Tuesday, January 17, 2017

Apa Itu Mannequin Challenge?

Apa Itu Mannequin Challenge?

Mannequin Challenge ialah aksi dalam sebuah rakaman video yang menunjukkan sekumpulan individu merakam satu situasi tetapi dalam keadaan 'masa terhenti', dengan semua orang di dalam video tidak bergerak dan kelihatan seperti patung.

Mannequin Challenge

Mannequin Challenge juga merupakan satu cabaran untuk satu kumpulan kepada satu kumpulan dan biasanya ia dirakam dengan berlatar belakang musik pilihan anda sendiri.

Asal-usul dan fenomena Mannequin Challenge telah mula menjadi viral apabila Sekolah Tinggi Edward H White High School, Jacksonville, Florida, pada 26 Oktober 2016 membuat video Mannequin Challenge yang pertama dengan memperkenalkan hashtag #MannequinChallenge.

Mannequin Challenge kemudiannya diikuti oleh beberapa pasukan bola sepak kolej serta selebriti terkenal di seluruh dunia.

Video pertama yang dimuatnaik menjadi viral di sosial media seperti Twitter dan Instagram.

Video Mannequin Challenge kemudiannya menjadi inspirasi orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Mannequin Challenge akhirnya menjadi ikutan di seluruh dunia dan ada yang menjadinya nampak menarik dengan kreativiti tersendiri.

Bagaimana Cara Membuat Video Mannequin Challenge?

Jika dilihat pada video Mannequin Challenge, ia sememangnya amat menarik dan seronok ditonton apabila melihat semua orang di dalam video tidak bergerak kecuali perakam video.

Dalam aksi Mannequin Challenge, keadaan menunjukkan seolah-olah dunia terhenti ketika itu.

Untuk melakukan rakaman aksi diiringi lagu background Mannequin Challenge, ia bukanlah semudah yang disangka.

Pada kebiasaannya, video Mannequin Challenge sering menggunakan muzik berlatar belakangkan lagu nyanyian kumpulan duo Rae Sremmurd berjudul Black Beatles, namun anda juga bebas menggunakan muzik sendiri.

Mannequin Challenge bukan sahaja memerlukan anda untuk tidak bergerak sekalipun sekadar mengelipkan mata tetapi juga harus melakukannya bersama-sama dengan semua peserta yang mengambil bahagian.

Jika seorang daripada peserta bergerak, ia dikira sebagai gagal dalam menyahut cabaran tersebut.

Mannequin Challenge hanyalah untuk mencabar sekumpulan untuk melakukan dan melihat kerjasama antara satu sama lain.

Bagaimana Menentukan Ia Adalah Mannequin Challenge?

Michelle

Untuk melakukan cabaran Mannequin Challenge, perserta haruslah bersama dalam kumpulan.

Ia juga boleh dilakukan berseorangan atau berdua tetapi ianya jarang dilakukan kerana dianggap tidak mencabar.

Untuk lebih menarik, anda harus duduk di dalam kumpulan yang lebih ramai. Lagi ramai, lagi mencabar!

Cabaran Mannequin Challenge juga perlu mempunyai jalan cerita pendek untuk disampaikan, tidak kiralah ia genre seram, aksi, sukan, hiburan dan sebagainya.

Adakah anda rasa mampu untuk menyahut cabaran ini?

Selamat mencuba aksi Mannequin Challenge!

BACA INI JUGA: 7 Sekolah Paling Unik Di Seluruh Dunia

Sumber: remaja