Monday, May 22, 2017

Sambutan Hari Biodiversiti Antarabangsa

Sambutan Hari Biodiversiti Antarabangsa

Sambutan Hari Biodiversiti Antarabangsa, International Day for Biological Diversity disambut pada 22 Mei setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan biodiversiti marin serta mempamerkan kekayaan dan keunikan biodiversiti marin.

Hari Biodiversiti Antarabangsa

Objektif sambutan Hari Biodiversiti Antarabangsa adalah untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan biodiversiti marin serta mempamerkan kekayaan dan keunikan biodiversiti marin.

Malaysia merupakan satu daripada 12 buah negara mega kepelbagaian biologi dunia, iaitu negara-negara yang secara bersama menampung antara 60 hingga 70 peratus kepelbagaian biologi dunia.

Di rantau ASEAN, Malaysia berada di tempat kedua selepas Indonesia dari segi kekayaan biologinya.

Dianggarkan 185,000 spesies fauna yang dikenal pasti dan 15,000 spesies flora boleh ditemui di negara ini.

Namun, saban hari kekayaan semula jadi ini terancam kerana aktiviti yang memusnahkan habitat dan ekosistemnya. Mungkin juga ada yang telah pupus sebelum ia sempat dikenal pasti.

Justeru itu, pelancaran Dasar Kepelbagaian Biologi Negara (DKKB) dilihat sebagai satu usaha penting ke arah pemuliharaan alam sekitar.

Kepelbagaian biologi merujuk kepada variasi tumbuh-tumbuhan, haiwan, mikroorganisma dan berhubung mengenai genetik, spesies dan ekosistem.

Penghasilan dasar itu sejajar dengan penglibatan aktif Malaysia dalam perundingan di peringkat nasional dan antarabangsa berhubung isu kepelbagaian biologi atau biodiversiti, terutama selepas Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada Jun 1992.

Draf DKKB dirangka oleh sebuah jawatankuasa saintifik dan setelah melalui beberapa proses kajian semula, akhirnya selepas empat tahun bermula pada Ogos 1993, draf ini telah diluluskan oleh para jemaah menteri pada 22 Oktober 1997.

Dasar itu diharap dapat ''memberi hala tuju kepada agensi-agensi kerajaan dalam melaksanakan strategi, pelan tindakan dan rancangan-rancangan berkaitan dengan kepelbagaian biologi'.

Walau bagaimanapun, dasar itu memerlukan komitmen yang tinggi daripada pihak-pihak terbabit untuk melaksanakan peranan masing-masing bagi memulihara sumber biologi negara.

Dilema yang dihadapi oleh negara selatan yang kaya biodiversiti dan mengakui keperluan negara utara yang miskin biodiversiti tetapi kaya dari segi kewangan dan teknologi untuk membantu selatan memulihara sumber biologi mereka tanpa menjejaskan aspirasi mereka untuk membangun dan menikmati kemudahan yang lebih baik.

Kepelbagaian biologi terbahagi kepada tiga peringkat:
  • Kepelbagaian genetik iaitu kepelbagaian dalam spesies, seperti yang diukur mengikut variasi dalam gen setiap tanaman, haiwan dan mikroorganisma. Kepelbagaian genetik berlaku dalam dan antara populasi sesuatu spesies.
  • Kepelbagaian spesies merujuk kepada pelbagai organisma hidup di dunia.
  • Kepelbagaian ekosistem merujuk pelbagai habitat, komuniti biosis dan proses ekologi dalam persekitaran daratan, lautan dan akua yang lain.

Pemuliharaan dan penggunaan mapan adalah dua aspek penting yang ditekankan dalam konvensyen tersebut, yang mengandungi tiga objektif utama iaitu pemuliharaan kepelbagaian biologi, penggunaan mapan komponen-komponen kepelbagaian biologi dan perkongsian yang adil dan saksama dari keuntungan yang wujud dari penggunaan mapan sumber genetik.

Pemuliharaan bukan bermakna sesebuah kawasan itu tidak boleh digunakan untuk tujuan pembangunan.

Pembangunan tetap diperlukan, tetapi ia haruslah dilakukan secara lestari atau dalam bahasa mudah ''Ambil secukup makan, simpan untuk hari depan."

Selamat menyambut Hari Biodiversiti Antarabangsa.

BACA INI JUGA: Apa Itu Hari Tanah Lembab Sedunia? Adakah Perang Kerana Air Bakal Berlaku?

sumber: utusan