Wednesday, September 28, 2016

Norsakinah Naim, Pelajar Malaysia Dilaporkan Hilang Di Perancis!

Norsakinah Naim, Pelajar Malaysia Dilaporkan Hilang Di Perancis!

Berasal dari Sungai Petani Kedah, Nur Shakinah Naim @ Nor Sakinah, 19, yang merupakan pelajar tahun pertama tajaan JPA di IUT De Rouen dan mengambil jurusan kejuruteraan kimia di Perancis dilaporkan hilang sejak beberapa hari lalu.

Norsakinah Naim

Norsakinah dikatakan tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lalu dan hanya disedari oleh rakan serumahnya yang kemudian membuat laporan kehilangan di Kedutaan Malaysia di Perancis.

Rakan serumah memberitahu bapa Nur Shakinah Naim @ Nor Sakinah, Naim Awang, mereka menemui telefon bimbit anaknya itu sedang berdering dan ditinggalkan dalam biliknya, sebelum menyedari ketiadaan Norsakinah di rumah sewa mereka.

Naim memberitahu bahawa Sakinah ada menghubunginya pada Jumaat lalu tetapi panggilan tersebut terputus.

Dia ada menghubungi Norsakinah pada hari Sabtu, tetapi panggilan tersebut dijawab oleh rakan serumahnya yang memberitahu Sakinah tidak pulang kerumah.

Keluarga buat solat hajat

Norsakinah Naim

Keluarga pelajar Malaysia yang hilang di Paris sejak Jumaat lalu mengadakan solat hajat bagi memohon agar Nur Shakinah Naim @ Nor Sakinah, 19, dapat ditemui dengan selamat.

Naim Awang, berkata, rumah mereka di Tikam Batu, Sungai Petani mula dikunjungi sahabat handai, saudara-mara serta rakan-rakan Nur Shakinah Naim @ Nor Sakinah yang mula datang bagi mengetahui perkembangan terbaru berhubung kehilangan anaknya itu.

Naim berkata beliau mendapat tahu mengenai perkara tersebut apabila dihubungi Kedutaan Malaysia di Paris yang memaklumkan anaknya tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu.

Kali terakhir Nur Shakinah Naim @ Nor Sakinah menghubungi mereka adalah pada 23 September dan beliau tidak menunjukkan tanda-tanda pelik ketika berbual dengan ibunya.

"Malah kedengaran suaranya sangat ceria dan tidak menunjukkan yang dia ada masalah. Dia anak yang sangat baik dan pintar dalam pelajaran," katanya.

Anak kedua daripada enam beradik itu yang merupakan lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Pekula, Tikam Batu memperoleh 10A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014.

Keluarga pelajar Malaysia yang hilang di Paris sejak Jumaat lalu mengadakan solat hajat malam ini bagi memohon agar Nur Shakinah Naim @ Nor Sakinah, 19, dapat ditemui dengan selamat.

BACA INI JUGA: Misteri 5 Beradik 'Ghaib' Dalam Kebakaran!

Sumber: Mynewshub | SH

Tuesday, February 19, 2013

Lari Bersama Lelaki Lain Tiga Hari Sebelum Nikah

Lari Bersama Lelaki Lain Tiga Hari Sebelum Nikah

Keluarga Norazlina Ismail, 23, yang menghilangkan diri dipercayai mengikut seorang lelaki tiga hari sebelum dinikahkan Sabtu lalu, berharap gadis itu pulang ke rumah dalam keadaan selamat.


Bapanya Ismail Saad, 60, berkata, dia sekeluarga bimbang keselamatan anak kelima daripada enam beradik itu yang keluar rumah jam 10.30 pagi pada Rabu lalu.

Berikutan kejadian itu, dia dan isteri, Salmiah Ahmad, 56, sukar melelapkan mata kerana asyik memikirkan keadaan anak perempuan mereka itu.

“Pak cik tak akan marah dia (Norazlina)...Pak cik cuma mahu dia balik, itu saja. Kami pun tak tahu kenapa dia tiba-tiba menghilangkan diri sedangkan sebelum ini dia bersungguh-sungguh hendak berkahwin selepas bertunang selama tiga tahun.

“Setakat ini tiada sebarang petunjuk mengenai lokasi anak saya, malah dia juga tidak menghubungi keluarga sejak hari kejadian,” katanya, semalam.

Norazlina sepatutnya diijab kabul dengan tunangnya Sabtu lalu, namun dibatalkan selepas dia gagal pulang ke rumah sejak hari kejadian.

Majlis kenduri diteruskan kelmarin dengan kenduri doa selamat walaupun tanpa kehadiran pengantin berikutan kad jemputan sudah pun diedarkan dan semua persiapan kenduri sudah diuruskan.

Sementara itu, Ismail yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang berkata, dia terpaksa mengambil cuti beberapa hari bagi menenangkan fikiran berikutan kejadian yang menimpa dia sekeluarga.

“Macam mana hendak kerja kalau fikiran asyik teringatkan dia (Norazlina). Entah dia makan atau tidak...entah ada duit atau tidak, di mana dia berada pakcik pun tak tahu,” katanya.

-myMetro

Friday, January 25, 2013

Kejam! William Yau Mangsa Culik Di Temui Mati

Kejam! William Yau Mangsa Culik Di Temui Mati

Polis hampir 75 peratus pasti bahawa mayat kanak-kanak lelaki yang hampir reput yang ditemui di jeti Sungai Sireh dekat rumah flat Sri Perantau, Klang kira-kira pukul 6.30 petang semalam sebagai William Yau Zhen Zhong.


Walaupun mayat kanak-kanak itu reput sepenuhnya, tetapi ibu bapa William Yau yang dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) pukul 11 pagi tadi dikatakan dapat mengesahkan parut di dahi kanak-kanak malang itu.

Selain itu, menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli, ibu bapa kanak-kanak itu turut mengecam pakaian yang ada pada badan mayat kanak-kanak itu.

Polis yakin kanak-kanak itu telah meninggal dunia seminggu lalu dan tidak terdapat sebarang kesan kecederaan melainkan beberapa gigitan serangga di badannya.

Gigitan itu kata beliau mungkin berlaku ketika mayat itu terapung selama seminggu di laut.

Maklumat berkenaan diperoleh melalui laporan akhbar The Star.

Ibu William juga dilihat terpaksa dipapah keluar untuk pulang dari rumah mayat berkenaan.

Gambar ibu bapa William Yau ketika tiba di HTAA.

Bagaimanapun, keputusan sebenar dan penuh akan hanya diketahui dalam beberapa hari lagi apabila pihak hospital selesai sepenuhnya melaksanakan ujian post-mortem dan ujian DNA.

William Yau dilaporkan hilang sejak 16 Januari lalu dan usaha mengesan telah dilakukan dengan giatnya sejak itu.

Mayat kanak-kanak yang ditemui di dijeti semalam dianggarkan berusia di antara enam atau tujuh tahun.

Dia memakai baju T berwarna kuning, berseluar pendek dan berkulit putih. Di baju T tersebut tertera tulisan ‘Active Group’ berwarna putih dan ‘Best Team’ berwarna biru.

BACA INI JUGA: Sebarkan - William Yau Zhen Zhong Kanak-kanak Yang Hilang

Sumber: Mynewshub

Saturday, January 19, 2013

Sebarkan - William Yau Zhen Zhong Kanak-kanak Yang Hilang

Sebarkan - William Yau Zhen Zhong Kanak-kanak Yang Hilang

Kisah mengenai kanak-kanak hilang tidak pernah berakhir, hampir setiap minggu ada saja laporan yang dikeluarkan di dada-dada akhbar media mahupun elektronik mengenai kehilangan ini


Terbaru, dilaporakan adik William Yau Zhen Zhong, 6 tahun telah hilang pada dua hari lalu, 16 Januari 2013.

Kali terakhir dia dilihat adalah di Kedai Elektronik Onking, Jalan Putra Mahkota, Putra Heights.

Adik William memiliki ketinggian 70sm dan mempunyai kesan parut di bahagian kiri dahi.

Jika anda ternampak atau mempunyai maklumat lokasi adik ini, sila hubungi SJN Goh Lai Thang (D11 IPD Subang Jaya) di talian 03-56319800 atau 012-2197133.

Punca sama ada dia diculik atau hilang begitu saja masih lagi disiasat.

Kepada ibu-bapa atau penjaga, dinasihatkan lebih berhati-hati dalam mengawal pergerakkan kanak-kanak.

Sama-samalah kita membantu...

Sumber: Facebook PDRM

Tuesday, January 08, 2013

Chua Cheng Lan, 21, Hilang 6 Bulan Lalu Dirayu Pulang

Chua Cheng Lan, 21, Hilang 6 Bulan Lalu Dirayu Pulang

Seorang gadis dirayu supaya segera pulang ke pangkuan keluarga bagi memberi penghormatan terakhir kepada mayat neneknya yang akan dikebumikan hari ini.


Chua Cheng Lan, 21, yang pernah bekerja sebagai jurujual di sini, hilang dari rumahnya di Kampung Peringat sejak enam bulan lepas kerana dipercayai mengikut teman lelaki.

Bapanya, Chua Chee Huat, 52, yang bekerja sebagai tukang cat kereta di sini berkata beliau telah membuat laporan di Balai Polis Melor berhubung kehilangan anak gadisnya itu, pada Julai lepas.

“Bagaimanapun, anak saya tidak pulang sehinggalah neneknya meninggal dunia kelmarin kerana sakit tua. Saya amat berharap supaya anak saya itu dapat pulang ke pangkuan keluarga,” katanya kepada pemberita di Kampung Aril, Pauh Lima di sini.

Neneknya Lua Mek Hong, 79, meninggal dunia dua hari lepas.

Orang ramai yang mempunya maklumat mengenai Cheng Lan boleh menghubungi keluarganya atau bapa saudaranya, Chua Chee Seng, di Kampung Peringat, Jalan Pasir Puteh atau menelefon ke talian 019-9838059.

-BERNAMA

Sunday, December 09, 2012

Remaja 16 Tahun Di Larikan Kenalan Facebook

Remaja 16 Tahun Di Larikan Kenalan Facebook

Seorang bapa mendakwa anak gadisnya yang berumur 16 tahun dilarikan oleh seorang lelaki yang dikenali melalui laman sosial Facebook sejak seminggu lepas.


Roslan Ahmad Hadzrawi, 39, dari Wangsa Maju di sini mendakwa anaknya Nur Hidayah hilang sejak 1 Disember lalu dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Mat, 19, selepas keluar makan bersama lelaki itu di sebuah pusat membeli belah di Wangsa Maju.

Roslan juga mendakwa anaknya yang lebih mesra dipanggil Dayah turut ditipu kira-kira RM1,200 ekoran kerap mengeluarkan wang dari akaunnya bagi menanggung perbelanjaan sewa rumah dan baik pulih motosikal milik Mat.

"Saya mendapat tahu Dayah sering memberi wang kepada Mat selepas membaca mesej berbaur pujukan oleh Mat kepada Dayah di dalam akaun Facebook Dayah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Roslan berkata, beliau yakin Dayah bukan melarikan diri kerana dokumen peribadinya termasuk kad pengenalan dan kad Mesin Pengeluar Wang Automatik (ATM) tidak dibawa dan anaknya itu hanya membawa wang poket RM100.

"Pada hari Dayah dilarikan, anak sulung saya ada menerima satu sistem pesanan ringkas (SMS) dari Dayah kira-kira pukul 5 petang yang berbunyi 'Rol aku kat rumah ibu sakit. Aku ok nanti apa-apa aku call'.

"Saya percaya SMS tersebut bukan ditulis oleh Dayah tetapi lelaki itu kerana Dayah tidak pernah memanggil abangnya dengan nama Rol," katanya.

Namun Roslan berkata sehingga lewat malam anaknya masih tidak pulang dan gagal dihubungi menyebabkan isterinya Zarina Zubir, 40, runsing dan bimbang.

Beliau berkata selepas usaha mengesan anaknya di sekitar Kuala Lumpur gagal, Roslan membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju Isnin lepas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kes berkenaan dan kes diklasifikasikan sebagai orang hilang.

-Bernama

Thursday, November 01, 2012

Jurunikah Enggan Nikahkan Gadis Culik Dari Malaysia

Jurunikah Enggan Nikahkan Gadis Culik Dari Malaysia

Misteri kehilangan seorang remaja perempuan, Norshahirah Zaman Huri, 17, sejak 10 hari lalu terjawab apabila mangsa dikesan hampir berkahwin dengan seorang pemuda dari Pulau Batam, Indonesia, tetapi dihalang jurunikah di negara itu.


Difahamkan, jurunikah yang juga ketua masyarakat pulau berkenaan menghalang pernikahan itu selepas mendapati mangsa rakyat Malaysia dan di bawah umur untuk berkahwin.

Susulan itu, jurunikah terbabit menahan Norshahirah dan menyerahkan teman lelakinya dikenali sebagai Patah kepada pihak berkuasa republik itu kerana disyaki menculik mangsa.

Mangsa dijaga rapi jurunikah terbabit sebelum ibu bapa mangsa yang tinggal di Kampung Jawa, di sini, dihubungi memaklumkan penemuan anak gadis mereka, Rabu lalu.

Susulan itu, Norshahirah dihantar pulang ke Jeti Larkin, Johor jam 8 pagi semalam sebelum disambut bapanya, Zaman Huri Tan, 51, ibu, Maria Mohd Noh, 49, dan Ketua Kampung Jawa, Zara’ai Nekmat, 64.

-Hmetro