Monday, August 18, 2014

Perodua Axia, Kereta Paling Jimat Minyak

Perodua Axia, Kereta Paling Jimat Minyak

PERODUA Axia adalah model generasi akan datang yang dihasilkan menerusi pemodenan PERODUA dan dari kilang pengeluaran mesra alam terbaharu syarikat berkenaan.

Gambar Perodua Axia

Pada harga permulaan tentatif RM24,900 (bagi Semenanjung Malaysia), sudah mula dibuka untuk tempahan di semua pusat jualan Perodua bermula Jumaat, 15 Ogos 2014 minggu lalu.

Dalam satu kenyataan, Perodua berkata model terbaharu itu merupakan kereta paling cekap tenaga yang mampu bergerak sejauh 21.6 kilometer seliter, luas, dilengkapi ciri-ciri unik Malaysia dan kos pemilikan keseluruhan yang rendah.

Kereta ini bukan sahaja sesuai untuk memuatkan empat beg perjalanan memandangkan ia mempunyai kapasiti but 260 liter, malah lebih fleksibel bagi memastikan keselesaan dan penggunaan maksimum.

Perodua Axia Bersedia Tawan Asia

Penggunaan nama "Axia" (disebut a-zee-a) dipilih hasil gabungan perkataan Asia, sementara abjad "X" menunjukkan nombor 10 dalam angka Roman yang mewakili model ke 10 yang dikeluarkan PERODUA menerusi kilang pengeluaran baharu yang moden dan mesra alam.

Senarai harga Perodua Axia

Senarai-harga-perodua-axia

-Perodua Axia Standard E (1.0 E manual) – RM 24,900 (solid), RM 25,300 (metallic)
-Perodua Axia Standard G (1.0 G manual) – RM 32,800 (solid), RM 33,200 (metallic)
-Perodua Axia Standard G (1.0 G automatic) – RM 34,800 (solid), RM 35,200 (metallic)
-Perodua Axia Special Edition (1.0 SE manual) – RM 37,900 (solid), RM 38,300 (metallic)
-Perodua Axia Special Edition (1.0 SE automatic) – RM 40,900 (solid), RM 41,300 (metallic)
-Perodua Axia Advance (1.0 AV automatic) – RM 44,900 (solid), RM 45,300 (metallic)

Perodua Axia didatangkan dalam empat varian, Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance dengan jaminan lima tahun, pertama bagi Perodua.

Yuran tempahan sebanyak RM250 dan RM300, bergantung kepada varian.

Semua varian didatangkan dengan jaminan lima tahun, konsep pertama yang ditawarkan PERODUA.

Kuasa Enjin Perodua Axia

Kuasa Enjin Perodua Axia
Klik gambar untuk paparan besar.

Dikuasakan dengan enjin 1KR 3 Selinder yang merupakan enjin Daihatsu 1KR-DE. Enjin 12-valve DOHC 1.0 Liter yang dibuat keseluruhan dari Aluminium ini seberat 69 kg dan 10 kg lebih ringin dari enjing yang digunakan pada Produa Viva. Enjing baru ini mampu mencapai kuasa 65 PS pada 5,000 rpm dan 87 Nm toq pada 3,600 rpm.

Dengan slogan "Your Smart Move", model itu mewakili usaha PERODUA menjadi lebih berdaya saing di peringkat global dari segi gaya, fungsi dan harga.

Tuesday, June 17, 2014

Perodua Kurangkan Harga Viva RM5,300!

Perodua Kurangkan Harga Viva RM5,300!

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengurangkan harga di atas jalan bagi semua varian model Viva keluaran syarikat itu sehingga RM5,300 bagi memberikan lebih nilai kepada pelanggannya.

Perodua Kurangkan Harga Viva RM5,300!

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pengurangan harga itu dapat dilakukan kerana usaha penjimatan kos syarikat itu sejak 2011.

“Pengurangan harga ini juga bertepatan kerana ia menjadikan Perodua Viva kereta aras permulaan paling mampu milik di negara ini, selain selari dengan aspirasi kerajaan untuk menghasilkan lebih banyak kereta mampu milik untuk rakyat Malaysia.

“Pelanggan kami juga dapat pakej servis percuma selama tiga tahun yang kini ditawarkan kepada semua pelanggan baharu Perodua,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengurangan harga itu bermula hari ini di semua 181 pusat jualan Perodua di seluruh negara.

Perodua VIVA

Model Viva AM6BXD kini berharga RM22,000 (selepas pengurangan RM3,000) dan Viva AM1EZD RM36,800 (selepas pengurangan RM4,500) manakala model Viva AM8EXD, AM1BZD dan AM1GXD pula masing-masing berharga RM27,900, RM29,900 dan RM32,900 selepas harga jualannya dikurangkan sebanyak RM5,300.

Selain pengurangan harga itu, Perodua akan memberi bonus tunai RM800 kepada pembeli yang mendaftarkan kereta Viva antara 17 Jun dan 31 Ogos tahun ini.

Sumber: Sinar Online Harian