Thursday, November 09, 2017

10 Fakta Menarik Tentang Kentut Manusia

10 Fakta Menarik Tentang Kentut Manusia

Kentut. Bila cakap soal kentut saja mesti ramai yang tak suka sebab busuk, tak ada adab bila kentut dan macam-macam lagi.

10 Fakta Menarik Tentang Kentut Manusia

Untuk pengetahuan anda semua, kentut datang dari dalam usus. Didalam usus terdapat gas yang berasal dari udara dan oksigen yang kita hirup atau telan.

Jadi, kalau banyak bakteria yang tidak baik didalam usus, makin berbaulah kentut anda tu. Tapi, janganlah pula anda menganggap kentut itu satu perbuatan yang jijik kerana ia adalah bagus untuk kesihatan.

Berikut adalah 10 fakta paling menarik tentang kentut manusia.

1. Hanya 1% je daripada gas kentut yang dikeluarkan, yang mempunyai bau busuk. 99% yang selebihnya adalah odourless! 1% tersebut adalah sulfurous. Cis, kongasam kau sulfurous!

2. Secara purata, manusia normal akan kentut 14 kali sehari. Sama ada dalam keadaan sedar ataupun tidak.

3. Pengambilan makanan yang ber”angin” seperti cauliflower, kobis, kekacang, broccoli, dan gandum akan buat badan produce lebih banyak gas/kentut. Makanan yang mengandungi Fructose (sejenis gula dalam buah/susu) juga akan menyebabkan banyak gas. Itu yang sampai tahap kentut dalam setiap rakaat solat tapi taknak mengaku.

4. Daging, telur dan bawang mengandungi kandungan sulfur yang tinggi, menyebabkan kentut lebih berbau puaka daripada biasa.

5. Kentut adalah bahan flammable atau mudah terbakar. Jadi, jangan kentut di tepi unggun api.

6. Eat smaller meals, stay calm, dan exercise frequently akan bantu badan dan minda mengawal pengeluaran kentut dengan lebih baik. Hiargh!

7. Kepelbagaian bunyi kentut adalah disebabkan oleh jumlah kandungan gas, the force at which it is expelled, and the tightness of the sphincter muscles (otot di saluran tersebut ).

8. Tahan kentut tidak membahayakan kesihatan, tapi boleh menyebabkan kekejangan dan tidak selesa pada perut.

9. Kaum wanita lebih sensitive tentang kentut di tempat awam, kerana kentut wanita sebenarnya mengandungi hydrogen sulfide yang lebih tinggi (lebih berbau), berbanding kentut lelaki.

10. Banyak kajian dijalankan untuk menghasilkan pills yang boleh menukarkan bau kentut kepada bau coklat, rose dan berries. Omgggg nak!

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: siraplimau

Tuesday, November 07, 2017

Kenapa Ada Kentut Berbau Busuk Dan Ada Yang Tidak?

Kenapa Ada Kentut Berbau Busuk Dan Ada Yang Tidak?

Bunyi kentut yang perlahan menghasilkan bau yang lebih kuat. Adakah anda percaya dengan kenyataan ini?

Kenapa kentut bau

Sebenarnya, bau kentut tiada kaitan dengan bunyi kentut yang kuat atau perlahan. Bau kentut bergantung kepada jenis makanan yang kita makan.

Apabila kita makan daging, bau kentut lebih busuk berbanding jika kita makan banyak sayur.

Ini kerana dalam daging terdapat protein yang mengandungi sulfur lalu mengeluarkan gas berbau apabila diuraikan.

Oleh sebab itu, kentut haiwan karnivor lebih busuk berbanding haiwan herbivor seperti gajah.

Secara purata, manusia kentut sebanyak 4 kali sehari. Oleh itu, kentut bukan perkara yang memalukan, sebaliknya orang yang tidak kentut lebih daripada 10 kali sehari adalah orang yang pelik.

Punca kentut berlaku disebabkan oleh gas yang terhasil ketika proses penghadaman makanan.

Ketika mengunyah, kita bukan saja menelan makanan, bahkan turut menelan udara.

Udara yang memasuki tubuh badan perlu dikeluarkan kembali lalu terdapat dua cara gas ini dikeluarkan iaitu sendawa melalui mulut atau pun kentut.

Apa itu sendawa?

Sendawa ialah gas yang berada dibahagian atas usus dan dikeluarkan melalui mulut manakala kentut merupakan udara yang berada dibahagian usus besar ketika proses penghadaman.

Apa akan berlaku jika kita menahan kentut?

Jika ditahan, kentut akan memasuki saluran darah dan bergerak ke seluruh badan lalu keluar melalui air kencing.

Namun begitu, tidak semua kentut dapat keluar dan ada yang tertinggal sedikit dalam darah.

Selain itu, seseorang yang suka mengunyah gula-gula getah akan lebih kerap kentut.

Ini kerana apabila kita mengunyah, angin turut sama masuk ke dalam badan.

Gas yang terhasil daripada kentut juga bersifat asid kerana mengandungi karbondioksida (CO2) dan hydrogen sulfida (H2S).

Kentut tidak berbahaya, tapi kalau anda saja-saja kentut di depan orang, itu memang sengaja cari bahaya.

Tak percaya? Cubalah!

BACA INI JUGA: Benarkah Kentut Mampu Ubati Penyakit Darah Tinggi?

-SENTIASAPANAS.COM