Tuesday, June 13, 2017

Misteri Kematian Julia Perez Diramal 3 Tahun Sebelumnya!

Misteri Kematian Julia Perez Diramal 3 Tahun Sebelumnya!

Ramai daripada kita pasti tidak percaya dengan ramalan nasib, apatah lagi sebagai umat Islam dilarang percaya dengan perkara begini dan wajib percaya kepada qada’ dan qadar Allah.

Misteri Kematian Julia Perez

Namun, dalam sebuah tilikan yang dilakukan terhadap arwah Julia Perez atau Jupe, ternyata ramalan tersebut tepat dan sememangnya menakutkan!

Dalam sebuah video yang dirakam untuk sebuah program televisyen Pesbukers, pengakhiran hidup Jupe telah diramalkan oleh pasangan tukang tilik terkenal Indonesia iaitu Denny Darko dan Vina Candrawati – tiga tahun sebelum kematiannya!

Julia Perez
Vina melukis ramalan nasib Jupe yang kelihatan seperti awan mendung di langit.

Vina, yang terkenal dengan bakat melukis di atas pasir turut disegani kerana kebolehannya meramal nasib seseorang melalui daun terup.

Proses penilikan itu dimulakan dengan mencabut sekeping kad daripada buku daun terup yang sudah dikocok.

Setelah dipilih, Jupe tidak dibenarkan untuk memberi sesiapa melihat kadnya.

Julia Perez
Jupe pada awalnya ceria kelihatan takut dan memeriksa kembali kad dipillihnya.

Vina kemudiannya mengarahkan Jupe untuk memegang bahunya sambil menggambarkan di atas pasir tilikan tersebut.

Tiba-tiba, Vina menangis tersengguk-sengguk dan memanggil suaminya kerana tidak sanggup untuk memberitahu apakah ramalannya itu.

Pada saat ini, Jupe yang pada awalnya ceria serta-merta kelihatan risau dan meminta Vina menjelaskan maksud di sebalik kad yang dipilihnya.

Julia Perez
Denny Darko menyambung tilikan setelah isterinya tidak sanggup meneruskan.

Denny Darko pun muncul dan memberitahu apakah ramalan yang didapati isterinya itu.

Menurut Denny, wanita cantik yang digambarkan di atas pasir itu mempunyai segalanya namun sering melihat ke luar jendela mahligai mewahnya dan melihat awan hitam di luar.

Namun begitu, Denny tidak menjelaskan lebih lanjut jika wanita yang digambarkan itu mirip Jupe atau tidak.

Julia Perez
Gambaran tilikan akhir yang dibuat oleh Denny.

Video ramalan itu kembali viral setelah pulangnya Jupe ke rahmatullah pada Sabtu, 10 Jun lalu setelah tiga tahun menderita penyakit kanser serviks.

Ramai yang berasa terkejut dan taksub dengan ketepatan ramalan yang dibuat oleh pasangan suami isteri itu, beberapa tahun sebelum Julia Perez meninggal dunia.

BACA INI JUGA:


sumber: mynewshub

Saturday, December 15, 2012

Video Bergusti Julia Perez Padahnya Penjara 3 Bulan!

Video Bergusti Julia Perez Padahnya Penjara 3 Bulan!

Kalau nak tonton bahasanya agak kasar dan aksi luarbiasa seksi. Jadi tontonlah atas pilihan sendiri.


Asal beberapa puluh saat pertama memang lakonan, tetapi selepas seminit berubah menjadi pergaduhan sebenar antara Julia Perez dan Dewi Perssik ketika pengambaran Arwah Goyang Kerawang pada November 2010.

Kita pun tak tahu apalah yang berlaku tapi rasanya ini mesti ada kaitan soal ego antara pelakon baru dan lama ni.

Jangan lupa tengok mamat pondan kat belakang tu panik dan menjerit betulinnnn... entah itu dalam skrip ke tidak tak pastilah... mungkin dia nak cakap diaorang gaduh betul-betul kot.

Betulinnnnn... yang dua perempuan duk bergaduh tu jaun maskulin dari jantan sekor tu!

Aksi saat 30... “lu jangan munafik”... laga buah dada pun tak kurang hebat jugak kan...


Julia Perez Dipenjarakan 3 Bulan

Keputusan Mahkamah Agung di sini pada Jumaat menetapkan aktres seksi Julia Perez (Jupe) dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan dalam waktu terdekat susulan kes pergaduhannya dengan aktres Dewi Perssik pada November 2010.

Jupe (Kanan) dan Dewi (kiri)

“Keputusan perbicaraan menetapkan hukuman penjara tiga bulan. Hakim juga memerintahkan tertuduh (Jupe) segera dipenjarakan,” ujar seorang sumber di mahkamah berkenaan ketika dihubungi Kapanlagi di sini, Jumaat.

Kes perbicaraan di antara dua penyanyi dangdut ini bermula ketika mereka menjalani penggambaran filem Arwah Goyang Kerawang pada November 2010.

Difahamhkan Dewi memfailkan kes ke atas Jupe selepas mereka bergaduh di set penggambaran filem itu.

Dalam keputusan itu, ketua hakim Dr Artidjo Alkostar dan dua hakim anggota Prof Gayus Lumbuun dan Dr Salman Luthan mendapati Jupe bersalah kerana bertindak kasar dan melakukan penganiayaan ke atas pasangan pelakonnya Dewi Perssik ketika penggambaran filem terbabit.

“Ketiga-tiga hakim memutuskan tertuduh (Jupe) bersalah. Keputusan itu diambil sebulat suara tanpa ada sebarang percanggahan atau perbezaan pendapat,” ujar sumber itu lagi.

–mStar Online