Wednesday, February 19, 2014

Tweet Sultan Melaka, "Tak Dapat Izzah, Erra Pun Ok"

Tweet Sultan Melaka, "Tak Dapat Izzah, Erra Pun Ok"

Raja Noor Jan Shah Raja Tuah Shah yang mengaku sebagai Sultan Melaka merupakan mungkin satu-satunya ‘Sultan’ yang sangat rajin bertwitter dengan ‘rakyat’.

erra fazira - Nurul Izzah - Raja Noor Jan Shah

Walaupun rata-rata ramai yang mempertikaikan kesahihan beliau sebagai Sultan Melaka, tetapi sekurang-kurangnya beliau mempunyai ramai pengikut Twitter.

Terkini, "Sultan Melaka" ini juga memberi respon tentang kes perceraian Erra Fazira dan suami di twitter:

RajaNoorJanShah suka Nurul Izzah [2]

Dan sehingga kini beliau mempunyai 3,800 pengikut di Twitter.

Apa yang menarik Sultan Melaka seorang individu yang mengikuti isu semasa dari isu kangkung hinggalah Pilihan Raya Kecil Kajang dan malah prestasi merudum pasukan bolasepak Liga Perdana Inggeris, Manchester United pun beliau ikuti.

Apabila pengikut beliau tanya isu-isu berkaitan, beliau mampu menjawab dengan melontarkan pendapat beliau dengan gaya ‘check-mate’ iaitu mematikan hujah orang yang bertanya dengan jawapan beliau yang ‘straight to point’.

RajaNoorJanShah suka Nurul Izzah

Malah, beliau sebelum ini telah pun menyatakan hasrat untuk 'meminang' Nurul Izzah jika berlaku perceraian. Mungkin tiada respon daripada Anwar, lantas beliau cuba beralih kepada Erra pula.

Bertuah badan dapat perhatian Sultan Melaka. Ye tak?

-Sentiasapanas.com