Saturday, September 28, 2013

Tiada Ampun Dan Maaf Buat Bini Mat Yo

Tiada Ampun Dan Maaf Buat Bini Mat Yo

Kata orang, terlajak perahu boleh diundur. Tapi kalau sudah terlajak kata, buruk padahnya.

Isteri Mat Yo

Itulah yang harus diterima oleh Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo selepas kejadian memaki-hamun dan menendang pengawal keselamatan, Azman Md. Nayan, 49, di lapangan terbang Subang, 12 September lalu.

Permohonan maaf yang dibuatnya semalam dan disiarkan di dada-dada akhbar nampaknya tidak berjaya melembutkan hati Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn. Bhd, Mukhveer Singh Gill yang bertekad untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Melalui laporan Harian Metro hari ini, Mukhveer berkata, pendirian itu diambil kerana Siti Aisya terlebih dulu mengugut untuk memanjangkan insiden itu ke mahkamah.

“Sebagai syarikat kawalan keselamatan yang bertanggungjawab, kami akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kakitangan kami,” katanya.

(Baca: Akhirnya Isteri Mat Yo Tampil Memohon Maaf)

Rakaman pertengkaran Siti Aisya dengan Azman menjadi perhatian ramai selepas dimuat naik ke Internet dan disebar secara meluas oleh pengguna laman sosial Facebook serta YouTube.

Wanita itu bagaimanapun menafikan bahawa dia yang memuatnaik video tersebut dan mendakwa ia dilakukan oleh orang lain, namun enggan mendedahkannya.

Mukhveer turut mendedahkan sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima dari Aisya yang berbunyi:

“pls stop calling. I have clearly video with sound my husband just wanna protect n of coz will proceed to court. just wait for our lawyer. TQ”

Nampaknya, perkara ini akan berpanjanganlah jawabnya. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sahaja sejauh mana hangatnya kes ini jika ia benar-benar dibawa ke mahkamah nanti.



Sumber: Mynewshub

Akhirnya Isteri Mat Yo Tampil Memohon Maaf

Akhirnya Isteri Mat Yo Tampil Memohon Maaf

Ekoran tersebarnya video kontroversi membabitkan dirinya, suami dan seorang pengawal keselamatan yang menimbulkan kemarahan awam, isteri Mat Yo akhirnya tampil memohon maaf.

Isteri Mat Yo

“Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.



Sumber: Sinar Online

Wednesday, September 25, 2013

Video Isteri Mat Yo Menyalak Macam Anjing!?

Video Isteri Mat Yo Menyalak Macam Anjing!?

Mengejutkan apabila dikhabarkan wanita yang mulut lancang dalam video dibawah ini dipercayai isteri kepada pemain bola sepak terkemuka, Mat Yo.

Isteri Mat Yo

Cakap-cakap di Facebook katanya benar wanita tersebut adalah isteri kepada Mat Yo kerana Mat Yo dilihat kaku, tidak menegur wanita tersebut walaupun mulutnya ‘laser’.

Sayang bini ke takut bini bang?

Video tersebut yang kini tersebar luas di laman sosial Facebook, mendapat kecaman luar biasa daripada pelayar laman tersebut.

Jelas, wanita tersebut bersifat seperti kebudak-budakan, tidak tahu mengawal perasaan serta tidak tahu apa itu konsep komunikasi yang matang.

Walaupun kita tahu kelulusan pelajaran pengawal keselamatan kebanyakannya tidak setinggi mana, tetapi itu bukanlah punca untuk kita menghina, memaki hamun mereka sesuka hati.



Pengawal keselamatan tersebut hanya melakukan tugas beliau. Salah ke kalau dia menegur?

Kepada wanita bermulut lancang tersebut, ingatlah, kita di dunia ini kena jaga adab bukan sahaja dengan Allah, tetapi juga sesama manusia.

Tak kesahlah isteri Mat Yo ke, Mat Pit ke, Mat Bon ke, yang penting kita saling hormat menghormati sesama manusia.

Isteri Mat Yo Mengamuk Di FB


Nampaknya, video ‘panas’ yang memaparkan dirinya menghamburkan kata-kata kurang enak pada seorang pengawal keselamatan dan menjadi viral di laman sosial sehingga kisah-kisah lama isteri Mat Yo juga mula muncul.

Sebagai mengulas isu ini, isteri Mat Yo pernah menulis:

Masyallah, pagi2 je dengar anjing menyalak di FB.. Anjing ni berjanggut sedikit sedikit di dagu.. Wahai anjing kami xperlu nk menyahut salakan anda.. Bahawasanya Allah itu Maha Adil dan doa org teraniaya Insyallah sentiasa dimakbulkan.. Kami punya cukup bukti membawa anda ke muka pengadilan, jangan anggap kami sama anjing macam anda.. Peguam kami akan membuat siasatan, sila mudahkan kerja kami lagi dengan memberi statement palsu anda. Bukti kukuh di tangan kami. Kami tak kan membuka keaiban anda sehingga pintu keaiban anda terbuka sendiri.. We will meet u soon anjing..

Ada orang kata status ini pernah ditujukan kepada kepimpinan tertinggi persatuan bola sepak Kelantan ketika Mat Yo mahu berhijrah ke pasukan Johor.

Kalau kepimpinan bola sepak Kelantan yang diterajui seorang yang begitu dihormati pun dapat layanan camni…apatah lagi nasib pak guard.

Aduh. Sebenarnya jika dilihat pada video yang tersebar sebelum ini pun, kebanyakan pihak tidak mempertikaikan sama isteri Mat Yo atau pengawal keselamatan berkenaan yang salah. Tetapi yang membuatkan orang tercengang, adalah bahasa yang digunakan.

Rasanya, isu serupa berulang dalam kenyataan dibuat oleh isteri Mat Yo di Facebook ini juga. Tidak kiralah siapa yang salah hingga tercetusnya perbalahan tempoh hari, tapi sebagai orang Melayu biarlah adab dan budi bahasa dijunjung.

Kalau dah orang lain diberi gelaran anjing, macam mana mahu cerita tentang siapa buka aib siapa.

Isteri Mat Yo Tendang Pengawal Keselamatan?


Jika isteri Mat Yo mengeluarkan komen tentang kejadian di laman Facebook dengan mendakwa dirinya pihak teraniaya, seseorang yang mengaku sebagai isteri kepada saksi dari awal hingga akhir kejadian turut tampil memberikan komen.

Mengulas kepada kejadian yang dipercayai berlaku sebulan lalu dan diceritakan oleh suaminya, wanita ini menyatakan punca insiden adalah isteri Mat Yo meletakkan kereta di tempat yang salah di Lapangan Terbang Skypark, Subang.

Menurutnya pengawal keselamatan terbabit telah memberi peluang untuk parkir kereta di tempat berkenaan selama selama 10 minit tetapi selepas 15 minit berlalu, isteri Mat Yo masih tidak berganjak.

Ini membuatkan pertengkaran tercetus antara mereka dan berakhir dengan bahasa kasar malah isteri Mat Yo didakwa telah menendang pengawal keselamatan berkenaan kerana tidak dapat menahan geram.

Dikhabarkan, isteri Mat Yo mengeluarkan telefon bimbit dan mula merakam untuk menyaman pengawal keselamatan tersebut namun kejadian dikatakan turut dirakam oleh CCTV di tempat kejadian.

Apa pun, semoga segalanya berakhir secara baik dan jernih. Biasalah apabila tengah marah kadangkala kita kehilangan sabar dan tidak maksudkan apa yang dicakap atau dilakukan.

Apatah lagi, punca kejadian terlalu remeh dan boleh dibawa berbincang.

Sumber: Mynewshub