Friday, January 17, 2014

Akhirnya PM Jawab Kritikan Lawak ‘Kangkung’

Akhirnya PM Jawab Kritikan Lawak ‘Kangkung’

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan ‘kangkung’ sebagai penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang kerana ia sekadar contoh barangan yang digunakan ramai orang.

Najib-Kangkung

“Saya suka makan kangkung, anda semua suka makan kangkung…(sebab itu) saya beri contoh yang semua orang makan. Kalau saya beri contoh seperti burung puyuh, orang tertentu sahaja makan.

“Tidak seharusnya contoh itu dipermainkan oleh sesiapa kerana saya beri contoh sebagai prinsip ‘supply and demand’ (penawaran dan permintaan) yang tentukan harga sebahagian daripada barang makanan yang kita tidak kenakan harga kawalan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu ‘kangkung’ yang ditimbulkan sesetengah pihak susulan penjelasannya sebelum ini berhubung harga barang sambil menambah bahawa perkara itu tidak patut dipermainkan.

(Baca: Top 10 Peperangan Yang Bermula Dengan Pembohongan Amerika Syarikat)

Dalam pada itu, Najib telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya lebih tegas terhadap peniaga yang menaikkan harga barang sesuka hati.

Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan peniaga lebih beretika dalam menjalankan aktiviti perniagaan, sekali gus membantu rakyat.

“Saya dah arahkan kementerian untuk gunakan akta sedia ada yang mana kuasa dan tindakan boleh diambil terhadap mana-mana peniaga yang umumkan bayaran atau caj yang terlalu tinggi, (semata-mata) untuk mendapat untung lebih.

“Ini satu cara bagaimana kita boleh bantu mengurangkan harga kepada pengguna dan rakyat, (akibat) peniaga tidak beretika yang cuba mencari kesempatan dalam masa sekarang,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Malam Bersama Perdana Menteri anjuran Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) di sini Jumaat malam.

Beliau turut menggesa pengguna supaya lebih proaktif dengan terus melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka mengesan peniaga yang sengaja menaikkan harga barangan.

Sumber: BERNAMA

Thursday, January 16, 2014

Ungku Aziz Pun Tweet Pasal Kangkung!?

Ungku Aziz Pun Tweet Pasal Kangkung!?

Tokoh akademik Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid pada Rabu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliaulah penulis catatan berkaitan ‘kangkung’ yang tersebar di laman Twitter dan Facebook.

Ungku Aziz Tweet Kangkung

Menyifatkan perbuatan itu sebagai zalim dan satu propaganda bagi memburukkan hubungan baiknya dengan kerajaan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ungku Aziz berkata beliau tiada masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah itu.

“Itu merupakan satu penipuan yang mana orang lain menggunakan nama dan gambar saya untuk kepentingan tertentu…saya tak ada (akaun) Twitter, tak keluarkan apa-apa puisi (catatan) seperti itu.

“Saya tak tahu siapa dan apa tujuan dia buat macam tu. Ini kerja propaganda bagi burukkan hubungan saya dengan perdana menteri, dan saya boleh katakan ia adalah zalim,” katanya kepada Bernama di sini.

(Baca: Kaitan Yahudi Dan Pembangkang Malaysia Bukan Sekadar Mitos)

Catatan yang tersebar di laman dan media sosial itu memetik tulisan yang didakwa milik tokoh akademik itu susulan penjelasan Najib berhubung peningkatan harga barang ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman pada Ahad lepas.

Petikan kontroversi yang berlegar di ruang maya itu berbunyi: “Terbukti rakyat Malaysia tidak mudah dikangkungkan. Siapa kangkung sebenarnya? Pucuknya angkuh memanjat bukit tak sedar akar terendam air parit.”

Mengulas lanjut, Ungku Aziz berkata dakwaan yang mengatakan petikan itu merupakan hasil tulisannya juga boleh dipertikai kerana setelah sekian lama terlibat dalam dunia penulisan, beliau lebih cenderung menulis pantun berbanding puisi.

Ditanya kemungkinan beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyalahgunakan identitinya, tokoh akademik itu berkata beliau tidak berhasrat berbuat demikian.

“Saya tidak berhajat mengambil tindakan lanjut. Saya harap dengan kenyataan ini dapat hentikan penyalahgunaan ini daripada terus berlaku.

“Kepada mereka yang suka membuat propaganda, saya nasihatkan supaya hentikan kerja yang mendatangkan dosa ini,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Wednesday, January 15, 2014

Kangkung Turun Harga Jadi Berita Antarabangsa!

Kangkung Turun Harga Jadi Berita Antarabangsa!

Gara-gara isu kangkung, kini nama Malaysia menjadi terkenal di seluruh dunia, apabila portal berita antarabangsa BBC menyiarkan isu tersebut menerusi portal mereka pada pagi selasa.

Najib Kangkung Trending
Gambar hiasan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengumumkan penurunan harga sayur kangkung yang menerima pelbagai reaksi daripada rakyat Malaysia berhubung isu tersebut.

Di sebalik kenaikan harga minyak dan tarif elektrik, mungkin penurunan harga sayur kangkung bukanlah satu-satunya perkara yang mahu didengari oleh masyarakat kita.

(Baca: Seorang Munafik Banyak Berbicara, Namun Sedikit Bekerja)

Disebabkan itu, rata-rata penduduk Malaysia mula menjadikan isu itu sebagai sesuatu yang melucukan.

Banyak lawak sinis mengenai kangkung dibuat di laman sosial seperti Facebook, Youtube dan menjadi trending topic di Twitter.

Terdapat ratusan ribu tweet mengenai jenaka kangkung dan juga sebuah Facebook Page ’Kangkung’ didaftarkan dengan lebih 10,000 orang pengikut, serta pelbagai ulasan di Youtube yang menampilkan lirik lagu rakyat yang diubah suai.

Najib Kangkung Trending [2]

Malah, terdapat juga peniaga yang mengambil kesempatan dengan mencetak tshirt Keep Calm and Eat Kangkung yang dikatakan sudah mula dijual di pasaran.

Malaysia menjadi trending kerana sayur kangkung, perlu berbangga atau tidak ya? -Mynewshub



Tuesday, January 14, 2014

Najib Umum Harga Kangkung Turun Dapat Sambutan Hangat!

Najib Umum Harga Kangkung Turun Dapat Sambutan Hangat!

Sayur kangkung tiba-tiba menjadi popular gara-gara ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.

NAJIB KANGKUNG

Beliau mengambil contoh sayur kangkung antara harga barangan yang turun dalam kemelut ekonomi negara.

Katanya, sebelum ini harga sayur kangkung mahal tetapi kini sudah turun harga namun kerajaan tidak dipuji.

Ekoran kenyataan itu, kecoh di laman sosial Facebook dan Twitter seolah-olah ‘menyindir’ kenyataan tersebut.

Ada yang mengemas kini status memberitahu sayur kangkung menjadi menu hari ini serta memuat naik gambar masakan sayur tersebut.

Isu sayur kangkung itu juga turut mendapat perhatian Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang turut berkongsi menu makan tengahari "pilihan", pada hari ini.

"Apa menu makan tengahari anda hari ini?...saya makan kangkung masak kurma!," tulisnya.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata:

"...ada yang dah turun, kangkung yang dulunya naik sekarang sudah turun.

"Bila turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan," katanya.

-Sentiasapanas.com