Wednesday, July 17, 2013

Ng Mun Tatt Bikin Sandiwara Nafi Hina Islam?

Ng Mun Tatt Bikin Sandiwara Nafi Hina Islam?

Remaja yang dibelasah kerada didakwa ‘tumpang semangkuk’ menghina agama Islam dalam pos Facebook yang dibuat blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee menafikan bahawa dia pernah berbuat demikian.


Ng Mun Tatt, remaja yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu sebaliknya mendakwa penculik mahu memeras wang daripada keluarganya.

Memetik laporan The Star, Ng yang baru pulang ke Shah Alam dari Johor Bahru dua bulan lalu turut memberikan kenyataan bahawa penculiknya tidak ada berkata apa-apa tentang tindakannya menghina agama Islam ketika dia berada di tangan mereka.

“Saya memang ada akaun Facebook tapi saya hanya memuat naik status tentang potongan rambut,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan hari ini.

Ng turut mengaku, dia tidak begitu lancar berbahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu.

Dalam laporan media sebelum ini, Ng dikatakan telah diculik ketika sedang makan bersama teman wanitanya di Shah Alam sekitar jam 4.30 pagi Isnin lalu, sebelum dibawa ke kawasan hutan lalu dibelasah dan dibogelkan. Badannya turut diconteng ‘Saya Hina Agama Islam’.

Ng mendakwa, penculikan itu tidak ada kena mengena dengan sebarang status di Facebook tetapi penculik melakukan demikian (menconteng badannya) kerana tidak mahu dia melarikan diri.

(Baca: Remaja Cina Dibogel Kerana Hina Islam!)

“Mereka kata saya pasti dibelasah oleh mana-mana orang Islam kalau saya lari,” ujarnya.

Menurut Ng, dia tidak mengingat dengan jelas apa yang sebenarnya berlaku setelah dia diculik kerana dia telah dikhayalkan, ditutup mata dan dipukul oleh lapan lelaki terlibat.

Bagaimanapun dia teringat ada mendengar penculik berkenaan bertanya nombor pin kad bank menerusi telefon bimbit kepada abang iparnya.

Selepas itu dia langsung tidak sedarkan diri hinggalah terjaga kira-kira pukul 10 pagi di dalam estet dengan contengan di badan. Dia terus keluar dari situ sebelum dibawa ke balai polis oleh pemandu motosikal yang melalui lebuhraya Duke.

Dalam pada itu, abang ipar Ng yang dikenali sebagai Mak Nui Weng, 28, yang turut hadir pada sidang media memberitahu, penculik telah meminta tebusan sebanyak RM5,000.

Dia bagaimanapun hanya mampu mendeposit wang sebanyak RM3,000 pada jam 8 pagi. Wang berkenaan didakwa telah dikeluarkan oleh penculik berkenaan.

OCPD Shah Alam, ACP Zahedi Ayob mengelurkan kenyataan bahawa pihak polis sedang menyiasat kes ini. Sementara empat suspek yang berjaya ditahan beberapa jam selepas insiden, kini sedang menjalani tahanan reman selama seminggu.

Sandiwara Ng Mun Tatt?


Namun, alasan yang diberikan Ng Mun Tatt yang tidak fasih berbahasa Malaysia ini, senang cakap memang tak boleh diterima langsung.

Dia mendakwa diculik 8 lelaki yang mahukan wang tebusan daripada keluarganya, nak tahu jumlah yang diminta... RM5,000!

Bayangkan, 8 lelaki menaiki sebuah kereta mewah Toyota Alphard mahu berpenat lelah dan membahayakan diri menculik seorang penjaga kafe siber untuk jumlah sebanyak itu, masuk akal ke?

Lepas itu dibadannya diconteng Saya Hina Agama Islam, alasan: akan dipukul orang Islam lain jika cuba lari...

Lapan orang culik dan ada kemungkinan dia boleh lari dan tak pulak dia dipukul masa mula-mula dijumpai dengan tulisan itu di badannya di tepi lebuh raya...

Masa dia mula dilarikan…penculik serahkan beg duit dan telefon bimbit dia kepada teman wanitanya.

Perghhhh...ini penculik beriman betul... 8 orang nak RM5,000, beg duit dengan handphone tak mahu, barangan kemas teman wanita tak usik, cuma nak RM5,000!!!!!!

Ayoyo apek, sudah la tipu tu ooii..

Harap polis siasat Mun Tat ni betul-betul dan ambil tindakan yang wajar... loya dengar penjelasan yang diberikan itu...

[Sumber]

Tuesday, July 16, 2013

Remaja Cina Dibogel Kerana Hina Islam!

Remaja Cina Dibogel Kerana Hina Islam!

Penjaga cybercafe, Ng Mun Tatt, 24, diculik di hadapan sebuah restoran di Taman Sri Muda, Shah Alam, oleh lapan lelaki dipercayai berbangsa Melayu dengan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Alphard.


Sumber yang diterima TerengganuToday memberitahu, semasa kejadian, remaja berbangsa Cina itu sedang makan bersama teman wanitanya sekitar pukul tiga pagi.

Bagaimanapun, teman wanita mangsa tidak dilarikan dan diapa-apakan.

Barang berharga milik lelaki itu seperti beg duit, telefon bimbit dan rantai emas dikembalikan kepada teman wanita mangsa semasa mangsa dilarikan.

Kereta yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu melarikan mangsa ke kawasan hutan sebelum ditinggalkan di Lebuhraya Duke, berhampiran susur masuk ke Setiawangsa, dalam keadaan bogel.

Seluar, baju dan pakaian dalam dilarikan Toyota Alphard terbabit.

Mangsa mendakwa, badannya diconteng oleh suspek kerana perbuatan remaja Cina itu yang mengaku “MENGHINA ORANG MELAYU DAN ISLAM DI LAMAN SOSIAL SEPERTI FACEBOOK DAN TWITTER”

Mangsa juga mengaku telah mencampakkan bangkai babi di hadapan rumah dan surau orang Islam yang menjadi sasaran parti DAP untuk cetuskan ketegangan kaum dan agama.

Menurut sumber itu lagi, sehingga kini hanya satu laporan polis dibuat oleh orang awam yang menemui mangsa.

[Sumber]