Saturday, November 01, 2014

PhotoMath, Aplikasi Untuk Menjawab Soalan Matematik!

PhotoMath, Aplikasi Untuk Menjawab Soalan Matematik!

Terdapat beberapa aplikasi pada hari ini yang memudahkan proses pengiraan dan menyelesaikan masalah matematik.

Aplikasi+PhotoMath [2]

Terkini, sebuah aplikasi baru hadir menggunakan kamera pada peranti dalam. Ia membolehkan sesuatu masalah matematik dibaca lalu diselesaikan.

Dinamakan PhotoMath, ia salah satu contoh ciptaan melalui aplikasi peranti pintar yang sangat berguna.

Pengguna hanya perlu mulakan aplikasi tersebut, dan kemudian ia akan mengaktifkan kamera secara automatik.

Seterusnya halakan kamera peranti kepada masalah matematik yang ingin diselesaikan.

Aplikasi+PhotoMath

Jawapan kepada sesuatu masalah matematik yang terpapar pada skrin, akan terjawab tanpa pengguna perlu menekan apa-apa! Mudah bukan?

PhotoMath turut dilengkapi dengan teknologi pengecaman teks tersendiri, namun ia memerlukan sokongan rangkaian internet untuk berfungsi.

Satu yang pasti jika disalah guna, anak-anak anda akan sentiasa dapat markah penuh dalam ujian Matematik.

Buat masa ini, PhotoMath hanya ditawarkan untuk pengguna iOS dan juga Windows Phone sahaja, manakala versi Android dijangka akan menyusul awal tahun hadapan.

Saksikan videonya dibawah..



Sumber: Mynewshub.cc