Monday, March 20, 2017

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa, International Day of Forests

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa, International Day of Forests

Hari Hutan Antarabangsa disambut setiap tahun sebagai penghargaan terhadap sumbangan hutan kepada manusia serta bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu-isu berkaitan pemeliharaan hutan.

Hari Hutan Antarabangsa

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa juga bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai peranan agensi dan institut penyelidikan perhutanan yang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menyumbang kepada kemampanan khazanah hutan negara.

Asalnya dinamakan dan diraikan sebagai Hari Perhutanan Sedunia sejak 1971 sehingga 28 November 2012, sebelum dinamakan Hari Hutan Antarabangsa dan disambut mulai tahun 2013.

Hari perhutanan perlu diadakan selepas ahli sains merasakan dunia memandang rendah terhadap kepentingan hutan dalam mengurangkan pelepasan karbon serta melihat keperluan yang amat nyata bagi penyelidikan perhutanan.

Ini telah menjadi pemangkin kepada perisytiharan sambutan Hari Hutan.

Malaysia optimis dengan Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Bumi di Rio de Jeneiro, Brazil pada 1992 untuk mengekalkan litupan hutan negara lebih 50 peratus sepanjang masa.

Kerajaan juga akan terus memastikan penyelidikan pembangunan setara dan seimbang dengan keperluan negara, kehendak alam sekitar, kelestarian alam, sejahtera masyarakat dan kemampanan industri perhutanan.

Suka atau tidak, kita perlu menerjah kaedah baru mengayakan hutan, meneroka nilai tambah baharu berteraskan hutan seperti ubat-ubatan daripada jenis bukan balak, tetapi dipanggil hasil hutan bukan kayu dan pembayaran ekosistem.

Hutan perlu dilihat dalam satu perspektif besar dan holistik yang menjadi punca dan bermulanya sebuah kehidupan yang perlu sentiasa dijaga.

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa diisi dengan pelbagai program antaranya lawatan berpandu ke denai alam FRIM serta peluang untuk melihat fenomena Crown Shyness yang terbentuk daripada susun atur silara pokok-pokok emergen yang tidak bercantuman antara satu sama lain.

Hutan merupakan punca utama tadahan air, selain mencegah hakisan dan runtuhan tanah akibat aktiviti manusia.

Tanpa hutan sebagai penampan, alam sekitar akan terjejas, menganggu kelestarian kehidupan sejagat.

BACA INI JUGA:

Sumber: utusan