Tuesday, April 14, 2015

5 Kucing Paling Popular Di Instagram

5 Kucing Paling Popular Di Instagram

Baru-baru ini, seekor kucing yang diberi nama Albert mula mencuri perhatian di media sosial. Kucing dari baka Selkirk Rex ini menjadi tumpuan ekoran renungan tajamnya lagak seorang samseng.

Dalam tempoh empat bulan, akaun Instagram Albert berjaya mengumpul lebih 50,000 pengikut.

Namun, fenomena kucing berstatus 'selebriti' ini bukan sesuatu yang baharu. Malah terdapat puluhan, mungkin ratusan, kucing popular yang anda dapat lihat di internet, antaranya di laman sosial Instagram.

Berikut merupakan lima kucing paling popular di Instagram.

5. Sam
Instagram: samhaseyebrows

samhaseyebrows

Si comel yang diberi nama Sam ini dianggap unik kerana memiliki alis kening. Pelbagai ekspresi lucu Sam menjadi ikutan lebih 125 ribu pengikutnya di Instagram.

4. Snoopy
Instagram: snoopybabe

snoopybabe

Snoopy sememangnya lain dari yang lain. Kucing gebu ini mungkin dianggap pelik oleh sesetengah individu namun 271 ribu orang tidak jemu menatapnya.

3. Grumpy Cat
Instagram: realgrumpycat

realgrumpycat

Grumpy Cat amat popular di laman hiburan malah dijadikan pelbagai meme lucu. Menghampiri tiga tahun, kini perkembangan kucing perengus ini diikuti oleh 658 ribu pengikutnya.

2. Lil Bub
Instagram: iamlilbub

iamlilbub

Seramai 719 ribu pengguna laman sosial gemar mengikuti perkembangan Lil Bub. Ada yang berpendapat Miley Cyrus ‘mencuri’ teknik menjelir lidah daripada si comel ini.

1. Nala
Instagram: nala_cat

nala_cat

Berusia 4 tahun, si manja yang diberi nama Nala ini merupakan kacukan siam dan tabbymix. Siapa sangka kucing yang diambil dari pusat perlindungan ini menjadi kucing paling popular di Instagram dengan 1.8 juta pengikut!

Cuba bayangkan betapa sunyinya dunia serta laman sesawang jika tidak mempunyai haiwan felin ini sebagai halwa mata?

BACA INI JUGA: 68 Fakta Tentang Kucing Yang Anda Tidak Tahu

Sumber: Astroawani.com

Sunday, March 15, 2015

5 Rahsia Kejayaan Laman Sosial Instagram

5 Rahsia Kejayaan Laman Sosial Instagram

Kevin Systrom, usahawan yang berusia 27 tahun membangunkan syarikat Instagram bersama Mike Krieger pada bulan Oktober 2010. Dalam tempoh 15 bulan, syarikat ini hanya mempunyai 13 pekerja sahaja.

Instagram

Bermatlamat untuk menghasilkan sebuah aplikasi perkongsian gambar yang membuatkan penggunanya teruja untuk menggunakannya setiap hari, kini syarikat itu menjadi 100% milik Mark Zuckerberg dengan nilai melebihi 8 angka.

Instagram – 5 Rahsia Membina Perniagaan Bernilai Bilion Ringgit

Dari aspek keusahawanan, terdapat lima elemen penting yang boleh kita ambil daripada kisah kejayaan mereka berdua membangunkan Instagram. Antaranya adalah:
  1. Fokus pada minimalis.
  2. Kuantiti tidak menjejaskan kualiti.
  3. Sekecil-kecil masalah adalah peluang yang besar.
  4. Tambah nilai, angka bilion akan hadir.
  5. Setia dan percaya pada visi.

#1 – Fokus Pada Minimalis

Perbezaan ketara di antara aplikasi Instagram dan aplikasi-aplikasi perkongsian gambar yang lain adalah pendekatan yang dibawa oleh dua orang usahawan ini.

Meletakkan terlalu banyak fungsi menarik tidak menjamin pengguna akan suka pada aplikasi kita.

Dengan mengamalkan pendekatan minimalis (satu daripadanya adalah gambar-gambar hanya boleh berkongsi di Twitter dan Facebook), Apple mengumumkan aplikasi Instagram sebagai “App of The Year” pada tahun 2011.

Sesuatu yang simpel jangan disangka tidak akan mencetuskan kejayaan berganda. Ini sudah dibuktikan oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger.

#2 – Kuantiti Tidak Menjejaskan Kualiti

Sebelum ini kebanyakan orang berpendapat jumlah pekerja yang banyak dalam sesebuah syarikat merupakan ikon kejayaan mereka. Lagi ramai pekerja, lagi besar keuntungan syarikat.

Persepsi ini tidak betul. Instagram berjaya dijual dengan nilai USD1 bilion ketika jumlah keseluruhan pekerja dalam organisasi tersebut hanya mempunyai 9 orang sahaja.

Kejayaan sebuah syarikat tidak bergantung pada jumlah pekerja yang ramai. Kualiti sentiasa berjaya menandingi kuantiti.

Namun begitu, sekiranya Instagram mempunyai banyak kuantiti pekerja yang berkualiti, yakni memenuhi keperluan skil untuk memantapkan pembangunan syarikat, diyakini nilai Instagram akan jauh lebih besar berbanding USD1 bilion.

#3 – Sekecil-Kecil Masalah Adalah Peluang yang Besar

Semakin hari, banyak bukti yang menjelaskan kepada kita bahawa setiap masalah itu ibarat peluang keemasan. Perkara ini turut berlaku dalam kes aplikasi Instagram.

Ketika ia pertama kali dilancarkan pada Oktober 2010, Kevin menyatakan dalam blognya di mana tujuan Instagram dibina adalah untuk menyelesaikan masalah orang ramai mengenai:
  • Isu gambar yang diambil tidak cantik dan sukar untuk diedit serta merta.
  • Isu masa yang diambil terlalu lama untuk muat naik gambar ke dalam ruangan Internet.
  • Isu kesukaran untuk berkongsi gambar dengan rakan-rakan sekeliling.

Masalah-masalah yang dinyatakan di atas yang membawa kepada nilai USD1 bilion Instagram. Jumlah angka muat turun juga membuktikan aplikasi ini berjaya menarik minat pengguna telefon pintar di seluruh dunia khususnya iPhone.

Di mana mereka mencatatkan 1 juta angka muat turun pada bulan Disember 2010, dan sehingga kini jumlah pengguna aplikasi Instagram mencecah lebih 300 juta pengguna diseluruh dunia!

Tidak ada masalah yang boleh diperkecilkan. Sekecil-kecil masalah, ia adalah satu peluang yang besar dari kaca mata seorang usahawan.

#4 – Tambah Nilai, Angka Bilion Akan Hadir

Masalah yang disinergikan dengan solusi yang dapat menambah nilai dalam kehidupan orang ramai akan menghasilkan lebih banyak manfaat. Sama ada dari sudut ekonomi, sosial dan pelbagai lagi.

Satu minggu sebelum Instagram dijual kepada Facebook, pihak TIME menemubual Kevin mengenai status syarikat jika ia berjaya menarik perhatian untuk para pelabur yang berminat untuk membelinya.

Jawapan yang beliau berikan adalah, “Kami tidak pernah terfikir untuk menjual syarikat ini.”

Sehingga hari ini, kedua-dua pemilik aplikasi perkongsian gambar ini menjelaskan matlamat utama Instagram adalah untuk menambah nilai terhadap diri pengguna telefon pintar.

Mereka mahu pengguna mempunyai kemudahan untuk:
  • Mengedit gambar dengan pantas dan kelihatan profesional.
  • Memuat naik gambar dalam jangka masa yang singkat.
  • Berkongsi dengan rakan-rakan khususnya menerusi ruangan sosial seperti Twitter dan Facebook.

Daripada fokus untuk menambah nilai kepada pengguna, maka terhasilnya satu peluang untuk memperoleh USD1 bilion dalam tempoh kurang 18 bulan.

#5 – Setia dan Percaya Pada Visi

Visi yang jelas selaras dengan tugasan-tugasan yang mencabar untuk merealisasikannya.

Cara paling mudah untuk mencapai visi ini adalah dengan berdampingan dengan orang-orang yang sudah berjaya mencapai visi yang hampir sama dengan apa yang kita mahu capai.

Kevin berpengalaman bekerja di Google dan memperoleh 1,001 pengalaman menakjubkan menerusi inovasi yang dibangunkan oleh syarikat gergasi enjin carian itu.

Dalam masa yang sama, ia memperkukuhkan visi beliau dengan rakannya mengenai kuasa social sharing dalam dunia teknologi masa kini.

Ini yang menyebabkan tercetusnya idea untuk membangunkan sebuah aplikasi yang diberi nama Instagram.

BACA INI JUGA: 10 Syarikat Gergasi Yang Di Bina Oleh Remaja

sumber: majalahniaga