Monday, July 11, 2016

Video Ngeri Victor Barrio Matador Popular Sepanyol Maut Dirodok Lembu!

Video Ngeri Victor Barrio Matador Popular Sepanyol Maut Dirodok Lembu!

Seorang matador popular Sepanyol, Victor Barrio maut selepas dirodok lembu ketika membuat persembahan di hadapan penonton di sebuah gelanggang di Madrid, minggu lalu.

Victor Barrio

Victor cedera parah apabila tanduk lembu jantan seberat 500 kilogram menusuk dan merabakkan bahagian dadanya selepas dia terjatuh ketika melakukan aksi yang menjadi rutin biasanya.

Matador berusia 29 tahun itu disahkan mati di tempat kejadian.

Berpengalaman menjadi matador sejak 2008, kematian Victor merupakan insiden pertama menimpa matador selepas 31 tahun.

BACA INI JUGA: Lelaki Buta Yang Melihat Dengan Bunyi!


Sumber: Mynewshub.cc

Friday, June 10, 2016

Ngerinya Tapak Tangan Terbelah Akibat Mercun!

Ngerinya Tapak Tangan Terbelah Akibat Mercun!

Baru empat hari berpuasa di bulan Ramadan, seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dilaporkan terbelah tapak tangan kanannya dan putus tiga jari akibat bermain mercun di Kampung Sayong Lembah, Kuala Kangsar.

Adam Haikal Mohd Sabri.jpg

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Adam Haikal Mohd Sabri dikatakan keluar bermain mercun setelah menerima ajakan rakannya sementara menunggu waktu berbuka.

Insiden dipercayai berpunca gara-gara mangsa tidak sempat membaling mercun yang sudah dinyalakan, sebelum meletup dalam tangannya.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Kuala Kangsar menggunakan ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Taiping.

“Adam selesai menjalani pembedahan kira-kira jam 2 pagi dan hanya tinggal dua jari iaitu jari telunjuk dan ibu jari.

“Dia masih dirawat di Hospital Taiping,” kata nenek mangsa, Noriah Mohd Salleh, 64, kepada BH Online.

Adam Haikal Mohd Sabri [2].jpg

Difahamkan, ketika kejadian jiran dikatakan telah menasihati mereka supaya tidak bermain mercun selepas balingan pertama menghasilkan bunyi yang kuat.

Namun, tidak lama kemudian, letupan kedua kedengaran disusuli dengan jeritan mangsa yang dalam kesakitan akibat mercun meletup pada tangannya.

BACA INI JUGA: Ngeri! Dihiris Mangkuk Tandas Pecah!

Sumber: Mynewshub.cc

Friday, April 29, 2016

Aksi Gurauan Ngeri 'Suplex' Tepi Kolam!

Aksi Gurauan Ngeri 'Suplex' Tepi Kolam!

Sebuah video yang memaparkan aksi seorang lelaki dan rakannya membuat langkah ‘suplex’ di tepi kolam renang kini tersebar menjadi viral di media sosial.

Suplex+Ngeri

Video tersebut mencetuskan rasa ngeri ramai dek kerana kepala lelaki tersebut terhentak kuat pada bucu kolam renang ketika mengangkat rakannya sebelum masing-masing terjatuh dalam kolam.

Tambah simpati, video yang diviralkan oleh seorang netizen Clement Tan menerusi laman Facebook itu mendakwa lelaki malang berkenaan mati serta-merta ditempat kejadian.

Bagaimanapun, dakwaan Clement rupa-rupa adalah palsu semata-mata kerana sebenarnya lelaki itu masih hidup.

Hal itu dibongkar setelah seorang pengguna bernama Richie Bustos memuat naik video yang asal dengan durasi yang lebih panjang.

Dalam video itu, lelaki tersebut dilihat kembali berdiri seperti biasa di dalam kolam.

Jadi, terungkai sudah persoalan bahawa dalam kejadian tersebut tiada sesiapa yang meninggal dunia.

BACA INI JUGA: Video Ngeri Detik Peguam Mati Ditembak Di Argentina


Sumber: Mynewshub.cc

Thursday, April 28, 2016

Ngeri Anak Kecil Malang Tertusuk Test Pen Di Kepala

Ngeri Anak Kecil Malang Tertusuk Test Pen Di Kepala

Ngeri sungguh bila melihat gambar seorang anak kecil menahan kesakitan apabila mengalami detik malang tertusuk test pen dikepalanya.

Tertusuk+Test+Pen

Sekeping gambar yang dimuat naik oleh laman Daily Traffic menunjukkan objek tajam itu tertanam di bahagian sisi kanan kepala kanak-kanak malang itu.

Tidak pula dinyatakan oleh laman itu bagaimana objek tajam tersebut boleh tertusuk di kepala anak kecil itu.

Kadang-kadang ibu bapa terlalu alpa dengan kerja harian sehinggakan anak-anak terabai dan menjadikan objek tajam sebagai permainan mereka.

Malang tidak berbau, kecederaan melibatkan kanak-kanak kebiasaannya belaku dalam lingkungan umur 2 tahun ke bawah.

Pada umur sebegini, sesetengah mereka baru sahaja boleh merangkak dan berjalan serta sifat ingin tahu mereka sangat tinggi.

Pelbagai benda atau objek yang dilihatnya pasti digambarkan sebagai makana atau alat permainan.

Oleh itu ibu bapa perlu mengawasi setiap tingkah laku mereka dan menjauhi dari tempat-tempat merbahaya seperti bilik air, tangga, dapur serta tempat yang dipenuhi dengan objek tajam.

Setiap objek yang merbahaya hendaklah disimpan di tempat yang tersorok, jauh dari pandangan mereka dan tidak mampu dicapai oleh mereka.

Kesannya, kejadian malang dan tidak diingini berlaku seperti yang dilaporkan oleh laman Daily Traffic.

BACA INI JUGA: Gambar Pembunuhan Kartel Dadah Yang Sangat Ngeri

Sumber: Mynewshub.cc

Monday, April 25, 2016

Video Keluarkan Susuk Dari Wajah Yang Mengerikan!

Video Keluarkan Susuk Dari Wajah Yang Mengerikan!

Amalan memakai susuk agar nampak jelita, mempersona dan hebat di mata manusia bukan sesuatu yang asing lagi.

SUSUK

Bagaimanapun amalan ini sebenarnya bercanggah dengan agama Islam malah terdapat kepercayaan mayat seseorang yang memakai susuk sehingga nafasnya ditarik oleh malaikat maut akan menghadapi masalah apabila dikuburkan.

Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tak dapat dijelaskan tetapi memakai susuk atau meminta bantuan selain daripadaNya pasti mendapat kemurkaan Allah.

Menerusi satu video yang tersebar di media sosial, seorang warga emas dilihat menjalani upacara membuang susuk yang dipakai di wajahnya.

Memang seksa melihat cara susuk dikeluarkan namun warga emas terbabit dan keluarganya pasti bersyukur kerana ia sempat dibuang sebelum meninggal dunia..

Selepas melihat video di atas diharapkan mereka yang mempercayai amalan khurafat segera kembali ke pangkal jalan terutama mereka yang sudah terlanjur memakai susuk di wajah atau anggota badan lain.

Seseksa-seksa proses keluarkan susuk, seksa lagi balasan yang menanti jika mati tak sempat bertaubat

BACA INI JUGA: Video Blind Date Yang Melucukan



Sumber: Mynewshub.cc

Saturday, April 09, 2016

Disangka Urat Rupanya Cacing Bersarang Dalam Kaki!

Disangka Urat Rupanya Cacing Bersarang Dalam Kaki!

MENGGERIKAN. Seorang lelaki di China terkejut dan tidak menyangka ‘urat’ pada kakinya itu sebenarnya adalah cacing yang bersarang di situ.

Cacing dalam kaki

Lelaki berkenaan pada mulanya mengunjungi doktor di kolej perubatan Peking Union kerana mahu menghilangkan ‘urat’ terbabit.

Namun sangat mengejutkan apabila ia sebenarnya adalah seekor cacing.

Dia 'mendapat' cacing tersebut selepas bercuti di Nigeria.

Cacing itu juga bergerak-gerak beberapa milimeter setiap hari, menurut doktor yang menulis mengenainya dalam New England Journal of Medicine.

Menurut doktor terbabit, parasit itu memasuki kaki lelaki berkenaan menerusi larva dan larva berkenaan selalunya berada pada najis kucing atau anjing.

Kemungkinan lelaki itu mendapat parasit tersebut kerana dia tidak memakai kasut ketika berada di pantai dan terpijak najis yang mengandungi larva.

Dia diberikan ubat anti-parasit albendazole dan selepas dua minggu, cacing itu hilang.

BACA INI JUGA: Timun Berkesan Merawat Kanak-kanak Yang Mengalami Kecacingan

Sumber: Mynewshub.cc

Saturday, April 02, 2016

Video Ngeri Guna Pisau Cukur Belah Perut Wanita Mengandung!

Video Ngeri Guna Pisau Cukur Belah Perut Wanita Mengandung!

Satu kejadian yang begitu mengejutkan telah berlaku diluar Hospital Laquintini, Douala, Cameroon, sebuah negara bekas jajahan Perancis di barat benua Afrika. Hanya dengan menggunakan pisau cukur, saudara mara seorang wanita mengandung yang sudah meninggal dunia, telah membelah perut wanita itu bagi menyelamatkan bayi kembar dalam kandungannya.

Video Ngeri Guna Pisau Cukur Belah Perut Wanita Mengandung

Mereka berbuat demikian selepas Monique Koumateke, 31, yang sarat mengandung telah jatuh sakit dan dibawa ke hospital terbabit.

Malangnya dia telah dihalau keluar oleh bidan selepas mereka mendakwa Monique sudah meninggal dunia sementara kakitangan hospital di wad bersalin itu enggan membantu.

“Orang dari bilik mayat sendiri datang kepada kami dan memberitahu bahawa bayi dalam kandungan masih menendang perut ibunya.

“Kami ke wad bersalin semula tetapi telah diusir lagi,” kata ibu Monique iaitu Marie Sen.

Keluarga kepada pasangan Monique kemudiannya memutuskan untuk melakukan pembedahan sendiri dengan menggunakan pisau cukur di luar hospital terbabit.

Salah seorang daripada bayi kembar itu telah meninggal dunia manakala seorang lagi hanya hidup beberapa saat sebelum meninggal dunia, sebaik sahaja dikeluarkan dari kandungan ibunya.

Keadaan itu sempat dirakam dan dimuat naik dalam media sosial tempatan sehingga mencetuskan kecaman ramai.

Susulan itu wanita yang melakukan pembedahan berkenaan serta beberapa kakitangan hospital dan bilik mayat telah ditangkap.

Insiden itu turut mendapat perhatian hakim Ayah Paul Abine, yang menyifatkan kejadian berkenaan sebagai sesuatu yang menyedihkan.

“Dakwaan kementerian kesihatan bahawa pihak hospital tidak melakukan sebarang kesalahan telah mencetuskan banyak persoalan berbanding jawapan,” katanya.

BACA INI JUGA:



sumber: utusan

Friday, September 25, 2015

Ngeri Muka Hilang Dimakan Virus Misteri

Ngeri Muka Hilang Dimakan Virus Misteri

Seorang lelaki di Ho Chi Minh dijangkiti sejenis virus misteri yang memakan daging sehingga menyebabkan mukanya hampir hilang.

Huynh Van Dat

Huynh Van Dat, 51, dijangkiti virus berkenaan sejak 11 tahun lalu dan kini dia tidak mempunyai mata, hidung dan mulut.

Isteri Van Dat, Huynh Thi Trieu berkata, suaminya mula dikesan dijangkiti virus itu pada 2004 apabila hidungnya sering berdarah.

Tidak lama selepas itu, Van Dat mendapati ada cecair masuk ke dalam hidungnya setiap kali dia minum.

Doktor yang merawat Van Dat memberitahu, dia ada masalah di dalam hidung dan ia boleh dipulihkan melalui pembedahan.

Bagaimanapun, selepas pembedahan dijalankan keadaannya tidak pulih dan semakin buruk.

“Lubang di dalam hidungnya semakin membesar dan virus itu perlahan-lahan memakan hidung, pipi dan matanya.

“Walaupun tidak berdarah suami saya memberitahu keadaan itu sangat menyakitkan,” katanya.

Menurutnya, keadaan suaminya kini semakin teruk dan dia tidak boleh bercakap serta melihat lagi.

Menurutnya, doktor juga bingung dan masih belum mengenal pasti virus yang memakan daging muka suaminya. -Agensi

BACA INI JUGA: Penyakit Misteri Muntah 14 Jam Sehari

Wednesday, August 26, 2015

Ngerinya Kepala Bayi Terputus Dan Tertinggal Dalam Perut Ketika Bersalin!

Ngerinya Kepala Bayi Terputus Dan Tertinggal Dalam Perut Ketika Bersalin!

Sangat cuai dan amat menakutkan. Itu yang berlaku kepada seorang ibu apabila dia meninggal dunia selepas kepala bayi yang dilahirkannya terputus dan tertinggal di dalam perutnya akibat kecuaian doktor di sebuah hospital kerajaan di Shahjahanpur, Uttar Pradesh.

Geeta Devi, 32

Wanita itu, Geeta Devi, 32, dimasukkan ke hospital terbabit pada Sabtu lalu selepas mengadu mahu bersalin namun meninggal dunia pada awal pagi Ahad setelah doktor yang bertugas telah menarik badan bayi itu hingga terputus.

Lebih teruk dalam kes kecuaian perubatan ini, Geeta dibiarkan dan dihantar ke hospital lain ketika kepala bayinya masih berada dalam perut wanita itu.

Hanya di hospital di Bareilly, barulah doktor berjaya mengeluarkan kepala bayi terbabit tetapi mereka gagal menyelamatkan nyawanya.

Menurut suaminya, Hemant, kejadian itu merupakan kecuaian doktor terbabit.

“Sebenarnya jururawat yang mengeluarkan kepala bayi saya tetapi isteri saya gagal diselamatkan,’’ katanya.

Dalam pada itu pegawai polis, K G Yadav berkata, hospital terbabit tidak dilengkapi dengan peralatan untuk menghadapi kelahiran yang rumit itu.

“Doktor juga tidak berupaya menangani situasi tragik ini dan ia merupakan kecuaian mereka di mana kepala bayi itu terputus,’’ katanya.

Polis kini sedang mengesan doktor yang mengendalikan kes berkenaan ketika Geeta bersalin. –Mynewshub

BACA INI JUGA: Video Pendaratan 'Mengerikan' Pesawat Dilanda Angin Kencang

Wednesday, August 19, 2015

Ngerinya Bila Ulat Bersarang Ditarik Dari Bibir Seorang Gadis!

Ngerinya Bila Ulat Bersarang Ditarik Dari Bibir Seorang Gadis!

Ngerinya apabila menyaksikan bagaimana seorang doktor cuba menarik ulat keluar daripada bibir seorang gadis yang sedang membengkak.

Worm Larvae Pulled From Girls Lips

Selain geli, doktor juga dilaporkan terpaksa menggunakan penyepit untuk menarik ulat berkenaan dan ia hanya mengambil masa lebih kurang seminit.

Namun wanita itu tidak pula berasa sakit malah kelihatan tenang sahaja sepanjang prosedur tersebut diadakan.

Proses berkenaan telah dirakamkan dan dimuat naik dalam YouTube pada bulan Mac lalu.

Bagaimanapun maklumat lanjut mengenai wanita itu dan bagaimana ulat tersebut boleh berada di dalam bibirnya tidak jelas diketahui.

Namun ia merupakan parasit yang hinggap pada pesakit di kalangan golongan miskin di kawasan mundur atau mereka yang mengalami kecederaan di bahagian badan.

Kes ini agak terpencil kerana jarang ulat bersarang di bibir.

BACA INI JUGA: Video Ngeri Hidung Putus Dipancung Pedang!



Sumber: Mynewshub.cc

Tuesday, July 07, 2015

Video Ngeri Detik Peguam Mati Ditembak Di Argentina

Video Ngeri Detik Peguam Mati Ditembak Di Argentina

Detik mengerikan melibatkan pembunuhan seorang peguam terkenal di Argentina telah dirakam melalui rakaman litar tertutup (CCTV) di sebuah restoran.

Tembak

Menerusi video yang mula mendapat perhatian pengguna media sosial itu, peguam Ernesto Gonzalez dirakam telah ditembak berkali-kali oleh seorang lelaki.

Ernesto yang kelihatan langsung tidak menyedari apa akan berlaku dikatakan ingin bersarapan di sebuah restoran sebelum ditembak oleh seorang lelaki bertopi yang dipercayai kliennya, Carlos Martinez.

Carlos merupakan salah seorang klien kepada peguam terkenal itu yang kini berhadapan dengan tuduhan di atas kes penderaan seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan.

Lelaki terbabit tanpa teragak-agak melepaskan enam das tembakan ke arah Ernesto sebelum menembak dirinya sendiri di kepala.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu di depan mata dilihat berlindung di bawah meja kerana ketakutan.

Kejadian ngeri itu berlaku Rabu lalu, kira-kira jam 7.20 pagi di bandar Corrientes.

BACA INI JUGA: Mereka Terselamat Dari Maut Kerana Gemuk!



Sumber: Mirror

Thursday, June 25, 2015

Video Ngeri Hidung Putus Dipancung Pedang!

Video Ngeri Hidung Putus Dipancung Pedang!

Video ini mula viral dan mendapat perhatian orang ramai selepas dimuat naik di laman Youtube beberapa hari lalu.

Hidung putus

Menerusi video ini, saat-saat hidung seorang lelaki dipancung dengan menggunakan pedang telah dirakam oleh rakannya ketika sedang berparti.

Amaran kepada pembaca, gambar dan video yang dipaparkan ini agak mengerikan!

Mangsa yang memakai baju baseball dilihat sedang mendongakkan kepala dengan sosej di mulut untuk dipotong oleh seorang lelaki lain dengan menggunakan pedang panjang.

Hidung putus [2]

Dengan hanya satu libasan semua yang menonton aksi itu tercengang dan terkejut dengan apa berlaku.

Itulah akibatnya kalau terlalu ‘seronok’ ketika berparti, kalau mahu berparti jangan sesekali lakukan perkara yang tidak masuk akal, pelbagai perkara buruk boleh berlaku.

BACA INI JUGA: Isao Machii, Samurai Yang Mampu Membelah Peluru!


Sumber: Mynewshub

Monday, June 15, 2015

Ngerinya Peserta Gusti Lengan Patah Tangan Ketika Siaran Langsung!

Ngerinya Peserta Gusti Lengan Patah Tangan Ketika Siaran Langsung!

Seorang bekas bintang pemain rugbi mengalami nasib kurang baik apabila tangannya patah ketika siaran langsung satu program televisyen (TV) di Australia.

Ben Ross

Ben Ross muncul dalam The Footy Show bersama seorang lagi bintang rugbi, Wendell Sailor, untuk acara gusti lengan yang disiarkan secara langsung.

Malangnya, pertarungan mereka tidak berakhir dengan baik apabila tangan Ben patah ketika sedang bertanding.

Lebih menggerunkan apabila bunyi tangan Ben yang patah dapat didengari oleh penonton dan orang ramai!

Susulan itu program terpaksa dihentikan serta merta sebelum Ben dikejarkan ke hospital di Sydney.

Ben Ross [2]
Ben Ross [3]

Keadaannya kini dilaporkan stabil.

Berikutan tragedi mengerikan itu, Wendell menyatakan dia tidak akan bergusti lengan lagi kerana serik.

Walau bagaimanapun, Ben memberitahu Wendell supaya jangan berasa serba salah dengan apa yang berlaku dan dia mahukan pertarungan antara mereka diteruskan dengan menggunakan tangan kiri pula nanti.

BACA INI JUGA: Sanggup 'Patahkan' Tulang Rusuk Supaya Ramping?


sumber: hmetro

Wednesday, April 29, 2015

Ritual Kematian Paling Ngeri Diserata Dunia

Ritual Kematian Paling Ngeri Diserata Dunia

Sudah menjadi lumrah manusia untuk merasa sedih diatas kehilangan orang tersayang. Namun, ada yang meluahkan kesedihan tersebut melalui cara yang mengerikan. Malah, ada yang menjadikan upacara memperingati kematian melalui ritual yang mengerikan.

Suku Kaum Dani
Papua New Guinea

Suku Kaum Dani

Bagi suku kaum Dani di Papua New Guinea, mereka memperingati kematian dengan memotong salah satu jari tangan. Ketika salah seorang kerabat terdekat mereka meninggal dunia, kaum wanita didalam keluarga tersebut akan memotong jari mereka sebagai hadiah kepada si mati.

Cara mereka memotong jari juga sangat unik. Jari yang akan dipotong, diikat sehingga kebas dan aliran darah terhenti. Kemudian barulah jari dipotong dengan pisau batu kecil.

Walaupun amalan tersebut sudah mula ditinggalkan ketika ini, namun anda masih boleh menemui wanita Dani yang telah kehilangan jari mereka.

Suku Kaum Merina
Madagascar

Suku Kaum Merina

Masyarakat tradisional Merina didataran tinggi Madagascar mempunyai tradisi yang unik. Setiap tujuh tahun sekali, mereka akan mengadakan upacara Famadihana disekitar tanah perkuburan.

Famadihana merupakan tradisi menggali semula mayat yang telah dikuburkan untuk menukar pakaian mayat tersebut. Mayat yang telah ditukarkan pakaian mereka kemudian diarak dan dibawa menari. Pakaian lama mayat tersebut diambil dan dijadikan azimat.

Kemuncak ritual ini adalah dengan salah seorang warga tua menari disekitar perkuburan si mati. Upacara ini adalah acara yang riang gembira serta jauh dari kesedihan.

Walau bagaimanapun, melihat mayat diarak dan dibawa menari tetap mengerikan, bukan?

Suku Kaum Ifugao
Filipina

Suku Kaum Ifugao

Biasanya ketika seseorang meninggal dunia, kaum keluarganya akan segera mengurus mayat tersebut sebelum dikebumikan atau dibakar, bergantung kepada kepercayaan yang dianuti.

Namun, berbeza dengan apa yang dilakukan oleh masyarakat Ifugao di Benguet, Filipina. Apabila berlaku kematian didalam masyarakat mereka, mayat tersebut akan didudukkan diatas kerusi dihadapan rumah. Lengan dan kaki mereka akan diikat untuk mengekalkan posisi, matanya ditutup agar tidak lagi perlu melihat penderitaan orang-orang yang masih hidup.

Seterusnya, selama lapan hari, orang-orang kampung akan berkabung dan melakukan ritual peralihan sebagai kepercayaan ianya untuk membantu roh si mati mencapai tempat terakhirnya.

Yang uniknya, masyarakat sama sekali tidak terganggu dengan bau bususk yang disebarkan mayat, malah menjadikan mayat tersebut sebagai bahan gurauan.

Suku Kaum Yanomami
Venezuela

Suku Kaum Yanomami

Yanomami merupakan suku kaum asli yang tinggal di hutan Venezuela. Mereka juga melakukan ritual mengerikan untuk memperingati kematian dikalangan mereka. Ketika seorang penduduk meninggal dunia, mayatnya akan dibawa jauh dari kampung kemudian dibakar hingga tinggal abu dan tulang.

Seterusnya, abu dan tulang tersebut dibawa semula ke kampung. Tulang-tulang yang belum hancur akan ditumbuk hingga lumat kemudian dicampur dengan abu lalu dimasukkan ke dalam sup pisang.

Sup pisang kemudiannya dibahagikan kepada semua penduduk kampung untuk diminum. Tujuannya adalah agar segala kenangan tentang simati akan terus kekal abadi bersama mereka.

BACA INI JUGA: Ngeri! Ritual Bunuh Diri Seppuku Masyarakat Jepun Yang Mengerikan

-SENTIASAPANAS.COM

Thursday, April 09, 2015

Gambar Ngeri Pipi Koyak Di Libas Parang Bukan Di Malaysia!

Gambar Ngeri Pipi Koyak Di Libas Parang Bukan Di Malaysia!

Gambar ngeri seorang kanak-kanak terbelah pipi akibat terkena libasan parang selepas ibu bapanya bergaduh yang didakwa berlaku di Sungai Petani adalah tidak benar.

Parang [2]

Kejadian yang ‘viral’ di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp berlaku di luar negara, namun tidak dapat dipastikan di mana.

Di Thailand dan Laos ada laman sosial dan laman web di negara berkenaan memuat naik gambar sama dan ulasan diberi juga sama, tetapi senjata digunakan dikatakan pisau, namun tiada tempat yang tepat dinyatakan.

Jurucakap polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menafikan kes terbabit berlaku di Sungai Petani kerana hasil pemeriksaan, polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak termasuk hospital.

Parang

Tiada kes seumpama itu berlaku di Sungai Petani dan orang ramai dinasihatkan agar tidak mempercayainya kerana laporan tidak tepat katanya.

Tindakan individu yang menyebarkan gambar kanak-kanak berkenaan dan didakwa berlaku di Sungai Petani adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.

BACA INI JUGA: Ngeri! Dihiris Mangkuk Tandas Pecah!

Sumber: Hmetro.com.my

Thursday, March 12, 2015

Video Ngeri Wanita Patah Kaki Ketika Senaman!

Video Ngeri Wanita Patah Kaki Ketika Senaman!

Video ngeri seorang wanita yang sedang melakukan senaman ketahanan kaki namun mengalami situasi mencemaskan apabila kedua-dua belah kakinya patah ini telah viral di laman Youtube.

Patah-kaki

Wanita yang tidak dikenali itu kelihatan menjerit dan menangis semasa kakinya itu membengkok ke arah berlawanan.

Tujuan senaman tersebut adalah untuk menguji ketahanan serta kekuatan kaki menggunakan ‘leg press.’

Alat itu memerlukan seseorang menolak jumlah berat yang termampu bagi menguatkan otot-otot kaki namun wanita terbabit membiarkan kakinya dalam keadaan ‘berehat’ selepas menolak alat itu hingga menyebabkan kedua-dua belah kakinya patah.

Jadi, jangan ambil mudah dengan peralatan di gym yang anda pergi kerana alat-alat tersebut memerlukan kemahiran serta pengetahuan untuk menggunakannya.

Jangan tunjuk lagak pandai sekiranya tidak tahu, lebih baik tanya serta dipantau oleh pelatih dan sentiasa berhati-hati ok!

BACA INI JUGA: Ngeri! Dihiris Mangkuk Tandas Pecah Ketika Berak

AMARAN! Tolong jangan tonton video ini jika anda ada sakit jantung atau darah tinggi!!!


Video ini juga boleh ditonton dilaman Youtube (https://www.youtube.com/watch?v=vkKJ4KFnklI)

Sumber: Mynewshub.cc