Friday, April 11, 2014

Model Malaysia Juara Asia’s Next Top Model Musim Kedua

Model Malaysia Juara Asia’s Next Top Model Musim Kedua

Finalis Malaysia dalam rancangan pencarian model terkenal Asia, Asia’s Next Top Model, Sheena Liam berjaya mengalahkan peserta dari Filipina, Jodily Pendre apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan yang sudah memasuki musim kedua itu.

Sheena Liam Asia’s Next Top Model

Kemenangan itu menjadikan Sheena, 22, sebagai peserta pertama dari Malaysia yang berjaya mengenggam gelaran yang diidam-idamkan kesemua 16 peserta program tersebut.

Pada peringkat akhir, Sheena bersaing dengan Jodily dan Katarina dalam cabaran menangkap gambar di Tanjung Jara, Terengganu di mana mereka perlu menonjolkan gambar yang mempunyai kekuatan emosi.

sheena
SHEENA – JUARA

jodilly
JODILY – NAIB JUARA

katarina
KATARINA – TEMPAT KETIGA

Terdahulu, Katarina Rodriguez, seorang lagi finalis dari Filipina telah disingkirkan selepas pihak juri perlu memilih di antara dua peserta yang layak melangkah ke peringkat akhir.

Dengan kemenangan itu, Sheena membawa pulang tiga bulan kontrak dengan Storm Model Management dari London, peluang menghiasi kulit hadapan majalah Harper’s Bazaar Singapura/Malaysia, wang tunai sumbangan FOX International Broadcast, kereta Subaru XV dan menjadi model untuk kempen produk penjagaan rambut, TRESemme sepanjang tahun ini.

Namun, seperti biasa bak kata pepatah ‘rumah siap, pahat masih lagi berbunyi’, kemenangan Sheena tidak disetujui kebanyakan peminat rancangan itu yang berasal dari Filipina.

Ini kerana mereka tidak dapat menerima kenyataan kedua-dua finalisnya kalah di tangan Sheena selain mengaitkan kemenangan itu telah dirancang terlebih dahulu memandangkan ‘sponsorship’ banyak datang dari Malaysia.

Hmm, bagi penulis, tuduhan itu adalah sesuatu yang tidak berasas kerana mereka telah diadili oleh orang yang layak dalam bidang berkaitan selain sememangnya Sheena berhak menang di atas komitmen dan gambar-gambarnya yang sentiasa unik dan fotogenik!

Jessica Amornkuldilok

Untuk makluman, pada musim pertama, peserta dari Thailand, Jessica Amornkuldilok telah berjaya menjadi juara sementara peserta dari Filipina, Stephanie Retuya bergelar naib juara.

Tahniah Sheena!

Sumber: Mynewshub.my