Monday, August 08, 2016

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan ATM 2017 (31 Dis 2016)

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan ATM 2017 (31 Dis 2016)

Warganegara Malaysia yang berminat untuk adalah dipelawa untuk menjadi sebahagian daripada Pegawai Kadet ATM.

Pengambilan+Tentera

Pengambilan baru Markas Angkatan Tentera Malaysia (MAFHQ) dibawah kendalian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa anda warganegara Malaysia Lelaki dan Wanita yang berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam ATM.

Pengambilan adalah mewakili tiga skuad negara iaitu:
  • Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM)
  • Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
  • Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Syarat-Syarat Perlantikan Pegawai Kadet Graduan:
  • Jantina: Lelaki dan Wanita
  • Umur: Tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2017
  • Tinggi Minimum
  • TDM: 1.70m (Lelaki) & 1.62m (Wanita) TLDM: 1.62m (Lelaki) & 1.60m (Wanita) TUDM: 1.62m (Lelaki) & 1.60m (Wanita)
  • Berat Minimum: 47.5 kg (Lelaki) & 45kg (Wanita)
  • Ukuran Dada Minimum (Lelaki sahaja): 76 sm
  • Body Mass Index (BMI): 18.0 hingga 23.0

Taraf Kesihatan

Calon-calon mestilah lulus pemeriksaan kesihatan yang akan dijalankan oleh unit Pegawai Perubatan ATM dengan tahap Penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lekap.

Cara-Cara Dan Panduan Memohon
  • Permohonan hendaklah dibuat secara online di applikasi permohonan di MAFHQ
  • Hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna laman sesawang mafhq.mil.my
  • Calon yang berjaya lulus temuduga dan terpilih akan dilantik terus sebagai Pegawai Kadet Graduan dan menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal DiRaja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).
  • Download file pdf panduan permohonan masuk tentera SINI.

Pertanyaan
  • Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-2071 2387/4524/4526/2391

Tarikh tutup permohonan: 31 Disember 2016

BACA INI JUGA: 8 Panduan Pilihan Kerjaya Buat Graduan, Makan Gaji Atau Berbisnes?

Friday, June 10, 2016

Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia 2017

Pengambilan Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia 2017

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia LELAKI dan PEREMPUAN yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

KADET ATM 2017.PNG

Calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal DiRaja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).

Jawatan Kosong
  • Pegawai Kadet Graduan 2017

Panduan Permohonan
  • Syarat kelayakan di SINI.
  • Permohonan dan pendaftaran secara online di SINI.

SEMAK IKLAN JAWATAN KOSONG TERKINI.

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

Thursday, June 09, 2016

Iklan Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) (19 Jun 2016)

Iklan Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) (19 Jun 2016)

Iklan Jawatan Kerja Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Permohonan adalah dipelawa kepada semua warganegara Malaysia bagi mengisi kekosongan jawatan di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

JAWATAN KOSONG PERKESO - SOCSO

Kekosongan jawatan adalah seperti berikut:
  1. Ketua Pelaburan Hartanah Gred 27
  2. Pegawai Penyelidik Ekuiti Gred 25

Panduan Permohonan
  • Muat turun syarat kelayakan SINI
  • Permohonan secara online SINI

INFO

Pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan SECARA ATAS TALIAN (ONLINE) ATAU melalui borang permohonan jawatan PKS (T) 70 yang boleh didapati di alamat berikut:-

Ketua Eksekutif
Pertubuhan Keselamatan Sosial
Tingkat 10, Menara PERKESO
281, Jalan Ampang, 50538 Kuala Lumpur

(u.p: Bahagian Sumber Manusia)

Calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dihubungi untuk proses temuduga.

Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) bulan dari tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak PERKESO bagi permohonan yang tidak berjaya.

Tarikh Tutup Permohonan: 19 Jun 2016

SEMAK IKLAN JAWATAN KOSONG TERKINI.

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia


Iklan Jawatan Kosong Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) (2 Julai 2016)

Iklan Jawatan Kosong Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) (2 Julai 2016)

Rakyat Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan di Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) seperti berikut:-

KERJA+KOSONG+KWAP.PNG

Jawatan Kosong
  1. Manager, Business Improvements

Permohonan boleh dibuat secara online di SINI.

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) [KWAP] atau Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) adalah Dana Institusi Pension ditubuhkan pada 1 Mac 2007.

Fungsi perniagaan utama KWAP adalah untuk menguruskan sumbangan daripada Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan serta pentadbiran, pengurusan dan pelaburan dana dalam ekuiti, sekuriti pendapatan tetap, instrumen pasaran wang dan lain-lain bentuk pelaburan yang dibenarkan di bawah Akta Kumpulan wang Persaraan Malaysia (Akta 662).

Tarikh Tutup Permohonan:- 02 Julai 2016

SEMAK IKLAN JAWATAN KOSONG TERKINI.

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

CARIAN KERJA KOSONG SWASTA


Jobs by my.neuvoo

Wednesday, May 25, 2016

Iklan Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2016

Iklan Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2016

Bagi warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan adalah dipelawa untuk membuat permohonan bagi mengisi jawatan kosong di dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Iklan Jawatan Kosong Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Jawatan Yang Boleh Di Pohon Serta Syarat Kelayakan
  1. Inspektor Gred YA 13
  2. Sarjan Gred YA 5
  3. Konstabel Gred YA 1
  4. Konstabel Sokongan Gred YT 1
  5. Konstabel Orang Asli Gred YP 1

Permohonan boleh dibuat secara online melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA):

Maklumat lanjut, hubungi talian: 03-2266 8350/8344/8347 (Unit Pengambilan PDRM).

Tarikh Tutup Permohonan: Terbuka Sepanjang Tahun 2016

BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

CARIAN KERJA KOSONG SWASTA


Jobs by my.neuvoo

Saturday, May 21, 2016

Iklan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2016

Iklan Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2016

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat mengisi kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2016 adalah dipelawa memohon.

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) 2016

JAWATAN-JAWATAN YANG DITAWARKAN

1. Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11
(Jawatan lama Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3)

Syarat permohonan untuk Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • tamat tingkatan tiga (3) sekolah menengah bantuan penuh Kerajaan; dan
  • memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia peringkat SRP/PMR atau setarafnya.

Gaji permulaan ialah pada Gred U11: RM 836.00

Deskripsi Tugas

Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas pembersihan dan membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

2. Pemandu Kenderaan Gred H11
(Jawatan lama Pemandu Kenderaan Gred R3)

Syarat permohonan untuk Pemandu Kenderaan Gred H11

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • tamat tingkatan tiga (3) sekolah menengah bantuan penuh kerajaan;
  • memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia peringkat SRP / PMR atau setarafnya.
  • memiliki Lesen Memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I mana berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); [Kecuali Lesen Memandu Dalam Tempoh Percubaan (P)]; dan
  • berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan ialah pada Gred H11:
  • Lesen D: RM 896.15
  • Lesen E/E1/E2: RM 942.30
  • Lesen F/H: RM 988.45
  • Lesen G/I: RM 1,034.60

Deskripsi Tugas

Memandu kenderaan jabatan seperti ambulan, bas, lori dan lain-lain dengan berdisplin serta mematuhi peraturan jalanraya.

Memeriksa dan memastikan keadaan kenderaan seperti tayar, minyak, minyak pelincir, air dan bateri berada dalam keadaan memuaskan dan melaporkan sebarang kerosakan atau kemalangan kepada Ketua Jabatan dengan segera.

3. Pembantu Awam Gred H11
(Jawatan lama Pekerja Awam Gred R1/ Pekerja Awam Khas (Oktokleb/Motobot) Gred R3)

Syarat permohonan untuk Pembantu Awam Gred H11

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • tamat tingkatan tiga (3) sekolah menengah bantuan penuh Kerajaan; dan
  • memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia peringkat SRP/PMR atau setarafnya.

Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM 850.00

Deskripsi Tugas

Antara tugasan Pembantu Awam H11 adalah:
  • Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas- tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja;
  • Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang;
  • Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot; dan
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan sepanjang masa.

4. Pembantu Operasi Gred N11
(Jawatan lama Pembantu Am Pejabat Gred N1)

Syarat permohonan untuk Pembantu Operasi Gred N11

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
  • warganegara Malaysia;
  • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • tamat tingkatan tiga (3) sekolah menengah bantuan penuh Kerajaan; 
  • dan memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia peringkat SRP/PMR atau setaraf.

Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM 847.99

Deskripsi Tugas

Antara tugasan Pembantu Operasi Gred N11 adalah:
  • Melaksanakan tugas penyampaian atau kutipan surat/dokumen/saman/notis dengan sempurna, cekap dan berkesan;
  • Membantu membuat salinan pendua dan penjilidan dokumen;
  • Mengangkat, menyusun dan mengemas barang-barang atau peralatan bekalan daripada stor pejabat;
  • Mengemas dan menyusun atur bilik mesyuarat sebelum dan selepas mesyuarat serta memastikan peralatan di bilik mesyuarat disenggarakan dengan baik;
  • Membantu membawa peralatan penggambaran dan memastikan keselamatan peralatan berkenaan;
  • Memastikan kebersihan dan kekemasan.

Cara Memohon
  1. Muat Turun Syarat dan Kelayakan; SINI
  2. Permohonan secara online; DAFTAR SINI

TARIKH TUTUP PERMOHONAN: Terbuka Sepanjang Tahun (2016)


BACA INI JUGA: 9 Laman Web Tempat Mencari Kerja Di Malaysia

CARIAN KERJA KOSONG SWASTA


Jobs by my.neuvoo