Wednesday, September 25, 2019

Wanita 'Ular' Berjaya Raih Pendapatan Lumayan Hanya Dengan Menjelirkan Lidah!

Wanita 'Ular' Berjaya Raih Pendapatan Lumayan Hanya Dengan Menjelirkan Lidah!

Pelbagai pekerjaan dilakukan semata-mata untuk mencari rezeki dan ini mungkin antara yang pelik, kerana Mikayla Saravia dari West Palm Beach, Florida di Amerika Syarikat, berjaya memperoleh pendapatan $99,500 (RM415,000) setahun hanya dengan bergaya sambil menjelirkan lidahnya yang besar dan panjang sehingga 16.5 sentimeter.

Mikayla Saravia Snake
Mikayla Saravia.

Tambah menarik perhatian apabila Instafamous berusia 21 tahun ini mempunyai dua juta pengikut di Instagram yang membolehkan dia memperoleh pendapatan antara $300 (RM1250) ke $3,000 (RM12,500) untuk setiap posting.

Dengan lidahnya menjulur, Mikayla yang mengenakan pakaian mandi atau baju tidur dan aksinya itu sering dibandingkan umpama ular atau reptilia berlidah panjang lain.

Bukan itu saja, penjualan barangan juga menjadi sumber pendapatannya termasuk kemeja, pemegang telefon dan pengecaj telefon dengan logo lidahnya yang sinonim dengan dirinya.

Mengenai lidahnya yang panjang, Mikayla berkata, dia menyedari memiliki lidah yang panjang sejak usia muda lagi dan sejak itu mula memikirkan cara untuk membolehkan keadaan itu memberi manfaat kepada dirinya.

"Video paling digemarainya adakah ketika berpura-pura menjadi ayam belanda ketika makan malam bersama keluarga. Iklan yang disiarkan dalam Youtube dan applikasi saya turut membawa pulangan.

"Tahun lalu saya mendapat kira-kira $50,000 (RM208,345) dan mungkin angka itu berlipat kali ganda tahun (2019) ini," katanya.

Mikayla juga menerima ratusan komen pada setiap postingnya, termasuk yang menawarkan untuk membayar untuk setiap gambar dengan lidahnya.

Siapa sangka kan?

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Thursday, August 01, 2019

Pekerjaan Pelik Peminta Maaf Profesional

Pekerjaan Pelik Peminta Maaf Profesional

Kadang-kadang, realiti kehidupan kita seharian adalah lebih pelik daripada rekaan. Ini bukan tentang silap mata atau ikan duyung, tetapi ia tentang perkara paling pelik yang benar-benar wujud di muka bumi ini.

Peminta Maaf Profesional
Gambar hiasan.

Jika anda mahir menunjukkan perasaan menyesal dan pandai membuatkan orang lain berasa lebih baik setelah melalui situasi yang menyedihkan, anda mungkin sesuai menjadi seorang peminta maaf profesional.

Syarikat seperti Southwest Airlines melantik calon yang berkelayakan untuk berurusan dengan pelanggan berang dengan perkhidmatan yang diberikan.

Secara mudahnya, anda akan dibayar untuk meminta maaf kepada pelanggan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, July 05, 2019

Polisi Insurans Jika Diculik Makhluk Asing

Polisi Insurans Jika Diculik Makhluk Asing

Bukan sahaja insurans nyawa, kereta dan kediaman yang ada dijual kepada pengguna, syarikat insurans turut menjual dan menawarkan polisi pelik yang akan melindungi pelanggan jika diculik benar-benar oleh makhluk asing.

Insuran Makhluk Asing
Gambar hiasan.

Agensi Saint Lawrence dari Florida, Amerika Syarikat berjaya menjual 6,000 polisi setakat ini dan perlindungan itu bernilai RM41 juta.

Syarat untuk membuat tuntutan insurans jika diculik makhluk asing pula kedengaran agak kelakar.

Sesiapa yang diculik makhluk asing harus kembali ke bumi dan mendapat pengesahan daripada 'penculiknya'.

Anda perlu kembali bersama tandatangan makhluk asing yang diberi kuasa membuat pengesahan!

Lucu, tapi benar-benar wujud.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Saturday, April 20, 2019

Payudara Wanita Tidak Berhenti Membesar Akibat Penyakit Pelik!

Payudara Wanita Tidak Berhenti Membesar Akibat Penyakit Pelik!

Seorang wanita dari bandar Bolton, England tidak berani keluar rumah disebabkan sejenis penyakit dikenali sebagai makromastia yang menyebabkan payudaranya terus membesar dan kini mencapai saiz 48 J, lapor akhbar Daily Mail.

Payudara Fiona Hornby
Fiona Hornby.

Payudara Fiona Hornby, 25, mula membentuk dengan pantas sejak dia berusia 10 tahun menyebabkan saiz baju dalam berubah daripada ukuran C kepada J dalam tempoh masa yang singkat.

“Saya sudah tidak dapat mencari baju yang muat dengan saiz dada saya sekarang. Saya mengalami sakit belakang yang teruk dan tidak boleh tidur dengan selesa malah terpaksa berhenti mandi separuh jalan kerana berasa sakit dengan beratnya,” katanya.

Ibu kepada dua orang anak itu kini bimbang untuk menyusu badan kerana khuatir bayinya mungkin lemas ditindih.

Dia disahkan menghidap mikromastia pada tahun 2015 dan kini sudah tidak aktif bersenam seperti ketika remaja dan awal usia 20-an kerana berasa sakit jika berdiri dan berjalan terlalu lama.

Hornby juga sedang mengumpulkan derma sebanyak £5,500 (RM30,000) melalui laman web GoFundMe untuk menjalani pembedahan mengecilkan payudara kerana perkhidmatan kesihatan awam Britain tidak membiayai prosedur tersebut manakala gajinya sebagai kerani tidak mencukupi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Tuesday, April 09, 2019

Paa Joe Pembuat Keranda Pelik Di Ghana

Paa Joe Pembuat Keranda Pelik Di Ghana

Sudah menjadi lumrah bagi setiap insan yang bernyawa, semuanya akan meninggal dunia apabila tiba waktunya, namun bagi sesetengah individu, mereka pastinya mempunyai perancangan apabila hari itu telah tiba.

Paa Joe Lion Coffin
Paa Joe.

Misalnya, ada yang membuat wasiat untuk ditanam di lokasi pilihan, malah ada juga yang sudah siap menempah keranda untuk diri sendiri.

Berbicara soal keranda, seorang lelaki di Ghana mencipta nama apabila rekaan keranda miliknya sering menjadi tular. Dia merupakan pembuat keranda popular di negara itu.

Paa Joe menjadi bualan ramai kerana kepakaran membina keranda dalam pelbagai bentuk mengikut keinginan pelanggan dan mula membuat keranda sewaktu berusia 16 tahun.

Paa Joe Fish Coffin

Antaranya, keranda berbentuk kereta Porshe, kasut Nike, botol Coca-Cola, cili, roket, singa dan macam-macam lagi.

Mempunyai lima dekad pengalaman, Paa Joe pernah menerima kunjungan individu berpengaruh seperti Kofi Anan dan Bill Clinton.

Di Ghana misalnya, rakyatnya sememangnya meraikan kematian.

Paa Joe Chili Coffin

"Orang meraikan kematian di Ghana sewaktu pengebumian, kita raikan mereka yang meninggalkan kita.

"Sewaktu upacara, akan ada ramai orang dan banyak bunyi-bunyian," ujar Jacob, anak kepada Joe.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Sunday, January 20, 2019

Brazil Gempar Diserang Ribuan Labah-labah Dari Udara!

Brazil Gempar Diserang Ribuan Labah-labah Dari Udara!

Jika sebelum ini viral berita mengenai cengkerik yang melanda di Tanah Suci Mekah, kini fenomena pelik itu beralih ke Brazil pula apabila ruang udara di Minas Gerias, kawasan timur Brazil di penuhi ribuan labah-labah.

Brazil diserang labah-labah

Memetik laporan The Guardian, fenomena yang jarang melanda itu membuatkan orang ramai tampil berkongsi kejadian tersebut sehingga menjadi viral di media sosial.

Ia turut membawa pelbagai andaian daripada warga internet yang rata-rata bimbang dengan kejadian itu.

Video viral yang dirakam oleh penduduk Brazil, Joao Pedro Martinelli Fonseca ketika dalam perjalanan ke Espirito Santo do Dourado.

Keadaan itu menyebabkan penduduk Brazil menamakan fenomena itu sebagai hujan labah-labah.

Sementara itu, pakar menyifatkan kejadian luar biasa itu berlaku disebabkan peningkatan suhu kering yang mendadak di kawasan tersebut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: fmt

Tuesday, January 15, 2019

Wanita Tiba-tiba Jadi Pekak Dari Mendengar Suara Lelaki!

Wanita Tiba-tiba Jadi Pekak Dari Mendengar Suara Lelaki!

Seorang wanita didiagnos dengan keadaan kesihatan pelik apabila mendakwa menjadi pekak semata-mata kerana tidak dapat mendengar suara lelaki.

Pekak suara lelaki

Pesakit yang hanya dikenali sebagai Chen berkata, dia merasa sakit dan mendengar deringan di telinga sebelum tidur.

Bagaimanapun, apabila bangun tidur keesokan harinya, dia panik ketika menyedari tidak dapat mendengar suara teman lelakinya.

Susulan itu, Chen terus ke Hospital Qianpu di wilayah Xiamen dan ketika melalui proses pemeriksaan, dia dapat pula mendengar suara doktor wanita.

Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Dr. Lin Xiaoqing berkata, pesakitnya itu dapat mendengar suaranya tetapi apabila ada pesakit lelaki masuk ke bilik sama dia tidak dapat mendengar apa yang diperkatakan pemuda itu.

Penyakitnya didiagnos sebagai kehilangan pendengaran frekuensi rendah kerana bekerja lewat malam hingga menyebabkan tubuhnya berhadapan tekanan kerana kekurangan tidur dan rehat.

“Keletihan dan tekanan kerja menyumbang kepada situasi itu hingga menyebabkan telingannya kehilangan sensitiviti kepada bunyi dan hanya dapat mengesan bunyi-bunyian yang khusus sahaja,” katanya.

Berikutan itu, Chen perlu menjalani rawatan bagi memastikan simptom yang dialaminya dapat pulih seperti sedia kala.

Pelik kan!

BACA INI JUGA:

sumber: mynewshub