Sunday, November 25, 2012

Stacy Hangat Bercinta Dengan Pelakon Drama 6 Progresif?

Stacy Hangat Bercinta Dengan Pelakon Drama 6 Progresif?

Penyanyi yang popular menerusi lagu Pelangi Senja, Stacy dikhabarkan sedang menjalin hubungan dengan pelakon muda drama 6 Progresif iaitu Ijoy.


Namun sejauh mana hubungan itu tidak ketahui kerana sumber yang memberi maklumat ini adalah dari mulut peminat setia Stacy.

Menerusi Rotikaya, peminat berkenaan memberitahu pernah terserempak dengan pasangan itu di dalam beberapa acara.

Tetapi apabila diminta untuk bergambar bersama mereka sering menolak.

Mungkin mereka ada alasan yang tersendiri mengapa tidak mahu berbuat demikian.

Selain itu, Ijoy juga pernah didakwa bermasam muka dan bertengkar dengan Akim AF tentang isu berkaitan Stacy satu masa dulu.

Tetapi apa sebabnya tidak pasti, mungkin kes cemburu?

Sementara itu, jika dilihat barisan pelakon drama 6 Progresif tidak kelihat pula jejaka bernama Ijoy.

Mungkin dia hanya pelakon sampingan atau menggunakan nama lain.

Tak tahulah…. Lihat saja beberapa gambar ini.


-Rotikaya

Saturday, November 10, 2012

Saya Tak Mahu Aibkan Sesiapa! - Ana Dahlia

Saya Tak Mahu Aibkan Sesiapa! - Ana Dahlia

Ketika berlangsungnya majlis Anugerah Skrin 2012 malam tadi, Ana Dahlia adalah antara selebriti yang berjaya kami tangkap untuk ditemubual ringkas.


Ana Dahlia yang kelihatan ceria seperti tiada apa yang berlaku ini sekali lagi mengulangi pendirian beliau tidak mahu membuka cerita demi menjaga aib semua pihak yang terlibat.

Selain itu, Ana Dahlia tetap berharap orang ramai terutamanya peminat hiburan tidak menjatuhkan hukum sesuka hati kerana beliau menganggap jodoh dengan Chef Riz tidak panjang.



–Rotikaya.com