Monday, March 31, 2014

MH370: Senjata Rahsia Amerika Dalam Pesawat MAS!?

MH370: Senjata Rahsia Amerika Dalam Pesawat MAS!?

Adakah anda mahu mendengar satu lagi teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Dan bayangkan perkara seperti ini berlaku:

MH370 - Senjata Rahsia Amerika Dalam Pesawat MAS!

Amerika yang dalam proses untuk keluar daripada Afghanistan telah membawa salah satu sistem 'kawal dan perintah' (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah bukit daripada salah satu pangkalan mereka.

Taliban telah menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan dan senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti.

Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu iaitu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.html

Apa yang Taliban mahukan ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China.

Oleh kerana Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi ini.

Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi melalui sistem CNC ini, semua Drone Amerika tidak akan berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis yang pakar dalam bidang pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dolar untuk itu.

Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan di dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.

China merasakan adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing hanya mengambil masa 4 jam setengah dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.

Terdapat 5 ejen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (Jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.

Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.

Seterusnya, 5 ejen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.

Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.

Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatera Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi.

Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia.

Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju ke selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.

Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pelakon pembantu.

Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli saintis pertahanannya.

Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk percaya tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini akhirnya mendedahkan diri nanti.

Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia US).

BACA INI JUGA: Yahudi Perancang Perang Dunia Pertama!

[Sumber]

Monday, March 17, 2014

HOT! Ejen CIA Mengaku Pernah Rampas Pesawat!

HOT! Ejen CIA Mengaku Pernah Rampas Pesawat!

Agensi berita CNN yang cukup terkenal di arena kewartawanan dunia, pada 14 Mac lepas telah menemubual seorang bekas pegawai Agensi Risikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat berkenaan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

PANAS! CIA Pun Pernah Rampas Pesawat!

Bekas anggota CIA itu Robert Baer juga merupakan Penganalisis Keselamatan Amerika Syarikat untuk CNN.

Dalam video temubual berkenaan yang berada di laman YouTube sejak 14 Mac lepas, Robert dengan jelas mengutuk Malaysia dengan mengatakan beliau tidak mempercayai Malaysia kerana ia merupakan sumber berita yang lemah.

“Saya tidak mempercayai Malaysia pada masa ini, mereka memberi banyak kenyataan dan informasi bercanggah yang tidak benar, mereka bukanlah sumber informasi yang baik.

“Mereka ketika ini amat malu dengan apa yang terjadi, mereka kehilangan sebuah pesawat.. kejadian ini mencalarkan maruah Malaysia.. Ia juga adalah bencana politik dan kerajaan Malaysia sedang berdolak-dalik menutup kebenaran yang ada,” kata Robert dalam segmen The Lead di CNN.

Bagaimanapun pada awal temubual, Robert berkata suatu ketika dahulu CIA berjaya mereka plot untuk merampas sebuah kapal milik Soviet Union dahulu kerana mahukan teknologi pesawat itu dan ia berjaya dilakukan.

“Pada sekitar 80-an, CIA kerap melihat kepada pesawat kesatuan Soviet yang moden.. Kami mahukan teknologinya.. Kita akan mendapatkan seorang juruterbang yang akan menerbangkan pesawat berkenaan keluar.

“Kami berjaya mendapatkan sebuah pesawat Soviet, juruterbang itu diarahkan untuk terbang di atas Lautan Hindi, membuat panggilan isyarat kecemasan “May Day”, juruterbang itu juga perlu membuat pergerakan menjunam ke paras ketinggian yang rendah.

“Juruterbang itu kemudiannya akan terbang ke sebuah pulau rahsia, CIA akan menutup pesawat itu bagi mengelakkan ia dikesan satelit sehingga pihak Soviet menghentikan pencarian pesawat berkenaan dan tidak menyedari teknologi pesawat itu sudah hilang,” katanya dalam temubual itu.

Sudahlah mengakui CIA sendiri pernah merencanakan satu rampasan pesawat, pada masa sama Robert mengatakan dakwaan bahawa pesawat MH370 dirampas adalah satu perbuatan dari pihak Malaysia untuk menutup maklumat sebenar adalah amat keji dalam temubual CNN ini. -Mynewshub

Mustahil Tanpa Langsung Dikesan Radar!

MISTERI MH370

Sementara itu, penganalisis dan pegawai industri penerbangan antarabangsa tidak yakin pesawat Malaysia Airlines yang hilang lebih 200 jam lalu boleh terbang dengan mudah ke wilayah sebelah utara tanpa dapat dikesan oleh radar.

Ini kerana negara-negara di kawasan jalur antara sempadan Kazakhstan hingga ke utara Thailand itu diketahui mempunyai sistem radar pertahanan yang mantap khususnya India.

Pengawal trafik udara di Kolkata, India menolak kemungkinan pesawat penerbangan MH370 yang hilang itu masuk ke ruang udara India dan terbang sehingga ke jalur utara yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang media pada Sabtu.

“Tentera Udara India mempunyai radar di beberapa tempat di serata negara dan adalah mustahil tidak ada satu pun antaranya yang mengesan blip ganjil yang tidak ada kebenaran terbang,” kata setiausaha persatuan pegawal trafik udara di Kolkata, Sugata Pramanik seperti dipetik oleh Times of India.

Jelas Sugata, pesawat MH370 mungkin boleh mengelak daripada dikesan oleh radar pemantauan sekunder tetapi ia masih boleh dikesan oleh radar pemantauan primer yang digunakan oleh tentera udara.

Beliau juga menambah semua penerbangan dari Malaysia menghala arah barat daya menuju ke Kazakhstan akan melalui kawasan maklumat penerbangan Kolkata.

Laporan Times of India menyebut India mempunyai sembilan zon pertahanan udara yang dikawal sepanjang masa 24 jam sehari bagi mengelak sebarang pesawat musuh menceroboh ruang udaranya.

Seorang pengawal trafik udara yang lain, Sushil Mondal pula menjelaskan keadaan akan jadi haru-biru sekiranya tentera udara India mengesan pesawat yang tidak mempunyai kebenaran terbang di ruang udaranya termasuk “mengerah pesawat tentera menembak jatuh (pesawat itu).”

“Ini tidak berlaku pada Sabtu (8 Mac) lalu,” katanya.

Kenyataan dua pengawal trafik udara itu disokong oleh kenyataan Paul Hayes, pengarah keselamatan dan insurans di sebuah firma rundingan penerbangan, Ascend Worldwide yang berpejabat di London.

“Saya tidak percaya sebuah pesawat boleh terbang masuk ke ruang udara India tanpa dikesan,” katanya seperti dipetik oleh Bloomberg.

India pada Ahad menggantungkan operasi carian di sekitar Kepulauan Andaman dan Kepulauan Nicobar serta Teluk Benggala dan menunggu permintaan baru daripada Malaysia.

“Seluruh operasi ditangguhkan buat masa ini. Kami menunggu arahan baru daripada Malaysia,” kata jurucakap tentera India, Kolonel Harmit Singh.

Koridor utara yang menjangkau lebih kurang dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand, atau koridor selatan dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

Selain jalur utara, Najib dalam sidang media pada Sabtu membayangkan kemungkinan kedua pesawat penerbangan MH370 terbang ke arah selatan pada jalur antara Indonesia hingga ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Lautan Hindi adalah kawasan laut ketiga terbesar selepas Lautan Pasifik dan Atlantik.

Menurut Dave Gallo, seorang pakar di Institut Kajian Lautan Woods Hole di Massachusetts, kawasan selatan Lautan Hindi merupakan antara kawasan perairan yang cukup berbahaya.

“Lebih ke selatan dari Malaysia, keadaannya lebih rumit, lebih dalam dan lebih bergelora,” kata Gallo, dan menambah, ia mungkin lebih dalam daripada kedalaman nahas Air France AF447 pada 2009.

Gallo terlibat mengetuai usaha mencari pesawat AF447 itu yang terhempas ke dalam Lautan Atlantik pada 2009. Serpihan dan bangkai pesawat Airbus A330 itu ditemui lima hari selepas nahas tetapi kotak hitam pesawat hanya dapat dikeluarkan dua tahun kemudian.

Pesawat penerbangan MH370 yang menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur hilang sejak 8 Mac lalu selepas dikesan oleh satelit pada 8.11 pagi hari yang sama dari lokasi yang tidak dapat dikenal pasti.

Lokasi itu dijangka berada antara dua kawasan iaitu jalur utara antara sempadan Kazakhstan hingga ke utara Thailand dan jalur selatan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Usaha mengesan pesawat itu sebelum ini disertai oleh 14 negara dan sekarang bakal disertai oleh negara-negara berdekatan jalur berkenaan termasuk Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, Pakistan dan Myanmar.

Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan kedua-dua jalur utara dan selatan itu diberikan perhatian yang seimbang dalam usaha mengesan pesawat yang hilang itu. –Astroawani.com

BACA INI JUGA: MH370: Bukti Mossad Dan CIA Terlibat!

-Sentiasapanas.com

Saturday, March 15, 2014

MH370: Misteri Satelit Amerika GAGAL Kesan Pesawat!

MH370: Misteri Satelit Amerika GAGAL Kesan Pesawat!

Jika diperkatakan tentang kemajuan, maka secara automatik, seluruh manusia di bumi ini akan merujuk kepada Amerika.

MH370

Segala penciptaan baru, penemuan baru, peralatan canggih mahupun senjata pembunuh terhebat, semuanya pasti dikaitkan dengan Amerika.

Biarpun Jerman, Rusia atau Perancis serta Korea dan China turut terkenal dengan berbagai aset hebat, namun Amerika telah menjadi ‘simbol’ kemajuan dan terpahat sebagai tamadun tertinggi di zaman ini.

Amerika menjadi kuasa terbesar dunia bukan kerana ia menguasai teknologi tetapi kerana ia turut menguasai media dan juga maklumat.

Sesuatu negara atau bangsa itu tidak menjadi kuasa terbesar dunia melalui beberapa siri ‘kebetulan’ atau tidak sengaja. Penguasaan Amerika ke atas dunia merupakan satu perancangan yang teliti melangkaui abad dan generasi.

Setiap generasi akur mewarisi cita-cita yang sama dan meneruskan usaha untuk mencapai matlamat tersebut.

Mereka belajar dari setiap kesilapan dan setiap kali juga akan bangun dengan lebih kuat lagi sehinggalah pada hari ini di mana semua negara perlu tunduk kepada mereka atau menghadapi akibatnya.

Hanya kerana akal sebahagian dari kita tidak mampu mencerna konspirasi Amerika untuk menguasai dunia, maka ia tidak bermakna ia mustahil. Amerika berjaya menakluk dunia kerana ia sentiasa percaya bahawa tiada apa yang mustahil.

Oleh itu, dengan segala kehebatan yang dimiliki oleh Amerika dan kepantasan negara itu bertindak dalam kehilangan MH370, kita hairan kenapa pesawat itu masih belum ditemui. Bukan saja tidak ditemui tetapi satu petunjuk pun tidak ada.

Boeing 777 adalah pesawat buatan Amerika. Ia merupakan antara pesawat paling canggih dan paling selamat di dunia.

Maka, jika ada yang mampu ‘menghilangkannya dengan begitu misteri’, ia pastilah pihak Amerika juga. Namun, tentu sekali ini tidak dapat dibuktikan dan kekal menjadi spekulasi.

Apa yang bukan spekulasi di sini ialah keupayaan aset Amerika dalam mengesan pesawat tersebut.

Kita sedia maklum akan kewujudan Satelit Reconnaisance Amerika yang mampu mengesan lokasi mahupun letupan di udara.

Pusat kawalan satelit ini dikatakan mampu menjejak peluru berpandu, sekiranya ia dilancarkan ke udara dan ke arah pesawat.

Satelit dengan teknologi infra-red tersebut pernah mengesan letupan ke atas TWA Flight 800 pada tahun 1996 di Lautan Atlantik sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang JFK.

Selain itu, USS 7th Fleet Navy yang dilengkapi radar paling canggih juga digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat MH370.

Tidak cukup dengan itu, tenaga kepakaran Amerika termasuk dari tentera, FBI, CIA juga dibawakan ke Malaysia untuk misi ini.

Pendek kata, habis segala kecanggihan dan kepakaran di dunia telah digunakan dalam usaha mencari pesawat malang ini.

Habis segala teori meletup di udara, tenggelam di laut atau jatuh di daratan telah diterokai. Namun, ia masih lagi tidak ditemui.

Satu-satunya satellit yang dapat ‘mengesan’ sesuatu yang disyaki sebagai pesawat yang hilang itu ialah satellite milik China.

Malangnya, objek yang dikesan di Laut China Selatan itu, bagaimanapun, disahkan sebagai bukan pesawat yang dicari.

Yang menjadi persoalan ialah kenapa satellite Amerika tidak mengesan objek tersebut terlebih dahulu dari China?

Apakah aset dan kepakaran Amerika tidak sehebat yang disangka?

Atau apakah ini satu ujian ke atas Malaysia dalam usaha untuk memberi tekanan ke atas sesuatu isu lain? Apakah ia hanya ‘umpan’ untuk mengkaji kekuatan lawan mereka di rantau ini, iaitu China?

Amerika kemudian memberi komitmen untuk terus berada di sini tanpa tempoh tertentu yang ditetapkan bagi meneruskan pencarian.

Mungkinkah kegagalan menemui pesawat tersebut hanyalah alasan untuk berada di rantau ini selama mungkin sehingga apa jua ‘operasi sulit’ mereka selesai?

Dalam keadaan di mana kepakaran dan aset Amerika yang mampu mengesan apa saja berada di dalam negara ini, di seluruh pelusuk penjuru perairan dan juga udara, maka pasti mudah sahaja untuk mereka mengatur apa saja.

Media barat telah mula mempersoalkan Malaysia dari segi kredibiliti kepimpinan dan juga keselamatan.

Aspek keganasan nampaknya terus sengaja digembar-gemburkan.

Rata-rata media barat cuba menggambarkan Malaysia sebagai lemah dan tidak berdaya.

Melihat dari modus operandi Amerika dalam menguasai negara lain seperti di Timur Tengah, kita bimbang sekiranya kehilangan MH370 ini hanyalah permulaan kepada bencana yang lebih besar.

Teorinya ialah, buktikan dahulu kepada dunia bahawa sistem keselamatan Malaysia tersangat lemah dan kredibiliti pemimpin Malaysia tersangat buruk sebagai justifikasi awal keganasan yang bakal berlaku dalam negara ini sedikit masa lagi.

Jika teori ini benar, maka satu persoalan yang mungkin kejam namun perlu diambilkira oleh kepimpinan ialah: Apakah berbaloi kita memberi sepenuh ruang dan kepercayaan kepada Amerika serta memperjudikan kedaulatan negara dan nasib seluruh rakyat jelata…untuk MH370?

Pentagon Rasa Transponder Sengaja Dimatikan?

Pentagon

ABC News semalam melaporan pihak Pentagon percaya tindakan menutup dua sistem komunikasi dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang berlaku berasingan, memberi petunjuk ia dilakukan dengan sengaja.

Laporan agensi media itu juga memaklumkan dia pegawai Amerika Syarikat berkata, mereka percaya sistem laporan data ditutup pada pukul 1.07 pagi sementara alat transponder dipadamkan pada pukul 1.21 pagi Sabtu lepas.

Ia berlaku ketika pesawat yang diketahui membawa 239 orang penumpang itu hilang dari liputan radar.

“Ini menunjukkan ia mungkin tindakan yang disengajakan,” kata konsultan penerbangan, John Nance seperti dilaporkan oleh ABC.

Transponder adalah alat pada radar atau satelit yang menerima isyarat dan memancarkannya semula pada frekuensi yang berbeza, ini merupa­kan peralatan satelit untuk menerima isyarat dari sesebuah stesen lain ke bumi.

Menurut laporan itu, pasukan AS yakin wujudnya campur tangan secara manual, dan ia nampaknya bukan kemalangan atau kerosakan, yang menyebabkan pesawat itu hilang dari langit.

Terdahulu, dilaporkan bahawa satelit mengesan denyut elektronik yang lemah dari pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing itu selepas ia hilang pada Sabtu, tetapi isyarat itu tidak memberikan sebarang maklumat di mana arah pesawat tersasar itu.

Amerika Syarikat, yang turut menyertai operasi mencari pesawat hilang itu berkata, kawasan pencarian akan diluaskan ke Lautan Hindi, selaras dengan teori menyatakan kapal terbang itu mungkin beralih laluan ke barat selepas sejam berlepas dari Kuala Lumpur.

Bagaimana Transponder MH370 Hilang Hubungan Dengan Radar Bumi?

Transponder

Transponder adalah alat pada radar atau satelit yang menerima isyarat dan memancarkannya semula pada frekuensi yang berbeza. Alat ini memberitahu posisi dan lokasi kapal terbang kepada radar di daratan.

Ia juga boleh digunakan oleh kapten untuk menghantar kod kecemasan andai berlaku rampasan atau apa-apa kejadian lain.

Bagimana Transponder Sebuah Pesawat Mungkin Terpadam?
  1. Berlaku kecelekaan di udara seperti pertembungan atau letupan yang memusnahkan kapal tersebut.
  2. Kegagalan elektrikal sepenuhnya dalam kapal.
  3. Kegagalan peralatan (equipment malfuntion).
  4. Juruterbang atau sesiapa yang lain sengaja mematikan suiz transponder atau meletekannnya dalam mode siap sedia menjadikan kapal itu tidak lagi berkomunikasi dengan radar di daratan.

BACA INI JUGA: Bukti Billionaire Zionis Dalang MH370?

Sumber: Mynewshub/Sentiasapanas

Thursday, March 13, 2014

MH370: Kod Tango, MAS Sahkan Berlaku Sabotaj!?

MH370: Kod Tango, MAS Sahkan Berlaku Sabotaj!?

Syarikat penerbangan MAS difahamkan telah mengeluarkan kod tango berhubung kehilangan pesawat MH370 selepas ia gagal dikesan radar pemantau.

MH370 Tango Code

Menurut sumber, kod tango digunakan apabila merujuk kepada insiden yang melibatkan perbuatan sabotaj, termasuk rampasan pesawat.

“Syarikat itu memaklumkan kepada petugas di bilik operasinya bahawa kehilangan pesawat MH370 diklasifikasikan dengan kod tango,” kata sumber tersebut.

Setiap syarikat penerbangan difahamkan mempunyai kod berkenaan bagi mengenal pasti ancaman terhadap penerbangan mereka yang difahami oleh semua petugas di seluruh dunia.

Kod tango hanya digunakan dalam situasi cemas yang merujuk kepada perbuatan sabotaj melibatkan penerbangan awam atau komersil.

Seorang pegawai perhubungan media MAS, ketika dihubungi semalam, mengakui pihaknya mengisytiharkan kod itu dalam kes kehilangan MH370, tetapi menafikan ia merujuk pada rampasan pesawat.

"Ya kami telah mengisytiharkan kod tango tetapi ia bukan bermaksud rampasan (pesawat). Itu mesej untuk kami meningkatkan lagi tahap keselamatan,” kata pegawai berkenaan. –Sinar Harian Online

Panas! Data Enjin Pesawat MH370 Masih Hidup 4 Jam Selepas Hilang!

Pesawat MH370 Dirampas

Penyiasat Amerika Syarikat (AS) mengesyaki pesawat MH370 masih berada di udara selama hampir 4 jam selepas ia kali terakhir dapat dikesan melalui radar awam.

Pendedahan itu disiarkan The Wall Street Journal Asia (WSJ) sebentar tadi dengan memetik sumber dua individu yang mempunyai maklumat berkaitan.

Maklumat terbaru itu mewujudkan kemungkinan kapal tersebut telah diterbangkan ratusan batu lagi dalam keadaan yang agak samar.

Penyiasat udara dan pasukan keselamatan kebangsaan (AS) percaya kapal itu telah diterbangkan tambahan 5 jam lagi berdasarkan data yang dimuat turun dan dihantar ke daratan secara otomatik dari enjin kapal Boeing berkenaan bagi tujuan penyelengaraan dan pemantauan.

Kenyataan pakar AS yang terbaru itu konsisten dengan kenyataan Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) semalam bahawa usaha mencari pesawat MAS itu diperluaskan ke Lautan Andaman, iaitu ratusan kilometer menghala barat laut dari tempat asal pencarian.

Bukti memperlihatkan DCA juga beranggapan bahawa kapal itu mungkin dilarikan.

Tambah laporan WSJ, pejabat anti keganasan AS kini melihat kepada kemungkinan sama ada juruterbang atau sesiapa yang lain dalam penerbangan itu melencongkan kapal berkenaan menuju ke lokasi yang tidak dinyatakan selepas dengan sengaja mematikan alat transponder bagi mengelak dari dikesan radar. -Mynewshub

-Sentiasapanas.com

MH370: Malaysia Mangsa Ujian Perang Elektronik?

MH370: Malaysia Mangsa Ujian Perang Elektronik?

Pelbagai teori dilemparkan oleh pelbagai pakar aviasi manakala media perdana antarabangsa terus mencari satu teori dari sumber sumber mereka.

PRAY4MH370

Fokus kini tertumpu kepada 20 penumpang yang merupakan kakitangan syarikat semi-konduktor Freescale yang berpusat di Austin, Texas?

Di Malaysia, Freescale terletak di Petaling Jaya dengan fasiliti semi-konduktor moden bagi memasang dan menguji litar bersepadu (IC).

Berdasarkan maklumat diperolehi dari laman web Freescale, meliputi kawasan seluas 20 ekar, ia dikhususkan bagi memasang dan menguji mikropemproses, pemproses isyarat digital dan litar bersepadu frekuensi radio dan telah memulakan operasi sejak 1972.

Mengikut laporan Reuters, 20 kakitangan Freescale itu terdiri daripada ‘jurutera dan pakar terlibat untuk melaras serta mengurangkan kos di kemudahan utama mereka yang terletak di China.’

Freescale beroperasi di lebih 20 negara meliputi 18,000 kakitangan antaranya di Brazil, Kanada, Denmark, Perancis, Israel dan Russia.

Ia juga memiliki Freescale RF yang terlibat menyediakan penyelesaian terhadap keperluan Aeroangkasa dan Pertahanan dan ini dijelaskan melalui www.freescale.com/RFmilitary

Produk komersil Freescale RF memenuhi keperluan aplikasi seperti:
  1. Komunikasi medan perang
  2. Avionik
  3. Radar HF melalui Band L- dan S-
  4. Pemandu Misil (Missile Guidance)
  5. Peperangan Elektronik (Electronic Warfare)
  6. Pengenalan, sekutu atau musuh (IFF)

Pembangunan sektor ini menurut laman web Freescale bagaimanapun hanya tertumpu di kemudahan syarikat ini di Amerika Syarikat.

Apakah ia berkaitan dengan kehadiran penumpang dari Freescale ini? Ini hanyalah satu teori namun sebagaimana dinyatakan pihak berkuasa, mereka turut melihat profil kesemua 239 penumpang dan krew yang menaiki pesawat malang ini.

20 kakitangan Freescale dalam pesawat tersebut terdiri daripada 8 kakitangan Freescale di China yang datang ke Kuala Lumpur bersama 12 kakitangan dari cawangan di Petaling Jaya.

Menurut sumber yang enggan dikenali, kesemua kakitangan terbang ke Beijing untuk menerima latihan satu sistem baru untuk pembangunan semi-konduktor. –Astro Awani

Teori Electronic Warfare

Electronic Warfare Theory

Kepakaran 20 orang kakitangan ini juga termasuklah "Cloaking" iaitu kaedah merosakan sistem navigasi pesawat, di mana juruterbang merasakan melalui laluan yang betul, sebenarnya laluan sudah dilencongkan.

Mereka juga mempunyai kepakaran "Jamming" signal pesawat sehingga boleh hilang daripada dikesan radar, tanpa mengaktifkan sistem keselamatan pesawat.

Kemungkinan yang berlaku pada MH370, bahawa berlakunya "Cloaked" terhadap pesawat itu, sehingga mengubah arah. Kemudian berlaku "Jamming" sehingga hilang daripada radar awam dan tentera.

Kepakaran mereka diakui sendiri oleh seorang pegawai Global Communications- Mr Mitch Haw. Menurut sumber, Freescale sedang menyediakan Radio Frequency Power kepada aero angkasa dan pertahanan Amerika.

Atas sebab itu sehingga kini, operasi udara, darat dan laut tidak mampu mengesan pesawat malang itu, atas sebab pesawat itu "disembunyikan" oleh sejenis elektronik yang boleh menangkis pengesan, samada daripada satelit atau sistem pengesan pesawat. Sistem yang digunakan hampir serupa seperti mana digunakan pesawat pengebom Amerika, Sealth.

Jika teori ini benar, maka kemungkinan besar pesawat dan penumpang masih selamat, dan telah mendarat pada suatu lokasi tertentu dalam jangkauan pesawat iaitu 2,000 batu radius, samada terus ke laluan sebenar atau sebaliknya.

Tujuan sebenar perang elektronik ini adalah untuk memalukan sistem pertahanan negara, juga sistem pertahanan Amerika dan China.

Inilah yang sudah digambarkan sebelum ini, bahawa satu organisasi tertentu bakal muncul sebagai hero.

Operasi mencari dan menyelamat dengan bantuan 10 satelit daripada China, selain bantuan pentagon dan NASA, yang meliputi lautan China Selatan dan Selat Melaka, seolah-olah pesawat mengalami kemalangan.

Kebarangkalian pesawat mengalami kemalangan, agar tipis berlaku di laut, memandangkan kedalam lautan hanya 100-300 meter.

Kalau terhempas di kawasan hutan dara, kemungkinan juga sukar dikesan, memandangkan di Malaysia tiada lagi hutan dara, maka jika pesawat malang itu terhempas di kawasan hutan, sepatutnya sudah lama dapat di kesan.

Note: New electronic weapons allow jamming, blinding, deafening and more, so that a plane could possibly vanish from radar detection and security systems would not be activated. Basic radar Electronic Counter-Measure strategies used in electronic warfare (EW) are: 1) radar interference, 2) target modifications, and 3) changing electrical properties of air.

BACA INI JUGA: MH370: 5 Teori Kehilangan Misteri

Sumber: Musramrakunman

Wednesday, March 12, 2014

MH370: Bukti Mossad Dan CIA Terlibat!

MH370: Bukti Mossad Dan CIA Terlibat!

Lihatlah insiden MH370 dengan pandangan mata hati. Jangan terbuai dengan naratif huru-hara yang sedang disogokkan kepada anda supaya anda tidak melihat percaturan sebenarnya.

Mystery-of-MH370

Anda sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang tersembunyi dan sangat pakar dalam operasi false flag. Saya sudah acapkali menekankan kepentingan Malaysia dan perairannya.

Hari ini kita melihat mereka maju setapak lagi dan dengan mudahnya Malaysia diheret ke persada kacamata dunia atas sebab-sebab yang tidak diingini, bersama pihak-pihak yang berkepentingan.

Imam Tirmidzi meriwayatkan dari Abi Sa’id ra dari Nabi saw bahwa baginda bersabda: “Takutlah kamu kepada firasat orang mukmin, kerana ia memandang dengan cahaya Allah Azza wa Jalla.” (HR Tirmidzi)

Kemudian baginda membaca ayat: “Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Kami) bagi ‘mutawassimin’ (orang-orang yang memperhatikan tanda-tanda).” (QS Al-Hijr: 75)

Perkara pertama yang menarik perhatian saya sebaik sahaja menerima khabar mengenai MH370 ialah kesungguhan luarbiasa CNN dalam memberi liputan berita terhadap insiden ini dari detik-detik permulaannya.

Sebenarnya, apa saja yang timbul dari CNN adalah berita buruk, “CNN is bad news”. Inilah klu pertama saya sebenarnya. Saya rasa ramai yang terpengaruh dengan liputan berita CNN pada detik-detik awal tercetusnya berita tentang insiden MH370, lalu saya pun turut serta mengikuti liputan CNN dengan harapan bahawa Malaysia tidak dihadiahkan dengan 9/11 mereka.

Saya masih berdoa agar mereka itu yang di dalam pesawat MH370, mangsa-mangsa kelompok sang perosak mukabumi, agar segera muncul dengan selamatnya di hadapan kita semua supaya anda boleh mengabaikan peringatan dan pesanan ini.

Richard Quest dan Silap Mata Klasik Dajjal Melalui CNN 

Mossad and CIA behind CNN

Sistem dajjal meninggalkan templat acuan yang sering dikitar semula berulang-ulang kali sehingga anda tidak nampak, sedangkan ia sedang bermain-main di bawah batang hidung anda.

Silapmatanya membawa anda ke alam fantasi yang diolah mereka dengan begitu realistik, sedangkan tanda-tanda mereka sedang beroperasi diabaikan.

Sebaik sahaja anda melihat tanda-tanda ini, anda tahu suatu agenda sedang dilaksanakan.

Menurut Quest beliau bertemu dengan Fariq ketika penggambaran program CNN Business Traveller dan rakaman video penerbangan tersebut adalah pada 19 Februari 2014 membabit pesawat yang sama (MH370).

Fariq Ab Hamid, 27, had recently switched to the Boeing 777-200
He landed it in a flight captured on video last month by CNN
It was a textbook-perfect landing, the captain said of Hamid’s work – (Sumber CNN)

MOSSAD SPY WITH Fariq Abdul Hamid
Pembantu Juruterbang Pesawat MH370 Fariq Abdul Hamid bersama 
Richard Quest, 17 hari sebelum kejadian insiden! Jurnalis CNN atau Spy?

Anehnya CNN yang sudah dikenali sebagai lubuk perisikan Mossad dan CIA langsung tidak dipertikaikan kehadiran mereka. Tidakkah aneh bahawa beliau sudah berada dalam pesawat tersebut terlebih dahulu membuat penggambaran bagi CNN (+ -) 17 hari sebelum insiden MH370? Tidakkah aneh beliau bertemu dengan co-pilot pesawat yang terbabit pada 19 Februari? Kebetulan?

Richard Quest sendiri mempunyai latarbelakang yang kabur yang boleh dipertikaikan. Beliau mempunyai rekod tahanan pihak polis AS atas salahlaku seksual songsang dan pemilikan dadah ‘meth’. Di CNN kononnya beliau adalah seorang pakar aviasi sedangkan beliau berkelulusan undang-undang!

Beliau membuat penggambaran CNN Business Traveller dan memandangkan fungsi beliau sebagai pakar aviasi, menjelang insiden MH370 beliau memainkan peranan sebagai ‘PAKAR AVIASI’ dan memberi liputan/analisis secara terperinci mengenai MH370.

Apakah mereka datang ke sini untuk membuat penggambaran Business Traveller atau membuat persiapan untuk OPERASI FALSE FLAG MH370 sebenarnya?

Bangunlah anak-anak Melayu, jangan lena diulit mimpi lalu kamu bertelingkah sesama kamu sendiri. Hentikanlah permusuhan sesama kamu.

Pada tahun 2006 Richard Quest (lahir 9 Mac 1962) menolak tawaran untuk bertugas dengan saluran Inggeris Al Jazeera, di atas alasan ketidaksuaian berdasarkan homoseksualiti (gay) dan berketurunan Yahudi Eropah (Jewish).

Richard Quest CNN Gay Reporter

Owen Gibson; Afshin Rattansi (November 12, 2006). “Look east: After long delays and a rumoured editorial split with its Arabic parent, English-language news channel al-Jazeera will go on air this week. Owen Gibson and Afshin Rattansi report”. The Guardian. Retrieved 6 August 2012. “But there were delays from the start. It was hard to recruit big-name presenters: Richard Quest of CNN said he turned down an offer on the grounds that being gay and Jewish might not be suitable.”

CNN reporter in sex, rope and drug scandal
April 21, 2008 – 8:40AM

A well-known CNN reporter has been arrested in New York’s Central Park with drugs in his pocket, a rope around his neck that was tied to his genitals, and a sex toy inside his boot.Richard Quest – who is known for his boisterous and quirky style – was arrested at 3.40am on Friday, almost three hours after the park’s 1am closing time.

He was initially arrested for loitering, the New York Post said. However, a search by police uncovered the oddly configured rope, a sex toy inside Quest’s boot, and a small bag of methamphetamine in his left jacket pocket, the Post said. (http://www.smh.com.au)

Gay CNN presenter Richard Quest on his comeback after that embarrassing park incident

http://www.pinknews.co.uk/2009/06/22/gay-cnn-presenter-richard-quest-on-his-comeback-after-that-embarrassing-park-incident/

Kedua-dua Yahudi Zionis CNN yang homoseksual secara terbuka ini iaitu Richard Quest dan Anderson Cooper kelihatan tersasul beberapa kali semasa melaporkan tentang MH370.

Tidak hairanlah isu membaca riak wajah dan “bahasa badan” ini saya kemukakan seketika, ibarat pepatah Melayu ‘pulang paku buah keras’.

Pentagon sendiri telah menggerakkan aparatus mereka baru-baru ini untuk ‘membaca’ Presiden Vladimir Putin berikutan sidang media beliau mengenai Ukraine lebih 1 jam.

“The Pentagon has spent hundreds of thousands of dollars in recent years so that researchers can study the body movements of foreign leaders, including Russian President Vladimir Putin, in hopes of predicting future behavior.”

http://rt.com/usa/pentagon-connors-putin-language-510/

Video 1: Richard Quest – I flew with missing first officer of MH370.


(00:32) And now ships, air and sea rescue from both Vietnam and Malaysia and Singapore is also involved, China would also get involved. The US forces who are in that area could be involved too. Everybody will be in a coordinated ATTACK (gugup dan membetulkan semula ayat kepada: ATTEMPT) to try and find exactly where this aircraft is in the water..”

Apakah yang sedang bermain dalam kepala Richard Quest sehingga tersasul dan berkata “coordinated attack?” Apakah ini prosedur ‘Search & Rescue’ atau ‘Search & Destroy’?

(00:54) Pembaca berita kepada Richard Quest: “Now Richard let’s talk a little bit more about that co-pilot Fariq Hamid. You actually sat in a cockpit of a similar aircraft just a few days ago..”

(1:18) We were (flying).. filming, (gugup membetulkan semula ayat: HAD AUTHORISED) had authorised filming for CNN Business Traveller, and we were on the cockpit..”

Richard Quest dan Anderson Cooper nampaknya bersungguh-sungguh untuk memastikan bahawa insiden-insiden ini diterima oleh penonton sebagai insiden ‘kebetulan’ dan penggambaran CNN Business Traveller tersebut mendapat pengesahan rasmi dari pihak berkuasa. Dengan lain perkataan ia bukannya suatu operasi ‘covert’ rahsia perisikan Amerika Syarikat.

Video 2: Richard Quest - Malaysia Airlines MH370 jet was ‘at safest point’ in flight.


Pada saat pembuka kata (00:03) video, Anderson Cooper sudah tersasul.

Anderson Cooper: “We’re now bringing in Richard Quest who has ‘ACTUALLY’ (gugup).. COINCIDENTALLY (Anderson mengubah ayat kepada “secara kebetulan..”) has been shooting a story on the “airline” (Penerbangan Malaysia) and has spent time with the airline’s CEO…”

Video 3: Where is Malaysia Airlines Flight 370? Traces of oil seen in area of last contact

)

Pada video 3 kita melihat pelbagai aspek pencerobohan keselamatan pesawat MH370 diperbincangkan & Rene Marsh koresponden CNN memberi isyarat dan justifikasi tentang keperluan untuk badan penyiasat Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (National Transportation Safety Board – NTSB).

Beliau membuat konotasi bahawa negara-negara di rantau ini tidak mempunyai kepakaran yang memadai untuk menangani krisis yang sebegini dan negara-negara yang lebih besar, maju dan berkemampuan (Amerika Syarikat) seharusnya mengetuai penyiasatan tersebut.

Menurut John Goglia, “pakar aviasi” dari NTSB, agensi induk AS yang menyiasat kemalangan kapal terbang, “Ketiadaan panggilan kecemasan mencadangkan bahawa kapal terbang sama ada mengalami penyahmampatan letupan atau telah dimusnahkan oleh bahan letupan.”

”Ia harus berlaku cepat kerana tidak ada komunikasi, ” kata Goglia. Beliau berkata identiti palsu kedua-dua penumpang kuat mencadangkan kemungkinan bom. “Itu bendera merah (Red Flag) yang besar,” menurutnya.

Saya ‘bertanya’ kepada John Goglia di sini, “Red Flag” atau “False Flag”? Tak perlulah bermain istilah dengan anak Melayu.

ANTARA MASALAH YANG DICIPTA DENGAN REAKSI YANG MENDATANG

Airline Crashes
Anda akan melihat bahawa sekiranya insiden ini berakhir sebagai nahas yang tragik, maka China akan mempunyai kasualti yang terbesar di mana lebih dari separuh mangsa dari insiden MH370 adalah warganegara China. Maka dari suatu sudut, siapakah sasaran sebenarnya dari segi kasualti nyawa?

Perkembangan semasa berkenaan konflik Barat-Rusia, akhir-akhir ini melihat China dengan lantang menempelak Amerika Syarikat. Apakah anda menyangka China tidak memahami isyarat Amerika Syarikat kepada mereka dari insiden MH370 ini?

Malaysia sudah terjebak di dalam insiden ini di mana di mata dunia, kelemahan pentadbiran dan keselamatan membabitkan penerbangan luar negara dilihat sebagai lemah. Maka apakah perasaan China terhadap Malaysia? Tragedi MH370 ini dibentuk supaya negara kita tersepit dicelah konflik yang mendatangkan kemarahan China dan rakyatnya terhadap Malaysia.

Pada peringkat awal ini sahaja, cuba anda perhatikan apakah sentimen rakyat mereka terhadap Malaysia mengenai pengendalian kes ini? Anda belum merasakan bahang kemarahan dan kekecewaan rakyat China? Kekeruhan hubungan dua hala sedang disemai secara sistematik.

Bagi saya inilah cara instigasi yang sangat klasik, dengan menggunakan pihak ketiga (Malaysia) untuk mensasarkan kasualti keatas sasaran sebenarnya iaitu China.

ISYARAT TERTINGGI KEPADA CHINA

Seorang kenalan maya di RT melawak dan katanya “tiada siapa yang lebih arif tentang sistem pengendalian Boeing dari Amerika Syarikat. Kalau ada sesuatu pihak yang boleh menjatuhkan pesawat MH370 dari ruang udara dengan mudah adalah Amerika Syarikat.”

Itulah hakikatnya. Rangkaian perhubungan data ‘dalam penerbangan’ Boeing 777 berhubung terus 24/7 kepada Pusat Komputer Boeing di Seattle, Washington.

Jika kesemua rangkaian ini dipadamkan serta merta melalui suatu insiden yang katastropik ini bermakna:
  1. Sebuah bom dalam anggaran 100-200 lbs telah diseludup masuk ke pesawat dan diledakkan atau;
  2. Sebuah serangan peluru berpandu anti-pesawat seperti yang dimiliki dari USS Navy Guided Missile Destroyers yang diketahui sedang beroperasi di Laut China Selatan ketika itu.
  3. Senjata berteknologi tinggi yang tidak diketahui.

Radar USA 7th fleet di Laut China Selatan mampu menjejak pesawat tersebut, mengetahui ia meletup, dan jatuh ke perairan. Radar tersebut mampu menjejak secara tepat lokasi dan kordinat impak berlaku.

Satelit Reconnaisance Amerika Syarikat mampu melihat pesawat tersebut meletup di udara. Pusat kawalan recon AS juga mampu menjejak sekiranya sebuah peluru berpandu anti-pesawat dilancarkan sebelum ianya meletup di ruang udara. Dalam anggaran masa 7 jam segala keputusan boleh diproses dan disahkan.

“They will keep you running in circles where in fact they have you encircled.” – Al Faedah

Namun tiada sebarang statemen yang relevan hingga kini diterima secara rasmi dari Whitehouse sedangkan mereka tahu apa sebenarnya yang berlaku. Mereka akan terus meletakkan anda dalam pusingan-pusingan yang mengelirukan, namun pada masa yang sama mereka telah pun mengelilingi kamu.

Ini menimbulkan pra-sangka yang manasabah bahawa pihak-pihak perisikan tertinggi blok Barat terbabit sedang dalam prosedur melaksanakan agenda terorisma keatas negara membangun di Asia Tenggara seperti Malaysia.

Insiden MH370 adalah suatu signal dan statemen tahap tertinggi kepada China. Anda akan melihat suatu siri reaksi dari China secara berperingkat samada secara langsung atau tidak.

ANTARA MASA DAN TIMING INSIDEN

Kapten Zaharie
Kapten Zaharie.

Perhatikan dengan baik ‘timing’ insiden ini berlaku sebaik sahaja keputusan mahkamah terhadap ketua pembangkang diterima.

Mereka sudah pun mempunyai masa yang memadai untuk menyusun insiden ini bertepatan dengan segala kemungkinan keputusan mahkamah?

Anda percaya pada “kebetulan” Tragedi Lahad Datu mula memuncak pada 1 Mac 2013. Insiden Pesawat MH370 berlaku di awal pagi 8 Mac 2014, genap setahun sahaja selepas huru-hara Lahad Datu. Benarlah, ini semua semata-mata “kebetulan”.

Bagaimanakah sentimen blok pro kerajaan dan blok pakatan? Tidakkah anda menjangka bahawa situasi pertentangan antara kedua blok yang bertelingkah ini akan bertambah meruncing? Apakah segala masalah ancaman perpecahan sesama kita bakal selesai dengan terpenjaranya sekali lagi Anwar Ibrahim? Janganlah terlalu naif. Kerana kenaifan sebeginilah umat Islam diperdaya berkurun-kurun lamanya.

Perhatikan kedudukan Penerbangan Malaysia selepas ini. Apakah anda menyangka, reputasi dan kedudukan kewangan syarikat penerbangan negara yang sememangnya sudah pun terumbang ambing, tidak akan tergugat sama sekali? Sebenarnya, entiti syarikat penerbangan negara kita juga sedang disasarkan.

Perhatikan elemen dan komposisi penumpang-penumpang pesawat MH370. Tidakkah anda melihat kehadiran komposisi yang sesuai? Penumpang warga Ukraine, Rusia, Amerika Syarikat, dan China.. Sekiranya elemen terorisma Eropah diperkenalkan, maka bukankah komposisi ini menepati konflik semasa global di Ukraine?

MH370 Timing

Apakah pecahan terperinci demografik setiap penumpang dalam pesawat MH370? Siapa-siapakah mereka? Apakah maklumat dan rahsia yang ada pada mereka? Apakah anda mampu merungkai “nilai” mereka dalam konteks perisikan?

Sama-samalah kita perhatikan elemen apakah yang akan mereka ketengahkan kelak. Yang penting ialah alibi warganegara Amerika Syarikat sudah pun ditanam dalam insiden ini sebagai syarat bagi membuka ruang kepada campurtangan Amerika Syarikat.

Dengan 3 (+1 bayi) warganegara Amerika Syarikat, mereka sudah pun bergegas-gegas menyusun pasukan penyiasatan FBI mereka untuk turun. Insiden ini melibatkan 152 (+ 1 bayi) warga China! Apakah anda melihat kekalutan China untuk menghantar pasukan perisikan mereka?

Memang masih terlalu awal pada ketika ini untuk menjangka bagaimanakah perencanaan ini bakal diolah oleh mereka. Saya sekadar menasihatkan supaya jangan terbuai dengan sebarang polemik dan percaturan yang bakal disusun kehadapan. Akhirnya anda akan hanya semakin keliru.

MALAYSIA SEDANG DIPOSISIKAN SEBAGAI NEGARA YANG LEMAH DAN TIDAK MAMPU MENANGANI KRISIS

MH370 Conspiracy

Pihak manakah yang paling tertekan dalam situasi masalah yang “dicipta” ini? Pastinya Malaysia berada dalam kedudukan yang paling tertekan, lemah dan terdedah.

Perhatikan rentetan reaksi pada setiap spektrum. Tidakkah tragedi ini sudah pun mula menyemai bibit-bibit kecelaruan, kesedihan, dan kemarahan pada setiap peringkat?

Bayangkan sekiranya insiden ini berkesudahan dengan nahas yang mengorbankan kesemua penumpang dan krew pesawat, bayangkan reaksi dan impaknya keatas kita semua.

Pihak manakah yang bakal meraih keuntungan dari episod MH370 ini? Bagaimanakah insiden MH370 ini melibatkan AS sebenarnya, sedangkan mereka ‘menawarkan bantuan?”

Inilah mentaliti ummah hari ini, kerana mereka tidak memahami ideologi “Problem-Reaction-Solution” ini. Inilah ummah yang hanya mampu reaksioner dalam perlakuan mereka. Dicatur kesana sini oleh musuh-musuhnya sendiri, lalu bercakaran sesama sendiri dan memohon bantuan dari mereka yang mencipta masalah itu pada asalnya.

Saya membincangkan dengan ringkas penciptaan ‘problem’ (masalah) dan implikasi reaksi yang timbul darinya. Sewajarnya anda boleh membuat interpolasi yang lebih lanjut dan terperinci.

Jelasnya mereka mempunyai agenda dan kepentingan yang amat besar dari isu ini.

AS AKAN MENYAJIKAN PENYELESAIAN DAN SOLUSI

United States terrorism

Anda akan melihat selepas ini siri-siri ‘solution’ (penyelesaian) akan disusun secara sistematik. Ada diantara penyelesaian-penyelesaian ini akan diwar-warkan secara “umum” dan “terbuka”. Ada di antara “penyelesaian-penyelesaian” ini akan di’runding’kan dibelakang tabir bawah kelambu-kelambu kerahsiaan.

Mereka sudah pun memegang kunci-kuncinya. Segala kelemahan teknikal, keselamatan (security) dan pengawasan dalam diri kita (negara) sudah pun terdedah, terbuka dan akan dirobek secara berperingkat.

Inilah masa yang paling sesuai sekiranya kuasa-kuasa luar yang berkepentingan ingin memastikan agenda dan kehendak mereka dituruti.

Mereka akan tampil ke hadapan dan memimpini anda untuk ‘keluar’ dari krisis ini. Sudah tentulah mereka orang yang paling ‘berpengalaman’.

Dalam kesibukan anda menangani pelbagai persoalan dan permaslahan yang berbangkit, terorisma dan berfikir-fikir manakah terorisnya, apakah “ransom demand” mereka dan pelbagai kecelaruan teknikal yang disusun dari implikasi insiden ‘false flag’ pesawat MH370, sudah pasti anda akan terlalai dari “teroris” dan “tuntutan” maupun “ugutan” yang sebenarnya.

Ia mungkin sudah pun bermula.. Terorisma sebenarnya akan mengambil rupabentuk diplomasi, kepimpinan krisis, kepakaran penyiasatan, sekuriti dan keselamatan. Dengan lain perkataan bersedialah untuk tahap ‘CAMPURTANGAN’ yang lebih tinggi keatas urusan negara.

Dengannya datanglah peras ugut dan tuntutan secara berperingkat. Apabila soal-soal keselamatan negara dalam sesuatu krisis sudah dibolosi, maka bersedialah apabila anda menjadikan pemimpin keatas kamu. Segala kelemahan kamu akan dieksploitasikan.

Bayangkan sekiranya insiden yang sama berlaku di Rusia. Apakah anda begitu naif dan menyangka bahawa Putin akan memberi sebesar-besar laluan kepada mereka untuk melakukan siasatan? Sudah tentu tidak. Sebaliknya, perhatikanlah nanti penguasaan mereka keatas kita, apabila ‘pakar-pakar’ perisikan dan penyiasatan mereka masuk.

Oleh yang demikian, akhirnya anda akan lihat lebih banyak konsesi, rekonsiliasi dan tolak-ansur dilaksanakan secara sistematik selepas ini sebagai “pampasan” untuk mengeluarkan diri kita dari perangkap yang sudah mengena.

Ada antaranya akan diumumkan. Ada yang mungkin dilaksanakan secara terselindung. Segalanya bergantung sejauh manakah insiden ini akan diperbesar-besarkan, digembar-gemburkan. Kalau naratifnya menjadi semakin berputar-belit, maka semakin dalamlah agenda yang bakal disusun.

Badan-badan penyiasat yang pakar sudah pun mula disusun dan dicatur. Apabila CNN terlibat secara langsung dan pro-aktif anda akan melihat keseluruhan aparatus perisikan Amerika Syarikat adalah dibelakang mereka. Sambil saya menyediakan komentar saya ini, pasukan penyiasat FBI Amerika Syarikat sudah pun digerakkan untuk beroperasi di Malaysia secara rasmi.

Malangnya anak-anak generasi baru Melayu dan tidak kurang juga mereka yang sudah jauh berumur, bakal terkinja-kinja melihat operatif-operatif CIA, FBI dan apa sekalipun menjalankan operasi ‘psy-op’ mereka di sini. Mereka akan terlompat-lompat menanti CNN dan sekutunya memutar ‘spin’ terkini lagi tercanggih tentang MH370.

Inilah generasi yang telah diprogram dengan filem-filem Hollywood & fantasi. Orang kita tidak faham bahawa mereka ini sedang menjalankan gerak saraf destabilisasi keatas negara kita atas kepentingan serakah mereka.

Apabila diperingatkan, maka mereka segera pula berkata, “Oh tidak, ini teori konspirasi khayalan kamu!”.

Sedangkan ALLAH SWT telah berfirman: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menuruti (tatacara hidup dan agama) mereka (yang telah terpesong itu)".

Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. (Al Baqarah:120)

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zhalim. (Al Ma’idah: 51)

KESIMPULAN: LEBIH BANYAK PERSOALAN DARI JAWAPAN YANG AKAN DIHASILKAN KELAK

Doa-orang-yang-Sabar

Anda tidak akan ‘nampak’ naratif yang saya nyatakan ini, kecuali anda tinggalkan naratif yang disogok kepada anda secara sistematik.

Tragedi yang disusun ini sekiranya berkesudahan dengan pengesahan nahas, akan membabitkan bilangan nyawa yang sangat ramai dan naratif yang berlapis-lapis dan bertindanan. Jangan harapkan penyelesaian yang mudah dan simplistik. Malah sebarang ‘penyelesaian’ dan ‘solusi’ yang tercapai akan hanya memihak kepada agentur konspirasi jahat ini.

Pada akhir perjalanan setiap dari perancangan mereka ini, anda akan ditinggalkan dengan lebih banyak soalan dari jawapan. Ia bukanlah perancangan yang sebarangan. Sedarilah hakikat ini.

Ketahuilah tragedi dan insiden MH370 ini sememangnya sangat menyedihkan, terutama sekali sekiranya ia berkesudahan dengan nahas yang tragik. Namun di samping kita mendoakan keselamatan bagi “mangsa-mangsa” yang terlibat, jangan lupa untuk mendoakan diri kita sendiri.

Sekiranya nyawa mereka terkorban, ketahuilah pengorbanan nyawa ini akan berterusan dan tetap akan disasarkan pada kita jua akhirnya. Ketahuilah nyawa manusia adalah sangat murah bagi mereka. Bangunlah anak Melayu, bangunlah. Masamu semakin suntuk.

Samada anda dalam blok pakatan maupun kerajaan, ketahuilah tiada siapa pun antara kita yang akan beroleh kebaikan dari persengketaan dan perbalahan sesama kita kerana agentur-agentur yang tersembunyi dan nyata ini sentiasa akan memainkan peranan untuk memecah belahkan negara kita.

Maka saya berharap setiap dari kita sedar segera akan kepentingan untuk kita bersatudan kembali kepada jalan Iman dan Taqwa. Selagi kita bersengketa selagi itulah kita akan menjadi bahan sasaran musuh. Anda tidak akan mampu merungkai secara terperinci gerak-gerak saraf yang mereka jalankan keatas kedua-dua pihak yang bertelagah.

Kita tidak akan mampu menangani percaturan-percaturan ini kecuali kita kembali kepada ALLAH SWT dan RasulNYA sepertimana yang telah ditunjukkan oleh para Sahabah RA dengan bersatu hati dan berkasih sayang sesama kita.

Saya mendoakan para pemimpin Melayu negara agar tiada lalai dari membela umat Melayu Islam dan terus mencari jalan perdamaian antara mereka yang menentang kamu di bumi sendiri.

Saya mendoakan anak-anak dari umat Melayu dan Islam yang bermusuhan supaya kembali bersatu dan saling maaf memaafkan. Sesungguhnya bantuan ALLAH SWT bersama mereka yang bersatu dan berkasih sayang sesama mereka.

Dan apabila mereka tegur menegur sesama sendiri, mereka memelihara akhlaq dan budi pekerti mereka.

BACA INI JUGA: Bukti Billionaire Zionis Dalang MH370?

[Sumber][Edited by SP]

Sunday, February 02, 2014

Konspirasi Teluk Tonkin, Pembohongan Keji Pencetus Perang Vietnam

Konspirasi Teluk Tonkin, Pembohongan Keji Pencetus Perang Vietnam

Pada 2 Ogos 1964, dunia telah digemparkan dengan berita bagaimana kapal perang Amerika Syarikat, USS Maddox yang berlabuh di Teluk Tonkin telah diserang oleh tentera laut Vietnam Utara. Satu dunia heboh. Warga Amerika bangun seawal pagi terperanjat membaca berita di akhbar, Amerika Syarikat diserang!

USS Maddox - Konspirasi Teluk Tonkin

Warga Amerika bingung memikirkan bagaimana negara sekecil Vietnam Utara berani menyerang kuasa tentera terbesar dunia. Mereka mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Vietnam Utara yang telah melancarkan serangan ke atas USS Maddox tanpa sebarang sebab-musabab yang jelas.

Malah, rakyat dunia juga turut terperanjat dan menyatakan rasa simpati terhadap rakyat Amerika.

Serangan tersebut berlaku ketika tentera Amerika sedang menjalankan misi De Soto dipersisiran pantai Teluk Tonkin. Perairan antarabangsa di Asia Tenggara itu dianggap sebagai wilayah yang berada di bawah pengawasan Amerika Syarikat untuk menghadapi Komunis. Mereka menjalankan misi tersebut ketika Vietnam Utara dan Vietnam Selatan sedang berada di ambang perang saudara.

Berdasarkan ulasan akhbar, serangan tersebut dilaporkan telah mencederakan beberapa orang anggota tentera Amerika Syarikat. Dengan serta-merta sentimen anti-perang rakyat Amerika mula pecah. Mereka tidak sanggup merelakan kedaulatan negara Amerika yang tercinta diragut begitu sahaja.

Dewan Senat dan Dewan Kongres telah mengadakan sidang tergempar. Dengan sebulat suara, elit politik Amerika Syarikat telah meluluskan Resolusi Teluk Tonkin - Gulf of Tonkin Resolution.

Gulf of Tonkin Resolution
Gulf of Tonkin Resolution.

Dengan lulusnya ketetapan ini, Amerika Syarikat dengan sendirinya telah mendapat mandat untuk memerangi Vietnam Utara. Undang-undang seperti Patriot Act yang bertentangan dengan piagam hak asasi warga Amerika telah diluluskan tanpa banyak perbincangan.

Di Washington, Presiden Lyndon B. Johnson tanpa banyak bicara telah memerintahkan pasukan tentera udara AS untuk melancarkan serangan terhadap pangkalan-pangkalan kapal perang Vietnam Utara.

Operasi itu dilancarkan pada 5 Ogos1964. Puluhan pesawat penggempur F-8 telah membedil pangkalan kapal yang berpusat di Quang Khe. Serangan yang serupa juga turut dilanjutkan di pelabuhan Hon Gai dan 25 buah kapal perang Vietnam Utara dilaporkan telah musnah.

Serangan udara AS terhadap Vietnam Utara yang bertujuan untuk melawan kekuatan Komunis tersebut mendapat sokongan banyak pihak. Malah, Presiden Lyndon B. Johnson turut dianggap sebagai hero dan diangkat sebagai panglima tertinggi pasukan tentera AS. Beliau kemudiannya mengarahkan lebih banyak tentera AS dihantar ke medan peperangan.

Dengan kelengkapan senjata canggih dan pasukan ketenteraan yang terdiri daripada lebih sejuta orang, AS dijangka menang mudah didalam peperangan itu. Namun, jangkaan tersebut rupanya meleset.

Gerila Vietkong yang mewakili tentera Vietnam Utara tidak mudah menyerah kalah. Mereka menyerang markas-markas tentera AS di Saigon, Bien Hoa serta Hanoi, menyebabkan beberapa orang tentera AS terkorban.

Pada ketika itu, kata-kata sinis dan kecaman mula timbul sehingga menyebabkan Presiden Johnson menjadi berang dan tidak sabar.

Untuk menunjukkan operasi tentera berjaya, Presiden Johnson kemudiannya memerintahkan pasukan tentera melancarkan operasi tempur berskala besar di bandar Da Nang - Operation Flaming Dart.

Namun, operasi yang didominasi serangan udara itu tidak mematahkan semangat gerila Vietkong. Malah, mereka turut melancarkan serangan balas sehingga menyebabkan 21 orang tentera AS terkorban.

Operation Flaming Dart tersebut terus dilanjutkan dan menjadi serangan udara membabi-buta. Malah, serangan tersebut terus mendapat tentangan hebat gerila Vietkong dan mereka langsung tidak mahu menyerah kalah. Semakin banyak nyawa yang terkorban dan kemusnahan berlaku dimerata tempat.

Sehinggalah sampai ke satu tahap, tentera AS akhirnya mengakui misi tersebut tidak perlu diteruskan lagi.

Ketika Johnson digantikan dengan Presiden Nixon, tentera AS akhirnya secara beransur-ansur dibawa pulang dan misi peperangan tersebut berakhir begitu sahaja.

Perang Vietnam yang dipacu oleh insiden Teluk Tonkin telah menelan kos yang sangat tinggi. Lebih 60,000 tentera AS terkorban dengan kos peperangan dikatakan sebanyak $USD170 bilion, 1 trilion dolar jika dinilai pada waktu sekarang.

Ekonomi AS turut mengalami penyusutan dan kekalahan Amerika dalam peperangan ini telah meninggalkan kesan mendalam kepada rakyatnya.

Pembohongan Terbongkar

Setelah lebih 40 tahun perang itu berlalu, seorang ahli sejarah Amerika Syarikat, Robert J. Hanyok yang bekerja di bawah Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSA), telah melakukan kajian mengenai insiden itu.

Dalam penyelidikannya, beliau cuba untuk mencari jawapan jelas mengapa kerajaan Vietnam Utara telah melancarkan serangan ke atas USS Maddox pada tahun 1964.

Namun, dalam kajian tersebut, Robert J. Hanyok telah membentangkan satu fakta yang mengejutkan ramai pihak. Dia tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan kapal USS Maddox diserang atau dibedil.

Dengan kata lain, serangan itu tidak pernah berlaku dan sekadar suatu rekaan semata-mata!

Kajian tersebut telah diterbitkan oleh NSA pada tahun 2005 dan turut dipetik akhbar New York Times.

Dalam kesimpulannya, Robert J. Hanyok menyatakan, ia hanyalah sekadar satu konspirasi Presiden Johnson.

Konspirasi itu sengaja direka oleh pihak atasan Amerika Syarikat untuk memecahkan sentimen anti-perang rakyat Amerika dan menghalalkan serangan mereka ke atas Vietnam Utara.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

Tuesday, November 26, 2013

Konspirasi Yahudi Disebalik Sambutan Ulang Tahun Ke 50 Pembunuhan JFK

Konspirasi Yahudi Disebalik Sambutan Ulang Tahun Ke 50 Pembunuhan JFK

Beberapa hari yang lalu, rakyat Amerika menyambut ulang tahun yang ke 50 pembunuhan bekas presiden negera itu, John F. Kennedy. Lima dekad telah berlalu sejak Kennedy mati ditembak pada 22 November 1963 lalu, namun ingga kini kematiannya terus diselubungi misteri termasuk teori-teori konspirasi yang tak pernah kunjung padam.

Pembunuhan JFK

Namun, seorang pemerhati politik Amerika, Mark Glenn mencetuskan teori menggemparkan, Israel berada di sebalik pembunuhan presiden berkarisma itu.

"Bukti kuat menunjukkan bahawa Israel sebagai dalang, ini kerana fakta membuktikan bahawa lobi Israel sangat kuat bukan hanya di Kongres, tapi juga di cawangan eksekutif kerajaan AS serta di dalam badan-badan perisikan," kata Glenn yang dipetik Press TV, Sabtu (23/11/2013).

"Jadi, mudah untuk melihat kengapa ada pihak-pihak yang sangat kuat, yang sangat berminat untuk memastikan bahawa rakyat Amerika tidak akan mengetahui aspek khusus tujuan dasar luar negeri Presiden Kennedy," katanya lagi.

Versi rasmi pihak berkuasa AS, Kennedy ditembak seorang penembak tepat ketika duduk di kereta dengan isterinya, Jacqualine, Gabenor Texas John Connaly dan isterinya, Nellie.

Mereka dikawal konvoi polis dan Secret Service presiden. Kejadian pembunuhan itu berlaku pada hari Jumaat jam 12.30 tengah hari waktu tempatan di kawasan Dealay Plaza, Dallas, Texas.

"Tidak syak lagi, ada unsur-unsur dalam kerajaan AS yang membantu pembunuhan mengerikan tersebut," tutur Glenn.

"Banyak bukti menunjukkan bahawa Israel berada di balik pembunuhan John F. Kennedy serta pembunuhan saudaranya, Robert Kennedy," cetus Glenn tanpa menjelaskan lebih terperinci mengenai bukti tersebut.

Hingga kini ramai warga AS yang tidak percaya bahawa Kennedy dibunuh oleh Lee Harvey Oswald, yang berdasarkan hasil siasatan polis.

Terlalu mudah kesimpulan mengenai kes ini membuatkan sejumlah orang berspekulasi ada konspirasi jahat yang dilakukan golongan elit pada masa itu untuk membunuh Kennedy.

Sejumlah buku-buku teori konspirasi pun bermunculan. Mereka mempunyai analisis dan fakta mereka sendiri.

Dari video, gambar sehinggalah detik-detik pembunuhan telah dianalisis.

Hasilnya, majoriti rakyat AS percaya, Oswald bukanlah pembunuh tunggal dalam kejadian ini.

Namun sayang, walaupun atas desakan awam, tidak ada siasatan lanjut dalam kes pembunuhan presiden paling kontroversi di abad ke 20.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Friday, July 05, 2013

Michael Jackson Sebenarnya Dibunuh Kerana Masuk Islam?

Michael Jackson Sebenarnya Dibunuh Kerana Masuk Islam?

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Michael Jackson

Walaupun sudah melakukan pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cuma seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki.

Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

"Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu".

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ sangat tertekan.

Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam.

Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu "Give Thanks To Allah" khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa apabila dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain.

Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, membaca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat satu majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya.

Pada December 2008, MJ telah menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim.

Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu 'Give Thanks to Allah' pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam.

Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk pengurusnya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata "Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya sudah bersedia untuk konsert ini".

Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapati telah meninggal dunia.

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tidak tahu siapa MJ dan di mana MJ berada.

Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsi hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang sudah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah mengupah doktor persendirian untuk membuat autopsi MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari.

MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyut jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai ubat ini langsung! Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut.

Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam rancangan CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

"Saya suka MJ. Saya membesar dengan mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya."

Pelik, kenapa seorang Presiden beria-beria bercakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsi MJ dikeluarkan?

Kalau betullah MJ hendak bunuh diri, buat apa dia beria-beria untuk berlatih selama 2 bulan untuk konsert terakhirnya? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara terbuka (dalam TV).

Ugutannya ialah Katherine, emak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan diberi hak penjagaan.

Akhirnya mereka bersetuju MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan.

Itulah yang anda semua tengok di TV. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tidak dibuka. Sebab mayatnya tidak pernah ada dalam keranda tersebut.

Ini semua dilakukan semata-mata nak memberitahu kepada seluruh dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)
The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

BACA INI JUGA:

sumber: GK

Wednesday, June 19, 2013

Misteri Kematian Yuri Gagarin Akhirnya Terjawab

Misteri Kematian Yuri Gagarin Akhirnya Terjawab

Kematian individu pertama mengorbit bumi pada 1961 Yuri Gagarin terjawab selepas rakanya Aleksey Leonov membuat pendedahan di media baru-baru ini.

Yuri Gagarin
Yuri Gagarin

Selepas tujuh tahun angkasawan Rusia itu melakar sejarah, media melaporkan beliau terbunuh ketika kemalangan semasa latihan penerbangan namun, pihak berkuasa ketika itu tidak mendedahkan punca bagaimana beliau meninggal dunia.

Pelbagai teori konspirasi tercetus sejak kematian beliau. Ada menyifatkan beliau dibunuh atas arahan pemimpin Soviet, Leonid Brezhnev kerana membocorkan rahsia kerajaan, ada juga berpendapat, Gagarin membunuh diri dan tidak kurang juga mengatakan, pesawat beliau menjadi mangsa dendam Objek Terbang Yang Tidak Dikenali (UFO) ketika berada di angkasa.

Tetapi selepas 40 tahun menyimpan rahsia, Leonov akhirnya mendedahkan punca sebenar kematian Gagarin yang merupakan rakan karibnya.

Yuri Gagarin
Kapsul Gagarin ketika berada di angkasa pada 1961.

Beliau menjelaskan, ketika latihan penerbangan di Pusat Latihan Penerbangan Rusia, terdapat sebuah pesawat pejuang SU-15 (dirahsiakan pemandunya) tidak dibenarkan melakukan latihan, namun juruterbang itu berdegil untuk terus melakukan latihan penerbangan.

“Pesawat itu terbang hampir dengan pesawat Gagarin. Juruterbang itu tidak mengikut syarat penerbangan ditetapkan apabila menurunkan had ketinggian penerbangan mencecah 450 meter.

Pesawat itu berada pada jarak 15 meter dan akhirnya berlanggar dengan pesawat Gagarin pada kelajuan super sonik 750 kilometer sejam,” katanya dipetik MailOnline

Aleksey Leonov
Aleksey Leonov

Menurutnya, sebelum kebenaran penerbangan diberi, latihan itu sepatutnya dibatalkan kerana cuaca buruk namun, belum sempat di arahkan, kejadian tersebut telah berlaku dan pesawat terbabit terhempas di perkampungan Novoselova.

Leonov merupakan salah seorang daripada panel penyiasat dalam tragedi itu.

BACA INI JUGA: Kisah Sedih Angkasawan Pertama Yang Terkorban Dalam Misi Ke Bulan

Sumber: SH

Monday, October 01, 2012

Logo Kereta Volkswagen Direka Adolf Hitler!

Logo Kereta Volkswagen Direka Adolf Hitler!

Kereta Volkswagen sebenarnya direka sendiri oleh pemimpin diktator Jerman iaitu Adolf Hitler sebelum kereta itu memasuki pasaran.

Volkswagen

Idea lakaran itu diperoleh oleh Hitler ketika beliau sedang duduk bersantai di sebuah restoran di Munich pada 1932.

Hitler melakar sendiri rekabentuk Beetles dengan objektif kereta itu mampu memberi keselesaan kepada pemiliknya dengan ciri-ciri bersantai dan mdah dikendalikan.

Nama pertama yang dicadangkan ialah Kraft durch Freude (KdF-Wagen, yang bermaksud “strength through joy car”).

Setelah siap lakaran, Hiter memberikan plan itu kepada pengarah Daimler-Benz iaitu Jacob Werlin sambil berkata,

“Take it with you and speak with people who understand more about it than I do. But don’t forget it. I want to hear from you soon, about the technical details.”

Namun demikian, Daimlr-Benz tidak mengeluarkan Volkswagen tetapi kereta itu dikeluarkan oleh kilang Porche milik Dr. Fredinand Porche dengan tema “Peoples’s Car”.

Oleh itu, semua teknologi kereta dari A hingga Z adalah buatan Porche.

Misteri Logo Volkswagen

Adolf Hitler

Apa yang mencurigakan adalah lakaran logo Volkswagen itu sendiri. Ianya unik dan ringkas dengan huruf V berada di atas huruf W.

Sebenarnya logo ini tiada apa-apa maksud tetapi mencurigakan apabila kita memutarkan logo ini dengan laju.

Apabila diputar laju ketika tayar bergerak maka lambang Nazi jelas kelihatan!

BACA INI JUGA: Kebencian Hitler Terhadap Yahudi Mungkin Ada Benarnya

sumber: GK