Friday, May 06, 2016

Panduan Pendaftaran Online Perumahan PPA1M

Panduan Pendaftaran Online Perumahan PPA1M

Portal PPA1M merupakan akses utama bagi semua pengguna yang ingin mendaftar identiti pengguna, melihat projek-projek PPA1M yang baru dan membuat kaji selidik terhadap permintaan rumah di kawasan tertentu.

Pendaftaran PPA1M

Portal PPA1M boleh diakses oleh semua pengguna.

Pendaftaran Akaun Pengguna

Semua penjawat awam yang ingin memohon perumahan penjawat awam 1Malaysia perlu mendaftarkan akaun di portal.

NOTA: Pastikan anda mengisi kesemua ruang disediakan.

Langkah 1

Layari laman web https://www.ppa1m.gov.my/

PPA1M
Gambar rajah 1.

Paparan adalah seperti di Gambar rajah 1.

Langkah 2

Klik pada sub menu DAFTAR AKAUN PERMOHONAN.

PPA1M [2]
Gambar rajah 2.

Senarai menu seperti di Gambar rajah 2 akan dipaparkan.

Langkah 3

PPA1M [3]

Klik pada sub menu. Borang permohonan akan dipaparkan. Label yang bertanda ‘*’ adalah ruang wajib di isi oleh permohon untuk mendaftar akaun pengguna.

Langkah 4

Permohon perlu mengisi nama majikan. Klik pada icon CARI, senarai seperti dibawah akan dipaparkan.

PPA1M [4]

NOTA: Agensi yang dipilih adalah merujuk kepada Kementerian/Jabatan/Organisasi atau Kerajaan Negeri bagi majikan pemohon bekerja. Bahagian adalah merujuk kepada tempat atau unit semasa pemohon bertugas.

Langkah 5

PPA1M [5]

Permohon boleh membuat carian terus dengan mengisi nama majikan permohon. Klik pada butang BATAL untuk kembali pada borang permohonan.

Langkah 6

PPA1M [6]

Masukkan nama majikan anda contoh “KEMAS” seperti dipaparkan diatas.

PPA1M [7]

Klik nama agensi majikan pemohon yang dicari. Ruang Nama Agensi akan diisi oleh “JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT (KEMAS)” jika pemohon memilih agensi tersebut.

Langkah 7

PPA1M [8]
Gambar rajah 3.

Lengkapkan semua ruang didalam borang seperti gambar rajah 3. Pastikan emel yang diisi adalah emel yang sah kerana kata laluan akan dihantar melalui emel.

Langkah 8

Tandakan butang checkbox pada pengesahan. Sekiranya butang checkbox tidak ditanda, butang HANTAR tidak boleh diklik untuk mengesahkan pendaftaran akaun pemohon.

Langkah 9

PPA1M [9]
Gambar rajah 4.

Klik pada butang HANTAR untuk mengesahkan pendaftaran akaun pemohon. Notifikasi seperti pada Gambar rajah 4 akan dipaparkan jika pemohon berjaya mendaftar akaun pengguna.

Jika pemohon pernah membuat pendaftaran akaun, notifikasi seperti di bawah akan dipaparkan.

PPA1M [10]

*NOTA: Sekiranya terdapat masalah ketika mendaftar akaun pengguna, sila hubungi Unit PPA1M.

-SENTIASAPANAS.COM

Permohonan Rumah PPA1M Bandar Sri Indah, Tawau Kini Di Buka!

Permohonan Rumah PPA1M Bandar Sri Indah, Tawau Kini Di Buka!

Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan pembelian unit rumah PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M) BANDAR SRI INDAH, TAWAU, SABAH kini telah dibuka.

PPA1M Bandar Sri Indah, Tawau

Satu peluang terbaik untuk penjawat awam memiliki rumah berkualiti pada harga yang istimewa.

Maklumat mengenai unit rumah ini adalah seperti yang berikut:
  • Permohonan dibuka sehingga 29 Mei 2016
  • Rumah teres dua (2) tingkat, keluasan 1,689 kps, tiga (3) bilik tidur dan tiga (3) bilik air, harga RM283,752.
  • Rumah teres dua (2) tingkat, keluasan 1,853 kps, tiga (3) bilik tidur dan tiga (3) bilik air, harga RM300,000.

Gambaran kejiranan PPA1M Bandar Sri Indah

PPA1M Bandar Sri Indah, Tawau [2]

Merupakan bandar terancang yang dilengkapi dengan pelbagai jenis hartanah (perumahan, komersial, industri).

Berdekatan dengan kemudahan asas seperti institusi pendidikan (sekolah dan kolej/universiti), balai polis, pasar dan rangkaian kedai runcit.

Terletak 15 minit dari Bandar Tawau.

Reka bentuk perumahan yang menitikberatkan rekaan yang moden, kontemporari serta penggunaan ruang yang selari dengan gaya hidup semasa.

Segala urusan pendaftaran dan permohonan adalah secara atas talian (online).

BACA INI JUGA: Panduan Dan Cara Permohonan Skim MyDeposit

-SENTIASAPANAS.COM