Saturday, June 06, 2020

Bahaya 'Baby Walker' Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

Bahaya 'Baby Walker' Yang Ramai Ibu Bapa Tak Tahu

Secara lazimnya, ramai menyangka bahawa baby walker digunakan bertujuan untuk menguatkan otot kaki pada kanak-kanak supaya mereka cepat berjalan namun begitu, melalui perkongsian oleh doktor Ahmad Luqman Bukhari, lain pula yang dihujahkannya.

Bahaya Baby Walker
Gambar hiasan.

Menurutnya, baby walker sebenarnya tidak memberi manfaat langsung pada perkembangan fizikal. Malah, ia sebenarnya boleh membuatkan rangsangan pada otak dan otot kaki semakin berkurangan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:

Saya yakin tak ada mak ayah yang sanggup nak biarkan anak kecil dalam baby walker kalau pernah nampak macam mana seksanya baby meraung kesakitan akibat melecur tersimbah air panas yang dia capai sendiri masa tengah naik walker tu.

Ada setengah kes tu, ibu bapa sendiri yang menangis sampai bengkak dua-dua belah mata bila tengok si comel pengsan tak bergerak lepas terjatuh dari walker.

Bila dah siap buat CT scan kepala, baru tahu rupa-rupanya ada bleeding pada otak anak dan retak dekat tempurung kepala. Masa tu menyesal pun dah tak guna.

Cuma realiti yang berlaku, ramai mak ayah yang tak pernah diuji dengan benda ini, dia pandang remeh bila kita nasihat supaya elakkan penggunaan walker ni.

Di Kanada, baby walker sudah pun diharamkan sepenuhnya. American Academy of Pediatrics pun siap suruh buang lagi walker kalau ada kat dalam rumah atau mana-mana pusat penjagaan kanak-kanak.

Doktor-doktor semua dah tak sanggup nak tengok ribuan kes baby tercedera termasuklah kes melecur, kes trauma dan tersepit yang dikejarkan ke jabatan kecemasan setiap tahun.

Lagi satu, mana yang kata dia beli walker supaya anak cepat berjalan, nak beritahu juga yang fakta tu salah sebenarnya.

Baby Walker tu sebetulnya tak memberi manfaat pun pada perkembangan fizikal anak kita, bahkan ia membuatkan rangsangan pada otak dan otot kaki anak kita menjadi semakin berkurang.

Kalau betul nak anak kita cepat berjalan, biarkan je dia berguling, bermain dan merangkak atas lantai dalam rumah kita tu sebab itulah sebenarnya aktiviti yang bagus untuk kuatkan fizikal dia.

Mana yang dah baca ni, bantu saya kongsikan info penting ni pada mak ayah yang lain ye. Lagi-lagi yang tengah tunggu nak timang cahaya mata tu.

Lebih baik gunakan duit yang ada untuk beli benda yang lebih penting daripada belanjakan untuk benda yang berisiko tinggi untuk cederakan anak kesayangan kita.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: siakapkeli

Sunday, January 19, 2020

Cara Atasi Masalah Faraj Kering Demi Kebahagiaan Rumahtangga

Cara Atasi Masalah Faraj Kering Demi Kebahagiaan Rumahtangga

Faraj kering adalah masalah umum yang dialami wanita terutama mereka yang sedang menempuh fasa menopaus namun, dalam keadaan tertentu masalah vagina atau faraj kering turut dialami wanita muda walapun pasangan baru berkahwin.

Faraj Kering
Gambar hiasan.

Lazimnya, dinding vagina diselaputi lendir jernih yang bertindak sebagai pelincir.

Masalah Hormon Estrogen

Hormon seks seperti estrogen membantu mengekalkan cecair berkenaan dan memastikan lapisan vagina sentiasa sihat, tebal dan elastik.

Ketika menopaus, penurunan kadar estrogen mengurangkan bilangan lembapan sedia ada dan menjadikan vagina menipis serta kurang elastik.

Namun, penurunan hormon ini juga boleh berlaku disebabkan melahirkan anak, menyusu badan, rawatan radiasi atau kemoterapi, pembedahan membuang ovari dan penggunaan ubatan antiestrogen bagi merawat fibroid dalam rahim atau endometriosis.

Penyakit Autoimun

Punca lain bagi masalah vagina kering juga boleh disebabkan oleh gangguan autoimun yang menyerang sel yang menghasilkan kelembapan dalam badan, alahan, kerap mencuci faraj dengan sabun atau bahan tertentu dan diabetes.

Wanita yang mengalami masalah kekeringan vagina akan mendapat simptom seperti pedih, gatal-gatal, rengsa, sakit ketika hubungan seks (dyspareunia), kerap kencing dan mudah mendapat jangkitan saluran kencing.

Faktor penurunan kadar estrogen mempengaruhi hampir semua masalah vagina kering.

Ini kerana, estrogen adalah hormon wanita yang berfungsi supaya vagina kekal sihat, membekalkan bahan pelincir semula jadi, memberikan keanjalan dan kadar keasidan.

Oleh itu, kadar estrogen yang menurun mengganggu fungsinya dan menyebabkan berlaku ciri-ciri vagina atrofi.

Selain pertambahan usia, kadar estrogen juga boleh menurun akibat mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol serta mengalami tekanan atau kemurungan.

Kurang Rangsangan

Masalah lain adalah kurangnya rangsangan sebelum melakukan seks, emosi wanita kurang stabil, pernah mengalami seks yang menyakitkan pada masa dulu atau trauma lampau seperti gangguan atau serangan seksual.

Kesemua ini boleh menjadi punca faraj kering tanpa mengira usia seorang wanita.

Tidak Gembira

Menerusi kajian yang dijalankan terhadap wanita di Malaysia mendapati, masalah kekeringan vagina mempengaruhi kualiti hidup mereka.

Dua pertiga daripada responden mengalami impak fizikal dan emosi apabila mencatat 73 peratus bagi tekanan emosi, 72 peratus emosi tidak stabil, manakala 62 peratus mengalami keletihan melampau akibat daripada keadaan ini.

Setiap seorang daripada dua responden pula didapati mengalami masalah kualiti ikatan perhubungan dengan pasangan masing-masing iaitu sebanyak 69 peratus, kurang keyakinan (55 peratus) dan masalah kesihatan secara kesuluruhan (55 peratus).

Kajian yang sama juga mendedahkan bahawa, tiga daripada lima responden yang mengalami masalah kekeringan vagina mendapatkan rawatan iaitu sebanyak 58 peratus.

Menurut tinjauan yang dijalankan oleh Durex terhadap 1,200 wanita di UK, 73% daripada jumlah ini mengatakan bahawa seks adalah menyakitkan.

Satu pertiga wanita juga menyatakan kesakitan ini akan menjejaskan libido mereka sementara 1 daripada 10 wanita menegaskan ia akan menjejaskan hubungan mereka bersama pasangan.

Maksudnya, suami anda tidak akan bahagia dan mungkin berisiko curang dengan wanita lain!

Tinjauan itu turut menjelaskan puncanya adalah disebabkan oleh faraj yang kering semasa melakukan hubungan intim.

Untuk pengetahuan anda, kira-kira 20 hingga 40 peratus wanita berusia lingkungan 17 hingga 50 tahun akan mengalami masalah ini.

Statistik ini menunjukkan bahawa bukan wanita lanjut usia sahaja yang akan mengalaminya. Mengejutkan, bukan?

Rawatan Klinikal

Tiga kaedah rawatan yang paling lazim digunakan adalah produk pembersih dalaman wanita (31 peratus), pelincir berubat (20 peratus) dan gel berubat (16 peratus).

Malangnya, penggunaan produk terbabit boleh memudaratkan masalah kekeringan vagina kerana faktor kekurangan pelembab kulit.

Kajian ini juga mendapati hanya 10 peratus responden berpuas hati dengan kaedah rawatan yang mereka guna selama ini.

Ramai wanita tidak sedar mereka mengalami masalah kekeringan vagina dan kurang pengetahuan mengenai impak masalah ini dalam kehidupan mereka tanpa mengambil kira faktor umur.

Kesihatan bahagian intim wanita masih dianggap panting dalam kalangan wanita pelbagai usia di negara ini.

Oleh itu, perbincangan terbuka mengenai perihal masalah kekeringan vagina dan kaedah perawatan yang sesuai dapat membantu mempertingkatkan kualiti hidup wanita Malaysia.

Sementara itu, masalah kekeringan vagina dialami ramai wanita, tetapi hanya sedikit yang mendapatkan rawatan doktor.

Memang masalah kekeringan vagina menjejaskan kebanyakan wanita, walaupun mereka selalunya tidak mengetengahkan isu ini ketika menemui doktor.

Namun, jika masalah ini menjejaskan kualiti hidup terutama dalam hubungan bersama pasangan, pertimbangkan untuk bincangkan dengan doktor.

Salah Beli Gel Pelincir

Bagi kebanyakan wanita, rumusan berasaskan gel yang sering digunakan untuk merawat vagina kering didapati tidak sesuai kerana faktor kekurangan kesan lipid yang memberi kelembapan dan kelegaan pada kulit.

Terdapat juga segelintir wanita yang mengambil jalan mudah mengatasi masalah vagina kering apabila kerap mencuci bahagian keintiman dengan produk pencuci bersabun.

Mereka menggunakan pencuci dengan haruman, buih mandian atau deodoran yang menghilangkan bau.

Sebenarnya, ia tidak digalakkan kerana lebih cenderung mengundang bakteria vagina berikutan amalan terbabit menghilangkan bakteria pelindung semula jadi.

Dan lagi, kebanyakan produk mencuci alat sulit tidak dirumus untuk digunakan di bahagian dalaman sekali gus merawat masalah vagina kering.

Penggunaan produk pencuci alat sulit ini disyorkan sekali sehari kerana memadai menggunakan air biasa untuk cucian kerap.

Malah, ada juga segelintir wanita yang menggunakan krim pelembap kulit biasa bagi merawat kekeringan vagina dan ia adalah salah.

Tidak kurang juga yang menggunakan minyak pati, tetapi ia masih tidak merawat masalah utama kerana minyak ini lebih sesuai dipakai pada kawasan luaran vagina malah, segelintir minyak pati juga mempunyai elemen alahan.

Kebanyakan wanita dengan masalah vagina kering biasanya datang ke farmasi bagi mendapatkan ubat untuk merawat gatal-gatal atau pedih tanpa menyedari ia adalah tanda-tanda kekeringan vagina dan menyebabkan mereka menggunakan ubatan atau produk yang tidak sesuai.

Kami Ada Penyelesaian Masalah Faraj Kering Yang Telah Terbukti Berkesan!

Krim pelembap Love Kiss Cream adalah produk yang telah terbukti dan sangat luarbiasa untuk merawat masalah kekeringan faraj kerana ia boleh digunakan tanpa sebarang kesan sampingan terhadap produk kesihatan yang lain.

Ia juga tidak membawa sebarang gangguan hormon dan sesuai digunakan di dalam dan bahagian luar vagina.

Masalah vagina kering dengan penggunaan krim ini terbukti berkesan dan sangat unggul mengatasi krim lain! Anda tidak perlu percaya, tetapi anda sepatutnya mencuba dengan segera.

Baca sini; Love Kiss Cream: Gel Pelincir Tahan Lama Suami Isteri

Ikhtiarlah sebelum terlambat!

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Sunday, November 17, 2019

5 Tanda Anda Dan Pasangan Tidak Bahagia

5 Tanda Anda Dan Pasangan Tidak Bahagia

Dalam sesebuah hubungan, perbuatan itu adalah lebih penting daripada kata-kata manis dalam memastikan ikatan yang terjalin sentiasa mewangi, kerana sesiapa sahaja boleh mengucapkan kata-kata seperti 'saya sayang awak' tetapi berapa ramai yang sanggup berkorban untuk anda dan melakukan perkara yang adakalanya tidak masuk akal untuk anda bagi membuktikan cinta mereka?

Tidak Bahagia

Jika anda tertanya-tanya sama ada hubungan yang terjalin benar-benar bahagia atau pun sebaliknya, ada beberapa hal yang boleh menggambarkan situasi ikatan yang terjalin.

Menurut ahli terapis pasangan, Dr Gary Brown, walaupun sesuatu perkara itu nampak remeh namun sebenarnya ia jelas menunjukkan perasaan sebenar kedua-dua belah pihak terhadap satu sama lain dan keadaan hubungan seseorang itu.

Pun begitu, kekurangan itu bukan bererti hubungan anda sudah tidak boleh diselamatkan sebaliknya ia adalah indikasi untuk mengenal pasti dan melakukan perubahan agar ikatan yang terjalin kekal utuh dan bahagia.

Ada kalanya perkara remeh boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga.

Berikut adalah 5 situasi yang boleh menjadi petunjuk sama ada anda atau pasangan berada dalam keadaan tidak bahagia.

1. Terima Kasih

Perkataan terima kasih itu nampak remeh tetapi ia sebenarnya penunjuk jelas tahap hubungan anda.

Menurut Dr Brown jika dahulu anda saling berterima kasih atas hal kecil seperti membancuh kopi, mengemas rumah dan kini tidak lagi berupaya menzahirkan penghargaan buat pasangan ia petanda hubungan anda menjurus ke arah kehancuran.

Ini kerana anda tidak bahagia sehingga tidak lagi memberi perhatian terhadap hal-hal remeh dilakukan pasangan dan mungkin anda tidak menyedari tentang pentingnya 'terima kasih'.

2. Tiada lagi luahan isi hati

Sebagai pasangan suami isteri - komunikasi adalah sangat penting termasuk berbicara tentang hal-hal penting sehinggalah apa yang berlaku kepada anda setiap hari.

Perbualan dari hati ke hati itu sebenarnya menunjukkan anda peduli terhadap pasangan dan merasakan mereka insan paling penting untuk mengetahui segala yang terbuku di hati.

Kata Dr Brown, apabila anda atau pasangan mula mengelak daripada bercakap tentang hal-hal penting keadaan ini perlu diberi perhatian.

Ini kerana ia memberi petanda bahawa anda tidak lagi berminat dalam hubungan itu malah dalam situasi lebih buruk ia boleh menimbulkan perasaan benci sehingga akhirnya rasa tidak bahagia itu muncul.

3. Tidur pada waktu yang berbeza

Mungkin nampak remeh tapi kata Dr Brown ia memberi kesan cukup besar apabila pasangan akan mula merasakan mereka tidak lagi penting.

Bayangkan sebelum ini, masuk tidur bersama, bangun bersama - melakukan aktiviti berkualiti bersama namun kerana waktu tidur berbeza ia menunjukkan bukan sahaja anda tidak berminat dengan pasangan. Adakah itu bahagia?

4. Tiada lagi panggilan sayang

Panggilan nama seperti sayang, baby, honey dan sebagainya mungkin kedengaran biasa tetapi ia juga penting dalam mengeratkan ikatan suami isteri.

Ini kerana panggilan manja itu menunjukkan perasaan anda terhadap pasangan dan ia antara cara meluahkan rasa kasih di antara suami isteri.

5. Tiada lagi kiriman mesej atau ciuman selamat malam

Kadang-kadang perkara paling kecil dan remeh boleh menunjukkan betapa sayangnya anda terhadap pasangan.

Kiriman mesej ringkas bertanya tentang khabarnya di tempat kerja atau memberi ciuman di malam hari menunjukkan mereka adalah insan yang sentiasa dalam fikiran anda.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: mstar

Friday, September 20, 2019

3 Cara Mencegah Kehamilan Jika Suami Terpancut Dalam

3 Cara Mencegah Kehamilan Jika Suami Terpancut Dalam

Jika anda melakukan hubungan seks dengan suami tanpa perlindungan, pasti anda risau dan ingin tahu cara mengelak hamil selepas pancut dalam. Suami mungkin tidak suka kondom, anda pula mungkin terlupa, kehabisan atau tidak suka mengambil pil perancang.

Cara Mencegah Kehamilan
Gambar hiasan.

Tapi jangan risau lagi. Kami bawakan kepada anda panduan tentang cara mengelak hamil selepas pancut dalam.

Kontrasepsi Darurat

Kontrasepsi darurat atau cara pencegahan darurat adalah salah satu cara untuk membantu seorang wanita mengelak dari hamil selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan

Dalam erti kata lain, membantu pasangan suami isteri yang bersenggama tanpa sebarang kaedah perancang.

Kontrasepsi darurat dianggap sebagai cara elak hamil selepas pancut dalam yang paling berkesan dan selamat kerana ia telah digunakan sejak 30 tahun lalu namun, penggunaannya kurang meluas di Malaysia.

Cara elak hamil selepas pancut dalam

Di Malaysia, terdapat 2 jenis kontrasepsi darurat iaitu:
  1. Ubat dalam bentuk pil.
  2. Alat kontraseptif yang ditanam dalam rahim (IUCD).

Jika anda tertanya-tanya mengapa kita perlu tahu cara mengelak hamil selepas pancut dalam, ini antara alasannya:–
  • Kontrasepsi darurat memberi peluang untuk wanita mengelak kehamilan yang tidak diingini.
  • Kontrasepsi darurat mengurangkan jumlah kes menggugurkan kandungan.

Bila waktu paling sesuai untuk guna kontrasepsi darurat?

Seseorang wanita memerlukan kontrasepsi darurat apabila:
  • Kondom bocor atau terlucut, maka air mani memasuki faraj.
  • Wanita lupa untuk makan pil perancang keluarga (7 pil yang pertama).
  • Salah kira waktu yang selamat untuk bersenggama.
  • Dipaksa melakukan seks seperti kes rogol.
  • Pasangan gagal mengeluarkan zakar lalu terpancut air mani ke dalam faraj.

3 Cara Elak Hamil

Di Malaysia, terdapat 3 kaedah kontrasepsi darurat.

1. Postinor

Pertama ialah morning-after pill atau Postinor. Ia merupakan ubat hormon yang mampu mencegah persenyawaan.

Cara memakannya:
  • Makan sebiji pil dalam masa 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan. Lebih bagus jika ambil 24 jam selepas itu.
  • Makan sebiji lagi pil selepas 12 jam.
  • Jumlahnya 2 biji pil.

Jumpa doktor jika haid tidak datang melebihi 3 minggu kerana khuatir anda telah mengandung.

2. Pil Perancang

Kedua adalah dengan mengambil pil perancang keluarga. Makan 4 biji pil perancang selepas 72 jam berhubungan seks.

Kemudian, makan lagi 4 biji pil 12 jam kemudian. Jumlah 8 biji pil.

3. IUCD

Cara ketiga adalah dengan memasang alat IUCD oleh doktor terlatih. Alat itu harus dipasang dalam masa 5 hari selepas hubungan seks tanpa perlindungan.

Bagaimana kontrasepsi darurat berfungsi?

Kontrasepsi darurat ini berfungsi dengan melambat atau mengelak ovulasi, iaitu proses pelepasan ovum dari ovari.

Ia juga mampu mengurangkan kemungkinan persenyawaan dengan mengganggu pergerakan ovum mahupun sperma.

Selain itu, cara elak hamil selepas pancut dalam ini juga mampu membuatkan selaput dalam rahim menjadi tidak sesuai untuk implantasi.

Jadi, keguguran tidak terjadi kerana sperma “tidak sempat melekat” pada dinding rahim.

Kesan Sampingan

Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah rasa mual dan muntal. Biasanya, sindrom ini akan berlarutan selama 24 jam.

Postinor (atau morning-after pill) lebih senang diambil dan tanpa rasa mual yang terlalu teruk berbanding pil perancang keluarga.

Pil ini seharusnya diambil semula jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas menelan pil.

Peringatan penting:

Kontrasepsi darurat bertujuan untuk mencegah kehamilan dari hubungan intim yang terjadi SEKALI SAHAJA, tanpa perlindungan.

Ia tidak mampu mencegah kehamilan jika hubungan intim tanpa perlindungan itu dilakukan secara berterusan.

Kontrasepsi darurat juga tidak memberi perlindungan terhadap jangkitan akibat seks dan penggunaan yang kerap mampu mengganggu kitaran haid anda.

Ia berkesan dan selamat digunakan dalam masa 72 jam (3 hari) dan 5 hari untuk alat IUCD.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: theasianparent

Sunday, September 15, 2019

Resepi Minuman Yang Boleh Meninggikan Badan Anak

Resepi Minuman Yang Boleh Meninggikan Badan Anak

Setiap orang tua pastinya menginginkan anak-anak mereka membesar dengan sihat, kuat dan memiliki tinggi dan berat badan yang ideal namun, memiliki tinggi yang cukup sering dikaitkan dengan sifat genetik atau faktor keturunan.

Meninggikan Badan Anak

Jika tubuh orang tuanya tinggi, maka kemungkinan anak-anak mereka juga akan tumbuh menjadi tinggi.

Namun, jika orang tuanya tidak terlalu tinggi, belum tentu anak-anak mereka tidak akan tumbuh lebih tinggi dari orang tuanya dan ia bukanlah perkara yang mustahil untuk dicapai.

Ibu bapa hanya perlu memastikan untuk melakukan langkah yang diperlukan semasa anak masih kecil, sebelum mereka mencapai had tumbesaran.

Ubahlah pola makan tertentu dan berikan mereka suplemen yang dapat membantu mereka membesar lebih tinggi.

Resepi Anak Tinggi

Berikut adalah minuman semulajadi yang boleh menambah tinggi badan anak anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 cawan susu panas.
  • 1 biji telur rebus.
  • 1 sudu madu.

Cara membuat:
  • Masukkan susu panas dan telur rebus ke dalam blender. Kisar sehingga halus dan tuangkan ke dalam cawan.
  • Tambahkan satu sudu madu ke dalam campuran dan gaul hingga sebati.

Berikan anak anda minuman ini setiap pagi ketika sarapan untuk hasil maksimum.

Campuran susu, telur rebus dan madu kaya dengan protein dan vitamin yang dapat membantu pertumbuhan yang lebih baik.

Kalsium dalam susu akan menguatkan tulang anak, telur kaya protein yang sangat penting untuk tulang dan sendi yang sihat.

Madu pula berfungsi untuk menjaga usus dan membantu penyerapan zat ke dalam badan anak.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: suara

Friday, August 23, 2019

Terfikir Nak Tambah Zuriat Tapi Anak Orang Tua Yang Jaga, Itu Tandanya Anda Belum Layak

Terfikir Nak Tambah Zuriat Tapi Anak Orang Tua Yang Jaga, Itu Tandanya Anda Belum Layak

Tak salah niat nak tambah zuriat tetapi jika anak yang ada sekarang pun masih lagi orang tua sendiri yang jaga, itu tandanya hanya akan menyusahkan orang lain kerana nafsu anda suami isteri. Janganlah hanya pentingkan diri sendiri sampai membebankan mak ayah suruh jaga anak.


Paling menyusahkan jika ada yang masih lagi pinjam duit orang tua nak beli susu dan pampers. Kasihanilah mak ayah yang dah tua nak teruskan hidup. Belajarlah berdikari tanpa membebankan orang tua.

Nah, untuk betulkan sikap yang sudah lama membiak dalam diri kita itu, jemput baca perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini.

Tanda Anda Belum Layak Tambah Zuriat

Antara tanda sesetengah suami isteri itu belum mampu (belum layak) untuk menambah zuriat dalam masa terdekat;

1) Anak yang sedia ada pun BUKAN kita yang menafkahi keperluan mereka.

Ada banyak terjadi, duduk menumpang di rumah ibubapa, lebih menghibakan bukan sahaja tidak menghulur duit kepada mereka, bahkan urusan perbelanjaan anak-anak A-Z dibebankan pula ke bahu atuk dan nenek.

Ada pula selepas bersalin terus menyerahkan urusan anak-anak kepada ibubapa (atuk nenek).

Bukan sahaja tidak diberikan upah menjadi babysitter, bahkan merekalah yang bersusah payah mengeluarkan bajet membeli susu, pampers, duit mainan, pendidikan cucu.

Jika tidak duduk bersama pun, tapi setiap kali balik kampung, asyik meminjam (tak pernah ganti) duit ibubapa, untuk beri makan minum anak-anak.

Ataupun diserahkan urusan nafkah, makan, minum, pendidikan semuanya di bahu isteri 24/7.

Gaji dan keringat isterilah yang menanggung segala-galanya, sedangkan tanggungjawab menafkahi anak-anak adalah sepenuhnya tanggungjawab suami/bapa.

2) Anak yang sedia ada, mempunyai ibubapa lain yang sentiasa di sisi mereka, iaitu GAJET.

Tak kisahlah atas alasan apapun, namun jika anak-anak bawah 5 tahun lebih 5 jam kita biarkan memegang telefon pintar tanpa pantauan, maka, pintarkah kita sebagai ibubapa?

Hingga kadang-kadang menjebakkan anak-anak ini kepada pornografi dan ketagih online games walau umur baru 4-5 tahun!

3) Kita sebagai ibubapa lebih banyak lihat muka buku (facebook) dari lihat muka anak-anak yang sedia ada. Banyak lihat skrin gajet dari melayani keletah anak-anak.

Anak ajak bermain dijerkah. Anak ajak bergurau dimarah-marah. Ibubapa leka dengan telefon/games semata. Astaghfirullah.

4) Kita melahirkan anak-anak.

Ya, anak-anak dibin/dibintikan nama kita di hujung nama mereka yang indah namun sayangnya, bukan kita orang pertama mengajarkan mereka tentang solat, mengaji al-Quran.

Mungkin atas alasan kita suami isteri sendiri pun tak pernah solat berjemaah bersama, mahupun bertadarus al-Quran bersama. Astaghfirullah.

Kemudian kita serahkan sepenuhnya urusan mengenalkan anak kepada Allah, al-Quran dan Nabi kepada ustaz, ustazah.

5) Dengan anak-anak yang sedia ada pun kita selalu menengking, marah, hilang sabar. Kadang ada hingga tahap memukul dan mendera mereka. Astaghfirullah.

Hal ini boleh terjadi atas pelbagai faktor;
  • Hubungan suami isteri yang bermasalah.
  • Lemahnya ilmu parenting, komunikasi suami isteri serta pengurusan emosi.
  • Masalah kesihatan mental seperti meroyan/depresi/dan lain-lain.

Hal ini cukuplah menandakan bahawa kita secara emosi belum cukup layak untuk menambah komitmen baru.

Apabila kita berniat untuk menambah zuriat, itu bukan sahaja bermakna kita menjemput nikmat dan rahmat bahkan juga amanah yang amat berat.

Kita kena sedar, segalanya akan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat.

Bayi dan anak kecil memang comel, tetapi ia datang dengan pakej amanah dan tanggungjawab yang menuntut kesediaan mental, fizikal dan emosi kedua belah pihak.

Sebagai mana tinta Imam Hassan al-Banna, bebanan rumahtangga ini harus dipikul berdua. Motif bekeluarga adalah menuju syurga.

Wahai lelaki, ingat peringatan Tuhan kepada para suami, bapa dalam surah at-Tahrim:

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya; manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya);..”

Hal pendidikan anak-anak adalah urusan bersama suami isteri. Ya, ibu adalah madrasah anak-anak, tetapi bapa adalah MUDIR madrasah itu. Parenthood is a lifetime commitment.

Perjanjian menanggung amanah seumur hidup walau setelah anak-anak bernikah sekalipun masih memerlukan doa, pandangan dan nasihat kita, sebagai ibubapa.

Ibu-ibu, ayah-ayah, sentiasa doakan anak-anak kita agar menjadi zuriat yang soleh dan solehah.

Sentiasa juga minta semoga Allah pimpin kita dalam mendidik amanah ini. Serta lazimi solat taubat atas khilafnya kita dalam mendidik anak-anak pinjaman Tuhan.

Astaghfirullah. Allahumma islih dzuriyyati…

BACA INI JUGA:

sumber: mingguanwanita

Wednesday, July 03, 2019

5 Jenis Medical Check-Up Wajib Bagi Lelaki

5 Jenis Medical Check-Up Wajib Bagi Lelaki

Sebagai lelaki yang hidup di zaman moden ini, kesihatan diri perlulah diambil perhatian setara dengan perkara lain seperti keluarga, kerjaya dan kewangan, kerana tanpa kesihatan yang baik, anda tidak akan dapat menjalankan fungsi sebagai ketua keluarga, pekerja atau majikan yang cemerlang.

Medical Check-Up Wajib Lelaki

Berikut adalah 5 jenis pemeriksaan kesihatan yang wajib dan perlu dilakukan oleh lelaki sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

1. Tekanan Darah

Tekanan dengan hal keluarga, pekerjaan, keadaan lalu lintas dan kewangan boleh menaikkan atau menurunkan tekanan darah tanpa disedari.

Apabila tekanan darah bermasalah, ia akan membawa banyak lagi penyakit berangkai seperti serangan angin ahmar, pitam, serangan jantung atau kerosakan salur darah.

Jadi, sewajarnya anda melakukan pemeriksaan tekanan darah sebulan sekali.

2. Mata

Ramai menyangka pemeriksaan mata tidak perlu dilakukan sekiranya mata tidak mempunyai masalah.

Tetapi, ada pelbagai penyakit mata yang boleh menyebabkan kebutaaan seperti glaukoma.

Mengikut satu kajian, kira-kira 45 juta rakyat AS mengalami masalah mata akibat proses penuaan dan hanya kurang satu pertiga rakyatnya menjalani pemeriksaan mata secara berkala.

Ia boleh dilakukan pada usia 18 tahun dengan kekerapan satu hingga tiga tahun sekali mengikut lingkungan usia 18 hingga 61 tahun bergantung kepada saranan doktor.

Jadi, periksalah bermula sekarang agar anda tidak menyesal di kemudian hari.

3. Kencing Manis

Bagi lelaki, penyakit kencing manis adalah musuh kesihatan yang berbahaya kerana ia boleh menyebabkan hilang nafsu seks atau mati pucuk.

Ia penting untuk mengenalpasti tahap gula dalam badan bagi mencari atau mengesahkan tanda-tanda penyakit kencing manis.

Namun, bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan lahir dari keturunan keluarga penghidap kencing manis, ujian darah ini perlu dilalui lebih awal.

Kekerapan menjalani ujian penyakit kencing manis adalah setiap tiga tahun bagi mereka yang normal.

4. Kolesterol

Pemeriksaan kolesterol boleh dilakukan seawal umur 20 tahun dengan kekerapan ujian setiap dua hingga ke lima tahun sekali bergantung kepada paras normal.

Kolesterol adalah sejenis lemak protein di dalam darah yang boleh menyebabkan masalah penyumbatan saluran darah jika berada di tahap tinggi.

Ada dua jenis kolesterol iaitu HDL atau High Density Lipoprotein dan LDL atau Low Density Lipoprotein.

Kolesterol baik membantu mengesan risiko serangan jantung dan strok manakala kolesterol jahat yang dianggap LDL merupakan penyumbang kepada sakit jantung.

Jika paras tidak normal, ujian perlu berulang setiap enam bulan atau mengikut arahan doktor untuk mengesan tahap kolesterol baik dan jahat di dalam badan.

5. Buah Zakar

Kanser buah zakar atau prostat boleh menyerang lelaki berusia semuda 15 hingga 34 tahun. 90 peratus dari pesakit kanser buah zakar boleh disembuhkan sekiranya dikesan pada peringkat permulaan.

Pemeriksaan ini boleh dilakukan sendiri dengan memegang buah zakar di antara ibu jari dan jari telunjuk, permukaan buah zakar perlu dirasai untuk mengesan sebarang bonjolan untuk mengesan kawasan yang menjadi keras atau pembesaran buah zakar.

Jika ada tanda-tanda itu, perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: lelakisihat