Saturday, October 15, 2016

Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Disediakan

Resepi Nasi Ayam Sedap Dan Mudah Disediakan

Adakah anak-anak anda suka makan nasi ayam dan tidak bosan memakannya? Walhal, hampir semua anak suka makan nasi ayam.

Nasi Ayam

Tetapi jika tiap hari kita pergi ke kedai untuk beli nasi ayam, harganya bukanlah murah sangat kan.

Sebaiknya anda boleh membuatnya sendiri di rumah dan boleh menjemput anak untuk masak sama-sama.

Resepi nasi ayam ini memang paling sedap dan simple. Nasinya sedap dan ayamnya pun sedap.

Kalau anda belum tahu bagaimana cara membuat nasi ayam, saya sudah sediakan bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.

Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun menggunakan banyak bahan dan nampak sukar, tapi sebenarnya simple.

Resepi Nasi Ayam Sedap

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam – di potong 8
  • 2 ulas bawang putih – di tumbuk halus
  • 2 cm halia – di tumbuk halus
  • sos tiram
  • kicap cair
  • kicap manis
  • madu
  • minyak bijan

Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • garam
  • 2 bunga lawang
  • 4 buah pelaga
  • 1 kayu manis
  • 2 helai daun pandan
  • 1 helai daun salam
  • susu full cream
  • garam
  • serbuk ayam
  • gula
  • bawang goreng

Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
  • air rebusan ayam
  • jeruk kubis
  • serbuk ayam
  • garam
  • bawang goreng
  • irisan daun sop

Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara masak ayam:
  • Kisar bawang putih dan halia, lalu perap ayam dengan bahan kisar tersebut selama 30 minit.
  • Panaskan air sampai mendidih di dalam periuk dan masukkan ayam tadi. Perlahankan api sampai ayam menjadi setengah masak.
  • Sambil menunggu, anda siapkan bahan perap. Campurkan sos tiram, kicap cair, kicap manis, madu dan minyak bijan dalam satu wadah.
  • Kalau ayam sudah siap, angkat ayam tadi dan perapkan dengan bahan perap seketika.
  • Dinginkan ayam kurang lebih 1 jam.
  • Goreng ayam dalam kepanasan api sederhana di dalam periuk yang dalam sampai ayamnya tenggelam oleh minyak.
  • Setelah ayam masak, angkat dan gantung untuk toskan minyak.
  • Ayam sudah siap dipotong dan dihidang.

Cara buat nasi ayam:
  • Basuh beras, tos dan letakkan di dalam rice cooker.
  • Masukkan mentega, tumis bawang putih, dan halia yang telah dikisar, sambil itu masukkan bunga lawang, buah pelaga, kayu manis, daun pandan dan daun salam seketika.
  • Setelah naik bau harum, masukkan separuh daripada air rebusan ayam, susu full cream, garam dan serbuk ayam dan gula untuk mengikat rasa.
  • Tutup api dan biarkan mendidih, jika sudah tuang ke dalam beras tadi.
  • Lepas nasi masak, tabur bawang goreng.
  • Nasi ayam siap disantap.

Cara buat sup nasi ayam:
  • Air rebusan ayam yang semula di masak lagi dan campurkan jeruk kubis, garam, dan serbuk ayam.
  • Bubuh dengan irisan daun sop dan bawang goreng saat dihidangkan.

Cara buat sos nasi ayam:
  • Campurkan cili merah, halia dan bawang putih, masak di dalam kuali.
  • Tambahkan air rebusan ayam, lalu masukkan gula, garam dan cuka secukupnya.
  • Masak dengan api kecil hingga likat. semua bahan sos di atas.
  • Cara buat kuah kicap nasi ayam:
  • Air kicap dari hasil perap ayam sebelumnya, dimasak lagi di dalam kuali hingga mendidih.
  • Angkat dan letakkan di mangkuk.

Sebagai petua terakhir, pastikan ayam tidak direbus lama sangat kerana ayam akan hancur apabila menggoreng.

Selamat mencuba resepi nasi ayam paling sedap dan simple ini.

BACA INI JUGA: Resepi Cekodok Pisang Yang Rangup!

Sumber: myresepi

Thursday, June 02, 2016

8 Resipi Unik Kuih Raya 2016!

8 Resipi Unik Kuih Raya 2016!

Pernah tak terlintas dalam fikiran tiap-tiap tahun sama je kuih raya tradisional, takde yang lain ke? Apa kata tahun ini kita cuba lain dari lain. Konfirm, tetamu akan kata wow! Uniknya kuih raya ni!

Antara yang boleh dibuat secara simple dan Yummy!

1. Biskut Pepero

Biskut Pepero.jpg

Bahan-bahannya:
  • 1 biji kuning telur
  • 1 biji putih telur
  • 3 1/2 oz milk chocolate
  • 1 oz white chocolate
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • s 2 sudu besar gula
  • 1/8 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan mentega
  • 2 sudu besar air
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1/2 sudu kecil baking powder

Cara-cara membuatnya:
  • Mula-mula, campurkan susu pekat manis dengan air dan ketepikan.
  • Satukan tepung, gula, baking powder dan garam.
  • Gaul hingga sebati.
  • Kemudian masukkan mentega ke dalam adunan tepung, setelah sebati masukkan kuning telur.
  • Akhir sekali masukkan bancuhan susu tadi.
  • Sekiranya adunan masih melekit, tambahkan tepung hingga adunan menjadi doh.
  • Balut doh dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk selama 20 minit.
  • Tujuannya adalah untuk memastikan doh sebati dan rangup setelah dibakar.
  • Keluarkan doh dan bentukkan menjadi jejari.
  • Setelah siap, simpan sekejap doh yang dibentuk tadi dalam peti sejuk, lebih kurang 10 minit.
  • Pastikan oven telah dipanaskan dgn suhu 175 darjah celcius.
  • Keluarkan biskut jejari tadi dan sapukan putih telur dan bakar selama 20-25 minit atau hingga biskut masak.
  • Untuk salutan biskut, cairkan milk chocolate dan white chocolte dengan kaedah double boiler.
  • Sebelum biskut dicelup ke dalam coklat, pastikan biskut telah sejuk.
  • Jika kreatif, boleh saja tambahkan pelbagai jenis hiasan coklat mengikut citarasa anda.

2. Biskut Lidah Kucing

Biskut Lidah Kucing.jpg

Bahan-bahannya:
  • 250 gm butter
  • 175 gm gula kastor
  • 100 ml putih telur
  • 200 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • 1/4 sudu teh emplex (perangup biskut)
  • 6 pewarna berbeza: merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu.

Biskut Lidah Kucing [2].jpg
Dulang khas untuk bakar biskut lidah kucing.

Cara-cara membuatnya:
  • Mula-mula, sapukan loyang dengan sedikit butter.
  • Ayakkan bersama tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan.
  • Dengan menggunakan mixer, pukul mentega dan gula hingga berkrim.
  • Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
  • Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian.
  • Letakkan pewarna untuk setiap bahagian dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan.
  • Paipkan atas loyang lidah kucing.
  • Akhir sekali, bakar dalam oven pada suhu 150°C selama 15 hingga 20 minit.

3. Biskut Oreo Penakluk Cinta

Biskut Oreo Penakluk Cinta.jpg

Bahan-bahannya:
  • 30 keping Oreo
  • 6 sudu besar mentega
  • 2 cawan marshmallow (pelbagai warna)
  • 1 sudu besar sos karamel
  • 3 sudu besar cip coklat

Cara-cara membuatnya:
  • Panaskan oven pada suhu 180°C.
  • Cairkan mentega lebih kurang 30 saat di dalam microwave.
  • Sementara itu, hancurkan Oreo.
  • Satukan dan gaul sebati.
  • Sediakan loyang acuan silikon.
  • Tuang adunan Oreo ke dalam acuan, ratakan dan tekan-tekan supaya padat.
  • Bakar selama 10 minit.
  • Keluarkan dari oven dan tabur dengan marshmallow.
  • Picit-picitkan sos karamel.
  • Bakar kembali selama 8 minit.
  • Keluarkan dari oven dan tabur dengan cip coklat.
  • Sejukkan di dalam peti sejuk selama lebih kurang 6 ke 8 jam, atau semalaman.
  • Keluarkan dan potong kecil-kecil ikut selera.

4. Biskut Rainbow Styles

Biskut Rainbow Styles.jpg

Bahan-bahannya:
  • 250gm Tepung Gandum
  • 1 sudu besar Tepung Jagung ( brown &polson )
  • 50 gm Tepung Susu 250 gm
  • Mentega / marjerin 160 gm
  • Gula Aising 1 sudu kecil
  • Esen Vanila Pewarna – Ungu Violet, Biru, kuning, jambu, merah, hijau epal

Cara-cara membuatnya:
  • Satukan ke semua bahan dalam mangkuk dan uli sehingga menjadi doh.
  • Bahagikan kepada 7 bahagian untuk diwarnakan - dan satu bahagian tanpa warna.
  • Uli dan gulung doh memanjang atau menggunakan piping bag pastikan saiz seperti sebatang straw, perlu diingat styles cookies saiz setiap doh yang diuli perlukan saiz seakan sebatang straw minuman.
  • Susun setiap doh yang telah diuli menjadi seakan straw minuman atas loyang atau dulang.
  • Susun rapat-rapat antara setiap doh yang telah diwarnakan dan diuli.
  • Apabila telah siap disusun.
  • Sejukkan sebentar dalam peti sejuk selama 30 minit.
  • Keluarkan doh dari peti sejuk, potong bersilang seperti bentuk 3 segi, anda boleh memotong memanjang jika suka, Styles cookies hanya sesuai bentuk 3 segi dan 4 segi kerana keunikannya dan tiada pembaziran doh.
  • Hias dengan gula manik.
  • Bakar pada suhu 160°c selama 18 minit.

5. Biskut Donut

Biskut Donut.jpg

Bahan-bahannya:

Bahan A
  • 150 gm mentega
  • 30 gm shortening
  • 100 gm gula caster
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 sudu teh emplex

Bahan B
  • 200 gm tepung gandum
  • 60 gm tepung jagung
  • 30 gm nestum - dikisar
  • 3 sudu besar susu tepung
  • Hiasan
  • Coklat masakan putih
  • Manik berwarna warni

Cara-cara membuatnya:
  • Satukan bahan A dan pukul hingga sebati.
  • Masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh.
  • Canai doh dan terap dengan acuan berlubang berbentuk donut.
  • Bakar dalam oven pada suhu 150°C selama 20 minit atau sehingga biskut masak sempurna.
  • Setelah masak susun atas redai hingga sejuk.
  • Cairkan coklat masakan dengan kaedah double boiler.
  • Celupkan sebelah permukan biskut.
  • Taburkan manik.
  • Tunggu coklat mengeras dan simpan dalam bekas kedap udara.

6. Biskut Meringue

Biskut Meringue.jpg

Bahan-bahannya:
  • 3 biji telur putih
  • 3⁄4 cawan gula
  • Pewarna ikut suka

Cara-cara membuatnya:
  • Kalau anda mahu gula mudah digaulkan dengan putih telur, panaskan gula di dalam oven selama lima minit. 
  • Kemudian pukul putih telur sehingga menjadi warna putih.
  • Masukkan gula yang panas tadi ke dalam adunan dan terus pukul adunan.
  • Apabila telah siap, letakkan pewarna yang disukai.
  • Masukkan adunan yang telah siap dicampur dengan pewarna ke dalam piling dan buat corak seperti coklat Hersheys atau corak-corak lain yang menarik.
  • Bakar dalam oven selama 90 minit.

7. Biskut Sandwich Mawar Red Velvet

Biskut Sandwich Mawar Red Velvet.jpg

Bahan-bahannya:

Bahan A
  • 2/3 cawan shortening
  • 1 3/4 cawan guna
  • 2 biji telur
  • 1 sudu vanilla
  • 1/4 cawan buttermilk
  • 1 sudu pewarna merah
  • 2 cawan tepung AP
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 sudu garam

Bahan B (krim)
  • 1 cawan mentega yang telah dilembutkan, softened
  • 4 cawan gula kasar
  • 1/2 sudu ekstrak badam
  • 13 auns krim marshmallow

Cara-cara membuatnya:

Bahan A
  • Panaskan oven sehingga 350 C.
  • Dengan menggunakan mixer, pukul shortening dan gula sehingga sebati.
  • Masukkan telur, satu demi satu dalam kelajuan mixer yang telah dikurangkan.
  • Masukkan vanila, buttermilk dan pewarna merah.
  • Dalam mangkuk berasingan, pukul tepung, serbuk koko dan garam.
  • Adunan ini dimasukkan ke dalam adunan yang sebelumnya.
  • Uli sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam piping dan buat bentuk bunga ros.
  • Bakar selama 6-8 minit.

Bahan B
  • Pukul mentega menggunakan mixer sehingga ia menjadi ringan dan gebu.
  • Masukkan ekstrak badam. 
  • Masukkan perlahan-lahan gula kasar sehingga semuanya sebati. 
  • Bila siap, simpan di tempat yang sejuk. 
  • Jadikan Bahan B ini sebagai krim di antara dua Bahan A (biskut).

8. Cupcakes Nutella

Cupcake Nutella.jpg

Bahan-bahannya:
  • 1 cawan Nutella
  • 3/4 cawan (120g) tepung naik sendiri
  • 2 biji telur yang dipukul sedikit

Cara-cara membuatnya:
  • Panaskan ketuhar kepada 180°C. Sediakan acuan cupcake dengan 9 acuan dan letakkan kertas cupcake.
  • Masukkan Nutella, tepung dan telur ke dalam mangkuk. Campurkan adunan dengan sudu besi sehingga sebati.
  • Isi acuan cupcake dengan adunan dan bakar sehingga 20-25 minit. Cupcake yang cukup masak akan melantun kembali apabila di picit sedikit di permukaan dengan jari.
  • Biarkan sejuk sebelum dialihkan dan dihidang.
  • Jika anda ingin menambah frosting, anda boleh campurkan 1 cawan Nutella bersama cream cheese. Masukkan ke dalam beg paip dan hiaskan cupcake anda.

Akhir kata, sedap itu memang sedap tapi perlu ingat jaga kesihatan!

BACA INI JUGA: Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Sumber: Bolehbah

Thursday, July 09, 2015

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Mesti ada ramai ibu yang mencari resepi sedap yang mudah disediakan namun menjadi kesukaan seisi keluarga.

Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Apatah lagi, kini banyak para ibu yang bekerjaya hingga adakala tidak cukup masa untuk menyediakan sesuatu juadah.

Apa kata, cuba resepi baru mudah yang kami ingin kongsikan ini.

Bagi yang pernah menjamah selera di Kenny Rogers, pasti sudah terbayang-bayang keenakan ayam pangangnya yang sangat popular itu kan?

Tapi tak ramai tahu, sebenarnya anda sendiri boleh menyediakan ayam panggang ala-ala Kenny Rogers ini. Apa yang penting, bahannya tidak banyak dan mudah disediakan.

Mari kita mulakan resepi meletup `Ayam Panggang Ala Kenny Rogers’.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar
Sedikit mentega

Cara-cara:

1. Campur kesemua bahan (kecuali ayam) dengan sedikit air dan kisar.

2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.

3. Perap selama 1 1/2 jam.

4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang.

5. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.

6. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.

7. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Selamat mencuba!

BACA INI JUGA: Resipi Sedap Ayam Masak Lemon Dan Kentang

Sumber: myResepi

Tuesday, May 19, 2015

Resipi Sedap Ayam Masak Lemon Dan Kentang

Resipi Sedap Ayam Masak Lemon Dan Kentang

Ayam dan kentang boleh dikatakan makanan menjadi pilihan ramai. Ini kerana masakan dengan gabungan kedua-dua bahan ini sangat popular sebagai contoh kari ayam, ayam sambal kentang dan banyak lagi.

Ayam-Lemon-dan-Kentang

Namun, jika menu ayam lemon dan kentang amat jarang ditemui dan hanya boleh didapati jika ada anda menghadiri majlis-majlis yang menyediakan juadah secara buffet.

Mungkin ramai yang mengidam tetapi tidak tahu bagaimana atau cara memasak juadah enak ini.

Jadi kali ini kami akan berkongsi dengan anda semua resipi mudah untuk memasak ayam lemon dan kentang ini yang dipetik dari Rasa.

BAHAN-BAHAN:
  • 3 sudu minyak zaitun
  • 6 ketul peha ayam
  • Garam & Lada hitam
  • 1 biji bawang holand (dihiris kasar)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 6 biji kentang (dihiris halus)
  • 1 cawan air rebusan ayam
  • ½ epal cider
  • 2 sudu perahan lemon
  • Beberapa batang rosemery
  • Herba thyme

BAHAN PERHIASAN:
  • ½ hirisan keju parmesan
  • 6 – 10 hirisan lemon

CARA PENYEDIAAN:
  1. Panaskan minyak zaitun di dalam periuk (pan) dengan api yang sederhana.
  2. Perapkan ayam dengan garam dan lada hitam selama beberapa minit.
  3. Bakar ayam dalam periuk sehingga keperangan.
  4. Kemudian, asingkan ayam dan tambahkan sedikit minyak ke dalam periuk.
  5. Mula mengoreng bawang dan biarkan ia selama 1 minit.
  6. Campakkan bawang putih ke dalam periuk dan gaulkan selama 30 saat.
  7. Masukan kentang dan taburkan garam dan lada hitam kedalamnya.
  8. Selepas itu, masukan air rebusan ayam dan masukan sedikit epal cider di dalam periuk.
  9. Gaul sehingga rata dan campakkan beberapa batang daun rosemary.
  10. Biarkan sehingga mendidih dan masukan semula ayam yang telah di asingkan sebentar tadi.
  11. Tutup periuk dan biarkan ia dengan api sederhana sehingga ayam benar-benar masak dan kentang menjadi empuk.
  12. Alihkan penutup dan masukan air perahan lemon.
  13. Kacau sehingga rata dan taburkan keju parut dan hirisan lemon sebagai pelengkap hiasan sebelum dihidangkan.
  14. Nah kini ia sedia dihidangkan!

Selamat mencuba dan menjamu selera!

BACA INI JUGA: Resepi Cekodok Pisang Yang Rangup!

Sumber: Tupai.com.my

Wednesday, March 25, 2015

Resepi Rahsia Ikan Goreng Garing

Resepi Rahsia Ikan Goreng Garing

Ikan goreng merupakan kegemaran ramai. Namun, ramai juga yang menghadapi masalah ikan melekat pada kuali semasa menggoreng.

Ikan Goreng Garing

Rahsia ikan digoreng garing dan cantik serta tidak melekat pada kuali selain minyak yang cukup panas ialah dengan memasukkan asam keping atau gelugur dan menaburkan sedikit tepung jagung pada ikan yang sedang digoreng.

Cukup mudah, bukan?

Kenapa tidak amalkan jika hasilnya akan memuaskan selera anda sekeluarga. Anda akan dapati ikan goreng masak garing dan cantik.

Selamat mencuba..

BACA INI JUGA: Makanan Yang Sangat Ekstrim Di Dunia

Sumber: Hmetro.com.my

Thursday, October 09, 2014

Resepi Cekodok Pisang Yang Rangup!

Resepi Cekodok Pisang Yang Rangup!

Apabila cuaca hujan dan mendung seperti sekarang ini, alangkah baiknya kalau ada hidangan enak untuk dibuat santapan.

Cekodok pisang

Antara yang menjadi ‘feveret’ sudah tentulah jemput pisang atau cekodok.

Resipi untuk membuat cekodok pisang yang rangup sebenarnya mudah dan yang paling penting, kosnya murah.

Istimewanya resepi cekodok pisang rangup ini adalah planta atau mentega sebagai bahan penambah baik dalam adunan bater, yang berfungsi untuk membantu merangupkan cekodok anda.

Bahan-bahan;

4-5 biji pisang
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu Planta atau mentega
3-4 sudu gula pasir
secubit garam

*Masukkan soda bikarbonat atau serbuk penaik jika mahu (resepi ini tidak menggunakan serbuk penaik)

Cara-cara;

1. Di dalam bekas, lenyekkan pisang bersama mentega, gula dan garam. Kemudian masukkan soda bikarbonat, dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu. Ini supaya apabila menggoreng, ia tidak terlalu lembik dan gebu.

2. Di dalam kuali yang berisi minyak panas, masukkan adunan pisang secara perlahan-lahan. pastikan api sederhana digunakan.

3. Goreng sehingga warna keemasan dan terapung. Toskan lebihan minyak dan hidangkan panas-panas bersama kopi ‘O'!

Terangkat beb!

BACA INI JUGA: Khasiat Memakan Pisang Yang Anda Tidak Tahu

Sumber: mynewshub