Thursday, September 27, 2012

Aksi Ghairah Model Promosi Produk

Aksi Ghairah Model Promosi Produk

Pengedaran majalah pengiklanan percuma yang memaparkan gambar model produk kecantikan dalam keadaan seksi dan mengghairahkan di daerah ini menimbulkan rasa kurang senang di kalangan penduduk.

Gambar hiasan

Abdul Aziz Abdul Hamid, 53, dari Senawang berkata, pemaparan gambar seksi pada produk iklan itu tidak boleh dibiarkan kerana ia menyentuh sensitiviti dan bertentangan nilai murni masyarakat.

“Saya terkejut dan malu melihat banyak gambar model wanita hampir berbogel dan menunjukkan aksi ghairah untuk memperagakan produk kecantikan dalam majalah itu.

“Bagaimana pihak berkuasa termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) boleh meluluskan lesen pencetakan majalah iklan itu? Perkara ini perlu diberi perhatian serius,” katanya.

Katanya, kegiatan pengedaran majalah terbabit di setiap rumah penduduk di taman perumahan di daerah ini bermula sejak awal tahun lalu dan terdapat banyak gambar wanita seksi dipaparkan di dalamnya.

“Pengedaran majalah iklan itu menimbulkan rasa kurang senang ibu bapa kerana bimbang ia boleh mempengaruhi sikap dan pemikiran anak remaja mereka.

“Walaupun mereka mungkin memiliki lesen daripada pihak berkuasa, tetapi isi kandungan yang dipaparkan tidak sesuai kerana pembacanya merangkumi semua peringkat masyarakat,” katanya.

-Hmetro