Sunday, January 14, 2018

Hantu Balan-balan Masyarakat Sabah

Hantu Balan-balan Masyarakat Sabah

Di Sabah terutamanya di daerah Kota Belud sememangnya popular dengan kisah atau cerita seram mengenai hantu balan-balan atau lebih dikenali sebagai hantu penaggal di Semenanjung.

Hantu Balan-balan Masyarakat Sabah

Balan-balan merupakan seorang manusia biasanya wanita yang telah menuntut ilmu hitam untuk kepentingan tertentu. Biasanya ilmu hitam ini ditutup untuk mengekalkan kecantikan dan untuk hidup kekal selamanya.

Mereka yang digelar balan-balan biasanya mampu memisahkan kepala dari badannya dan kepala mereka dikatakan mampu terbang kemana-mana sahaja untuk mencari mangsa dengan ular perut terurai-urai.

Darah yang menitis dari urat perut mereka dikatakan mempunyai bisa yang akan menyebabkan kudis kepada sesiapa sahaja yang terkena.

Mereka yang menuntut ilmu hitam ini dipercayai menyimpan cuka dalam tempayan yang digunakan untuk memeram urat perut mereka agar menjadi kecut sebelum bercantum kembali ke dalam badannya.

Menurut cerita, sekiranya tubuh Balan-balan ditemui dan diterbalikkan, kepala mereka akan tercantum dalam keadaan terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar dan akan dikenali oleh masyarakat setempat.

Balan-balan dikatakan sangat menyukai darah perempuan yang baru bersalin, sekiranya balan-balan menghisap darah, mereka akan mati dengan serta-merta kerana mengalami tumpah darah yang teruk.

Untuk menghalang balan-balan dari mendekati rumah wanita bersalin ialah dengan meletakkan mengkuang yang berduri, dikatakan bahawa penanggal atau balan-balan takut untuk mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya akan tersangkut pada duri mengkuang tersebut.

Mereka juga dikatakan menyerupai cahaya putih jika sedang terbang. Hantu ini biasanya dituntut oleh seseorang wanita bagi membantunaya mengekalkan kecantikannya, membunuh musuhnya, menjaga tanaman dan sebagainya.

Namun begitu, bukan hanya wanita sahaja yang menuntut ilmu ini, tetapi lelaki juga turut menuntutnya.

Balan-balan sebenarnya merupakan sejenis penyakit keturunan. Pengamal ilmu ini akan menjangkiti keturunannya melalui makanan, oleh kerana itulah balan-balan kini dipanggil sebagai satu penyakit oleh sesetengah masyarakat.

Terdapat dua jenis balan-balan iaitu yang berjalan di waktu malam mencari mangsanya dengan badannya sekali.

Berbeza dengan Balan-balan satu lagi yang hanya kepalanya sahaja yang akan terbang, bermula dari malam sehingga matahari terbit.

Balan-balan jenis ini akan meninggalkan tubuhnya di suatu tempat dan hanya kepalanya sahaja yang merayau-rayau mencari mangsa.

Balan-Balan atau Penanggal bukanlah sejenis hantu atau jin, tapi sering dipanggil hantu kerana menyeramkan dan makhluk ini sebenarnya berasal daripada manusia jadi-jadian iaitu orang yang mengamalkan ilmu hitam secara turun temurun dari nenek moyang mereka.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: urangsabah

Monday, January 01, 2018

Hutan Aokigahara Tempat Paling Berhantu Di Jepun!

Hutan Aokigahara Tempat Paling Berhantu Di Jepun!

Populariti hutan Aokigahara sebagai lokasi membunuh diri dan berhantu di Jepun turut disebut dalam novel terlaris berjudul Koroi Jukai karya Seicho Matsumoto.

Hutan Aokigahara Tempat Paling Berhantu Di Jepun!

Novel yang diterbitkan pada tahun 1960 itu memberitahu, dua pasangan yang berjanji untuk menamatkan riwayat hidup mereka demi cinta di dalam hutan Aokigahara.

Namun, sejarah hutan ini sebagai lokasi membunuh diri sudah lama wujud lama sebelum novel itu.

Aura kematian telah lama mengisi ruang dalam hutan Aokigahara dengan ritual Ubasute, menyendiri di hutan sehingga kematian tiba telah wujud sejak abad ke 19 lagi.

Hutan Aokigahara juga disebut mempunyai hubungan sejarah dengan syaitan atau hantu dalam mitologi Jepun.

Sejak tahun 1950, sudah lebih 500 orang mengakhiri hidup atau secara purata 30 orang setiap tahun di Aokigahara.

Yang mengejutkan adalah pada tahun 2002, dimana sebanyak 78 mayat ditemui tergantung dan reput di dalam hutan Aokigahara.

Jumlah itu mengatasi rekod sebelumnya, 73 mayat pada tahun 1998.

Kemudian, pada tahun 2003 jumlah kes bunuh diri meningkat kepada 100 orang. Sebelum kerajaan Jepun mengambil keputusan untuk menutup maklumat mengenai bilangan kes bagi menurunkan populariti Aokigahara sebagai lokasi bunuh diri.

Seperti yang diketahui, orang-orang Jepun pada masa lalu mempunyai tradisi membunuh diri atau Harakiri.

Tradisi ini biasanya dilakukan oleh panglima perang yang kalah dalam pertarungan samurai.

Malangnya, tradisi harakiri disalah tafsir dan merebak kepada perkara-perkara lain, termasuk putus cinta, kemurungan dan lain-lain.

Peningkatan jumlah kes bunuh diri di Jepun khususnya di Hutan Aokigahara, menyebabkan kerajaan Jepun memasang papan tanda larangan membunuh diri di kawasan tersebut.

Sejak tahun 1970 juga, satu pasukan telah dibentuk yang terdiri daripada polis, sukarelawan dan juga wartawan. Mereka berkhidmat dalam hutan yang luas untuk mencari mayat.

Bagaimanapun, tugas pasukan itu tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan tugas pekerja hutan kerana merekalah yang bertanggungjawab membawa mayat keluar dari dalam hutan ke pos pengawal.

Mayat yang telah reput kemudiannya diletakkan di dalam bilik khas mangsa bunuh diri.

Pekerja-pekerja hutan kemudiannya akan melakukan undian sesama mereka dimana yang kalah akan ditugaskan untuk tidur di dalam bilik mayat bersama dengan mayat mangsa bunuh diri tersebut.

Menurut kepercayaan masyarakat Jepun, jika mayat dibiarkan keseorangan, ia akan menjadi petanda buruk.

Roh mayat itu yang dipanggil Yurei akan menjerit sepanjang malam dan bukan itu sahaja, mayat akan bergerak dengan sendirinya ke tempat lain.

Segala usaha telah dibuat untuk menghentikan upacara membunuh diri di hutan Aokigahara, termasuklah dengan memasang CCTV atau mengesan mereka yang akan pergi ke hutan tersebut.

Menurut laporan, bunuh diri biasanya akan meningkat pada bulan Mac. Ramai orang yang datang ke hutan Aokigahara kerana tertekan dengan kehidupan yang miskin.

Populariti hutan Aokigahara kembali memuncak selepas kemunculan filem "Jyukai: Lautan pohon dibalik Gunung Fuji" oleh pengarah Tomoyuki Takimoto.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

-SENTIASAPANAS.COM

Sunday, November 19, 2017

6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

Pernahkah anda mendengar nama-nama hantu dikalangan masyarakat Jepun? Berikut kami perkenalkan enam hantu legenda paling popular di negara matahari terbit itu.

1. Teke-teke

6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

Teke-teke bermaksud bunyi yang dihasilkan oleh siku hantu ini sewaktu bergerak.

Menurut kisah, seorng gadis sekolah telah terjatuh dilandasan kereta api lalu digilis sehingga badannya terputus dua.

Kemudian, hantu gadis itulah yang dikaitkan sebagai hantu Teke-teke dan sering merayau mencari mangsa.

Kononnya, mangsa hantu Teke-teke akan dikerat dua dengan tujuan supaya dia tidak lagi keseorangan.

Kisah yang sering menjadi buah mulut penduduk apabila seorang pelajar lelaki sedang berjalan pulang ke rumahnya sewaktu dia ternampak seorang gadis sedang berdiri dibelakang tingkap sebuah sekolah.

Pelajar lelaki itu tertanya-tanya apa yang dilakukan gadis tersebut dalam sekolah yang dikhususkan untuk pelajar lelaki.

Belum sempat bertanya, gadis itu tuba-tiba terbang daripada tingkap menuju kearahnya dan memotong badannya kepada dua bahagian.

2. Aka Manto

6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

Seperti adegan yang sering ditayangkan dalam filem-filem seram Jepun, tandas sekolah dianggap sebagai tempat paling menakutkan bagi pelajar.

Aka Manto ialah hantu yang menghuni tandas terakhir disetiap tandas sekolah.

Kononnya, apabila mangsa menggunakan tandas tersebut, akan ada suara asing yang akan bertanya soalan sama ada mangsa mahukan kertas merah atau kertas biru.

Jika mangsa menjawab merah, dia akan disiat sehingga seluruh pakaiannya berlumuran darah.

Jika menjawab biru, dia akan dicekik sehingga mukanya bertukar warna kebiruan.

Jika mangsa cuba memberikan jawapan yang lain, dia akan dibawa ke alam lain dan tidak akan ditemui sampai bila-bila.

3. Hitobashira

6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

Hitobashira membawa maksud 'tiang manusia' dan sangat terkenal dalam budaya Jepun.

Difahamkan sewaktu zaman kuno Jepun, mereka melakukan upacara korban manusia setiap kali ingin membina bangunan besar seperti jambatan, istana dan sebagainya.

Upacara ii adalah sebagai persembahan kepada tuhan-tuhan dan dipercayai dapat mengelakkan bangunan yang dibina daripada ditimpa bencana.

Antara Hitobashira yang terkenal di Jepun ialah Istana Matsue yang terletak dalam wilayah Shimane.

Istana ini dibina sekitar kurun ke 17, namun dipercayai mengalami beberapa masalah antaranya dinding yang runtuh secara tiba-tiba.

Oleh itu, korban manusia diperlukan.

Sewaktu pembinaan istana Matsue, satu festival sedang berlangsung. Askar Jepun kemudiannya menangkap penari paling cantik ketika itu.

Setelah dibunuh, mayat gadis itu ditanam bersama dinding istana. Selepas itu, dikatakan kerja-kerja pembinaan pun berjalan dengan lancar.

Tetapi, selepas pembinaan selesai, kejadian misteri mulai melanda istana ini.

Setiap kali perayaan berlangsung dan ada gadis menari, istana Mitsue dipercayai akan bergegar seperti dilanda gempa bumi.

Sejak dari itu, sebarang pesta tari-menari diharamkan berlangsung di jalan istana Mitsue.

4. Neraka Tomino

6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

Terdapat satu cerita dongeng Jepun berkaitan sebuah sajak bertajuk 'Neraka Tomino'.

Ia menceritakan tentang Tomino yang dikatakan mati dan telah jatuh ke neraka.

Menurut kisah orang-orang tua, sajak ini hanya boleh dibaca dalam hati dan dikatakan bahawa sesiapa yang membacanya dengan kuat akan menemui maut.

Sajak ini asalnya ditulis oleh Yomoto Inuhiko dalam sebuah buku berjudul The heart is like a rolling Stone.

Tidak diketahui bagaimana khabar angin mengenai sajak ini bermula namun terdapat amaran yang ditulis bersama-sama sajak ini.

Pernah seorang lelaki menelefon rancangan radio dan membaca sajak ini dengan kuat, baru separuh pembacaan dia tiba-tiba berasa kurang sihat lantas berhenti membaca sajak tersebut.

Dua hari kemudian, lelaki itu dilaporkan telah mencederakan diri sendiri sehingga menerima tujuh jahitan.

Kebetulan? Atau kuasa misteri sajak berhantu itu?

Sehingga hari ini, tiada siapa yang dapat mengesahkan sejauh mana kebenaran sajak itu benar-benar berhantu.

Lagipun, tiada siapa yang berani membacanya dengan kuat.

5. Gozu

6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

Gozu bermaksud kepala lembu, berkaitan dengan sebuah kisah dongeng yang diceritakan turun-temurun.

Cerita ini dikatakan terlalu seram sehinggakan sesiapa yang menceritakan kisah ini kepada orang lain akan menerima nasib malang.

Ada yang mendakwa bahawa sesiapa yang mendengar kisah ini akan menggeletar seluruh badan selama beberapa hari sebelum menemui ajal kerana rasa takut yang teramat sangat.

Dikatakan pernah terjadi satu kes dimana sekumpulan pelajar sedang dalam perjalanan pulang dari satu lawatan.

Guru mereka ingin menghiburkan pelajarnya mula menceritakan tentang kisah-kisah dongeng.

Semuanya baik sahaja sehinggalah guru itu mula bercerita mengenai dongeng Gozu kepada murid-muridnya.

Keadaan mula tegang, guru yang terlalu menghayati kisah hantu Gozu telah menakutkan semua muridnya.

Seorang demi seorang pelajar mula menjerit meminta guru tersebut supaya berhenti bercerita tetapi guru yang seperti dirasuk terus bercerita.

Apabila bas tidak tiba ke tempat yang ditujui, polis melancarkan gerakan mencari dan menemui bas itu telah terjunam ke dalam sebuah parit.

Ketika ditemui, semuanya termasuk pemandu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan mulut berbuih.

Mujurlah kesemua mereka berjaya dipulihkan tetapi tiada seorang pun yang dapat mengingati bagaimana mereka boleh berada di dalam parit tersebut.

6. Kushisake Onna

6 Hantu Legenda Paling Popular Di Jepun

Menurut legenda, Kushisake Onna bermaksud 'wanita mulut terbelah' merupakan hantu yang menjelma sebagai wanita tinggi memakai penutup mulut.

Kisah ini bermula pada tahun 979, apabila penduduk tempatan mengadu melihat bayangan Kushisake Onna.

Hantu ini akan menahan mangsanya yang kebanyakannya adalah kanak-kanak sebelum bertanyakan soalan, "Cantik tak saya?"

Itulah soalan keramat Kushisake Onna.

Jika kanak-kanak tadi menjawab "tidak", dia akan dibunuh dengan sepasang gunting yang dibawa oleh Kushisake Onna.

Jika jawapan "Ya", Kushisake Onna akan membuka penutup mulut lalu mempamerkan mulutnya yang terbelah daripada telinga kiri hingga ke telinga kanan.

Kemudian, Kushisake Onna akan bertanya sekali lagi, "macam mana sekarang?"

Jika mangsany menjawab "tidak", dia akan dibunuh dan jika cuba menipu dengan menjawab "ya", mulut mangsa akan dibelah seperti mulutnya yang mengerikan itu.

Mangsa-mangsa Kushisake Onna tidak berpeluang melarikan diri kerana hantu itu akan terus menjelma dihadapan mangsa.

Pelbagai petua ada diberikan oleh orang-orang terdahulu bagaimana untuk menyelamatkan diri jika terserampak dengan Kushisake Onna.

Antaranya dengan memberikan jawapan yang lain daripada yang ditanya seperti "awak biasa-biasa saja".

Dikatakan cara ini dapat membuatkan Kushisake Onna keliru dan memberi peluang untuk mangsa melarikan diri.

Satu cara lagi adalah dengan menjawab soalan Kushisake Onna dengan soalan yang sama.

Ia dikatakan akan mengelirukan Kushisake Onna lantas meninggalkan mangsa.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 10 Gambar Menyeramkan Hantu Yang Berjaya Dirakam Kamera!

-SENTIASAPANAS.COM

Monday, November 13, 2017

Kisah Seram Dan Misteri Sungai Lakit

Kisah Seram Dan Misteri Sungai Lakit

Sebut sahaja Kampung Sungai Lakit, pasti pelbagai kisah dan kejadian misteri sering dikaitkan dengan lokasi ini, malah turut dikatakan 'keras' serta menyimpan cerita seram.

Kisah Seram Dan Misteri Sungai Lakit

Kes kemalangan yang sering berlaku di kawasan perkampungan yang berada di laluan utama, Jalan Gua Musang-Kuala Krai ini juga, seakan-akan mengiakan kisah dialami pengguna jalan raya di sini.

Ada yang mendakwa, mereka pernah melihat susuk badan wanita bersama anak di pangkuan melintasi jalan di waktu malam, malah ada juga pernah menyaksikan susuk berwarna putih berterbangan di ruangan udara serta mengeluarkan bunyi yang menyeramkan.

Penghujung tahun 2016 lalu, seorang guru mendakwa pernah mengalami kejadian aneh sekitar jam 10.30 malam, antara Kampung Sungai Lakit, sebelum tiba di kawasan Kesedar Paloh, Gua Musang.

Menerusi akaun Facebooknya, Amin Hussin memberitahu, ketika tiba di lokasi, kereta dipandunya tiba-tiba gelap di bahagian tingkap belakang.

Lebih bingung lagi, katanya, walaupun berulang kali menekan brek untuk lihat bias cahaya tetapi gagal.

"Bila nampak ada kenderaan di depan, saya terus kejar kereta itu, tapi kereta terasa amat berat walaupun saya tekan minyak sekuat hati, ia tetap perlahan.

"Allahuakbar, saya dan isteri panik, bunyi cengkaman pada bumbung dan belakang but kereta sangat jelas. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan kami ketika itu.

"Pintu di bahagian penumpang macam ada sesuatu ingin merobek dan seperti ingin dibuka oleh sesuatu. Semakin kuat ayat suci Al-Quran dipasang, semakin banyak bunyi di sekeliling kereta saya," jelasnya.

Tambahnya, tiba di Paloh, keadaan kembali seperti biasa namun ‘kesan’ yang ditinggalkan itu cukup jelas iaitu calar pada bumbung dan but belakang kereta.

"Nasib baik saya tak lalai dan dapat teruskan pemanduan hingga selamat tiba ke destinasi. Kejadian ini kali kedua kami alami dan kejadian pertama lagi dahsyat.

"Untuk pengguna jalan ini, hati-hati memandu. Zikir ALLAH dan azan jika rasa mengantuk dan rasa luar biasa," katanya.

Objek putih terbang melintas jalan

Sementara itu, kakitangan kerajaan, Muhamad Faizal Ab Rahim berkata, awal bulan April 2017 lalu, dia turut diduga dengan kejadian aneh selepas melepasi pintu gerbang Gua Musang apabila ternampak objek berwarna putih terbang dari kiri ke kanan jalan.

"Ketika itu tepat 12 malam. Sebelum ini, rakan-rakan pernah pesan, jika memandu seorang diri, elakkan berada di kawasan itu selepas jam 12 tengah malam.

"Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, saya terpaksa ke Gua Musang waktu itu atas urusan kerja. Saya lihat dengan jelas objek itu terbang melintasi jalan.

"Ketika itu, memang saya kaku tak tahu nak buat apa selain berzikir dan cuba lajukan kenderaan. Ini kejadian kedua dan diharapkan yang terakhir," katanya.

Bagaimanapun, kata Muhamad Faizal, rakannya dari Kuala Lumpur dan menuju ke Besut, Terengganu, pernah berdepan dengan situasi yang lebih mencemaskan di kawasan sama.

"Sampai di kawasan itu, sesuatu melintas dengan laju dan dia berhentikan kereta untuk lihat objek yang dilanggar.

"Bahagian hadapan kereta remuk tapi tak ada sebarang objek di situ. Yang ada hanya helaian rambut panjang yang melekat di bahagian hadapan kereta," katanya.

Tidak pernah diganggu

Bagi penduduk Kampung Sungai Lakit, Che Norizma Azmira Che Nasir, 18, dia tidak menafikan ada beberapa orang turut bertanya kejadian aneh itu di kawasan tempat tinggalnya.

"Saya membesar di sini. Memang ramai yang bertanya, namun saya dan keluarga tak pernah alami sebarang gangguan," ujarnya.

Peniaga, Sapinah Che Tih, 59, berkata, sudah hampir tujuh tahun dia mendiami kedai di tepi jalan berkenaan, namun tiada sebarang kejadian pelik yang dialaminya seperti didakwa pengguna jalan ini.

"Saya buka kedai dah lama dan saya juga tinggal di kedai ini. Sepanjang tujuh tahun, sekali pun tak pernah ada gangguan walaupun kedai kami bertapak di tepi jalan utama.

"Malah, suami saya pemandu teksi dan sering pulang lewat malam, antara jam 1 atau 2 pagi.

"Tapi, dia tak pernah nampak atau diganggu makhluk halus atau kejadian aneh," katanya yang tinggal di kedai bersama suami dan anaknya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Kisah Seram Lebuhraya Karak, Misteri atau ilusi?

sumber: sinarharian

Sunday, September 17, 2017

'Mayat Itu Menyanyi'

'Mayat Itu Menyanyi'

Pagi itu saya dikejutkan dengan berita kematian Shamsiah (bukan nama sebenar), seorang gadis berusia awal 20an berasal dari kampung saya yang kini bekerja di Kuala Lumpur.

Hantu Kereta

Menurut cerita, arwah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika kereta yang dipandu rakannya terbabas lalu menghentam tiang jejambat sewaktu pulang dari bekerja awal pagi.

Keluarga arwah meminta jasa baik saya untuk membawa jenazah Shamsiah pulang supaya dapat disemadikan di kampung.

Perjalanan saya ke Kuala Lumpur tengah hari itu ditemani oleh sahabat baik saya, Nazri, yang selama ini banyak membantu jika berlaku kematian di kampung.

Selain ringan tulang, Nazri juga senang diajak ke mana-mana.

Setelah menempuh perjalanan hampir lima jam, akhirnya kami sampai di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Setelah selesai urusan dokumentasi, kami membawa jenazah masuk ke dalam kenderaan dan seterusnya bertolak pulang ke kampung.

Dua jam terkandas dalam kesesakan, hari beransur gelap ketika kami menghampiri hentian rehat Tanjung Malim.

***

Rimas dengan dengkuran Nazri yang tertidur disebelah, saya menyanyi kecil mengikut rentak lagu di radio yang terpasang.

Pendek kata semua lagu yang terpasang habis semuanya saya bedal walaupun liriknya lintang-pukang.

Tiba-tiba tanpa diduga, saya terdengar sayup-sayup suara halus mengiringi nyanyian saya.

Pada mulanya saya tidak ambil peduli sangat kerana sangkaan saya mungkin bunyi itu datangnya dari desiran angin di luar kenderaan.

Namun, semakin kuat saya menyanyi semakin jelas pula suara ia kedengaran. Saya menoleh ke arah Nazri yang nyenyak tidur, sambil mendiamkan diri memasang telinga untuk mendengar lebih lanjut, tapi hampa. Suara itu seolah-olah tahu niat saya.

Bermacam-macam andaian mula muncul di benak. Takkanlah orang dah meninggal dunia boleh menyanyi pula, kata saya sendirian cuba menyedapkan hati sendiri.

Saya beranggapan Nazri sengaja berpura-pura tidur semata-mata mahu menakutkan saya.

Saya menggoncang bahu Nazri sekuat hati.

"Eh, kau ni apa hal? Sengaja nak takutka aku pulak. Dah takde kerja lain ke?" jerkah saya.

Nazri terkejut sambil merengus perlahan. Dia memandang saya dengan penuh kehairanan.

"Kenapa pulak kau ni? Tiba-tiba marah kat aku. Kacau orang tidurlah," kata Nazri dengan nada tak puas hati.

"Ceh! Lagi mau tanya. Engkau yang takutkan aku lepas tu buat-buat tak tahu," jawab saya sinis.

Nazri memandang saya dengan penuh tanda-tanya. Dia mengerutkan dahi seperti memikirkan sesuatu. Saya benar-benar berharap yang dia akan mengaku.

"Apa yang kau cakap ni? Serius aku tak faham. Cuba kau cerita kat aku apa yang berlaku. Dari tadi aku memang lena tidur, tak sedar langsung," terang Nazri bersungguh.

Lantas tanpa berselindung saya menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi. Nazri terlopong memandang saya, seolah-olah tak percaya dan menganggap saya mereka-reka cerita.

Kami berdua diam membisu sambil melayan perasaan. Rasanya hati kecil kami masing-masing senada meneka sesuatu yang buruk sedang berlaku.

***

Selepas beberapa ketika tanpa sebarang bicara, saya cuba menghilangkan keresahan dengan menyanyi semula sambil mengikut irama lagu dari radio.

Nazri juga mula tumpang sekaki. Kadangkala nyanyiannya lebih kuat daripada saya. Kami mula terlupa peristiwa pelik sebentar tadi.

Sedang asyik menyanyi, tiba-tiba kami berpandangan antara satu sama lain. Nazri meletakkan jari di mulutnya mengarahkan saya diam seketika.

Dia memperlahankan bunyi radio sambil memberikan isyarat kepada saya untuk meneruskan nyanyian.

Sah! Suara itu memang wujud. Sekali lagi kami berpandangan sesama sendiri. Suara itu semakin jelas kedengaran tetapi nadanya sudah berbeza dari tadi. Kali ini lebih garau serta menyeramkan.

Saya hentikan nyanyian dengan sangkaan bila sudah berhenti menyanyi, pasti suara tersebut akan turut berhenti. Sangkaan saya meleset.

Suara pelik itu tetap kedengaran. Kadangkala nadanya halus, nyaring dan sesekali bertukar garau.

Tangan saya mula menggigil memaut stereng. Kaki saya menggeletar menekan pedal minyak. Muka Nazri juga bertukar pucat.

Mulut saya tak henti-henti berzikir dan membaca ayat Al-Qur'an. Mulut Nazri juga terkumat-kamit membaca sesuatu.

Suasan yang gelap membuatkan jantung kami seperti disentap keluar kerana ketakutan. Saya berdoa supaya cepat sampai di pekan berdekatan.

Hampir 15 minit bertarung dengan perasaan takut, akhirnya kami sampai juga di pekan kecil berdekatan Langkap. Limpahan cahaya lampu jalan sedikit sebanyak melegakan kami.

Suara yang tadi tak henti-henti menyanyi mengganggu kami akhirnya perlahan-lahan hilang.

Saya dan Nazri menarik nafas lega walaupun dalam hati masih lagi dibelenggu ketakutan.

Saya memecut laju supaya cepat sampai ke destinasi. Saya tak sanggup lagi mengharungi perjalanan dalam keadaan seperti ini.

Alhamdulillah, sehingga sampai ke kampung, suara misteri itu tidak lagi kedengaran. Kami terus menghantar jenazah ke tanah perkuburan kerana ahli keluarga arwah sudah menunggu di sana untuk upacara pengebumian.

Setelah selesai semua tugas, saya dan nazri minum di warung berdekatan. Kami lebih banyak membisu dari berbual rancak seperti biasa.

Otak masih lagi ligat memikirkan peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi. Peristiwa yang benar-benar menghantui kami.

***

Selang beberapa minggu kemudian, barulah saya tahu kononnya arwah dahulu merupakan seorang penyanyi kelab malam dan ditimpa kemalangan ketika pulang daripada kerja dalam keadaan mabuk.

Namun, itu adalah urusan peribadinya, lagipun hanya Allah SWT saja yang mengetahui perkara sebenar.

Saya dan Nazri berjanji untuk merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan keluarga arwah kerana takut memalukan mereka.

Biarlah pengalaman menyeramkan malam itu menjadi rahsia hidup kami.

nota editor: seperti yang diceritakan oleh Mohamed Razali, 34, yang berasal dari sebuah daerah di Perak. Lokasi dan tempat dirahsiakan untuk menjaga aib pihak yang terlibat.

Artikel ini dipetik daripada majalah mastika edisi Mei 2017 dan disiarkan semula buat pertama kali di blog sentiasapanas.com

BACA INI JUGA: Misteri Roh Zona Cerita Punca Kematian!

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, September 14, 2017

Video Seram Pembantu Rumah Dirasuk ‘Nenek Bongkok’

Video Seram Pembantu Rumah Dirasuk ‘Nenek Bongkok’

Sebuah video menyeramkan pernah viral di media sosial awal tahun ini apabila memaparkan ‘gelagat’ seorang wanita yang bekerja sebagai amah dipercayai telah dirasuk hantu.

Dirasuk Nenek Bongkok

Menerusi perkongsian We are Malaysians di laman Facebook, jelas memaparkan rakaman kamera litar tertutup seorang wanita yang berkelakuan aneh seperti dirasuk.

Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 4 petang itu melibatkan seorang wanita dipercayai warga Indonesia.

Kapsyen video itu menjelaskan kejadian berlaku ketika mangsa bekerja sementara ibu dan anak-anaknya berada di dalam rumah tersebut.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di sebuah pangsapuri di Singapura itu bermula apabila wanita itu keluar secara tiba-tiba dari tandas dalam keadaan rambutnya yang basah.

Menerusi video berkenaan dapat dilihat dia seolah-seolah sedang bercakap dengan seseorang dan tangannya diletakkan di belakang serta dalam keadaan bongkok seperti nenek tua.

Wanita itu kemudian menunjukkan ke arah ruang tamu sebelum bergerak ke arah meja makan.

Namun, seketika kemudian rakaman video tersebut menjadi putih sebelum wanita berkenaan kelihatan duduk di atas lantai dengan keadaan kepalanya tunduk ke bawah

Video tersebut berakhir dengan wanita itu berada dalam keadaan berbaring.

Pelbagai reaksi daripada netizen yang menganggap gelagat wanita berkenaan seperti dirasuk saka dan perlu dihantar pulang ke tempat asalnya.

Ada juga yang berpendapat pembantu rumah itu sengaja berkelakuan demikian kerana mahu pulang ke negaranya.

Namun, rata-rata netizen menganggap kejadian seram itu lebih kepada rasukan hantu dan perlu mendapatkan rawatan sewajarnya.

Sila tonton di bawah atau muat turun video seram ini di SINI.

Selamat menonton.

BACA INI JUGA: 'Sleep Paralysis', Misteri Ditindih Makhluk Menyeramkan Ketika Tidur


sumber: mynewshub

Saturday, September 02, 2017

'Suara Ghaib itu Terus Mengikut Nurul'

'Suara Ghaib itu Terus Mengikut Nurul'

Senja itu, Nurul Hidayah melangkah keluar dari rumah keluarganya di Pekan Tapah Road, untuk pulang ke rumah sewanya yang terletak di Jalan Pahang, Pekan Tapah, Perak.

Hantu bilik
Gambar hiasan.

Dia kena cepat kerana hari itu dia akan memulakan tugas di syif malam setelah seminggu bercuti.

Setelah bersalaman dengan ibu bapanya, Nurul lantas mencapai beg pakaiannya lalu menghidupkan enjin kereta motosikal dan terus memecut laju.

Hampir sepuluh minit di jalan raya, persekitarannya sudah mula bertukar gelap.

Sesekali dia menoleh jam ditangan. Walaupun perjalanan menuju ke rumah sewanya tidak mengambil masa yang lama, dia kena cepat kerana perlu menghantar beg pakaian dan menukar uniform terlebih dahulu.

Sedang tekun menunggang, tiba-tiba dengan tidak semena-mena, Nurul berasa bulu romanya berdiri tegak. Badannya seram sejuk.

Tidak pernah pula perkara begini berlaku sebelumnya, walhal jalan yang dilaluinya bukanlah asing.

Boleh dikatakan hampir setiap minggu Nurul berulang-alik melalui jalan ini.

Ketika motosikalnya sampai di Pekan Baru Tapah, Nurul berasa tak sedap badan. Dia menekup tapak tangannya di leher. Terasa panas membahang.

Tiba-tiba dia berasa pening dan lemah disetiap sendi dan anggota badannya.

"Aduh, apa jadi kat aku ni? Kenapa pula tiba-tiba macam ni," bisik hati kecilnya.

Nurul sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya. Dia cuba mendongak namun tidak mampu walau seinci.

Terasa seperti ada beban besar berada di tengkuknya ketika itu, lantas dia memicit serta mengurut-urut tengkuk, sambil menggagahkan diri untuk terus menunggang sehingga sampai ke rumah sewa.

Sampai saja di rumah, air matanya mengalir. Sakit yang ditanggung tidak mampu digambarkan lagi.

Nurul tidak mampu mendongak dan lehernya terasa kejang, kepalanya menjadi teleng.

Nurul pandang wajahnya di cermin. Tiba-tiba jantungnya seperti disentap keluar dari tubuh. Dia mengucap panjang sebelum menggosok matanya berulangkali.

Memang benar dan tidak salah lagi. Satu lembaga hitam bertubuh besar sedang duduk bertenggek sambil memaut tengkuknya. Nurul panik.

"Ya Allah! Makhluk apa pula ni?" katanya sambil menepis-nepis disekitar bahu dan tengkuk, namun Nurul tidak berasa apa-apa kecuali rasa sakit dan lenguh yang semakin bertambah.

Nurul kaget. Dia takut untuk memandang cermin untuk kali kedua. Dia telefon ayahnya dan menceritakan kejadian yang menimpanya.

Bergegas ahli keluarga datang ke rumah sewanya. Nurul dibawa ke hospital Tapah. Apa yang pelik, doktor beritahu Nurul sihat!

Salah seorang pakciknya lantas memanggil seorang ustaz datang ke hospital. Dia syak ada sesuatu yang tidak kena.

Ustaz yang datang melihat keadaan Nurul ketika itu menggeleng kepala. Dia memandang tepat ke arah Nurul sambil mulutnya kumat-kamit membaca ayat-ayat suci al-Qur'an, lantas ditiupnya ke arah ubun-ubun Nurul.

Tidak sampai beberapa saat, Nurul seperti orang dirasuk. Dia menggelupar seakan ayam yang baru lepas disembelih dan menjerit-jerit seperti orang histeria.

Suhu badannya kembali panas dan membahang. Seluruh anggota badannya menjadi kejang sambil mulutnya meracau-racau menyebut perkataan yang sukar difahami.

Puas ahli keluarganya cuba menenangkan. Beberapa kali Nurul diajar mengucap kalimah syahadah, namun dia langsung tidak memberikan sebarang respon. Hanya anak matanya terbeliak tepat memandang siling.

Sejujurnya, Nurul masih mampu mendengar setiap suara di sekelilingnya ketika itu, namun lidahnya terasa keras untuk menyebut kalimah Allah.

Dia sendiri dapat merasakan ada satu kuasa lain yang menumpang ditubuh badannya.

Setiap kali dia cuba melawan, dia merasakan kuasa itu akan melumpuhkan setiap anggota sendi tubuhnya.

***

Sudah seminggu Nurul terlantar, namun masih belum ada tanda-tanda penyakitnya akan beransur sembuh. Malah, semakin hari keadaannya semakin teruk.

Nurul sudah tidak mampu berdiri. Beban yang dirasakan ada dibahunya seakan tidak mampu lagi ditampung oleh kudratnya.

Setiap kali masuk waktu Maghrib, setiap kali itu jugalah badannya akan bertukar menjadi panas membahang.

Namun, bila dibawa ke hospital, mereka mengatakan Nurul sihat saja. Bertambah bingung keluarga Nurul dibuatnya.

Suatu hari, salah seorang ahli keluarga Nurul menjemput Ustaz Hassan untuk melihat sendiri keadaan tersebut.

Sebaik saja sampai di kediaman mereka, Ustaz Hassan percaya ada sesuatu yang tidak kena.

Sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumah, Nurul terus bertukar menjadi seorang yang agresif. Matanya terbeliak tajam merenung Ustaz Hassan yang berdiri di hadapannya.

Beberapa orang ahli keluarga cuba menenangkan Nurul, namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Nurul seolah-olah tidak mengenali mereka yang berada disekitarnya ketika itu. Telinganya seperti sudah disumbat dan matanya seakan dikaburkan.

Kedatangan Ustaz Hassan dirumahnya diibaratkan sebagai malapetaka yang cukup besar. Dia mesti mengusir Ustaz tersebut dari rumahnya walau dengan apa cara sekalipun.

"Pergi kauuu..jahanammm..pergiii.."

"Kau jangan ganggu akuuu..Aku benci dengan kauuu..."

Nurul menjerit dengan suara kasar dan garau sambil memaki hamun Ustaz Hassan yang bertentang mata dengannya ketika itu.

Ustaz Hassan sekadar mendiamkan diri. Mulutnya masih lagi terkumat-kamit membaca sesuatu.

Nurul yang selama ini terlantar tidak bermaya beroleh kekuatan secara tiba-tiba. Dia bangun sambil berdiri menghadap Ustaz Hassan.

Fizikalnya cukup menyeramkan. Rambut Nurul menggerbang sambil matanya terbeliak tepat memandang Ustaz Hassan.

"Kau mahu apa dari aku? Pergi kau dari sini. Aku beni tengok muka kau. Jangan ganggu akuuu...!" jerit Nurul sambil matanya memandang galak ke arah Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan masih tenang. Lalu dia mengarahkan beberapa orang lelaki yang berada disitu membantunya memegang Nurul.

Tiba-tiba, berlaku sesuatu yang diluar jangkaan. Keempat-empat lelaki yang memegang Nurul terpelanting jatuh. Masing-masing terkejut.

Bagaimana Nurul mampu beroleh kekuatan seperti itu sedangkan tubuh Nurul bukanlah sebesar mana. Yang memegangnya pula semua bertubuh sasa.

Ustaz Hassan kembali meneruskan rawatannya. Dia menghampiri Nurul lantas memegang tengkuknya sambil membaca sesuatu sehingga gadis itu menggelupar kesakitan.

Nurul meronta cuba melepaskan diri namun dengan pengalaman Ustaz Hassan langsung tidak mengganggunya.

Perlahan-lahan Nurul menjadi lemah. Dia terjelepok ke lantai lalu pengsan. Ketika itulah beberapa ahli keluarganya melihat satu makhluk hitam setinggi pohon kelapa keluar dari tubuh Nurul menembusi bumbung rumah ketika itu.

"Insyaa-Allah, sekarang ni anak tuan dah sihat kembali. Nanti kalau dia dah sedar, basuh muka dia guna air ni ya," kata Ustaz Hassan sambil memberikan sebotol air pada ayah Nurul.

Beberapa orang ahli keluarga lantas bertanya pada Ustaz Hassan tentang apa yang terjadi pada Nurul, namun Ustaz Hassan sekadar tersenyum.

Sehingga pulang pun dia tetap mengunci mulut tanpa memberitahu hal yang sebenarnya.

Alhamdulillah, beberapa hari kemudian keadaan Nurul beransur pulih walaupun badannya sedikit lemah.

Selera makannya juga mula bertambah dan dia sudah mampu bersembang dan bergurau dengan ahli keluarganya.

Namun, ada satu perkara lain pula yang merisaukannya ketika ini. Sudah beberapa malam dia tak lena tidur kerana terdengar suara sedih merintih dan mendayu-dayu memanggil namanya.

Keadaannya lebih ketara apabila masuk waktu senja dan waktu tengah malam. Nurul cuba pekakkan telinga tapi suara ghaib itu seringkali mengganggunya.

Ada ketikanya apabila dia bangun ditengah malam untuk ke tandas, suara itu seolah-olah berbisik begitu dekat dengan telinganya.

Suara wanita, suara kanak-kanak merayu mendayu bersilih ganti memanggil namanya. Sebab itulah Nurul berasa cukup obia apabila datangnya waktu malam.

Walaupun suara itu sudah sebati menjadi halwa telinganya, adakala ia ukup menyeramkan sehingga dia sendiri tidak mampu melelapkan mata.

Sampai bila suara itu akan berhenti mengganggu, dia sendiri tiada jawapannya.

~tamat

nota editor: artikel ini dipetik dari majalah mastika februari 2017 dan disiarkan buat kali pertama di blog sentiasapanas.com

BACA INI JUGA: 10 Jenis Hantu Paling Menyeramkan Di Serata Dunia

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, August 03, 2017

Video Seram Lapangan Terbang Phuket Berhantu

Video Seram Lapangan Terbang Phuket Berhantu

Sebuah video seram yang dikongsikan seorang netizen, Chiang Mai Elephant, di laman Facebook, mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket yang didakwa ‘berhantu’.

Phuket

Walaupun pihak berkuasa Thailand segera tampil menafikan, rata-rata tetap percaya apa yang dilihat itu adalah entiti sebenar.

Menerusi video berdurasi kurang dari 10 saat itu, kelihatan beberapa individu terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa berjalan melalui jejantas udara (aero bridge) di lapangan terbang itu.

Apa yang peliknya, jejantas tersebut sebenarnya tidak disambungkan dengan mana-mana pintu kapal terbang.

Netizen di media sosial mula berasa seram sehingga ada yang mengatakan lapangan terbang itu telah dimasuki roh jahat.

“Ya Tuhanku, mereka bergerak secara terbang dan kaki pun tak bergerak,” tulis seorang netizen.

Bagaimanapun menurut pihak berkuasa, video tersebut dirakam oleh ketua juruterbang dan menjelaskan fenomena tersebut terjadi akibat pantulan cermin.

Namun, kebanyakan netizen tetap berpendapat biarpun disebabkan pantulan cermin namun ia agak mustahil kerana jelas kelihatan ia seperti orang sedang berjalan dalam keadaan terapung.

Tonton video dibawah, lawat di youtube atau muat turun di sini (mediafire).

BACA INI JUGA: Video Viral Bayi Ditolak Entiti Misteri


sumber: mynewshub

Sunday, July 30, 2017

27 Jenis Hantu Dalam Masyarakat Di Malaysia

27 Jenis Hantu Dalam Masyarakat Di Malaysia

Dalam masyarakat Melayu dan orang asli istilah hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah ada sejak zaman animisme lagi.

Hantu
Gambar hiasan.

Ketika itu, semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap didiami "penunggu" atau tunggu yang perlu dihormati dengan baik. Ini dilakukan agar penunggu tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar.

Malah, jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang dikenali sebagai Dukun, Pawang, Tok Bathin bagi memastikan penunggu tersebut pula membantu penduduk daripada serangan wabak penyakit dan musuh tanaman.

Amalan ini masih kekal di kalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.

Ada pelbagai jenis-jenis hantu atau makhluk yang dianggap hantu ini. Munsyi Abdullah dalam Hikayat Abdullah telah lama mempertikaikan kepercayaan karut orang Melayu ini.

Berikut adalah 27 jenis-jenis hantu paling popular, paling terkenal dan paling menyeramkan di Malaysia.

Antara jenis-jenis hantu ini ialah:

1. Pontianak, Puntianak, Kuntilanak

Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya.

Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.

2. Polong

Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan memudaratkan musuh.

Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.

Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang.

Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi mengerit daripada dalam botol.

Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan.

Dengan memberi makan, polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.

Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.

3. Toyol

Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin, syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri.

Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Toyol biasanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan mencuri daripada jiran-tetangga.

Toyol mampu menyelip dalam mana-mana bilik berkunci dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja, kononnya termasuk yang disorok dicelah kitab suci.

Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol. Toyol yang dipelihara, dipercayai secara umum sebagai mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam.

Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari, setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.

Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Mungkin kerana kata orang tua-tua yang mengatakan bahawa "budak-budak jangan pegang duit banyak banyak".

Pemilik toyol juga perlu memenuhi apa sahaja permintaan toyol peliharaannya, sekiranya gagal, toyol tersebut akan bertindak ganas.

4. Pelesit

Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, menurut kepercayan melayu ianya hantu yang dipelihara bagi tujuan sebagai pelaris dan pemanis.

Hantu ini dikatakan secara cerita lisan bahawa sangat berusaha menjadikan tuannya disukai ramai.

Ia dinamakan pelesit kerana ia melesetkan (menyesatkan) melalui tujuan melaris diri.

5. Hantu Air, Hantu Laut

Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus digelar mambang atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap agak keras dan mampu membahayakan mereka yang bertembung dengannya.

Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.

Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang berada di pinggir air.

Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke laut dengan menggunakan acak.

Air laut yang berkilauan dikatakan menunjukkan kehadirannya dan bagi menggelakkan gangguan bagi para nelayan dari hantu air (laut), satu upacara yang dikenali sebagai semah laut akan diadakan setiap tahun.

Upacara ini juga dikenali sebagai puja pantai, main pantai.

6. Hantu Raya

Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat, juga boleh disuruh membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.

Dinamakan Hantu Raya bersempena saiznya yang besar seperti penggunaan dalam bahasa Melayu Balairaya, jalanraya dan sebagainya.

Hantu Raya biasanya mampu melakukan kerja-kerja berat seperti empat atau lima orang dengan mudah dan ia boleh menjelma sebagai manusia.

7. Hantu Bungkus, Pocong, Hantu Punjut

Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.

Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu Cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.

Hantu bungkus tidak dipelihara dan terdapat secara bebas. Kemungkinan hantu bungkus adalah jelmaan jin yang menganggu manusia.

Mereka yang berani menangkap hantu bungkus dikatakan mampu mendapat kekayaan yang banyak kerana dikatakan, dalam bungkusan tersebut terdapat wang yang banyak.

8. Langsuir

Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.

Kononnya jika dipaku di belakang tengkoknya, langsuir akan berubah menjadi seorang wanita yang cantik.

9. Bota

Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati kanak-kanak yang tidak memakai seluar.

10. Bajang

Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin, shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir.

Bajang biasanya perlu diwarisi dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup.

Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

11. Bunian

Terdapat beberapa pendapat mengenai asal-usul makhluk bunian, antaranya ialah mereka adalah daripada keturunan jin.

Pendapat kedua menyatakan mereka ialah hasil perkahwinan antara manusia dengan jin.

Dan pendapat ketiga dan yang sebenarnya, Bunian adalah makhluk ciptaan Allah dan bukan dari keturunan manusia, jin maupun malaikat.

12. Hantu Jepun

Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.

Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu, boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.

Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.

Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.

13. Hantu Bukit

Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk; lihat Hantu, yang dipercayai berkeliaran di kawasan berbukit-bukau. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.

Hantu ini tinggal di bukit dan sekiranya seseorang daripada kaum Semai bermimpi melihatnya, dia harus menjadi Halak (Dukun).

14. Hantu Kubur

Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran di kawasan perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti di kalangan orang-orang asli kerana mampu menyebarkan penyakit.

Hal ini adalah antara sebab orang asli berpindah-randah sekiranya berlaku kematian malah ia ditakuti oleh puak asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan oleh Selat Melaka.

Hantu kubur sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.

15. Pari-pari

Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin, syaitan, yang terdapat dalam hutan.

Kepercayaan terhadap pari-pari juga terdapat dalam masyarakat barat seperti di England dan Amerika Syarikat.

Pari-pari biasanya digambarkan sebagai berbentuk seperti manusia dan mempunyai masyarakat tersendiri.

Pari-pari dikatakan tidak dipelihara oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.

Asal mereka tidak jelas dalam cerita rakyat, dengan pelbagai kelakuan dan bentuk syaitan atau spesies yang bebas sepenuhnya dari manusia atau malaikat.

Pakar cerita rakyat barat telah mencadangkan bahawa asal mereka dari ras ditakluk yang hidup secara bersembunyi, atau dalam kepercayaan yang tersingkir dengan kedatangan agama Kristian.

Penjelasan ini tidak selalunya serasi dan ia mungkin dapat dijejak dari pelbagai sumber.

Pari-pari dipercayai mempunyai kuasa ajaib dan mampu membantu menyembuhkan penyakit atau memberi kekayaan.

Secara ilmiah, pari-pari kemungkinan berasal daripada kepercayaan animisme atau Hindu, (meskipun teori ini tidak berasas) yang mempercayai bahawa kesemua benda, seperti pokok besar, batu berbentuk pelik, mempunyai penunggu, dewa yang dipercayai mempunyai kuasa bagi membantu manusia.

16. Jerangkung

Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin, shaitan, yang dipelihara bagi tujuan menganiaya orang lain.

Pemeliharaan makhluk halus seperti ini turut dikenali sebagai saka.

Jerangkung bisanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya melindung diri atau bagi memusnahkan musuh.

17. Hantu Galah

Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin, shaitan.

Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.

Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang kakinya atau ketika melalui celah kangkangnya.

Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya.

Hantu galah dipercayai hanya mengusik tetapi tidak membahayakan orang.

18. Jin Tanah

Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan, yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).

Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan di adakan.

Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak, sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.

19. Hantu Keramat

Hantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang.

Hantu Keramat dikatakan akan berada di sesuatu tempat tertentu dan mampu membantu mereka yang datang membuat permintaan dari mereka.

Hantu keramat biasanya dikaitkan dengan batu besar, pokok besar atau sesuatu kawasan seperti dipersimpangan. Keramat dipercayai akan mengkabulkan permintaan seseorang yang memberikan persembahan kepada mereka.

Contohnya, dengan mempersembahkan sebiji telur, seseorang itu mampu menang loteri untuk membeli rumah besar.

20. Hantu Kum-Kum

Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari, sesetengah cerita menyatakan sebulan.

Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir.

Akibatnya mukanya menjadi buruk dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah vagina perawan.

Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.

Matlamat hantu kum-kum dikatakan memulihkan wajah penuntutnya yang terlanggar pantang.

21. Orang Minyak

Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi tujuan menceroboh masuk ke dalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri/membuat onar.

Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut, menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40 orang gadis.

Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah pada mukanya selepas dinodai.

Orang minyak bertujuan bagi memudahkan menceroboh ke dalam rumah bagi matlamat tertentu dan mampu memasuki rumah yang berkunci dengan mudah.

Sekiranya seseorang itu tidak mahu diganggu oleh Orang Minyak pada waktu malam terutamanya gadis, sekeliling tempat tidurnya harus ditaburi dengan kelopak jantung pisang dan daun keladi bira.

22. Puaka

Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin, syaitan, yang dikatakan sering berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.

Hantu puaka dipercayai sering mengikuti fenomena alam dan mendatangkan kerosakan kepada harta benda.

Hantu puaka adalah sejenis makhluk halus yang ada di air yang menyeramkan.

23. Penanggalan, Hantu Tenggelong

Hantu Penanggalan, Penanggal atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah atau Balan-balan di Sabah, merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu hitam bagi sesuatu kepentingan.

Mereka yang menuntut ilmu ini mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai.

Rawatan paling biasa dalam kisah rakyat bagi melindungi dari serangan Penanggal adalah dengan menyelerak daun mengkuang atau limau yang memiliki daun berduri yang akan mencederakan atau memerangkap isi perut, jantung, perut, paru-paru Penanggal yang terdedah ketika ia terbang mencari mangsa.

24. Hantu Bidai

Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin, shaitan, yang suka menganggu manusia.

Kononnya hantu bidai merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air juga mampu menyerupai tikar dan akan menggulung dan melemaskan mangsa.

25. Hantu Tetek, Hantu Kopek

Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin, shaitan, yang suka menganggu manusia.

Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah semasa waktu maghrib dan malam-malam, dengan cara menyembunyikan mereka di bawah kopek (buah dada) mereka.

26. Harimau Jadian

Harimau jadian atau juga dikenali sebagai harimau akuan dalam budaya Melayu dan orang asli, antaranya orang Semai, merujuk kepada sejenis ilmu yang membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki.

Ia dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan musuh.

Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal dan sekiranya tidak dibuang, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia.

27. Jembalang Tanah

Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara. Jembalang tanah dikatakan berasal daripada urin atau tali pusat bayi yang ditanam di kawasan hutan.

Jembalang tanah dikatakan akan mengganas sekiranya kawasan mereka diterokai, oleh itu setiap kali sebidang tanah baru dibuka, persembahan makanan yang dikenali sebagai acak akan diletakkan dikawasan tersebut bagi mengelakkan jembalang tanah mengamuk dan mendatangkan kemudaratan kepada peneroka tersebut.

Mengapa hantu

Hantu wujud dalam minda Melayu sebagai satu penjelasan mengenai perkara-perkara yang tidak difahami atau diketahui.

Contohnya:
  • Mengapa seseorang itu sakit mengejut padahal sebelum ini kelihatan sihat sebelum berpindah?
  • Mengapa pokok besar dan berakar songsang itu berbunyi pada waktu malam?
  • Mengapa sesebuah rumah itu ditinggalkan oleh penghuninya, dan orang yang baru berpindah masuk tidak kekal lama. Ada bunyi orang mengilai?
  • Mengapa kawasan kubur seperti ada sesuatu bergerak dan berbunyi pada waktu malam?
  • Mengapa mayat seseorang dijumpai berkecai-kecai ketika berladang?

Mungkin orang Melayu hendak menakutkan anak-anaknya agar tidak keluar waktu malam atau waktu maghrib. Mungkin cerita hantu mudah direka dan menjadi hiburan pada waktu malam.

Berdasarkan gambaran umum (tidak semestinya tepat kebenarannya), kebanyakan hantu ini matanya merah, pada mulutnya merah lantaran kesan-kesan darah.

Mulutnya penuh dengan gigi yang tajam bercerancang, berwarna merah, selalunya selepas menghisap darah.

Takut?

BACA INI JUGA: 10 Jenis Hantu Paling Menyeramkan Di Serata Dunia

sumber: wikipedia

Friday, April 14, 2017

Kisah Seram Lebuhraya Karak, Misteri atau ilusi?

Kisah Seram Lebuhraya Karak, Misteri atau ilusi?

Sebut sahaja lebuhraya Karak, pengguna jalan raya akan mula membayangkan pelbagai perkara misteri dan seram. Masyarakat di Malaysia memang sudah tidak asing lagi dengan kisah di lebuh raya ini sehinggakan ada yang takut melaluinya.

Misteri Lebuhraya Karak

Lebuhraya Karak yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang mempunyai kisah-kisah misterinya tersendiri sejak dahulu lagi.

Pemandu di kawasan berkenaan sering dimomokkan dengan kisah-kisah seram wujudnya kereta Volkswagen kuning, penumpang misteri, langsuir dan pasar bunian.

Ia seumpama 'urban legend' yang kemudian menghantui pengguna lebuh raya berkenaan sehingga mereka takut melaluinya terutama pada waktu malam.

Apatah lagi kemalangan ngeri kerap berlaku di lokasi tersebut yang dikaitkan dengan pemandu diganggu makhluk halus.

Namun sejauh manakah kebenaran ini? Apakah benar Lebuhraya Karak benar-benar diselubungi misteri atau sebenarnya faktor kecuaian pemandu dan keadaan jalan menjadi punca nahas jalan raya sering berlaku di kawasan tersebut.

Pengalaman menyeramkan

Seorang pengguna yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Shakir, 25, berkongsi cerita, dia pernah melalui pengalaman menyeramkan apabila diganggu ketika menggunakan jalan lama Karak.

Insiden seram itu berlaku ketika dia bersama rakannya menggunakan jalan tersebut untuk ke bandar Bentong.

“Saya dengan dua lagi kawan sekolej dalam perjalanan ke bandar Bentong untuk cari tempat makan. Masa tu kami tinggal di sebuah hotel berdekatan selama dua hari untuk buat kajian.

“Masa tu jam 2.45 pagi dan jalan gelap sungguh. Selepas satu laluan selekoh, tiba-tiba kami nampak cahaya terang dan ada orang berniaga di sepanjang jalan tu," katanya.

Mohd Shakir berkata, mereka yang ketika itu rancak berborak terus terdiam apabila terlihat keadaan seperti itu di tempat yang sunyi.

“Masing-masing terdiam sebab kami tahu mana ada orang berniaga kat jalan lama ni awal pagi. Saya sempat baca segala surah yang saya ingat dalam hati.

“Bila dah lepas kawasan tu, saya jeling di cermin pandang belakang dan nampak keadaan jalan yang gelap gelita," katanya.

Menurutnya, ketika itu dia berasa seram sejuk dan hanya mendiamkan diri sehinggalah mereka berjumpa dengan sebuah kedai makan.

Ditanya mengenai kejadian mistik di Lebuhraya Karak, Mohd Shakir berkata, cerita-cerita mistik memang banyak diperkatakan termasuk ada yang mendakwa nampak orang terjun dari bukit di lebuh raya itu pada waktu malam.

Menurutnya, memang perkara mistik tidak boleh diketepikan tetapi dia percaya kebanyakan kes kemalangan maut yang berlaku adalah disebabkan kecuaian sendiri.

“Sebagai pengguna kita kena lebih berhati-hati dan memandu mengikut had laju supaya tak berlaku kemalangan meragut nyawa,” katanya.

Sementara itu, berbeza dengan seorang penduduk, Mohd Faizzuldin Abdul Rashid, 33, menurutnya dia tidak pernah mengalami kejadian mistik di kawasan tersebut seperti mana yang selalu dibualkan masyarakat.

“Kes-kes kemalangan yang berlaku di sini bagi saya disebabkan kecuaian diri sendiri. Mungkin pemandu terlampau mengantuk, letih dan ada juga memandu kereta dalam keadaan bahaya sehingga menyebabkan nahas," katanya.

Nampak perempuan berselendang dalam kereta

Berbeza dengan pengalaman Mohd Shakir yang melalui jalan laama Karak, Aqil Syakir, 19, pula menempuhi pengalaman seram ketika melalui Lebuhraya Karak bulan lalu.

Menurutnya, selepas melalui kawasan Bukit Tinggi pada jam empat pagi, dia yang dalam perjalanan menuju ke Kuantan untuk menghadiri kenduri kahwin seorang rakan tiba-tiba berasa keadaan lebuh raya amat sunyi.

“Untuk hilangkan rasa takut saya cuba buka radio, tapi yang pelik radio langsung tak dapat siaran.

“Tak dapat pasang radio saya cuba tumpukan perhatian memandu semula. Tiba-tiba saya terlihat kelibat macam orang melintas. Saya terkejut, lantas terus istighfar," katanya.

Aqil berkata, dia kemudian mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan perkara itu sehinggalah dia selamat sampai di Kuantan pada jam 8 pagi.

Menurutnya, di tengah-tengah perjalanan sekali lagi dia diduga apabila kenderaannya hanya mampu capai 80 km/j walhal dia hanya bersendirian dalam kereta.

“Saya cuba nak pecut tak boleh. Saya rasa kereta saya berat macam bawa ramai penumpang.

“Saya cuba tengok cermin belakang dan ternampak perempuan berselendang. Tapi tak nampak mukanya dengan jelas kerana muka dia pandang ke bawah.

“Saya cuba untuk membaca kalimah ALLAH tapi mulut saya keras seperti dikunci. Saya baca dalam hati untuk kuatkan hati," katanya.

Tambahnya, lebih kurang lima kilometer sebelum Tol Bentong, kenderaan dipandu kembali normal dan dia boleh memecut.

“Bila tengok balik cermin belakang, perempuan tu dah tak ada. Syukur kepada Allah akhirnya gangguan itu hilang. Itulah pengalaman yang pernah dialami oleh saya semasa melalui lebuh raya itu,” katanya.

Percaya walaupun tak pernah rasa

Rata-rata pengguna yang biasa melalui jalan lama atau Lebuhraya Karak percaya dengan unsur mistik di sebalik kejadian yang pernah berlaku di kawasan itu.

Bagaimana pun, mereka mengakui tidak pernah mengalaminya sendiri sebaliknya berdasarkan cerita daripada kenalan atau saudara mara.

Seorang penduduk Kampung Lanar, Lanchang, Moha Insanain Md Roslan, 31, berkata, kedua-dua jalan itu merupakan jalan utamanya hingga kini dan masih kerap melaluinya namun tidak pernah terserempak dengan kisah-kisah yang diceritakan.

“Saya hanya dengar cerita daripada orang, kisah dari mulut ke mulut. Setakat saya sendiri memang tak pernah kena dan orang-orang yang rapat pun sama.

"Kalau ikut cerita orang-orang yang kerja bawa lori tunda ni, katanya memang adalah lokasi-lokasi ‘keras’ tu,” katanya.

Seorang penduduk Kampung Buntut Pulau, Temerloh, Mohd Farhan Mohd Alias, 31, berkata, dia percaya semua kejadian itu mungkin ada kaitan dengan kewujudan syaitan.

“Saya menetap di Bentong dan biasa guna jalan tu tapi setakat ini tak pernah lagi jumpa dan saya memang tak minta nak jumpa.

“Pernah la dengar kisah dulu-dulu macam Volkswagen kuning tapi sekarang lama dah tak dengar orang cerita,” katanya.

Berdasarkan kisah-kisah yang berlaku di negeri lain, seorang penduduk Temerloh, Muhammad Arsyad Ibrahim, 27, mengakui percaya kisah-kisah mistik itu tidak mustahil benar-benar berlaku.

BACA INI JUGA:

sumber: sh

Friday, March 24, 2017

Kisah Benar Di Bilik Mayat

Kisah Benar Di Bilik Mayat

Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Mayat
Gambar hiasan.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya.

Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar.

Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu.

Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi.

Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

” Ustaz,” kata wanita itu.

“Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya,” kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut.

Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya.

“Mak cik rasa betul, tapi kulitnya putih.”

“Makcik lihatlah betul-betul,” kata saya.

Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya, “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya.

Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.

”Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini,” kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.

Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik tapi…”

Tambah wanita itu lagi, “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.

"Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan,” kata wanita tersebut.

Jawapannya memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku.

Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut.

Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya serta pakaiannya.

“Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya tapi, emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”

Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.

Jadi ‘siapa’ yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.

Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.

Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Wallahu a'lam.

Nota editor: Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital.

BACA INI JUGA: 'Aku Sudah Mati Dan Melihat Neraka'

sumber: irfanirsyad

Friday, March 17, 2017

Video Seram Buaian ‘Berayun’ Sendiri Di Keningau!

Video Seram Buaian ‘Berayun’ Sendiri Di Keningau!

Sebuah video yang viral di Whatsapp dan Facebook menunjukkan bagaimana secara tiba-tiba buaian yang terletak di taman permainan sebuah perumahan tiba-tiba bergerak sendiri.

Seram

Itulah yang berlaku kepada seorang kanak-kanak ketika dibawa ke sebuah taman permainan di Taman Anggerik, Batu 28, Keningau, Sabah.

Menerusi perkongsian Nurul Ashiekin di Facebook, kejadian tersebut berlaku kepada salah seorang anak rakannya yang tidak henti-henti menangis apabila dibawa ke taman permainan tersebut.

“Kawan saya bawa anak dia pergi ke playground di Taman Anggerik itu, tapi anak dia menangis-nangis. Dia pun pelik, terus dia bawa anaknya pulang semula ke kereta.

“Dalam perjalanan pulang ke kereta, bila dia tengok taman permainan itu, dia ternampak buaian itu ‘berguyang’ (bergoyang) sendiri.

“Cepat-cepat dia rakam dengan telefon bimbit dan saksikanlah sendiri,” tulisnya.

Ada yang menganggap buaian itu bergerak sendiri disebabkan tiupan angin kerana keadaan cuaca pada ketika itu mendung.

Tidak kurang juga yang menganggap rakaman video itu sebenarnya hanya dibuat-buat untuk menakutkan orang ramai.

Namun, jika dilihat dengan lebih teliti memang tidak ada kelibat manusia lain yang berada di taman permainan itu untuk membuatkan buaian itu berayun.

Buaian yang berayun sendiri itu hanya dua buaian sahaja, manakala empat lagi buaian di kiri dan kanan langsung tidak terusik.

Menyeramkan!

Tonton video dibawah atau muat turun video ini di smartphone anda (mediafire).

BACA INI JUGA:


sumber: mynewshub

Tuesday, February 28, 2017

Kisah Benar Hantu Anak Menantu Hantui Banglo!

Kisah Benar Hantu Anak Menantu Hantui Banglo!

Van yang dipandu rakan sekerja meluncur laju meninggalkan pejabat yang terletak di Pasir Putih, Ipoh, Perak.

Banglo berhantu
Gambar hiasan.

Pagi itu, saya bersama dua lagi rakan sekerja iaitu Udin dan Pak Long diarahkan majikan membuat pendawaian semula di sebuah rumah yang terletak di Klebang, Ipoh.

Kami bekerja dengan syarikat pengubahsuaian rumah termasuk membuat pendawaian elektrik.

Setengah jam menempuh kesesakan jalan awal pagi, van yang dipandu Udin akhirnya memasuki sebuah taman perumahan.

"Tengok alamat. Berapa nombor rumah tu?" arah Udin yang memandu van.

"Lot 21," balas Pak Long yang duduk di hadapan.

Kami memanggilnya Pak Long kerana usianya jauh lebih tua daripada kami. Pak Long juga ialah ketua bagi kumpulan kami ini.

Lima minit berpusing-pusing dalam taman, kami temui rumah yang dicari. Rupanya ia bukan rumah teres seperti disangka.

Ia sebuah rumah banglo yang terletak dihujung taman perumahan tersebut dan bersebelahan dengan sebuah ladang sawit.

Sebaik turun dari van, saya perhatikan sekeliling. Dari luar, banglo itu kelihatan terjaga walaupun dikatakan sudah lama tidak berpenghuni. Rumput-rumput dihalaman dipotong kemas. Pokok bunga juga hidup subur.

Pintu banglo dibuka. Sebaik melangkah masuk, saya terkejut. Rupa-rupanya ada satu lagi tingkat dibawah tanah. Bermakna ia adalah banglo tiga tingkat.

Mata saya memerhati sekeliling apabila memasuki banglo itu. Ruang dalamnya dipenuhi perabot disetiap sudut. Cantik-cantik belaka.

Tetapi kebanyakannya ditutup dengan kain. Kain yang menutupi perabot dan perkakasan pula saya tengok sudah berhabuk.

"Betullah, tak ada orang duduk," bisik hati saya. Siapa pemiliknya pun saya tidak tahu.

Tanpa berlengah kami memulakan kerja. Dua rakan lain memulakan pendawaian baru diruang tamu manakala saya dibahagian dapur.

Sedang saya memecahkan dinding simen sambil berdiri atas tangga untuk mengeluarkan wayar lama, perasaan seram menjelma. Bulu roma saya terpacak. Saya terasa seram sejuk.

Zasss! Pantas saya berpaling kebelakang. Saya memerhati seluruh ruang dapur. Tiada apa yang ganjil.

"Ah, saja je tu," bisik hati saya, cuba memujuk hati sendiri.

Tapi, baru saja menyambung kerja, sekali lagi saya terasa sesuatu.

Melalui hujung mata, saya perasan seperti ada sesuatu mengintai melalui pintu bilik air di bahagian dapur yang terbuka sedikit.

Walaupun hujung mata, saya perasan susuk itu tak setinggi mana. Saiznya macam seorang kanak-kanak.

Zasss! Sekali lagi saya berpaling. Hilang! Tiada apa di situ.

"Eh, jangan main-mainlah," saya bersuara perlahan. Cuba buat-buat berani, walhal dada sudah berdebar kencang. Seram!

Tanpa memperdulikannya, saya meneruskan kerja. Simen dinding banglo itu saya pecahkan.

Dang! Dang!

Saya ketuk dengan penukul hingga bergema ruang dapur. Baru beberapa kali hentakan, saya tergamam.

Dengan pantas saya melompat turun dari tangga, terus berlari ke ruang tamu sambil memekik, hantu! hantu!

Jeritan itu mengejutkan Udin dan Pak Long.

"Woi, kenapa?" sergah Pak Long.

"Aku nampak hantu. Hantu!!!" beritahu saya. Menggigil badan saya dibuatnya.

"Kat mana?" tanya Udin pula.

"Kat dapur. Masa aku pecah dinding tadi, nampak kelibat budak lelaki laju keluar dari bilik air. Lepas tu terus hilang. Kecik aja budak tu. Dalam umur empat tahun," cerita saya dengan tangan masih menggigil.

"Dah, tak ada apa tu. Mana ada hantu siang hari macam ni. Pergi buat kerja," sampuk Pak Long tersengih sesudah mendengar cerita saya tadi.

Cis, Pak Long macam tak percaya saja. Mungkin dia menganggap saya mengada-adakan cerita.

Saya sambung kerja semula tapi dalam keadaan hati tak tenang. Sekejap-sekejap saya pandang belakang.

Pukul 12 tengah hari, kami berhenti rehat. Nasi bungkus yang dibeli Pak Long kami makan sama-sama diruang tamu.

Sedang enak menjamu selera, tiba-tiba kami diperlihatkan satu kejadian pelik sehingga semua tercengang. Kami saling berpandangan.

Tiba-tiba salah satu lampu baru yang baru dipasang menggantikan lampu lama menyala beberapa kali dalam tempoh kurang tiga saat.

"Udin, engkau dah sambung semua wayar ke?" tanya Pak Long.

Udin geleng kepala.

Tak puas hati, kami pergi periksa. Memang betul, hanya wayar neutral yang terpasang pada lampu. Wayar hidup dan wayar bumi belum dipasang.

"Macam mana boleh menyala pula?" tanya Pak Long.

"Aku dah cakap, banglo ni ada hantu. Kau tak percaya," jawab saya pada Pak Long yang membuatkan dia terdiam.

Hari itu, kami semua bekerja dalam keadaan hati tak senang. Masing-masing mula cuak dengan apa yang berlaku. Mujurlah sehingga ke petang, tiada lagi gangguan lain.

***

Esoknya, kami menyambung tugas tapi kali ini jumlah pekerja bertambah kepada lapan orang kerana kami perlu siapkan semuanya dalam tempoh tiga hari.

Antara rakan sekerja baru yang datang pada hari itu ialah tiga orang lelaki cina dan sebelum masuk rumah, Pak Long berpesan supaya menjaga sikap.

"Masuk rumah ni beradab. Jaga sikap. Ada hantu kat sini," kata Pak Long.

Kah! Kah! Kah!

Mendengar pesanan Pak Long, Ah Kiat ketawa terbahak-bahak.

"Haii ya, mana ada hantu. Lu percaya ka?" tanya Ah Kiat yang masih ketawa.

"Jangan main-main Ah Kiat," balas saya.

"Haii yaa, lu olang hantu pun takut," jawab Ah Kiat lagi. Angkuh betul nadanya.

Malas berbalah, kami diamkan saja dan memulakan tugas. Saya meneruskan tugas di bahagian dapur. Ah Kiat pula saya perasan naik ke tingkat atas.

Sejam bekerja, saya dikejutkan dengan bunyi gegaran seperti orang berlari di tingkat atas menuju ke tangga. Kemudian..

BUKKK!!

Ah Kiat tergolek atas lantai depan tangga. Rupanya dia melompat dari atas ke bawah. Pantas juga dia bangun dan terus berlari ke luar. Ah Kiat betul-betul cemas.

Semua yang tengok kelakuan Ah Kiat berlari mendapatkannya di luar rumah termasuk saya.

Waktu itu badan Ah Kiat berpeluh dan menggigil. Mukanya pucat macam tak ada darah mengalir. Ah Kiat mundar mandir tanpa arah.

"Lu kenapa?" tanya Pak Long.

"Itu atas ada hantu. Takut woo.." beritahu Ah Kiat yang masih menggeletar ketakutan.

Apa yang Ah Kiat nampak?

Bila kami tanya lanjut, rupa-rupanya dia ternampak kelibat seorang wanita merangkak keluar dari bilik air.

Terkejut dengan kemunculan makhluk tersebut, Ah Kiat terus berlari turun macam tak cukup tanah.

"Itulah, cakap besar. Saya cakap ada hantu lu tak percaya," balas Pak Long.

Ah Kiat diam. Dia juga tak mahu meneruskan kerja lagi sehingga kami terpaksa menghubungi rakan lain mengambilnya pulang.

Lebih kurang pukul 3 petang, saya dan seorang rakan naik ke tingkat atas bagi menghabiskan kerja-kerja Ah Kiat.

Sebaik menjejakkan kaki ditingkat atas, kepala saya terasa kembang kecut. Bulu roma sentiasa meremang, bagai ada sesuatu yang sedang memerhati kami bekerja.

Masa tu saya bekerja dalam keadaan tak tenang. Mata asyik meliar memerhati sekeliling.

"Tak apa, kita dua orang," ujar Udin cuba memberi semangat, padahal saya tahu dia juga sedang ketakutan seperti saya.

Sesekali, ketika saya asyik bekerja, kami ternampak kelibat kanak-kanak berlari.

Zass.. Zass..

Bayang kanak-kanak berwarna hitam itu bergerak pantas. Sekejap masuk ke bilik air, sekejap berlari keluar rumah. Adakalanya kami terdengar bunyi tapak kaki menghentak lantai.

Bukk! Bukk!

Walaupun takut, kami kuatkan semangat. Kami buat bunyi bising dan cuba mengabaikan gangguan itu.

Cemas dengan keadaan yang kurang selesa itu, kami buat kerja dengan pantas. Saya nak kerja ini dibereskan dengan segera.

Tak sanggup lagi saya bekerja di dalam banglo ini. Kalau nak bekerja pun tak sanggup, hendak tinggal di sini apatah lagi.

Entah siapa pemilik banglo ini saya pun tak tahu. Adakah dia tahu tentang semua gangguan ini, pun saya tak pasti.

***

Pukul 5.30 petang, kerja-kerja pendawaian banglo selesai dan selepas mengemas, bergegas saya dan Udin berlari turun ke bawah. Tak sanggup nak duduk di atas lama-lama.

Semasa mahu pulang, sebuah kereta masuk ke perkarangan rumah. Keluar dari kereta itu seorang lelaki tua, usianya lingkungan 60an. Mulanya saya tak tahu siapa gerangannya.

"Ni Pak Cik Amin, tuan rumah ni," Pak Long perkenalkan kepada kami.

Selepas memeriksa kerja yang kami lakukan, Pak Cik Amin mengajak kami minum di sebuah gerai berdekatan taman tersebut. Kami mengikut tanpa membantah.

Waktu itu, kami langsung tidak menceritakan apa yang berlaku ketika di banglo tersebut.

Tapi sedang rancak berbual kosong, Pak Cik Amin tembak satu soalan.

"Masa buat kerja kat rumah aku tu, kena kacau ke?" tanya Pak Cik Amin.

Saya yang tadinya tertunduk mengangkat muka. Rupanya Pak Cik Amin pun tahu.

"Kena la. Saya nampak budak," pantas saya menjawab.

"Saja je tu. Dia nak ajak main," balas Pak Cik Amin.

"Ajak main? Ishh, tu bukan main, tapi menyakat. Tak mahu saya main dengan benda tu," jawab saya.

"Pak cik tahu ke rumah tu berhantu?" soal Pak Long pula.

***

Petang itu Pak Cik Amin membuka kisah. Katanya, banglo tersebut sebenarnya milik arwah anaknya dan banglo itu juga menyimpan sebuah kisah sedih buat keluarga Pak Cik Amin.

Cerita Pak Cik Amin, sekitar sepuluh tahun lalu, masih belum banyak perumahan di kawasan itu.

Banglo anaknya terletak di hujung sekali dan berdekatan ladang kelapa sawit yang ada kini. Ladang itu pula merupakan sarang penagih dadah.

Suatu hari, menantu perempuannya mendapat panggilan daripada pembantu rumah. Hanya beberapa patah perkataan talian terputus. Sebab tak sedap hati, menantu dan anaknya bergegas pulang.

Sampai di rumah pasangan suami isteri itu terkejut. Rumah mereka telah diceroboh pencuri.

"Yang sedihnya, cucu pak cik yang baru berusia dua tahun, tak ada dosa lagi kena bunuh. Perutnya terbelah. Pembantu rumah pula kena kelar kat leher, pun mati juga. Yang buat ni penagih dadah," dedah Pak Cik Amin.

Kejadian itu memang meninggalkan trauma kepada Pak Cik Amin sekeluarga. Paling teruk ialah menantunya.

"Anak menantu pak cik tak boleh terima kejadian tu. Yalah, anak tunggal mati kena bunuh, siapa tak sedih," ujar Pak Cik Amin sayu.

"Mana anak pak cik sekarang?" tanya saya pula.

"Tulah yang buat pak cik lagi sedih. Lepas hilang cucu, pak cik pula hilang anak menantu," jawab Pak Cik Amin tanpa menghabiskan kata-katanya.

Pak Cik Amin diam seketika. Agak lama mendiamkan diri, baru dia menyambung.

"Anak menantu pak cik mati bunuh diri."

Bunuh diri?

Lanjut Pak Cik Amin, akibat tidak dapat menerima kematian tersebut, anak menantunya jadi murung.

Mereka tertekan sehingga bertindak gila. Pasangan suami isteri ini akhirnya membunuh diri.

Lebih menakutkan, mereka mati dengan cara menggantung diri di dalam banglo milik mereka itu.

Mendengar pengakuan Pak Cik Amin, terbuntang mata kami dibuatnya.

Jadi, kelibat yang kami nampak di dalam banglo itu, adakah roh cucu dan anak menantunya? Seram!

Kemudian, Pak Long yang tadi asyik mendengar bersuara.

"Buat elok rumah tu, pak cik nak duduk ke?" tanya Pak Long.

"Isshh tak. Pak cik dah ada rumah. Ingatkan rumah tu nak buat homestay,"jawab Pak Cik Amin.

GLUPP!

Sekali lagi saya tertelan air liur. Siapa nak menyewa banglo berhantu?!

Nota editor: Saya, dalam kisah benar di atas hanya mahu dikenali sebagai Shamri, berusia 24 tahun. Shamri meminta identitinya dirahsiakan dan juga lokasi banglo berhantu itu agar tidak menyinggung perasaan pihak lain.

Artikel ini diterbitkan buat pertama kalinya di dalam majalah mastika November 2016.

BACA INI JUGA: 10 Tempat Paling Berhantu Dan Menyeramkan Di Malaysia

-SENTIASAPANAS.COM