Wednesday, November 29, 2017

Skandal Rasuah MARA Di Australia, RM77 Juta Duit Rakyat Lesap!

Skandal Rasuah MARA Di Australia, RM77 Juta Duit Rakyat Lesap!

Dengan dua syarikat yang berdaftar di British Virgin Islands (BVI), dokumen dan satu perjanjian yang meragukan serta laporan penilaian yang tinggi, sekumpulan rakyat Malaysia didakwa mengaut kira-kira RM60 juta daripada satu urus niaga hartanah yang dikatakan tanpa mengeluarkan satu sen pun.

Rasuah MARA di Melbourne

Walaupun pembelian telah dilaporkan sebelum ini, kini kita dapat menunjukkan untuk pertama kalinya bagaimana pembelian dan penjualan hartanah itu dilakukan tanpa perlu meletakkan sebarang wang pendahuluan dan didakwa mengaut berpuluh-puluh juta ringgit.

Ia tertumpu kepada hartanah yang dikenali sebagai UniLodge, sebuah bangunan 12 tingkat di 746, Swanston Street di pusat bandar Melbourne.

Ia telah "dijual" kepada Mara Inc untuk A$41.8 juta (RM138 juta) berbanding harga pasarannya ketika itu dan harga transksi AS$23.5 juta (kira-kira RM77.6 juta).

"Penjualan" pada 2012 itu datang dengan kaveat - hartanah itu, yang mempunyai 281 bilik penginapan pelajar, tidak bertukar tangan sehinggalah lewat kemudiannya.

Apa yang ditransaksikan adalah pemilikan sebuah syarikat BVI yang mempunyai sedikit atau mempunyai apa-apa aset.

Mereka rakyat Malaysia yang terlibat dalam perjanjian itu telah dikenal pasti dalam pelbagai dokumen rasmi, termasuk bekas pegawai tertinggi Mara Inc.

Pada 28 Ogos 2012, berdasarkan satu penilaian UniLodge oleh juruukur dan penilai yang berpejabat di Malaysia, Mara Inc membayar A$41.8 juta untuk pembelian semua kepentingan dalam sebuah syarikat BVI yang dipanggil Thrushcross Ltd.

Malaysiakini tidak menyiarkan semua identiti itu sementara menunggu komen mereka.

Laporan penilaian itu adalah tambahan kepada perjanjian jual beli Thrushcross. Penjualnya ialah Scarlett Nominees Limited, sebuah lagi syarikat berdaftar BVI.

Perjanjian jual beli antara Scarlett dan Mara Inc menyatakan bahawa Thrushcross adalah “beneficial owner” UniLodge dan "mempunyai hak untuk menyelesaikan dan akan mempunyai hak milik yang sah terhadap hartanah itu."

Perjanjian ini untuk membeli syarikat BVI adalah untuk memperoleh "semua kepentingan" dalam Thrushcross Ltd, yang kemudiannya menukar namanya kepada Thrushcross Land Holdings Ltd.

Tetapi kedua-dua Scarlett dan Thrushcross tidak mempunyai harta tak alih atau sebarang harta atas nama mereka. Pendek kata, Mara Inc membeli "shell comppany" bernilai A$41.8 juta dari sebuah lagi "shell company" yang lain.

Pendedahan yang mengejutkan ini terkandung dalam dokumen yang diperoleh oleh Fairfax Media di Melbourne dan Malaysiakini.

'SOP kami sangat teliti'

MARA mempunyai portfolio pelaburan global, yang keuntungannya digunakan untuk mendanai, antara lain, pendidikan untuk golongan miskin dan masyarakat Melayu di kampung-kampung.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Pengerusi Mara Inc Mohammad Lan Allani berkata beliau tidak dapat mengingati maklumat terperinci transaksi itu.

“Apa yang boleh saya kata jika syarikat itu (Thrushcross) adalah shell company, tidak mungkin Mara Inc akan luluskan urus niaga itu. SOP (prosedur operasi piawai) kami sangat teliti.

“Ketika saya jadi pengerusi, saya sangat cermat. SOP itu mesti menyeluruh. Kita ada proses penilaian. Hanya apabila kesemua ini selesai, batu kita teruskan,” katanya.

Katanya, sebagai pengerusi Marc Inc, beliau harus menandatangani kesemua dokumen-dokumen.

“Untuk maklumat lanjut kamu kena tanya CEO (ketika itu Abd Rahim Halim).”

KRONOLOGI Bagaimana MARA rugi RM60j dalam urus niaga hartanah di Australia

Skandal Rasuah MARA Di Australia, RM70 Juta Lesap!

Majlis Amanah Rakyat (MARA) didapati membayar A$41.8 juta (kira-kira RM138 juta) kepada sebuah "syarikat lahu" (syarikat tanpa operasi atau shell company) bernilai US$2 di Caribbean, yang mendakwa mempunyai kepentingan dalam sebuah bangunan di Melbourne, Australia.

Dengan menggunakan jaringan transaksi atas kertas yang rumit dan syarikat yang diperbadankan di British Virgin Islands (BVI), berjuta ringgit bertukar tangan melalui perjanjian jual beli, dan dengan bantuan mereka yang mempunyai kepentingan peribadi dalam urus niaga itu.

Dua lagi urus niaga diperlukan untuk melengkapkan pembelian itu. Pembelian itu dikaburi lagi dengan transaksi yang dibuat melalui syarikat di BVI oleh beberapa warga Malaysia, termasuk bekas pegawai MARA.

Malaysiakini dan media berpangkalan di Melbourne, Fairfax Media, memperolehi dokumen menggemparkan ini yang memberi gambaran tentang penipuan yang berlaku.

Ia telah menjejaskan kepentingan MARA, menyebabkan badan yang ditubuhkan untuk membantu golongan Melayu miskin itu kerugian berjuta ringgit.

Dokumen itu mendedahkan:
  • Walaupun tiada kepentingan perundangan dalam hartanah itu, Scarlett Nominees Ltd membuat perjanjian dengan Mara Incorporated (Mara Inc) untuk "menjual" syarikat BVI, Thrushcross Land Holdings Ltd, yang "dikatakan memiliki hartanah itu" - bangunan 12 tingkat bernama Unilodge di 746, Swanston Street, Melbourne.
  • Perjanjian ditandatangani pada 28 Ogos 2012. Tidak sampai seminggu, Mara Inc membayar 10 peratus daripada harga pembelian. Pada hujung November 2012, jumlah yang dibayar Mara Inc kepada Scarlett adalah A$41.8 juta untuk "syarikat lahu" , Thrushcross, kononnya bersekali dengan Unilodge.
  • Pada 16 Januari 2013, Thrushcross membayar pemilik Unilodge sebenar, HRSV Pty Ltd sebanyak A$23.5 juta bagi bangunan itu.
  • Transaksi jualan melibatkan harga A$23.5 juta (kira-kira RM77.6 juta), walaupun lima bulan sebelum itu Scarlett telah "menjual" Thrushcross (yang ketika itu tidak memiliki Unilodge) kepada Mara Inc pada harga A$41.8 juta (Kira-kira RM138 juta).
  • Nilai A$41.8 juta itu berdasarkan penilaian oleh syarikat penilai dan surveyor berpangkalan di Malaysia, dan dimasukkan sebagai tambahan (annexure) kepada perjanjian jual beli Thrushcross antara Mara Inc dan Scarlett.
  • Sehingga pemindahan rasmi dilaksanakan pada 16 Januari 2013, pemilik sebenar Unilodge adalah HRSV. Ini bermakna berdasarkan undang-undang, Thrushcross bukan pemilik kepada hartanah itu sebelum tarikh tersebut. Begitu juga dengan Scarlett.
  • Walaupun Thrushcross dikatakan menjadi milik Mara Inc selepas penjualannya, perjanjian pemindahan tanah dengan HSRV ditandatangani oleh dua warga Malaysia yang tiada apa-apa kaitan dengan Mara Inc. Mereka juga memberikan alamat tempat tinggal yang sama di Melbourne.
  • Pada 19 Julai 2013, dua individu yang menjadi pegawai tinggi Mara Inc pada ketika itu membuat gadai janji terhadap hartanah itu untuk meraih wang bagi membeli sebuah lagi hartanah di Melbourne - Dudley House.
  • Pembelian itu kini sedang disiasat atas dakwaan penipuan, rasuah dan pengubahan wang haram.

Kita nantikan perkembangannya.

BACA INI JUGA: 5 Negara Polis Paling Rasuah Di Dunia

sumber: mk mk

Rampasan RM13.5 Juta Di Sabah Milik Sindiket Pelacuran!?

Rampasan RM13.5 Juta Di Sabah Milik Sindiket Pelacuran!?

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seorang lagi individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan wang tunai RM13.5 juta dalam serbuan di sebuah hotel di Kota Kinabalu baru-baru ini yang disyaki membabitkan sindiket pelacuran.

Rampasan RM13.5 juta sabah

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata suspek wanita berusia 46 tahun itu ditahan oleh pasukan khas kira-kira 12 tengah hari di sebuah rumah di Jalan Kompleks Api-Api di Kota Kinabalu, iaitu lokasi sebahagian wang tunai itu ditemui.

“Wanita berkenaan merupakan isteri seorang daripada yang dipercayai dalang utama dalam kes penemuan wang jutaan ringgit berkenaan.

"Dengan penahanan itu, seramai empat orang dalang telah ditahan kini,” katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu.

Dalam serbuan ‘Op Gegar’ di sebuah hotel di Kota Kinabalu Jumaat lepas, Imigresen telah menahan beberapa individu dan menjumpai wang tunai lebih RM11 juta di situ.

Hasil siasatan lanjut menemukan lebih RM1.1 juta lagi di pangsapuri milik seorang daripada yang ditahan, tidak jauh dari lokasi serbuan berkenaan.

Seramai 17 individu yang ditahan dalam operasi itu adalah wanita warga Filipina berusia lingkungan belasan tahun hingga 30-an, dipercayai mangsa sindiket pelacuran yang didalangi tiga lelaki.

Mengulas lanjut, Mustafar berkata siasatan lanjut mendapati hotel yang diserbu Jumaat lepas itu telah beroperasi sejak 1999.

"Siasatan juga mendapati antara wang tunai yang dirampas bertarikh pada 2008, namun siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca dari mana wang itu diperoleh.

"Selain Akta Imigresen 1959/63, kes turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001," katanya.

Beliau berkata pihaknya akan memastikan semua aspek disiasat dengan teliti tanpa membuat sebarang andaian.

BACA INI JUGA: Kes Rasuah di Sabah, Bila SPRM Mahu Menyiasat Pemimpin Politik Yang Kaya-raya?

sumber: mk

Thursday, October 05, 2017

SPRM Sita RM179 Juta Kes Penyelewengan Terbaru Di Sabah!

SPRM Sita RM179 Juta Kes Penyelewengan Terbaru Di Sabah!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini (5/10/2017) menyita RM29 juta lagi, dalam siasatan terbaru mengenai penyelewengan dana oleh sebuah kementerian di Sabah.

Rasuah Sabah
Gambar hiasan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad membuat pendedahan itu dalam ucapannya sempena Persidangan Antarabangsa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan kali ke-9 di Kuala Lumpur.

"Semalam (4/10/2017) kami telah menyita lebih RM150 juta dalam akaun bank, dalam kes penyelewengan terbaru di Sabah dan saya baru sahaja diberitahu tadi, RM29 juta lagi dibekukan," katanya.

Sebelum ini, lebih RM150 juta wang tunai dirampas dalam operasi yang dijalankan oleh pegawai penyiasat di 15 lokasi di Sabah.

Bagaimanapun, SPRM masih belum mendedahkan nama kementerian berkenaan.

Sementara itu dalam ucapannya, Dzulkifli juga mendedahkan jumlah wang rasuah yang disita dan yang ditemui semula adalah mengejutkan.

"Pada 2015, SPRM merampas RM3.9 juta manakala tahun lepas (2016) RM4.95 juta disita.

"Pada tahun ini, sehingga September 2017, sejumlah RM21.4 juta berjaya dirampas.

"Jumlah ini mencerminkan kejayaan SPRM iaitu menyaksikan peningkatan hampir 400 peratus berbanding tahun sebelum ini," katanya.

Beliau berkata kejayaan ini adalah hasil usaha penguatkuasaan yang berkesan.

"Pencapaian SPRM ini disumbangkan oleh peningkatan kesedaran, pengaruh dan kerjasama yang cemerlang dengan rakan kongsi kami, masyarakat keseluruhannya.

"Bagaimanapun, pencapaian ini tidak boleh menjadikan kami lupa diri dan kami tidak boleh memperlahankan usaha penguatkuasaan kami," katanya.

Dzulkifli berkata SPRM boleh melakukan lebih baik dan mencapai lebih banyak lagi kejayaan dengan menetapkan keutamaan mereka.

Nantikan perkembangannya.

BACA INI JUGA: Fakta Kes Pegawai Jabatan Air Seleweng RM3 Bilion Di Sabah!

sumber: astroawani

Wednesday, March 22, 2017

15 Negara Asia Paling Tinggi Rasuah, Nombor 3 Sudah Dijangka!

15 Negara Asia Paling Tinggi Rasuah, Nombor 3 Sudah Dijangka!

Sebagai salah satu inisiatif dalam mengukur tahap aktiviti rasuah global, Transparency International telah membuat tinjauan kepada hampir 20,000 orang di 15 negara Asia Pasifik tentang rasuah di negara masing-masing.

paling rasuah

Laporan ini dibuat tepat pada masanya di mana kebanyakan kerajaan di Asia sedang menyediakan agenda mereka untuk menepati matlamat United Nations Sustainable Development Goals (SDGs).

SDG menetapkan keutamaan pembangunan pada tahun 2030, termasuk pengurangan jenayah kecurian dan rasuah.

Transparency International dalam laporannya menyatakan, hasil dari tinjauan mendapati satu dari empat orang memberi rasuah untuk mengakses perkhidmatan awam.

Tinjauan juga melihat agensi keselamatan sebagai perkhidmatan awam yang banyak menerima rasuah.

Secara keseluruhan, golongan miskin merupakan golongan yang paling banyak memberi rasuah.

Hanya satu dari lima orang yang mengatakan tahap rasuah di negara mereka semakin berkurangan, manakala dua dari lima orang mengatakan rasuah semakin meningkat.

Di China, hampir 75% dari tinjauan berpendapat rasuah semakin meningkat sejak tiga tahun lepas yang menunjukkan langkah-langkah yang telah diambil tidak berjaya membendung jenayah ini.

Rajah di atas menunjukkan hasil dari tinjauan pendapat yang dibuat kepada orang dewasa di 15 negara Asia tentang peningkatan rasuah di negara masing-masing.

Harus diingat ini adalah tinjauan pendapat dan bukan bermaksud statistik sebenar di negara-negara tersebut.

Hasil dari tinjauan menunjukkan pihak kerajaan dari Asia Pasifik perlu bertindak dan berusaha membendung perkara ini dan kerajaan perlu menepati janji mereka untuk memerangi rasuah dan juga komitmen mereka bagi mencapai matlamat United Nations Sustainable Development Goals (SDGs).

BACA INI JUGA: 5 Isteri Pemimpin Dunia Paling Boros Dalam Sejarah

sumber: moshed

Thursday, January 26, 2017

Malaysia No 55 Negara Paling Rasuah Di Dunia 2016!

Malaysia No 55 Negara Paling Rasuah Di Dunia 2016!

Malaysia berada di tangga ke 55 daripada 176 negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2016 dan tiga negara teratas dalam kalangan negara ASEAN, kata Transparency International-Malaysia (TI-M).

bilion
Sumber gambar, Zunar.

Presidennya Datuk Akhbar Satar berkata Malaysia mencatat skor 49 daripada 100 dalam tinjauan CPI.

Berbanding negara ASEAN lain, Malaysia berada di bawah Singapura (kedudukan ke-7) dan Brunei (ke-41) namun di atas Indonesia (ke-90), Filipina (ke-101), Thailand (ke-101), Vietnam (ke-113), Laos (ke-123), Myanmar (ke-136) dan Kemboja (ke-156).

Pada 2015, Malaysia berkedudukan ke-54 namun tambahan sembilan negara dalam CPI 2016 menyumbang kepada ranking Malaysia untuk 2016 berikutan sesetengah negara terbabit berada di atas Malaysia, katanya.

Skor dan kedudukan CPI ditentukan menerusi tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara berdasarkan skala 0 (dianggap paling rasuah) kepada 100 (paling bersih).

Akhbar berkata Denmark dan New Zealand berkongsi tangga pertama dengan skor 90 manakala Findland, Sweden dan Switzerland masing-masing dalam kelompok lima negara teratas indeks persepsi rasuah.

Lima negara terbawah ialah Sudah Selatan, Korea Utara, Syria, Libya, Yaman dan Sudan.

Akhbar said TI-M menggesa kerajaan melaksanakan syor-syor pertubuhan itu bagi membasmi sepenuhnya rasuah.

Antara syor terbabit ialah memperkenalkan peruntukan tanggungjawab korporat dalam undang-undang sedia ada dan menjadikan sijil ISO 37001 Sistem Pengurusan Anti Rasuah sebagai prasyarat untuk semua vendor kerajaan.

BACA INI JUGA: Najib Kata Derma Tak Salah?! SPRM Kata Rasuah!

Sumber: bernama