio dari zat-zat gizi dan asid amino yang sama berada di dalam buah tersebut.

Antara zat gizi yang terkandung di dalam Camu Camu ialah kalsium, phosphorus, potassium dan besi.

Dan vitaminnya: beta-karotin, thiamin (B1), riboflavin (B2), dan niacin (B3), juga mengandungi protein; terutama asid amino valine, leucine dan serine. ‎

Manfaat Camu Camu

1. Kolagen

Kepadatan vitamin C di dalam Camu Camu merupakan unsur aktif bagi menghasil dan menyihatkan kolagen tubuh.

Sebenarnya, vitamin C terlibat secara lansung dalam setiap peringkat penghasilan kolagen, sejenis protein yang paling banyak di dalam tubuh dan terdapat pada setiap anggota tubuh, berupa serat putih yang liat dan teguh, lebih teguh dari kawat/dawai logam yang sama ukuran.

Juga sebagai "elatin" berwarna kuning (lapisan pelindung pada urat saraf), kolagen merupakan komponen utama pada serat-serat tisu yang saling berhubung; seperti kulit, tendon, ligamen, cartilage, jantung, cornea mata, tulang, gigi, usus, pembuluh-pembuluh dan saluran-saluran darah, bahkan pada setiap bahagian tubuh. Semuanya terikat rapi mengukuhkan seluruh tubuh.

Oleh yang demikian, vitamin C sangat penting untuk tumbesaran bayi dan kanak-kanak dan dengan bergandingan bersama asid amino "leucine" dalam Camu Camu, hormon tumbesaran dan aktiviti kanak-kanak akan lebih semarak.

Kekurangan vitamin C akan melemahkan kolagen yang apabila lemah, semua fungsi-fungsi utama di dalam tubuh akan terjejas.

Akibatnya, jantung, pembuluh darah dan organ-organ lain tidak mampu menjadi sihat. Sistem-sistem di dalam tubuh tidak mampu berfungsi dengan sempurna, pelbagai jenis penyakit akan muncul; seperti biri-biri, gusi berdarah, gusi mengecut dan gigi rosak, tulang mudah retak, tulang rapuh, keradangan sendi, kerosakan cartilage pada sendi-sendi “osteoarthritis” dll.

Kolagen juga tidak dapat dihasilkan tanpa vitamin C justeru, bekalan vitamin C yang berterusan pada tubuh adalah penting bagi manghasilkan kolagen agar sentiasa sihat, struktur tubuh akan sentiasa utuh, tidak goyah atau uzur.

2. Anti-Oksidan

Vitamin C adalah salah satu anti-oksidan yang sangat berkesan dan perlu bagi membasmi sisa pengoksidanan.

Pengoksidaan adalah proses metabolisma semulajadi di dalam tubuh yang mana nutrien dari pemakanan dan minuman dicerna kemudian di serap untuk menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk terus hidup.

Tanpa proses metabolisma, tubuh akan lemah dan mati jadi, pengoksidaan adalah perlu untuk tubuh. Akan tetapi, pengoksidaan juga menghasilkan radikal bebas yang membahayakan kesihatan tubuh.

Radikal bebas adalah sisa dari proses metabolisma, merupakan atom yang kehilangan pasangan elektronnya, menjadikan atom tersebut tidak stabil, lalu merampas mana-mana elektron dari atom-atom lain yang menghampirinya.

Sekiranya kejadian sebegini berterusan dan tidak terkawal, akan mencetuskan rangkaian radikal-radikal bebas yang lain. Lama-kelamaan, kerosakan akan berlaku pada mana-mana bahagian organ tubuh seperti jantung, kulit, tisu, otot, selaput otot dan juga DNA seseorang.

Radikal bebas yang berleluasa akan menyebabkan kedutan, penuaan, kanser, penyakit jantung, darah tinggi, radangan kronik, kencing manis, katarak, arthritis, masalah gusi-gigi gingivitis, periodontitis dan pelbagai penyakit-penyakit lain.

Untuk menghalang atau melambatkan cetusan radikal bebas tersebut dari terus merebak, anti-oksidan diperlukan.

Ciri-ciri anti-oksidan pada vitamin C dapat melindungi sel-sel tubuh dari rebakan, cetusan dan kesan negatif radikal bebas.

Vitamin C adalah anti-oksidan yang terserap air, ifat yang membolehkan ia memberi tindak-balas segera dan efektif terhadap radikal bebas.

Jadi, Vitamin C adalah penggempur radikal bebas; meringankan bebanan pengoksidanan di dalam tubuh; penghalang kedutan sel-sel, tisu-tisu, kulit-kulit dan organ-organ; pelindung tubuh dari beberapa jenis penyakit yang berkait-rapat dengan radikal bebas.

3. Anti-Penuaan dan Kesihatan Kulit

Vitamin C sebagai anti-oksidan berkesan menghalang penuaan (oksidasi pra-matang sel-sel tubuh).

Camu Camu tinggi vitamin C boleh membantu tubuh menghalang tanda dan gejala penuaan pada lapisan kulit.

Kulit menjadi kurang berminyak, lebih sihat dan segar, lebih bersinar dan lembut, tegang dan anjal, lalu melambatkan proses penuaan.

Vitamin C juga mempunyai peranan penting dalam menyembuhkan luka dan kecederaan, dengan bekalan vitamin C yang sentiasa mencukupi, tubuh lebih mudah melawan jangkitan dari bakteria, kulat dan virus.

Tanda-tanda kekurangan vitamin C; termasuklah rambut menjadi kering dan pecah, kulit menjadi kasar, kering dan mengelupas, kulit mudah luka atau tercalar, luka lambat sembuh, eczema, hidung berdarah, panau, kurap, jeragat dan rosacea, campak, gejala alergi seperti asma, ‎selsema, jangkitan paru-paru dll.

4. Anti-Keradangan

Vitamin C adalah anti-keradangan yang pada dasarnya, keradangan adalah sebahagian dari tindak-balas sistem kekebalan tubuh.

Tubuh yang cuba melindungi diri dari sebarang unsur-unsur tidak sihat; seperti bakteria, virus, kulat, sisa-sisa toksik, sel-sel yang mati dll.

Apabila unsur-unsur mudarat ini menjangkiti pada mana-mana bahagian tubuh, sistem kekebalan bertindak-balas untuk cuba menyahkan unsur-unsur tersebut, sekali gus memulakan proses penyembuhan pada bahagian tubuh yang terjejas. Kesan tindak-balas ini dapat dilihat melalui gejala keradangan yang timbul atau dialami.

Kadangkala, keradangan merebak, menjadi parah/kronik, apabila proses penyembuhan di dalam tubuh tidak berlaku sewajarnya.

Keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan, penyakit; seperti "rheumatoid arthritis", sistem kekebalan tubuh terjejas dan keliru, risiko sakit jantung dll.

Apabila keradangan berlaku, collagen di dalam cartilage boleh rosak, penyebab terjadinya “osteoarthritis”.

Keadaan ini membuat tulang bergeseran, menyebabkan rasa ngilu dan sangat menyakitkan, namun dengan bekalan vitamin C yang sentiasa mencukupi, dapat mempertahan cartilage dan tisu-tisu penghubung yang lain dan mengurangkan beban kesakitan yang dialami.

Gejala-gejala keradangan lain juga dapat dihindari; termasuk angina (sakit menyucuk/memulas di dada jantung seperti tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi), bisul mulut dan bibir, gusi berdarah, gingivitis (bengkak gusi), gigi longgar, sengal dan sakit sendi, mudah terseliuh, bronchitis, sakit kerongkong (tenggorokan), jangkitan saluran air kencing dll. Ada kajian menunjukkan bahawa vitamin C juga adalah anti-Parkinson.‎

Vitamin C, sebagai anti-keradangan, sangat penting pada tubuh yang memberi kesan positif pada keseluruhan tubuh.

Ia berperanan melindungi sendi-sendi tulang, kulit dan sebagainya, membantu tubuh merawat dan menghalang keradangan dari terus merebak menjadi kronik, melawan sebarang penyakit yang disebabkan keradangan, juga bermanfaat bagi menangani masalah keradangan.

5. Pemampan Sistem Kekebalan Tubuh

Vitamin C berperanan membantu memelihara sistem kekebalan tubuh agar sentiasa mampu berfungsi dengan berkesan.

Fungsi sistem kekebalan ialah melindungi tubuh dari sebarang serangan atau jangkitan mikro-organisma yang boleh menjejaskan kesihatan; seperti bakteria, virus, dan kulat/jamur dll.

Sistem ini menghasilkan sel-sel darah putih (sel-sel kekebalan); terutama “phagocytes” dan “T-lymphocytes” serta jenis sel-sel kekebalan yang lain, sebagai penggempur dan penghapus mikro-organisma tersebut.

Vitamin C membantu sistem kekebalan dengan memperbanyak penghasilan sel-sel kekebalan ini.

Vitamin C sangat cepat digunakan apabila berlaku serangan atau jangkitan mikro-organisma, juga melindungi sel-sel kekebalan dari serangan radikal bebas ketika bertindak-balas dengan mikro-organisma.

Kekurangan vitamin C bukan hanya menjejaskan fungsi sel-sel kekebalan, juga akan cepat lemah dan musnah yang akhirnya, memberi kesan buruk kepada sistem kekebalan tubuh, mengurangkan daya tahan tubuh dari serangan mikro-organisma.

Jadi, pengambilan Camu Camu setiap hari adalah terbaik untuk kemampanan sistem kekebalan tubuh.

6. Sistem Pengaliran Darah

Vitamin C berpengaruh pada sistem pengaliran darah kerana sifat anti-oksidan yang dimiliki oleh vitamin C, apabila terserap ke dalam darah, mampu meleraikan gumpalan "plaque" dan kolestrol merbahaya (LDL) pada dinding-dinding pembuluh arteri dan veina, pada masa yang sama menambah kolestrol bermanfaat (HDL).

Ia mencuci pembuluh arteri, menghalang arteri dari tersumbat, mengembalikan keanjalan arteri, mengurangkan tekanan darah tinggi atau "hypertension" dan melancarkan pengaliran darah ke jantung, mampu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, menghindar atau melambatkan perkembangan penyakit "atherosclerosis" (saluran dan pembuluh darah arteri menjadi keras), “peripheral artery disease” (penyakit pembuluh/saluran darah tersimpul di kawasan kaki/betis) dan serangan sakit jantung.

Salah satu ciri vitamin C, ialah membantu tubuh menyerap zat besi, maka sangat bermanfaat pada pesakit “anemia” (kekurangan darah).

Camu Camu yang disertai kandungan zat-zat gizi didalamnya sangat bermanfaat untuk kelancaran sistem pengaliran darah di dalam tubuh.

7. Anti-Stres

Migrain yang sering berlaku sehingga kebanyakan orang menganggapnya perkara biasa dalam hidup sebenarnya berkaitan dengan sistem saraf yang di serang oleh kimia toksin dari makanan serta dipengaruhi oleh cuaca yang tercemar.

Camu Camu adalah buah yang mengandungi nutrien perlindungan saraf, mampu mengurangi masalah migrain.

Asid amino "serine" baik untuk membantu menyihatkan fungsi otak dan sistem saraf, mempertingkat daya ingatan dan kepekaan.

Gary Null, Ph.D., seorang pengkaji dan pakar permakanan, dalam bukunya "Clinician’s Handbook of Natural Healing, (1998)", menyatakan Camu Camu mengandungi kimia phyto yang tinggi.

Ia sangat berkesan menangani masalah tekanan perasaan atau stres melalui tindak-balas bio-kimia Vitamin C yang mencetuskan penghasilan "serotonin" di dalam otak.

Serotonin adalah sejenis kimia di dalam otak yang mengawal "mood" berkaitan rasa bahagia atau sebaliknya. Vitamin C adalah terapi anti-stres yang berkesan.

8. Anti-Virus

Camu Camu banyak mengandungi kimia phyto. Kajian menunjukkan bahan kimia ini mampu menanggani virus "Herpes Simplex" dan "Eppstein-Barr" yang selalu menyerang tubuh.

Virus ini boleh menyebabkan Herpes Simplex dalam bentuk bintik-bintik lepuhan pada mulut, gatal-gatal pada kulit.

Penyakit Eppstein-Barr pula dalam bentuk demam, selsema, sakit kerongkong (tenggorokan), keletihan, kelenjar bengkak di bahagian leher atau ketiak.

Virus ini selalunya tidak aktif di dalam tubuh, namun menjadi semakin aktif apabila seseorang itu kurang tidur dan selalu tertekan. ‎Virus jenis ini acapkali berulang menyerang apabila jiwa tertekan.

Camu Camu didapati berkesan menanggani virus ini dengan pengambilan vitamin C dalam dos yang tinggi dan berterusan dapat membantu tubuh menanggani stres dan melumpuhkan serangan virus jenis ini.

9. Kesuburan

Pokok Camu Camu

Camu Camu lazim di makan oleh warga Amerika Selatan kerana dipercayai boleh menambah kesuburan. Banyak juga kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi dan berterusan mampu menambah syahwat dan merawat mati pucuk "impotensi."

10. Penyakit Kanser

Vitamin C mampu melambatkan rebakan dari keradangan kepada kanser. Beberapa ujikaji sains telah menunjukkan bahawa permakanan vitamin C boleh menghindar dari dijangkiti penyakit kanser; termasuk kanser kulit, kanser rahim, kanser payudara, kanser esophagus dan kanser pancreas.

11. Penyakit Mata

Vitamin C membantu mengurangkan risiko cataracts dengan melindungi lensa mata dari kerosakan akibat dari oksidasi dan radikal bebas dan melindungi enzim di dalam kanta mata, juga memperbaiki penglihatan pesakit “uveitis” (keradangan pada bahagian tengah mata)‎.

Vitamin C bersama dengan anti-oksidan yang lain, termasuk zat zinc, beta-carotene, dan vitamin E dapat melindungi mata dari mengalami AMD yang menjadi penyebab kepada buta.

12. Pre-eclampsia

Vitamin C bersama dengan vitamin E boleh menghalang “pre-eclampsia” pada wanita, iaitu gejala tekanan darah tinggi dan terlalu banyak protein di dalam air kencing yang juga menjadi penyebab utama kepada keguguran.

13. Perlindungan dari Kencing Manis

Menurut kajian 2010 yang tersiar dalam “Journal of Agricultural and Food Chemistry”, Camu Camu ‎mengandungi "Asid Ellagik" yang tinggi, sejenis flavonoid anti-diabetes.

PRODUK CAMU CAMU

Kerana kandungan vitamin C yang sangat tinggi, Camu Camu telah menjadi bahan buruan ‎dalam pasaran antarabangsa dengan Jepun menjadi pengguna utama; menjadikan Camu Camu sebagai ‎bahan komoditi eksotik yang hampir di monopoli.

Camu-Camu sangat terkenal dan sangat berharga di Jepun, manakala di Amerika dan Eropah, Camu Camu semakin mendapat perhatian.

Buah Camu Camu segar sangat masam. Ia dinikmati dalam resepi jus, di blender dan di adun dengan gula atau susu, dan/ atau bersama buah-buahan lain, juga dijadikan bahan tambahan pada ais krim, gula-gula, jem dan pelbagai resepi lagi.

Buah Camu Camu segar tidak mampu di eksport ke serata dunia justeru, kebanyakan pengeluar menghasilkannya dalam bentuk kapsul, serbuk dan juga jus.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: dharmakesuma