Wednesday, June 07, 2017

4.2 Juta Dekoder MYTV Percuma Untuk Penerima BR1M

4.2 Juta Dekoder MYTV Percuma Untuk Penerima BR1M

Perdana Menteri Najib Razak telah mengumumkan dekoder percuma bagi siaran TV digital yang baru dilancarkan bernilai RM199 kepada 4.2 juta penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

MYTV Percuma

Pada majlis pelancaran perkhidmatan televisyen terestial digital (DTT) myFreeview yang berlangsung minggu ini, Najib berkata Malaysia merupakan satu-satunya negara di Asean menyediakan dekoder percuma untuk rakyatnya.

Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mengambil pendekatan menyediakan dekoder percuma untuk rakyatnya, terutamanya bagi mereka yang memerlukan bantuan.

4.2 juta dekoder percuma untuk diagihkan

Jumlah dekoder itu merangkumi 2.2 juta set dekoder percuma sumbangan kerajaan sebagai tambahan kepada dua juta set dekoder yang diperuntukkan MYTV Broadcasting Sdn Bhd, yang mengendalikan infrastruktur dan kemudahan rangkaian DTT.

MyFreeview adalah projek diterajui Kementerian komunikasi dan multimedia dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menyediakan perkhidmatan televisyen dan siaran radio digital secara percuma.

Pengguna boleh membeli dekoder berkenaan daripada peruncit elektronik di seluruh negara.

Lebih daripada 60 buah negara di seluruh dunia telah memulakan perubahan dari televisyen analog kepada siaran digital sejak tahun 2007.

Manakala negara-negara Asean mensasarkan untuk menghentikan televisyen analog antara tahun 2015 hingga 2020.

Malaysia menetapkan untuk menghentikan siaran televisyen analog pada Jun 2018.

Dijangkakan, 98 peratus daripada penduduk Malaysia akan mempunyai akses kepada perkhidmatan myFreeview pada suku terakhir 2017.

Penonton akan dapat mengakses sembilan stesen percuma iaitu TV1, TV2, TVi, TV AlHijrah, TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan Bernama News Channel, serta tambahan empat stesen radio RTM.

BACA INI JUGA:

sumber: mk

Saturday, September 24, 2016

Panduan Semakan Online Nama Penerima Percuma Dekoder MYTV 2017

Panduan Semakan Online Nama Penerima Percuma Dekoder MYTV 2017

Jika anda ingin tahu sama ada anda adalah salah seorang penerima Dekoder MYTV PERCUMA, anda boleh membuat semakan secara online dan caranya juga cukup mudah.

MYTV

Sila klik link dibawah dan masukkan No. Kad Pengenalan untuk semak kelayakan Penerimaan Dekoder MYTV secara Percuma.


MYTV

Jika anda dalam senarai penerima yang berjaya menerima Dekoder MYTV secara percuma, imej seperti di bawah ini akan dipaparkan.

MYTV

Anda akan dihubungi oleh pihak MYTV Broadcasting untuk tujuan penghantaran dekoder percuma tersebut.

Dan jika anda tidak layak menerima dekoder percuma MYTV, paparan seperti berikut akan terpapar.

MYTV+Percuma

Sebarang maklumat lanjut anda boleh terus ke laman web ini,http://mytvbroadcasting.my/FAQ.html

Nombor telefon: 1 300 80 6988

Sebanyak 2 juta Unit Dekoder Percuma (MYTV Basic) akan diberikan kepada isi rumah terpilih di seluruh negara, namun ada sumber mengatakan bahawa semua penerima BR1M layak menerima dekoder percuma MYTV ini.

Semoga memberi manfaat.

nota editor: tidak semua penerima BR1M layak menerima Dekoder MYTV percuma. harap maklum.

BACA INI JUGA: Perbezaan Siaran Percuma MYTV Dengan ASTRO

sumber: phat

Friday, June 03, 2016

Perbezaan Siaran Percuma MYTV Dengan ASTRO

Perbezaan Siaran Percuma MYTV Dengan ASTRO

Tidak lama lagi syarikat penyiaran baru akan menggantikan penyedia gergasi penyiaran terbesar Asia iaitu ASTRO.

Siaran+Percuma+MYTV.jpg

Dendam para warga Malaysia yang menyampah dengan yuran pembayaran ASTRO setiap bulan seakan-akan terbalas dalam sedikit masa lagi.

Namun jangan cepat berpuas hati. Mari saya terangkan bahawa MYTV tidak akan sama sekali menjamin anda mendapat siaran daripada ASTRO secara percuma. Tidak akan dapat!

Falsafah, teknologi dan ekosistem kedua-dua stesen penyaiaran ini juga amat berbeza sama sekali.

MYTV adalah jenama dibawah konglomerat Puncak Semangat (Altel communication) yang dimiliki oleh Tan Tri Syed Bukhari yang telah dianugerahkan kontrak oleh Kerajaan Malaysia dalam tahun 2014 untuk membangunkan infrastuktur pancaran siaran digital atau Digital Terestrial Television di Malaysia.

DTTV adalah suatu lembah penyiaran yang baru di Malaysia dimana, berlainan dengan ASTRO, DTTV dipancarkan melalui stesen-stesen pemancar yang terdapat diserata Malaysia dan diterima dengan menggunakan alat dekoder dirumah anda.

Melalui kontrak kerajaan ini, MYTV telah bekerjasama dengan Telekom Malaysia (TM) untuk membangunkan infrastuktur stesen-stesen pancaran untuk tahun-tahun kedepan.

Apa itu DTTV?

Sejujurnya, benda ini sudah ada lama di dunia dan mungkin baru sekarang kita menyedarinya. DTTV adalah satu teknologi penyampaian signal televisyen menggunakan spektrum digital berbanding analog sebelum ini yang lazimnya dikhaskan kepada spektrum 300Mhz sehingga 480Mhz.

Bermula tahun 2007 terutamanya di Amerika Syarikat, kebanyakkan stesen siaran terpaksa beralih daripada signal Analog kepada digital bukan sahaja atas alasan pembangunan teknologi HDTV, namun atas dasar kerajaan yang mahu mengosongkan spektrum analog sedia ada untuk dikhaskan kepada siaran-siaran kecemasan.

Kenapa MYTV berlainan dengan ASTRO?

Falsafah

Astro, penyedia rangkaian siaran dalam termasuk saluran "in-house" dan saluran antarabangsa berdasarkan yuran/pakej langganan yang dicaj ke atas pelanggan.

MYTV adalah stesen penyedia saluran TV Free To Air dan saluran-saluran yang dibayar oleh operator yang menyediakan kandungan (content) siaran kepada penonton.

Teknologi pemancaran

Seperti yang telah diperkatakan tadi, MYTV menggunakan teknologi transmisi DTTV yang mana spektrum signal dipancarkan oleh menara telekomunikasi darat seperti menara telekom manakala ASTRO pula menggunakan teknologi penghantaran transmisi melalui Satelit.

Justreru, siaran MYTV tidak akan terganggu oleh elemen-elemen alam seperti hujan, namun MYTV perlu sentiasa bergantung pada stesen pemancar bumi bagi menghantar siarannya.

Dekoder diperlukan di rumah untuk mengubah signal digital tersebut ke TV anda sama seperti Astro yang juga memerlukan dekoder.

Kandungan Siaran

MYTV telah melaksanakan siaran percubaan (Trial Broadcast) kepada kumpulan sasaran pada suku pertama tahun ini dan kandungan siaran TV pula dipunggah naik daripada siaran Free To Air (FTA) iaitu TV1, TV2, TV3, NTV7, TV9, Bernama dan TVALHijrah. MYTV bercadang akan memperluaskan siarannya kepada 30 saluran pada penghujung tahun 2016 akan datang.

Manakala disuatu sudut lain pula, Astro mempunyai saluran dan rancangan terbitan sendiri iaitu Astro RIA, PRIMA, CITRA, WARNA, MUSTIKA, WAH LAI TOI dan banyak lagi yang hak penyiarannya secara mutlak dipunyai oleh Astro.

Ekosistem 

Ini adalah faktor ultima dimana kita dapat melihat perbezaan terbesar antara MYTV dan Astro.

Jangan lupakan bahawa MYTV juga syarikat seperti Astro yang perlu menjana keuntungan bagi meneruskan kelangsungan survivalnya dalam kancah perniagaan kini.

Bahasa senangnya adalah, MYTV bertindak sebagai tuan rumah yang akan menyewakan saluran-saluran mengikut pakej mereka kepada sesiapa sahaja, mahupun syarikat atau orang perseorangan yang mahu menceburi industri penyiaran ini dengan modal sebanyak RM12 juta untuk sewaan satu saluran anda boleh menyiarkan kandungan siaran anda.

Oleh yang demikian MYTV bermanafaat kepada orang ramai yakni penonton dan para usahawan/karyawan yang ingin meluaskan empayar penyiaran mereka melalui sewaan siaran di MYTV.

Fokus utama MYTV dalam industri penyiaran ini bukan sahaja memajukan teknologi untuk memberikan pengalaman menonton TV berdefinisi tinggi kepada rakyat Malaysia, bahkan juga membina satu niche baru dikalangan golongan orang bisnes untuk mengetengahkan produk dan servis mereka melalui sewaan saluran di MYTV.

MYTV juga akan menggunakan platform interaktif sama seperti Astro dengan aplikasi butang merah dan sebagainya.

Kesimpulan awalan

Seperti yang ditekankan semenjak dari awal karangan ini digarap, MYTV tidak akan menggantikan Astro kerana model, mekanisma dan falsafah bisnes kedua-dua konglomerat ini tidak sama dan mereka juga tidak berperang dalam satu balapan yang sama.

Oleh yang demikian, persepsi orang ramai mengatakan MYTV akan menggantikan Astro itu berada pada satu garisan subjektif.

Jika anda hanya menonton siaran FTA, YA! mungkin akan menggantikan, namun jika anda menonton siaran-siaran "In-house" terbitan Astro, sila jangan potong Astro anda terlebih dahulu.

BACA INI JUGA:

Sumber: Sociologicakini

Friday, May 27, 2016

MYTV Bakal Dilancar Ogos 2016

MYTV Bakal Dilancar Ogos 2016

Setelah lebih setahun melakukan siaran percubaan d seluruh negara tanpa sebarang publisiti besar-besaran, akhirnya perkhidmatan televisyen teresterial digital (DTT) secara percuma bakal menemui rakyat Malaysia.

MYTV Dilancar Ogos.jpg

Berita gembira itu dimaklumkan oleh syarikat penyedia prasarana DTT tersebut iaitu MYTV Broadcasting Sdn. Bhd. (MYTV) menerusi laman Facebook rasmi baru-baru ini sekali gus mencetuskan sensasi dalam kalangan ‘kaki TV’.

Menurut MYTV, siaran DTT buat masa sekarang sedang dalam fasa ujian di beberapa lokasi terpilih seluruh negara namun perkhidmatan DTT dijangka dilancarkan sepenuhnya pada seawal-awalnya Ogos atau September nanti.

Dalam pada itu, dua juta unit dekoder MYTV bakal diedar secara percuma kepada senarai penerima yang diluluskan pihak kerajaan terutama kalangan isirumah miskin dan berdaftar program e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Ini sekali gus membolehkan golongan itu dapat menikmati siaran televisyen percuma tanpa gangguan apabila mode analog digunakan semua stesen penyiaran teresterial ditamatkan dan negara kita beralih sepenuhnya kepada DTT.

MYTV Dilancar Ogos [2].jpg

Bagi yang tidak terpilih menerima set percuma, dekoder itu juga akan dijual menerusi kedai barangan elektrik di seluruh negara dan harga yang ditetapkan oleh kerajaan akan diumunkan sedikit masa lagi dijamin mampu dimiliki.

Tinjauan mendapati, harga standard set penerima siaran DTT itu di kebanyakan kedai pada masa ini ialah RM300 manakala menerusi laman jualan secara talian tempatan pula ada menawarkan serendah RM150.

Setakat ini siaran DTT melalui MYTV buat permulaan mengandungi lapan saluran percuma iaitu TV1, TV2, TV3, ntv7, 8TV, TV9, TV AlHijrah dan Bernama TV sebelum ditambah lebih banyak lagi secara berperingkat-peringkat.

Siaran DTT tersebut bakal membolehkan set dekoder MYTV menerima sebanyak 80 saluran televisyen dan 40 saluran radio secara percuma sepenuhnya.

MYTV Dilancar Ogos [3].PNG

Bagi yang tidak sabar menikmati siaran DTT percuma disediakan MYTV, anda sebenarnya boleh melakukan ujikaji mudah dengan menyambungkan antena biasa jenis tetulang ikan terus ke set dekoder yang dibeli dari kedai elektrik.

Kemudian sambungkan pula kabel dekoder itu ke set peti TV dan buat pencarian talaan frekuensi yang ditetapkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengikut kawasan liputan pemancar (lihat jadual).

Panduan penalaan lengkap sepenuhnya adalah berbeza mengikut jenama set peti TV, jenis antena digunakan dan model dekoder.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web rasmi MYTV.

BACA INI JUGA: Kenapa Pendigitalan RTM Bakal Tenggelamkan ASTRO!?

Sumber: Mynewshub.cc/HAA

Friday, July 10, 2015

1,500 Isi Rumah Dapat TV Digital DTT Percuma RTM Di Sabah!

1,500 Isi Rumah Dapat TV Digital DTT Percuma RTM Di Sabah!

Hampir 1,500 isi rumah di Sabah akan dipilih menjadi peserta ujian penyiaran Televisyen Digital Terestrial (DTT) bermula 27 Julai hingga Disember ini, kata Ketua Pegawai Komersial MYTV, Haniza Ros Nasaruddin.

Televisyen Digital Terestrial (DTT)

Beliau berkata kesemua peserta yang terpilih itu berada dalam lingkungan jarak kira-kira 25 kilometer hingga 100 kilometer dari tapak pemancar televisyen berkenaan di Bukit Karatong di sini.

Haniza Ros berkata peserta yang terpilih akan menerima pemasangan dekoder MYTV sementara secara percuma serta menikmati sebanyak tujuh siaran iaitu TV1, TV2, TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan TV AlHijrah dalam bentuk digital untuk fasa pertama.

Beliau berkata dekoder sementara itu akan digantikan dengan dekoder yang baharu apabila fasa siaran ujian penyiaran DTT berakhir pada penghujung tahun ini.

“Semasa fasa ujian ini, MYTV akan membuat pertukaran daripada siaran analog kepada digital yang telah dimulakan sejak April lalu di beberapa kawasan terpilih di Semenanjung seperti di Pahang, Terengganu, serta Kelantan dan Sabah adalah yang pertama di Malaysia Timur (melaksanakan ujian penyiaran),” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, fasa siaran ujian itu adalah untuk melihat keberkesanan liputan digital dari segi kekuatan penerimaan signalnya dan kualiti gambar yang dapat diterima oleh pengguna isi rumah sebelum diperkenalkan secara rasmi pada Januari tahun depan.

Beliau berkata di Sabah, sebanyak tiga kawasan dipilih sebagai stesen pemancar bagi siaran MYTV iaitu Bukit Karatong di Kota Kinabalu, Gunung Andrassy di Tawau dan Bukit Trig di Sandakan.

Haniza Ros berkata, pengguna isi rumah yang layak untuk menerima dekoder secara percuma itu perlu memenuhi beberapa syarat iaitu penerima mestilah seorang warganegara yang tidak melanggan dengan siaran berbayar, berpendapatan rendah dan golongan yang tersenarai sebagai penerima bantuan kerajaan.

Beliau berkata bagi pengguna isi rumah yang tidak tersenarai sebagai penerima bantuan kerajaan, mereka boleh mendapatkan dekoder secara percuma di cawangan yang akan ditetapkan di Sabah selepas MYTV dilancarkan pada tahun depan.

Menurut Haniza Ros selepas pelancaran MYTV, setiap pengguna isi rumah akan menikmati kira-kira 30 saluran rancangan percuma dan pengedaran dekoder bagi kawasan pedalaman adalah mengikut kawasan Pos Malaysia.

“Ini memang agenda kebangsaan dan kami memang menyasarkan 98 peratus isi rumah populasi di Malaysia akan mendapat siaran MYTV,” katanya.

Beliau berkata, keistimewaan MYTV ialah siarannya tidak terganggu akibat perubahan cuaca kerana ia disokong jaringan kabel fiber optik.

Sementara itu, bagi mengatasi masalah kawasan yang mungkin terhalang oleh keadaan berbukit, pemancar-pemancar berkuasa rendah yang dikenali sebagai ‘gap fillers’ akan dipasang untuk menerima signal dari pemancar utama untuk disalurkan kepada setiap pengguna isi rumah. –BERNAMA

BACA INI JUGA: OLED, TV Paling Nipis Di Dunia, Boleh Digulung Macam Kertas!

Tuesday, March 10, 2015

Kenapa Pendigitalan RTM Bakal Tenggelamkan ASTRO!?

Kenapa Pendigitalan RTM Bakal Tenggelamkan ASTRO!?

Walaupun setiap tahun mencatatkan laba berbilion ringgit, Astro seolah-olah bebas buat apa sahaja ke atas lebih tiga juta pelanggan kerana masyarakat tiada pilihan khasnya jika kawasan itu tiada liputan siaran televisyen terrestrial atau free-to-air (FTA).

ASTRO vs RTM

Tambahan pula, penyedia siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan operator televisyen kabel, ABNXcess tidak begitu popular di negara kita, malah ada juga yang langsung ‘tenggelam’ seperti MegaTV, FineTV dan MiTV.

Pun begitu, zaman kehebatan Astro nampaknya dijangka ‘jatuh’ apabila sudah kedengaran cakap-cakap sumber boleh dipercayai membayangkan dunia penyiaran tempatan akan kembali sengit ibarat buku bertemu ruas dalam masa terdekat.

Berita gembira itu sebenarnya bukan baharu apabila semakan menerusi arkib berita tempatan sudah pun melaporkan program pendigitalan Radio Televisyen Malaysia (RTM) berjalan lancar, di sebalik ‘sifar publisiti’ macam tiada apa-apa berlaku.

Dikenali juga sebagai projek Angkasapuri Media City, tidak ramai sedar inisiatif transformasi stesen kerajaan itu akan menyebabkan sistem penerimaan siaran FTA format analog RTM terpadam secara automatik atau disebut Analogue-Switch-Off (ASO).

Seterusnya siaran RTM akan disiarkan kembali dalam format Penyiaran Televisyen Terrestrial Digital (DTTB), tetapi berita baiknya, pengguna akan dapat tambahan saluran baharu iaitu 45 saluran definisi tinggi (HD) dan 15 saluran definisi standard (SD).

Segala-galanya percuma dan ia dipancarkan terus ke rumah menerusi sambungan dekoder khas berharga RM200 yang akan dibekalkan pihak MYTV Broadcasting Sdn. Bhd., syarikat di bawah firma telekomunikasi tempatan, Kumpulan Altel Holdings.

Lagi berita gembira, dua juta isirumah miskin di seluruh negara yang setiap tahun menerima BR1M, akan menerima dekoder secara percuma dan projek akan bermula Jun depan untuk fasa pertama; dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir 2017.

Kumpulan penonton pertama siaran ini merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan seterusnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kemudian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Fasa terakhir ASO ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya; sekali gus 98 peratus muka bumi Malaysia diliputi DTTB dengan jangkaan, ketika itu rakyat bakal dapat menonton 80 saluran TV dan 40 saluran radio secara digital percuma.

Sesuai dengan kecanggihan sistem baharu, penonton tidak sahaja menerima kualiti gambar dan suara dalam format digital jauh lebih baik, pelbagai ciri terkini juga diperkenal bagi memberi pengalaman menonton televisyen menjadi lebih menarik.

Antaranya adalah pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa yang tiada menerusi siaran FTA analog sekali gus setanding dengan apa ditawarkan Astro sejak sekian lama, cuma kali ini ia adalah percuma.

Barang kali, tanpa disedari inilah yang cukup dibimbangi Astro kerana operator itu sudah pun nampak lawan sebenar mereka RTM secara senyap bakal menggugat dunia penyiaran tanah air dalam masa terdekat.

Fikir-fikirkanlah..

BACA INI JUGA: Astro Tipu Rakyat Dan Kerajaan!

Sumber: Mynewshub.cc