Tuesday, October 16, 2018

Samsung A9 Smartphone Pertama Miliki 4 Kamera!

Samsung A9 Smartphone Pertama Miliki 4 Kamera!

Sekiranya pada awal tahun 2019 ini ramai yang terkejut dan mengangap pengenalan telefon pintar dengan tiga kamera dibelakang sudah cukup banyak, Samsung pula merupakan smartphone pertama di dunia yang memperkenalkan telefon pintar dengan empat kamera.

Samsung A9 Smartphone Pertama Miliki 4 Kamera!

Berita yang pada mulanya bermula dengan sekadar ura-ura nampaknya berjaya menjadi kenyataan melalui acara pelancaran rasmi Samsung Galaxy A7 dan A9.

Spesifikasi

Dari segi spesifikasi, model Galaxy A9 hadir dengan skrin 6.3-inci SAMOLED dan dikuasakan oleh processor Snapdragon 710.

Model ini turut hadir dengan saiz storan yang agak tinggi iaitu 512 GB dengan penyertaan RAM 6/8 GB mengikut variasi model.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apakah yang membezakan setiap lensa yang ditawarkan Samsung Galaxy A9?

Kamera

Kamera belakang model ini hadir dengan gabungan empat kamera 24, 10, 8 dan 5 megapixel manakala kamera utamanya dilengkapi 24-megapixel untuk tangkapan biasa dengan lensa f/1.7.

Kamera kedua hadir dengan lensa zoom optikal 2X manakala kamera ketiga merupakan wide lens dan terakhir sekali lensa keempat dilengkapi dengan lensa f/2.2.

Bahagian hadapan model ini pula dilengkapi kamera 24-megapixel untuk berswafoto.

Samsung A9 Kamera

Model A9 ini akan mula ditawarkan pada bulan November 2019 dan setakat ini, tanda harga bagi model inovatif dan unik dari Samsung ini masih belum diumumkan.

Mungkinkah akan terdapat model dengan lima kamera tidak lama lagi?

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: thevocket

Wednesday, February 28, 2018

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Samsung akhirnya mengumumkan model Galaxy S9 dan S9+ secara rasmi yang merupakan model kesembilangan menerusi siri galaxy sekali gus merupakan smartphone flagship terbaru daripada Samsung.

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Pada tahun 2017 lalu, Samsung berjaya mengeluarkan Samsung Galaxy S8 yang membuatkan orang ramai lupa dengan insiden Galaxy Note 7 serta berjaya dinobatkan sebagai antara smartphone terbaik 2017.

Pada tahun 2018 ini, beberapa perubahan terbaru telah dibuat Samsung dalam usaha untuk bersaing bersama Apple dan Google dan berikut merupakan perbincangan awal mengenai model Samsung Galaxy S9 dan Galaxy S9+.

Rekabentuk dan skrin

Melihat dari segi rekabentuk, tidak banyak perubahan yang dibuat oleh Samsung. Perkara ini sudah boleh dijangkakan melihat kepada trend smartphone kini yang acap kali berubah pada setiap tahun.

Pada model Galaxy S9, Samsung telah menyertakan skrin 5.8-inci manakala Galaxy S9+ disertakan dengan skrin 6.2-inci.

Masing-masing disertakan dengan skrin Super AMOLED dengan resolusi 2960×1400.

Berbincang soal Super AMOLED, pengguna pastinya teruja dengan skrin yang terang dan jelas yang sudah lama menjadi trademark Samsung.

Menariknya, Samsung masih lagi memilih untuk mengekalkan port 3.5mm headphone jack yang sudah lama ditinggal Apple.

Placement fingerprint scanner juga telah diubah berbanding model sebelumnya untuk memudahkan capaian pengguna serta mengelakkan daripada tersentuh lensa kamera.

Spesifikasi

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Dari segi spesifikasi, tidak banyak perubahan yang dapat dibuat Samsung berbanding model Samsung Galaxy Note 8 yang sudahpun disertakan dengan spesifikasi terbaru kecuali dibahagian processor.

Model ini disertakan dengan processor Snapdragon 845 bersama RAM 4 GB buat S9 dan RAM 6 GB buat S9+.

Bateri yang disertakan pada Galaxy S9 adalah 3,000mAh manakala S9+ yang tampil dengan saiz lebih besar mempunyai kapasiti bateri 3,500mAh. Masing-masing dilengkapkan dengan teknologi IP68 dimana ianya kalis air dan debu.

Kamera

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Jika terdapat sebuah perubahan besar yang tersedia pada model ini, sudah pastinya ianya adalah kamera.

Samsung sekali lagi berjaya membawa inovasi pada kamera model ini yang membolehkan model ini melaraskan aperture dengan sendirinya daripada f1.5 kepada f2.4 bergantung kepada keadaan.

Kamera yang digunakan model ini adalah kamera 12-megapixel. Dalam pada itu, kuasa pemprosesan yang hebat membolehkan penggunaan mendapatkan rakan 720p sebanyak 960 frame dalam satu saat.

Sesuatu yang belum pernah dibuat oleh pengeluar smartphone yang lain.

Samsung turut menitikberatkan soal pencayaan dimana model terbaru ini bakal membolehkan pengguna mendapatkan gambar terbaik dalam keadaan cahaya malap.

Ciri-ciri lain

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Pada tahun ini, Samsung telah mengeluarkan sebuah lagi fungsi terbaru yang diinspirasikan daripada Animoji iaitu AR Emoji.

Sepertimana animoji, Galaxy S9 berpeluang untuk mengesan wajah anda serta mengubah kepada watak yang seakan kartun.

Anda juga boleh turut memadankan wajah anda kepada beberapa watak lain seperti watak daripada Disney. Sebuah ciri yang menarik dan kurang releven pada pendapat kami.

Harga

Samsung Galaxy S9 Smartphone Terbaik 2018?

Harga yang diumumkan buat Samsung Galaxy S9 nampaknya masih lagi sama sewaktu pelancaran model flagship mereka pada tahun lalu.

Samsung Galaxy S9 64 GB bakal mula ditawarkan dengan harga RM3,299 manakala S9+ 64 GB ditawarkan pada harga RM3,799.

Adakah berbaloi?

Sekiranya anda merupakan pengguna Samsung Galaxy S8, mendapatkan model ini mungkin tidak berbaloi berikutan perubahan yang tidak ketara.

Dalam pada itu, sekiranya anda sedang mencari smartphone flagship selain Apple dan Google yang berspesifikasi tinggi serta mempunyai kehebatan kamera yang baik, mendapatkan Samsung Galaxy S9 sememangnya berbaloi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Cara Mengetahui Smartphone Samsung Original

sumber: thevocket

Thursday, April 06, 2017

5 Ciri Utama Samsung Galaxy S8 Peminat Tegar Wajib Tahu

5 Ciri Utama Samsung Galaxy S8 Peminat Tegar Wajib Tahu

Siri smartphone terbaharu Samsung Galaxy S8, menawarkan dua variasi iaitu Samsung Galaxy S8 (skrin bersaiz 5.8 inci) dan Samsung Galaxy S8+ (skrin bersaiz 6.2 inci).

Samsung Galaxy S8

Menerusi kata kunci ‘#UnboxYourPhone’, Samsung turut mendedahkan ciri-ciri utama terbaharu telefon pintar mereka melalui catatan tweet di akaun @samsungmobile.

Berikut adalah lima ciri-ciri utama terbaharu yang anda perlu tahu mengenai Samsung Galaxy S8.

1. Skrin ‘Infinity Display’

Samsung Infinity Display

Rekaan simetrikal digunakan pada telefon pintar ini, yang dikatakan selesa pada tangan pengguna.

Selain itu, dengan butang Home fizikal dibuang, penggunaan bingkai yang lebih kecil serta pengguna skrin melengkung, Samsung Galaxy S8 memberikan paparan skrin hadapan yang lebih besar yang dipanggil sebagai Infinity Display.

Melalui rekaan skrin hadapan baharu ini, ia turut menawarkan nisbah paparan 18.5.9 (lebih besar daripada 16:9).

Ya, pengguna akan lebih puas apabila menonton video atau bermain permainan video!

2. Pengimbas mata ‘Iris Scanner’

Samsung Iris Scanner

Menurut Samsung, mereka menitikberatkan privasi dan keselamatan pengguna dan beberapa mekasnime terbaharu telah diperkenalkan, antaranya pengimbas mata (Iris Scanner), pengecaman muka untuk nyah-kunci telefon dan integrasi pengimbas cap jari di bahagian belakang telefon.

nota: Ciri ini nampaknya boleh ‘diperdaya’ dengan hanya menggunakan gambar pemilik peranti tersebut.

Satu video di YouTube yang menunjukkan ciri keselamatan wajah ini disabotaj dengan mudah telah mula tersebar dan dengan beberapa percubaan sahaja, ciri keselamatan ini berjaya diperdaya dengan mudah.

Kelemahan ini kini sudah pastinya diketahui oleh Samsung dan syarikat ini masih mempunyai masa untuk membetulkan kelemahan ini kerana S8 dan S8 Plus hanya akan memasuki pasaran pada 21 April 2017.

Gambar yang digunakan untuk memperdaya sistem keselamatan Samsung S8 ini telah diambil pada jarak dan sudut yang sesuai untuk mengaktifkan ciri ini dan masih menjadi tanda tanya samada kelemahan ini boleh dieksploitasi jika gambar pemilik peranti ini diambil dari jarak dan sudut yang berbeza.

3. Kamera

Walaupun syarikat telefon pintar yang lain kini menggunakan dwi-kamera, Samsung masih mengekalkan penggunaan satu lensa, dengan kamera belakang 12-megapiksel.

Sementara itu, bagi bahagian hadapan telefon, Samsung menyediakan kamera 8-megapiksel dengan sokongan Auto Fokus Pintar, yang dikatakan mampu mengambil swafoto anda dalam apa jua keadaan.

Bagi anda yang suka mengambil gambar pada waktu malam atau di tempat yang gelap, kamera belakang Galaxy S7 dilengkapi dengan lensa F/1.7 yang akan memberikan lebih cahaya kepada gambar dan video yang diambil.

Kamera Galaxy S8 turut dilengkapi pengesan Dual Pixel.

4. Teknologi 10nm

Dengan inovasi cip pemprosesan berkuasa tinggi melalui teknologi 10nm, ia mampu meningkat pelancaran aplikasi dalam telefon pintar Galaxy S8 dan S8+ dengan cepat selain turut menjadikan hayat bateri telefon menjadi lebih lama.

Cip ini juga menjadikan penggunaan tenaga telefon pintar menjadi lebih efisien.

5. Sokongan kecerdasan buatan Bixby

Samsung Bixby

Samsung turut membangunkan sokongan kecerdasan buatan bernama Bixby, pada perisian kamera yang akan memberikan maklumat lebih lanjut melalui pengimbasan sesuatu produk.

Contohnya, jika anda sedang mengimbas sepasang kasut melalui Galaxy S8, Bixby akan membantu anda untuk memberi info tambahan serta pautan untuk membelinya di laman web.

Nantikan kemunuculan Samsung Galaxy S8 di Malaysia!

BACA INI JUGA: Samsung Lancar Galaxy A5 Dan Galaxy A7 Series Terbaru 2017

sumber: aa