Thursday, May 01, 2014

Denda 20 Peratus Jika Gagal Hantar e-Filing Sebelum 15 Mei

Denda 20 Peratus Jika Gagal Hantar e-Filing Sebelum 15 Mei

Pembayar cukai yang menggunakan kaedah e-Filing untuk mengisytiharkan cukai mereka diberi tempoh sehingga 15 Mei ini untuk mengemukakan borang cukai pendapatan masing-masing.

e-Filing

Pegawai Perhubungan Pelanggan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Masrun Maslim berkata mereka yang gagal berbuat demikian akan didenda sebanyak 20 peratus daripada amaun cukai yang dikenakan.

Sementara itu Masrun memaklumkan kesedaran untuk menggunakan kaedah E-Filing di kalangan pembayar cukai semakin meningkat, dengan LHDN mensasarkan sejumlah 3 juta pengguna akan menggunakan kaedah itu.

(Baca: Kisah Benar Hakim Yang Adil Di Zaman Moden)

Pembayar cukai secara manual diberi tempoh sehingga tengah malam ini untuk mengfailkan cukai pendapatan mereka.

Mereka yang tidak boleh menghantarkan borang secara peribadi, boleh menghantarkan borang mereka menerusi kotak drop box yang disediakan di setiap cawangan LHDN.

Untuk pengguna menggunakan kaedah e-Filing, mereka diberi masa sehingga 15 Mei ini untuk menunaikan tanggungjawab mereka. [Sumber]