Friday, October 16, 2015

Lagu Tema Fast & Furious 7 ‘See You Again’ Cecah 1 Bilion Tontonan!

Lagu Tema Fast & Furious 7 ‘See You Again’ Cecah 1 Bilion Tontonan!

Anda pasti sering mendengar lagu ‘See You Again’ dendangan Wiz Khalifa dan Charlie Puth di corong-corong radio selepas ia dijadikan lagu tema filem pecah panggung ‘Fast & Furious 7’.

See You Again

Bukan setakat YouTube, malah lagu merupakan salah sebuah lagu genre rap paling berjaya dalam sejarah bila mencatat rekod lagu paling banyak distrimkan melalui aplikasi Spotify.

‘See You Again’ juga dinobatkan sebagai video kedua paling cepat mendapat tontonan 1 bilion, selepas ‘Gangnam Style’.

Dilaman Youtube setakat ini, terdapat 10 buah video yang berjaya mencecah tontonan 1 bilion.

BACA INI JUGA: Selebriti-selebriti Terkenal Yang Meninggal Sebelum Tamat Penggambaran




Wednesday, September 30, 2015

Anak Paul Walker Saman Porsche

Anak Paul Walker Saman Porsche

Anak pelakon terkenal, mendiang Paul Walker dilaporkan telah memfailkan saman terhadap syarikat pengeluar kereta Porsche yang dinaiki bapanya ketika kemalangan sehingga menyebabkan kematian, dua tahun lalu.

Meadow Rain Walker
Gambar kenangan Paul Walker bersama Meadow ketika masih kecil.

Meadow Rain Walker, 16 mendakwa kenderaan yang dinaiki Paul, Porsche Carrera GT mempunyai beberapa kekurangan dalam reka bentuknya daripada segi ciri-ciri keselamatan.

Tuntutan mahkamah itu difailkan minggu ini oleh Meadow, mendakwa bahawa pelakon Fast and Furious itu masih selamat dalam kemalangan itu namun terbakar hingga menyebabkan kematian dalam kereta tersebut.

Dalam rekod tersebut menyebut, kereta itu dipasarkan sebagai kereta lumba jalanan yang sah tapi kawalan keselamatan kurang stabil untuk melindungi penumpang dan mengelak ia daripada terbakar selepas perlanggaran.

Dakwaan itu juga menyatakan bahawa tali pinggang keselamatan yang dipakai Paul menarik tubuhnya ke belakang dengan kuasa seribu paun hingga menyebabkan tulang rusuk dan pinggulnya patah.

Malah tuntutan itu juga menyatakan bahawa api tercetus hanya dalam seminit selepas kemalangan dan Paul masih hidup ketika kebakaran bermula.

Wakil Porsche Cars North America, Calvin Kim memberitahu CNN bahawa Porsche masih belum melihat tuntutan tersebut dan tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan.

Meadow Rain Walker [2]

Sebelum ini, Porsche mendakwa kematian Paul adalah disebabkan kesilapan pemandu, Roger Rodas dan bukannya berpunca dari kereta buatan syarikat itu.

Paul dan Roger Rodas maut selepas kereta jenis Porsche Carrera GT yang dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan ngeri pada Disember 2013 ketika dalam perjalanan menuju acara amal di Los Angeles.

Sebelum ini, balu kepada Roger, Kristine Rodas, telah menfailkan saman terhadap Porsche mendakwa kereta buatan syarikat itu mempunyai masalah teknikal yang menyebabkan kemalangan tersebut.

Porsche berkata kematian, kecederaan dan kerosakan yang didakwa adalah berpunca daripada kesilapan pemandu berkenaan.

BACA INI JUGA: Selebriti-selebriti Terkenal Yang Meninggal Sebelum Tamat Penggambaran

Sumber: Sinarharian.com.my

Wednesday, April 15, 2015

Gambar ‘Hantu’ Paul Walker Jadi Viral

Gambar ‘Hantu’ Paul Walker Jadi Viral

Seorang peminat Paul Walker yang memuat naik gambar bayangan pelakon itu berdiri di sebelah rakannya, Vin Diesel telah menjadi viral tanpa disangka-sangka.

Gambar ‘Hantu’ Paul Walker

Gambar ‘hantu’ Paul itu dimuat naik di laman sosial Facebook oleh seorang individu bernama Jeffery Raymond Frohlich.

Tanpa niat tersembunyi, gambar itu sebenarnya merupakan penghormatan yang diberi untuk memperingati pelakon utama filem Fast and Furious itu.

Dalam pada itu, Vin Diesel telah membuat tribute untuk ‘adiknya’ itu ketika Anugerah Filem MTV apabila menyanyikan lagu See You Again sebagai mengingati kenangan ketika mereka bersama.

Paul meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada November 2013 dan filem terakhir lakonannya adalah Furious 7 yang sedang ditayangkan di seluruh dunia sekarang.

BACA INI JUGA: Maharajas' Express, Perkhidmatan Keretapi Paling Mewah India

Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, April 07, 2015

Vin Diesel Kongsi Mesej Sedih Kenang Paul Walker Di Facebook

Vin Diesel Kongsi Mesej Sedih Kenang Paul Walker Di Facebook

Bagi mengenang Paul Walker sebagai pelakon utama filem Furious 7, Vin Diesel berkongsi emosi sedihnya melalui video yang dikongsikan di laman sosial Facebook.

Paul Walker, Vin Diesel

Vin Diesel yang juga antara tonggak utama filem itu telah memuat naik video muzik khas bagi mengenang Paul telah mendatangkan kesedihan kepada peminat mereka.

Sememangnya filem Furious 7 yang mula ditayangkan minggu lepas memberi impak kepada penonton kerana membuat mereka selitkan tribute kepada Paul sebagai penutup.

Video itu disampaikan bersama mesej menyentuh perasaan yang ditujukan kepada Paul.

Paul Walker, Vin Diesel [2]

“Pablo, this weekend you turned the world into family, thanks for the love.”

Itulah mesej yang ditulis oleh Vin kepada Paul.

Pablo merupakan nama dalam bahasa Spanish yang bermaksud Paul.

Kepada yang belum menonton filem Furious 7 lakonan terakhir Paul Walker itu, disarankan untuk pergi menonton kerana memang berbaloi.

BACA INI JUGA: Selebriti Hollywood Yang 'Menyesal' Tolak Watak Penting


Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, December 26, 2013

Koleksi Kereta Mewah Mendiang Paul Walker

Koleksi Kereta Mewah Mendiang Paul Walker

Sememangnya dunia permotoran kereta tidak asing lagi bagi mendiang Paul Walker.

Paul Walker Car Collection

Selain filem-filem yang dibintanginya banyak berunsurkan kelajuan dan kereta sport, ironinya kematiannya pun disebabkan oleh pemanduan laju dalam kereta mewah yang dinaikinya.

Ketika hayatnya, pelakon siri filem Fast & Furious ini gemar mengumpul kereta-kereta mewah dan antik, yang dijadikan sebagai koleksi peribadinya.

(Baca: Gambar Topeng Kematian Tokoh-tokoh Terkenal Dunia )

Terdapat puluhan jenis model kereta dari pelbagai jenama yang disimpan di sebuah gudang antaranya Ferrari, Audi dan BMW.

Di bawah merupakan sebahagian koleksi kereta-kereta mewah yang dimilikinya.

Paul Walker Car Collection
Paul Walker Car Collection
Paul Walker Car Collection
Paul Walker Car Collection

Kini, selepas ketiadaannya mungkinkah semua kereta ini akan diwarisi oleh satu-satunya waris Paul iaitu anak perempuannya, Meadow Walker?

"Fast & Furious 7" bakal ditayangkan April 2015

Fast & Furious 7 in cinema 10 April 2015

Teka-teki tarikh tayangan filem "Fast & Furious 7" akhirnya terjawab selepas produksi filem ini dihentikan buat sementara waktu kerana salah seorang pelakon utama, Paul Walker maut akibat nahas jalan raya pada November lalu.

Berita ini diumumkan oleh pelakon utama Vin Diesel menerusi laman sosial Facebook miliknya dengan memuat naik sekeping foto bersama Walker ketika penggambaran babak terakhir mereka.

"Fast & Furious 7" akan ditayangkan pada..... 10 April 2015!"

Diesel turut menambah, "P.s: Dia pasti mahu anda mengetahuinya terlebih dahulu" yang ditujukan kepada Walker.

Filem ketujuh daripada siri popular arahan James Wan yang mengisahkan perlumbaan kereta ini pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada 11 Julai tahun depan.

(Baca: Most Bizarre Accidents In World History)

Walker, 40, yang memegang watak sebagai polis samaran Brian O'Conner dalam filem ini telah terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Santa Clarita, California Selatan pada 30 November lalu dengan seorang lagi rakannya, pemandu Roger Rodas.

Sehari selepas nahas tersebut, Universal Pictures telah menangguhkan produksi filem tersebut.

Adik kepada Paul Walker, Cody Walker sebelum ini dilaporkan bakal menggantikan watak abangnya.

Sumber: Mynewshub/Tupai

Tuesday, December 17, 2013

Adik Paul Walker Hero Baru Fast & Furious 7?

Adik Paul Walker Hero Baru Fast & Furious 7?

Adik bongsu kepada bintang filem terkenal, Paul Walker yang telah maut dalam satu kemalangan baru-baru ini, Cody Walker telah ditawar untuk membintangi filem "Fast & Furious 7" untung menggantikan mendiang berikutan filem tersebut masih tertangguh.

Cody Walker New Fast & Furious 7 Hero
Adik Paul Walker bakal bintangi "Fast & Furious 7"?

Tawaran itu adalah sebagai penghormatan produksi kepada Paul Walker.

"Pihak penerbitan membincangkan hal tawaran ini ketika mesyuarat panjang selepas kematian Walker.

"Mereka sedar, seseorang perlu menghabiskan pembikinan file mini dan individu paling tepat ialah saudara terdekatnya yang mempunyai wajah seiras.

"Mereka mengambil gambar dari belakang pada jarak jauh. Andai mereka memerlukan wajah Walker, teknik CGI boleh digunakan kemudian.

"Bagaimanapun, masih banyak perkara perlu diperhalusi sebelum hasrat ini direalisasikan."

"Fast & Furious 7" diarahkan oleh James Wan dan diterbitkan oleh Universal Pictures.

Sumber: My.entertainment.yahoo

Wednesday, December 11, 2013

Justin Bieber Bakal Ganti Watak Paul Walker?

Justin Bieber Bakal Ganti Watak Paul Walker?

Apabila pelakon, Paul Walker maut dalam kemalangan jalanraya 30 November lepas, timbul tanda tanya apa akan jadi pada filem lakonannya, Fast and Furious 7 yang masih dalam pembikinan.

Justin Bieber Fast & Furious 7 Hero

Kini, timbul gosip di media sosial menyatakan tempat Walker akan diambil alih oleh penyanyi pop remaja paling popular, Justin Bieber.

Bagaimanapun kurang jelas sama ada gosip ini ada asasnya. Kemungkinan juga, Bieber akan muncul dalam filem ini tapi bukan sebagai pengganti watak Walker.

Sesetengah orang mungkin berasakan ini satu lawak tapi bagi salah seorang pelakon Fast and Furious yang juga penyanyi, Ludacris, dalam temu bual dengan Hollywoodlife mengalu-alukan jika Bieber turut terlibat dengan filem tersebut.

Mayat Walker Diserahkan Kepada Keluarganya

Justin Bieber Fast & Furious 7 Hero

Setelah 10 hari melalui proses bedah siasat dan autopsi untuk mengenal pasti punca kematiannya, akhirnya mayat mendiang pelakon Fast & Furious, Paul Walker telah dituntut oleh ahli keluarganya untuk urusan pengebumian, semalam.

Mayat mendiang dituntut daripada Pusat Koroner Los Angeles dan akan diuruskan oleh sebuah rumah mayat yang berdekatan dengan kediaman keluarganya.

Walau bagaimanapun ahli keluarga terdekat aktor itu masih belum mendedahkan bilakah mayatnya akan disemadikan.

Walker dan rakannya, Roger Rodas yang memandu kereta Porshe telah terkorban selepas kereta itu terbabas lalu melanggar tiang lampu dan kemudiannya kenderaan mewah itu terbakar akibat impak kemalangan itu pada 30 November lalu.

Pelakon itu dilaporkan meninggal serta-merta di tempat kejadian akibat impak rempuhan kemalangan tersebut.

Aktor berusia 40 tahun itu telah meninggalkan seorang anak perempuan, Meadow, 15, yang dikatakan akan dijaga oleh teman wanitanya, Jasmine Pilchard-Gosnell, 23.

Sumber: Autoevolution/Mynewshub