Monday, July 01, 2013

Giveaway Topup RM10 Top 5 Komen Terbanyak di SentiasaPanas.com

Giveaway Topup RM10 Top 5 Komen Terbanyak di SentiasaPanas.com

Bermula 1 Julai 2013, blog Sentiasapanas.com akan memberikan hadiah saguhati berupa Topup RM10 ~Celcom, Digi dan Maxis kepada Top 5 Pengomen Terbanyak di www.SentiasaPanas.com sebagai tanda penghargaan kami kepada pembaca dan pengunjung blog.


Hadiah saguhati ini, Insyaallah akan diberikan selagi hayat dikandung badan..:)

Tanpa membuang masa, jom baca syarat-syaratnya;

Syarat-syarat yang tersangat mudah:

1. Minimum perkataan untuk komen adalah 5 patah perkataan dan komen kurang daripada itu tidak akan diambil kira, jadi jangan pula ada sebarang bantahan ye..

2. Komen seperti ‘best entri ini’, 'saya suka blog ini’, ‘tuan punya blog ini terlalu hensem’ atau ‘saya saja singgah di blog ini’ atau yang seumpamanya juga tidak akan diambil kira.. :(

3. Komen yang mengandungi link tidak akan diambil-kira dan akan dibuang dari ruangan komen.

4. Anda tidak perlu membuat entri di mana-mana blog mahupun blog anda sendiri mengenai 'saguhati' ini.

5. Hadiah Saguhati ini bermula secara rasmi bermula 1 Julai 2013 dan Top 5 komen terbanyak (kecuali admin sendiri) pada setiap hujung bulan, 8 malam akan dikira sebagai pemenang. Pemenang akan diumumkan pada entri ini, ruangan Facebook FanPage dan Facebook Group.

6. Anda tidak wajib membuat komen atau sebarang pertanyaan di ruangan ini, kalau nak komen juga, dialu-alukan. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila gunakan link HUBUNGI diatas atau hantar mesej kepada saya di Facebook.

7. Pemenang hendaklah menghubung sendiri pihak admin melalui mesej di Facebook apabila pemenang diumumkan.

Dah tau syarat-syaratnya? Senang kan? Jom komen..

*Hadiah saguhati boleh ditukarkan kepada wang tunai, terpulang kepada pemenang.

*Admin berhak meminda, menambah, mengurang sebarang syarat-syarat jika perlu.

Untuk pengetahuan pembaca, komen terbanyak akan dipaparkan di sebelah kanan sidebar dan akan dibuang sementara 7 hari (seminggu) sebelum hari terakhir setiap hujung bulan sebagai SURPRISE kepada setiap pengunjung blog yang ingin mengambil bahagian.

Jumlah komen yang dipaparkan akan dikira secara automatik dan telah disetkan samada 28, 29, 30 atau 31 hari bergantung kepada bulan tersebut.

Rasanya cukup setakat ini, selamat mengomen.. ;)

5 PEMENANG TOP COMMENTATOR UNTUK BULAN JULAI


1) Kucing Hitam
2) Mohd Selim Zainal
3) Norcahaya Ali
4) Wan Hayden
5) potia casadelarossa

Sila hubungi Admin untuk mendapatkan hadiah anda.. Klik sini..

Tahniah kepada pemenang..

PENGUMUMAN: Untuk sementara waktu ini, pihak SentiasaPanas terpaksa menghentikan pemberian GIVEAWAY TOPUP RM10 buat sementara waktu. Harap maaf diatas segala kesulitan.

~SentiasaPanas.com