Thursday, January 02, 2014

Aksi Menggoda Janda Muda Wanita Skandal Adi Putra!

Aksi Menggoda Janda Muda Wanita Skandal Adi Putra!

Biarpun sudah bergelar janda ‘hot’, ia tidak mengubah penampilan menggoda Nooraida Abdul Talib, wanita yang pernah dikaitkan dengan isu skandal pelakon Adi Putra.

Nooraida Abdul Talib

Sebelum ini, dia pernah dikecam kerana berpakaian seksi sewaktu sidang media hingga menampakkan ‘lurah dendamnya.’

Terbaru, melalui laman Instagramnya, Nooraida telah memuat turun video berkenaan rambutnya dengan ayat berbunyi:

“Rambut DIY okey. Tiada sentuhan profesional. 6 minit je. Err. Nak naik motor Harley ni heh. :D ”

Nooraida Abdul Talib

Di ruang komen pula, dia berkata:

“Tak tahu nak buat video apa. Sewel sekejap sementara menunggu.”

(Baca: Lelaki Bunuh Diri Terlalu Letih Temankan Teman Wanita Membeli-Belah!)

Biarpun rakaman tersebut berkisarkan mengenai rambutnya, namun liuk-lentuk dan gayanya nyata mampu menggoncangkan iman lelaki di luar sana.

Tambah-tambah pada beberapa saat terakhir video tersebut, Nooraida dilihat memuncungkan bibir dan menfokuskan pada bahagian atas bajunya.



Kalau macam ni gayanya, memang berderet la jejaka menunggu untuk mencuba nasib!

Sumber: Mynewshub

Friday, December 20, 2013

Noraida Mohon Jangan Salahkan Sesiapa Punca Bercerai

Noraida Mohon Jangan Salahkan Sesiapa Punca Bercerai

Amiruddin Othman, suami kepada wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan pelakon Adi Putra mengaku telah menceraikan isterinya itu, dua hari lalu.

Noraida Abd. Mutalib Bercerai Talak Satu

Perkara ini agak mengejutkan ramai memandangkan dia baru sahaja mengumumkan akan terus memperjuangkan kes melibatkan Adi demi menuntut keadilan.

(Baca: PANAS! Wanita Skandal Adi Putra Di Cerai Suami Talak Satu! )

Walaupun banyak spekulasi bertebaran disebabkan keputusan ini, Noraida Abd. Mutalib atau Aida pula dilihat lebih tenang.

Malah Aida dilihat mengemaskini status Instagram seperti biasa termasuk ‘risaukan’ jerawat di muka.

Noraida Abd. Mutalib Bercerai Talak Satu

Bagaimanapun selepas berita perceraiannya diketahui ramai, pada pengikut Instagram mula memberikan kata-kata sokongan dan meminta supaya dia bersabar lalu dibalas dengan ucapan terima kasih oleh Aida.

Noraida Abd. Mutalib Bercerai Talak Satu

Terbaru di laman Twitter, Aida dilihat mengulas tentang hal peceraiannya iaitu meminta supaya tidak ada sesiapa dipersalahkan.

Noraida Abd. Mutalib Bercerai Talak Satu

Dia turut mempertahankan bekas suaminya sebagai seorang yang baik dan bertanggung jawab.

(Baca: Kantoi! Burung Dedahkan Rahsia Suami Curang)

Kita doakan yang terbaik buat semua pihak.

Apa pun sudah berlaku sama-samalah ambil pengajaran untuk jalani kehidupan yang lebih baik, mudah-mudahan.

Sumber: Mynewshub

PANAS! Wanita Skandal Adi Putra Di Cerai Suami Talak Satu!

PANAS! Wanita Skandal Adi Putra Di Cerai Suami Talak Satu!

Amiruddin Othman, 50, iaitu suami kepada Noraida Abd. Mutalib, 29, wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan Adi Putra membuat pengakuan telah menceraikan isterinya secara lisan pada Khamis pukul 4.30 pagi di kediamannya Kulai, Johor.

Noraida Binti Abd. Mutalib Bercerai @ Di Cerai Talak Satu

Amiruddin berkata, dia membuat keputusan itu selepas merasakan tidak mampu mengharungi kes skandal tersebut selain ia untuk kebaikan mereka bersama.

“Saya telah menceraikan isteri saya dengan talak satu pada Khamis lalu pukul 4.30 pagi di kediaman kami.

“Keputusan ini tidak terburu-buru sebaliknya kami telah membuat perbincangan untuk kebaikan bersama,” katanya yang ditemui pada pagi Jumaat di Pejabat Peguam Negara di sini.

Adi Putra dalam sidang medianya pada 12 Disember lalu mendakwa dia tidak bersalah selepas pihak polis menggugurkan kes skandal berkenaan yang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu melakukan gangguan seksual.

(Baca: Gadis Cantik Yang 'Rosak' Kerana Seorang Lelaki)

Berikutan itu, Amirrudin menerusi peguamnya, Muhammad Hasif Hassan pada sidang media sehari selepas itu meluahkan rasa kecewa selain mendakwa pegawai penyiasat kes berkenaan di Johor berat sebelah.

Sehubungan itu dia bersama isteri telah membuat laporan di bahagian tatatertib Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selain akan menghantar surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk membuka semula kes itu.

Pada September lalu Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, didakwa menjalinkan skandal dengan Nooraida dan aktor itu disiasat polis selepas Amiruddin yang juga seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Noraida Binti Abd. Mutalib Bercerai @ Di Cerai Talak Satu [2]

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster 2 itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan Nooraida walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi sosial, WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu Amiruddin.

Sebelum pengumuman penceraian itu, Amiruddin telah membuat rayuan kepada Jabatan Peguam Negara untuk mempertimbangkan dan membuka semula kes tersebut.

(Baca: Bos Cium Setiausaha Dalam Lif Terakam CCTV!)

“Berdasarkan bukti yang ada, saya membuat rayuan itu melihat kes ini mengikut mana-mana seksyen yang lebih relevan.

“Tujuan saya meneruskan kes ini adalah kerana merasa diri ini teraniaya.

“Kalau boleh saya mahu kes ini ditukarkan kepada Seksyen 509 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 489 kanun yang sama kerana iaitu memikat wanita yang sudah bersuami,” ujarnya.

Amiruddin turut ditemani peguamnya, Muhammad Hasif Hassan dan Kassim Othman.

Hasil perkahwinan Amiruddin dengan Noraida kira-kira 10 tahun, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia lapan tahun.

Sumber: mStar Online

Tuesday, December 17, 2013

Pengakuan Nooraida, "Saya Hanya Teruja Dengan Adi Putra"

Pengakuan Nooraida, "Saya Hanya Teruja Dengan Adi Putra"

Selepas selesai sahaja sidang media yang diadakan bagi sebelah pihak Nooraida. Kami telah mendapatkan kenyataan dari Nooraida sendiri pula bagi mengetahui apakah kisah di sebalik apa yang telah berlaku kepada dirinya dan juga pelakon Adi Putra.


Katanya, dia sebagai seorang peminat pelakon lelaki itu, cukup teruja apabila menerima mesej menerusi aplikasi Whatsapp yang dihantar oleh Adi Putra ketika bulan ramadhan yang lepas. Tetapi selepas itu, dia agak terkejut apabila pelakon tersebut dipercayai pula mengirim gambar lucah yang ketika itu sedang berada di Mekah kerana menjalani ibadah umrah.

“Saya mula mula agak teruja apabila menerima mesej melalui Whatsapp dari Adi Putra kerana saya sememangnya meminati dia dan saya tidak menyangka apabila dia secara tiba tiba pula menghantar gambar yang agak lucah dan sulit. Reaksi saya sangat terkejut dan saya terfikir biar betul dia ni?” katanya penuh berhati-hati.

Nooraida, memberitahu bahawa dia menghormati pelakon itu, dengan menjaga percakapan dan peribadinya juga. Dia juga tidak menafikan bahawa dia turut menghantar gambar gambar ‘selfie’ kepada Adi Putra tetapi bukanlah gambar yang tidak senonoh atau lucah seperti yang dipercayai dilakukan oleh pelakon itu.

“Ya, saya ada mengirim gambar saya juga yang lebih berbentuk ‘selfie’ dan tidaklah sampai kepada gambar yang tidak senonoh. Sepanjang perkenalan saya cukup menghormati dia dan saya sendiri cukup berjaya-jaga dengan percakapan dan tingkah laku saya ini,” ujarnya.

Ditanya juga adakah perkara ini mengaibkan dia dan suaminya, apabila mahu kembali membuka kes ini, jelasnya mereka tidak mengaibkan sesiapa kerana sebelum ini cubaan untuk berunding bersama-sama dengan Adi Putra secara damai dan tertutup tanpa melibatkan mana-mana pihak seperti hari ini telah menemui kegagalan apabila pelakon tersebut tidak mahu memberikan kejasama dan berjumpa secara gentleman.

Dan ini diakui sendiri oleh suami Nooraida iaitu Hj. Amiruddin.

“Saya rasa perkara ini sudah ‘besar’ dan diketahui oleh umum, dan bila difikirkan kembali apa salahnya sekiranya kami ingin meneruskan siasatan ini yang jelasnya dipercayai banyak menimbulkan keraguan dan berat sebelah”

“Tidak sesiapa mahu diabkan dan suami saya sendiri mahu berjumpa dengannya dan berbincang secara baik dan tidak mahu perkara ini dibesarkan tetapi dia sendiri yang berjanji untuk berjumpa tetapi apabila tibanya hari tersebut dia tidak menghadirkan diri. Selama beberapa minggu kami bersabar dan rasanya inilah jalan yang terakhir,” katanya.

Sementara itu, Nooraida turut memberitahu bahawa dia akan menonton drama atau filem yang dilakonkan oleh aktor kacak itu, tetapi sebagai penonton yang ‘biasa-biasa’ sahaja.

“Saya tetap akan menonton lakonannya tetapi hanyalah menonton secara biasa-biasa sahaja,” ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)“Ya, saya ada mengirim gambar saya juga yang lebih berbentuk ‘selfie’ dan tidaklah sampai kepada gambar yang tidak senonoh. Sepanjang perkenalan saya cukup menghormati dia dan saya sendiri cukup berjaya-jaga dengan percakapan dan tingkah laku saya ini,” ujarnya.

Ditanya juga adakah perkara ini mengaibkan dia dan suaminya, apabila mahu kembali membuka kes ini, jelasnya mereka tidak mengaibkan sesiapa kerana sebelum ini cubaan untuk berunding bersama-sama dengan Adi Putra secara damai dan tertutup tanpa melibatkan mana-mana pihak seperti hari ini telah menemui kegagalan apabila pelakon tersebut tidak mahu memberikan kejasama dan berjumpa secara gentleman.

Dan ini diakui sendiri oleh suami Nooraida iaitu Hj. Amiruddin.

“Saya rasa perkara ini sudah ‘besar’ dan diketahui oleh umum, dan bila difikirkan kembali apa salahnya sekiranya kami ingin meneruskan siasatan ini yang jelasnya dipercayai banyak menimbulkan keraguan dan berat sebelah”

“Tidak sesiapa mahu diabkan dan suami saya sendiri mahu berjumpa dengannya dan berbincang secara baik dan tidak mahu perkara ini dibesarkan tetapi dia sendiri yang berjanji untuk berjumpa tetapi apabila tibanya hari tersebut dia tidak menghadirkan diri. Selama beberapa minggu kami bersabar dan rasanya inilah jalan yang terakhir,” katanya.

Sementara itu, Nooraida turut memberitahu bahawa dia akan menonton drama atau filem yang dilakonkan oleh aktor kacak itu, tetapi sebagai penonton yang ‘biasa-biasa’ sahaja.

“Saya tetap akan menonton lakonannya tetapi hanyalah menonton secara biasa-biasa sahaja,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Sumber: Rotikaya

Saturday, December 14, 2013

Wanita Skandal Adi Putra 'Tayang Lurah' Ketika Sidang Akhbar!

Wanita Skandal Adi Putra 'Tayang Lurah' Ketika Sidang Akhbar!

Satu sidang akhbar tergempar telah diadakan oleh suami kepada wanita yang didakwa skandal foto lucah Adi Putra telah diadakan semalam.

Wanita Skandal Adi Putra

Menurut kenyataan yang dibuat oleh si suami wanita tersebut, beliau merasakan ada ketidakadilan dalam kes berkenaan dan meminta ianya dibuka semula.

Wanita Skandal Adi Putra

Apa yang menarik perhatian pengikut setia kes ini, mereka banyak menumpukan kepada penampilan wanita yang didakwa mempunyai skandal tersebut.

Beliau hadir pada hari ini bersama suaminya dengan memakai jaket berwarna ungu. Disebalik jaket kecil tersebut, beliau memakai baju berwarna putih dengan berjating dibahagian dada hingga menampakkan lurah payudaranya.

Wanita Skandal Adi Putra
Wanita Skandal Adi Putra
Wanita Skandal Adi Putra

Dengan penampilan sedemikian, ianya kini menjadi bualan di laman-laman sosial.

[Sumber]

Friday, December 13, 2013

Suami Wanita Skandal Adi Putra Dakwa Polis Tidak Telus!

Suami Wanita Skandal Adi Putra Dakwa Polis Tidak Telus!

Amiruddin Othman iaitu Suami kepada Noraida Abd. Mutalib – wanita yang dikaitkan mempunyai skandal dengan pelakon Adi Putra mendakwa pihak polis tidak telus dalam menyiasat kes berkenaan.

Skandal Adi Putra

Sehubungan itu Amiruddin telah membuat satu laporan di bahagian tatatertib di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Jumaat agar satu tindakan terhadap pegawai penyiasat kes berkenaan iaitu Inspektor Fergie anak Din di sebuah balai polis di Johor dapat diambil.

“Saya mendapati siasatan terhadap kes melibatkan Adi Putra ini tidak telus dan berat sebelah apabila pegawai penyiasat kes berkenaan mohon agar laporan polis kes berkenaan ditarik balik,” katanya dalam satu sidang media di Hotel Concorde di sini petang Jumaat.

Hadir sama peguam mereka Muhamad Hasif Hassan.

Skandal Adi Putra

Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, pada malam Khamis telah membuat satu sidang media menyatakan kes berkenaan telah digugurkan oleh pihak polis dan tiada tindakan lanjut atau ‘no further action (NFA)’.

Sehubungan itu Adi mmendakwa dengan gugurnya kes berkenaan, ia membuktikan dia tidak bersalah.

Pada September lalu Adi didakwa menjalinkan skandal dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.

Akhbar melaporkan, pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.

Pelakon itu dikatakan berkenalan dengan wanita terbabit menerusi laman Instagram dan kemudian mereka kerap berbalas mesej melalui aplikasi WhatsApp sejak 29 Julai lalu sehinggalah perbuatan berkenaan dihidu suami wanita itu.

Bagaimanapun selepas tiga bulan kes berkenaan senyap, timbul pula gosip mendakwa kononnya Adi telah menggunakan pengaruh orang kenamaan bagi menutup kes tersebut.

Sumber: mStar