Wednesday, May 10, 2017

Sambutan Hari Penghargaan Pasangan Tentera

Sambutan Hari Penghargaan Pasangan Tentera

Sambutan Hari Pasangan Tentera atau Hari Penghargaan Pasangan Tentera, Military Spouse Appreciation Day disambut pada 11 Mei setiap tahun di Amerika Syarikat.

Military Spouse Appreciation Day

Sambutan ini adalah untuk sokongan serta menghargai sumbangan besar dan pengorbanan pasangan angkatan tentera mereka.

Presiden Ronald Reagan mengiktiraf kepentingan serta menghargai komitmen pasangan tentera dan mengisytiharkan 23 Mei 1984 sebagai sambutan pertama Hari Pasangan Tentera dengan Perisytiharan 5184, bertarikh 17 April 1984.

Setiausaha Pertahanan AS, Caspar Weinberger kemudiannya menyeragamkan tarikh sambutan dengan mengisytiharkan hari Jumaat sebelumnya, yang merupakan sambutan Hari Ibu sebagai Hari Pasangan Tentera.

Setiap tahun, Presiden Amerika Syarikat, biasanya memperingati hari ini dengan ucapan istiadat dan pengisytiharan.

BACA INI JUGA: Askar Wanita Yang Cantik Di Seluruh Dunia

-SENTIASAPANAS.COM