Monday, September 30, 2013

Kate Middleton Alami Kemurungan Selepas Bersalin

Kate Middleton Alami Kemurungan Selepas Bersalin

Isteri pewaris takhta England Putera William, Kate Middleton mengalami kemurungan selepas melahirkan anaknya Putera George dan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasinya, kata majalah Globe.

Kate Middleton

Sumber yang dipetik majalah itu melaporkan, kemurungan yang dihadapi Kate menyebabkan pasangan diraja itu menangguhkan rancangan untuk mendapatkan anak kedua dalam tempoh setahun.

“Kate kini di dalam keadaan yang amat sukar, tetapi suami dan keluarganya sentiasa berada di sisinya untuk memberi sokongan,” kata majalah itu.

Sebagai langkah mengurangkan tekanan yang dihadapi pasangan itu merancang untuk membawa anak mereka mengelilingi dunia.

Terbaru, mereka sudah mengemukakan permohonan untuk membuat pasport bagi George untuk melakukan perjalanan itu.

“Kami juga dimaklumkan bahawa Ratu Elizabeth perlu memberi kebenaran khas kepada mereka untuk terbang di dalam pesawat yang sama. Protokol diraja sebelum ini melarang pewaris takhta dan pewaris seterusnya daripada terbang bersama,” kata majalah itu lagi.

Laporan menyatakan bahawa ketika Ratu Elizabeth berusia lapan bulan, ibu dan bapanya melakukan lawatan Komanwel ke Fiji, New Zealand dan Australia selama enam bulan. Mereka terpaksa meninggalkan Elizabeth di London.

Kemurungan selepas bersalin anak atau postpartum depression (PPD) adalah masalah yang biasanya dialami antara lima hingga 25 peratus wanita yang baru melahirkan anak.

Antara tanda PPD termasuk perasaan sedih tanpa sebab, menangis, rasa letih dan mudah marah. Punca sebenar PPD belum begitu difahami ahli perubatan dan saintis. -Agensi

Thursday, August 01, 2013

Benarkah Bayi Kate Middleton Berketurunan Nabi Muhammad?

Benarkah Bayi Kate Middleton Berketurunan Nabi Muhammad?

Putera British bayi Kate Middleton berketurunan Nabi Muhammad? Ini soalan yang muncul selepas adanya satu kajian dari ahli salasilah perancis.


Jean Louis Beaucarnot, seperti ditulis thelocal.fr, dimana berpendapat bahawa bayi Kate Middleton yang menjadi pewaris takhta Kerajaan British mempunyai talian darah Nabi Muhammad.

Walau bagaimanapun, darah Nabi Muhammad daripada bayi Kate Middleton datang dari mendiang Puteri Diana, yang meninggal dunia akibat kemalangan di Paris, bukan dari darah Great Britain.

Beaucarnot percaya bahawa Puteri Diana iaitu nenek bayi Kate Middleton adalah cicit Raja Alfonso VI Perancis asal Seville dari isteri keempatnya bernama Zaida.

Dipercayai Raja Alfonso ini berketurunan dari Nabi Muhammad. Ahli genealogist percaya semua keturunan Raja Seville mempunyai hubungan darah dengan Nabi Muhammad.

Sementara itu, berdasarkan kajian kumpulan keturunan di England, nenek moyang Kate Middleton berasal dari keluarga kaya.

Ibunya juga termasuk keluarga bangsawan Britain di Utara. Dari pertalian darah Putera Charles dan Queen Elizabeth II, darah bayi Kate Middleton mungkin lebih jelas.

Salasilah Kerajaan British tentu mudah ditelusuri.

[Sumber]


Saturday, July 27, 2013

Kos Bersalin Kate Middleton $15,000!

Kos Bersalin Kate Middleton $15,000!

Sebelum ini, kolumnis The New York Times, Elisabeth Rosenthal dalam sebuah artikel yang ditulisnya pada 30 Jun lalu menceritakan secara panjang lebar kos bersalin di Amerika Syarikat yang dilihat berada di tahap yang begitu tinggi berbanding negara maju yang lain.


Secara kasar, $15,000 adalah jumlah yang perlu dibayar oleh mereka yang ingin bersalin di Lindo Wing, Hospital St. Mary.

Ya, di mana Duchess of Cambridge, Kate Middleton bersalin pada Isnin lalu.

Harga tersebut dilihat agak mahal di Britain, tetapi di US ia merupakan harga yang agak munasabah.

“Secara purata caj yang dikenakan untuk bersalin secara normal adalah $30,000 dan $50,000 untuk pembedahan,” memetik kenyataan Rosenthal.

Tambah beliau, jumlah tersebut telah dipotong dengan anggaran sebanyak $18,329 dan $27,866 yang dibayar oleh syarikat insurans komersial.

Data tersebut dikeluarkan oleh Laporan Analisis Truven yang mengkaji punca bayaran kos bersalin yang tinggi di US.

Jumlah itu juga bukan hanya melibatkan kos bersalin sahaja, tetapi juga kos penjagaan kehamilan.

Namun, jika anda membandingkan kos bersalin di negara-negara maju, tidak terkejut jika US mengenakan kos bersalin yang jauh lebih tinggi.

Apakah punca kos bersalin yang mahal?

Menurut Rosental, salah satu puncanya adalah disebabkan oleh pengurusan bil yang ‘melampau’.

Ini apabila perkara-perkara yang kecil turut dicaj kepada pesakit.

Di negara lain, doktor menerima bayaran yang sama bagi kos penjagaan ibu.

“Antara caj berasingan yang dikenakan adalah bilik bersalin, tab bersalin serta jumlah malam yang didiami terutama di wad ‘semi-private’.

Bukan itu sahaja, membuang uri (placenta) turut dikenakan caj.

Mungkin anda ada pengalaman bersalin di hospital berlainan di Malaysia atau luar negara, sila kongsikan bersama kami.

[Sumber]

Tuesday, July 23, 2013

Kelahiran Bayi Lelaki Kate Middleton Disambut Meriah

Kelahiran Bayi Lelaki Kate Middleton Disambut Meriah

Duke dan Duchess Cambridge, Putera William dan Kate Middleton telah menyambut kelahiran bayi lelaki mereka pada Isnin, jam 4.24 petang (waktu tempatan) di Hospital St. Mary, Paddington, London.


Dipetik daripada laporan Telegraph, Kate selamat melahirkan putera sulung mereka secara normal 11 jam selepas dimasukkan ke hospital dan William turut berada di sisinya ketika itu.

Jurucakap Istana Buckingham turut memberitahu Permaisuri Elizabeth II dan suaminya iaitu Duke Edinburgh, Putera Philip gembira dengan berita tersebut.

Malah William yang bersyukur dengan sokongan orang ramai turut memberitahu, "Kami terlalu gembira".

Bapa kepada William, Putera Charles dan Duchess Camilla Parker Bowles turut memberi kenyataan selepas menerima khabar gembira itu.

"Saya dan isteri gembira dengan kehadiran cucu pertama kami. Ianya waktu yang istimewa buat William dan Catherine dan kami teruja atas kelahiran bayi lelaki mereka.

"Bergelar datuk adalah cukup unik dalam kehidupan sesiapa pun seperti yang diberitahu oleh orang ramai kepada saya. Jadi saya cukup berbangga dan gembira menjadi datuk buat pertama kali dan kami tidak sabar untuk melihat bayi itu."

Kelahiran bakal raja itu telah diumumkan menerusi emel terlebih dahulu sebelum notis disiarkan di Istana Buckingham.

Bayi lelaki seberat 3.9 kilogram itu akan dikenali sebagai Putera Cambridge secara rasmi.

Bayi tersebut bakal mengadakan penampilan pertamanya apabila Kate dibenarkan keluar hospital yang dijangka hari ini.

William dan Kate, masing-masing berusia 31 tahun telah berkahwin pada 29 April 2011.


[Sumber]